02 Mac, 2014

PENGGAL 3 : ALAM SEKITAR MANUSIA

BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan












     











BAHAGIAN B:
GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA







5    Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya
24






      5.1  Impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar
10
Calon seharusnya dapat:

(a)   mengenal pasti impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar fizikal, iaitu
          (i)   kemerosotan kualiti alam sekitar;
(ii)   kemerosotan dan kepupusan sumber.



(b)   menghuraikan impak aktiviti manusia terhadap persekitaran fizikal, iaitu
              (i)   kemerosotan kualiti alam sekitar;
Hakisan, tanah runtuh dan kegagalan cerun, banjir, kemarau, tanah tandus, pemanasan setempat dan global












Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan







Pencemaran air, tanih, udara, bunyi dan bau, sampah sarap, dan sisa toksik


         (ii)   kemerosotan dan kepupusan sumber.
Ancaman kepupusan sumber kepelbagaian biologi dan kehabisan sumber


(c)   menjelaskan aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar, iaitu
             (i)   perhutanan;
            (ii)   perindustrian;
           (iii)   pengangkutan dan perhubungan;
           (iv)   pertanian dan penternakan;
               (v)   perikanan dan akuakultur;



           (vi)   pembinaan (petempatan dan infrastruktur);



          (vii)   perlombongan dan kuari;



         (viii)   pelancongan dan rekreasi.





      5.2   Impak sosial
2
Calon seharusnya dapat:







(a)   menilai impak alam sekitar terhadap kehidupan manusia, iaitu
             (i)   kesihatan;
            (ii)   keselamatan;
           (iii)   kerosakan dan kemusnahan harta benda;
           (iv)   aktiviti ekonomi;
            (v)   aktiviti sosial.
Tumpuan kepada negara Malaysia






Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan








              5.3.2  Pembangunan berterusan (lestari)

(c)   mendefinisikan konsep pembangunan berterusan (lstari);
Pembangunan berterusan (lestari) bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang


(d)        menghuraikan lapan prinsip pembangunan berterusan (lestari), iaitu
               (i)   menjana atau menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi;



           (ii)   mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup;



          (iii)   memulihara dan mempertingkatkan asas sumber;



          (iv)   memastikan aras penduduk yang boleh ditampung;



           (v)   mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko;



          (vi)   mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan;







Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






         (vii)   memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa;



        (viii)   memperkukuhkan kerjasama antarabangsa;







(e)   menghuraikan pelbagai bentuk  kerjasama antarabangsa dalam konteks pembangunan berterusan (lestari), iaitu



           (i)   Persidangan Stockholm;
Tumpuan Persidangan:
Stockholm -  persekitaran manusia


          (ii)   Persidangan Rio;
Rio - persekitaran dan pembangunan


         (iii)   Persidangan Johannesburg;
Johannesburg – pembangunan berterusan


         (iv)   Protokol Montreal;



          (v)   Protokol Kyoto;



         (vi)   Deklarasi Langkawi;
Deklarasi Langkawi - pengurusan alam sekitar di kalangan negara-negara Komanwel
Persidangan Bali 2007


(f)         menjelaskan kepentingan kerjasama antarabangsa untuk menangani isu alam sekitar, iaitu
          (i)   masalah kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi masalah global;
         (ii)   penjagaan alam sekitar secara global;
           (iii)   meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pembangunan berterusan (lestari).
Program United Nation Development Programme (UNDP) berkaitan dengan pendidikan pembangunan berterusan


DAMPAK KE ATAS ALAM SEKITAR FIZIKAL

Pencemaran Air

Pencemaran Udara

Pemanasan Setempat

Hakisan & Tanah Runtuh

Kemusnahan Ekosistem / Kepupusan Biodiversiti

Kerosakan Sistem Hidrologi

Perubahan Pandang Darat Fizikal



DAMPAK KE ATAS KESEJAHTERAAN MANUSIA

Masalah kesihatan – jerebu : asma, hujan asid : demam, gatal, penc. air : cirit birit

Masalah keselamatan – jerebu : kemalangan, banjir & tanah runtuh : kematian

Kemusnahan & kerosakan harta benda – banjir & tanah runtuh : rumah, jalan rosak

Aktiviti ekonomi terjejas – tanaman rosak, pelancongan berkurangan

Aktiviti sosial terjejas – x dpt jalankan riadah

AKTIVITI MANUSIA YG MEROSAKKAN A/SEKITAR
AKTIVITI EKONOMI

Pertanian & Penternakan

 Perhutanan

 Perikanan

 Perindustrian

 Perlombongan

 Pelancongan

 Pembinaan

 Perniagaan

 Pengangkutan

AKTIVITI BUKAN EKONOMI

Pembakaran terbuka

Kenderaan persendirian

Pembuangan sampah sarap

Penggunaan bahan kimia secara berlebihan

PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Undang-undang :
Penubuhan akta – Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Penguatkuasaan undang-undang

Penubuhan akta/ undang² / peraturan lain

Penubuhan agensi penguatkuasaan

Perlaksanaan prosedur EIA

Pengurusan Strategi

Penubuhan kawasan simpan

Penubuhan pusat penjagaan, penetasan, perlindungan

Pengurusan sisa secara sistematik

Pertandingan landskap

Pengguna membayar & pengusaha memulih
* bergantung kepada kesesuaian

Langkah Kestrukturan :

Peneresan bukit

Menanan tanaman tutup bumi

Pemasangan jaring

Pembinaan benteng konkrit

Kempen :

Kempen kesedaran

Pendidikan formal

PERANAN ORANG RAMAI DALAM MENJAGA ALAM SEKITAR

Mematuhi peraturan / undang² a/sekitar ; x melakukan kerosakan, patuh akta kualiti a/sekeliling 1974

Menyertai kempen kesedaran ; hadir & sebar maklumat

Menyertai NGO ; jadi ahli pertubuhan a/sekitar – SAM dll

Mendapatkan pendidikan formal tentang alam sekitar ; di sekolah (geografi), universiti (kursus a/sekitar)

Menggunakan sumber alam secara berhemah ; x membazir, guna secara harmoni

Melaksanakan kitar semula ; fahami, libat diri

Kerjasama antarabangsa ; beri kerjasama & patuh keketapan a/bangsa

PEMBANGUNAN BERTERUSAN (LESTARI)

Pembangunan yg memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang.

Kemajuan yg melibatkan usaha pemiliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada kemusnahan.

8 PERINSIP PEMBANGUNAN LESTARI

Menjana @ menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi

Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup

Memulihara & mempertingkatkan asas sumber

Memastikan aras penduduk yg boleh ditampung

Mengorientasikan semula teknologi & kaedah pengurusan risiko

Mengintegrasikan alam sekitar & ekonomi dlm membuat keputusan

Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa

Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa







BENTUK KERJASAMA ANTARABANGSA & TUMPUANNYA

Bil
Kerjasama
Tumpuan
1
Deklarasi Langkawi
Pengurusan alam sekitar di kalangan negara-negara Komanwel
2
Persidangan Stockholm
Persekitaram manusia
3
Persidangan Rio
Persekitaran dan pembangunan
4
Persidangan Johannesburg
Pembangunan berterusan
5
Protokol Montreal
CFC dan lapisan ozon
6
Protokol Kyoto
Gas rumah hijau (terutamanya karbon dioksida)

KEPENTINGAN

Masalah kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi masalah global

Penjagaan alam sekitar secara global

Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pembangunan berterusan (lestari)


PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
1.      Pengeluaran dan penggunaan sumber perlu diuruskan dengan bijaksana untuk menjamin bekalaan yang berterusan.
2.      Manusia bertanggangjawab memelihara sumber dengan bijak supaya bekalan sumber terus wujud hingga ke generasi akan datang.

  1. Secara umumnya, penggunaan sumber secara positif bermaksud sumber perlu digunakan secara bijak tanpa berlaku pembaziran.
  2. Antara cara menggunakan sumber secara positif ialah dengan cara:
a.       Penggunaan sumber secara terkawal. Contohnya, menggunakan air dan elektrik secara bijak dan tidak membazir.
b.      Merancang penggunaan sumber. Contohnya, penggunaan kertas hendaklah dilakukan dengan bijak agar sumber kayu balak dapat dikurangkan.
c.       Mengelakkan pembaziran bahan, wang, dan tenaga. Contohnya, bahan yang boleh digunakan semula tidak perlu dibuang seperti tin minuman dapat dikitar semula dan menjimatkan pembaziran sumber timah.

  1. Penghutanan semula bermaksud usaha menanam semula pokok hutan yang telah ditebang akibat kegiatan pembalakan.
  2. Penebangan pokok hutan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan:
a.       Kepupusan hidupan liar.
b.      Kekurangan sumber air.
c.       Kehabisan sumber perhutanan.
  1. Dasar Perhutanan Negara telah diwujudkan untuk menyelaraskan undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, pemeliharaan, dan pembangunan hutan.
  2. Institut Penyelidakan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ditugaskan untuk memelihara, memulihara, dan mengawal sumber hutan.
  3. Antara cara pemeliharaan dan pemuliharaan hutan ialah:
a.       Mewujudkan taman negara untuk melindungi flora dan fauna.
b.      Menanam semula kawasan hutan yang telah diterangkan.
c.       Menubuhkan kawasan hutan simpan.
d.      Mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan menjalankan penebangan terpilih.
e.       Mengharamkan kegiatan pemburuan dan pembalakan di kawasan hutan simpan dan taman negara.

1.      Tebus guna tanah merupakan satu cara menjadikan tanah yang tidak mempunyai nilai atau terbiar berguna kepada manusia dan mengelakkan daripada pembaziran sumber atau kawasan.
2.      Kawasan yang boleh ditebus guna ialah:
a.       Bekas lombong
b.      Tanah paya
c.       Pinggir laut
3.      Kawasan yang telah ditebus guna dijadikan:


Kawasan
Dijadikan
(a)
Bekas lombong
*      Kawasan pertanian. Contohnya, di Tambun (Perak).
*      Kawasan perniagaan dan petempatan. Contohnya di Bandar Tasik Selatan.
*      Kawasan penternakan ikan air tawar.
*      Kawasan rekreasi. Contohnya, tasik Titiwangsa, Tasik Perdana di Kuala Lumpur.
(b)
Tanah paya
*      Kawasan industri dan perumahan. Contohnya, Seberang Perai dan Pelabuhan Klang.
*      Kawasan pertanian. Contohnya penanaman padi di Sabak Bernam, Selangor.
(c)
Pinggir laut
*      Kawasan perniagaan dan petempatan. Contohnya, Stulang Laut (Johor Bahru) dan Bandar Hilir (Melaka).

1.      Pengurangan penggunaan merujuk kepada penggunaan sumber secara optimum tanpa berlaku pembaziran terutamanya bagi sumber yang tidak boleh diperbaharui.
2.      Pengurangan penggunaan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti:

(a)
Perlombongan
-mengehadkan pengeluaran lesen.
-mengawal kadar hasil pengeluaran.
-mempelbagaikan penggunaan agar tidak bergantung kepada sejenis bahan sahaja.
(b)
Pembalakan
-mengehadkan pengeluaran lesen.
-mengenakan denda terhadap syarikat yang menjalankan pembalakan secara haram.
-mewartakan hutan sebagai hutan simpan dan Taman Negara.
-menggunakan kayu secara optimum.

3.      Bagi memastikan penggunaan sumber tenaga dapat digunakan secara optimum, beberapa langkah bolah dilaksanakan seperti:
a)      Menaikkan kadar bayaran penggunaan tenaga.
b)      Menaikkan kadar cukai.
c)      Penggunaan teknologi moden.
d)      Mengadakan kempen kesedaran.

1.      Kitar dan guna semula merujuk kepada pemprosesan bahan-bahan terbuang yang tidak digunakan kepada penghasilan bentuk baru yang boleh dimanfaatkan.
2.      Tujuan kitar dan guna semula ialah:
a.       Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.
b.      Menjimatkan sumber alam dan mengelakkan pembaziran.
c.       Mengurangkan jumlah bahan buangan.
3.      Bahan buangan bolah dikitar semula menjadi:


Bahan buangan
Dikitar/ Diguna semula
(a)
 Plastik
*      Diguna semula.
*      Dikitar menjadi barang perhiasan.
(b)
 Getah
*      Diguna semula. Contohnya, tayar sebagai tukun tiruan atau alat perhiasan.
(c)
 Sisa makanan
*      Diguna semula sebagai makanan binatang.
*      Dikitar menjadi baja.
(d)
 Kertas
*      Dikitar menjadi tisu atau kertas.

4.      Kempen “Fikir Dahulu Sebelum Buang” telah menggalakkan orang ramai supaya mengelaskan bahan buangan sebelum dibuang supaya proses kitar semula mudah dilakukan.

1.      Salah satu cara untuk mengatasi masalah pencemaran ialah dengan merawat sisa buangan supaya tidak berbahaya. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana alat pembakar sisa industri akan membakar sisa pada suhu yang tinggi supaya kualiti sisa buangan dapat dikurangkan dan menukarkan sisa toksik kepada bahan yang kurang berbahaya.
2.      Tujuan rawatan sisa buangan ialah:
a.       Mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
b.      Memastikan sisa buangan tidak merosakkan sumber lain seperti sumber air.

c.       Menjamin keselamatan penduduk dan haiwan di 


TEMA  :  IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA.

Fokus: 1. Kesan Interaksi Manusia terhadap Alam Sekitar.
            2. Pembangunan Lestari dan Pengurusan Alam Sekitar.
       3. Pembangunan Lestari Strategi Khusus dalam menyelesaikan masalah alam  
           Sekitar.

Organization Chart

i)          kemerosotan kualiti alam sekitar 
- Hakisan
            - Tanah runtuh
            - Banjir
- Pencemaran air, tanih, udara, bunyi dan bau.

ii)         kemerosotan dan kepupusan sumber
- ancaman kepupusan sumber.
- kehabisan sumber.

KEMEROSOTAN KUALITI ALAM SEKITAR

A.  HAKISAN

-  faktor manusia dan semulajadi.
- berpunca dari aktiviti pembalakan, pertanian pindah dan pembangunan tanah (ladang, Felda, pertanian tradisional ).

B.  TANAH RUNTUH DAN KEGAGALAN CERUN

-  campurtangan manusia melalui aktiviti pembangunan keterlaluan dan tidak terkawal
telah menganggu dan melemahkan struktur batuan dan kestabilan cerun.
- gelongsoran tanah kerana aktiviti perlombongan, kuari, pembinaan bangunan
terutama di tanah tinggi.
-  pertanian di kawasan tanah tinggi -  sayur-sayuran di Cameron Highland
-  pembandaran dan pelancongan.

C.  BANJIR

hujan lebat yang berterusan untuk tempoh masa yang lama.
-  banjir kilat-  tempoh masa yang singkat disebabkan oleh air bertakung dan sukar dialirkan. Punca banjir adalah proses pembangunan dan pembandaran, penebangan pokok dan hutan, sistem infrastruktur yang tidak efisien.

D.  KEMARAU

-  hutan banyak pupus-kurang sejat peluhan-kurang wap air untuk membentuk awan – kurang hujan.

E.  TANAH TANDUS

-  Terdapat bahan kimia/tindakan fizikal seperti hakisan yang menyebabkan tanah hilang kesuburan. 
-  mikroorganisma tanah musnah- pereputan dan penghuraian organik kurang.
-  hakisan membawa humus ke tempat lain – tanah tidak subur untuk pertanian.

F.  PEMANASAN SETEMPAT DAN GLOBAL

-  Pemanasan global =  kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.
-  Pemanasan setempat =  akibat penebangan hutan.
-  di Bandar – bangunan konkrit, bilangan kenderaan, aktiviti perkilangan, kekurangan     tumbuhan hijau.

G.  PENCEMARAN

i)  Air -  apabila air tidak mengikut kriteria berikut:
1.      Bebas biologikal – tulen, bersih, bebas organisma seperti ESCHERICHIA Coli ( taun ).
2.      Bebas kimia organik – racun dan baja ( sisa pertanian), minyak, pewarna.
3.      Bebas kimia bukan organik – sisa kilang- raksa, plumbum.
4.      Mendapan tanih – akibat hakisan.
5.      Tidak berasid- boleh melarut dan tiada tindakbalas kimia.

-           PUNCA pencemaran air:

a)      pembuangan sisa industri.
b)      racun serangga dan baja kimia dalam pertanian,pelancongan ( rumput/baja padang golf )
c)      sisa domestik.
d)     najis haiwan.
e)      penjanaan elektrik – air panas daripada penyejukan generator di buang ke dalam sungai.
f)       tumpahan minyak.

ii) Tanih -  Terdapat bahan kimia/tindakan fizikal seperti hakisan yang menyebabkan tanah hilang subur.
-          Mikroorganisma tanah musnah-pereputan dan penghuraian organik kurang.
-          Hakisan pula membawa humus ke tempat lain – tanah tidak subur untuk pertanian.






PUNCA Pencemaran tanah:

           i.            pembakaran hutan dan ladang – organik teroksida – karbondioksida.
         ii.            sisa toksik kilang – buang / tanam dalam tanah – organisma mati.
       iii.            tempat pelupusan sampah – pelbagai bahan kimia larut –resap dalam tanah.
       iv.            air yang bertakung( paya ) – organisma mati.
         v.            hakisan tanah di kawasan tanah tinggi.

iii)  Udara -   terdapat bahan-bahan pencemar diudara seperti partikel-partikel halus, debu, asap dan gas-gas beracun atau gas rumah hijau.

PUNCA Pencemaran udara:

1.Kenderaan bermotor – asap, gas, hidrokarbon –penyakit manusia.
2. Sisa toksik kilang – gas, asap, partikel terampai – penyakit manusia dan jerebu.
3. CFC dan gas rumah hijau – pendingin hawa, peti sejuk, alat penyembur.
4. kuari – debu.
5. pembakaran terbuka – pelupusan sisa domestik, hutan, jerami padi.
6.kelemahan pengurusan dan penguatkuasaan-  JAS, kerajaan tempatan.

iv)  Bunyi dan Bau

BUNYI = daripada kilang, kawasan pembinaan, kenderaan bermotor, kuari ( letupan).
BAU= ternakan, kawasan pelupusan sampah, kilang k/sawit dan getah.

v)  Pencemaran sampah sarap
-     sisa pepejal domestik dan kilang.

vi)  sisa toksik dan bahan berbahaya.
-          kilang, tumpahan minyak.

KEMEROSOTAN DAN KEPUPUSAN SUMBER
a)  Ancaman kepupusan sumber
-           Flora dan fauna, mineral.

b) Kepelbagaian biologi.
-          Kepelbagaian tumbuhan kepada tanaman sejenis – kepupusan haiwan.

c) Kehabisan sumber.

Menjelaskan aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar:
i)       Penghutanan – pembalakan.
ii)   Perindustrian
iii)  Pengangkutan dan perhubungan
iv)  Pertanian dan penternakan
v)    Perikanan dan akuakultur.
vi)   Pembinaan( petempatan dan infrastruktur )
vii)  Perlombongan dan kuari.
viii) Pelancongan dan rekreasi.

IMPAK SOSIAL

1.      Kesihatan – pencemaran udara dan air. Cth- batuk, asma, taun, cirit-birit
2.      keselamatan – perubahan iklim, kesan rumah hijau – bumi makin panas, ais kutub cair, tanah rendah/pulau tenggelam ( Bangladesh), el-nino ( suhu tinggi )-pertanian terjejas, suhu air laut meningkat- terumbu karang pupus.
3.      kerosakan dan kemusnahan harta benda –banjir
4.      aktiviti ekonomi –pertanian terjejas
5.      aktiviti sosial – kesihatan terganggu.

PENGURUSAN ALAM SEKITAR

1. Pemeliharaan dan pemuliharaan
-      Pemeliharaan- mengekalkan keadaan semulajadi.
-      Pemuliharaan- membaikpulih alam sekitar yang telah rosak.
Langkah perundangan  - Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974(pindaan 1985).
Langkah bukan perundangan         - membangkitkan kesedaran melalui pendidikan dan kempen. (-peranan media massa, - peranan sekolah. )
2. Pembangunan Berterusan ( Lestari )
-Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang.

Lapan prinsip pembangunan Berterusan ( Lestari )
1)             Menjana/menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi.
2)             Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup.
3)             Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber.
4)             Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung.
5)             Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko.
6)             Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan.
7)             Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa.
8)             Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa.

Bentuk Kerjasama Antarabangsa dalam Konteks Pembangunan Berterusan( Lestari )
a.              Persidangan Stockholm – persekitaran manusia.
b.             Persidangan Rio – persekitaran dan pembangunan.
c.              Persidangan Johannesburg – pembangunan berterusan.
d.             Protokol Montreal – CFC dan lapisan ozon.
e.              Protokol Kyoto – gas rumah hijau ( karbon dioksida)
f.              Deklarasi Langkawi – pengurusan alam sekitar dalam kalangan Negara-negara Komenwel.

Kepentingan Kerjasama Antarabangsa:
o      Masalah kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi masalah global.
o      Penjagaan alam sekitar secara global.
o      Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pembangunan berterusan ( lestari )


















Tiada ulasan :

Catat Komen