SKEMA
S1 2024 
Bahagian
A : Alam Sekitar Fizikal
(
40 markah)
Jawab semua soalan 
1(a) Nyatakan tiga cara hakisan
sungai               [3] 
A1 tindakan hidraul 
A2 geselan/lelasan 
A3 lagaan 
A4 larutan 
Mana-mana
3 x 1markah = 3m 
1(b) Jelaskan tiga faktor fizikal yang
mempengaruhi proses hakisan sungai          
[6] 
| Kod  | Fakta (faktor fizikal)  | Huraian  | 
| B1 | Kecerunan  | Cerun sungai curam halaju air
  bertambah/mengalir deras, meningkatkan kadar hakisan (lelasan dan lagaan) | 
| B2 | Bentuk alur  | Alur lurus , hakisan
  menegak/mendalamkan alur, alur berliku – hakisan terhadap tebing- sungai
  menjadi semakin lebar.  | 
| B3  | Isipadu air / halaju  | Isipadu air banyak , tenaga
  keupayaan/kinetik tinggi , meningkatkan lagi hakisan (lagaan, lelasan).  | 
| B4  | Jenis batuan  | Batuan lembut mudah dihakis cth. batu
  kapur (hidraul larutan)  | 
| B5  | Bahan muatan / beban  | Banyak beban /muatan menyebabkan
  proses geselan dan perlanggaran beban giat meningkat kadar hakisan  | 
| B6  | Tumbuhan  | Tiada tumbuhan di tebing sungai
  menyebabkan tiada cengkaman akar memudahkan hakisan berlaku  | 
Mana-mana 3 X 2 markah =
6m 
1(c) Huraikan 3 kepentingan bentuk muka
bumi hakisan sungai terhadap aktiviti manusia         [6] 
| Kod  | Fakta   | Huraian  | 
| C1  | Air
  Terjun  | pelancongan/ menjana kuasa elektrik hidraul  | 
| C2  | Jeram
   | pelancongan/rekreasi  | 
| C3  | Lubang periuk  | pelancongan ( Telaga Tujuh di Langkawi)  | 
| C4  | Gaung/ Lurah  | pelancongan, sukan ekstrem dan rekreasi  | 
| C5  | Lubuk
   | pelancongan  | 
Mana-mana 3 x 2
markah = 6m 
 (a) Sejauhmanakah faktor hujan mempengaruhi
kejadian tanah runtuh di Malaysia?             
[13] 
| Kod  | Fakta  | Huraian  | 
| FAKTOR HUJAN  | ||
| A1  |  Intensiti/keamatan/ jumlah  |  Hujan lebat
  – tanah tepu dengan air – tanah menjadi berat/ tidak stabil - tanah
  runtuh giat berlaku.  Hujan renyai – tanah kurang tepu - tanah runtuh kurang giat berlaku  | 
| A2  |  Kekerapan hujan  |  Hujan yang kerap berlaku di sesuatu kawasan - tanah tepu dengan air – tanah
  menjadi berat/ tidak stabil - tanah runtuh 
  giat berlaku. Hujan yang jarang
  berlaku - tanah kurang tepu - tanah runtuh kurang giat berlaku  | 
| A3  |  Jangkamasa/tempoh hujan  |  Hujan turun dalam tempoh yang panjang – tanah tepu dengan air  – tanah menjadi berat/ tidak stabil
  tanah runtuh giat berlaku Hujan turun dalam tempoh yang singkat – tanah kurang tepu – tanah runtuh kurang
  giat berlaku   | 
|  FAKTOR LAIN | ||
| A4  |  Jenis batuan  | Batuan lembut seperti batu kapur–
  mudah terluluhawa/terlarut menyebabkan tanah di cerun tidak stabil - tanah
  runtuh giat berlaku  Batuan keras seperti batu granit–
  sukar terluluhawa – tanah runtuh kurang berlaku  | 
| A5  |  Kecerunan  | Kecerunan yang curam meningkatkan daya
  tarikan graviti - berlaku tanah runtuh  Kecerunan landai – kurang daya tarikan
  graviti - cerun lebih stabil  - tanah runtuh kurang berlaku  | 
| A6  |  Suhu  | Suhu tinggi -sejatan meningkat menyebabkan tanah kering dan peroi
  terutama di kawasan cerun- tanah runtuh giat
  berlaku.  | 
| A7  |  Litupan tumbuhan  | Kurang litupan tumbuhan – cerun
  menjadi tidak stabil kerana ketiadaan akar untuk mencengkam tanah – struktur
  tanah longgar tanah runtuh giat berlaku.  Kawasan yang banyak litupan tumbuhan –
  akar pokok mencengkam tanah – menguatkan struktur tanah/ tanah kukuh – tanah
  runtuh kurang giat berlaku  | 
| A8  |  Aktiviti manusia  | Penebangan pokok yang giat berlaku akibat aktiviti manusia seperti
  pembalakan/ pertanian/ pembinaan/ perlombongan dll di cerun /lereng
  bukit/tanah tinggi - tanah menjadi gondol – struktur tanah longgar – tanah
  runtuh giat berlaku  | 
Mana-mana 6 isi x 2m = 12m + 1m penegasan = 13 m  
Sekurang-kurangnya 1 isi faktor hujan.
Tiada faktor hujan, maksimum = 10m  
   
(b) Huraikan langkah kejuruteraan bagi mengatasi kejadian tanah
runtuh  di sesebuah      
        
kawasan.                     [12] 
| Kod  | Fakta  | Huraian  | Markah
   | 
| Aii1  |  Tembok  | Tembok konkrit dibina di kawasan yang bercerun curam dan paip bagi
  saluran air dipasang di bahagian tembok supaya air yang bertakung di belakang
  tembok dapat dikeluarkan. Ini mengelakkan tanah tepu /longgar/tidak stabil
  dan ia mengurangkan kejadian tanah runtuh.  | 2  | 
| Aii2  |  Gabion  | Gabion dibina untuk
  mengurangkan pergerakan tanah dan menghalang tanah runtuh daripada memasuki
  kawasan utama seperti jalanraya di kawasan berbukit/ bercerun  | 2  | 
| Aii3  |  Penyimenan  | Lapisan
  simen dapat menghalang resapan air ke dalam tanah di kawasan bercerun bagi
  mengelakkan struktur tanah menjadi longgar/tidak stabil sehingga berlakunya
  kejadian tanah runtuh  | 2  | 
| Aii4  |  Sistem perparitan  | Air
  hujan yang turun akan memasuki sistem perparitan yang dibina di kawasan
  bercerun dan ini dapat mengelakkan air meresap ke dalam tanah dan menyebabkan
  struktur tanah longgar/ tidak stabil/ tanah tepu dengan air dan runtuh.  | 2  | 
| Aii5  |  Peneresan  | Teres dibina di cerun bukit bagi mengurangkan daya tarikan graviti
  terhadap lapisan tanah di kawasan cerun bukit/tanah tinggi - struktur tanah
  lebih kukuh – mengurangkan kejadian tanah runtuh  | 2  | 
| Aii6  |  Sungkupan  plastik  | Ia
  berfungsi menghalang air hujan daripada meresap masuk ke dalam tanah di
  kawasan bercerun. Apabila tanih kurang berat, daya tarikan graviti juga
  berkurangan dan ini dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh.  (Langkah ini bersifat sementara).  | 2  | 
| Markah 6 isi x 2m = 12m  | |||
3.(a) (i) Jelaskan jenis-jenis tenaga dalam
sistem bumi.   [12] 
|  | Fakta  | Huraian  | 
| a i  | Tenaga kinetik  | Terhasil akibat pergerakan sesuatu
  jasad-semakin laju pergerakan sesuatu jasad, semakin laju tinggi tenaga
  kinetik.   | 
| a ii  | Tenaga keupayaan  | Tenaga yang tersimpan/terpendam
  didalam sesuatu jasad dan boleh digunakan pada bila-bila masa.   | 
| a iii  | Tenaga kimia  | Tenaga yang tersimpan dalam bentuk
  atom atau molekul dalam badan haiwan dan tumbuhan.   | 
| a iv  | Tenaga geoterma  | Tenaga yang berpunca daripada haba di
  bawah permukaan bumi.cth geiser/pancutan air panas   | 
| a v  | Tenaga haba/pendam  | Tenaga yang diperolehi daripada
  matahari  | 
| a vi  | Tenaga graviti  | Terbentuk hasil daripada mampatan
  jisim dan pertambahan momentum sudut semasa pembentukkan planet  | 
| a vii  | Tenaga radiogenik  | Pencerakian nukleus atom  | 
  Mana-mana 6 x 2 =12m 
2  (a) (ii) Bincangkan aktiviti manusia yang dipengaruhi oleh bahangan
suria. [13]
| Kod  | Fakta  | Huraian
   | 
| aii - 1  | Pertanian  | aktiviti
  menanam,membaja,membajak,meracun, menuai,pengeringan tanaman memerlukan
  bahangan suria.  | 
| aii - 2  | Pelancongan  | aktiviti
  berjemur,riadah/rekreasi, mendaki gunung memerlukan tenaga suria( cuaca
  baik).  | 
| aii - 3  | Perikanan  | aktiviti
  penangkapan ikan.  | 
| aii - 4  | PKS  | tenaga
  suria perlu untuk aktiviti pengeringan ikan kering,batik,industri dobi dll.  | 
| aii - 5  | Pembinaan  | tenaga
  suria perlu untuk mengeringkan konkrit/simen-kerja pembinaan lebih mudah dan
  cepat jika cuaca panas  | 
| aii - 6  | Pembalakan  | cuaca
  panas- membolehkan aktiviti penebangan balak/pengangkutan balak dijalankan  | 
| aii - 7  | Penternakan  | membolehkan
  pertumbuhan rumput di Kawasan padang ragut  | 
| aii - 8  | Perlombongan  | bahangan
  suria mengalakkan proses luluhawa-aktiviti perlombongan mudah dijalankan.  | 
( Mana-mana 6 X 2 =12m + 1 = 13m) 
3 (b)(i)   Jelaskan 
bagaimana cara pengangkutan sungai berlaku.                   [12] 
|  Kod  | Fakta  | Proses  | Kesan  | 
| A1  | Golekan/
  gulingan    | Bahan muatan yang kasar , berat dan berbentuk bulat
  akan diangkut melalui kaedah golekan dibantu oleh
  tenaga kinetik sungai.  | Bahan muatan akan bergerak secara perlahan  dan sedikit demi sedikit di dalam alur sungai  | 
| A2  | Loncatan/ lompatan/ lantunan  | Berlaku
  terhadap bahan muatan yang bersaiz
  agak kecil serta bersegi-segi. Tindakan hidrolik di bahagian belakang
  menolak batuan tersebut dan menyebabkan batuan melompat-lompat.  | Batuan atau bahan muatan  bergerak dalam satu siri lompatan dan digerakkan  ke tempat
  lain di dalam alur sungai.  | 
| A3  | Ampaian  | Bahan ringan dan halus membentuk kumin-kumin halus
  yang tidak tenggelam dalam dasar sungai oleh daya
  julangan hidrolik.  | Bahan tersebut 
  akan terampai di sepanjang alur sungai dan
  dihanyutkan dengan mudah.  | 
| A4  | Larutan  | Batuan lembut 
  atau mineral yang mudah larut akan terlarut dalam air sungai . Contoh batu kapur dan natrium dioksida  | Batuan / bahan muatan yang terlarut itu akan dibawa
  di sepanjang alur sungai, mungkin berlaku
  berubahan warna atau bau.  | 
| A5  | Seretan/ heretan  | Bahan muatan yang besar dan berat  akan diangkut
  melalui kaedah seretan/ heretan dibantu oleh tenaga kinetik arus sungai.  | Bahan muatan akan bergerak secara perlahan-lahan  dan sedikit demi sedikit di dalam alur sungai  | 
| A6  | Apungan   | Bahan ringan cth ranting kayu,daun  | terapung di atas permukaan air  | 
Mana-mana 4
fakta x 3m=12 markah. 
  3 (b)(ii)  
Bincangkan enam faktor yang
boleh mempengaruhi proses pengangkutan sungai. [13]
|  Kod  | Fakta  |  | Huraian  | 
| B1  | Kecerunan  | •  | Cerun curam menyebabkan halaju tinggi
  -proses pengangkutan bahan muatan sungai giat.  | 
|  |  | •  | Sebaliknya cerun landai menyebabkan
  tenaga berkurangan dan beban muatan mengalami daya geseran yang tinggi dan
  menghalang proses pengangkutan.  | 
| B2  | Halangan  | •  | Alur sungai yang banyak halangan
  seperti batuan besar dan akar tumbuhan dan sungai berliku-proses pengangkutan
  perlahan  | 
| B3  | Isipadu air  | •  | Isipadu air yang banyak menyebabkan
  tenaga kinetic meningkat - mengiatkan proses pengangkutan.  | 
|  |  | •  | Berbanding dengan isipadu yang sedikit
  ketika musim kemarau, halaju akan berkurangan.  | 
| B4  | Bahan muatan / beban muatan/ saiz
  bahan  |  | Bahan ampaian yang ringan dan halus
  lebih mudah diangkut berbanding beban dasar yang besar dan berat.  Bahan muatan yang besar akan bergerak
  perlahan akan sukar diangkut dan bergerak secara melompat-lompat  | 
| B5  | Bentuk Alur  | •  | Alur sungai yang lurus,  proses pengangkutan lebih giat/berkesan
  berbanding alur sungai berliku  | 
| B6  | Aktiviti manusia  | •  | Aktiviti pertanian dan pembalakan
  menyebabkan hakisan permukaan giat.  | 
|  |  | •  | Bahan sedimen daripada proses hakisan
  tersebut akan mengalir ke dalam sungai, proses pengangkutan akan menjadi
  giat.  | 
| B7  | Litupan tumbuhan  | •  | Kurang / tiada litupan tumbuhan di
  tebing sungai menyebabkan tebing mudah dihakis dan menyediakan bahan sedimen
  untuk diangkut. Proses pengangkutan sungai menjadi sangat giat.  | 
Mana-mana 6 fakta x 2m + 1m (kesimpulan) = 13 markah 
4. (a) Nyatakan tiga faktor pertumbuhan
penduduk                                                                          [3] 
          ai Kadar kelahiran  
          aii Kadar kematian  
        
aiii Migrasi bersih 
(b)  Jelaskan tiga kesan positif pertambahan penduduk terhadap sosiekonomi
sesebuah negara.  [6]  
| Kod  | Fakta
   | Huraian  | 
| b1  | Tenaga buruh  | menyediakan
  tenaga buruh yang mencukupi untuk sektor pekerjaan  | 
| b2  | Peningkatan Infrastruktur/ kemudahan asas  | pembangunan
  infrastruktur dan kemudahan asas dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan
  penduduk  | 
| b3  | Perluasan pasaran domestik  | penduduk
  yang ramai menyumbang kepada perluasan pasaran domestik bagi barangan dan
  perkhidmatan  | 
| b4  | Pendapatan negara meningkat
   | penduduk
  bertambah – kutipan cukai  | 
Mana-mana 3x2 markah =6m
 (c) Jelaskan bagaimana kualiti penduduk
menentukan tahap pembanguan sesebuah negara. 
[6] 
| Kod  | Fakta
   | Huraian  | Kesan  | 
| c1  | Taraf pendidikan  | pendidikan
  tinggi – ijazah/diploma/phd/sarjana  | menyumbang idea ,meningkatkan tenaga
  profesional untuk pembangunan negara  yang maju/moden  | 
| b2  | Tahap Kemahiran  | kemahiran
  dan kepakaran dalam bidang tertentu – kejuruteraan,ICT/sains&tek nologi,
  teknik &vokasional dll   | meningkatkan daya cipta dan inovasi baru untuk memajukan negara  | 
| b3  | Tahap Kesihatan  | Kemudahan
  perubatan, kesihatan yang baik, akses kesihatan  | daya tahan yang tinggi melahirkan tenaga kerja yang produktif   | 
| b4  | Sikap positif/insaniah  | kepimpinan,integriti,
  kejujuran, amanah  | keterbukaan minda, bermotivasi yang boleh menyumbang kepada
  pembangunan negara  | 
Mana-mana 3x2 markah =6m 
  5.a)  Bincangkan kesan negatif terhadap alam
sekitar fizikal akibat daripada transformasi           desa
di Malaysia          [13m] 
| Kod  | Fakta  | Huraian  | 
| a1  | Meningkatkan
  kejadian hakisan tanah.  | -Pembukaan ladang / pembersihan hutan
  untuk aktiviti pertanian/pembinaan/perindustrian mendedahkan permukaan tanah
  kepada larian air  permukaan  | 
| a2  | Meningkatkan kadar keasidan
  tanah/ ketandusan tanah  | -Penggunaan baja kimia / racun makhluk
  perosak / racun rumpai dalam aktiviti pertanian  | 
| a3  | Meningkatkan kemerosotan kualiti air /
  pencemaran air  | -Penggunaan baja kimia / racun makhluk
  perosak / racun rumpai dalam aktiviti pertanian  -Perindustrian
  desa menyebabkan pembuangan sisa influen /toksid
  /pepejal ke dlm sistem saliran  -Pembuangan
  sisa najis/kumbahan daripada aktiviti domestik/ penternakan  | 
| a4  | Kepupusan
  flora dan fauna.  | -Pembukaan ladang /
  penyahutanan untuk aktiviti pertanian/pembinaan/perindustrian akan
  memusnahkan spesies pokok dan hidupan liar  | 
| a5  | Kemusnahan
   habitat
   | Penyahutanan untuk aktiviti
  pertanian/pembinaan/perindustrian akan memusnahkan hutan yang menjadi tempat
  perlindungan dan pembiakan hidupan liar  | 
| a6  | Menjejaskan
  ekosistem (daratan @ akuatik)  | -Penyahutanan untuk aktiviti
  pertanian/pembinaan/perindustrian menjejaskan rantaian makanan/siratan
  makanan  -Pembinaan kolam ternakan /
  pembinaan sangkar ternakan ikan / penggunaan bahan pembasmi kulat / sisa
  makanan ternakan yang berlebihan menjejaskan rantaian makanan/siratan makanan
   | 
| a7  | Menjejaskan
  kualiti udara / pencemaran udara  | Serbuk
  simen / serbuk kayu / pembakaran sisa-sisa binaan/ pelepasan asap kilang
  daripada perindustrian desa menghasilkan partikulat terampai seperti habuk
  dan debu  | 
| a8  | Meningkatkan
   hakisan pantai / hakisan
  tebing sungai  | Pembinaan
  prasarana pelancongan seperti hotel / chalet /resort/jalan raya/jeti
  memusnahkan litupan tumbuh-tumbuhan yang berfungsi mencengkam tanah  | 
| a9  | Peningkatan suhu mikro/pemanasan setempat  | Penebangan pokok untuk
  aktiviti pertanian/pembinaan/perindustrian menyebabkan kurang/ketiadaan
  litupan tumbuhan  | 
Mana-mana 6 isi x 2m +1m =
13m
 b) Cadangkan enam langkah untuk merapatkan jurang pembangunan antara
kawasan  bandar dan  
luar
bandar  di Malaysia          [12m]
| Kod  | Fakta  | Huraian  | 
 | |
| C1  | Mempergiatkan program pembangunan  insitu  | Menekankan pembangunan fizikal luar
  bandar / melengkapi petempatan desa dengan pelbagai kemudahan asas seperti
  bekalan air bersih, bekalan elektrik, kemudahan jalan raya dll.  Menaiktaraf sistem pengangkutan /
  sistem pengairan untuk menjana pembangunan ekonomi .  Memperkenalkan konsep Projek Desa
  Wawasan/  Inap Desa .  | 
 | |
| C2  | Memperkasakan Program pembangunan
  pertanian bersepadu  ( IADP )  | Pakej pembangunan bersepadu yang
  menyatupadukan sumber, tenaga, modal daripada pelbagai agensi kerajaan yang
  diurus oleh Kementerian Pembangunan luar bandar.  Agensi yang terlibat seperti MARDI,
  FAMA, RISDA, AGRO BANK, LPP, JKR, JPS bekerjasama untuk mentranformasikan
  sektor pertanian tradisional     kepada
  pertanian berasaskan  teknologi, inovasi dan kaedah
  pengurusan yang moden bagi meningkatkan hasil tanaman / meningkatkan taraf
  hidup petani.  | 
 | |
| C3 | Meningkatkan  Perindustrian desa  ( PKS )  | Penyelerakan pelbagai sektor industri
  berasaskan pemprosesan, pembuatan dan ekonomi kitaran ke kawasan luar bandar
  berasaskan potensi tanaman utama  Kerajaan menyediakan prasarana /
  pinjaman dana/khidmat nasihat/bantuan pemasaran  | 
 | |
| C4  | Mempergiatkan  Rancangan  Pembangunan  Wilayah (RPW)  | Strategi membangunkan sumber alam
  seperti sumber galian/ tanah/ hutan dll sumber semula jadi yang diurus selia
  oleh FELDA / FELCRA bagi mewujudkan kawasan perladangan yang besar seperti
  JENGKA TIGA SEGI, KESEDAR, KEJORA, KETENGAH, PERDA, DARA, MADA dll.  Idea pembangunan wilayah terkini ialah
  pengenalan konsep  Koridor Pembangunan Wilayah seperti
  NCER, ECER,  SCORE, SDC dan WILAYAH PEMBANGUNAN
  ISKANDAR.  | ||
| C5  | Memperbanyakkan  Pembandaran desa  | -Mewujudkan bandar-bandar baru di
  kawasan luar bandar. -Membandarkan pusat-pusat pertumbuhan desa di luar
  bandar yang berpotensi.  -Cth: Bandar Tun Abdul Razak, Bandar
  Tenggara,  Bandar Permaisuri, Bandar Muadzam
  Shah.  | ||
| C6  | Meningkatkan Program pembangunan
  sosial  | -Penyelerakan IPTA seperti pembinaan
  UITM/ Politeknik  /Pusat Giat Mara/Pusat Latihan
  perindustrian, Institut Latihan Belia dll ke kawasan-kawasan luar bandar /
  pinggir bandar  -Cth : UiTM Dungun, UiTM Segamat, UiTM
   Jengka, UNITEN Muadzam Shah .  | ||
| C7  | Memperbanyakkan  Pusat Tranformasi  Desa  (RTC)  | -Pusat pengumpulan dan agihan bahan
  mentah/ pusat pertumbuhan desa .  -Pusat penyebaran maklumat / inovasi .
   -Pusat perkhidmatan setempat .  -Cth : RTC Gopeng,  RTC Rembau .  | ||
|  C8  | Memperbanyakkan  Pusat Pertumbuhan  Desa (PPD)  | -Kerajaan membangunkan kawasan desa
  yang berpotensi dengan ciri-ciri bandar.  - Kawasan desa ini akan dilengkapkan
  dengan kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial yang lengkap bagi
  kemudahan penduduk desa. -Ini boleh mengurangkan penghijrahan penduduk dari
  desa ke bandar.  | ||
Mana-mana 6 isi x 2m = 
12 m 
 6. (a) Sejauhmanakah faktor kemajuan kesihatan
moden mempengaruhi kualiti sumber 
            manusia di  sesebuah negara.                                                               [13]  
| Kod  | Fakta  | Huraian  | 
|   |  | Faktor kemajuan kesihatan  | 
| a 1  | Ubat-ubatan/  vaksin yang berkualiti/ baru  | lebih berkesan - meningkatkan tahap
  kesihatan penduduk.  | 
| a 2  | Kemudahan  hospital dan pusat rawatan   | yang banyak/ cukup untuk merawat
  pesakit.  | 
| a 3  | Kepakaran  | dalam pelbagai bidang perubatan/
  jumlah doktor pakar yang ramai.  | 
| a 4  | Teknologi dan alatan moden dalam
  bidang perubatan  | mesin perubatan moden,CT Scan, MRI,
  Mesin Dialysis, Kimoterapi.  | 
|   |  | Faktor-faktor lain  | 
| a 5  | Pendidikan  | Kelulusan akademik, kadar celik huruf/
  celik ICT tinggi – sumber manusia berkualiti.  | 
| a 6  | Kemahiran  | Kemahiran dalam bidang teknik dan
  vokasional dll  | 
| a 7  | Kebolehkerjaan (fizikal dan mental)  | Budaya kerja yang positif – menepati
  masa – mobiliti buruh – patuh arahan.  | 
| a 8  | Sikap positif  | Tahap kepimpinan yang tinggi dan
  berdaya tahan – kecekapan berkomunikasi – tahap integriti – keterbukaan minda
   | 
| a 9  | Dasar kerajaan  | Kerajaan menubuhkan institusi latihan,
  kursus, insentif, biasiswa – akses pendidikan – galakan pendidikan – galakan
  R&D.  | 
6 x 2m + 1m (penegasan) = 13m 
   
(b) Huraikan bagaimana aktiviti ekonomi penduduk di sesebuah kawasan
boleh 
           mempengaruhi perubahan  alam sekitar fizikalnya.                [12]  
| Kod  | Fakta  | Huraian  | Kesan  | 
| b 1  | Pertanian  | Mengubah bentuk muka bumi melalui
  penarahan, peneresan cerun, meratakan bukit, membajak, penyahutanan (tebang
  dan bakar), menggali, membaja, meracun, membina sistem pengairan |           | 
|  |  |  |   -pencemaran air  -pencemaran udara  -pencemaran tanih  -hakisan tanah  -gerakan jisim  -kepupusan sumber   -kewujudan kolam/ tasik besar  kepupusan flora dan fauna - perubahan
  lanskap fizikal  kerosakan terumbu karang  -peningkatan suhu  pencemaran bau dan bunyi  | 
| b 2  | Perlombongan  | Tebuk, gerudi, gali letup   | |
| b 3  | Pembalakan  | Tebang pokok secara besarbesaran,
  proses mengangkut hasil pembalakan–   | |
| b 4  | Perkilangan  | Pembakaran bahan tenaga fosil dan
  pelepasan sisa , pemprosesan bahan  | |
| b 5  | Pembinaan  | Penerokaan tanah, perataan tanah,
  peneresan tanah –   | |
| b 6  | Perikanan  | Memukat, menuba, mengebom, bina
  prasarana perikanan seperti jeti, pelantar, perikanan akuakultur | |
|  |  |  | - hujan asid -kemerosotan kesuburan tanah -banjir -pemendapan | 
| b 7  | Pengangkutan  | Pembinaan lebuh raya, lapangan
  terbang, pembakaran bahan api fosil – pelepasan asap –   | |
| b 8  | Pelancongan  | Pembinaan infrastruktur, pembuangan
  sisa, pembinaan kawasan rekreasi.   | |
| b 9  | Pembangunan kawasan petempatan/
  domestik  | Pembuangan sisa, Pembuangan bahan
  kumbahan, pembakaran  terbuka –   | |
| b 10  | Penternakan  | Proses pembinaan kandang, pembukaan
  kawasan ragutan- ragutan berlebihan ).  | 
Mana-mana 4 X 3m = 12m 
- TAMAT-
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan