Jawab soalcm 1 dan
satu soalan lain sama ada soalan 2 atau soalan 3.
1
a) Terangkan konsep tekanan udara. [3]
Tekanan udara adalah berat udaralm
yang menekan sesuatu ruang di permukaan bumilmyang
berkadar songsang dengan suhu]m.
(b) Huraikan dua daya
yang mempengaruhi tiupan angin. [4]
bl Daya Koriolis
|
Daya yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya. Ianya
bertindak memesongkan pergerakan angin dunia.
|
b2 Daya Putaran Memusat
|
Merujuk pergerakan angin yang disebabkan pengruh siklon dan
antisiklon. Daya akan terhasil apabila angin yang bergerak secara berputar
menghasilkan daya tarikan kearah pusat putaran tersebut.
|
b3 Daya Geseran
|
Merujuk kepada angin yang bertiup bergeseran dengan permukaan
bumi. Kelajuan angin dipengaruhi oleh keadaan permukaan bumi yang gondol atau
berhalangan. Daya geseran bertentangan dengan pergerakan angin semakin banyak
daya geseran maka kelajuan angin akan berkurangan.
|
b4 Daya CerunTekanan
|
Ianya terjadi akibat perbezaan Tekanan UdaraTinggi dan Tekanan
Udara Rendah. Daya ini terbentuk akibat suhu yang berbeza di sesetengah
kawasan sehingga menyebabkna angin bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke
kawasan yang mengalami tekanan rendah.
|
(c) Jelaskan proses
pembentukkan Angin Monsun limur Laut. [4]
Berlaku semasa hemisfera
utara mengalami musim sejuk iaitu dari bulan November hingga mac1M.
Suhu yang sejuk ini menyebabkan kawasan utara seperti sekitar pedalaman
asia iaitu dataran tinggi Tibet, Siberia dan monggolia mengalami tekanan
udara tinggi1M. Pada masa yang sama, kawasan sederhana
Hemisfera selatan mengalami suhupanas1M. Ini menyebabkan kawasan
ini seperti sekitar benua Australia dan lautannya mengalami tekanan udara
rendah1M. Perbezaan tekanan udara ini menyebabkan berlaku
pergerakan angin dari kawasan bertekanan tinggi iaitu pedalaman Asia bergerak
ke kawasn bertekanan rendah iaitu ke benua Australia1M
Pemarkahan : 4 isi x lm = 4m
(d) Huraikan dua kesan
angin monsun timur laut terhadap aktiviti manusia di kawasan
pinggir pantai. [4]
Kesan Angin Monsun Timur Laut
|
Aktiviti Manusia
<
|
I. Hujan lebat
|
Aktiviti pcrtanian terjcjas/terganggu
Angin Monsun Timur Laut yang bertiup ketika musim sejuk di
Hemisfera Utara menyebabkan kegiatan pertanian di negeri-negeri Pantai Timur
Semenanjung Malaysia terjejas kerana tanaman musnah ditenggelami air.
|
2. Tiupan angina yang kencang
|
Aktiviti perikanan terjejas/terganggu
Ketika tiupan Angin Monsun Timur Laut, kegiatan perikanan di
negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia terganggu kerana ombak besar
dan laut bergelora menghalang nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan.
|
2. Ombak besar/ Laut
bergelora
|
Aktiviti pelancongan terganggu/ tergendala di
kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Angin kencang / laut bergelora /
ombak tinggi -berbahaya kepada pelancong.
|
3. Ombak besar/Laut
bergelora
|
Di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia - pengangkutan
pesisir pantai ( feri, bot pelancong ) tergendala . Angin kuat, laut
bergelora , ombak tinggi - berbahaya kepada bot kecil.
|
4.Hujan berpanjangan
|
Industri Kecil dan Sederhana (lKS)Musim hujan
terganggu/ tergendala di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia - kur^ng
bahangan matahari. Contoh - dobi pakaian , menjemur ikan , pasii.
|
5. Hujan berpanjangan
|
Aktiviti/ kerja-kerja pembinaan terganggu,
batu-bata lambat kering, kerja mengecat bangunan di bahagian luar terganggu -
ambil masa lebih lama - kos pengeluaran meningkat.
|
2 (a) Bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi mikro iklim
bandar.
|
a 7
|
Aktiviti pembinaan taman dalam bandar atau
mewujudkan kawasan hijau
|
-
Menanam tumbuhan-
tumbuhan dikawasan bandar- akan meningkatan sejat- peluhan
- Tumbuhan boleh menyerap gas karbon yang
bertindak memerangkap haba
|
Peningkatan kelembapan udara
Penurunan suhu
|
a 8
|
Aktiviti Pembinaan badan air
|
- Pembinaan kolam dan air pancut-akan
meningkatkan sejatan dan melembapkan udara
|
Kelembapan meningkat Suhu menjadi rendah
|
a 9
|
Aktiviti Penggunaan Pengangkutan Awam dan kenderaan yang mesra
alam
|
-
Pengunaan pengangkutan
awam mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk kedalam bandar- mengurangkan
perlepasan gas karbon monoksida dan karbon dioksida
-
Penggunaan
pengangkutan awan atau kenderaan mesra alam mengurangkan penggunaan bahan api
fosil- mengurangkan perlepasan gas karbon monoksida, karbon dioksida dan
sulfur monoksida dll.
|
Merendahkan suhu.
|
(b) Bincangkan kesan perubahan mikro iklim
bandar terhadap alam sekitar. [13]
bi : Kesan kepada Alam
sekitar fizikal
|
kehilangan air tinggi-tumbuhan layu
|
||
bi 5
|
Kehadiran Bahan Pencemar-hujan asid
|
- Kandungan udara yang
tercemar dengan dengan gas sulfur dan karbon akan menyebabkan pembentukan
hujan asid dan ini memberi kesan pula kepada ekosistem hutan, mengurangkan
kesuburan tanih dan menjejaskan hidupan akuatik.
|
bii: Kesan kepada Alam
sekitar manusia
|
Pemarkahan :
6 x 2m + lm (bagi calon yang ada kesan alam
sekitar fizikal dan alam sekitar manusia)=13m
• Calon yang memberikan
kesan fizikal sahaja atau kesan manusia sahaja maksimum 10 markah.
Proses
|
Huraian
|
ai. Larian air
permukaan
|
Air hujan yang turun
sebahagiannya akan meresap ke dalam tanali dan selepas tanah dipenuhi air,
air hujan yang lain akan mengalir di atas permukaan bumi atau cerun.
(Kelebatan hujan melebihi kadar resapan tanah).
|
aii.
Resapan/infiltrasi /susupan
|
Pergerakan air hujan
yang berlaku secara menegak iaitu menerusi liang-liang pori tanah atau
menerusi ruang-ruang udara yang ada dalam tanah. Tanah pasir mempunyai kadar
ketelusan yang tinggi kerana liang pori batuannya besar dan banyak. Proses
ini membekalkan air tanih.
|
aiii. Aliran airbavvah
tanah
|
Air mengalir secara
perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. la mengalir kerana
terdapat perbezaan tekanan dan kecerunan.Air dari bahagian atas zon tepu
mengalir menuruni cerun aras mata air dan akan sampai ke lurah dan meresap
keluar ke sungai, tasik atau pay a.
|
aiv. Simpanan air
tanih
|
Simpanan air tanih
adalah yang terkumpul di zon tepu dan zon tidak tepu. Air tanih di zon tepu
ialah air yang wujud di dalam semua rongga pori tanih yang terletak di bawah
lapisan tanih yang mana menyumbang kepada air perigi dan mata air. Manakala
air yang tersimpan di zon pengudaraan iaitu zon tidak tepu terletak
berhampiran di permukaan bumi. Air tanih ini tersimpan dalam tanih dan
dipengaruhi oleh tegangan, dan air tanih ini menentukan nilai kelembapan
tanih.
|
av. Keporosan dan
|
Sifat sesuatu batuan
yang mempunyai liang atau ruang antara batuan yang boleh ditakungi oleh air
bawah tanah. Keporosan sesuatu tanah di pengaruhi oleh struktur susunan
partikel tanah, komposisi saiz partikel tanah, kandungan air di dalam tanah,
ciri-ciri batuan dan litupan tumbuh-tumbuhan.
|
Avi. Ketelapan
|
Bergantung kepada struktur dan tekstur tanih. Tanah yang
berstruktur longgar dan bertekstur kasar seperti batu pasir dan kerikil lebih
cepat menyerap air.
|
Avii. Akuifer
|
Akuifer ialah tempat
batuan untuk menakung air. Air akan meresap perlahan-lahan ke bawah tanah
melalui liang-liang batuan dan resapan akan terhenti apabila telah sampai ke
batuan tidak telap air. Akuifer juga merupakan tempat simpanan air bawah
tanah dan juga nadi untuk pergerakan air bawah tanah.
|
3( a) Huraikan proses
edaran air tanih.
|
[12]
|
Pemarkahan : 6 isi
(proses) x 2m - mak 12m
( b) Jelaskan bagaimana
aktiviti manusia mempemgaruhi simpanan air tanih. [13]
Aktiviti
|
Cara/Proses
|
Kesan
|
bl Aktiviti Penyahhutanan / pembalakan
|
Penebangan pokok/ pemusnahan pokok- ketiadaan
proses pintasan air hujan yang mengurangkan resapan dan kelajuan aliran permukaan
|
Aktiviti penyahhutanan akan mengurangkan
pintasan ini, kesannya air hujan akan jatuh secara terus ke permukaan bumi.
Jatuhan air hujan secara terus dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan
air hujan tersebut cenderung untuk mengalir di atas permukaan dalam bentuk
aliran air permukaan. Ketiadaan akar banir mengurang keupayaan untuk
menghalang larian air permukaan Kesannya air tanih berkurangan kerana kurang
resapan air ke dalam tanah
|
b2 Aktiviti Penurapan / penyimenan permukaan
|
Penggunaan tar dan simen menutupi liang pori
tanah untuk proses resapan
|
Aktiviti penurapan atau penyimenan permukaan
khususnya di kawasan bandar akan menghalang resapan air ke dalam tanah.
Penggunaan tar atau simen akan menutup liang-liang pori tanah. Air hujan
tidak berupaya untuk meresap ke dalam tanah. Air hujan ini akan mengalir di
atas permukaan dalam bentuk larian air permukaan dan mengurangkan resapan ke
dalam tanah dan menyebabkan simpanan air tanih semakin berkurangan
|
b3 Aktiviti Pengangkutan dan perhubungan
|
Tanah paya dikeringkan/ ditebus guna/ di alir
keluar
|
Pembinaan sistem pengangkutan menyebabkan
banyak tanah paya yang ditebus guna. Ini akan mengurangkan simpanan air tanih
kerana air paya akan di alir keluar dan dikeringkan.
|
b4 Aktiviti pertanian
|
Pembersihan tanah akan mendedahkan tanah
kepada bahangan - meningkatkan sejatan dan aliran permukaan
|
Aktiviti pembersihan tanah untuk pertanian
(tebang dan bakar)akan mendedahkan permukaan tanah kepada bahangan matahari
dan menggalakkan proses sejatan. Selain itu akan mengurangkan resapan air
tanih dan menggalakkan air larian permukaan. Ini mengurangkan simpanan air
tanih. Pembinaan parit di kawasan pertanian juga akan mengurangkan simpanan
air tanih
|
b5 Aktiviti Petempatan
|
Pembersihan tanah akan mendedahkan tanah
kepada bahangan - meningkatkan sejatan dan aliran permukaan
|
Aktiviti pembersihan tanah untuk pembinaan
rumah petempatan (tebang dan bakar) menggalakkan proses sejatan yang akan
mengurangkan simpanan air tanih. Air larian permukaan meningkat dan resapan
semakin berkurangan kerana banyak kawasan yang telah diturap dengan simen dan
tar
|
b6 Aktiviti pembinaan
|
Pembersihan tanah akan mendedahkan tanah
kepada bahangan - meningkatkan sejatan dan aliran permukaan kerana
keija-kerja penurapan
|
Aktiviti pembinaan akan mengurangkan simpanan
air tanih. Kerja- kerja pembersihan (tebang dan bakar) akan menggalakkan
sejatan air tanih dan mengurangkan resapan air tanih. Keija-kerja penurapan
simen juga akan mengurangkan resapan air tanih dan menggalakkan air larian
permukaan. Simpanan air tanih akan berkurangan
|
b7 Aktiviti harian
|
Aktiviti menggali telaga dan boreng
|
Penggunaan air yang berlebihan untuk aktiviti
harian (membasuh, mandi dll) akan mengurangkan simpanan air tanih. Kegiatan
menggali perigi dan pengepaman air melalui boring menyebabkan air bawah tanah
menyusut-
i
|
b8 Aktiviti penanaman semula pokok/
Penghutanan semula
|
Meningkatkan pintasan air hujan melalui kanopi
dan memperlahankan aliran permukaan menggunakan akar banir- menggalakkan
resapan
|
Penanaman semula pokok/ penghutanan semula
akan meningkatkan simpanan air tanih. Ini kerana lapisan kanopi tumbuhan (
daun, dahan dan ranting) menjadi pintasan titisan air hujan yang jatuh ke
permukaan bumi. Akar banir pokok juga dapat memperlahankan air larian
permukaan. Proses ini akan menggalakkan resapan air ke dalam tanih dan
meningkatkan simpanan air tanih.
|
Pemarkahan : mana-mana 4 isi x 3m + kesimpulan
= mak 13m
|
4 a) Huraikan satu aspek saling kebergantungan dalam konteks
kerjasama serantau di
kawasan Asia Pasiflk [3]
|
*Pilih satu aspek
SAHAJA
|
b) Bagaimanakah Malaysia
mendapat faedah daripada pakatan ekonomi serantau [6]
Fakta
|
Cara/Kaedah
|
Contoh/Kesan
|
bi.Mengurangkan Monopoli Pasaran
|
Pakatan ekonomi
serantau dapat mengurangkan monopoli pasaran oleh negara- negara kaya.
|
Penguasaan pasaran oleh negara Amerika dapat
dikurangkan
|
bii.Mengelakkan
Monopoli
Kewangan
|
Monopoli negara-negara
kaya dalam sektor kewangan dapat dikawal.
|
Negara pakatan akan
berkongsi sektor kewangan sesama sendiri
|
biii.Mengurangkan
Kebergantungan
Modal
|
Caranya melalui galakan dalam kalangan negara
anggota melabur kedalam negara anggota yang lain
|
Pelaburan dalam negara- negara ASEAN
|
Biv. Mengurangkan
Dominasi Teknologi dan Kepakaran Asing
|
Negara anggota yang
mempunyai teknologi dan kepakaran yang tinggi perlu berkongsi teknologi den
kepakaran dengan negara anggota yang lain.
|
Teknologi perindustrian, pertanian,
perlombongan dll.
|
bv.Menjaga
Kepentingan
Bersama
|
Dibuat melalui perjanjian / MOU dalam kalangan
negara anggota
|
Penjagaan Selat Melaka , Penjagaan Pencemaran
merentasi sempadan
|
bvi.Meningkatkan Daya Saing Dengan Negara Maju
|
Barangan yang
dihasilkan oleh negara pakatan perlu mempunyai kualiti yang tinggi supaya
mampu bersaing dengan barangan yang dihasilkan oleh negara maju
|
Barangan elektrik,
elektronik dll
|
bvii.Mengurangkan Kos Pengeluaran
|
Melalui mendapatkan
bahan-bahan mentah dari negara-negara anggota serta mengurangkan cukai keatas
bahan mentah yang di import dari negara anggota
|
Bahan Mentah
Pertanian, perlombongan, perikanan dll
|
bviii.Pengkongsian Tenaga Buruh
|
Caranya, negara yang
mempunyai lebihan tenaga buruh akan mengeksport tenaga buruh ke negara yang
kekurangan tenaga buruh
|
Lebihan tenaga buruh
dari Indonesia dihantar ke Singapura, Malaysia
|
bix.Pengkongsian Bahan Mentah
|
Bahan mentah yang
didapati di sesetengah negara anggota akan dieksport ke negara anggota yang
lain
|
Bahan Mentah
Pertanian, perlombongan, perikanan dll
|
PEMARKAHAN = 2 ISI X 3
MARKAH
c) Jelaskan tiga masalah yang dihadapi oleh negara ASEAN dalam
menjayakan kerjasama ekonomi serantau [6]
ci.Persaingan sesama negara pengeluar
|
Sikap sesetengah
negara anggota yang mementingkan negara sendiri berbanding dengan kepentingan
negara anggota
|
|
cii. Dasar Unilateral
|
Sesetengah negara
anggota ASEAN masih mengamalkan perdangan 'unilateral' iaitu tidak bergantung
kepada negara lain
|
Myanmar masih lagi
menjalankan dasar tutup pintunya.
|
ciii. Kuasa Beli
|
Pasaran dalam negara
ASEAN masih rendah kerana faktor kemiskinan dan pendapatan yang rendah
|
Myammar, Loas
|
civ.Penurunan Nilai
Matawang
|
Menyebabkan sistem
ekonomi negara terlibat akan terjejas
|
Krisis matawang
/kegawatan ekonomi
|
cv.Masalah Politik
Dalaman
|
Wujud ketidakstbilan
politik serantau menyebabkan iklim pelaburan menjadi tidak sihat.
|
Selatan Thai dan
Selatan Filipina
|
al
|
Lembah Kelang (Shah
Alam, Petaling jaya, Kelang ),
|
a2
|
Luar Lembah kelang
(Bandar Baru Bangi, Kajang Teluk Panglima garang, Rawang )
|
a3
|
Bayan Lepas, Perai,
Mak Mandin (Pulau Pinang )
|
a4
|
Sungai Petani, Mergong
dan Kulim (Kedah)
|
a5
|
Lembah Kinta,
Kemunting dan Tanjung Mating,Perak
|
a6
|
Paka - Kerteh
(Terengganu)
|
a7
|
Gebeng, Semambu dan
Bentong (Pahang)
|
a8
|
Pasir Gudang, Larkin,
Tampoi dan Batu Pahat (Johor)
|
a9
|
Senawang (Negeri
Sembilan)
|
alO
|
Air Keroh (Melaka)
|
all
|
Bintulu (Sarawak)
|
al2
|
Likas, Kok Kawi dan
Kota Kinabalu (Sabah)
|
5 a) Nyatakan LIMA lokasi industri perkilangan
di Malaysia.
|
[5]
|
b) Jelaskan faktor-faktor
yang mempengaruhi aglomerasi industri di Malaysia [10]
|
B4
|
PerkongsianTeknologi
dan Kepakaran
|
Memperolehi keuntungan
daripada perkongsian kepakaran dan teknologi. Bagi sesetengah industri
berkemungkinan memerlukan kepakaran dan teknologi yang sama.
|
b5
|
Penjimatan kos
|
Menjimatkan kos. Kos
untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti akan menjadi lebih
rendah kerana pengelompokan pelbagai jenis industri di kawasan yang sama.
Misalnya industri pembuatan kereta diletakkan berdekatan dengan industri
pembuatan tayar dan industri pembuatan cat, aksesori dan alat ganti. Kos
pengangkutan (bahan mentah dan produk) juga dapat dijimatkan dengan
pengelompokan industri. Kos pengeluaran adalah berkadar langsung dengan jarak
yang boleh mempengaruhi perletakan industri samada berkelompok atau
berselerak.
|
b6
|
Pasaran dan buruh
|
Pasaran dan buruh.
Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai akan menawarkan tenaga
buruh yang mudah dan pasaran yang luas. Di Bandar besar juga mudah untuk
memperolehi tenaga buruh yang mahir dan terlatih misalnya di UM, UKM, UPM,
kolej, Institut kemahiran dsb. Pasaran lebih luas kerana saiz pasaran yang
luas dan kuasa beli yang tinggi.
|
b7
|
Memperoleh keuntungan
perkongsian/kesan
pengganda
|
Untuk memperolehi
keuntungan daripada perkongsian kemudahan asas seperti gudang penyimpanan (storage),
tempat pelupusan/rawatan sisa, perkongsian kemudahan perkhidmatan seperti
banking, komunikasi, pengangkutm, insurans dsb
|
b8
|
Pelepasan Tarif
|
Memperolehi pelepasan
tariff tertentu. Kawasan pengelompokan industri biasanya dijadikan kawasan
bebas cukai, justeru industri-industri akan tertarik untuk berkelompok bagi
memperolehi faedah pelepasan cukai seperti pemberian taraf perintis dan
kemudahan-kemudahan fizikal yang lain.
|
c) Huraikan langkah-langkah pembangunan lestari dalam sektor
industri perkilangan di Malaysia [10]
FAKTA
|
HURAIAN
|
|
cl
|
Langkah penguatkuasaan
undang-undang
|
Langkah-langkah
penguatkuasaan yang lebih ketat kepada mana-mana pengusaha atau syarikat yang
mencemarkan alam sekitar seperti kes pembuangan sisa toksik, mencemarkan
sungai, mencemar udara, tanah dsb.
|
c2
|
Mengenakan denda
|
Hukuman dan denda
maksimum turut dikenakan kepada pesalah alam sekitar seperti mana yang
diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain itu, tindakan
menggantung, menarik balik lesen operasi, menyita syarikat yang membuang sisa
efluen kilang tidak mengikut standard.
|
c3
|
Pemantauan
|
Langkah-langkah
pemantauan, kawalan, penyeljaan yanglebih kerap dan tegas haruslah dilakukan
oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berdasarkan Standard Kualiti yang ditetapkan
|
c3
|
Laporan ETA
|
Mewajibkan laporan EI
A kepada pengurusan kilang dari masa ke semasa dan berterusan kepada
pihak-pihak yang berwajib bagi menjamin industrinya sentiasa mesra alam.
|
C4
|
Menguruskan Bahan
Pencemar Udara
|
Industri yang
melepaskan asap pencemar melebihi standard kualiti yang dibenarkan oleh Akta
Kualiti Alam Sekitar diwajibkan menggunakan kaedah sebelum bahan-bahan
pencemar tersebut dilepaskan ke udara contohnya system penapis di dalam
serombong asap agar kosentrasi bahan pencemar boleh terserak dan tidak
terkumpul di dalam atmosfera setempat, tidak membuat pembakaran terbuka
seperti habuk kayu dalam industri pemprosesan kayu balak atau sekam padi.
Bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula, dijadikan bahan mentah untuk IKS,
atau dibiar reput sebagai baja kompos
|
C5
|
Peralihan Kepada
Teknologi Industri Yang Mesra Alam
|
Beralih kepada
industri yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar terutamanya dalam
konteks penggunaan tenaga, contohnya, kebergantungan kepada bahan api fosil
seperti petroleum perlu diminimakan dan lebih banyak bergantung kepada tenaga
alternatif yang murah dan bersih seperti menggunakan tenaga hidroelektrik,
gas asli (NGV), tenaga solar.
Selain itu, industri
pencucian dan pelarut dilarang menggunakan bahan yang mengandungi CFC, perlu
menggantikan dengan bahan yang lebih bersih dan mesra alam seperti
menggunakan air. Selain itu, industri pencucian dan pelarut dilarang
menggunakan bahan yang mengandungi CFC, perlu menggantikan dengan bahan yang
lebih bersih dan mesra alam seperti menggunakan air.
|
C6
|
Kempen dan Pendidikan
|
Kempen-kempen
kesedaran dilaksanakan kepada pengusaha dan kakitangan sektor industri yang
menjadi masyarakat industri tentang pentingnya menguruskan alam sekitar
dengan bijak dan cekap. Kempen boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti
projek penghijauan persekitaran industri, membersih dan menjaga sungai
melalui aktiviti amal dan sosial, mengadakan peraduan, pertandingan yang
mesra alam dsb.Kempen juga boleh dilakukan oleh media cetak dan elektronik,
bengkel pemahaman dan penghayatan alam sekitar. dsb yang relevan. Pendidikan
mengenai kesedaran alam sekitar perlu diterapkan di peringkat kanak-kanak
sehingga dewasa melalui mata pelajaran yang diajar di sekolah seperti mata
pelajaran geografi, sains, kajian tempatan dll. Sementara di universiti turut
ditawarkan kursus -kursus yang berkaitan dengan alam sekitar.
|
a) Jelaskan konsep
globalisasi ekonomi [3]
Globalisasi Ekonomi
bermaksud saling kebergantungan antara negara pada * bahan,modal,buruh,pasaran
dan teknologi dalam proses pengeluaran.Sesebuah negara perlu menjalinkan
hubungan antara satu sama lain untuk kepentingan tersebut melalui teknologi
maklumat. Hubungan ini telah mewujudkandunia tanpa sempadan, liberalisasi
ekonomi dan penghapusan segala sekatan dan perlindungan ekonomi yang diamalkan
oleh sesebuah Negara.
b) Huraikan sebab
perlunya kerjasama antara kawasan bagi menjayakan globalisasi ekonomi [9]
|
Kcsan Potitif
i- Mengurangkan
Sekatan
|
Perdagangan Bebas yang
dibavva oleh globalisasi ekonomi meraberi peluang kepada sesebuah negara
membangun menyertai perdagangan antara bangsa tanpa tarif dan kuota.Negara-negara
bebas mengimport dan mengeksport barangan tanpa banyak sekatan
|
ii. Perluasan Pasaran
|
Perluasan Pasaran
berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak negara mengambil bahagian
atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun.Contoh di Asia
Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara
ASEAN dengan lebih mudah. Kesan perluasan pasaran ini dinikmati secara
bersama.
|
iii. Pemindahan
Teknologi
|
Pemindahan Teknologi
berlaku dari negara lebih maju seperti Jepun Jerman dll ke nagara membangun
seperti Malaysia. Rakyat tempatanmenerima pakai teknologi dari negara maju
melalui latihan lanjutan, dalamasa yang sama ia sedang mencipta teknologinya
sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D
|
iv. Aliran Buruh
|
Aliran Buruh menjadi
semakin mudah dan berleluasa.Ramai penduduk dari negara membangun yang miskin
dan padat penduduk mengalir ke negara lebih maju yang kurang
penduduk.Kemudahan pengangkutan dan teknologi maklumat membolehkan aliran
buruh berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah
dan Amerika Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah kepada
kedua-dua pihak.
|
v.Menggalakkan
Persaingan
|
Menggalakkan
Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka berlumba-lumba menghasilkan
barangan dan perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di peringkat global
.Negara yang berjaya mengurangkan kos pengluaran barangan akan berjaya dalam
persaingan ini.
|
vi. Peningkatan
Kualiti Produk
|
Peningkatan Kualiti
Produk juga berlaku melalui persaingan supaya barangannya menang dan mendapat
tempat di pasaran global.Barangan berkualiti dan berharga rendah lebih
mendapa tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan melalui pemetiditeDudaj
pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.
|
Kesan Neaatif
|
.
|
c) Bincangkan kesan
|
globalisasi ekonomi
terhadap negara Malaysia
.
|
nmnm
PEMARKAHAN = 2 ISI X 2 MARKAH + 1M = 13M
|
KESAN POSITIF
i.Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC)
|
Syarikat tersebut boleh menguasai dan
mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak berlaku kepada negara
membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari negara membangun.
Contohnya : IBM, Shell, Coco-cola dsbnya.
4
|
ii.Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan
|
Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan
budaya tempatan ,terutama negara membangun yang masih mempunyai kualiti
barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat menarik
pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya
jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil dan sederhana
penduduk tempatan.
|
iii. Kesukaran mengawal aliran modal asing
|
Kesukaran mengawal aliran modal asing kerana
globalisasi telah membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama
negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju telah
mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara
membangun tidak memerlukannya.
|
iv.Penghakisan kedaulatan
|
Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara
yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah
dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional yang
berpangkalan di negara maju.
|
i.Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat
Multinasional
(MNC)
|
Syarikat tersebut
boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak berlaku
kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari negara
membangun. Contohnya : IBM, Shell, Coco-cola dsbnya.
|
ii.Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan
budaya tempatan
|
Ancaman kepada
barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama negara membangun yang
masih mempunyai kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju
pula dapat menarik pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan
perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil
dan sederhana penduduk tempatan.
|
iii. Kesukaran mengawal aliran modal asing
|
Kesukaran mengawal
aliran modal asing kerana globalisasi telah membebaskan keluar masuk modal ke
sesebuah negara terutama negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap
ne gara maju telah mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun
pada masa negara membangun tidak memerlukannya.
|
iv.Penghakisan kedaulatan
|
Penghakisan kedaulatan
negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan
politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui
syarikat-syarikat multinasional yang berpangkalan di negara maju.
|
PEMARKAHAN = 2 ISI X 2
MARKAH + 1M = 13M