UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM
Konsep Cuaca dan Iklim
Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang sentiasa
berubah mengikut tempat dan
masa. Contohnya, cuaca tempat A mungkin tidak sama
dengan tempat B walaupun
jaraknya hanya beberapa kilometer.
Iklim merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca
seperti suhu, hujan, kelembapan
udara dalam tempoh 35 tahun meliputi skala yang
luas seperti sebuah negara atau
rantau/wilayah.
Unsur-unsur cuaca
1. Suhu
Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat. Darjah
kepanasan datang dari sinaran
matahari atau bahangan matahari. Cthnya, sinar
ultra unggu, sinar infra red, sinar
gamma, sinar X. Sinar infra red yg paling banyak
membawa tenaga haba. Apabila
tenaga haba bertambah, maka udara akan menjadi panas
dan indeks suhu akan
meningkat. Indeks suhu di ukur dalam unit darjah
selsius menggunakan termometer
Six.
2. Kerpasan
Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan
beku. Unsur yang paling penting
ialah hujan yang terjadi akibat proses pemeluwapan
dan kondensasi. Akibat sejatan
wap air akan naik ke atmosfera dan bercantum
antara satu sama lain dengan bantuan
nukleus kondensasi seperti garam galian dan bahan
pencemar udara membentuk awan.
Turun dalam bentuk hujan apabila awan mencapai
tahap tepu. Hujan disukat
menggunakan alat tolok hujan dan dinyatakan dalam
unit milimeter.
3. Kelembapan udara
Merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam
udara.
Terbahagi kepada dua:
a) Kelembapan mutlak – ialah kandungan wap air
yang sebenarnya terdapat dalam
udara pada satu masa. Dinyatakan dalam unit gram
semeter padu (gm/m3).
b) Kelembapan bandingan – ialah nisbah jumlah wap
air yang sebenarnya terdapat
dalam udara berbanding dengan jumlah wap air yang
boleh ditampung oleh udara
berkenaan dlm keadaan suhu tertentu dinyatakan dlm
bentuk peratus.
Diukur menggunakan alat higrometer putar yang
mengandungi termometer bebuli kering
dan termometer bebuli basah.
4. Awan
Merupakan titisan air yang sangat halus yang
berdiameter antara 0.02 mm hingga
0.06 mm serta terapung di udara. Terbentuk akibat
penyejukan udara di bawah takat
beku yang menyebabkan air terpeluwap di atmosfera.
Berdasarkan ketinggian dan
lokasi awan terbahagi kepada 4:
a) Awan tinggi – 6100 m – 12 000 m seperti awan
sirus, sirostratus dan
sirokulumulus.
b) Awan Pertengahan – 1200 m – 6100 m seperti awan
altostratus, altokumulus.
c) Awan rendah – 0 – 1200 m seperti awan
stratokumulus, stratus, nimbostratus.
d) Awan tegak – had dasar 180 m seperti awan
kumulus dan kumulonimbus.
5. Tekanan udara
Tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap
permukaan bumi. Pada paras laut
tekanan udara normal ialah kira- kira 1.03 kg/cm2
bagi setiap permukaan yang
terdedah kepadanya.
Berubah mengikut ketinggian. Udara semakin
berkurangan apabila ketinggian
bertambah dan beratnya juga berkurangan. Disukat
dgn menggunakan alat barometer
aneroid dlm unit milibar (mb). 1000 mb = 760 mm.
6. Angin
Adalah udara yang bergerak secara mendatar.
Bertiup dari kws tekanan udara tinggi
ke kws tekanan udara rendah. Arah tiupan merujuk
kepada arah dari mana angin itu
bertiup dan ditunjukkan oleh penunjuk arah angin.
Halaju angin diukur menggunakan
alat anemometer. kesan halaju angin boleh dilihat
dengan menggunakan skala angin
Beufort.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan