19 Jun, 2014

PENGGAL 1 : ALAM SEKITAR MANUSIA

PERTUMBUHAN PENDUDUK

Ø  Konsep :
o      Pertumbuhan penduduk biasanya merujuk kepada satu angka perubahan bilangan penduduk sesebuah negara / tempat pada satu-satu tahun tertentu.
o      Perubahan ini sama ada pesat, perlahan, statik ataupun berkurangan.
Ø  Pertumbuhan penduduk diperolehi dengan mengambil kira tiga perkara;
a.             Kadar Kelahiran Penduduk
b.            Kadar Kematian Penduduk
c.             Migrasi
Ø  Pertumbuhan penduduk boleh dibahagikan kepada 2 jenis :
1.            Pertumbuhan Semulajadi @ Pertumbuhan Penduduk Kasar (Kadar Kelahiran ditolak dengan Kadar Kematian).
2.            Pertumbuhan Bersih @ Pertumbuhan Penduduk (Pertumbuhan Semulajadi ditambah dengan Migrasi Bersih).
Ø  Secara umumnya Negara-negara Membangun mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi. Contohnya, India 2.4 % setahun, Brazil 3.0 %, Thailand 3.1 % dan Malaysia 2.5 %. Manakala Negara-negara Maju seperti di Eropah mencatatkan kadar pertumbuhan yang agak rendah iaitu hanya 0.8 % setahun.
Ø  Pertumbuhan penduduk diukur dalam unit peratus @ per 1000 orang.
Contohnya,
Kadar pertumbuhan Malaysia pada tahun 1990 adalah 2.5 %.
Per 1000 = 25 orang / 1000 (pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000 orang penduduk)


Ø 
Peratus Kadar Kelahiran – Peratus Kadar Kematian
 
Pertumbuhan Semulajadi dikira dengan menggunakan formula berikut:


Ø 
Kadar Pertumbuhan Semulajadi + Kadar Migrasi Bersih
 
Pertumbuhan Penduduk pula dikira dengan menggunakan formula berikut:




Ø  Contoh;
Jumlah Penduduk Malaysia (1990)           =          17 812 000 orang
Bilangan Kelahiran                                   =               534 360 orang
Bilangan Kematian                                   =                 89 060 orang

Ø  Cara Pengiraan;

Langkah 1
                    i.           
x   1000
 
Kadar Kelahiran Kasar     =          Bilangan Kelahiran
Jumlah Penduduk
x   1000
 
                                                            =              534 360
                                                                          17 812 000
                                                           
                  ii.           
x   1000
 
Kadar Kematian Kasar     =          Bilangan Kematian
Jumlah Penduduk
=          5 orang / 1000
 
x   1000
 
                                                            =                89 060
=          30 orang / 1000
 
                                                                          17 812 000
Langkah 2

                iii.           
x   100
 
Peratus Kadar Kelahiran   =             Kadar Kelahiran
        1000
=          3 %
 
x   100
 
                                                            =              30
                                                                          1000
                       
                iv.           
x   100
 
Peratus Kadar Kematian   =            Kadar Kematian
        1000
=          0.5 %
 
x   100
 
                                                            =               5
                                                                          1000
                                                           
Langkah 3

Ø  Peratus Pertumbuhan Penduduk Semulajadi
=          peratus kadar kelahiran  -  peratus kadar kematian
=          3  %  -  0.5  %
=          2.5 %

o   Oleh itu Kadar Pertumbuhan Semulajadi Malaysia pada tahun 1990 ialah 2.5 %.


Formula menghitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk :

r = 1/n Log e (Pn / Po) x 100

r : kadar pertumbuhan tahunan
n : bilangan tahun
Pn : penduduk tahun semasa
Po : penduduk tahun asas

Contoh:

1990 : bilangan penduduk  16 j
2000 : bilangan penduduk  24 j
N   =    2000 – 1990    =   10

r     =    1/10 Log e (24/16) x 100
      =    0.1 Log e (1.5) x 100
              Log e 1.5 = 0.4
       =   0.1 x 0.4 x 100
r     =    4%










Ø  Kadar Kelahiran
  • Konsep :
Jumlah kelahiran bayi berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang.
  • Faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran :
Peranan kerajaan, amalan perancangan keluarga, taraf kesihatan, status kerjaya dan umur berkahwin kaum wanita, taraf hidup dan sosioekonomi penduduk, faktor hayat, kemampuan ekonomi negara dll.
Ø  Kadar Kematian
  • Konsep :
Jumlah kematian berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang.
  • Faktor yang mempengaruhi kadar kematian :
Peperangan dan politik yang tidak stabil, bencana alam, penyakit, kebuluran, kemunduran ekonomi, kekurangan kemudahan kesihatan dan kemudahan asas dll.

Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk

1.      Taraf Kesihatan;
Ø  prasarana kesihatan yang baik seperti hospital dan klinik yang mencukupi serta sistem perubatan yang cekap dapat membantu mengurangkan kadar kematian.
Ø  amalan pemakanan dan cara hidup yang sihat serta kaedah penyelidikan perubatan juga dapat meningkatkan taraf kesihatan penduduk.
Ø  cth. penemuan ubatan kuining pada tahun 1970an telah berjaya menyelamatkan berjuta-juta penduduk Asia dari penyakit malaria.
2.      Amalan Perancang Keluarga;
Ø  suatu kaedah atau teknik moden atau tradisional bagi mencegah, mengurang atau menjarakkan kelahiran.
Ø  melalui kempen mengurang atau mencegah kelahiran, kaedah-kaedah seperti penggunaan pil perancang keluarga, kondom, teknik AUD.
Ø  cth. pada 1979, seramai 900 ribu wanita di dunia mengamalkan perancangan keluarga untuk mengurangkan saiz keluarga dan masalah kesihatan.


3.      Peranan / Dasar Kerajaan;
Ø  dasar atau polisi kerajaan boleh mempengaruhi pertambahan atau pengurangan penduduk melalui langkah menggalak atau menyekat kelahiran.
Ä Malaysia : Dasar 70 Juta Orang Penduduk.
1 untuk menambah jumlah penduduknya
1 langkah menggalakkan pertambahan kelahiran termasuklah memperkenalkan rebat cukai pendapatan, menambah cuti bersalin dan meningkatkan kemudahan rawatan.
Ä China : Dasar Satu Keluarga Satu Anak
1untuk mengurangkan jumlah penduduknya.
1mengenakan denda sebanyak AS$4000, cukai pendapatan yang tinggi, tidak memberi taraf kerakyatan, menarik kemudahan pendidikan dan kesihatan.
4.      Umur Berkahwin Kaum Wanita;
Ø  wanita berpendidikan tinggi lebih lambat berkahwin menyebabkan tempoh melahirkan anak bagi mereka adalah singkat. Ini kerana kadar kesuburan (fertiliti) wanita akan berkurangan apabila usia meningkat tua. Mereka juga cenderung memilih saiz keluarga kecil.
Ø  perkahwinan di awal usia 20an sering berlaku di negara-negara mundur dan membangun seperti Bangladesh, Indonesia, Filipina dll. Manakala penduduk negara-negara yang lebih maju seperti Britain, Amarika Syarikat, Singapura dll. lebih cenderung berkahwinan pada usia lewat 30an.
Ø  cth. Semenanjung Malaysia : jumlah perkahwinan pada usia 24 tahun menurun sebanyak 50% dari tahun 1931 hingga 1980 menyebabkan kadar kelahiran juga menurun.
5.      Kestabilan Politik dan Kemampuan Ekonomi Negara;
Ø  negara yang stabil memberi ruang kepada kerajaan merangka aspek demografi dalam jangkamasa panjang.
Ø  kemampuan ekonomi membolehkan program pembangunan penduduk dijalankan dan rakyat mampu menjalankan dasar saiz keluarga besar.
Ø  cth. Malaysia mampu melaksanakan Dasar 70 Juta Orang Penduduk menjelang tahun 2100 kerana kestabilan politik dan ekonomi negara.
6.      Bencana Alam dan Perperangan;
Ø  bencana alam seperti tsunami, banjir besar, gempa bumi, letusan gunung berapi dll. mengorbankan banyak jiwa.
Ø  peperangan-peperangan seperti Perang Dunia Pertama, Perang Iraq, Perang Pasifik dll.
Ø  selain itu wabak penyakit dan kebuluran di kawasan yang mengalami bencana alam juga mengakibatkan kematian.
Ø  cth. kejadian tsunami pada November 2004 mengakibatkan hampir 25 ribu penduduk Acheh terkorban.
7.      Faktor Migrasi;
Ø  kesan migrasi memperlihatkan pertumbuhan bersih di sesebuah negara sama ada positif ataupun negatif.
Ø  bagi negara yang mengalami imigrasi seperti Malaysia, pertumbuhan adalah positif kerana kemasukan ramai warga asing seperti Indonesia, Bangladesh dll.
Ø  emigrasi pula mengakibatkan pertumbuhan penduduk merosot.
Ø  cth. Pahang mengalami migrasi masuk yang tinggi pada tahun 1970an berikutan pembukaan tanah-tanah rancangan seperti Felda Jengka, Felda Teriang, Felda Bukit Goh dll.
8.      Kestabilan Politik dan Kemampuan Ekonomi Negara;
Ø  negara yang stabil memberi ruang kepada kerajaan merangka aspek demografi dalam jangkamasa panjang.
Ø  kemampuan ekonomi membolehkan program pembangunan penduduk dijalankan dan rakyat mampu menjalankan dasar saiz keluarga besar.
Ø  cth. Malaysia mampu melaksanakan Dasar 70 Juta Orang Penduduk menjelang tahun 2100 kerana kestabilan politik dan ekonomi negara.


Kesan Pertumbuhan Penduduk Kepada Sosioekonomi Negara

Pertumbuhan penduduk boleh memberi kesan sama ada positif atau negatif ke atas sesebuah negara bergantung kepada keadaan dan situasi negara berkenaan.
1 Kesan Positif :
1.      Sebagai Sumber Tenaga :
o  penduduk merupakan aset yang amat diperlukan dalam menjana pembangunan ekonomi.
o  pada masa kini Malaysia amat memerlukan tenaga kerja yang ramai dalam sektor perindustrian, pembinaan, pertanian dll.
o  juga diperlukan untuk pembangunan sumber seperti mineral, tanah, hutan, perikanan dll.
2.      Meluaskan Pasaran Domestik :
o  membantu memperluaskan saiz pasaran terutama pasaran domestik (tempatan) bagi barangan keluaran negara berkenaan.
o  cth. China mempunyai jumlah penduduk 1.3 bilion  merupakan kuasa pasaran yang paling besar di rantau Asia Pasifik. Keadaan ini memungkinkannya mendominasi ekonomi rantau Asia pada abad ke 21.
3.      Menguatkan Pertahanan Negara :
o  penduduk yang ramai dapat diserapkan ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan negara.
o  cth. Indonesia yang berpenduduk 250 juta orang mempunyai jumlah angkatan tentera yang terkuat dalam kalangan negara-negara membangun di rantau ASEAN.
4.      Menggalakkan Proses Urbanisasi (Pembandaran):
o  penduduk yang pesat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kawasan pinggir.
o  cth. pertumbuhan pesat penduduk Kuala Lumpur menggalakkan penyebaran pembangunan di pinggir bandar tersebut ke Segambut, Hulu Klang, Kepong dan Puchong.

1 Kesan Negatif :
      Pertumbuhan penduduk yang terlalu pesat boleh mengakibatkan kesan negatif. Contoh negara-negara tersebut ialah negara China, India, Bangladesh, Indonesia dll.
      Pada 1987 jumlah penduduk Indonesia adalah 178 juta orang. Meningkat kepada 203 juta orang pada tahun 2000 dengan kadar pertumbuhan 3 % setahun. Kepadatan penduduknya juga tinggi iaitu 106 orang / km².
Antara kesan negatif akibat pertumbuhan penduduk yang pesat ialah :
1.      Kemiskinan dan Kemunduran :
o  pertumbuhan penduduk yang tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi mengakibatkan persaingan bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad. Keadaan ini mewujudkan masalah pengangguran dan kemiskinan yang tinggi.
o  cth. fenomena “kemiskinan bandar” akibat pengangguran dan kemiskinan penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Manila dan Jakarta kesan daripada pertumbuhan penduduk yang pesat.
o  pendapatan per kapita penduduk Indonesia adalah rendah iaitu sekitar AS$130.00 sahaja.
2.      Menggalakkan Migrasi Golongan Muda dan Profesional :
o  kemiskinan, pengangguran dan kekurangan sumber mengakibatkan penduduk mula berhijrah ke kawasan atau negara lain.
o  kesannya negara asal akan kekurangan tenaga kerja yang produktif untuk pembangunan negara. Kesan ini lebih ketara jika emigrasi ini dilakukan oleh golongan profesional dan intelektual.
3.      Tekanan Ke Atas Sumber Alam :
o  pertumbuhan penduduk yang pesat menggalakkan penerokaan sumber alam dengan lebih giat sebagai bahan mentah industri, bahan api, kawasan petempatan dsb.
o  cth. pertumbuhan penduduk yang pesat di China mengakibatkan banyak kawasan pertanian terpaksa dikorbankan untuk dijadikan kawasan petempatan. Diramalkan menjelang 2045 China akan mengalami krisis makanan dan tempat tinggal jika kadar pertumbuhan ini berterusan.
4.      Pencemaran Alam :
o  pertumbuhan penduduk yang pesat memungkinkan impak negatif ke atas alam sekitar terutamanya terhadap sumber air, udara dan tanah.
o  pencemaran air : kesan dari pembuangan sampah sarap (sisa domestik) dan sisa industri.
o  pencemaran udara : terhasil dari asap kenderaan dan kilang-kilang industri.
o  pencemaran tanah : akibat pembuangan sampah sarap dan sisa pertanian, bahan kimia dll.
o  cth. pencemaran Sungai Klang dan Sungai Gombak akibat pembuangan sisa industri dan sisa domestik.
5.      Kesan Sosial :
o  penduduk yang ramai mewujudkan persaingan yang tinggi terutama dari segi pendidikan, pentempatan, kesihatan dll.
o  pendidikan : jumlah penduduk yang terlalu ramai tidak mampu ditanggung oleh pihak kerajaan mengakibatkan berlakunya peningkatan kadar buta huruf. Cth. Indonesia kadar buta huruf yang tinggi iaitu 24.8% - kesan : kurangnya tenaga kerja mahir dan pakar dalam bidang ekonomi.
o  petempatan : kesesakan dan mewujudkan masalah setinggan terutama di sekitar bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Jakarta.
o  kesihatan : pertambahan sampah sarap dan persekitaran yang kotor terutama di kawasan setinggan menyukarkan kawalan penyakit seperti denggi dan taun.

o  jenayah : pertambahan kadar kemiskinan dan pengangguran di bandar-bandar mengakibatkan peningkatan kadar jenayah seperti ragut, samun, pelacuran dll.

4 ulasan:

  1. Hai, nota ini sampai sub tajuk kesan penduduk ke? Minta untuk dijadikan nota ye.. Terima kasih, nota ini memudahkan saya.

    BalasPadam
  2. minta nota ni ya..
    semoga diiklaskan terimah ksi semoga allah membalas kebaikan kamu

    BalasPadam