Jawapan Tema 6 Saling
Kebergantungan Sistem
Soalan 1
(a)
Interaksi antara
sistem ialah saling kebergantungan antara satu sistem dengan satu sistem yang lain. Interaksi ini boleh mengganggu
dan mengubah alam sekitar fizikal
dan alam sekitar manusia. Gangguan tersebut akan mendatangkan kesan baik dan kesan buruk. (5m)
(b) Dua contoh interaksi antara sistem ialah:
§ Antara sistem hidrologi dengan sistem
geomorfologi:
Melibatkan proses gondolan yang
merangkumi proses luluhawa, proses pergerakan
jisim dan proses hakisan.
§ Antara sistem geomorfologi dengan sistem atmosfera:
Lihat pada beberapa kesan akibat kejadian
letusan gunung berapi. (8m)
(c) Kesan interaksi antara sistem:
§ Kejadian
hujan asid
§ Kenaikan
suhu secara global
§ Kejadian
musim sejuk tersejuk
§ Kejadian
hakisan tanah
§ Kejadian
tanah runtuh
Kejadian banjir musiman
Soalan 2
(a)
Empat contoh berlakunya interaksi antara sistem
hidrologi dengan sistem geomorfologi:
§ Luluhawa
pengoksidaan
§ Kejadian
aliran lumpur
§ Kejadian
banjir
§ Kejadian
kesotan (4m)
(b) Bagaimana
interaksi tersebut berlaku:
§
Proses pengoksidaan amat berkesan di
kawasan tropika dan menghasilkan pembentukan tanih laterit yang subur. Air
hujan yang mengandungi H2O akan menyebabkan berlaku tindak balas
pengoksidaan di mana mineral besi dalam tanah di kawasan tersebut akan
dioksidakan menjadi besi oksida.
§
Tanah runtuh di cerun lebuh raya dan
cerun bukit yang dibina petempatan kerap kali berlaku di Malaysia .
Kejadian tanah runtuh biasanya berlaku di kawasan cerun yang mengalami kekurangan
litupan tumbuh-tumbuhan dan akibat hujan lebat, sama ada semasa hujan lebat
ataupun selepas hujan lebat.
§
Kejadian
aliran lumpur berlaku apabila air hujan yang turun dengan banyaknya
bercampur dengan tanah yang terdapat di cerun bukit tanpa litupan tumbuh-tumbuhan
dialirkan menuruni cerun dengan laju dan deras serta mampu memusnahkan apa
sahaja yang ditemui dan dilaluinya.
Proses
kesotan tanih pula melibatkan cerun landai yang telah tepu dengan
air hujan. Oleh kerana cerunnya yang landai, gerakannya agak perlahan dan
berlaku dalam jangka masa yang lama. Lama kelamaan baru boleh dilihat
§
dengan mata kasar apabila terdapat tiang dan
pokok yang condong di cerun-cerun bukit yang landai. (12m)
(c)
Empat kesan interaksi antara sistem hidrologi dengan sistem geomorfologi
terhadap alam sekitar:
§
Kesuburan
tanih meningkat
§
Kemusnahan
harta benda dan nyawa manusia
§
Kemusnahan
kemudahan asas dan awam
§
Sistem
pengangkutan terputus (9m)
Soalan 3
(a)
Sistem-sistem yang terganggu akibat
kebakaran hutan dan contohnya:
§ Sistem atmosfera - kejadian jerebu
§ Sistem geomorfologi - peningkatan kadar
hakisan tanah.
§ Sistem hidrologi - kejadian banjir. (6m)
(b)
Tiga contoh gangguan tersebut berlaku
ialah:
§ Kejadian jerebu – ruang atmosfera dipenuhi
partikal halus (debu) dan asap daripada kebakaran hutan menghalang penglihatan
manusia dan pelepasan haba ke angkasa serta haba matahari ke bumi. Akibatnya, suhu
meningkat dan udara kering serta
tercemar.
§ Peningkatan kadar hakisan tanah – permukaan
tanah akan dihakis oleh air mengalir kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan
disebabkan oleh kebakaran hutan. Akar-akar pokok tidak lagi dapat memegang
tanah dan menghalangnya daripada terhakis.
§ Kejadian banjir – tanah yang dihakis akan
mengalir bersama air hujan ke alur sungai. Alur sungai akan dipenuhi tanah dan
semakin cetek. Kesannya, air akan melimpah keluar tebing kerana tidak dapat
lagi mengalir di alur yang telah penuh dengan tanah tadi. Limpahan air ini akan
mengakibatkan terbentuknya kejadian banjir. (7m)
(c)
Tiga kesan gangguan terhadap alam sekitar:
§
Gangguan
kepada sistem pengangkutan dan perhubungan. Keadaan ini mengganggu
kegiatan harian manusia. Penduduk sukar untuk bergerak dari satu tempat ke
tempat yang dikehendakinya, misalnya untuk ke tempat kerja, sekolah dan membeli
belah.
§
Menjejaskan
kegiatan ekonomi negara di mana semua
sektor ekonomi terpaksa ditutup buat sementara waktu, misalnya sektor perkilangan dan pembinaan. Keadaan ini
akan menjejaskan dan mengurangkan produktiviti pengeluar. Keadaan bertambah
teruk jika pihak kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan berlakunya
kejadian jerebu.
§
Masalah
dari segi kesihatan kepada
penduduk. Golongan yang berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan ialah
kanak-kanak dan warga emas. Antara penyakit yang kerap kali meningkat pada masa
ini ialah lelah, sesak nafas, radang
paru-paru dan sakit mata yang berair.
(6m)
(d) Tiga langkah mengurangkan gangguan:
§ Kuat
kuasa undang-undang
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dipinda dan diwartakan
pada
1 Julai 1998 ekoran daripada
masalah jerebu yang berpunca daripada masalah kebakaran
hutan.
§ Kerjasama
sesama negara jiran
Kejadian jerebu
di Malaysia ,
kesan daripada kebakaran hutan di Kalimatan dan Sumatera. Pasukan bomba dari Malaysia telah dihantar ke sana untuk memadam api atas semangat setiakawan
dan hidup berjiran.
§
Kempen kesedaran dan pendidikan
Peranan ini
boleh dimainkan oleh pihak media massa
seperti televisyen, radio, dan akhbar. Media massa boleh merayu, menyeru, dan mendidik
masyarakat supaya bersikap tanggung
jawab demi memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terus tercemar. (6m)
Soalan 4
(a) Banjir
ialah satu kejadian di mana permukaan bumi dipenuhi air dalam jangka masa tertentu akibat daripada kejadian hujan
lebat yang berpanjangan dan limpahan
air sungai. Keadaan tanih di sekitar kawasan tersebut pula telah tepu dengan air. (5m)
(b)
Punca berlakunya berlakunya banjir:
§
Jumlah
hujan yang lebat dan berpanjangan
§
Kekurangan
kawasan tadahan air akibat kemusnahan hutan
§
Alur
sungai cetek
§
Tanih
yang tepu dengan air (4m)
(c)
Empat kesan berlakunya banjir
terhadap alam sekitar:
§ Kemusnahan
harta benda
§ Kehilangan
nyawa
§ Sistem
perhubungan dan pengangkutan terjejas
§ Kemusnahan
kawasan pertanian (8m)
(d) Empat langkah bagi mengurangkan risiko akibat banjir:
§
Mewartakan
taman negara dan hutan simpan
§
Mengorek
dan mendalamkan sungai
§
Penyenggaraan
sistem perparitan dan saliran
§
Perangkap
sampah dipasang di hujung saluran longkang (8m)
Soalan 5
(a)
Maksud
konsep pemeliharaan dan pemuliharaan:
§ Pemeliharaan
bermaksud usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk melindungi alam
sekitar yang sedia ada daripada musnah supaya dapat diwarisi oleh generasi akan
datang.
§ Pemuliharaan
bermaksud usaha memulihkan alam sekitar
yang telah diterokai dan dicemari daripada terus musnah dan lenyap begitu
sahaja tanpa boleh diwarisi oleh generasi akan datang. (6m)
(b) Tiga contoh bagi setiap konsep:
§ Contoh pemeliharaan:
- Mewartakan
taman negara
- Mewartakan
hutan simpan
- Akta
Perhutanan
§ Contoh pemuliharaan
- Projek ladang hutan
- Penebangan terpilih
- Penanaman semula (6m)
(c) Langkah perundangan dan bukan perundangan
bagi mengurangkan masalah alam sekitar
§ Langkah perundangan:
- Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974)
- Akta Jalan, Parit, dan Bangunan (1974)
- Akta Kerajaan
Tempatan (1976)
§ Langkah
bukan perundangan:
- Kempen oleh badan kerajaan (NGO)
- Kaedah
kejuruteraan
- Usaha
komuniti masyarakat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan