PEPERIKSAAN PERCUBAAN
GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
2017
1.a) Apakah yang
dimaksudkan dengan imbangan bahangan?
[ 3 ]
( Jumlah bahang matahari yang
masuk ke permukaan bumi )adalah ( sama ) dengan ( jumlah bahangan
yang dibebaskan oleh permukaan bumi ke atmosfera ).
b)Jelaskan dua
cara bumi membebaskan bahangan ke atmosfera. [ 4 ]
b1 Bahang bumi dibebaskan melalui proses sejatan
air - air yang menyerap bahang matahari menjadi panas. Molekul air
menjadi ringan dan bergetar seterusnya terbebas ke atmosfera sebagai wap. Wap
air yang naik membawa haba yang terdapat dalam air ke atmosfera yang dikenali sebagai haba
pendam.
b2
Pembebasan bahang bumi melalui proses bahangan - Semua benda yang menyerap
bahangan matahari di permukaan bumi akan mengeluarkan semula/membahang semula
haba yang diserap ke ruang atomsfera bumi.
Contoh permukaan bumi yang membahang atau membebaskan semula haba yang
diterimanya seperti permukaan batuan, jalan raya, bangunan dan sebagainya.
b3
Pembebasan bahang bumi melalui proses perolakan - Dalam proses perolakan udara yang
panas di permukaan bumi menjadi ringan dan naik ke atmosfera secara perolakan.
Udara sejuk yang lebih tumpat akan menggantikan tempat udara panas. Proses
perolakan udara memindahkan haba bumi ke ruang
atmosfera.
B4.
Pembebasan haba bumi melalui proses pengaliran - Molekul udara yang panas di
permukaan bumi menyebabkan molekul udara yang berhampiran/di atasnya dengannya
menjadi aktif dan panas.
2 x 2 = 4 markah
c) Huraikan dua faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan bahangan. [
4 ]
c1 Penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon
menyebabkan lebih banyak bahangan matahari masuk ke permukaan bumi. Lapisan
ozon berperanan menapis dan menyerap sinar ultra unggu matahari.
c2
Litupan awan. Litupan awan yang
tebal menyebabkan sedikit sedikit bahangan matahari yang masuk disebabkan
proses pantulan yang dilakukan oleh awan.
c3
Albedo bumi. Permukaan bumi yang
gelap menyerap lebih banyak bahang matahari. Permukaan bumi yang cerah akan
memantulkan banyak bahangan matahari. Contohnya permukaan salji menyebabkan
bahang yang diterima adalah rendah.
c4
Jerebu. Kejadian jerebu tebal
mengurangkan kemasukan bahangan ke permukaan bumi.
c5
Aktiviti pengangkutan
c6 Pembalakan
c7
Perindustrian
c8
Pertanian
2
x 2 = 4 markah
d. Jelaskan dua kesan peningkatan bahangan
terhadap alam sekitar fizikal . [ 4 ]
d1 Sistem geomorfologi. Peningkatan proses
luluhawa , Pencairan ais / peningkatan aras laut dan hakisan pantai dan hakisan
angin.
d2 Sistem atmosfera. Kelembapan
udara rendah, tekanan udara rendah, kekerapan kejadian ribut taufan dan litupan
awan yang sedikit.
d3 Sistem hidrologi. Kadar sejatan meningkat, Proses perpeluhan
meningkat dan Kekurangan hujan dan
pengurangan simpanan air tanih.
d4 Sistem
ekologi. Kemusnahan
habitat, Kepupusan spesis, gangguan terhadap rantaian dan siratan makanan.
2 x 2 = 4 markah
2 (a) Jelaskan proses pembentukan angin monsun
timur laut [ 10 ]
a1
Berlaku di antara bulan November hinggan Mac.
a2
Bahagian tengan benua Asia seperti China dan Monggolia mengalami musim sejuk
pada bulan November hingga Mac menyebabkan udaranya bertekanan tinggi.
a3
Pada masa yang sama benua Australia
mengalami musim panas menyebabkan udaranya bertekanaan rendah.
a4
Udara dari bahagian tengah benua Asia akan bergerak ke pusat tekanan rendah di
benua Australia dalam arah barat laut.
a5
Angin yang bertiup dari arah barat laut dipesongkan oleh daya korialis menjadi
monson timur laut. Angin monson timur laut membawa lembapan yang tinggi dan
menghasilkan hujan lebat di Asia Tenggara seperti Pantai Timur Semenanjung
Malaysia, Sabah, Sarawak, Vietnam, Filipina, Brunei dan Indonisia.
5 x 2
= 10 markah
(b) Bincangkan kesan tiupan angin monsun timur
laut terhadap aktiviti manusia. [ 15 ]
b1 Kegiatan pertanian
b2 Kegiatan
pelancongan
b3 Kegiatan perikanan
b4 Kegiatan pembalakan
b5 Kegiatan industri kecil dan sederhana ( IKS
b6 Kegiatan pengangkutan
b7 Penternakan
b8 Pembinaan
b9 Aktiviti harian
5 x 3 =
15 markah ( Fakta = 1m, Proses = 1m , Kesan = 1m )
3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal
menyebabkan berlakunya masalah kekurangan bekalan air.
[ 13
]
Faktor fizikal
a1 Fenomena el nino / perubahan pola tiupan angin.
Fenomena el nino melemah dan menghentikan angin timuran yang membawa hujan ke
Asia Tenggara. Kesannya menyebabkan keadaan di Asia Tenggara menjadi panas dan
kering dalam tempoh beberapa bulan.
a 2 Perubahan
iklim. Perubahan iklim seperti
peningkatan suhu dunia menyebabkan kelembapan
bandingan
udara menjadi rendah. Kelembapan udara yang rendah melambatkan ketepuan udara. Hujan berkurangan.
a 3 Sumber air permukaan di daratan. Kekurangan sungai dan tasik yang
besar menyeukarkan eksploitasi sumber air/ Isipadu berkurangan
Faktor kemanusiaan
a4 Pertambahan penduduk yang pesat meningkatkan permintaan terhadap air,
terutamanya di bandar-bandar besar.
a5 Pembangunan ekonomi yang pesat meningkatkan permintaan
terhadap air. Contohnya sektor perindustrian.
Pelancongan – taman tema dan perhotelan
– penggunaan air yang tinggi.
a6 Pembalakan memusnahkan kawasan tadahan air dan
menguraangkan simpanan air bawah tanah.
a7 Masalah pengurusan
bekalan air – tidak cekap / kebocoran/ paip lama
ax Penegasan
6 x
2 = 12 markah + Penegasan 1 markah = 13 markah
(b) Bincangkan langkah penyesuaian bagi
mengurangkan impak masalah kurangan bekalan
air.
[ 12 ]
b1 Mengeksploitasi sumber air bawah tanah. Air bawah
tanah diperolehi melalui pembinaan telaga dan kaedah pam menggunakan enjin.
b2 Pembenihan awan. Menyembur larutan garam iodid ke
dalam udara untuk memerangkap wap air dan mempercepatkan kejadian hujan.
b3 Kitar semula air. Memproses air yang
telah digunakan
b4 Catuan air. Membekalkan air kepada penduduk pada
masa puncak sahaja disebabkan sumber air yang terhad semasa kemarau.
b5 Pemindahan air. Memindahkan air dari negeri yang
banyak air ke negeri yang mengalami masalah kekurangan air.
b6 Kempen penjimatan air
6 x
2 = 12 markah
BAHAGIAN
B: ALAM
SEKITAR MANUSIA
[40 markah]
Jawab semua soalan.
Soalan
4:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan
bioteknologi pertanian? [3]
Skema pemarkahan
Bioteknologi
pertanian bermaksud [teknik atau proses
saintifik] dalam pertanian yang menggunakan [genetik/DNA benda hidup] seperti mikro organisma, haiwan, atau
tumbuhan untuk menyelesaikan masalah atau [menghasilkan
produk pertanian baru] yang bermanfaat kepada manusia.
b) Jelaskan tiga
kepentingan bioteknologi pertanian dalam meningkatkan kemajuan sektor pertanian
di Malaysia? [6]
Skema
pemarkahan
b1 Meningkatkan kuantiti/produktiviti/hasil produk
pertanian dalam jangka masa yang singkat hasil kacukan dan klon benih yang
bermutu.
b2 Meningkatkan
kualiti – menghasilkan produk
pertanian tahan penyakit dan serangga
perosak.
b3 Menghasilkan
kepelbagaian jenis produk pertanian
yang dapat memenuhi citarasa pengguna
b4 Membantu memajukan sektor hiliran seperti
industri biodisel dari minyak kelapa sawit, perubatan/farmasi dari tanaman
herba
b5 Menghasilkan produk
pertanian yang bersih dan mesra alam
seperti tanaman hidroponik dan agrobio yang tidak memerlukan tanah.
b6 Produk yang berdaya tahan
penyakit – penghasilan benih bermutu tinggi dan tahan penyakit seperti benih padi
golden rice.
( 3isi x 2 markah
= 6 markah )
c) Huraikan
tiga aktiviti pertanian yang menyebabkan pencemaran alam sekitar fizikal. [6]
Skema pemarkahan
c1. Pembukaan
kawasan ladang – penyahhutanan - pembakaran terbuka – menyebabkan pencemaran udara
c2. Penggunaan baja kimia – hujan – larian air permukaan
- menyebabkan pencemaran air.
c3. Penggunaan
racun serangga – penyemburan - menyebabkan pencemaran udara.
c4. Penggunaan
plastik di tapak semaian – menyebabkan pencemaran sampah sarap.
c5. Penternakan
ayam / itik / kambing – najis haiwan – menyebabkan pencemaran bau / air.
( 3 isi x 2 markah = 6 markah )
Jawab sama ada soalan 5 atau
soalan 6.
5(a) Jadual di bawah menunjukkan bilangan kemasukan pelancong
domestik mengikut negeri pada tahun 2011.
Negeri
|
Jumlah
(juta orang)
|
Johor
|
9,716
|
Kedah
|
9,751
|
Kelantan
|
9,210
|
Melaka
|
7,485
|
Negeri
Sembilan
|
7,019
|
Pahang
|
7,102
|
Pulau
Pinang
|
9,601
|
Perak
|
9,142
|
Perlis
|
1,448
|
Selangor
|
15,739
|
Terengganu
|
7,094
|
Sabah
|
14,673
|
Sarawak
|
8,902
|
WP Kuala
Lumpur
|
13,353
|
WP Labuan
|
311
|
WP
Putrajaya
|
458
|
Jumlah
|
131,002
|
(i) Berdasarkan jadual diatas, lukis sebuah graf bar bagi menunjukkan bilangan kemasukan pelancong
domestik mengikut negeri pada tahun 2011. [9]
ai1 Tajuk – 1m
ai2 skala – 1m
ai3 Petunjuk – 1m
ai4 Plotan – 6m
11 – 16 bar betul – 6m
6 – 10 bar betul – 4m
1 – 5 bar betul – 2m
(ii) Huraikan kepentingan sektor pelancongan
kepada pembangunan ekonomi Malaysia.
[8]
Skema pemarkahan
aii1 Mewujudkan peluang pekerjaan - Memajukan kawasan eko
pelancongan. Bekerja sebagai pemandu pelancong, pengemas bilik, tukang masak
dll - pendapatan perkapita penduduk bertambah dan pengganguran dikurangkan.
aii2 Pendapatan
Negara. Pelancong asing ke Malaysia seperti Jepun, China, Eropah dll -
perbelanjaan untuk penginapan, pengangkutan, makanan, cenderamata dll - menambahkan pendapatan negara melalui tukaran
matawang asing.
aii3 Memajukan ekonomi
berkaitan – memajukan industri pengangkutan, makanan, kraftangan – perkembangan
industri lain selari dengan perkembangan sektor pelancongan.
aii4 Menambah
pelaburan – pelaburan dalam dan luar negara – pembinaan kawasan pelancongan
baru dan hotel atau resort. Contoh hotel antarabangsa seperti Swiss Hotel,
Residence Hotel dll
aii5 Menggalakkan
pembangunan infrastruktur kawasan –
memajukan kawasan luar bandar berpotensi – dimajukan dengan infrastruktur,
resort – menambah pendapatan penduduk luar bandar.
(
4 isi x 2 markah = 8 markah )
(iii) Jelaskan pengaruh alam sekitar fizikal
terhadap kedatangan pelancong ke Malaysia. [8]
Skema pemarkahan
aiii1 Tarikan Pulau dan Taman Laut - pulau-pulau yang cantik
dan taman-taman maritim - Keindahan persekitaran fizikal pulau seperti laut
yang cetek dan jernih, dikelilingi oleh terumbu karang serta hidupan laut – menarik kedatangan
pelancong.
aiii2 Pantai yang
menarik – pantai yang bersih dan indah – terdapat teluk dan tanjung – menarik
kedatangan pelancong.
aiii3 Tanah
tinggi – kawasan tanah tinggi yang cantih dan suhu yang sejuk – sesuai untuk
tanaman hawa sederhana – Tanah Tinggi Cameron Highland, Tanah Tinggi Kundasang
– menarik kedatangan pelancong.
aiii4 Hutan
Semulajadi / Hutan Lipur – tarikan kepelbagaian spesis flora dan fauna – bunga
reflesia – udara yang nyaman – Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Belum, Tanah
Tinggi Kundasang – menarik kedatangan pelancong.
aiii5 Iklim –
suhu panas sepanjang tahun – sesuai untuk aktiviti berjemur – menarik
kedatangan pelancong Eropah, AS dan lain-lain.
( 4 isi x 2 markah
= 8 markah )
ATAU
(b) (i) Bincangkan
potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secara bersama di kawasan
Segitiga Pertumbuhan ASEAN. [9]
Skema pemarkahan
bi1. Sumber
tanah/tanah yang subur dan luas – berpotensi untuk pertanian perladangan kelapa
sawit dan getah dan industri berasaskan
hasil pertanian (agro based industry).
bi2. Keindahan sumber alam (kepulauan dan pantai) –
berpotensi untuk eko pelancongan.
bi3. Sumber galian (petroleum dan gas asli) –
berpotensi untuk perlombongan dan perindustrian berasaskan tenaga.
bi4. Sumber
hutan – berpotensi untuk industri pembalakan dan industri berasaskan kayu.
bi5. Sumber air – berpotensi untuk industri pengangkutan, tenaga,
pelancongan dll.
bx. Kesimpulan - 1 markah
( 4 isi x
2 markah + 1 markah kesimpulan =
9 markah)
(ii) Huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan Segitiga IMT-GT
berbanding dengan pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang lain. [8]
Skema pemarkahan
bii1. Kelebihan
sumber alam – tanih yang subur, mineral, keindahan semulajadi (pantai dan
pulau) dsb.
bii2. Kelebihan pasaran -
jumlah penduduk yang ramai -
kuasa beli penduduk / pendapatan perkapita penduduk.
bii3. Kelebihan
teknologi yang dimiliki – perkongsian teknologi, R&D dan inovasi.
bii4. Kelebihan modal yang dimiliki – keupayaan modal swasta
dan kesediaannya untuk melabur.
bii5. Kelebihan tenaga buruh dan kepakaran yang ada – Kuantiti dan kualiti
buruh. Tenaga manusia yang ada berpendidikan, mudah dilatih dsb.
bii6. Kelebihan kemudahan asas - prasarana yang sedia ada
seperti rangkaian pengangkutan dan perhubungan, bekalan air, elektrik dll.
( 4 isi x 2
markah =
8 Markah)
(iii) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan
pembangunan ekonomi di kawasan segitiga IMT-GT. [8]
Skema pemarkahan
biii1. Menjaga/mengawal
keselamatan bersama khususnya di sempadan - Mewujudkan kestabilan
wilayah/rantau dalam jangkamasa panjang sebagai tarikan untuk melabur.
biii2. Menggalakkan pelaburan -
lebih banyak penglibatan pihak swasta dengan tawaran pakej yang lebih menarik
untuk menanam modal di kawasan terbabit.
biii3. Menyediakan kemudahan asas
yang cukup - pihak kerajaan mestilah menyediakan kemudahan asas terlebih dahulu
seperti bekalan air dan tenaga, rangkaian pengangkutan dan perhubungan dll.
biii4. Pengurusan yang cekap -
mengurangkan karenah birokrasi, halangan perundangan dan tatacara/prosedur
antara negara yang boleh menjejaskan kecekapan seperti prosedur imegresen
- untuk memudahkan mobiliti buruh, barangan
dan perkhidmatan.
biii5. Tenaga buruh mahir -
menyediakan sumber tenaga manusia yang terlatih dengan cukup bagi menggerakkan
kegiatan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan.
biii6. Kemudahan pinjaman -
menyediakan dana yang cukup – bantuan kerajaan kepada sektor swasta yang
terlibat.
( 4 isi x
2 markah = 8 Markah)
6 (a)
Namakan tiga kerjasama ekonomi serantau yang dianggotai oleh
Malaysia. [3]
Skema pemarkahan
a1 Pakatan segitiga pertumbuhan (IMT-GT,
IMS-GT dan EAGA – BIMP)
a2 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
a3 Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA)
a4 Kerjasama Ekonomi Asia Timur (EAEC)
( 3 x 1m = 3m )
(b)
Jelaskan kepentingan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
(AFTA) [ 10 ]
Skema pemarkahan
b1 Meningkat aliran perdagangan antara
ASEAN – penghapusan sekatan perdagangan, cukai yang lebih rendah - kerjasama antara negara dan karenah birokrasi dalam
perdagangan boleh diminimakan
b2 Memperbaiki
defisit imbangan perdagangan antara negara ASEAN – imbangan import dan eksport
antara negara – perdagangan secara adil.
b3 Perluasan
pasaran bersama - AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta - Pasaran dalam
negara ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan.
b4 Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi - mengurangkan
monopoli terutama dari negara-negara maju - Kebergantungan kepada produk dari
negara maju sahaja dapat dikurangkan.
b5 Mengelakkan
persaingan barangan yang sama – kerjasama dalam pengeluaran – perkongsian
teknologi dan kepakaran – pengkhususan pengeluaran.
b6 Penjimatan
kos – penjimatan kos buruh, bahan mentah dan teknologi – harga barangan lebih
rendah.
b7 Bekalan
berterusan – barangan keperluan seperti makanan, pakaian, elekktrik dan
elektronik – memenuhi citarasa pengguna.
( 5 x 2m = 10m )
(c)
Huraikan kepentingan Malaysia menyertai AFTA.
[ 12 ]
Skema pemarkahan
c1 Meningkatkan
aliran perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN - penghapusan sekatan
perdagangan, dasar perlindungan dan cukai yang lebih rendah - menjimatkan kos
pengeluaran.
c2 Perluasan pasaran - Saiz pasaran akan
bertambah luas jika berada dalam sesuatu pakatan seperti AFTA kerana jumlah
penduduk bertambah. Contohnya AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta.
Pasaran dalam negara ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan
dimansuhkan.
c3 Meningkatkan kualiti produk –
meningkatkan daya saing antara pengeluar – peningkatan R&D – menghasilkan
produk berkualiti.
c4 Mengurangkan ancaman globalisasi -
mengurangkan monopoli terutama dari negara-negara maju seperti USA, Eropah dan
Jepun dalam pasaran negara. Pengguna boleh memilih produk dari negara serantau
atau Malaysia yang murah dan berkualiti.
c5 Keperluan guna tenaga buruh - Keperluan
buruh dalam negara boleh dipenuhi melalui kemasukan buruh import. Contohnya
Malaysia dapat bekalan tenaga buruh dari Indonesia, Filipina, Vietnam untuk
bekerja dalam sektor pembinaan, perkilangan dan perladangan.
c6 Harga barangan lebih rendah – pasaran
bebas AFTA - penghapusan cukai – mengurangkan kos pengeluaran
c7 Menggalakkan pelaburan/modal -
meningkatkan keupayaan modal dalam negara melalui konsep pelaburan silang dan
pelaburan bersama syarikat swasta.
( 6
x 2m = 12m )
J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan