23 April, 2019

FOKUS S2 2019 - SOALAN RAMALAN

1 (a)  Huraikan bagaimana perbezaan tekanan udara mempengaruhi kejadian bayu darat
dan bayu laut. [9]

Kenal pasti masa berlaku – bayu laut (siang) dan bayu darat (malam) 1m
a1 Bayu laut – kesan pemanasan matahari yang berbeza daratan (pepejal) lebih cepat
panas berbanding lautan (cecair)
- sel tekanan udara rendah wujud di daratan
- sel tekanan udara tinggi wujud di lautan
- wujud daya kecerunan tekanan udara di laut dan daratan menyebabkan
udara bergerak dari laut ke daratan
a2 Bayu darat – daratan lebih cepat sejuk berbanding lautan pada waktu malam
- sel tekanan udara tinggi wujud di daratan
- sel tekanan udara rendah wujud di lautan
- wujudnya daya kecerunan tekanan udara di daratan dan laut
menyebabkan udara bergerak dari daratan ke laut

2 bayu X 4m + 1m = 9m


(b) Nyatakan pengaruh bayu terhadap kehidupan manusia. [6]

 b1 Kegiatan perikanan pinggir pantai
b2 Meningkatkan aktiviti social dan rekreasi di pinggir pantai
b3 Memajukan pelancongan di kawasan pinggir pantai kerana kelembapan udara
dan penyederhanaan suhu oleh bayu laut
b4 Menggalakkan industri desa seperti pengeringan ikan, sotong, membuat
belacan, membuat tikar mengkuang, batik

3 x 2 = 6m

2. a) Bagaimana proses penipisan ozon berlaku di ruang stratosfera. [5]

a1 Penggunaan gas CFC secara berlebihan
a2 Gas CFC naik ke atmosfera bertindak balas dengan sinaran ultra ungu
lalu terurai menjadi atom klorin
a3 Atom-atom klorin bertindakbalas dengan molekul-molekul ozon menyebabkan
molekul ozon terurai membentuk molekul oksigen dan atom oksigen
a4 Atom oksigen bertindak balas dengan atom klorin menghasilkan klorin
monoksida
a5 Pengurangan molekul ozon berlaku

b) Huraikan empat punca yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. [8]

b1 Industri yang membebaskan gas CFC seperti industri pencuci @ pelarut
b2 Penggunaan baja nitrogen menghakis lapisan ozon
b3 Kapal terbang supersonik membebaskan nitrogen oksida yang menipiskan
lapisan ozon
b4 Penggunaan alat pemadam api membebaskan gas halon yang menghakis
lapisan ozon
b5 CFC yang dibebaskan oleh penyembur aerosol, peti sejuk dan alat pendingin
udara mempercepatkan proses penghakisan lapisan ozon
mana-mana 4 X 2 = 8m

c) Jelaskan enam kesan penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar. [12]

Kesan fizikal
cf1 Sinaran ultra ungu yang berlebihan sampai ke permukaan bumi
cf2 Peningkatan suhu secara globa
cf3 Pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi
cf4 Meningkatkan kadar luluhawa dan hakisan
cf5 Mengubah tiupan angin
cf6 Mengganggu keseimbangan kitar hidrologi
cf7 Membantut pertumbuhan tumbuh-tumbuhan
Kesan manusia
cm1 Kancer kulit dan katarak mata
cm2 Melemahkan imunisasi manusia
cm3 Mengubah DNA manusia

(sekurang-kurang satu kesan fizikal dan kesan manusia) 6 X 2 = 12m










Tiada ulasan:

Catat Ulasan