BAHAGIAN B:
GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA
| |||||
1 Penduduk
|
30
| ||||
1.1 Konsep penduduk
|
2
|
Calon seharusnya dapat:
| |||
1.1.1 Penduduk sebagai sumber
|
(a) menyatakan konsep penduduk sebagai sumber manusia yang diukur secara
(i) kuantiti (bilangan/saiz);
(ii) umur dan jantina;
(iii) kualiti.
|
Kualiti penduduk merujuk kepada taraf pendidikan, kemahiran, kesihatan, dan sikap
| |||
1.1.2 Penduduk sebagai agen perubahan
|
(b) menjelaskan peranan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti sosioekonomi
(i) perubahan sosioekonomi;
(ii) perubahan landskap fizikal dan empat sistem fizikal (geomorfologi, atmosfera, hidrologi, dan ekologi;
(iii) perubahan landskap budaya (petempatan, guna tanah, pengangkutan, dan lain-lain hasil gubahan manusia).
|
Kualiti penduduk menentukan tahap pembangunan sesebuah negara
Wilayah dunia merujuk kepada Asia, Afrika, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, dan Oceania
| |||
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
| ||
1.2 Taburan penduduk
|
6
|
Calon seharusnya dapat:
| |||
1.2.1 Taburan penduduk dunia mengikut wilayah
|
(a) mengenal pasti pola taburan dan kepadatan penduduk mengikut wilayah dunia dan negara Malaysia;
|
Penekanan kepada
ketakseimbangan taburan penduduk negara Malaysia
| |||
1.2.2 Kemahiran amali
|
(b) menerangkan faktor yang mempengaruhi ketakseimbangan taburan penduduk wilayah dunia dan negara Malaysia;
|
Penekanan kepada data taburan penduduk
| |||
(c) mengira kepadatan penduduk mengikut wilayah dunia, Asia Tenggara, dan negeri-negeri di Malaysia;
| |||||
(d) melukis, melabel, dan mempersembahkan data taburan penduduk dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta tematik;
|
Gambar rajah meliputi graf, carta, dan rajah
| ||||
(e) mentafsir peta dan menganalisis data taburan penduduk dari segi sebab dan kesan perbezaan taburan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan.
|
Peta tematik ialah peta koroplet/lorek dan peta titik
| ||||
1.3 Pertumbuhan penduduk
|
10
|
Calon seharusnya dapat:
| |||
1.3.1 Pertumbuhan penduduk dunia
|
(a) membandingkan trend pertumbuhan penduduk mengikut wilayah dunia dan negara Malaysia
(i) pertambahan/perubahan;
(ii) kadar pertumbuhan tahunan.
|
Perbandingan merujuk kepada persamaan dan perbezaan
| |||
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
(b) menghitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk wilayah dunia dan negara Malaysia dengan formula berikut:
r = 1/n Log e (Pn / Po) ´ 10;
(c) menganggarkan dan meramalkan jumlah penduduk di sesebuah kawasan;
|
Membezakan konsep pertambahan/ perubahan dan pertumbuhan penduduk
r = Kadar pertumbuhan
n = Bilangan tahun
Pn = Penduduk tahun
semasa
Po = Penduduk tahun asas
| ||
1.3.2 Faktor pertumbuhan penduduk
|
(d) menghuraikan bagaimana proses pertumbuhan penduduk berlaku, iaitu
(i) pertumbuhan semula jadi (kelahiran – kematian);
(ii) pertumbuhan penduduk (kelahiran – kematian + migrasi bersih).
| ||
(e) menilaikan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk, iaitu
(i) kadar kelahiran;
(ii) kadar kematian;
(iii) migrasi.
|
Faktor yang mempengaruhi (sosial, ekonomi, dan dasar kerajaan)
Menilai faktor merujuk kepada kepentingan sesuatu faktor berbanding faktor yang lain
| ||
1.3.3 Kemahiran amali
|
(f) mengira, melukis, dan mempersembahkan data perubahan dan pertumbuhan penduduk dalam bentuk jadual dan gambar rajah
(i) kadar kelahiran;
(ii) kadar kematian;
(iii) kadar migrasi bersih;
(iv) kadar pertumbuhan penduduk.
|
Skala dunia, wilayah, dan negara
Gambar rajah meliputi graf, carta, dan rajah
|
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
(g) mentafsir jadual dan gambar rajah berkenaan;
|
Mentafsir bermaksud menerangkan ciri, pola, dan trend yang ditunjukkan oleh data dalam jadual atau gambar rajah
| ||
1.3.4 Kesan pertumbuhan penduduk
|
(h) mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi;
|
Contoh negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, dan Sweden
| |
(i) membandingkan kesan pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi antara negara maju dengan negara sedang membangun;
|
Contoh negara sedang membangun seperti Malaysia, Brazil, dan India
| ||
(j) menjelaskan proses penuaan penduduk dan kesannya terhadap ciri demografi serta status sosioekonomi sesebuah negara;
|
Ciri demografi ialah kadar kelahiran, kadar kematian, umur, jantina, jangka hayat, dan nisbah tanggungan
| ||
1.3.5 Kemahiran amali
|
(k) mentafsir ciri demografi dan sosioekonomi bagi ketiga-tiga bentuk piramid penduduk;
(l) melukis pelbagai bentuk rajah piramid penduduk;
|
Bentuk piramid penduduk progresif, perantaraan, dan regresif
| |
1.3.6 Penduduk dan pembangunan
|
(m) menerangkan model peralihan demografi;
|
Menerangkan konsep dan peringkat-peringkat peralihan dalam model peralihan demografi
|
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
(n) menganalisis kaitan antara pertumbuhan penduduk dengan tahap pembangunan sosioekonomi antara wilayah dunia atau sesebuah negara.
|
Analisis bermaksud menjelaskan hubung kait antara pertumbuhan penduduk dengan tahap pembangunan sosioekonomi mengikut wilayah dunia atau sesebuah negara
| ||
1.4 Migrasi
|
6
|
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan menghuraikan pola migrasi dalaman negara Malaysia serta migrasi antarabangsa semasa dari segi
(i) arah aliran (dari mana ke mana);
(ii) isi padu aliran (jumlah-banyak/sedikit);
|
Migrasi melibatkan migrasi kekal, sementara, dan bermusim
Arah aliran migrasi dalaman
• desa – bandar
• bandar – bandar
• bandar – desa
• desa – desa
|
(iii) komposisi aliran.
|
Komposisi aliran
• jantina
• umur
• taraf pendidikan
| ||
(b) menilai faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa semasa dari segi
(i) ekonomi;
(ii) sosial;
(iii) dasar kerajaan;
(iv) politik;
(v) bencana alam.
|
Menilai merujuk kepada kepentingan sesuatu faktor berbanding dengan faktor yang lain
| ||
1.4.1 Kemahiran amali
|
(a) mengira, melukis, dan mempersembahkan data migrasi dalaman serta migrasi antarabangsa dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta aliran;
(b) mentafsirkan jadual, gambar rajah, dan peta aliran migrasi.
|
Gambar rajah termasuklah carta, graf, dan rajah
| |
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
1.5 Penduduk dan sumber alam
|
6
|
Calon seharusnya dapat:
| |
1.5.1 Pengenalan umum komponen alam sekitar fizikal
|
(a) menghuraikan konsep dan jenis sumber alam;
(b) mengenal pasti komponen alam sekitar yang meliputi empat sistem, iaitu
(i) biosfera (sistem ekologi)
(ii) litosfera (sistem geomorfologi)
|
Alam sekitar fizikal ialah asas kepada sumber alam
Contoh: semua jenis flora dan fauna
Contoh: mineral dan tanah
| |
(iii) hidrosfera (sistem hidrologi)
|
Contoh: air permukaan dan marin
| ||
(iv) atmosfera (sistem atmosfera).
|
Contoh: udara dan angin
| ||
1.5.2 Alam sekitar fizikal sebagai sumber alam
|
(c) menghuraikan hubungkait antara manusia dengan sumber alam dari segi kepentingan sumber alam kepada manusia;
|
Manusia memerlukan sumber alam untuk kehidupan dan kemajuan sosioekonomi
Penerokaan sumber bagi memenuhi keperluan kehidupan dan pembangunan berterusan
| |
1.5.3 Daya tampung persekitaran fizikal
|
(d) menghuraikan konsep daya tampung sumber alam dalam konteks keseimbangan ekosistem;
| ||
(e) menjelaskan bagaimana keseimbangan ekosistem dapat menjamin daya tampung sumber alam yang berterusan (kelestarian sumber);
(f) mencadangkan pelbagai langkah perundangan dan bukan perundangan bagi mengurangkan masalah lebihan dan kurangan penduduk serta kekurangan bekalan sumber alam.
|
Keseimbangan ekosistem dapat dicapai melalui usaha pembangunan berterusan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam, penerokaan dan penggunaan sumber alam yang berhemah, serta pengurusan sumber yang berkesan
| ||
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
2 Transformasi Desa dan Pembandaran
|
30
| ||
2.1 Transformasi desa
|
10
|
Calon seharusnya dapat:
| |
(a) mentakrifkan konsep transformasi desa;
(b) menghuraikan strategi pembangunan desa yang meliputi
(i) pembangunan insitu;
(ii) Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP);
(iii) pembangunan wilayah;
(iv) perindustrian desa;
|
Transformasi desa merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa melalui proses pemodenan guna tanah, kemudahan asas, pengangkutan, komunikasi, kegiatan ekonomi, pendidikan, dan kesihatan
| ||
(c) menjelaskan proses perubahan desa melalui
(i) saling kebergantungan desa-bandar;
(ii) pembandaran desa;
(iii) perancangan desa (pusat pertumbuhan desa);
(iv) pemodenan sosioekonomi desa.
| |||
2.2 Bandar dan pembandaran
|
20
|
Calon seharusnya dapat:
| |
2.2.1 Pengertian bandar dan pembandaran
|
(a) mendefinisikan maksud bandar dan proses pembandaran;
(b) menghuraikan jenis dan ciri bandar (bandar raya global, metropolis, bandar primat, dan bandar raya mega);
|
Klasifikasi bandar berdasarkan saiz di Malaysia: bandar kecil (≤ 30,000), bandar sederhana (30,000 – 500,000), bandar besar (500,000 – 1,000,000), dan bandar raya metropolitan
(≥ 1,000,000)
|
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
(c) memerihalkan pola pembandaran;
|
Pola pembandaran merujuk kepada perubahan saiz dan bilangan bandar, pertumbuhan penduduk bandar, dan perubahan sosioekonomi bandar
| ||
(d) menilai faktor yang mempengaruhi proses pembandaran;
|
Faktor sejarah, ekonomi, dasar kerajaan, sosial, kemudahan asas, dan demografi
| ||
2.2.2 Peranan bandar dalam pembangunan
|
(e) mengenal pasti peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara, iaitu
(i) pusat pemasaran;
(ii) pusat pekerjaan;
(iii) pusat pemodenan;
(iv) kemudahan kesihatan;
(v) pembentukan golongan menengah;
(vi) pembauran inovasi;
|
Peranan bandar bergantung kepada jenis dan saiz bandar
| |
(f) membandingkan peranan bandar besar, bandar sederhana, dan bandar kecil di Malaysia;
| |||
2.2.3 Kesan transformasi desa dan pembandaran terhadap penduduk dan alam sekitar
|
(g) menghuraikan kesan transformasi desa dan pembandaran terhadap guna tanah, penduduk, dan sosioekonomi dari segi
(i) kepadatan penduduk;
(ii) perubahan pekerjaan;
(iii) peningkatan taraf hidup;
(iv) perumahan;
(v) kemiskinan bandar;
(vi) migrasi desa-bandar;
(vii) kesesakan lalu lintas;
|
Skala negara Malaysia
|
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
(viii) masalah sosial;
(ix) perubahan guna tanah;
| |||
(h) menjelaskan kesan transformasi desa dan pembandaran terhadap alam sekitar yang meliputi
(i) kemerosotan kualiti alam sekitar;
|
Peningkatan suhu setempat, hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus, banjir dan banjir kilat, ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat, dan rantaian makanan
| ||
(ii) pencemaran alam sekitar;
|
Pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan pencemaran sisa toksik
| ||
2.2.4 Kemahiran amali
|
(i) mengira dan mempersembahkan data transformasi desa dan pembandaran dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta;
(j) mentafsir jadual, gambar rajah, dan peta;
(k) mentafsir peta topografi dari aspek landskap budaya, iaitu
(i) guna tanah pertanian;
(ii) pola petempatan;
(iii) pengangkutan;
(iv) kemudahan sosial;
|
Gambar rajah termasuklah carta, graf, dan rajah
Pentafsiran mencakupi menentukan kedudukan tempat berdasarkan grid dan mata angin, mengenal pasti simbol untuk menentukan aras ketinggian, pola, dan jenis
| |
(l) menjelaskan sebab dan kesan, pola, trend, dan arah alir daripada jadual, gambar rajah, dan peta yang dihasilkan.
|
Calon digalakkan melayari Internet seperti Google Earth sebagai pendedahan kepada konsep asas Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan penderiaan jauh
|
PENDUDUK
1.1
KONSEP PENDUDUK
Penduduk merupakan sekumpulan manusia
yang mendiami / menetap di sesuatu kawasan dalam sesuatu tempoh masa tertentu.
Jumlah penduduk adalah dinamik
(sentiasa berubah-ubah) dan tidak statik kesan dari faktor kelahiran dan
kematian serta migrasi.
1.1.1
PENDUDUK SEBAGAI SUMBER
1 Penduduk merupakan sumber manusia yang penting dan berharga bagi
sesebuah kawasan / negara.
1 Sumber manusia ini merujuk kepada :
i.
Sumber tenaga kerja.
ii.
Sumber pasaran.
iii.
Sumber keselamatan (tentera).
1 Sumber manusia di sesebuah negara boleh diukur dan dinilai dari
segi;
i.
Kuantiti ( bilangan / saiz )
ii.
Umur & jantina).
iii.
Kualiti.
1 Dari segi kuantiti:
Manusia diukur dari sudut bilangan (saiz / jumlah
penduduk.
Bilangan:
Penduduk yang ramai, jika diberi pendidikan
dan dibekali kemahiran, berpotensi menjadi tenaga kerja yang baik. Jumlah
penduduk yang ramai membantu menyediakan sumber tenaga yang mencukupi bagi sektor-sektor
ekonomi seperti perindustrian, pertanian, perkhidmatan dll. Keadaan ini
membantu memajukan sesebuah negara. Negara yang mempunyai jumlah penduduk yang
banyak berkemampuan menjana pelbagai sektor ekonomi, meluaskan saiz pasaran, meningkatkan
kutipan cukai dan memiliki ramai jumlah anggota keselamatan (tentera).
1 Dari segi Struktur Umur dan Jantina:
Umur dan jantina penduduk boleh
mempengaruhi corak guna tenaga yang ada di sesebuah kawasan atau negara.
Penduduk dewasa yang terlatih boleh
menyumbang secara produktif kepada ekonomi negara. Sementara kehadiran ramai
penduduk tua dan kanak-kanak selalunya dikaitkan dengan besarnya jumlah
tanggungan keluarga dan negara.
Jantina pula boleh dikaitkan dengan
jenis aktiviti ekonomi, misalnya sektor industri berat yang memerlukan kekuatan
tenaga fizikal manusia lazimnya mengupah lebih ramai pekerja lelaki.
Contohnya kilang memasang kereta di
Shah Alam (Selangor), membungkus baja dan kilang petrokimia di Kerteh
(Terengganu). Manakala industri yang berintensif buruh yang memerlukan tahap ketekunan
dan kehalusan yang tinggi pula lazimnya mengupah ramai pekerja wanita.
Contohnya kilang produk barangan elektrik dan elektronik di Bayan Lepas (Pulau
Pinang).
1 Dari Segi Kualiti:
Kualiti penduduk merujuk kepada :
i.
ciri-ciri fizikal,
ii.
taraf pendidikan,
iii.
kemahiran,
iv.
kesihatan, dan
v.
sikap.
Misalnya, penduduk sesebuah kawasan
yang terdidik (lepasan universiti dan kolej), mahir dan berpengalaman
mengendali peralatan kilang yang moden, sihat tubuh badan dan mempunyai sikap
terbuka, boleh bekerjasama sebagai satu pasukan, lazimnya lebih berkualiti dan
mampu menarik pelaburan. Jadi kualiti penduduk menentukan tahap pembanguan sesebuah
negara atau kawasan.
Era globalisasi kini memerlukan penduduk
yang berkualiti, dapat menguasai kemahiran teknologi dan maklumat (ICT) serta
kemahiran berbahasa Inggeris untuk berdaya saing. Ini selaras dengan
perkembangan sosioekonomi dunia berasaskan k-ekonomi. Pekerja yang berkemahiran
dalam bidang ICT ini menggalakkan perkembangan dalam e-dagang, e-pelaburan,
e-governan dsb.
Contohnya, di negara maju seperti
Jepun, Amerika Syarikat dan Britain
kualiti penduduknya adalah tinggi membantu memajukan negara. Manakala di negara
seperti Somalia , Sudan dan Kenya kualiti penduduknya yang
rendah mengakibatkan kemunduran negara tersebut.
1.1.2
PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Konsep ini memperlihatkan manusia
sebagai agen perubahan melalui aktiviti pembangunan sosioekonomi. Kegiatan
penduduk boleh mengakibatkan berlakunya perubahan landskap fizikal, tahap
kemajuan sosioekonomi (kualiti hidup), serta landskap budaya di sesebuah
negara.
1 Perubahan Ruang Fizikal;
Perubahan ini boleh diperhatikan melalui
aktiviti manusia ke atas alam sekitar fizikal bagi memenuhi keperluan hidup
mereka. Ini termasuk perkembangan kawasan petempatan, rumah kediaman, jalan
perhubungan dan jaringan komunikasi. Kawasan yang berpotensi, dimajukan dengan
pembangunan dan seterusnya mewujudkan perubahan yang besar kepada landskap
semulajadi.
Tindakan manusia menarah, menebuk,
meratakan bukit serta mengorek tanah menghasilkan pandang darat seperti lurah,
bukit gondol, tasik dsb. Keadaan ini menggalakkan kejadian pencemaran, hakisan
tanah & tanah runtuh, pemanasan mikro / setempat dsb.
Aktiviti manusia boleh mengakibatkan
empat sistem fizikal berubah ;
o
Geomorfologi :
terhadap tanah, bukit, batuan
o
Atmosfera :
terhadap udara, suhu, angin
o
Hidrologi :
terhadap sumber air
o
Ekologi :
terhadap haiwan & tumbuhan
Kegiatan penyahhutanan untuk kegiatan
ekonomi seperti pertanian, kawasan perindustrian, kemudahan infrastruktur dan
prasarana mengakibatkan kemusnahan ekologi hutan semulajadi yang membawa
kepupusan sumber flora dan fauna, gangguan keseimbangan ekosistem dan gangguan
kitaran hidrologi.
Cth, pembinaan empangan Kenyir
(Terengganu) telah menengelamkan kawasan hutan seluas beratus-ratus hektar dan
mewujudkan pandang darat baru di kawasan tersebut iaitu tasik buatan.
1 Perubahan Sosioekonomi;
Perubahan sosial dapat dilihat dari
sudut pendidikan, kesihatan, dan telekomunikasi - Perubahan Pendidikan seperti
penubuhan pusat bimbingan kanak-kanak, tusion, kolej, dan universiti. Selain
itu, pusat-pusat latihan & kemahiran seperti Giat Mara. Perubahan Kesihatan
seperti penaik tarafan klinik desa kepada klinik yang lebih moden, pertambahan
klinik dan hospital, pusat rawatan alternatif dsb. Perubahan teknologi dilihat
melalui perkembangan dalam bidang telekomunikasi seperti satelit, telefon
selular, Sistem Penentuan Global (GPS), Sistem Informasi Geografi (GIS) dsb.
Kemajuan ekonomi boleh dikesan
melalui perubahan pekerjaan, pendapatan, pemilikan harta benda. Indikator yang
biasanya dirujuk adalah seperti pertumbuhan KDNK, peningkatan pendapatan
perkapita, kuasa beli, dan taraf hidup serta perluasan saiz pasaran. Penduduk
merupakan pemankin perubahan sektor ekonomi - tradisional iaitu pertanian kepada sektor ekonomi yang
lebih moden pada masa kini seperti perindustrian dan perkhidmatan. Kepelbagaian
ekonomi juga dapat diwujudkan dengan perkembangan kualiti dan kuantiti penduduk
seperti perkembangan bidang perdagangan, perniagaan, pelancongan, dll. Selain
itu ia juga mempengaruhi luasnya permintaan dan penawaran pasaran.
Cth, peningkatan pengetahuan dan
kemahiran serta teknologi di Malaysia
telah merubah dan mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang wujud. Daripada ekonomi yang berasaskan pertanian
dan perlombongan kepada ekonomi yang lebih moden seperti perindustrian dan
perkhidmatan.
1 Perubahan Landskap Budaya;
Penduduk juga mempengaruhi perubahan
yang pesat terhadap kewujudan landskap budaya seperti petempatan, pola guna
tanah, pengangkutan dsb.
Perubahan landskap budaya berlaku
kesan dari peningkatan kualiti hidup, budaya dan pemikiran masyarakat. Fenomena
pembandaran yang berlaku pada masa kini telah merubah gaya dan cara hidup masyarakat setempat dan
seterusnya mengubah landskap budaya setempat.
Perubahan petempatan – pembinaan
rumah banglo, flat, kondominium, taman perumahan dsb.
Perubahan pola guna tanah – pertanian
tradisional kepada pertanian moden, sektor pertanian kepada sektor industri
& perkhidmatan, jenis tanaman kormesial, bangunan-bangunan, parking lot
dsb.
Perubahan pengangkutan – pembesaran
jalan-jalan perhubungan (lebuh raya, lebuh raya bertingkat, jambatan),
pertambahan pengangkutan awam (bas, teksi, LRT, monorel dll) – darjah
kertersampaian tinggi & mempengaruhi mobiliti penduduk.
Po : penduduk tahun
asas
PERTUMBUHAN
PENDUDUK
Ø
Konsep :
o
Pertumbuhan penduduk biasanya merujuk kepada
satu angka perubahan bilangan penduduk sesebuah negara / tempat pada satu-satu
tahun tertentu.
o
Perubahan ini sama ada pesat, perlahan, statik
ataupun berkurangan.
Ø
Pertumbuhan penduduk diperolehi dengan mengambil
kira tiga perkara;
a.
Kadar Kelahiran Penduduk
b.
Kadar Kematian Penduduk
c.
Migrasi
Ø
Pertumbuhan penduduk boleh dibahagikan kepada 2
jenis :
1.
Pertumbuhan Semulajadi @ Pertumbuhan Penduduk Kasar
(Kadar Kelahiran ditolak dengan Kadar Kematian).
2.
Pertumbuhan Bersih @ Pertumbuhan Penduduk (Pertumbuhan
Semulajadi ditambah dengan Migrasi Bersih).
Ø
Secara umumnya Negara-negara Membangun
mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi. Contohnya, India 2.4 % setahun,
Brazil 3.0 %, Thailand 3.1 % dan Malaysia 2.5 %. Manakala Negara-negara Maju
seperti di Eropah mencatatkan kadar pertumbuhan yang agak rendah iaitu hanya
0.8 % setahun.
Ø
Pertumbuhan penduduk diukur dalam unit peratus @
per 1000 orang.
Contohnya,
Kadar pertumbuhan Malaysia
pada tahun 1990 adalah 2.5 %.
Per 1000 = 25 orang / 1000 (pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000
orang penduduk)
Ø
|
Pertumbuhan
Semulajadi dikira dengan
menggunakan formula berikut:
Ø
|
Pertumbuhan Penduduk pula dikira dengan menggunakan
formula berikut:
Ø
Contoh;
Jumlah Penduduk Malaysia
(1990) = 17 812 000 orang
Bilangan Kelahiran =
534 360 orang
Bilangan Kematian =
89 060 orang
Ø
Cara Pengiraan;
Langkah 1
i.
|
Kadar Kelahiran Kasar = Bilangan Kelahiran
Jumlah Penduduk
|
=
534 360
17 812 000
ii.
|
Kadar Kematian Kasar = Bilangan
Kematian
Jumlah Penduduk
|
|
=
89 060
|
17 812 000
Langkah 2
iii.
|
Peratus Kadar Kelahiran = Kadar Kelahiran
1000
|
|
=
30
1000
iv.
|
Peratus Kadar Kematian = Kadar Kematian
1000
|
|
=
5
1000
Langkah 3
Ø
Peratus Pertumbuhan Penduduk Semulajadi
= peratus kadar kelahiran -
peratus kadar kematian
= 3 %
- 0.5 %
= 2.5 %
o
Oleh itu Kadar Pertumbuhan Semulajadi Malaysia
pada tahun 1990 ialah 2.5 %.
Formula
menghitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk :
r = 1/n Log e (Pn / Po )
x 100
r : kadar pertumbuhan tahunan
n : bilangan tahun
Pn : penduduk tahun semasa
Contoh:
1990 : bilangan penduduk 16 j
2000 : bilangan penduduk 24 j
N
= 2000 – 1990 = 10
r = 1/10
Log e (24/16) x 100
= 0.1
Log e (1.5) x 100
Log e 1.5 = 0.4
= 0.1 x 0.4 x 100
r = 4%
Ø
Kadar Kelahiran
- Konsep :
Jumlah
kelahiran bayi berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi
setiap 1000 orang.
- Faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran :
Peranan
kerajaan, amalan perancangan keluarga, taraf kesihatan, status kerjaya dan umur
berkahwin kaum wanita, taraf hidup dan sosioekonomi penduduk, faktor hayat, kemampuan
ekonomi negara dll.
Ø
Kadar Kematian
- Konsep :
Jumlah
kematian berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi
setiap 1000 orang.
- Faktor yang mempengaruhi kadar kematian :
Peperangan
dan politik yang tidak stabil, bencana alam, penyakit, kebuluran, kemunduran
ekonomi, kekurangan kemudahan kesihatan dan kemudahan asas dll.
Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Penduduk
1.
Taraf Kesihatan;
Ø
prasarana kesihatan yang baik seperti hospital
dan klinik yang mencukupi serta sistem perubatan yang cekap dapat membantu
mengurangkan kadar kematian.
Ø
amalan pemakanan dan cara hidup yang sihat serta
kaedah penyelidikan perubatan juga dapat meningkatkan taraf kesihatan penduduk.
Ø
cth. penemuan ubatan kuining pada tahun 1970an
telah berjaya menyelamatkan berjuta-juta penduduk Asia
dari penyakit malaria.
2.
Amalan Perancang Keluarga;
Ø
suatu kaedah atau teknik moden atau tradisional
bagi mencegah, mengurang atau menjarakkan kelahiran.
Ø
melalui kempen mengurang atau mencegah
kelahiran, kaedah-kaedah seperti penggunaan pil perancang keluarga, kondom,
teknik AUD.
Ø
cth. pada 1979, seramai 900 ribu wanita di dunia
mengamalkan perancangan keluarga untuk mengurangkan saiz keluarga dan masalah
kesihatan.
3.
Peranan / Dasar Kerajaan;
Ø
dasar atau polisi kerajaan boleh mempengaruhi
pertambahan atau pengurangan penduduk melalui langkah menggalak atau menyekat
kelahiran.
Ä Malaysia : Dasar 70 Juta Orang
Penduduk.
1
untuk menambah jumlah penduduknya
1
langkah menggalakkan pertambahan kelahiran
termasuklah memperkenalkan rebat cukai pendapatan, menambah cuti bersalin dan meningkatkan
kemudahan rawatan.
Ä China : Dasar Satu Keluarga Satu Anak
1untuk mengurangkan jumlah penduduknya.
1mengenakan denda sebanyak AS$4000, cukai pendapatan
yang tinggi, tidak memberi taraf kerakyatan, menarik kemudahan pendidikan dan
kesihatan.
4. Umur Berkahwin Kaum Wanita;
Ø
wanita berpendidikan tinggi lebih lambat
berkahwin menyebabkan tempoh melahirkan anak bagi mereka adalah singkat. Ini
kerana kadar kesuburan (fertiliti) wanita akan berkurangan apabila usia
meningkat tua. Mereka juga cenderung memilih saiz keluarga kecil.
Ø
perkahwinan di awal usia 20an sering berlaku di
negara-negara mundur dan membangun seperti Bangladesh ,
Indonesia ,
Filipina dll. Manakala penduduk negara-negara yang lebih maju seperti Britain ,
Amarika Syarikat, Singapura dll. lebih cenderung berkahwinan pada usia lewat
30an.
Ø
cth. Semenanjung Malaysia : jumlah perkahwinan
pada usia 24 tahun menurun sebanyak 50% dari tahun 1931 hingga 1980 menyebabkan
kadar kelahiran juga menurun.
5.
Kestabilan Politik dan Kemampuan Ekonomi Negara;
Ø
negara yang stabil memberi ruang kepada kerajaan
merangka aspek demografi dalam jangkamasa panjang.
Ø
kemampuan ekonomi membolehkan program
pembangunan penduduk dijalankan dan rakyat mampu menjalankan dasar saiz
keluarga besar.
Ø
cth. Malaysia mampu melaksanakan Dasar
70 Juta Orang Penduduk menjelang tahun 2100 kerana kestabilan politik dan
ekonomi negara.
6.
Bencana Alam dan Perperangan;
Ø
bencana alam seperti tsunami, banjir besar,
gempa bumi, letusan gunung berapi dll. mengorbankan banyak jiwa.
Ø
peperangan-peperangan seperti Perang Dunia
Pertama, Perang Iraq ,
Perang Pasifik dll.
Ø
selain itu wabak penyakit dan kebuluran di
kawasan yang mengalami bencana alam juga mengakibatkan kematian.
Ø
cth. kejadian tsunami pada November 2004
mengakibatkan hampir 25 ribu penduduk Acheh terkorban.
7.
Faktor Migrasi;
Ø
kesan migrasi memperlihatkan pertumbuhan bersih
di sesebuah negara sama ada positif ataupun negatif.
Ø
bagi negara yang mengalami imigrasi seperti Malaysia , pertumbuhan adalah positif kerana
kemasukan ramai warga asing seperti Indonesia ,
Bangladesh
dll.
Ø
emigrasi pula mengakibatkan pertumbuhan penduduk
merosot.
Ø
cth. Pahang mengalami migrasi masuk yang tinggi
pada tahun 1970an berikutan pembukaan tanah-tanah rancangan seperti Felda
Jengka, Felda Teriang, Felda Bukit Goh dll.
8.
Kestabilan Politik dan Kemampuan Ekonomi Negara;
Ø
negara yang stabil memberi ruang kepada kerajaan
merangka aspek demografi dalam jangkamasa panjang.
Ø
kemampuan ekonomi membolehkan program
pembangunan penduduk dijalankan dan rakyat mampu menjalankan dasar saiz
keluarga besar.
Ø
cth. Malaysia mampu melaksanakan Dasar
70 Juta Orang Penduduk menjelang tahun 2100 kerana kestabilan politik dan
ekonomi negara.
Kesan Pertumbuhan
Penduduk Kepada Sosioekonomi Negara
Pertumbuhan
penduduk boleh memberi kesan sama ada positif atau negatif ke atas sesebuah negara
bergantung kepada keadaan dan situasi negara berkenaan.
1
Kesan Positif :
1.
Sebagai Sumber Tenaga :
o penduduk
merupakan aset yang amat diperlukan dalam menjana pembangunan ekonomi.
o pada
masa kini Malaysia
amat memerlukan tenaga kerja yang ramai dalam sektor perindustrian, pembinaan,
pertanian dll.
o juga
diperlukan untuk pembangunan sumber seperti mineral, tanah, hutan, perikanan
dll.
2.
Meluaskan Pasaran Domestik :
o membantu
memperluaskan saiz pasaran terutama pasaran domestik (tempatan) bagi barangan
keluaran negara berkenaan.
o cth.
China
mempunyai jumlah penduduk 1.3 bilion
merupakan kuasa pasaran yang paling besar di rantau Asia Pasifik.
Keadaan ini memungkinkannya mendominasi ekonomi rantau Asia
pada abad ke 21.
3.
Menguatkan Pertahanan Negara :
o penduduk
yang ramai dapat diserapkan ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan
negara.
o cth.
Indonesia
yang berpenduduk 250 juta orang mempunyai jumlah angkatan tentera yang terkuat
dalam kalangan negara-negara membangun di rantau ASEAN.
4.
Menggalakkan Proses Urbanisasi (Pembandaran):
o penduduk
yang pesat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kawasan pinggir.
o cth.
pertumbuhan pesat penduduk Kuala
Lumpur menggalakkan penyebaran pembangunan di pinggir
bandar tersebut ke Segambut, Hulu Klang, Kepong dan Puchong.
1
Kesan Negatif :
Pertumbuhan penduduk yang
terlalu pesat boleh mengakibatkan kesan negatif. Contoh negara-negara tersebut
ialah negara China , India , Bangladesh ,
Indonesia
dll.
Pada 1987 jumlah penduduk Indonesia
adalah 178 juta orang. Meningkat kepada 203 juta orang pada tahun 2000 dengan
kadar pertumbuhan 3 % setahun. Kepadatan penduduknya juga tinggi iaitu 106
orang / km².
Antara kesan negatif akibat pertumbuhan penduduk yang pesat ialah :
1.
Kemiskinan dan Kemunduran :
o pertumbuhan
penduduk yang tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi mengakibatkan persaingan
bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad. Keadaan ini mewujudkan masalah
pengangguran dan kemiskinan yang tinggi.
o cth.
fenomena “kemiskinan bandar” akibat pengangguran dan kemiskinan penduduk yang
tinggal di bandar-bandar besar seperti Manila dan Jakarta kesan daripada pertumbuhan penduduk
yang pesat.
o pendapatan
per kapita penduduk Indonesia
adalah rendah iaitu sekitar AS$130.00 sahaja.
2.
Menggalakkan Migrasi Golongan Muda dan Profesional :
o kemiskinan,
pengangguran dan kekurangan sumber mengakibatkan penduduk mula berhijrah ke
kawasan atau negara lain.
o kesannya
negara asal akan kekurangan tenaga kerja yang produktif untuk pembangunan
negara. Kesan ini lebih ketara jika emigrasi ini dilakukan oleh golongan
profesional dan intelektual.
3.
Tekanan Ke Atas Sumber Alam :
o pertumbuhan
penduduk yang pesat menggalakkan penerokaan sumber alam dengan lebih giat
sebagai bahan mentah industri, bahan api, kawasan petempatan dsb.
o cth.
pertumbuhan penduduk yang pesat di China mengakibatkan banyak kawasan
pertanian terpaksa dikorbankan untuk dijadikan kawasan petempatan. Diramalkan
menjelang 2045 China
akan mengalami krisis makanan dan tempat tinggal jika kadar pertumbuhan ini
berterusan.
4.
Pencemaran Alam :
o pertumbuhan
penduduk yang pesat memungkinkan impak negatif ke atas alam sekitar terutamanya
terhadap sumber air, udara dan tanah.
o pencemaran
air : kesan dari pembuangan sampah sarap (sisa domestik) dan sisa industri.
o pencemaran
udara : terhasil dari asap kenderaan dan kilang-kilang industri.
o pencemaran
tanah : akibat pembuangan sampah sarap dan sisa pertanian, bahan kimia dll.
o cth.
pencemaran Sungai Klang dan Sungai Gombak akibat pembuangan sisa industri dan sisa
domestik.
5.
Kesan Sosial :
o penduduk
yang ramai mewujudkan persaingan yang tinggi terutama dari segi pendidikan,
pentempatan, kesihatan dll.
o pendidikan
: jumlah penduduk yang terlalu ramai tidak mampu ditanggung oleh pihak kerajaan
mengakibatkan berlakunya peningkatan kadar buta huruf. Cth. Indonesia kadar buta huruf yang
tinggi iaitu 24.8% - kesan : kurangnya tenaga kerja mahir dan pakar
dalam bidang ekonomi.
o petempatan
: kesesakan dan mewujudkan masalah setinggan terutama di sekitar bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur dan Jakarta .
o kesihatan
: pertambahan sampah sarap dan persekitaran yang kotor terutama di kawasan
setinggan menyukarkan kawalan penyakit seperti denggi dan taun.
o jenayah
: pertambahan kadar kemiskinan dan pengangguran di bandar-bandar mengakibatkan
peningkatan kadar jenayah seperti ragut, samun, pelacuran dll.
TRANSFORMASI
DESA DAN PEMBANDARAN
1. Maksud Transformasi Desa.
Proses perubahan
yg berlaku kepada kwsn luar bandar. Proses ini boleh dirancang dan dilaksanakan
secara bertujuan atau blh berlaku sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini
berlaku dr bebrp aspek. Kwsn desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan
kepadatan penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh berubah
dr hanya bergantung kpd pertanian kpd
melakukan kerja-kerja bukan tani di kwsn desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg
lbh baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan awam yg lbh
selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih digemari dan migrasi ke bandar berkurangan.
2.
Petunjuk /Indikator pembangunan yang dialami
oleh sesebuah desa.
i.
Peningkatan KDNK perkapita
penduduk.
- Pendapatan penduduk meningkat.
ii. Peningkatan % tenaga kerja dalam ekonomi
moden di desa.
-
Cth sektor perindustrian dan perkhidmatan
iii. Peningkatan kemudahan asas.
-
Bekalan elektrik, telekomunikasi/perhubungan
iv. Peningkatan kuasa beli, pemilikan barangan,
dan tabungan penduduk.
- pembelian barang-barang keperluan
v. Peningkatan kualiti pendidikan.
- berpendidikan tinggi/berkemahiran
vi. Peningkatan darjah
kesampaian.
-
Mudah dihubungi melalui jalanraya, perhubungan
vii. Peningkatan kemudahan dan
perkhidmatan sosial.
-
Kemudahan hospital/ klinik/rekreasi
3.
Faktor-faktor yang mempengaruhi
pembangunan sesebuah desa/Bagaimana sesebuah desa menjadi Bandar.
i. Potensi Sumber Alam
- Sumber
mineral cth KL, Ipoh, Seremban berkembang berasaskan sumber bijih timah
- Sumber alam
sekitar fizikal cth Langkawi mempunyai pantai, pulau dan air terjun yang menarik
ii. Perkembangan ekonomi moden
- Desa
berkembang kesan perkembangan sektor ekonomi moden seperti perniagaan,
perkhidmatan, perindustrian
- Cth bandar
Raub, Bentong Kuala Lipis, Kuala Lipis di Pahang berkembang kerana perniagaan
dan perkhidmatan
iii. Tapak yang strategik
- Desa
berkembang apabila lokasi dan kedudukannya sesuai dan strategik untuk aktiviti
perdagangan, pelabuhan dan persinggahan yang membuka banyak peluang ekonomi
-Cth pelabuhan
Pulau Pinang, pelabuhan Kelang. Bandar Gemas, Grik dan Johor Baharu untuk
persinggahan
iv. Tarikan fizikal yang
menarik
- Desa mempunyai
tarikan semulajadi yang menarik seperti Port Dickson, Bandar Kuah di
Langkawi, Bandar Goh Tong di Genting
Highland
-Tarikan
fizikal menjadi faktor utma pembangunan eko pelancongan
v. Polisi kerajaan
- Memajukan
kawasan Desa yang berpotensi sebagai pusat pertumbuhan sosio ekonomi sokongan kepada bandar sedia ada
-Membangunkan
bandar-bandar baru agar wilayah yang baru dibuka terus berkembang
4. Saling kebergantungan /interaksi .
(a) Desa – Bandar (Huraian dan contoh)
i. Wujudnya
rangkaian kedai runcit di desa yang mana barangannya dibekalkan oleh pembekal
dari bandar.
ii. Wujudnya sistem dan jaringan pengangkutan antara
bandar dan desa seperti jalan raya, jalan kereta api, jalan air dan lain-lain.
iii. Wujudnya pergerakan ulang-alik penduduk desa ke
bandar yang mungkin terdiri daripada pekerja.
iv. Wujudnya
rangkaian pasar malam dan pasar tani tempat memasarkan produk desa.
Wujudnya agensi perkhidmatan kepada penduduk desa seperti
pejabat daerah, pejabat tanah, mahkamah, pejabat agama, bank, pejabat pos dan
lain-lain.
5.
Dasar dan Strategi /program pembangunan
desa di Malaysia
i.
Pembangunan In Situ
Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada
Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih baka
baik, R & D biji benih sintetik oleh MARDI,klon getah.
Penternakan– baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi tinggi
ii.
Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)
Matlamat – menyatukan pertanian dan menambah baik kemudahan prasarana
Menggalakkan pertumbuhan baru ekonomi berkaitan pertanian baru, industri
asas tani dan sektor perkhidmatan. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
iii.
Pembangunan Wilayah
Dilaksanakan
akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosioekonomi antara kawasan
dalam negara dan meningkatkan sosioekonomi penduduk di wilayah mundur. Cth:
Pertanian berkelompok atau mini estet di Mulong, Kelantan.
iv.
Perindustrian desa
Tujuan –
mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang, mempelbagaikan peluang
pekerjaan, memajukan sepenuhnya tenaga rakyat terutama di kawasan pertanian
yang kurang maju dan berpenduduk padat. Cth; industri asas tani dan kraftangan.
6. Fungsi/sumbangan bandar kecil
kepada pembangunan sosioekonomi desa sekitar.
i.
Fungsi pentadbiran – pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka
ii.
Fungsi Perniagaan – rangkaian kedai runcit, Pasar Raya Sinaran Kota
iii.
Fungsi Kewangan – ada pelbagai jenis bank seperti BSN, Maybank dll
iv. Fungsi Industri – industri elektronik,
memproses getah, minyak sawit serta
IKS
v. Menyediakan kemudahan asas
7.
Pembandaran kawasan desa
i. Pembandaran desa bertujuan untuk membandarkan kawasan-kawasan desa.
ii. Yakni memodenkan dari aspek fasiliti dan
kemudahan-kemudahan asas.
iii. Bertujuan
untuk menyuntik ekonomi setempat dan mengembangkan sosio-ekonominya.
iv. Kesannya aktiviti pemprosesan dan perkilangan
dikembangkan
8.
Perancangan desa sebagai pusat pertumbuhan.
i. Penduduk
juga mampu menjalani kehidupan
bandar tanpa perlu ke bandar.
ii. Contoh,pelbagai kemudahan kesihatan, jalan raya,
pendidikan dan elektrik.
iii. Contoh, kawasan seperti Segi Tiga Jengka,
Kelantan Selatan, Pahang Tenggara dan
Terengganu Tengah.
iv.Selain aspek
infrastuktur, saiz dan fungsi
desa juga diambil kira.
v. Petempatan tertentu dirancang agar menjadi pusat pertumbuhan
wilayah yang lebih luas dan petempatan
kecil lain.
vi.Ia berfungsi sebagai “MULTI-FUNGSI” kepada
kawasan sekitar.
9. Pengertian Bandar dan Pembandaran:
a. Konsep :
Bandar :
petempatan yang mempunyai saiz
yang lebih besar, dan kepadatan penduduk yang lebih tinggi drpd luar bandar,
pola pekerjaan bukan
bercorak pertanian, mempunyai jaringan perhubungan yang
padat dan
sibuk, deretan bangunan yang tinggi.
Pembandaran:
proses perkembangan sesebuah pekan menjadi bandar dari segi
keluasan, jumlah penduduk, prasarana, pendapatan
pengurusan dan budaya penduduk
10. Mengenal Pasti Jenis Bandar Berdasarkan Jumlah
Penduduk:
i. Bandar kecil
Mempunyai
penduduk antara 2,500 – 25,000
ii. Bandar satelit
Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak
jauh dari bandar induk dan berada di bawah lingkungan pengaruh bandar induk.
Cth Petaling Jaya kpd K. Lumpur.
iii. Bandar Raya/metripolitan
Penduduk melebihi daripada satu juta
orang
v. Megalopolis
Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis dan
mempunyai penduduk melebihi 10 juta org.
11. Maksud proses urbanisasi/pembandaran.
“Satu proses
perubahan masyarakat, stuktur ekonomi & fizikal dalam
satu kawasan asalnya
bersifat desa kepada bandar”.
Proses
pembandaran mampu dikenal
pasti:
- Pertumbuhan/perkembangan bandar-pertambahan jumlah penduduk.
- Migrasi desa-bandar.
- Perluasan dan perkembangan guna tanah bandar.
- Kemudahan-kemudahan sosial dan kemudahan infrastuktur.
12.
Tahap perkembangan pembandaran di Malaysia.
a. Selepasmerdeka, trend pembandaran dinegara Malaysia semakin meningkat dan ini
dapat dilihat melalui pertambahan bandar
Tahun
|
JumlahPenduduk
|
% PendudukBandar
|
BilanganBandar
|
1970
|
8 810 000
|
28.7
|
49
|
1980
|
13 136 109
|
34.2
|
67
|
1991
|
17 563 420
|
50.7
|
129
|
2000
|
22 202 614
|
61.8
|
138
|
c. Contoh tumpuan utama
pembandaran dipantai baratS ’jungM’sia:
LembahKlang-PulauPinang -Johor
Bahru–Seremban-LembahKinta
d. Contoh tumpuan utama pembandaran dipantait
imur S’jung M’sia:
Kota Bharu–Kuantan–Kuala Terengganu
e. Contoh tumpuan utama pembandaran diSabah
& S’wak:
Lebihtertumpudiibunegeridanbandar-bandarutama
13.
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Bandar.
Terdapat
beberapa faktor mempengaruhi perkembangan bandar iaitu :
· Kemajuan
industri perkilangan
· Tumpuan
kerja sektor perkhidmatan
· Pemusatan
fungsi sosial
· Pertambahan
penduduk bandar secara semula jadi
· Kemajuan
teknologi pengangkutan
14.
Maksud Bandar primat.
Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di
Thailand dan
Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat
berganda-ganda besarnya (5
kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau
tidak dpt
ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini
menyebabkan
berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran,
kemudahan
sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses
pembandaran serta
migrasi bandar secara memusat ke bandar utama.
Kuliah : Tarikh:
15.
Kesan-kesan
akibat kewujudan bandar primat
kesan terhadap persekitaran manusia
dan fizikal .
|
1. Masalah pencemaran persekitaran seperti
pencemaran air,udara dan daratan akibat pembuangan sisa-sisa domestik, sisa
kilang dan kenderaan. Konurbasi akan melibatkan pertambahan penduduk,
pertambahan kilang dan sumber kenderaan. Justeru itu pelbagai bahan pencemar dilepaskan
khususnya ke atas sumber-sumber air dan udara. Sungai dan tasik tercemar,
udara diselaputi gas-gas seperti karbon monoksida, sulfur, hidrokarbon dan
partikel-partikel terampai yang lain.
2. Masalah tanah . Saiz tanah menjadi semakin
sempit, nilai hartanah menjadi semakin mahal akibat persaingan pelbagai guna
tanah di pinggir bandar untuk kediaman, industri, ruang niaga dan sebagainya.
Golongan berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah. Ini mendorong
kepada kewujudan petempatan-petempatan setinggan khususnya di kawasan
pinggir-pinggir bandar.
3. Masalah kesesakan. Penduduk bandar bertumpu
untuk tinggal di pinggir-pinggir bandar tetapi masih bekerja di pusat bandar.
Masalah kesesakan berlaku di jalan-jalan
masuk ke pusat bandar pada waktu pagi (pergi kerja) dan juga petang (pulang
dari kerja). Di Kuala Lumpur jalan-jalan menuju ke pusat bandar biasanya
adalah sesak pada waktu-waktu tersebut seperti di Jalan Kucing, Tol Sungai
Besi, Jalan Ampang, Jalan Cheras dan lain-lain lagi.
4. Masalah sosial. Seperti peningkatan
kadar jenayah serta merebaknya pelbagai jenis penyakit. Pertambahan penduduk,
persaingan pekerjaan dan pengganguran boleh mempercepatkan kadar jenayah
seperti merompak dan menyamun. Di kawasan setinggan pula pelbagai penyakit
berjangkit seperti denggi dan taun cepat merebak kerana persekitaran yang
kotor dan tidak terurus.
|
16.
Maksud Sub bandar, rebakan bandar, dan
konurbasi bandar.
1. Subbandar
|
Merujuk kpd
kws pinggir bandar yg menjadi penyokong kpd pusat bandar. Terdiri dari
bandar-bandar baru pinggir bandar. Cth, Cheras, Gombak, Selayang, Ampang
subbandar kpd K. Lumpur.
|
2. Rebakan
Bandar
|
Satu proses perluasan
saiz dan pengaruh bandar dr kws pusat bdr ke pinggir bdr. Dikaitkan juga dgn
istilah limpahan pembandaran.
|
3.Kornubasi
bandar:
|
Proses
penggabungan beberapa buah bandar berdekatan dalam sesuatu kawasan atau
wilayah perbandaran yang besar seperti bandar Shah Alam Bercantum dgn
Petaling Jaya.
|
17.
Faktor-faktor yang mempengaruhi proses konurbasi.
Terdapat
beberapa sebab fenomena konurbasi bandar berlaku di Asia Tenggara. Fenomena
tersebut melibatkan bandaraya utama (ibu negara) dengan bandar sekitar yang
berdekatan dengannya. Antara sebabnya ialah:
|
1. Faktor keletakan bandar yang berhampiran
antara satu sama lain. Jarak
antara bandar yang dekat ini akan mempercepatkan penggabungan sempadan
apabila berlakunya rebakan di bandar-bandar yang berhampiran itu. Misalnya
Petaling Jaya adalah jiran kepada Kuala Lumpur manakala Shah Alam pula adalah
jiran kepada Petaling Jaya. Apabila bandar-bandar ini berkembang maka tidak
hairanlah jika ia mudah bercantum kerana jaraknya yang begitu dekat dan
mungkin hanya disempadani dengan jalan raya atau lebuh raya sahaja.
2. Kewujudan sistem pengangkutan
seperti lebuh raya, jalan raya, jalan keretapi dan lain-lain menghubungkan
antara bandar-bandar tersebut yang akan memudahkan/memangkinkan lagi proses
rebakan dan limpahan pembandaran. Rangkaian pengangkutan yang baik jelas
sekali memainkan peranan utama mempercepatkan penggabungan kerana ia
menghubungkan pusat-pusat bandar berkenaan dengan cepat dan pantas.
Ketersampaian menjadi lebih mudah dan dekat. Pada lazimnya ke arah mana
sistem pengangkutan berkembang maka petempatan dan zon-zon guna tanah yang
lain juga turut berkembang selari dengan arah perkembangan jalan pengangkutan
tersebut. Dengan itu zon-zon pinggir bandar/sempadan semakin cepat bergabung.
3. Pembangunan perindustrian yang
pesat di zon-zon pinggir bandar/sub bandar yang menyebabkan proses
pembandaran yang cepat pula dialami oleh zon berkenaan sehingga ia boleh
bercantum dengan pinggir bandar yang lain. Zon-zon industri biasanya
diletakkan di pinggir bandar. Apabila masing-masing bandar melokasikan
kawasan industrinya di pinggiran maka mudahlah kawasan pinggiran tersebut
berkembang dan bercantum.
4. Pertumbuhan penduduk bandar
yang pesat sehingga ruang bandar padat dan tepubina. Justeru kawasan-kawasan
kediaman berkembang dengan cepat di pinggir-pinggir bandar yang akan diikuti pula oleh
perkembangan kemudahan pembandaran/tumbuhnya sub-sub bandar. Di Selangor
misalnya kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur seperti di Sri Kembangan,
Ampang, Cheras begitu pantas berkembang dengan kawasan perumahan sehingga ia
menjadi sub-sub bandar yang bergabung dan mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur
itu sendiri.
5. Dasar kerajaan seperti untuk
mengurangkan kepadatan dan kesesakan di bandar-bandar utama,
memajukan/menyebarkan pembangunan ke pinggir bandar, mewujudkan bandar-bandar
satelit, bandar-bandar baru yang kelak akan berkembang dan bercantum dengan
sempadan bandar lain. Bandar-bandar baru diwujudkan dengan pelbagai sebab.
Selain untuk mengurangkan kesesakan penduduk di bandar utama ia juga
disediakan sebagai bandar industri, bandar pentadbiran,bandar pendidikan dan
lain-lain lagi. Misalnya Petaling Jaya dan Shah Alam sebagai bandar Industri
dan petempatan manakala Putra Jaya sebagai bandar pentadbiran. Zon-zon
pinggiran bandar-bandar ini kelak akan berkembang seterusnya boleh bergabung
dengan bandar induknya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan