BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR
FIZIKAL
( 20 Markah)
Jawab semua soalan.
1. a) Nyatakan dua komponen
asas yang membentuk sesebuah ekosistem. [ 2 ]
Dua
komponen asas sesebuah ekosistem:
-
Komponen biotik atau benda hidup seperti tumbuhan, haiwan dan
organisma
-
Komponen abiotik atau bukan hidupan seperti tanih, air, udara,
cahaya matahari dan zat galian (bahan mineral).
b) Huraikan
dua peranan pengeluar dalam mempengaruhi proses
geomorfologi di
sesebuah kawasan
[ 4 ]
-
Akar pokok bakau boleh
mempertahankan hakisan ombak dan
memendap-
kan sedimen,
akar juga mampu mengukuhkan cengkaman tanih.
-
Proses cegatan silara – air
hujan yang jatuh ke daun pokok melalui proses
Cegatan silara menghindar
berlakunya hakisan percikan, air larian
permukaan; peranan
litupan tumbuh-tumbuhan sebagai
penghalang
bertambahnya kadar hakisan.
-
Luluhawa – luluhawa
biologi – akar tumbuh-tumbuahn
-
Gerakan jisim – peranan
tumbuh-tumbuhan mengawal gerakan jisim
c)
Huraikan dua langkah yang dapat membantu memulihara sesebuah ekosistem
[ 4 ]
-
menanam
semula hutan yang telah ditebang
-
pendidikan secara formal dan tidak formal
-
kempen
berterusan – melalui media cetak dan lektronik
-
melakukan penyelidikan dan pembangunan
-
penebangan secara terpilih
Mana-mana 2 isi + huraian = 2m,
maksima 4m.
2. a) Apakah
yang dimaksudkan dengan konsep kitar
nutrien ? [ 2 ]
-
Satu kitaran yang lengkap secara berterusan
dan berkesinambungan
bahan
kimia (seperti nitrogen, karbon, fosforus,
kalsium dan lain-lain) dalam
sesebuah ekosistem yang berlaku dalam tiga fasa, iaitu atmosfera, tanih dan biosfera.
b)
Jelaskan bagaimana ‘kitar karbon’
boleh terganggu akibat aktiviti manusia.
[ 4 ]
-
Aktiviti perindustrian
– penggunaan petroleum, gas asli dan arang batu –
banyakkan gas karbon dioksid
- udara tercemar
-
Aktiviti penyahutanan –
untuk tujuan pembinaan, petempatan , pertanian
dan pembalakan – tambahkan kuantiti karbon dioksid – kerana
tiada tumbuhan
untuk menyerap karbon dioksid di atmosfera
-
Aktiviti pengangkutan
– penggunaan kenderaan bermotor – keluarkan banyak
Karbomn dioksid dan karbon monoksid di udara
-
Pembakaran terbuka
– kawasan pertanian - pembakaran jerami
dan lading tebu – hasilkan banyak gas karbon dioksid di udara
-
Aktiviti penghutanan semula – mengurangkan karbon dioksid di udara –
tumbuhan sebagai penyerap karbon dioksid - untuk proses fotosentesis
c) Jelaskan proses yang berlaku di dalam
fasa tanih seperti yang dilabelkan A dan B. [ 4 ]
Proses yang berlakudalam fasa tanih
seperti yang dilabelkan A dan B berupaya
menambahkan nutrien dalam tanih ;
i)
A – pengurai seperti bakteria, kulat dan fungi mengurai bahan organik
seperti binatang mati & reput, kumuhan untuk menambahkan
nutrient dalam tanih. (proses perkumuhan dan pereputan binatang)
ii)
B – pereputan tumbuh-tumbuhan - pengurai
seperti bakteria, kulat dan fungi mengurai bahan organik seperti daun reput
BAHAGIAN B
: ALAM SEKITAR MANUSIA
( 20 Markah)
Jawab semua soalan.
3. a) Jelaskan impak aktiviti perikanan
terhadap ekosistem marin. [
4 ]
Kod
|
aktiviti
|
Impak/kesan
|
A1
|
Penangkapan ikan berlebihan -cth pukat tunda
|
Kepupusan spesies hidupan marin
|
A2
|
Amalan penggunaan bom ikan semasa aktiviti penangkapan.
|
Pencemaran air
|
A3
|
Tambak laut / tebus guna
|
Pencemaran air laut /keruh
|
A4
|
Kegiatan akuakultur di kawasan paya bakau- contoh
ternakan udang
|
Kemusnahan habitat
hidupan di kawasan paya bakau.
|
A5
|
Kegiatan penangkapan ikan -pembuangan minyak/ sisa tangkapan
|
Pencemaran laut.
|
b) Huraikan tiga
langkah pemeliharaan sumber kepelbagaian biologi marin. [ 6 ]
Kod
|
Aktiviti
|
B1
|
Mewartakan
taman-taman laut - Akta mencegah sebarang aktiviti kegiatan
penangkapan dan gangguan terhadap hidupan marin.
|
B2
|
Membina tukun-tukun tiruan - memperbanyakkan kawasan
pembiakan
|
B3
|
Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan-
menghasilkan spesies ikan, udang dan sebagainya.
|
B4
|
Kempen - Melalui media massa dan media cetak -
kempen kesedaran terhadap kepentingan sumber kepelbagaian biologi.
|
B5
|
Pendidikan - Secara formal dan tidak formal - memberi kesedaran/ memberi
pengetahuan diperingkat sekolah hingga ke universiti - cth mata pelajaran
geografi.
|
4. a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Deklarasi Langkawi’ ? [ 2 ]
Deklarasi
Langkawi merupakan kerjasama yang
persetujui di Pulau Langkawi
antara ketua-ketua kerajaan Komanwel
semasa mesyuarat ketua-ketua
Komanwel
(CHOGM) pada bulan Oktober 1999 berhubungkait dengan tanggungjawab
negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi
masalah
pencemaran alam sekitar.
(b)
Nyatakan 4 tindakan yang telah
digariskan dalam Deklarasi Langkawi
bagi
menjayakannya. [ 4 ]
Kod
|
Tindakan
|
B1
|
Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan
alam sekitar yang ada.
|
B2
|
Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara
maju dan sedang membangun.
|
B3
|
Mengurangkan pencemaran laut
|
B4
|
Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
|
(c) Jelaskan 2 langkah bukan perundangan untuk
mengatasi masalah penipisan lapisan
ozon.
[ 4 ]
Kod
|
Langkah
|
Huraian Langkah
|
C1
|
Penggunaan petrolium tanpa plumbum
|
Mengurangkan pembebasan gas-gas karbon
|
C2
|
Amalan teknologi hijau
|
Penanaman pokok -pokok hijau
|
C3
|
Kitar semula
|
Mengurangkan proses pembakaran terbuka
|
C4
|
Kempen
|
Melalui media massa dan media cetak
|
C5
|
Pendidikan
|
Pendidikan secara formal dan bukan formal.
|
C6
|
Penggunaan penapis asap
|
Menapis asap-asap yang mengandungi karbon dapat
dikurangkan
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan