17 Disember, 2013

ATMOSFERA : KERPASAN

KERPASAN

Konsep kerpasan
Kerpasan merupakan semua jenis lembapan yang turun ke bumi dari atmosfera sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun atau hujan batu.

Jenis-jenis kerpasan

i.                     Hujan perolakan
ii.                    Hujan bukit
iii.                   Hujan perenggan

Hujan perolakan
Hujan perolakan terjadi apabila permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari pada waktu pagi.Permukaan bumi yang menyerap pancaran matahari juga mengeluarkan haba. Haba yang dikeluarkan akan memanaskan udara yang berhampiran dengan permukaan bumi. Udara yang dipanaskan ini akanmengembang dan naik secara perolakan kerana udara ini lebih ringan daripada udara di sekelilingnya. Udara ini akan terus naik dan disejukkan secara adiabatic (makin tinggi udara naik makin sejuk). Sehingga sampai takat embun, udara akan terpeluwap membentuk titisan air dan berkumpul membentuk awan kumulunimbus yang membawa hujan lebat pada waktu petang disertai kilat dan petIR




Hujan bukit
Hujan ini terjadi di kawasan bukit yang menghadap laut atau lautan.Kumpulan udara lembap dari bertiup ke darat terpaksa naik ke atas kerana terdapat halangan gunung atau bukit.Semakin tinggi udara itu naik, udara itu menjadi semakin sejuk. Apabila sampai takat embun iaitu takat dimana udara tidak boleh disejukkan lagi, udara akan terpeluwap menjadi titisan air. Titisan air ini akhirnya akan turun sebagai hujan. Hujan bukit turun dengan lebat di kawasan cerun yang menghadap angin dan kawasan cerun yang membelakangi angin dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.



Hujan perenggan
Ia terjadi apabila terdapat pertembungan dua kumpulan udara iaitu udara sejuk dan udara panas. Pertembungan dua udara ini biasanya terjadi di kawasan yang beriklim sederhana dan tropika. Udara sejuk adalah lebih tumpat maka udara ini akan sentiasa berada hampir dengan permukaan bumi.

Udara yang lebih panas ia ringan dan akan bergerak naik di lapisan atas udara yang lebih sejuk. Semasa udara panas ini naik, tekanan udaranya berkurangan dan udara tersebut mengembang dan menyejuk sehingga mencapai takat embun. Akhirnya proses pemeluwapan berlaku dan diikuti dengan hujan. Hujan ini juga dikenali sebagai Hujan Siklon.






11 ulasan:

  1. Assalamualaikum..boleh terangkan tentang faktor pengawal yang mempengaruhi kerpasan?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..boleh terangkan tentang faktor pengawal yang mempengaruhi kerpasan?

    BalasPadam
  3. Memang mengikut sukatan terkini but susunan topik adalah kelam-kabut. I harapla yg author ini dapat menyusun topik dgn sistematik.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Bolehkah hujan perenggan berlaku di Tropika lembap?

    BalasPadam
  8. Nak tau kepentingan hujan bukit

    BalasPadam