1. a. ( i ) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan? [ 3 ]
Imbangan
bahangan ialah jumlah bahangan matahari
yang sampai ke permukaan bumi adalah sama
dengan jumlah bahangan bumi yang keluar
ke atmosfera.
(ii) Nyatakan dua cara pemindahan haba
dari atmosfera ke permukaan bumi
[ 2 ]
ai1 Bahangan
aii2 Gelombang elektromagnet
Mana-mana 2
x 1 m = 2m
(b) Huraikan dua faktor yang boleh mempengaruhi
imbangan bahangan.[ 4 ]
b1
Penipisan lapisan ozon
b2 Litupan awan
b3 Kejadian jerebu
b4 Albedo bumi (jenis permukaan)
b5 Pertambahan gas rumah hijau
b6 Litupan tumbuhan
Mana-mana 2 x 2
m= 4 m
(c) Jelaskan tiga
kesan lebihan bahangan terhadap aktiviti manusia [ 6 ]
c1
Pertanian
c2 Perikanan /
akuakultur
c3 Perindustrian
c4 Pembinaan
c5 Pelancongan
c6 Perniagaan
c7 Aktiviti sosial
Mana-mana 3 x 2 m = 6m
2.(a) Huraikan
perubahan unsur cuaca di Malaysia akibat fenomena La Nina. [12]
a1-Suhu rendah-hujan tinggi
a2-Hujan lebat, intensiti tinggi,
kerap, kelembapan tinggi, angin kencang
a3-Kelembapan udara tinggi-hujan lebat
berreterusan
a4-Tekanan udara tinggi-suhu rendah,
udara lembab
a5-Angin kencang daripada laut ke
darat , bawa wap air
a6-Pembentukan awan kumulonimbus yang
tebal
a7-Bahangan matahari sedikit
Mana-mana 6 X 2m = 12m
(b)Bincangkan bagaimana kesan fenomena
La Nina terhadap aktiviti manusia di Malaysia
[13]
b1-Suhu rendah, hujan lebat ,
aktiviti terjejas
b2-Hujan lebat / banjir- pertanian
terjejas, pokok padi ditenggelam air, bunga dan buah-buahan gugur,tidak dapat
menoreh getah
b3-Angin kencang, laut bergelora
aktiviti perikanan terjejas
b4-Kelembapan udara tinggi, sejatan
rendah pks terjejas
b5-Bahangan rendah, suhu rendah PKS
terjejas
bx-Kesimpulan
Mana-mana 4 X 3m + 1m markah kesimpulan = 13m
3. (a)Huraikan enam faktor yang
mempengaruhi sejatan. [12]
a1-Suhu - suhu tinggi / rendah ,
sejatan tinggi -rendah
a2-Keluasan badan air-sejatan tinggi
a3-Kelembapan udara tinggi, sejatan
rendah
a4-Kemasinan air-air masin sejatan
tinggi dan sebaliknya
a5-Tumbuhan tebal-sejatan rendah
a6-Angin terbulens- tukar udara
lembab -kering
a7-Musim panas-sejatan tinggi
a8-Tekanan wap tinggi di atmosfera -
sejatan rendah
Mana-mana
6 X 2m = 12m
(b) Bincangkan enam kesan sejatan tinggi terhadap alam sekitar fizikal. [13]
a1-Kelembapan udara rendah, udara kering,
suhu tinggi
a2-Pembentukan awan tinggi- proses
sejatan dan pemeluwapan tinggi,hujan lebat
a3-Tanah kering -air tanih tersejat
a4-Pengurangan air
tanih-pengurunan-sejatan tinggi, tanah tandus, gurun makin luas
a5.Tekanan udara tinggi -kekerapan
hujan, suhu rendah,kelembapan udara,
a6.Kerpasan tinggi, air larian
permukaan tinggi, hakisan tanah
Mana-mana
6 X 2m +1m kesimpulan = 13m
BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]
Jawab semua soalan.
4. a) Nyatakan tiga aktiviti perikanan utama yang
dijalankan di Malaysia. [3]
Skema Jawapan
a1. Perikanan
laut dalam
a2. Perikanan
pinggir pantai
a3. Perikanan
akuakultur
(3 isi x 1 markah = 3
markah)
b) Huraikan
tiga kepentingan akuakultur kepada
pembangunann negara. [6]
Skema Jawapan
b1. Memberi
peluang pekerjaan kepada penduduk – meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan
kadar pengangguran.
b2. Meningkatkan
KDNK negara – pengekspotan hasil akuakultur ke luar negara spt. udang harimau
dll.
b3. Sumber
protein – sumber protein tambahan kepada penduduk selain hasil laut.
b4. Kesan
pengganda – memberi kesan pengganda kepada sektor lain spt. IKS iaitu makanan
berasaskan ikan, udang, ketam dll. / akua-pelancongan.
b5. Meningkatkan
kemudahan infrastruktur – meningkatkan pembangunan infrastruktur spt. elektrik,
air, jalan raya dll.
b6. Pembangunan
kawasan – membangunkan kawasan tanah terbiar spt. bekas lombong, tasik, tanah
terbiar dll.
b7. Mengurangkan
kebergantungan kepada sumber laut / marin – sumber perikanan laut semakin
berkurangan, pertambahan penduduk pesat, bekalan ikan tidak
terganggu mengikut musim.
b8. Memperkembangkan
teknologi dan R&D - Teknologi pembiakbakaan dan pemakanan ternakan akuakultur
berkembang pesat, Teknologi kawalan air dan rawatan air kolam, teknologi
pengawetan dan pembungkusan.
(mana-mana 3 isi x 2 markah = 6 markah)
c)
Jelaskan
tiga masalah yang dihadapi dalam
memajukan aktiviti akuakultur di Malaysia. [6]
c1. Masalah modal - kemiskinan / tiada tabungan, sukar mendapat pinjaman, kekurangan bantuan.
c2. Masalah pencemaran – masalah pencemaran
air akibat sisa toksid merbahaya menyebabkan ternakan mati terutama di sungai.
c3. Masalah kekurangan tempat – masalah
kawasan penternakan yang menghadapi persaingan dengan sektor ekonomi lain - ketiadaan tempat yang sesuai – paya, tasik, bekas lombong.
c4. Masalah
pasaran – pasaran yang masih terhad, sama ada pasaran tempatan atau
antarabangsa.
c5. Masalah kurang teknologi dan penyelidikan
(R&D) – teknologi akuakultur di Malaysia masih lagi rendah.
c6. Masalah tenaga kerja dan kepakaran –
kekurangan pekerja yang berminat / kekuranga buruh mahir, terpaksa
mengimport buruh asing bagi akuakultur berskala besar.
c7. Masalah ancaman fizikal / bencana alam –
banjir, kemarau, angin kencang, ribut laut, pH air, kemasinan air.
c8. Masalah penyakit / serangan perosak –
penyakit ikan, serangan virus, reput insang, rintik putih, berkudis - memerang, burung hantu, burung bangau, biawak
(mana-mana 3 isi x 2 markah = 6 markah)
5 (a) Bagaimanakah jaringan
lebuhraya membantu dalam memajukan sosioekonomi di Malaysia?
[12]
a1 Meningkatkan darjah ketersampaian dan intraksi antara
kawasan yang mundur dengan kawasan yang maju seperti dengan kawasan Bandar.
a2 Memudahkan dan mempercepatkan pengangkutan keluar hasil bahan
mentah dari kawasan mundur untuk dipasarkan ke kawasan lain.
a3 Mempercepatkan pengedaran dan pemasaran barangan siap dan
perkhidmatan kepada penduduk di kawasan mundur.
a4 Membantu mempercepatkan penyebaran maklumat, inovasi dan
teknologi baru ke kawasan mundur.
a5 Menggalakkan penyelerakan industri dari kawasan bandar (maju)
ke kawasan luar bandar (mundur).
a6 Memudahkan
pergerakan/mobiliti penduduk – menjimatkan kos dan masa.
a7 Mempercepatkan pembangunan utiliti -air,
elektrik, bahan bakar.
a8 Pembangunan kawasan - pendidikan, kesihatan, komunikasi.
(mana-mana
6 isi x 2 markah = 12 markah)
(b) Jelaskan kesan
pembinaan lebuhraya memberi kesan terhadap alam sekitar fizikal di Malaysa. [13]
b1 Menggalakkan kejadian hakisan dan tanah runtuh di
lereng-lereng bukit akibat proses pemotongan, penarahan,peneresan dan penebukan
bukit.
b2 Pergerakan jisim - tanah runtuh.
b3 Tanah mendap akibat penimbusan kawasan lembah seperti kawasan
paya.
b4 Merosakkan kawasan tadahan air - akibat pemusnahan hutan
semulajadi dan juga kawasan tanah
tinggi/bukit.
b5 Kerosakan ekosistem dan habitat akibat aktiviti penebangan
hutan untuk dibina lebuh raya atau akibat penimbusan tanah lembah.
b6 Perubahan landskap – hutan primer bertukar kepada jaringan
lebuhraya dan kesan gondolan.
b7 Mencemarkan sumber - sumber air sungai di sekitar khususnya
di peringkat awal kerja-kerja pembinaan lebuh raya.
(mana-mana 6 isi x 2
markah + 1 markah kesimpulan = 13 markah)
6 (a) Bincangkan
potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secara bersama di kawasan
Segitiga Pertumbuhan ASEAN. [9]
a1. Sumber
tanah / tanah yang subur dan luas – berpotensi untuk pertanian perladangan
kelapa sawit dan getah dan industri
berasaskan hasil pertanian (agro based industry).
a2. Keindahan sumber alam (kepulauan, pantai,
tanah tinggi) – berpotensi untuk eko pelancongan.
a3. Sumber
galian (petroleum dan gas asli) – berpotensi untuk perlombongan dan
perindustrian berasaskan tenaga.
a4. Sumber hutan – berpotensi untuk industri pembalakan dan industri
berasaskan kayu.
a5. Sumber air – berpotensi untuk industri pengangkutan, tenaga,
pelancongan dll.
ax. Kesimpulan - 1 markah
(mana-mana 4 isi
x 2 markah + 1 markah kesimpulan = 9 markah)
(b) Huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan
Segitiga IMT-GT berbanding dengan pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang
lain. [8]
b1. Kelebihan
sumber alam – tanih yang subur, mineral, keindahan semulajadi (pantai dan
pulau) dsb.
b2. Kelebihan pasaran - jumlah
penduduk yang ramai - kuasa beli
penduduk / pendapatan perkapita penduduk.
b3. Kelebihan teknologi yang
dimiliki – perkongsian teknologi, R&D dan inovasi.
b4. Kelebihan modal yang dimiliki – keupayaan modal swasta dan
kesediaannya untuk melabur.
b5. Kelebihan tenaga buruh dan kepakaran yang ada – Kuantiti dan
kualiti buruh. Tenaga manusia yang ada berpendidikan, mudah dilatih dsb.
b6. Kelebihan kemudahan asas - prasarana yang sedia ada seperti
rangkaian pengangkutan dan perhubungan, bekalan air, elektrik dll.
(mana-mana 4 isi x 2 markah = 8
Markah)
(c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi
di kawasan segitiga IMT-GT. [8]
c1. Meningkatkan penjagaan/pengawalan
keselamatan bersama khususnya di sempadan - Mewujudkan kestabilan
wilayah/rantau dalam jangkamasa panjang sebagai tarikan untuk melabur.
c2. Menggalakkan pelaburan - lebih banyak penglibatan pihak swasta
dengan tawaran pakej yang lebih menarik untuk menanam modal di kawasan
terbabit.
c3. Menyediakan kemudahan asas
yang cukup - pihak kerajaan mestilah menyediakan kemudahan asas terlebih dahulu
seperti bekalan air dan tenaga, rangkaian pengangkutan dan perhubungan dll.
c4. Pengurusan yang lebih cekap
- mengurangkan karenah birokrasi, halangan perundangan dan tatacara/prosedur
antara negara yang boleh menjejaskan kecekapan seperti prosedur imegresen
- untuk memudahkan mobiliti buruh,
barangan dan perkhidmatan.
c5. Tenaga buruh mahir -
menyediakan sumber tenaga manusia yang terlatih dengan cukup bagi menggerakkan
kegiatan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan.
c6. Kemudahan pinjaman -
menyediakan dana yang cukup – bantuan kerajaan kepada sektor swasta yang
terlibat.
(mana-mana 4
isi x 2 markah = 8
Markah)
-skema tamat-
saya nak tanya, Malaysia ada fenomena La Nina kah? Bukan hanya fenomena El Nino sahaja?
BalasPadamYa Malaysia termasuk antara negara-negara Asia Tenggara. Jadi, Malaysia tidak terkecuali daripada berlakunya fenomena La Nina yang akan membawa hujan yang lebat dan kejadian banjir besar di Asia Tenggara
PadamAda laa
PadamHi apa Cara untuk mengurangkan albedo tinggi Di kawasan bandar
BalasPadam