11 Mac, 2014

SOALAN-SOALAN LATIHAN

Jawapan Tema 6          Saling Kebergantungan Sistem

Soalan 1

(a)          Interaksi antara sistem ialah saling kebergantungan antara satu sistem dengan satu sistem yang lain. Interaksi ini boleh mengganggu dan mengubah alam sekitar          fizikal dan alam sekitar manusia. Gangguan tersebut akan mendatangkan kesan            baik dan kesan buruk.                                                                                         (5m)
(b)         Dua contoh interaksi antara sistem ialah:
§  Antara sistem hidrologi dengan sistem geomorfologi:
            Melibatkan proses gondolan yang merangkumi proses luluhawa, proses                         pergerakan jisim dan  proses hakisan.
§  Antara sistem geomorfologi  dengan sistem atmosfera:
             Lihat pada beberapa kesan akibat kejadian letusan gunung berapi.            (8m)
(c)          Kesan interaksi antara sistem:
§  Kejadian hujan asid
§  Kenaikan suhu secara global
§  Kejadian musim sejuk tersejuk
§  Kejadian hakisan tanah
§  Kejadian tanah runtuh
§  Kejadian banjir musiman                                                                            (12m)

Soalan 2

(a)          Empat contoh berlakunya interaksi antara sistem hidrologi dengan sistem    geomorfologi:
§  Luluhawa pengoksidaan
§  Kejadian aliran lumpur
§  Kejadian banjir
§  Kejadian kesotan                                                                                          (4m)
(b)        Bagaimana interaksi tersebut berlaku:
§  Proses pengoksidaan amat berkesan di kawasan tropika dan menghasilkan pembentukan tanih laterit yang subur. Air hujan yang mengandungi H2O akan menyebabkan berlaku tindak balas pengoksidaan di mana mineral besi dalam tanah di kawasan tersebut akan dioksidakan menjadi besi oksida.
§  Tanah runtuh di cerun lebuh raya dan cerun bukit yang dibina petempatan kerap kali berlaku di Malaysia. Kejadian tanah runtuh biasanya berlaku  di kawasan cerun yang mengalami kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan dan akibat hujan lebat, sama ada semasa hujan lebat ataupun selepas hujan lebat.
§    Kejadian aliran lumpur berlaku apabila air hujan yang turun dengan banyaknya bercampur dengan tanah yang terdapat di cerun bukit tanpa litupan tumbuh-tumbuhan dialirkan menuruni cerun dengan laju dan deras serta mampu memusnahkan apa sahaja yang ditemui dan dilaluinya.
Proses kesotan tanih pula melibatkan cerun landai yang telah tepu dengan air hujan. Oleh kerana cerunnya yang landai, gerakannya agak perlahan dan berlaku dalam jangka masa yang lama. Lama kelamaan baru boleh dilihat 


dengan mata kasar apabila terdapat tiang dan pokok yang condong di cerun-cerun bukit yang landai.                                                                                  (12m)
(c)       Empat kesan interaksi antara sistem hidrologi dengan sistem  geomorfologi  terhadap  alam sekitar:
§  Kesuburan tanih meningkat
§  Kemusnahan harta benda dan nyawa manusia
§  Kemusnahan kemudahan asas dan awam
§  Sistem pengangkutan terputus                                                                (9m)

Soalan 3

(a)                      Sistem-sistem yang terganggu akibat kebakaran hutan dan contohnya:
§   Sistem atmosfera - kejadian jerebu
§   Sistem geomorfologi - peningkatan kadar hakisan tanah.
§   Sistem hidrologi - kejadian banjir.                                                         (6m)

(b)         Tiga contoh gangguan tersebut berlaku ialah:
§  Kejadian jerebu – ruang atmosfera dipenuhi partikal halus (debu) dan asap daripada kebakaran hutan menghalang penglihatan manusia dan pelepasan haba ke angkasa serta haba matahari ke bumi. Akibatnya, suhu      meningkat dan udara kering serta tercemar.
§  Peningkatan kadar hakisan tanah – permukaan tanah akan dihakis oleh air mengalir kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan disebabkan oleh kebakaran hutan. Akar-akar pokok tidak lagi dapat memegang tanah dan menghalangnya daripada terhakis.
§  Kejadian banjir – tanah yang dihakis akan mengalir bersama air hujan ke alur sungai. Alur sungai akan dipenuhi tanah dan semakin cetek. Kesannya, air akan melimpah keluar tebing kerana tidak dapat lagi mengalir di alur yang telah penuh dengan tanah tadi. Limpahan air ini akan mengakibatkan terbentuknya kejadian banjir.                              (7m)

(c)          Tiga kesan gangguan terhadap alam sekitar:
§    Gangguan kepada sistem pengangkutan  dan perhubungan. Keadaan ini mengganggu kegiatan harian manusia. Penduduk sukar untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang dikehendakinya, misalnya untuk ke tempat kerja, sekolah dan membeli belah.
§    Menjejaskan kegiatan ekonomi  negara di mana semua sektor ekonomi terpaksa ditutup buat sementara waktu, misalnya sektor perkilangan dan pembinaan. Keadaan ini akan menjejaskan dan mengurangkan produktiviti pengeluar. Keadaan bertambah teruk jika pihak kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan berlakunya kejadian jerebu.
§    Masalah dari segi kesihatan kepada penduduk. Golongan yang berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan ialah kanak-kanak dan warga emas. Antara penyakit yang kerap kali meningkat pada masa ini ialah lelah, sesak nafas,  radang paru-paru dan sakit mata yang berair.
    (6m)
   (d)    Tiga langkah mengurangkan gangguan:
§  Kuat kuasa  undang-undang
Akta Kualiti Alam  Sekeliling 1974 telah dipinda dan diwartakan pada
1 Julai 1998 ekoran daripada masalah  jerebu  yang berpunca daripada masalah kebakaran hutan.
§  Kerjasama sesama negara jiran
Kejadian jerebu di Malaysia, kesan daripada kebakaran hutan di Kalimatan dan Sumatera. Pasukan bomba dari Malaysia telah dihantar ke sana untuk memadam api atas semangat setiakawan dan hidup berjiran.
§  Kempen kesedaran dan pendidikan
Peranan ini boleh dimainkan oleh pihak media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar. Media massa boleh merayu, menyeru, dan mendidik masyarakat supaya  bersikap tanggung jawab demi memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terus tercemar.                                (6m)

Soalan 4

(a)          Banjir ialah satu kejadian di mana permukaan bumi dipenuhi air dalam jangka masa tertentu akibat daripada kejadian hujan lebat yang berpanjangan dan           limpahan air sungai. Keadaan tanih di sekitar kawasan tersebut pula telah tepu        dengan air.                                                                                                    (5m)
(b)         Punca berlakunya berlakunya banjir:       
§  Jumlah hujan yang lebat dan berpanjangan
§  Kekurangan kawasan tadahan air akibat kemusnahan hutan
§  Alur sungai cetek
§  Tanih yang tepu dengan air                                                                    (4m)
      (c)       Empat kesan berlakunya banjir terhadap alam sekitar:
§  Kemusnahan harta benda
§  Kehilangan nyawa
§  Sistem perhubungan dan pengangkutan terjejas
§  Kemusnahan kawasan pertanian                                                            (8m)
      (d)       Empat langkah bagi mengurangkan risiko akibat banjir:
§  Mewartakan taman negara dan hutan simpan
§  Mengorek dan mendalamkan sungai
§  Penyenggaraan sistem perparitan dan saliran
§  Perangkap sampah dipasang di hujung saluran longkang                       (8m)

Soalan 5
                  
(a)    Maksud konsep pemeliharaan dan pemuliharaan:
§  Pemeliharaan bermaksud usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk melindungi alam sekitar yang sedia ada daripada musnah supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
§  Pemuliharaan bermaksud usaha memulihkan  alam sekitar yang telah diterokai dan dicemari daripada terus musnah dan lenyap begitu sahaja tanpa boleh diwarisi oleh generasi akan datang.                                                                                                             (6m)
(b)        Tiga contoh bagi setiap konsep:
§   Contoh pemeliharaan:
-  Mewartakan taman negara
-  Mewartakan hutan simpan
-  Akta Perhutanan
§   Contoh pemuliharaan
 -  Projek ladang hutan
 -  Penebangan terpilih
 -  Penanaman semula                                                                              (6m)
(c)        Langkah perundangan dan bukan perundangan bagi mengurangkan masalah     alam sekitar
§   Langkah perundangan:
       - Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974)
       - Akta Jalan, Parit, dan Bangunan (1974)
                         - Akta Kerajaan Tempatan (1976)
§  Langkah bukan perundangan:
      - Kempen oleh badan kerajaan (NGO)
      - Kaedah  kejuruteraan
      - Usaha komuniti masyarakat

PERTANIAN


1.Nyatakan 2 lokasi utama bagi setiap jenis tanaman berikut :  (jawab pada kertas soalan)
a) Padi sawah
b) Getah
c) Kelapa Sawit
d) Kelapa
e) Teh
f) Lada hitam
g)Tembakau
h) Tebu
i) Sagu

3.Nyatakan 4 jenis pertanian yang utama di Malaysia: (jawab pada kertas soalan)

4.Huraikan ciri-ciri  setiap jenis pertanian di atas(soalan 3) : (jawab pada kertas soalan)

5  .Nyatakan  faktor-faktor yang mempengaruhi penbangunan sektor pertanian di Malaysia

6.Huraikan  faktor-faktor yang mempengaruhi penbangunan sektor pertanian di Malaysia

7. Nyatakan kepentingan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara @ kepada penduduk tempatan.


8. - Huraikan kepentingan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara @ kepada penduduk tempatan.
    -

9.Nyatakan masalah/kekangan yang dihadapi untuk membangunkan/memajukan sektor pertanian di Malaysia.

Peta Minda: (jawab pada kertas soalan)


8.Huraikan masalah/kekangan yang dihadapi untuk membangunkan/memajukan sektor pertanian di Malaysia (jawab dalam kertas kajang)


9. Nyatakan  langkah-langkah /program untuk memaju dan membangunkan sektor pertanian di Malaysia


10. Huraikan  langkah-langkah / program untuk memaju dan membangunkan sektor pertanian di Malaysia (jawab pada kertas kajang)

11. Apakah yang dimaksudkan dengan bioteknologi dalam sektor pertanian?
(jawab pada soalan)

12. Nyatakan kebaikan/faeadah/manfaat pengunaan kaedah bioteknologi kearah pembangunan sektor pertanian negara.

13. Huraikan kebaikan/faeadah/manfaat pengunaan kaedah bioteknologi kearah pembangunan sektor pertanian negara. (jawab pada kertas kajang)


14.Nyatakan kesan pembangunan sektor pertanian terhadap komponen alam sekitar fizikal berikut:
           
15. Nyatakan bagaimana  pembangunan sektor pertanian boleh menjejaskan alam sekitar fizikal.
Peta minda : (jawab pada kertas soalan)
16. Huraikan bagaimana  pembangunan sektor pertanian boleh menjejaskan alam sekitar fizikal.(jawab pada kertas kajang)

17.Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan lestari / pembangunan mampan dalam sektor pertanian? : (jawab pada kertas soalan)

18.Nyatakan langkah-langkah kearah pembangunan lestari / pembangunan mampan dalam sektor pertanian/pengurusan pertanian secara lestari/penglestarian sektor pertanian?



19.Huraikan  langkah-langkah kearah pembangunan lestari / pembangunan mampan dalam sektor pertanian/pengurusan pertanian secara lestari/mampan/penglestarian sektor pertanian. (jawab pada kertas kajang)



BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKA( 40 markah )

Jawab semua soalan  1
1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahangan suria.         
..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................[3]
                                                                                                                       
(b) Jelaskan  kaitan di antara  tenaga dengan proses  perubahan bentuk air.       
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................[4]SULIT                                                                                                                        
942/2
Geografi

(c) Bincangkan  peranan tumbuhan dalam mempengaruhi proses sejatpepeluhan dan proses larian air permukaan.                                                                                                                                                                         ………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………….........[4]
                                                                                                                                   
(d) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia yang berupaya memberi gangguan terhadap dua unsur cuaca dan iklim                                       

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………........[4]






SULIT                                                                                                                        
942/2
Geografi
Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3
2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan udara.                                                       [5]                                                                                                      
(b)  Huraikan bagaimana perbezaan tekanan udara boleh menghasilkan perbezaan angin  Monson Timur Laut       .                                                                                                                        [10]                                                                                                                 
(c)  Huraikan 5 kesan pengaruh angina monson terhadap aktiviti   manusia.             [10]

  3(a) Apakah yang dimaksudkan dengan resapan                                                                 [ 5 ]
    (b) Nyatakan dua proses utama edaran air tanih                                                                 [2 ]
    (c) Jelaskan faktor yang mempengaruhi kadar  resapan air di sesuatu kawasan                 [ 10 ]
    (d) Jelaskan kepentingan air bawah tanah terhadap aktiviti manusia.                                [ 8 


SULIT                                                                                                                        
942/2
Geografi
BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]

Jawab semua soalan 4

4.   (a)  Senaraikan tiga sektor ekonomi yang utama di Malaysia
...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................[3]
                                                                                                                                   
 (b) Huraikan dua ciri utama sektor pertanian ekstensif        

............................................................................................................................................................................................................................................................................................... ...............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
..........................................................................................................................................[4]
                                                                                                                                   
SULIT                                                                                                                        
942/2
Geografi
 (c) Jelaskan dua kepentingan penggunaan  bioteknologi dalam bidang pertanian  

................................................................................................................................................................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................[4]
(d)   “Penggunaan inovasi dalam bioteknologi mengurangkan impak ke atas alam sekitar.” Jelaskan penyataan ini.
         
...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................[4]

SULIT                                                                                                                        
942/2
Geografi

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6
5.         (a)  Jelaskan maksud industri sekunder ?                                                                          [5]
(b) Huraikan bagaimana inovasi moden dapat meningkatkan produktiviti industri sekunder di Malaysia                                                                                                         [10]

  (c)       Huraikan faktor yang mempengaruhi lokasi industri sekunder di Malaysia        [10]


6.         (a) Kenalpasti tiga kawasan Segitiga Pertumbuhan di dalam ASEAN                           [3]

(b) Huraikan kepentingan Segitiga Pertumbuhan dalam memajukan wilayah yang terlibat
                                                                                                                                        [12]      
(c) Huraikan kepentingan kerjasama serantau dalam dalam konteks pemuliharaan dan

     pemeliharaan alam sekitar                                                                                         [10]
  
PENGGAL 3

Saling Kebergantungan Sistem

Soalan 1

(a)     Apakah yang dimaksudkan dengan saling kebergantungan antara system.       

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                 
(b)         Berikan dua contoh interaksi antara sistem
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(c)          Nyatakan tiga kesan interaksi antara sistem:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                                         

(d)  Senaraikan empat contoh berlakunya interaksi antara sistem hidrologi dengan sistem   geomorfologi:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                (4m)

(e)        Huraikan dua contoh bagaimana interaksi tersebut berlaku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                            
(f)   Senaraikan     empat kesan interaksi antara sistem hidrologi dengan sistem  geomorfologi  terhadap  alam sekitar:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                


TEMA: IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA.

SOALAN PILIHAN 1

a)         Apakah yang dimaksudkan dengan kemerosotan kualiti sumber air  ?.
                                                                                                               [5 Markah]
b)        Jelaskan bagaimana aktiviti pembangunan ekonomi telah menyebabkan kemerosotan kualiti  sumber air.                             [10 Markah]

c)         Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti  sumber air.                                      [10 Markah]


CADANGAN JAWAPAN:

a)         Apakah yang dimaksudkan dengan kemerosotan kualiti sumber air  ?.
                                                                                                               [5 Markah]

Konsep kemerosotan kualiti sumber air.

Pencemaran sumber-sumber air = kemerosotan kualiti sumber air. Iaitu sumber-sumber air bersih samada dari sungai, laut, tasik,kolam dan takungan semulajadi, air bawah tanah dan juga air hujan tercemar atau semakin rendah kualitinya. Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadar pencemaran air) dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria Escherichia Coli (E. Coli), kandungan Amoniakal Nitrogen (NH3 - N), kandungan Pepejal Terampai (SS), Nilai Keasidan ( pH) disamping perubahan warna dan bauyang ada di dalam sesuatu sumber air tersebut.

Contoh-Contoh pencemaran sumber air ialah:  Pencemaran sungai seperti Sungai Gombak dan Sungai Kelang, pencemaran laut seperti di Selat Melaka, , pencemaran tasik seperti Tasik Minimata di Jepun akibat pembuangan raksa ke dalamnya, pencemaran air bawah tanah dan juga pencemaran air hujan iaitu hujan asid khususnya di kawasan-kawasan perindustrian yang padat

b)        Jelaskan bagaimana aktiviti pembangunan ekonomi telah menyebabkan kemerosotan kualiti  sumber air.                             [10 Markah]

Kemerosotan kualiti sumber air berlaku melalui pembangunan ekonomi berikut:
1. Pembangunan tanah secara besar-besaran samada untuk pertanian, petempatan,pembandaran,perindustrian dan lain-lain yang melibatkan aktiviti pembalakan dan penyahutanan. Ini menyebabkan sumber air seperti sungai dan tasik tercemar apabila partikel-partikel tanah yang terhakis di bawa oleh larian air permukaan ke sungai. Kemerosotan kualiti air dikesan melalui kandungan pepejal terampai (SS) dan juga kekeruhan/perubahan warna air. Sebagai contoh pencemaran di Sungai Kelantan akibat pembangunan tanah kawasan KESEDAR pada tahun 1970-an.

2.  Pembangunan pertanian .Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan sumber-sumber air seperti air tanah tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan, air sungai, paya dan tasik juga tercemar akibat dibawa oleh air hujan. Kemerosotan kualiti sumber air ini dikesan melalui nilai pH. Contohnya banyak terdapat di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit.

3.  Pembangunan sektor penternakan. Penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir ke sungai atau pembuangan sisa-sisa haiwan yang disembelih atau yang mati  ke sungai, tasik dan paya. Air sungai berbau busuk, kandungan bakteria E.Coli amat tinggi, kadar alir sungai amat perlahan - “sungai mati”. Contoh terbaik ialah sungai Sepang, Selangor yang telah dikelaskan sebagai terjejas teruk akibat pembuangan najis dan sisa ternakan dari hampir 100 ladang khinzir yang terletak di tebingnya.

4.  Pembangunan perindustrian. Perlepasan Enfluen/sisa kilang ke sungai, tasik,paya dan sebagainya. Sektor perkilangan dianggap sebagai sector yang paling banyak menyumbang kepada pencemaran sumber air khususnya air sungai. Kilang-kilang yang banyak mencemarkan sungai ialah kilang memproses getah serta kelapa sawit. Sebagai contoh sungai Sekudai, Johor dan sungai Prai di Pulau Pinang. Kadar kemerosotan diukur dengan indikator kandungan BOD dalam air di samping perubahan warna dan bau. Selain itu perlepasan bahan-bahan pencemar dari serombong kilang ke udara boleh menyebabkan kualiti air hujan merosot - hujan asid.

5.  Pembangunan sektor pelancongan. Perlepasan sisa kumbahan dari hotel, resort dan chalet ke laut menyebabkan pencemaran air laut. Kemerosotan kualiti air laut ini dikesan melalui kandungan bakteria E.Coli. Jika melebihi paras yang dibenarkan 200 MPN/100 ml maka air laut tersebut  sudah tercemar. Punca ini banyak terdapat di kawasan pelancongan popular seperti di Port Dickson Negeri Sembilan dan Batu Feringgi di Pulau Pinang.

6.  Pembangunan sektor pengangkutan. Sumber air  laut tercemar melalui pembuangan enap cemar serta perlanggaran dan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki. Dikesan melalui kewujudan ketulan-ketulan tar/minyak mentah menutupi permukaan air laut. Di perairan Selat Melaka berisiko tinggi untuk sumber laut tercemar kerana selat ini merupakan antara jalan air tersibuk di dunia.

7.   Pembangunan pesat sektor pembandaran. Pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke sungai. Termasuk juga pembuangan sisa-sisa makanan oleh peniaga kecil dan lain-lain sisa dari kawasan perumahan ke sungai dan paya . Pembuangan sisa domestik khususnya sampah sarap dari kawasan-kawasan setinggan menjadi punca penting mengapa sungai Gombak dan Sungai Kelang di Kuala Lumpur tercemar teruk.





8.   Pembangunan sumber tenaga. Di peringkat awal pembinaan empangan hidro elektrik biasanya mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian. Begitu juga penggunaan air untuk pembersihan dan penyejukan loji janakuasa elektrik yang menggunakan petroleum sebagai bahan bakarnya. Air buangan setelah loji dibersih/disejukkan yang disalirkan ke sungai menyebabkan sungai tercemar.


9.  Pembangunan sektor perlombongan. Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai dan tasik apabila ia dialirkan/dibuang ke dalamnya seperti kes perlombongan  tembaga di Mamut Sabah. Pencemaran laut di kawasan pelantar cari gali petroleum juga boleh berlaku semasa kerja-kerja pengerudian dijalankan.


c)         Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti sumber air.                                

1.  Langkah perundangan. Penguatkuasaan undang-undang - pengawasan/pemantauan yang teliti serta tindakan tegas termasuk denda/kompaun, menarik balik lesen operasi dan juga penjara ke atas mana-mana pihak yang dikenalpasti mencemarkan sumber-sumber air samada dari pekilang, penternak, pemilik-pemilik kapal, orang perseorangan dan sebagainya. Langkah ini dilaksanakan oleh JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

2.  Mengawal - selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di kawasan rezab sungai, kawasan tadahan/hutan simpan dan sebagainya bagi menjamin sumber air sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya kawasan 10 km dari tebing sungai merupakan kawasan rezab atau kawasan penampan yang tidak boleh diusik untuk pembalakan dan penyahutanan.

3.   Merawat air yang telah tercemar khususnya akibat sisa kilang dan air kumbahan. Di samping menyedia/memperbanyakkan loji merawat air. Hanya air yang sudah dirawat sahaja yang boleh dialirkan ke sungai semula. Loji perawatan boleh ditempatkan terus di tebing-tebing sungai . Selain itu menyediakan sistem pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah sarap dan juga melicinkan kadar alirnya. Pada masa yang sama juga usaha-usaha mempertingkatkan R&D dan teknologi haruslah dijalankan dari masa ke semasa seperti  teknologi kitar semula air atau mengubah teknologi perindustrian ke arah yang tidak mencemarkan air bagi menjamin sumber-sumber air masa hadapan sentiasa bersih.

4.  Meningkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut. Misalnya di kalangan negara ASEAN - kerjasama dilakukan melalui pemantauan dan rondaan bersama, perkongsian teknologi dan kos pemuliharaan /pembersihan air laut yang tercemar di samping penyelarasan undang-undang dan peraturan laut.

5.  Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar. Menyedarkan masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus kehidupan. Kempen dilaksanakan melalui pelbagai saluran media massa seperti kempen cintailah sungai kita, hargailah air dan sebagainya atau menganjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti gotong-royong pembersihan sungai.

SOALAN LATIHAN

PENGGAL 1

ALAM SEKITAR FIZIKAL

BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL
1(a)  (a) Jelaskan maksud sistem dari sudut alam sekitar fizikal.  [3m]
  Sistem adalah satu set angkubah/pembolehubah atau unsur-unsur/objek/komponen-komponen Yang saling bertindak antara satu sama lain sebagai satu keseluruhan yang kompleks untuk Mencapai keseimbangan bagi sesuatu sistem.
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan solstis musim sejuk (3m)

Solstis musom sejek keadaan dimana matahari berada tegak diatas   di garisan jadi pada 21 atau 22 disember   hemisfera utara mengalami musim sejuk

(c) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem suria (3)

sistem suria merupakan salah satu daripada sistem-sistem  yang terdapat dalam galaksi bima sakti yang terdiri datipada planet-palnet dan bintang-bintang  mengelilingi matahari mengikut orbit yang berbeza pada  satah yang rata.

2. (a) Nyatakan tiga peranan tenaga suria dalam mempengaruhi  proses luluhawa (3)
i. penghabluran garam – tenaga suria  menyejat kandungan air dalam tanih
ii. pembasahan dan pengeringan batuan –  tenaga suria mengeringkan batuan
iii. tindakan fros – tenaga suria mencaikan  ais

(b) Nyatakan  dua tenaga haba yang terdapat dalam atmosfera bumi ( 2)
i. tenaga haba rasa – tenaga  haba yang terkena pada permukaan dan beransur panas
ii.tenaga haba pendam – tenaga yang disimpan di dalam sesuatu jasad

(c) Nyatakan dua jenis ombak.                  
i. ombak Pembina iaitu ombak kadar damparannya tinggi   basuhan balik rendah
ii. ombak pemusnah/pembinasa iaitu kadar damparannya  rendah  dan basuhan balik  tinggi

3. (a) Senaraikan tiga bentuk muka bumi yang terbentuk di pinggir pantai kesan dari proses hakisan ombak  di pinggir pantai (3)
i. Teluk dan tanjung
ii.Tebing tinggi dan pentas hakisan ombak.
iii.Gua  
iv.Lohong ombak/gloup dan geo
v.Gerbang laut 
viBatu tunggul

vii.Tunggul sisa


Tiada ulasan :

Catat Komen