Angin dan tekanan udara
1.
Zon-zon tekanan udara rendah
atau tinggi dipengaruhi oleh jumlah penerimaan tenaga haba dari matahari.
2.
Semasa musim sejuk, keadaan
yang lampau sejuk menyebabkan terbentuknya zon-zon tekanan udara yang tinggi.
Sebaliknya, zon-zon tekanan udara yang rendah terbentuk di kawasan yang
menerima tenaga haba yang banyak seperti ketika musim panas.
3.
Di kawasan Khatulistiwa juga
terbentuk tekanan udara rendah sepanjang tahun yang dikenali sebagai doldrum.
Daerah tekanan rendah dipanggil lekukan atau siklon, manakala daerah tekanan
tinggi sebagai antisiklon.
4.
Umumnya, perbezaan tekanan
udara secara mendatar berupaya menggerakkan udara dari daerah tekanan tinggi ke
arah daerah tekanan rendah. Apabila berlaku pergerakan udara, dikatakan tiupan
angin berlaku.
5.
Daya koriolis akibat putaran
bumi pada paksinya juga boleh menyebabkan pemesongan terhadap pergerakan angin
dari kawasan tekanan tinggi ke tekanan
rendah.
6.
Kelajuan angin sangat
dipengaruhi oleh darjah kecerunan tekanan udara. Jika tekanan udara semakin
curam, angin bergerak dengan semakin laju.
7.
Sebaliknya, tekanan udara yang
semakin landai bermakna angin bergerak dengan semakin perlahan. Garis-garis
isobar digunakan untuk menunjukkan kecerunan tekanan udara dan kelajuan angin
yang berhubung dengannya.
Sistem angin dunia
1.
Tekanan udara dan pergerakan
angin memang berkait rapat. Udara yang bergerak dari zon tekanan udara tinggi
ke zon tekanan udara rendah menghasilkan sistem angin dunia.
2.
Pergerakan angin terbias ke
kanan di hemisfera utara, manakala di hemisfera selatan pula pergerakan angin
terbias ke kiri. Pembiasan angin ini disebabkan oleh daya koriolis.
3.
Di hemisfera utara, pergerakan
angin dari kawasan tekanan tinggi subtropika menuju ke doldrum (tropika)
terbias ke kanan sebagai angin Timuran Utara.
4.
Pergerakan angin yang menghala
ke kawasan tekanan rendah subkutub pula terbias menjadi anginBaratan Utara.
Angin dari kawasan tekanan tinggi kutub pula terbias menjadi angin Timuran
Kutub.
5.
Di hemisfera selatan,
angin-angin terbias ke kiri menjadi angin Timuran Selatan, angin Baratan
Selatan dan angin Baratan Kutub.
Angin-angin ini diberi nama mengikut punca arahnya, iaitu timur atau barat.