28 Oktober, 2017

SOALAN DAN JAWAPAN SOALAN RAMALAN 2 PENGGAL 3 2017

BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL
                                                              ( 20 Markah)
Jawab semua soalan.
1.  a)   Nyatakan  dua komponen asas yang membentuk sesebuah ekosistem.            [ 2 ]
              
          Dua komponen asas sesebuah ekosistem:

-          Komponen biotik atau benda hidup seperti tumbuhan, haiwan dan
organisma

-          Komponen abiotik atau bukan hidupan seperti tanih, air, udara,
cahaya matahari dan zat galian (bahan mineral).


    b)   Huraikan  dua peranan  pengeluar  dalam mempengaruhi proses
           geomorfologi di sesebuah kawasan                                                                    [ 4 ]

-          Akar pokok bakau boleh mempertahankan hakisan ombak dan memendap-
kan sedimen, akar juga mampu mengukuhkan cengkaman tanih.

            -    Proses cegatan silara – air hujan yang jatuh ke daun pokok melalui proses
                 Cegatan silara menghindar berlakunya hakisan percikan, air larian
                 permukaan; peranan litupan tumbuh-tumbuhan  sebagai penghalang
                 bertambahnya kadar hakisan.

-          Luluhawa – luluhawa biologi – akar tumbuh-tumbuahn

-          Gerakan jisim – peranan tumbuh-tumbuhan mengawal gerakan jisim


       c)  Huraikan dua langkah yang dapat membantu memulihara sesebuah ekosistem
                                                                                                                                       [ 4 ]

-    menanam semula hutan yang telah ditebang
-    pendidikan secara formal dan tidak formal
-    kempen berterusan – melalui media cetak dan lektronik
-     melakukan penyelidikan dan pembangunan
-     penebangan secara terpilih

Mana-mana 2 isi + huraian = 2m, maksima 4m.









 
2.  a)  Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kitar nutrien ?                                [ 2 ]

-          Satu kitaran yang lengkap secara berterusan dan berkesinambungan
bahan kimia (seperti nitrogen, karbon, fosforus, kalsium dan lain-lain) dalam
sesebuah ekosistem yang berlaku dalam tiga fasa, iaitu atmosfera, tanih dan biosfera.

      b)  Jelaskan bagaimana ‘kitar karbon’ boleh terganggu akibat aktiviti manusia.   [ 4 ]

-          Aktiviti perindustrian – penggunaan petroleum, gas asli dan arang batu –
banyakkan gas karbon dioksid  - udara tercemar
-          Aktiviti penyahutanan – untuk tujuan pembinaan, petempatan , pertanian
dan pembalakan – tambahkan kuantiti karbon dioksid – kerana tiada  tumbuhan
untuk menyerap karbon dioksid di atmosfera
-          Aktiviti pengangkutan – penggunaan kenderaan bermotor – keluarkan banyak
Karbomn dioksid dan karbon monoksid di udara
-          Pembakaran terbuka – kawasan pertanian  - pembakaran jerami dan lading tebu – hasilkan banyak gas karbon dioksid di udara
-          Aktiviti penghutanan semula – mengurangkan karbon dioksid di udara –
tumbuhan sebagai penyerap karbon dioksid  - untuk proses fotosentesis


      c) Jelaskan proses yang berlaku di dalam fasa tanih seperti yang dilabelkan A dan B.                                                                                                                                          [ 4 ]

            Proses yang berlakudalam fasa tanih seperti yang dilabelkan A dan B berupaya
            menambahkan nutrien dalam tanih ;

i)                    A – pengurai seperti bakteria, kulat dan fungi mengurai bahan organik
seperti binatang mati & reput, kumuhan untuk menambahkan nutrient dalam tanih. (proses perkumuhan dan pereputan binatang)

ii)             B – pereputan tumbuh-tumbuhan  - pengurai seperti bakteria, kulat dan fungi mengurai bahan organik seperti daun reput









BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA
( 20 Markah)

Jawab semua soalan.

3.    a) Jelaskan impak aktiviti perikanan terhadap ekosistem marin.                          [ 4 ]

Kod
aktiviti
Impak/kesan
A1
Penangkapan ikan berlebihan -cth pukat tunda
Kepupusan spesies hidupan marin
A2
Amalan penggunaan bom ikan semasa aktiviti  penangkapan.
Pencemaran air
A3
Tambak laut / tebus guna

Pencemaran air laut /keruh
A4
Kegiatan akuakultur di kawasan paya bakau- contoh ternakan udang

Kemusnahan habitat  hidupan di kawasan paya bakau.
A5
Kegiatan penangkapan ikan -pembuangan minyak/ sisa tangkapan


Pencemaran laut.
      b)  Huraikan tiga langkah pemeliharaan sumber kepelbagaian biologi marin.      [ 6 ]

Kod
Aktiviti
B1
Mewartakan  taman-taman laut - Akta mencegah sebarang aktiviti kegiatan penangkapan dan gangguan terhadap hidupan marin.

B2
Membina tukun-tukun tiruan - memperbanyakkan kawasan pembiakan

B3
Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan- menghasilkan spesies ikan, udang dan sebagainya.

B4
Kempen - Melalui media massa dan media cetak - kempen kesedaran terhadap kepentingan sumber kepelbagaian biologi.

B5
Pendidikan - Secara formal dan  tidak formal - memberi kesedaran/ memberi pengetahuan diperingkat sekolah hingga ke universiti - cth mata pelajaran geografi.








4.  a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Deklarasi Langkawi’ ?                                 [ 2 ]

Deklarasi Langkawi merupakan kerjasama  yang persetujui di Pulau Langkawi
            antara ketua-ketua kerajaan Komanwel semasa mesyuarat ketua-ketua
Komanwel (CHOGM) pada bulan Oktober 1999 berhubungkait dengan tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar.


    (b)  Nyatakan 4 tindakan   yang telah digariskan  dalam Deklarasi Langkawi     
           bagi menjayakannya.                                                                                             [ 4 ]

Kod
Tindakan
B1
Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar yang ada.

B2
Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun.
B3
Mengurangkan pencemaran laut

B4
Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon


(c)    Jelaskan 2 langkah bukan perundangan untuk mengatasi masalah penipisan lapisan
        ozon.                                                                                                                                                 [ 4 ]


Kod
Langkah
Huraian Langkah
C1
Penggunaan petrolium tanpa plumbum
Mengurangkan pembebasan gas-gas karbon

C2
Amalan teknologi hijau
Penanaman pokok -pokok hijau

C3
Kitar semula
Mengurangkan proses pembakaran terbuka

C4
Kempen
Melalui media massa dan media cetak

C5
Pendidikan
Pendidikan secara formal dan bukan formal.

C6
Penggunaan penapis asap
Menapis asap-asap yang mengandungi karbon dapat dikurangkan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan