TEMA
2 : SISTEM GEOMORFOLOGI
2.1 PENGENALAN PROSES GEOMORFOLOGI
Satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses,
faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik.
Jenis Proses Geomorfologi
i)
Proses Endogenik
Proses yang
berpunca dari dalam bumi, mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi seperti
pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi
dan aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan.
ii)
Proses Eksogenik
Proses yang
berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi seperti proses luluhawa, hakisan,
pengangkutan, pemendapan serta gerakan jisim.
Proses-Proses Endogenik
1)
Pengangkutan dan penurunan blok-blok bumi apabila mengalami
pemulihan isostasi.
2)
Proses orogenesis atau proses pelipatan kerak bumi yang
menghasilkan banjaran gunung lipat.
3)
Proses gelinciran atau sesaran kerak bumi yang reahan di
kerak bumi, lurah gelinciran serta gunung bongkah yang berpunca daripada daya
mampatan dan tegangan yang dialami oleh kerak bumi.
4)
Gempa bumi atau gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila
berlakunya perlanggaran atau pencapahan plat-plat tektonik.
5)
Aktiviti gunung berapi.
6)
Proses metamorfosisme yang melibatkan perubahan tekstur,
struktur dan kandungan kimia sesuatu jenis batuan yang berada di dalam bumi
apabila ia menerima haba dan tekanan yang tinggi dan mengalami penjelmaan.
Proses-Proses Eksogenik
1)Luluhawa
·
Proses
pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara insitu.
·
Terbahagi
kepada tiga jenis
a)
Luluhawa
kimia
b)
Luluhawa
fizikal
c)
Luluhawa
biologi
2) Proses hakisan
·
Proses
penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang
bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak.
·
Hakisan
terbahagi kepada dua jenis
a)
Hakisan
geologi.
§ Proses hakisan berlaku secara semulajadi dikawasan yang belum
diganggu oleh manusia. Proses hakisan goelogi berlaku secara perlahan-lahan dan
mengambil masa yang lama serta proses hakisan ini melibatkan keseluruhan permukaan
bumi.
b)
Hakisan tanih
§ Proses hakisan yang berpunca daripada manusia
apabila manusia mengganggu keadaan semulajadi alam sekitar akibat
aktiviti-aktiviti manusia.
3) Proses pengangkutan dan pemendapan
Pengangkutan
adalah satu proses pemindahan bahan-bahan terluluhawa dan terhakis akan
diangkut oleh agen-agen yang bergerak seperti air yang mengalir, cairan
glasier, angin dan ombak. Proses pengangkutan bergantung kepada tenaga potensi
dan tenaga kinetik agen bergerak. Apabila halaju agen bergerak semakin
perlahan, maka bahan-bahan yang diangkut akan mengalami proses pemendapan.
4) Proses gerakan jisim
Gerakan jisim
melibatkan pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya
tarikan graviti. Proses endogenik membentuk muka bumi atau landskap fizikal
manakala eksogenik lebih banyak mengubah atau memperkembangkan bentuk-bentuk
bumi tersebut.
2.2
KONFIGURASI BENTUK BUMI
Pelbagai
jenis atau keanekaan muka bumi yang ditinjau sama ada pada skala makro atau
mikro.
Struktur
Bumi terdiri daripada 3 lapisan utama :
a)
Lapisan kerak bumi
Kerak
bumi ialah lapisan bumi paling luar.Lapisan paling nipis.Ia terdiri daripada
lapisan SIAL (benua) dan SIMA (lautan). Kerak bumi banyak mengandungi batuan
jenis granit dan basalt. Ketumpatan batuan 2.7 – 3mg3.
b)
Lapisan mantel
Lapisan pertengahan yang tidak stabil.Lapisan dalam bentuk
pepejal dan cecair.Zon astenosfera berbentuk separa cair.Lapisan bawah
berbentuk batuan pejal. Batuan jenis granit dan basalt. Ketumpatan 5.5.Suhu
antara 800^C hingga 1600^C.
c)
Lapisan teras bumi
Lapisan paling dalam yang
dipisahkan dari mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg. Dikenali sebagai
lapisan barisfera.Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan teras
dalam (pepejal).Ketumpatan batuan 13. Batuan jenis nikel dan bes.
KAWASAN
|
KELUASAN (KM PERSEGI)
|
Asia,Eropah dan pulau-pulau berdekatan
|
54 200 000
|
Afrika
|
29 800 000
|
Amerika Utara
|
24 200 000
|
Amerika Selatan
|
18 000 000
|
Antartika
|
13 100 000
|
Australia
|
7 700 000
|
Borneo dan Sumatera
|
1 217 000
|
JENIS-JENIS BATUAN
1)
BATUAN IGNEUS
Terbentuk daripada penyejukan dan pemejalan magma di dalam
lapisan kerak bumi atau di luar permukaan kerak bumi.Terdapat dua jenis batuan
igneus iaitu igneus rejahan dan igneus terobosan.
Igneus rejahan terbentuk apabila terdapat
pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi. Batuan igneus rejahan seperti
granit mempunyai warna yang cerah, tekstur kasar dan kandungan mineral utama
ialah feldspar, kuartza dan mika. Manakala batuan gabro pula berwarna lebih
gelap, tekstur kasar dan kandungan mineral utama ialah feldspar, piroksin dan
olivine. Batuan granit menghasilkan bentuk muka bumi seperti kubah, kelupasan,
tanah tinggi dan banjaran gunung. Contohnya Banjaran Titiwangsa.
Igneus terobosan merupakan penyejukan magma
di permukaan bumi.Basalt dan obsidian ialah antara contoh batuan igneus
terobosan.Kedua-duanya mempunyai warna yang gelap dan kandungan mineral utama
ialah feldspar.Basalt mempunyai tekstur halus manakala obsidian bertekstur
berkaca.
2)
BATUAN ENAPAN @ MENDAP
Ia terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh
air mengalir, ais dan angin. Bahan enapan berbentuk berlapis-lapis. Pembentukan
batuan enapan dapat dilihat melalui dua proses iaitu proses pemadatan bahan-bahan
mendapan (sedimen dan fosil) dan proses penyimenan. Fosil ialah bahan-bahan
enapan yang terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang, sisa
tumbuhan dan haiwan yang telah mati.
Proses pemadatan berlaku apabila bahan-bahan
enapan berkumpul secara lapisan, selapis demi selapis. Apabila bahan enapan
menjadi semakin tebal, lapisan bawah akan mengalami tekanan daripada lapisan
atasnya. Lama-kelamaan bahan-bahan enapan akan mampat dan melekat di antara
satu sama lain.
Penyimenan adalah
proses pelekatan mineral-mineral dengan adanya bahan perikat. Bahan enapan yang
kasar tidak melekat di antara satu sama lain dan hanya akan terlekat apabila
adanya bahan terikat. Bahan-bahan perikat ini terdiri daripada lempung, kalsit,
silika yang bertindak memasuki ruang-ruang yang wujud di antara mineral-mineral
kasar. Tekanan daripada lapisan atas menyebabkan ia terkeluar dan bahan- bahan
perikat akan terhablur dan mengikat mineral-mineral kasar.
Jenis-jenis batuan enapan
Batuan klastik
Contoh batuan klastik seperti konglomerat, batu pasir dan
syal.Konglomerat mempunyai komposisi kerakal, kerikil dan batu tongkol serta
membentuk bentuk muka bumi seperti permatang dan gunung.Komposisi batu pasir
ialah pasir dan membentuk muka bumi seperti tebing tinggi dan daratan
tinggi.Komposisi utama syal ialah lempung dan bentuk muka bumi yang terhasil
ialah cerun landai, lembah dan tanah pamah.
Batuan kimia
Batuan terdiri daripada batu garam dan batu gipsum.Batu
garam membentuk tasik-tasik cetek di Laut Mati.
Batuan organik
Batuan ini terdiri daripada batu kapur dan batu arang.
Batu kapur mempunyai komposisi kalsit dari sisa haiwan dan ia membentuk
pelbagai landskap karst seperti di lembah kinta dan sekitar Ipoh,Perak. Arang
batu mengandungi fosil tumbuhan dan ia bolah membentuk muka bumi seperti tanah
pamah dan pinggir laut.
3)
BATUAN METAMORFOSIS
Batuan metamorfosis ialah batuan jelmaan, ia terbentuk
apabila batuan igneus dan batuan enapan mengalami tekanan dan suhu yang tinggi
semasa gerakan tektonik di dalam kerak bumi. Hasilnya menyebabkan batuan
berkenaan berubah bentuk, warna dan komposisi mineralnya. Proses ini akan
membentuk batuan baru. Batuan baru ini lebih stabil, amat keras,
bersinar-sinar, cantik dan menarik.Terdapat dua jenis batuan metamorfosis iaitu batuan berjalur
yang mempunyai susunan mineral berlapis-lapis secara selari.Batuan tidak berjalur
pula tidak mempunyai lapisan.
Batuan syis berasal dari batuan basalt dan granit
danmempunyai tekstur sederhana kasar. Gneis mempunyai tekstur kasar dan berasal
daripada batuan granit. Batu kapur yang mempunyai tekstur kasar berasal dari
batu kapur.Kuarzit yang berasal dari batu pasir adalah sederhana kasar.
KEPENTINGAN BATUAN KEPADA
AKTIVITI MANUSIA
Aktiviti Manusia
|
Kepentingan
|
Pertanian
|
Batuan basalt
(igneus terobosan) mudah terluluhawa membentuk tanah yang subur untuk tujuan
pertanian- Pulau Jawa
Riolit (igneus
rejahan) terluluhawa hasil laterit sesuai untuk tanaman getah dan kelapa
sawit.
|
Perlombongan
|
Batu
permata (metamorfosis) digunakan
sebagai batu pengisar, pemotong dan gerudi dalam perlombongan petroleum
kerana sifatnya yang paling keras.
|
Perindustrian
|
Arang batu
(enapan organik) bahan bakar utama dalam perusahaan besi dan keluli.
Arang batu
melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih kurang 200, 000 hasil
sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai, baja, racun serangga dan
bahan letupan.
Lempung (enapan
klastik) jenis kaolin penting dalam perusahaan tembikar
Fostat (enapan)
buat baja
|
Pembinaan
|
Batuan marmar
(metamorfosis) digunakan sebagai lantai, dinding bangunan dan perhiasan.
Granit (igneus)
bina jalanraya, rumah, bangunan, pelabuhan dsbg.
|
Perhiasan
|
Batu metamorfik
menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan untuk membuat barang
kemas. Antaranya ialah intan, garnet, delima,nilam dan zirkon.
|
PROSES ENDOGENETIK
Tenaga yang berpunca dari dalam kerak bumi iaitu lapisan
mantel bumi yang menghasilkan berbagai fenomena di lapisan kerak bumiseperti
gampa bumi, letusan gunung berapi, lipatan gelinciran,gerakan tektonik termasuk
juga proses metamorfosisme batuan.
i.
Tenaga graviti daripada mampatan jisim dan
perambahan momentum sudut semasa pembentukan planet.
ii.
Tenaga radiogenikatau atom daripada
pencerakinan nucleus atom yang wujud dalam mineral radiogenik seperti uranium, plutonium dan thorium.
iii.
Tenaga haba ini wujud dalam lapisan
atas mantel iaitu di astenosfera.
iv.
Arus-arus perolakan yang panas dari astenosfera
boleh menggerakkan lapisan kerak bumi.
v.
Pelanggaran antara kerak bumi boleh menghasilkan gelombang seismik menyebabkan kejadian
gempa bumi.
LIPATAN
Berlaku akibat adanya daya
mampatan dan tekanan secara mendatar
semasa pertembungan antara plat-plat tektonik yang menyebabkan lapisan
kerak bumi terhimpit lalu terlipat.Iajuga dipengaruhi oleh tarikan graviti
berhampiran dengan permukaan bumi.
Proses-proses Lipatan
a) Proses peleburan batuan yang
pejal dalam lapisan kerak bumi. Lapisan batuan yang berada dalam bumi adalah
cair lalu mudah lentur.
b) Proses mampatan secara
mendatar. Apabila berlaku mampatan atau tolakan dari kiri dan kanan lapisan
kerak bumi maka lapisan kerak bumi yang cair dan mudah lentur tadi akan
melengkung keatas atau kebawah.
JENIS-JENIS BENTUK MUKA BUMI LIPATAN
i.
Antiklin atau lintap mungkum – lipatan yang melengkung ke atas.
ii.
Sinklin atau lintap lendut – bahagian yang
menggeleding (melendut ke bawah)
iii.
Lipatan simetri – kedua-dua cerunnya
mempunyai kecerunan yang sama atau hampir sama.
iv.
Lipatan tak simetri – satu cerun lipatan
berkeadaan lebih curam atau landai berbanding cerun lipatan di sebelahnya.
v.
Lipatan lampau – keadaan lipatan tertekan
dan herot ke depan.
vi.
Antiklin rebah – lipatan tertekan dengan
kuat dan jatuh ke depan.
vii. Nappe – antiklin rebah mengalami tekanan sehingga wujudnya rekahan
seterusnya pematahan lintap mangkum dan adanya garis gelinciran antara lintap
mungkum dan lintap lendut.
GELINCIRAN
Konsep gelinciran
Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak
bumi atau blok batuan secara mendatar atau menegak.
Jenis-jenis gelinciran
i.
Gelinciran biasa
Gelinciran biasa berlaku apabila adanya daya-daya tekanan yang menarik
kerak bumi atau daya-daya menolak bumi dari bawah.Mempunyai satah rekahan curam
atau hampir tegak.Ia menghasilkan sesar curam dan lurus dan ketinggian
berbeza-beza mengikut ketinggian anjakan blok.
ii.
Gelinciran songsang
Gelinciran songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang
bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang bertentangan menghasilkan
garis gelinciran pada blok batuan tersebut. Salah satu daripada blok batuan
tersebut terangkat atau terjulang ke atas. Dikenali juga sebagai sesar julang.
iii.
Gelinciran rabak
iv.
Gelinciran rabak apabila daya mampatan dan
tegangan pada lapisan kerak bumi menyebabkan terjadinya pergerakan secara
melintang blok-blok batuan tersebut dari kedua-dua arah yang
bertentangan.Pergerakan secara mendatar.
GUNUNG BERAPI
Igneus Jalar Dalam (REJAHAN)
Bentuk muka bumi daripada proses pemejalan magma dalam kerak bumi.
JENIS BENTUK MUKA BUMI IGNEUS JALAR DALAM DAN PROSES PEMBENTUKAN
i)
Daik
Apabila magma yang
panas daripada lapisan mantel mengalir ke luar dan menembusi lapisan batuan
seterusnya membeku secara menegak sama ada dalam lapisan kerak bumi atau di
permukaan bumi. Ketebalannya antara 2 - 6m.
ii)
Sil
Magma membeku secara
mendatar diantara lapisan batuan terutama bagi kumpulan batuan mendak dan ia
tipis dan selari dengan lapisan batuan.
iii) Lakolit
Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi secara kubah.
iv) Lopolit
Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi mengikut lengkung kerak bumi dan
kelihatan seperti piring.Bahagian tengahnya lebih tebal berbanding kedua-dua
bahagian hujungnya.
v)
Pakolit
Magma membeku di bahagian puncak lintap mangkum atau bahagian
dasar lintap lendut.Ia berbentuk seperti kanta.
vi) Batolit
Terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang membeku secara
besar-besaran di dalam kerak bumi.Membentuk teras sesebuah gunung.
IGNEUS JALAR
LUAR (TEROBOSAN)
Bentuk muka bumi
yang terbentuk daripada magma yang membeku di permukaan bumi.Ia dicirikan oleh
aktiviti gunung berapi yang meletus dan memuntahkan lavanya.
Jenis Bentuk Muka
Bumi Igneus Jalar Luar dan Proses Pembentukannya
i.
Kon lava
asid
Kon
lava asid bercerun curam kerana lava asid yang likat dan cepat membeku lalu
tudak mampu mengalir jauh.
ii.
Kon
lava bes
Kon
lava bes bercerun landai kerana lava bes adalah cair dan mampu mengalir jauh
sebelum membeku. Kaya dengan mineral ferum atau besi.Juga dikenali sebagai
gunung berapi perisai.
iii.
Kon
abu
Kon abu
cerunnya berbentuk cekung dan curam.Terdiri daripada debu, abu dan serpihan
batu atau batu tongkol yang keluar semasa letusan gunung berapi yang dikenali
sebagai aliran piroklastik dan bom gunung berapi.
iv.
Kon
komposit
Terdiri
daripada pelbagai jenis kon lava dan abu yang keluar dari pelbagai lohong di
sekeliling gunung berapi.Kon-kon kecil terbentuk menerusi rekahan-rekahan
batuan di sekeliling gunung tersebut. Sebahagian kon mengeluarkan lava asid
atau bes dan sesetengahnya mengeluarkan debu, abu dan bahan piroklastik.
v.
Krater
Krater
ialah kawah besar yang terbentuk di puncak gunung berapi akibat letusan gunung
berapi.Apabila magma membeku kawah tersebut menakung air dan membentuk tasik kawah.
vi.
Kaldera
Kaldera
terbentuk akibat cantuman beberapa krater gunung berapi yang terletak
berhampiran antara satu sama lain. Membentuk tasik kawah yang sangat besar.
LAVA
GUNUNG BERAPI
i.
Lava
asid
Lava
asid sangat likat dan mengalir perlahan.Lava jenis asid cepat membeku.Ia kaya
dengan silika. Takat lebur lava asid tinggi iaitu suhu di antara 800^C –
1000^C. Letusan gunung berapi lava asid adalah kuat.
ii.
Lava
bes
Lava
bes adalah cair dan mengalir laju. Ia lambat membeku dan kaya dengan besi dan
magnesium. Takat lebur lava bes adalah rendah dan sangat panas. Suhu takat
lebur ialah 1100^C – 1200^C.
JENIS DAN TABURAN GUNUNG BERAPI
i)
Gunung berapi hidup
-
Selalu meletus dan sangat aktif.
ii)
Gunung berapi mati
-
Tidak aktif, tidak akan meletus lagi
iii)
Gunung berapi pendam
-
Pernah meletus dan akan meletus lagi pada masa
hadapan.
Faktor-faktor
yang Mempengaruhi Kepelbagaian Rupa dan Bentuk Gunung Berapi
i)
Jenis bahan yang diletuskan
ii)
Sifat lohong gunung berapi
iii)
Sifat dan jenis letusan
iv)
Kuantiti
bahan dan bahan piroklas yang dikeluarkan
v)
Proses gondolan yang dialami
HANYUTAN
BENUA
Teori
Hanyutan Benua
-
Dikemukakan oleh Alfred Weneger, 1910. Menurut
Weneger, 200 juta tahun dahulu semua benua bercantum dan membentuk satu daratan
besar yang dikenali sebagai Pengea. Lautan disekelilingnya dipanggil Panthalassa.
-
180 juta tahun dahulu, Pangea telah berpecah
kepada Laurasia di utara dan Gonwanaland di selatan serta menghasilkan Laut
Tethys. Laurasia mengandngi benua-benua seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia
sementara Gonwanaland meliputi benua Amerika Selatan, Afrika,Semenanjung Arab,
Indiadan Australia.
-
Wegener
menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan benua iaitu pergerakan ke
arah barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik dan pergerakan dari kutub
akibat daripada tekanan ke atas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan
magma yang panas. Hipotesis Weneger amat berkait dengan daya mampatan dan daya
tegangan yang wujud dalam bumi yang boleh menggerakkan lapisan bumi. Kedua-dua
daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas. Batuan di dalam lapisan
mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi dan berada dalam keadaan separa
cair, arus perolakan wujud di lapisan ini dan lapisan kerak bumi dikatakan
terapung di atas lapisan astenosfera.
Toeri Peluasan
Dasar Laut
Menurut teori ini,
apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak naik ke lapisan kerak
bumi (dasar laut), mengisi ruang rekahan yang dihasilkan oleh sempadan
pencapahan di dasar laut. Magma ini akan membeku dan seterusnya membentuk
permatang dasar lautan. Proses yang berterusan, rekahan menjadi semakin besar,
magma berterusan keluar dan membeku. Kesannya, dasar lautan yang lama akan
tertolak ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru terbentuk. Dasar
laut dikatakan telah mengalami proses rebakan.
Teori ini
dibuktikan dengan kajian terhadap batuan di dasar lautan.Batuan yang terletak
berhampiran dengan permatang lautan didapati lebih muda berbanding dengan
batuan yang terletak lebih jauh daripada permatang lautan.
Toeri Tektonik
Plat
Mengikut Teori
Plat Tektonik, lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan
yang dikenali sebagai plat. Terdapat plat benua dan plat lautan. 7 plat benua
yang besar seperti Plat Pasifik, Plat Amerika Utara, Plat Amerika Selatan, Plat
Eurasia, Plat Afrika, Plat Indo-Australia dan Plat Antartika. Manakala plat
benua yang kecil seperti Plat Nazca, Plat Cacos, Plat Filipina, Plat Karibia,
Plat Arab, Plat Scotia dan lain-lain. Plat lautan adalah seperti Plat Pasifik
dan Plat Antartika.
Plat-plat ini
sentiasa bergerak disebabkan adanya arus perolakan magma panas di lapisan
astenosfera. Pergerakan plat berlaku sangat perlahan dan plat bergerak pada
arah yang berbeza-beza antara satu sama lain. Plat-plat ini boleh bergerak
dengan 3 cara iaitu secara pertembungan, pencapahan atau pemisahan dan secara
perselisihan.
a)
Pertembungan plat
·
Ia berlaku apabila dua plat bertembung antara satu sama lain.
Pertembungan ini melibatkan plat benua dengan plat benua, plat lautan dengan
plat lautan atau plat benua dengan plat lautan.
·
Apabila dua plat lautan yang bertembung,plat yang tumpat akan
terjunam ke bawah. Di zon ini terbentuk jurang lautan yang sangat dalam seperti
Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil menerusi pertembungan Plat Pasifik
dan Plat Filipina. Plat yang terbenam ke bawah ini akan membentuk magma setelah
mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang tinggi di
lapisan mantel.
·
Magma yang panas dan cair ini akan bergerak ke luar permukaan
kerak bumi di dasar lautan membentuk barisan-barisangunung berapi di dasar
laut. Melalui proses ataman bumi, gunung berapi ini akan muncul di permukaan
laut membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti di Kepulauan Jawa
(Indonesia), Kepulauan Filipina dan Kepulauan Jepun.
·
Apabila plat lautan bertembung
dengan plat benua,plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah. Di
zon benam, plat lautan akan mencair dan membentuk magma. Jurang lautan
terbentuk di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat
benua. Manakala di bahagian plat benua kerak bumi akan termampat. Proses
mampatan ini akan menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan
tersebut. Jika terdapat rekahan di gunung lipat, magma akan keluar sebagai
fenomena gunung berapi. Pertambunagn antara Plat Nazca dengan Plat Amerika
Selatan menghasilkan Jurang Peru-Chile dan banjaran Andes sebagai gunung lipat.
·
Apabila plat benua bertembung dengan plat benua, maka pinggir
kedua-dua benua tersebut akan termampat dan terlipat lalu membentuk banjaran
gunung lipat. Tidak ada plat yang terjunam ke bawah kerana kedua-dua plat benua
mempunyai ketumpatan yangsama. Pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat
Eurasia telah menghasilkan Sistem Pergunungan Himalaya.
b)
Pencapahan plat
Plat-plat akan berpisah dan bergerak menjauhi antara satu
sama lain. Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi,
kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah. Ini menyebabkan wujud
satu garisan kelemahan pada kerak bumi, magma yang panas akan mengalir keluar.
Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini, maka magma akan mengalir
keluar, menyejuk dan membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak bumi yang
baru dan dikenali sebagai permatang tengah lautan. Contohnya Permatang Tengah
Lautan Atlantik yang berada di tengah-tengah lautan Atlantik.
c)
Perselisihan plat
Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di
sepanjang garis gelinciran. Ia juga dikenali sebagai garis neutral. Fenomena
yang sering berlaku di kawasan ini ialah gelinciran dan gempa bumi.
TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN HANYUTAN
BENUA
1.
Bukti keselanjaran benua
Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan
walaupun kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan
pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan dengan pinggir laut
timur Amerika Selatan Pinggir Laut Eropah Barat boleh dicantumkan dengan
pinggir laut Amerika Utara.
2.
Bukti geoglogi
Geologi enapan awal yang
berada didasar laut yang terletak disekitar Lautan Antlantik adalah sama dengan
yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya.
Ini menguatkan bukti kemungkinan benua tersebut telah berpecah dari satu jisim
benua yang sama sebelumnya.
3.
Bukti bahan fosil
Fosil dinosaur dari zaman Jurasik telah ditemui di Amerika
Utara, Amerika Selatan dan China. Fosil ini adalah sama dari segi jenis dan
usia.
4.
Bukti paleomagnet
Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil
yang ditemui menunjukkan kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km dari
sebelah barat Amerika Utara kesebelah utara Asia dan ke kawasan Artik. Fenomena
ini berlaku pada masa pra kanbrian
hingga ke Zaman Pertengahan Tersier
5.
Bukti oseanik
Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di Lautan Pasifik
dan Lautan Antlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.
2.3
PEMBENTUKAN LANSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP
LULUHAWA
Konsep Luluhawa
Luluhawa merupakan satu proses
pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan kepada saiz yang lebih kecil. Ia
berlaku secara insitu (setempat).
Luluhawa Fizikal / Mekanikal
Konsep luluhawa Fizika/Mekanikal
Proses penyepaian dan pemecahan batuan
kepada saiz yang lebih kecil akibat tindak balas unsur-unsur iklam seperti
suhu. Ia tidak terlibat perubahan
kandungan kimia batuan dan berlaku secara in-situ.
Proses- proses Luluhawa Fizikal
1.
Perubahan Suhu
·
Proses luluhawa ini berkesan di kawasan iklim
panas seperti gurun yang mempunyai julat suhu harian yang tinggi. Suhu yang
mencapai 35^C hingga 40^C pada waktu siang menyebabkan lapisan luar batuan
lebih cepat panas dan mengalami pengembangan berbanding bahagian dalam batuan.
·
Suhu waktu malam yang jatuh sehingga 5^C hingga 0^C , menyebabkan bahagian luar
lapisan batuan mengalami kehilangan haba dengan lebih cepat dan mengalami
proses penguncupan.
·
Proses yang berulang ini menyebabkan berlakunya
tegangan sehingga lapisan luar batuan retak dan pecah serta tertanggal daripada
lapisan sebelah dalamnya. Bentuk pemecahan dan penyepaian batuan bergantung
kepada sifat fizikal batuan tersebut. Terdapat tiga bentuk pemecahan batuan
iaitu :
a)
Pengelupasan
Proses pengelupasan berlaku pada batuan yang mempunyai
struktur berlapis dan lapisan luarnya mempunyai rekahan. Pengelupasan berlaku
selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling luar. Keadaan ini berlaku
kesan proses pengembangan dan penguncupan yang berulang pada batuan dan akan
menghasilkan serpihan batuan.
b)
Penyepaian Berbiji / Granul
Proses ini berlaku sekiranya batuan pecah atau relai secara
berbiji-biji. Batuan induk mempunyai kandungan mineral yang berbagai dan setiap
mineral mempunyai kadar pengembangan dan penguncupan yang berbeza. Contohnya
seperti batuan granit yang mengandungi mineral feldspar, kuartza dan mika. Mineral
yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih awal tersingkir dari batuan
induk. Butir-butir halus akan terhasil kesan pemecahan ini.
c)
Pemecahan Bongkah
Proses ini berlaku pada batuan bersendi atau mempunyai
rekahan bersegi empat. Proses pengembangan dan pengecutan berlaku di sepanjang
rekahan tersebut dan penyepaian terjadi mengikut rekahan sehingga menjadi
bongkah-bongkah segi empat.
2.
Tindakan Ibun
·
Tindakan ibun merupakan proses luluhawa fizizkal
yang berkesan di kawasan sederhana dunia terutamanya di bahagian puncak gunung
atau tanah tinggi yang sering mengalami keadaan beku cair.
·
Kerpasan seperti fros atau salji yang bertakung
dalam rekahan batuan akan membeku pada musim sejuk dan juga di kawasan
pergunungan apabila suhu berada di bawah takat beku. Ais akan cair apabila
tibanya musim panas.
·
Isipadu air yang beku ini akan bertambah
sebanyak 10% dan kesannya menghasilkan tekanan yang kuat di sekitar dinding
rekahan. Proses yang berulang ini akan menghasilkan rekahan yang semakin
membesar dan akhirnya boleh memecahkan batuan. Serpihan batuan yang
bersegi-segi ini jatuh di kaki gunung dan dikenali sebagai talus atau skri.
3.
Penghabluran Garam
Proses penghabluran garam ini giat berlaku di kawasan panas
dan kering seperti di kawasan savana dan monson tropika. Ia merupakan proses
pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan
rongga-rongga permukaan batuan. Akibat cuaca panas yang melampau atau ketika
musim panas, air akan ditarik ke permukaan bumi oleh daya rerambut / daya tarikan
kapilari. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam yang halus akan tertinggal
dalam rekahan. Proses yang berterusan akan menyebabkan hablur garam semakin
banyak dan berkembang semakin besar. Pembesaran dan pertambahan kuantiti hablur
garam akan mewujudkan tekanan dan ketegasan yang ke atas dinding-dinding
rekahan sehingga rekahan menjadi semakin luas, dalam dan seterusnya pecah.
4.
Pembasahan dan Pengeringan
·
Proses ini beraku di kawasan tropika lembap.
Pembasahan apabila batuan ditimpa hujan lebat sehingga membolehkan batuan
menyerap air dan berada dalam keadaan tepu. Pada masa ini, lapisan batuan yang
lembap akan mengalami pengembangan. Manakala pancaran matahari yang terik pula
akan mengeringkan batuan dan lapisan batuan akan mengalami pengecutan. Proses pengembangan
dan pengecutan yang berulang menyebabkan lapisan batuan tersepai dari batuan
asalnya.
·
Pembasahan dan pengeringan juga berlaku di
kawasan pantai yang menerima pengaruh air pasang-surut. Semasa air pasang,
batuan akan tenggelam dan mineral-mineral dalam batuan menjadi lembap dan
mengembang. Semasa air surut pula, batuan yang timbul akan dikeringkan oleh
pancaran matahari. Batuan menjadi kering dan mengecut dengan cepat. Proses yang
berulang ini turut memecahkan batuan.
5.
Pelepasan Tekanan
Proses ini berlaku terhadap batuan yang terletak jauh ke
dalam kerak bumi. Batuan ini berada dalam keadaan menguncup kerana tertekan oleh
batuan yang lain yang terletak di atasnya. Apabila batuan di atasnya mengalami
hakisan, diangkut dan direndahkan batuan yang terletak jauh di dalam kerak bumi
akan terdedah ke permukaan ini. Pengurangan beban atau pelepasan tekanan ini
akan menyebabkan lapisan atas batuan berkenaan mengalami proses pengembangan
sehingga menyebabkannya merekah dan pecah.
Luluhawa Kimia
Konsep Luluhawa Kimia
Semua proses pereputan dan penguraian
batuan apabila mineral batuan tersebut bertindakbalas dengan air, asid, ion dan
larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer ke peringkat
sekunder. Tindakan ini boleh mengubah kandungan kimia batuan.
Proses Luluhawa Kimia
1.
Pengoksidaan
Proses ini berlaku apabila mineral dalam batuan
bertindakbalas dengan oksigen dalam udara. Pengoksidaan berlaku terhadap batuan
yang banyak mengandungi mineral besi (ferum). Sebatian besi akan teroksida
apabila terdedah kepada kepada udara (oksigen) dan air. Ia akan bertukar kepada
warna perang kemerahan atau berkarat. Sebatian ferum yang teroksida ini boleh melemahkan struktur
batuan.
2.
Pengkarbonan
Ia merupakan tindakbalas antara kalsium karbonat dengan asid
karbonik. Asid karbonik lemah terbentuk apabila
air hujan bercampur dengan karbon dioksida dalam udara. Air hujan yang
mengandungi asid karbonik lemah ini mudah bertindakbalas dengan batu kapur dan
menghasilkan kalsium bikarbonat. Proses pengkarbonan ini boleh menghasilkan pelbagai pandang darat karst di
kawasan batu kapur seperti klint, gua batu kapur, stalaktit, stalagmite dan
lain-lain.
3.
Penghidratan
Penghidratan berlaku apabila mineral batuan menyerap air.
Ketegasan dan pengembangan terhasil dalam
batuan dan akhirnya boleh melemahkan struktur batuan dan menghancurkannya.
Contohnya pembentukan limonit.Terdapatjuga keadaan di mana mineral bergabung
dengan air dan membentuk mineral lemah. Proses ini boleh melemahkan dan
mengurai batuan induk.
4.
Larutan
Air hujan atau air larian bertindak sebagai pelarut.Air
berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsum, natrim
klorida dan kalsium karbonat. Kalsium, natrium dan magnesium mempunyai kadar
kelarutan yang tinggi berbanding dengan silika. Dengan itu ia mudah dilarutkan
dan disingkirkan daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan.
5.Hidrolisis
Ia merupakan proses pengasingan mineral dalam batuan oleh
tindakan air. Tindakbalas ion hidrogen dengan ion mineral batuan akan
menghasilkan sebatian baru dengan mineral yang berlainan dari batuan asal.
Kesannya batuan asal akan berubah kepada jenis lain. Contohnya feldspar dalam
batuan granit bertukar kepada kaolin (tanah liat berwarna putih) yang lembut
apabila air hujan bertindak ke atasnya.
Luluhawa Biologi
Konsep Luluhawa Biologi
Ia melibatkan tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma
dan manusia. Proses ini berlaku secara fizikal atau kimia dan melibatkan proses
pemecahan dan penguraian batuan.
Proses Luluhawa
Biologi
1.
Tumbuhan
Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan batuan
akan semakin membesar dan akhirnya meretakkan batuan. Akar tumbuhan juga boleh
bertindak mereputkan batuan melalui asid humik yang dikeluarkan.Contohnya akar
lumut dan kulampair.Penguraian olek bakteria terhadap daun, ranting, dahan yang
gugur juga boleh menghasilkan asid humik yang boleh bertindakbalas dengan
mineral batuan.
2.
Haiwan
Haiwan seperti arnab, tikus, ular akan memecahkan batuan
dengan mengorek lubang di dalam tanah. Struktur tanah yang longgar dan polos
ini memudahkan ini memudahkan kadar resapan ke dalam tanah.
3.
Manusia
Tindakan manusia seperti meletupkan batuan di kuari dan lombong
telah mendedahkan batuan kepada proses luluhawa seterusnya.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Luluhawa
a)
Iklim
Suhu dan hujan merupakan dua unsur iklim yang mempengaruhi
luluhawa.Proses-proses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan dan
hidrolisis amat bergantung kepada kehadiran air. Menurut Prinsip Lee Chatlier,
‘tindakbalas luluhawa kimia akan berganda apabila kuantiti air bertambah’.
Kawasan Tropika Lembap mendapat bekalan hujan tahunan yang banyak maka luluhawa
kimia adalah berkesan di kawasan ini. Purata suhu tahunan yang tinggi (27^C
hingga 32^C) di Tropika Lembap juga merupakan penyumbang utama kepada proses
luluhawa kimia. Suhu yang tinggi sepanjang tahun dengan beza antara suhu harian
yang kecil membolehkan operasi kimia berlaku dengan berkesan.
b)
Jenis batuan
Batuan yang lembut seperti batu kapur, dolomite dan gipsum
merupakan jenis batuan yang tidak stabil dan mudah mengalami luluhawa
berbanding dengan batuan keras seperti granit.
c)
Rekahan
Rekahan juga merupakan faktor penentu keberkesanan
luluhawa.Rekahan merupakan garisan lemah batuan. Batuan yang mempunyai
kepadatan rekahan yang tinggi dan rekahan berada dalam keadaan menegak,
mempunyai kadar luluhawa yang tinggi. Ini kerana air, asid dan laritan boleh
bertakung dan menembusi batuan ini.Luluhawa kimia boleh bertindakbalas di
sepanjang dinding rekahan.
d)
Relief
Relief ialah keadaan cerun sesuatu kawasan.Luluhawa kimia pesat
berlaku di kawasan cerun landau dan tanah pamah. Kawasan ini menggalakkan kadar
simpanan air berbanding kawasan cerun curam. Luluhawa akan lebih berkesan di
kawasan cerun yang menghadap pancaran matahari berbanding dengan cerun yang membelakangkan
matahari. Pancaran matahari (suhu) diperlukan untuk tindakan luluhawa kimia.
Kesan Luluhawa Terhadap Pembentukan
Landskap Aktiviti Manusia
a.
Di kawasan batu kapur, luluhawa mewujudkan
pandang darat karst yang menarik seperti gua, sungai bawah tanah, stalaktit,
staglamite dan lain-lain. Gua-gua batu kapur seperti Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak sering menjadi
tarikan pelancong.
b.
Pembentukan tanah liat. Pembentukan tanah liat
berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan feldspar. Tanah liat ini
sangat penting dalam industri tembikar.
c.
Tanah laterit terbentuk hasil proses pengoksidaan.
Tanah laterit yang berwarna keperangan ini sesuai untuk tanaman getah dankelapa
sawit.
d.
Proses luluhawa di kawasan gurun menghasilkan
gurun batu dan gurun pasir.
PERGERAKAN JISIM
Konsep Pergerakan Jisim
Pergerakan regolit tanah dari atas cerun ke bawah cerun
akibat daya tarikan graviti dengan dibantu oleh air sebagai pelincir.
Jenis-jenis pergerakan jisim
a.
Aliran
Lambat
Pergerakan regolit dan tanih secara
perlahan-perlahan menuruni cerun. Proses pergerakan ini tidak dapat dilihat
dengan mata kasar. Cuma dapat dilihat seperti tiang elektrik.Tiang telefon yang
condong daripada kedudukan asalnya yang tegak.
Ia berlaku dikawasan yang mempunyai permukaan cerun yang
tidak terlalu landau dan tidak dilitupi oleh tumbuhan yang tebal.
Proses-proses
Aliran Lambat
·
Kesotan tanah-tanih
·
Kesotan Talus
·
Kesotan Batuan
·
Kesotan batu glaseir
·
Gelangsaran tanah
b. Aliran
cepat
Aliran lambat melibatkan pergerakan regolit, tanah dan lumpur pada kadar yang lebih cepat dan di
atas cerun yang lebih curam berbanding aliran lambat.
Proses-proses aliran cepat:
·
Aliran tanah
·
Aliran lumpu
·
Puin salji runtuh
c.
Geluncuran
Geluncuran melibatkan pergerakan tanih, regolit dan bongkah
batuan secara besaran di cerun yang curam dan hampir tegak.Ia berlaku lebih
cepat dan tiba-tiba berbanding dengan proses dalam aliran cepat.
Poses-proses Geluncuran
·
Robohan
·
Geluncuran puin
·
Geluncuran batuan
d.
Runtuhan
Pergerakan
regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya
runtuhan ialah kadar turunan hujan yang lebat dan perubahan cerun yang semakin
curam.
Proses-proses runtuhan:
·
Runtuhan tanah
·
Runtuhan batuan
Faktor yang mempengaruhi proses
pergerakan jisim
a.
Kecerunan
Kecerunan sesuatu permukaan bumi mempengaruhi proses
pergerakan jisim. Di kawasan yang bercerun curam pergerakan jisim berlaku
dengan giat akibat daya tariakan graviti ke bawah adalah tinggi.
b.
Jenis batuan
Jenis batuan yang berlainan mempengaruhi proses pergerakan
jisim. Proses pergerakan jisim berlaku dengan giat di cerun yang terdiri
daripada batuan yang lembut berbanding dengan kawasan yang dilitupi batuan
keras.
c.
Hujan
Kawasan yang menerima hujan yang lebat mengalami proses
pergerakan jisim yang giat. Ini kerana air bertindak sebagai pelincir yang
mempercepatkan lagi proses pergerakan jisim. Akibat curahan hujan yang lebat
berat jisim sesuatu cerun akan bertambah hasil daripada proses susupan dan
larut resap dan akhirnya cerun akan
runtuh secara besar-besaran.
d.
Litupan tumbuh-tumbuhan
Tumbuhan menjadi pelindung semulajadi yang paling berkesan untuk
menstabilkan sesuatu cerun. Selain daripada proses cegatan silar terhadap
titisan air hujan, akar memainkan
peranan dalam menentukan kadar kejeleketan ketara tanah. Sistem akar yang
komplek akan mencengkam tanah dan menghalang kejadian gerakan jisim.
e.
Gegaran
Kawasan yang berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik
merupakan kawasan yang tidak stabil dan mudah berlaku gempa dan gegaran. Kejadian
gempa bumi dan gegaran sesuatu kawasan mendorong kepada berlakunya pergerakan
jisim terutama jisim secara cepat.Gegeran yang kuat membawa kepada terjadinya
tanah runtuh dan runtuhan batuan.
f.
Tindakan manusia
Tindakan manusia banyak mempengaruhi kejadian pergerakan
jisim.Tindakan manusia seperti pembalakan, pembinaan jalan raya di
lereng-lereng bukit, pembinaan pusat peranginan di kawasan tanah tinggi,
pembinaan petempatan, perlombongan kauri dan sebagainya menyebabkan banyak
kawasan bukit digondol, ditarah dan dipotong untuk pelbagai tujuan. Keadaan ini
menyebabkan kawasan cerun bukit kehilangan kestabilan dan terdedah kepada
agen-agen hakisan yang akhirnya akan memudahkan berlakunya pergerakan jisim
seperti tanah runtuh,runtuhan batuan dan juga banjir lumpur.
Langkah-langkah untuk mengawal
proses pergerakan jisim
a.
Langkah perundangan
Mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau
syarikat pemaju sesebuah projek yang melanggar peraturan EIA ( Environment
Impact Assessment ). Tindakan mahkamah seperti denda, penjara, menarik balik
lesen, arahan pembayaran pampasan dan ganti rugi dan lain-lain.
b.
Langkah penstrukturan
·
Menanam
pokok-pokok pelindung yang kekal di atas permukaan cerun bukit supaya
kestabilan cerun secara semulajadi terpelihara.
·
Membina
benteng serta tembok penahan hakisan di kaki cerun yang tidak stabil dan
berisiko untuk runtuh. Benteng yang dibina boleh mengukuhkan kaki cerun untuk
mengelaknya runtuh secara besaran. Benteng yang dibina dalam bentuk konkrit,
sangkar dawai yang diisi dngan batu konkrit dan lain-lain lagi.
·
Menggunakan sungkupan plastik di atas
permukaan cerun yang tidak stabil. Ini bertujuan untuk mengelakkan air hujan
daripada terus terkena pada permukaan cerun terutama permukaan cerun yang telah
tergondol.
·
Memperbaiki
sistem saliran dan laluan air di permukaan cerun atau kawasan tanah tinggi.
Menyediakan sistem perparitan longkang di permukaan cerun. Ia boleh dibuat
secara berteres di bahagian cerun atas hingga cerun bawah. Dengan cara ini,
limpahan air permukaan dan ketepuan tanih dapat dielakkan dan seterusnya
pergerakan jisim tidak berlaku.
c. Langkah
bukan perundangan
Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar
kepada semua lapisan masyarakat khususnya pemaju perumahan, pekebun sayur dan
pengusaha hotel.Kempen boleh dilakukan melalui pelbagai media cetak dan
elektronik, menganjurkan kursus-kursus serta seminar dan lain-lain.Di samping
itu, pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah, rendah, menengah hingga ke
universiti diperkukuh dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Alam
Sekitar secara khusus.
LEMBANGAN SALIRAN
Konsep Lembangan Saliran
Lembangan saliran ialah kawasan yang
disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-cawangannya. Contohnya, Lembangan
Sungai Kelantan.
Hakisan Permukaan
a.
Hakisan Percikan
Hakisan percikan berlaku di kawasan yang terhad litupan
bumi apabila titisan air hujan akan terus ke tanah. Hentaman titisan air hujan
berupaya menghempaskan butiran dan jatuh semula ke permukaan.
b.
Hakisan Kepingan
Hakisan kepingan berlaku akibat dari air larian permukaan
menghakis lapisan tanah di permukaan.
c.
Hakisan Galir
Hakisan permukaan cerun yang lebih meluas, terdiri daripada
alur-alur air yang kecil. Terbentuk oleh hujan lebat dan kewujudannya sering
berubah-ubah.
d.
Hakisan Galur
Hakisan galur merujuk kepada alur-alur air yang kekal dan
berisi air semasa hujan lebat.Alur lebih besar dari galur dan biasanya kekal
dalam jangka masa lama.
HAKISAN SUNGAI
Jenis hakisan
a. Hakisan
mendalam/ hakisan menegak
Hakisan mendalam berlakuapabila sungai menghakis
pada dasarnya menjadikannya semakin dalam
mewujudkan lurah yang sempit berbentuk V.
b. Hakisan
melebar
Hakisan melebar berlaku pada bahagian sungai yang mempunyai
dasar sungai tidak begitu curam tetapi isi padu air yang banyak.Hakisan berlaku
ke arah tebing secara melebar dan mewujudkan profil rentas berbentuk U.
c. Hakisan
kebelakang/ unduran
Hakisan ini menyebabkan cerun dasar sungai berundur kearah
hulu, banyak berlaku di kawasan hulu sungai dan bahagian-bahagian yang tidak
mempunyai ketidakrataan dasar.
Cara-cara Hakisan
a.
Tindakan hidraul - Tindakan hidraul melibatkan
kuasa air sungai itu wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran air sungai ke
atas struktur rekahan batuan yang lemah seperti struktur rekahan dan ke atas
batuan lembut.
b.
Lelesan @ geseran - Melibatkan geselan antara
muatan sungai (batu kelikir) dengan air sungai terhadap tebing dan dasar
sungai.
c.
Lagaan - Merujuk kepada pergeseran batuan itu
sendiri apabila berlaga sesame sendiri semasa pengalirannya.
d.
Larutan – air sungai bertindakbalas secara kimia
terhadap batuan. Proses ini sangat berkesan di kawasan batuan kapur yang mudah
larut.
Faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan
a.
Isipadu dan Halaju Air
Amat berkesan untuk proses larutan dan proses hidraul.Semakin
tinggi isipadu air sungai, semakin tinggi tenaga potensinya dan juga kelarutan
air sungai tersebut.Semakin tinggi halaju air di dalam alur sungai, semakin
tinggi tenaga sungai itu untuk menjalankan kerja-kerja hakisan.
b.
Kecerunan
Dasar alur yang curam mempengaruhi halaju arus. Kecuraman
cerun membolehkan air sungai mengalir deras dan ini meninggikan kadar hakisan,
terutama hakisan cara lelasan dan lagan.
c.
Bentuk alur
Bentuk alur yang lurus pasti mengalami kadar hakisan yang
hebat kerana taburan tenaga bagi keseluruhan geometri alur adalah sama dan
seimbang. Jadi keseluruhan tebing alur sama ada di kiri atau kanan akan
mengalami hakisan pada kadar yang sama. Bagi alur yang berliku, taburan tenaga
tidak sama menyebabkan kadar hakisan
tidak seimbang bagi keseluruhan tebing alur sungai.
d.
Jenis batuan
Sekiranya tebing dan dasar sungai terdiri daripada batuan
lembut maka kadar hakisan sungai adalah tinggi berbanding dengan batuan keras.
e.
Bahan muatan
Kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh air sungai pula
dilihat secara relatif dengan keras-lembut batuan tebing dan dasar alur sungai.
Faktor ini amat mempengaruhi keberkesanan proses lagaan dan geselan. Sekiranya
bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai itu adalah banyak maka kebarangkalian
untuk berlaku pergeselan dan lagaan adalah tinggi.
Bentuk Muka Bumi Hakisan Sungai
a.
Air terjun
Air terjun merupakan aliran air terjun setingkat yang terjun
dari poin yang tinggi dipengaruhi oleh proses hakisan. Air terjun biasanya
terbentuk di kawasan batuan yang berstruktur mendatar antara batuan keras dan
lembut.Lapisan atas terdiri daripada lapisan batuan keras, sukar dihakis dan
aliran sungai mengalir di atasnya.Manakala lapisan batuan lembut yang berada di
bawah sangat mudah dihakis khususnya oleh hempasan air dari tingkat terjun.
b.
Jeram
Jeram ialah air terjun bertingkat atau bersiri mengikut tingkat terjun
yang berbeza.
c.
Lubuk
Satu lekukan atau lubang di dasar sungai yang berbatu yang
dikorek oleh pusaran arus sungai.Aliran sungai yang deras dan berpusar
bertindak mengorek rekahan-rekahan di dasar sungai yang tidak rata, pemperdalam
rekahan tersebut menjadi lubang dinamakan sebagai lubang periuk.
d.
Gaung
Gaung mempunyai tebing
yang sangat curam dan dalam. Hakisan menegak bertindak dengan berkesan
di dasar alur sungai menyebabkan dasar alur dikorek dan diperdalamkan.
e.
Lurah
Air sungai yang mengalir laju berupaya menghakis ke dasar sungai
melalui hakisan jenis mendalam.Oleh itu, lurah sungai semakin mendalam, sempit
dan curam membentuk lurah V.
PENGANGKUTAN SUNGAI
Konsep Pengangkutan Sungai
Pengangkutan adalah proses pemindahan
muatan sungai seperti batu tongkol, kerikil, pasir, tanah, bahan-bahan ampaian
dari peringat hulu ke peringkat hilir serentak dengan aliran air tersebut.
Cara Pengangkutan Sungai
a.
Larutan – melibatkan pemindahan zat-zat galian
yang terlarut dalam aliran dari batuan. Cara larutan ini lebih giat jika sistem
aliran terdapat di permukaan batuan yang lembut seperti batu kapur.
b.
Ampaian – berlaku terhadap puin-puin yang halus
dengan adanya arus dasar yang kuat. Biasanya mautan ampaian menentukan warna
air, contohnya tanah liat.
c.
Loncatan – melibatkan pergerakan muatan sungai
yang berbentuk bujur seperti batu kelikir di dasar sungai, ia giat berlaku
selepas hujan lebat.
d.
Seretan – melibatkan pergerakan bongkah batu
yang besar, dianggap muatan dasar kerana pergerakannya hanya berlaku di
dasar-dasar sungai. Ia sangat giat berlaku apabila isipadu air yang banyak atau
halaju air yang tinggi terutama ketika banjir.
e.
Golekan – melibatkan pergerakan batuan yang
sederhana besar dan dianggap muatan dasar.
f.
Apungan – melibatkan beban sungai yang ringan
dan halus, pergerakannya di atas permukaan air.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Pengangkutan Sungai
a.
Tenaga
Semakin laju pergerakan arus sungai maka sungai semakin
bertenaga dan dapat menjalankan proses pengangkutan dengan lebih berkesan.
Beban sungai yang besar dan berat dapat diangkut ke hilir sungai dengan lancar.
b.
Cerun
Kawasan yang bercerun curam menyebabkan sungai mengalir
dengan deras berbanding dengan sungai yang beraliran perlahan.Sungai yang
terletak di cerun yang curam mempunyai tenaga yang tinggi untuk kerja-kerja
pengangkutan berlaku.
c. Halangan
Di dalam alur sungai seperti tanah runtuh akan memperlahankan
aliran air.
d.
Kekasaran alur
Alur sungai yang kasar menyebabkan aliran sungai perlahan.
Ini mengurangkan keupayaan sungai tersebut untuk menjalankan proses
pengangkutan. Sungai ini juga akan menyebabkan pengangkutan sungai turut
perlahan.
e.
Bentuk alur
Alur yang lurus aliran sungai adalah laju. Proses
pengangkutan giat kerana sungai bertenaga. Alur yang berliku-liku menyebabkan
aliran sungai adalah perlahan maka sungai tidak bertenaga untuk menjalankan
kerja-kerja pengangkutan.
f. Saiz
bahan
Saiz bahan merujuk kepada jisim dan ketumpatan beban
sungai.Saiz beban yang kecil dan ringan, pengangkutan sungai adalah
giat.Manakala saiz beban yang besar dan berat, pengangkutan sungai adalah
perlahan.
g.Bentuk
beban
Bentuk beban yang berlainan memerlukan jumlah tenaga yang
berlainan untuk diangkut. Bentuk beban merujuk kepada ciri-ciri beban tersebut
apabila di dalam air, sama ada ia larut, terapung atau tertinggal sebagai
pepejal. Contohnya beban larut adalah sejenis beban yang menyebabkan kandungan
mineral larut dalam air misalnya kalsium karbonat dan bahan-bahan toksid. Beban
ini akan diangkut secara larutan.
PEMENDAPAN SUNGAI
Konsep Pemendapan Sungai
Penimbunan atau longgokan bahan
seperti pasir dan kelikir yang diangkut oleh sungai dari bahagian atas sungai
ke peringkat rendah dan mendap apabila tenaga aliran dan halaju sungai semakin
perlahan khasnya di kawasan yang bercerun landai.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Pemendapan
a.
Isipadu air
Isipadu air yang tinggi akan menyebabkan aliran sungai
menjadi perlahan,beban sungai akan dimendapkan. Contohnya di kawasan hilir
sungai, isipadu air tinggi kerana sungai menerima luahan dari cawangan-cawangan
sungai menyebabkan aliran perlahan dan memendapkan beban yang dibawanya.
b.
Halaju air
Halaju air yang perlahan akan menyebabkan sungai kehilangan
tenaga untuk kerja-kerja pengangkutan maka sungai tersebut akan memendapkan
semua beban yang dibawanya.
c.
Kecerunan
Kawasan yang mempunyai kecerunan yang landai, aliran adalah
perlahan dan tidak bertenaga maka proses pemendapan akan berlaku.
d.
Bentuk alur
Alur yang berliku-liku menyebabkan aliran sungai adalah
perlahan menyebabkan kerja-kerja pemendapan berlaku dengan berkesan.
e.
Jenis batuan
Batuan yang keras dan membentuk alur biasanya kerja-kerja
hakisan berlaku berbanding dengan batuan yang lembut yang menyebabkan proses
pemendapan berlaku.
f.
Bahan muatan
Bahan muatan yang besar dan berat akan dimendapkan lebih
dulu seperti di kawasan hulu sungai. Contohnya, batu-batu besar yang terdapat
di kawasan air terjun adalah hasil pemendapan aliran sungai yang tidak mampu
untuk mengangkut ke kawasan hilir. Bagi bahan muatan yang kecil dan halus
seperti pasir akan diangkut dan dimendapkan di kawasan hilir sungai.
g.
Halangan-halangan di dalam alur sungai seperti
tanah runtuh akan menyebabkan aliran sungai terhenti maka beban sungai yang
diangkut akan dimendapkan.
Bentuk muka bumi pemendapan sungai
a.
Dataran banjir
Bermaksud kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian
hilir sungai yang melimpah air banjir.Ia amat luas, landai dan rata.
b.
Tetambak
Ialah jaluran permatang yang wujud di sepanjang tebing
sungai dan memisahkan antara sungai dengan dataran banjir.
c.
Tasik ladam
Kejadian tasik ladam dapat dijelaskan melalui tiga
peringkat :
Peringkat 1 –
hakisan sisi berlaku di tebing-tebing cekung dan akan menghasilkan alur yang
baru.
Peringkat 2 –
pembentukan alur yang baru ini dipercepatkan lagi dengan pemendapan bahan-bahan
yang terhakis. Proses pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan sungai akan
terpisah daripada alur sungai yang terbentuk tadi. Likuan ini dinamakan sebagai
likuan terpenggal.
Peringkat 3 –
proses pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan terpenggal terpisah
langsung daripada alur-alur sungai. Air dalamlikuan terpenggal ini akan
terperangkap menjadi sebuah tasik yang dinamakan tasik ladam.
d.
Delta
Terbentuk apabila timbunan bahan mendap berlaku secara meluas di
muara sungai.Di kawasan muara ini, halaju arus sungai amat perlahan kerana
sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu memendapkan bahannya dengan giat
dan membentuk delta.
PINGGIR PANTAI
Konsep Pinggir Pantai dan Pantai
Seimbang
Secara umumnya, pantai adalah zon yang
terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut ombak.Secara
khususnya, pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada
timbunan bahan mendap yang peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dam
kelodak uyang berasal dari laut dan sungai.Pelbagai agen geomorfologi yang
bertindak di zon pinggir pantai.Antara agen-agen tersebut termasuklah ombak,
arus lautan, arus pasang surut dan tindakan angin.
Pantai
seimbang iaitu pantai yang mengalami kadar hakisan dan kadar pemendapan
yang hampir sama. (skima peperiksaan)
Tindakan ombak
Ombak ialah permukaan air laut yang
beralun akibat daripada tiupan angin.Terdapat dua jenis ombak iaitu ombak
pembina dan ombak pembinasa.Ombak Pembina ialah ombak yang mampu membawa
bahan-bahan pasir dan kelodak dan mendamparkan ke daratan untuk membina pantai.
Ombak ini kurang berkemampuan menyeret bahan tersebut semula ke laut semasa
berlaku proses basuhan balik.
Ombak pemusnah ialah ombak yang mampu
mengangkut banyak bahan pasir dan kelodak ke laut semasa basuhan balik.
Walaubagaimanapun, ombak ini kurang berupaya untuk membawa dan mendamparkan
bahan-bahan tersebutke pantai semasa proses damparan berlaku.
Tindakan ombak menyebabkan berlakunya
proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan.
HAKISAN OMBAK
Tindakan ombak menghakis melalui
tindakan hidraul, lagaan, kikisan, lelasan dan larutan.
Tindakan Hidraul
Hakisan hidraul berlaku apabila ombak
mendamparkan dan menghempaskan air laut ke dinding cenuram dan rekahan serta retakan
batuan di kawasan pinggir laut.Akibatnya, udara yang terperangkap di dalam
rekahan dan retakan batuan menjadi mampat. Apabila ombak mengundur, udara yang
termampat di dalam rekahan dan retakan batuan akan dilepaskan. Proses
pemampatan dan pelepasan yang berlaku secara berterusan dan berulang kali akan
membesar dan mendalamkan lagi rekahan dan retakan yang ada pada batuan.
Lama-kelamaan, batuan akan menjadi pecah dan runtuh.
Lagaan
Proses lagaan berlaku apabila
bahan-bahan yang dibawa oleh ombak, sama ada besar ataupun kecil, berlaga
sesama sendiri dan pecah menjadi serpihan yang lebih kecil.
Kikisan dan lelasan
Proses hakisan secara kikisan dan
lelasan dilakukan oleh bahan-bahan yang dibawa oleh ombak, seperti batu
tongkol, batu kelikir dan serpihan batuan lain yang pelbagai bentuk dan saiz.
Bahan-bahan ini menghentam, menggeser dan melelaskan dinding dan kaki cenuram
laut semasa damparan ombak lalu menyebabkan cenuram laut pecah dan roboh.
Proses hakisan secara lelasan berlaku
pada bahagian dasar cenuram. Puin-puin batuan yang terdapat dalam pelbagai
bentuk dan saiz yang diangkut oleh ombak akan menggeser dan melelaskan bahagian
dasar cenuram.
Larutan
Proses larutan berlaku secara tindakan
kimia di kawasan pinggir laut yang terdiri daripada batuan yang mudah larut.
Semasa ombak menghempas tebing batu kapur misalnya, air laut akan melarutkan
batu kapur dan membawa bersama-samanya bahan yang dilarutkan ke dalam laut
sewaktu basuhan balik berlaku.
Faktor-faktor yang mempengaruhi
hakisan pinggir pantai
a.
Kecerunan pantai
Pantai yang curam akan mengalami hakisan yang lebih tinggi
berbanding pantai yang bercerun landai. Keadaan ini disebabkan ombak pecah yang
beraku di pinggir pantai yang landau akan mengalami geseran dan melemahkan
tenaga ombak untuk melakukan hakisan. Keadaan ini berbeza dengan pantai yang
curam kerana tenaga ombaknya adalah tinggi.Hal ini demikian kerana kedalaman
air di pinggir pantai tersebut menyebabkan ombak pecah pada kedudukan tinggi.
b.
Pengaruh struktur geologi @ jenis batuan
Tindakan ombak terutamanya secara kikisan dan tindakan
hidraul yang menghakis di sepanjang
garis geologi yang lemah seperti gelinciran akan menghasilkan bentuk seperti
geo dan gua, pintu gerbang, batu tunggul dan batu sisa serta semua rupa muka
garis tebing tinggi yang telah terhakis secara tidak sekata.
c.
Jenis ombak
Umumnya, ombak dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama
iaitu ombak pembinasa dan ombak pembina. Ombak Pembina mempunyai damparan yang
kuat tetapi lurutan yang lemah kerana diperlahankan oleh geseran air laut
dengan kecerunan pantai yang melandai.
Sebaliknya, ombak pembinasa yang merupakan satu siri ombak ribut, mempunyai
turutan ombak yang cepat dengan junaman hampir tegak apabila memecah dan
mempunyai daya lurutan yang lebih tinggi daripada damparan. Dengan demikian,
ombak pembinasa akan meraut pantai dan membawa bahan ke arah laut.
d.
Arus lautan dan pesisir pantai
Arus lautan juga memainkan peranan sebagai pengangkutan
laut terutama di pantai yang lurus.Air yang telah dibawa pantai oleh angin
mengalir balik sebagai air pasang yang kuat. Air pasang akan berlaku pada waktu malam dan surut pada waktu siangnya.
Pada waktu malam, pemendapan akan berlaku hampir di tepi pantai sahaja. Pada
masa air pasang, imbangan kenaikan aras laut diseimbangkan oleh unduran bawah
yang mengakibatkan hakisan mengaut longgokan ke laut. Gerakan longgokan ini
lebih cepat jika unduran bawah diperkuatkan oleh arus sungai yang kuat yang
mengalir ke laut dan memendapkan bahan muatan ke laut.
e.
Kuantiti beban muatan ombak
Bahan pinggir pantai sama ada banyak atau sedikit serta
saiz bahan tersebut juga merupakan kuasa geselan yang turut memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi hakisan pinggir pantai. Di kawasan pinggir pantai
yang mempunyai banyak bahan pasir, batu pasir, kelikir dan serpihan batuan,
kadar hakisan geselan terhadap batuan pinggir pantai yang berlaku dengan giat
sekali.
f.
Kedudukan pantai @ orientasi pantai
Kawasan pinggir pantai yang terdedah kepada pergerakan
ombak dan angin akan menyebabkan kadar
hakisan menjadi lebih giat berbanding dengan pinggir pantai yang terlindung.
g.
Litupan tumbuh-tumbuhan
Pantai yang
mempunyai litupan tumbuh-tumbuhan seperti pokok bakau, rhu dan kelapa lebih
berupaya menahan hakisan ombak kerana akar pokok-pokok tersebut bertindak
sebagai pengcengkam tanih dan pasir di pantai. Sebaliknya, kawasan yang tiada
litupan tumbuh-tumbuhan akan menyebabkan proses hakisan giat berlaku di kawasan
tersebut.
h.
Proses pasang surut
Bagi kawasan pinggir oantai yang mengalami proses pasang
dan surut dalam yang tinggi akan mengalami proses hakisan secara berleluasa
berbanding dengan kawasan yang tidak mengalaminya.
i.
Tindakan manusia
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia boleh
mempengaruhi kecerunan pantai. Aktiviti seperti penebangan hutan pantai untuk
didirikan chalet atau resort pengambilan pasir pantai dan juga aktiviti
memperdalamkan muara sungai akan menyebabkan cerun pantai menjadi lebih curam.
Hal ini demikian kerana pantai ini akan mengalami hakisan yang kuat oleh ombak
dan arus. Aktiviti menanam pokok dan membina benteng pemecah ombak akan menambahkan
pasir di tepi pantai dan seterusnya menjadikan cerun pantai lebih landai.
Bentuk Muka Bumi Hakisan Ombak
1)
Teluk dan tanjung
Teluk dan tanjung berbentuk secara serentak di kawasan pinggir
pantainya yang mempunyai susunan batuan jenis lembut dan keras secara
berselang-seli. Ombak akan menghakis bahagian batuan yang lebih lembut dan
melengkuk ke daratan. Bahagian ini disebut teluk.
Bahagian batuan keras yang lebih sukar dihakis akan tertinggal
dan mengunjur ke laut lalu membentuk tanjung.
2)
Cenuram dan
teres hakisan ombak
·
Peringkat 1 – ombak menghakis kawasan ‘X’, iaitu
satu kawasan yang terletak di antara aras air pasang dan aras air surut.
·
Peringkat 2 – akibat hakisan ombak di peringkat
1, satu lekukan terbentuk di ‘X’.bahan-bahan yang terhakis ditimbunkan di
kawasan ‘Y’ lalu menyebabkan terbentuknya teres luar pesisir.
·
Peringkat 3 – proses luluhawa dan hakisan yang
berterusan menyebabkan lekukan runtuh dan membentuk cenuram. Pengunduran
cenuram ke darat oleh tindakan hakisan menyebabkan pembentukan teres hakisan
ombak.
3)
Gua laut
Gua laut terbentuk akibat daripada hakisan ombak secara
hidraul dan lelasan terhadap cenuram yang banyak mempunyai rekahan.Air yang
memasuki rekahan cenuram meluaskan lagi rekahan lalu membentuk lubang besar di
kaki cenuram.Lubang ini juga disebut gua laut.
4)
Gerbang laut
Gerbang laut terbentuk apabila dua buah gua yang letaknya
bertentangan di sebuah tanjung bergabung akibat hakisan ombak secara hidraul
dan lelasan.
5)
Batu tunggul dan tunggul sisa
Batu tunggul dan tunggul sisa terbentuk akibat runtuhan
bumbung gerbang laut yang mengalami hakisan dan luluhawa. Pendedahan batu
tunggul yang berterusan terhadap hakisan ombak akan membentuk tunggul sisa.
6)
Lohong
ombak @ gloup
Lohong ombak terbentuk apabila ombak yang kuat bertindak
terhadap bahagian dalam gua dan berupaya menembus dinding bumbung gua. Akibat
daripada kejadian ini, ait laut akan tersembur keluar melalui lubang atau
lohong ombak yang dikenali juga sebagai gloup.
7)
Anak teluk @ geo
Anak teluk terjadi akibat daripadahakisan ombak yang berterusan
terhadap bumbung gua. Lama-kelamaan gua yang terdedah pada hakisan ombak ini
akan runtuh dan membentuk satu serokan yang panjang dan sempit lalu menyebabkan
air laut memasuki bahagian dalam cenuram.
PENGANGKUTAN OMBAK
Arus dan ombak memainkan peranan
penting dalam mengangkut dan memindahkan beban ombak. Pergerakan damparan dan
basuhan balik dalam proses pengangkutan mbakberlaku secara zig-zag.
Pergerakan bahan di sepanjang garisan
persisir disebut pengangkutan litoral dan bahan yang diangkut disebut hanyutan
litorel.Pengangkutan litorel terdiri daripadahanyutan susur pesisirdan
pengangkutan luar pesisir.
Beban ombak yang diangkut terdiri
daripada serpihan dan ketulan batuan seperti gersik, kerikil dan batu tongkol
serta bahan-bahan yanag lebih halus seperti pasir, kelodak dan lumpur. Basuhan
balik akan mengangkut dan menghanyutkan bahan-bahan yang lebih halus dan ringan
turun ke laut secara bersudut tepat manakala
damparan ombak pula akan mengangkut dan memindahkan muatannya ke pantai
secara menyerong.
Faktor-faktor yang mempengaruhi
pengangkutan ombak
a.
Tenaga arus
Arus pesisir pantai yang kuat akan menggalakkan proses
pengangkutan bahan sebaliknya arus pesisir yang lemah melambatkan proses
pengangkutan bahan.
b.
Tenaga ombak
Tenaga ombak yang kuat akan menggalakkan proses
pengangkutan berlaku berbanding tenaga ombak yang lemah akan melambatkan proses
pengangkutan.
c.
Pasang surut
Pantai yang terdedah kepada perubahan pasang surut yang
besar akan menggalakkan proses pengangkutan berbanding kawasan yang tidak
mengalami pasang surut. Ini disebabkan oleh tindakan pengangkutan lebih giat
berlaku semasa pasang surut kerana tenaga ombak bertambah.
d.
Cerun
Cerun yang landai lebih mudah untuk pengangkutan ombak
menghimpunkan bahan ke pantai berbanding pantai yang bersifat curam hanya
sampai di bahagian yang lebih rendah.
e.
Halangan
Semasa pergerakan ombak ke pantai atau dari pantai ke laut,
terdapat halangan seperti timbunan atau beting pasir. Keadaan ini secara tidak
langsung akan memperlahankan pergerakan dan pengangkutan ombak.
f.
Orientasi pantai
Kawasan paantai yang terdedah akan menyebabkan tenaga ombak
menjadi besar dan ini meningkatkan keupayaan ombak untuk menjalankan proses
pengangkutan berbanding dengan kawasan pantai yang terlindung yang akan
memperlahankan pengangkutan ombak.
g.
Saiz bahan
Saiz bahan mempengaruhi pengangkutan ombak. Jika saiz bahan
kecil dan ringan seperti bahan kelodak dan lumpur akan lebih mudah diangkut
melalui proses ampaian berbanding
kerikil dan batu tongkol yang memerlukan tenaga ombak yang lebih kuat.
h.
Jenis bahan
Bahan terhakis yang diangkut oleh ombak dikenali sebagai
beban.Beban ombak terdiri daripada serpihan dan ketulan batuan seperti kerikil,
batu tongkol dan bahan-bahan yang lebih halus seperti pasir, kelodak dan
lumpur.Jenis bahan seeperti kerikildan batu tonkol lebih sukar diangkut
berbanding pasir, kelodak dan lumpur.
i.
Bentuk bahan
Bahan yang berbentuk bulat lebih mudah diangkut melalui
proses golekan tetapi bahan yang tebal dan leper lebih sukar diangkut kerana
beban seperti ini bergerak dalam bentuk seretan.
PEMENDAPAN OMBAK
Faktor-faktor yang mempengaruhi
pemendapan ombak
1.
Tenaga arus
Arus membantu memindahkan puin-puin yang terhakis dan
menimbunkannya sebagai kelodak pasir dan batu kelikir di sepanjang
pantai.Pertembungan arus laut dan arus sungai menyebabkan kedua-dua arus ini
kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan muatannya di dasar muara sungai.Banyak
dan sedikitnya bahan mendapan ini bergantung kepada kuantiti bahan yang dibawa
oleh kedua-dua arus tersebut.
2.
Tenaga
ombak
Ombak bertindak sebagai agen pemendapan.Ombak ini dipanggil
ombak pembina.Ombak pembina mempunyai damparan yang kuat tatapi lurutan yang
lemah kerana diperlahankan oleh geseran air laut dengan kecerunan pantai yang
melandai. Ombak pembina mempunyai jarak
gelombang yang panjang dan masa untuk menggulung pantai dengan kadar ulangan 6
hingga 8 kali seminit. Dengan demikian, ombak ini cenderung untuk menggerakan
bahan terutama batu lada ke atas pantai dan memendapkan beban muatan tersebut
yang kemudiannya membentuk permatang pasir. Pemendapan ombak berlaku sama ada
di dalam lautan ataupun di kawasan pesisir. Kawasan pesisir adalah kawasan di
antara air surut dan air pasang penuh.Pemendapan di kawasan pesisir menghasikan
pantai.
3.
Kecerunan
Pantai yang landai akan mengalami pemendapan yang lebih
tinggi berbanding pantai yang bercerun curam. Keadaan ini disebabkan ombak
pecah yang berlaku di pinggir pantai yang landai akan mengalami geseran dan
melemahkan tenaga ombak menyebabkan
ombak melakukan proses pemendapan. Hal ini berbeza dengan pantai yang
curam.Tenaga ombak yang melanda pantai yang curam adalah tinggi kerana
kedalaman air di pinggir pantai tersebut menyebabkan ombak pecah pada kedudukan
tinggi.
4.
Angin
Halaju akan mempengaruhi saiz dan kekuatan ombak. Pada hari
yang tenang apabila angin bertiup perlahan, ombak pembina terbentuk dan
memendapkan bahan muatannya.
5.
Arus pasang surut
Perbezaan antara arus pasang surut mempengaruhi zon yang
boleh dihakis dan dimendapkan. Semakin besar perbezaan tersebut maka zon yang
boleh dihakis dan dimendapkan akan menjadi semakin besar. Arus pasang yang
tinggi dan arus surut yang rendah di
muara mempengaruhi kelebaran bahan muatan yang dimendapkan.
6.
Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan seperti bakau yang mempunyai akar jangkang
bertindak memerangkap bahan mendapan yang dibawa oleh arus pesisir pantai atau
damparan ombak. Pokok rhu dan lelapa yang tumbuh secara rapat juga dapat bertindak
sebagai penampan dan menggalahkan proses pemendapan serta menghalang hakisan
ombak.
7.
Orientasi pantai
Pantai yang terlindung oleh pulau akan mengalami kadar
pemendapan yang tinggi kerana dikawasan ini halaju ombak adalah perlahan.
8.
Jenis dan
saiz bahan
Bahan-bahan pinggir pantai samaada banyak atau sedikit menentukan
keupayaan pemendapan berlaku pada kadar yang banyak atau sedikit. Sekiranya
ombak membawa batuan yang lembut dalam kuantiti yang banyak seperti batu lada,
kulit kerang, siput dan pasir laut akan menentukan kadar pemendapan di pinggir
pantai tersebut. Di kawasan pinggir pantai yang mempunyai banyak bahan pasir, batu
pasir, kelikir dan serpihan batuan, kadar pemendapan terhadap pinggir pantai
berlaku dengan giat sekali. Walaubagaimanapun, hal ini bergantung kepada
pengaruh kelandaian cerun pinggir pantai dan kehadiran onmbak pembina dan arus
pesisir pantai.
9.
Halangan
Pantai yang terbuka dan terdedah kepada lautan tanpa halangan
daripada pulau-pulau biasanya akan mengalami tenaga ombak dan arus yang kuat berbanding
pantai yang terlindung. Pantai yang terlindung oleh pulau akan mengalami kadar
pemendapan yang tinggi kerana dikawasan
ini halaju ombak menjadi perlahan. Di zon pantai barat contohnya, pantainya
dilindungi Kepulauan Sumatera Indonesia dari pengaruh angin Monson Barat
Daya.Halangan ini menyebabkan tiupan angin Monson Barat Daya menjadi perlahan
dan seterusnya menjadikan ombaknya turut perlahan.
Bentuk muka bumi akibat pemendapan
ombak
1. Pantai
Pantai meliputi kawasan pinggir laut di antara takas air surut
dengan takas aras air pasang yang tertinggi. Pembentukannya dipengaruhi oleh
jumlah bahan yang ditimbunkan, luas permukaan pinggir laut dan kekuatan ombak.
Di kawasanyang ombaknya tidak selalunya bergelora atau tidak kuat, bahan-bahan
yang dibawa oleh ombak akan dimendapakan dengan banyak dan membentuk pantai
yang luas. Terdapat dua jenis pantai iaitu pantai gersik dan pantai
berpasir.Pantai gersik ialah pantai yang bahan-bahan timbunannya terdiri
daripada gersik.Pantai yang berpasir ialah pantai yang terdiri daripada
mendapan pasir dan bercerun landai.
2. Tetanjung
Tetanjung terbentuk daripada pemendapan bahan-bahan seperti
pasir, kelikir dan serpihan batuan yang dibawa oleh ombak ke kawasan teluk atau
muara sungai. Proses pemendapan yang berterusan dan pergerakan ombak secara
menyerong ke pantai menyebabkan terbentuk tetanjung. Tetanjung dikenali sebagai
anak tanjung.
3. Beting
pasir dan tombolo
Beting pasir terbentuk akibat penimbunan pasir dan kelikir yang
membentuk permaan yang selari dengan pantai.Beting pasir yang menghubungkan
daratan dan pulau oleh hanyutan susur pesisir, membentuk tombolo.
PERUBAHAN ARAS LAUT
Konsep perubahan
Perubahan aras laut ialah kenaikan
atau penurunan aras laut berbanding dengan daratan.
Jenis-jenis perubahan aras laut:
i.Perubahan eustatik
Perubahan yang dialami oleh aras laut di seluruh dunia yang
berkait dengan pencairan glaseir secara besar-besaran pada zaman ais pliestosen
dan meningkatkan aras laut.
ii.Perubahan isostatik
Perimbangan blok-blok bumi apabila bumi mengalami
pertambahan atau pengurangan berat beban. Jika blok bumi bertambah berat beban,
blok bumi akan menurun yang bererti aras laut akan meningkat. Sebaliknya jika
berat beban berkurangan blok bumi akan terangkat yang bermakna aras laut akan
jatuh.
Faktor-faktor berlaku perubahan
eustatik
1.
Eustatik glasieran
Eustatik glasieran merujuk perubahan aras laut akibat
pencairan ais secara besar-besaran pada masa lampau iaitu pada zaman ais
pleistosen. Kesannya aras laut telah meningkat dan menenggelami kawasan pinggir
pantai yang rendah.
2.
Eustatik tektonik
Eustatik tektonik merujuk perubahan aras laut akibat
gerakan-gerakan tektonik di dasar laut seperti gempa bumi dasar laut, letusan
gunung berapi dasar laut, pelanggaran dan pencapahan plat-plat dasar laut serta
gerakan epirogenik dan gerakan orogenisis.
Contoh gempa bumi yang berlaku di Laut Andaman pada 26
Disember 2004 mewujudkan ombak tsunami menenggelamkan sebahagian pantai Acheh.
3.
Eustatik enapan
Eustatik enapan merujuk perubahan aras laut akibat
pertambahan bahan yang dienapkan di dasar laut.
4.
Eustatik meteorit
Eustatik meteorit merujuk perubahan aras laut akibat
metorit yang jauh ke dalam laut mewujudkan gelombang besar.
5.
Faktor manusia
Faktor manusia merujuk aktiviti manuusia seperti pengangkutan,
pembandaran, penyahhutanan, pembakaran
terbuka menyumbang kepada kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.
Kesannya berlaku pemanasan global yang mencairkan litupan ais di Kutub dab
Pergunungan yang melimpah ke laut dan meningkatkan isipadu air laut.
Faktor-faktor berlaku perubahan
isostatik
1. Proses
pembekuan dan pencairan glasier
Pembebanan dan pengurangan beban akibat proses pembekuan dan
pencairan glasier pada zaman pliestosen.
2. Proses
penggondolan dan pemendapan
Pertambahan dan pengurangan beban bahan enapan oleh air mengalir
khususnya sungai.
3. Akibat
letusan gunung berapi
Letusan gunung berapi memuntahkan lava, piroklas serta debu.
Kesannya, kenaikan aras laut berlaku dan banyak pulau-pulau kecil di sekitarnya
tenggelam di dasar laut.
Bukti-bukti berlaku Perubahan Aras
Laut
1.
Wujudnya pinggir pantai tenggelam dan hutan
pantai yang tenggelam.
Peningkatan aras
laut menenggelamkan pantai dan garis pantai sehingga terbentuk paya,
daratan berlumpur dan anak-anak teluk.
2.
Wujudnya pelbagai jenis pantai iaitu :
i)
Pantai Ria
Terbentuk apabila aras laut naik menenggelamkan sebahagian
pinggir pantai asal yang bertanah tinggi dan bergunung-ganang. Mempunyai
teluk-teluk yang semakin cetek, tirus dan sempit ke arah daratan.
ii)
Pantai Fiord
Terjadi apabila aras laut yang naik menenggelamkan lurah-lurah
sungai glasier yang terletak di pinggir pantai.
iii)
Pantai Dalmatia
Terbentuk apabila kenaikan aras laut dan menenggelamkan pinggir
laut yang mempunyai banjaran gunung yang terletak selari atau memanjang dengan
garis pantai. Pantai ini mempunyai garis pantai yang agak lurus dengan
selat-selat panjang dan sempit serta pulau-pulau yang selari dengan pantai.
3.
Wujudnya terumbu karang.
Peningkatan aras
laut mewujudkan terumbu karang seperti terumbu pinggir, terumbu penghalang dan
pulau cincin @ atol. Pembentukan terumbu karang dipengaruhi oleh kenaikan aras
laut yang dijelaskan oleh dua teori berikut :
i)
Teori kawalan glasier – menurut Daly,
pembentukan terumbu karang amat berkait rapat dengan kenaikan aras laut akibat
cairan glasier pada zaman pliestosen.
ii)
Ataman bumi – mengikut Darwin, terumbu karang
asalnya tumbuh di pinggir pulau yang lebih tinggi berbanding aras laut pada
masa itu. Apabila pulau tersebut mengalami pertambahan berat beban maka ia akan
tenggelam (ataman) bersama-sama dengan terumbu pinggirnya. Pada masa ini, aras
laut telah meningkat dan terumbu pinggir beransur-aansur berkembang menjadi
terumbu penghalang. Terumbu ini akan terus berkembang sehingga menutup seluruh bahagian atas pulau yang tenggelam
lalu membentuk pulau cincin @ atol.
Bukti Penurunan Aras Laut
·
Wujudnya pantai timbul atau pantai terangkat.
Pantai timbul (pantai tanah tinggi timbul dan pantai tanah pamah
timbul). Kedua-dua pantai ini bertingkat dengan mempamerkan tebing tinggi yang
terbentuk lebih awaldan lebih tinggi daripada aras laut sekarang.
2.4
KAITAN SISTEM GEOMORFOLOGI DENGAN MANUSIA
Kawasan Tanah Tinggi
a.
Pertanian
Tanah Tinggi Cameron, Pahang dan Tanah Tinggi Kundasang,
Sabah telah dimajukan sebagai kawasan pertanian sayur-sayuran, teh dan
bunga-bungaan kerana suhunya yang sederhana sejuk – sekitar 19^C. Lereng-lereng
gunung berapi yang subur dengan lava bes di Filipina dan Indonesia (selatan
Surabaya, Semarang dan Surakarta) ditanam dengan padi sawah. Teres dibina untuk
tujuan menghalang hakisan dan memudahkan pengairan di sawah padi.
b.
Pelancongan
Kawasan pelancongan dimajukan dengan eko-pelancongan.Suhu
yang nyaman, landskap seperti gua, air terjun, jeram berjaya menarik ramai
pengunjung. Pusat-pusat rekreasi, hotel, resort, chalet, padang golf dan
kemudahan sistem pengangkutan serta perhubungan disediakan. Genting Highland,
Cameron Highland, Kundasang, Bukit Fraser ialah antara kawasan pelancongan
tanah tinggi di Malaysia.Gunung Matterhorn di Switzerland terkenal sebagai
destinasi pelancongan tanah tinggi kerana mempunyai pemandangan yang menarik
dengan gunung-ganang yang sentiasa dilitupi salji.Aktiviti meluncur salji dapat
dijalankan sepanjang tahun.
c.
Menjanakuasa hidroelektrik
Tanah tinggi merupakan kawasan tadahan hujan.Kawasan
tadahan hujan yang luas dan aliran air sungai deras menyumbang kepada pembinaan
empangan untuk menjanakuasa hidroelektrik. Empangan Kenyir, Empangan Temenggor,
Empaangan Chenderoh ialah antara empangan yang dibina untuk tujuan menjana
hidroelektrik.
d.
Pembalakan
Tanah tinggi yang kurang daripada 1 200 meter dari aras
laut biasanya terdiri daripada hutan tebal. Hutan Hujan Tropika di Malaysia
ditumbuhi dengan pelbagai kayu keras yang berharga seperti cengal, meranti,
keruing, seraya, balau dan lain-lain.Dengan itu kawasan tanah tinggi merupakan
kawasan pembalakan utama.
Tanah Pamah dan Dataran Pantai
a.
Pusat petempatan penduduk
Kawasan tanah pamah yang rata, luas dan mempunyai sistem
pengangkutandan darjah ketersampaian yang tinggi akan menjadi tumpuan penduduk
untuk membina petempatan. Petempatan ini akan berkembang pesat sehingga menjadi
bandar-bandar besar contohnya seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan
Kuching. Dataran pantai juga sering menjadi tumpuan kerana ia kaya dengan sumber
perikanan. Pembinaan pelabuhan akan mempercepatkan proses perkembangan
petempatan.
b.
Pertanian
Kawasan tanah pamah yang rata seperti delta sungai
merupakan kawasan pertanian utama.Delta Kelantan, Delta Kedah, Delta
Chao-phraya di Thailand, Delta Mekong di Indo-China merupakan kawasan penanaman
padi yang utama.Manakala kawasan tanah pamah yang beralun ditanam dengan getah
dan kelapa sawit.Dataran pantai yang berpasir sesuai dengan tanaman kelapa.
c.
Pengangkutan
Jaringan pengangkutan mudah dibina di kawasan tanah pamah kerana
tidak memerluka kos yang banyak dan ianya lebih selamat. Bentuk muka buminya
rata memudahkan pembinaan jalanraya, lebuhraya, landasan keretapi dan lapangan
terbang.Dengan itu, kawasan tanah pamah mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi.
Kawasan dataran pantai yang berteluk dan terlindung akan dibina pelabuhan
perdagangan dan pelabuhan perikanan. Contoh pelabuhan seperti Pelabuhan Klang,
Pelabuhan Puala Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.