21 Januari, 2014

PENGGAL 2: ALAM SEKITAR MANUSIA

SUKATAN PENGGAL 2 STPM GEOGRAFI BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan








BAHAGIAN B:
GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA







1    Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
30






      3.1   Sektor-sektor ekonomi
20
Calon seharusnya dapat:

(a)   mengenal pasti sektor ekonomi yang terbahagi kepada tiga, iaitu


Skala negara Malaysia


          (i)   primer;        
Pertanian, perikanan, perhutanan, dan perlombongan


         (ii)   sekunder;
Pemprosesan, pembuatan, dan pembinaan
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






        (iii)   tertier.
Pelancongan, pengangkutan dan perhubungan,
perdagangan dan perniagaan, kewangan,
perkhidmatan awam dan swasta, utiliti (elektrik, air, dan gas), teknologi maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan


(b)   menghuraikan ciri utama setiap sektor ekonomi negara Malaysia (taburan, skala, orientasi pengeluaran, penggunaan modal, buruh, dan teknologi);
Huraian berkaitan dengan ciri dan kepentingan boleh digabungjalinkan mengikut sektor ekonomi


(c)   menghuraikan kepentingan atau sumbangan setiap sektor kepada ekonomi negara (Keluaran Dalam Negara Kasar [KDNK], pekerjaan,   dan kesan pengganda);
Kesan pengganda merujuk kepada aktiviti hiliran dalam sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan


(d)   menjelaskan perkembangan semasa sektor ekonomi (primer, sekunder, dan tertier);
Perkembangan semasa sektor ekonomi meliputi kemajuan, inovasi, isu, masalah, dan cabaran


(e)   menghuraikan perkembangan bioteknologi terkini dalam bidang pertanian dan pembuatan;
Bioteknologi bermaksud penggunaan teknologi dalam perkembangan pertanian dan pembuatan seperti pembiakbakaan tisu, pengubahsuaian genetik, teknologi transgenik, dan teknologi nano

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan




              3.1.1  Kemahiran amali

(f)    mengira, melukis, dan mempersembahkan data ekonomi semasa dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta;
Gambar rajah termasuklah carta, graf, dan rajah


(g)   mentafsir jadual, gambar rajah, foto, dan peta.
Peta meliputi peta topografi




      3.2  Proses pembangunan ekonomi
4
Calon seharusnya dapat:



(a)   mentakrifkan maksud pembangunan dan mengenal pasti penunjuk pembangunan (KDNK per kapita, peratus tenaga kerja dalam sektor ekonomi, ciri demografi, kemudahan asas, dan pemilikan barangan);



(b)   membezakan tahap pembangunan semasa antara kawasan dalam negara Malaysia;



(c)   menjelaskan ketakseimbangan pembangunan antara kawasan dalam negara Malaysia.
Tumpuan kepada isu ketakseimbangan pembangunan antara wilayah dalam negara dan strategi untuk mengatasinya (koridor pembangunan ekonomi utara, timur, selatan, Sabah dan Sarawak)




      3.3  Impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar
6
Calon seharusnya dapat:

(a)   menjelaskan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar, iaitu



          (i)   kemerosotan dan kepupusan sumber;



         (ii)   pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan sisa toksik);

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






        (iii)   kemerosotan kualiti alam sekitar (peningkatan suhu setempat, hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus, banjir dan kemarau, ancaman kepupusan kepelbagaian    biologi, kemusnahan habitat, dan rantaian makanan);
Sumber perhutanan, perikanan, dan perlombongan


(b)   merumuskan langkah mengurangkan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar dari aspek perundangan dan bukan perundangan.





2    Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
30






      4.1  Globalisasi ekonomi
6
Calon seharusnya dapat:




(a)   menghuraikan maksud globalisasi ekonomi;
Globalisasi ekonomi
bermaksud saling bergantung antara negara dari segi bahan mentah, modal, buruh, pasaran, dan teknologi dalam proses pengeluaran dan pemasaran yang dipermudahkan oleh kemajuan teknologi maklumat






(b)   menghuraikan aspek saling bergantung antara kawasan (pelaburan, teknologi, pengeluaran, pasaran, dan bekalan buruh);

Saling bergantung antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(c)   menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara kawasan (kecekapan, ekonomi, daya saing, pengkhususan, dan penyertaan dalam ekonomi dunia);



(d)   menilai kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara, iaitu
         (i)   kesan positif
                  perdagangan bebas;
                  peluasan pasaran;
                  pemindahan teknologi
                  aliran buruh;
                  menggalakkan persaingan;
                  peningkatan kualiti produk;



        (ii)   kesan negatif
                  penguasaan ekonomi negara oleh syarikat multinasional (MNC);
                  ancaman kepada barangan, perkhidmatan, dan budaya tempatan;
                  ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana tempatan;
                  kesukaran untuk mengawal aliran modal asing;
   penghakisan kedaulatan negara.

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan




      4.2  Kerjasama serantau
14
Calon seharusnya dapat:





             4.2.1 Konsep kerjasama

(a)   mengenal pasti pakatan ekonomi serantau, iaitu
          (i)   Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN);
         (ii)   Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA);
        (iii)   Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC);
        (iv)   Kerjasama ekonomi antara negara Asia Timur;
         (v)   Kesatuan Eropah (EU);
           (vi)   Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA);



(b)   menghuraikan konsep kerjasama dan persaingan antara kawasan;





             4.2.2 Kepentingan dan halangan

(c)   menjelaskan kepentingan pakatan ekonomi serantau dari segi
           (i)   mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia;
          (ii)   pasaran bersama;
         (iii)   meningkatkan daya saing serantau;
         (iv)   menjaga kepentingan bersama serantau;
          (v)   keperluan guna tenaga buruh;
         (vi)   teknologi penyelidikan dan pembangunan;
Daya saing serantau merujuk kepada keupayaan mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan global pada kos yang kompetitif


(d)   menghuraikan halangan dalam kerjasama ekonomi serantau yang meliputi
          (i)   perbezaan ekonomi antara negara anggota;
         (ii)   konflik politik wilayah dalam negara anggota;





Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






        (iii)   keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau;
        (iv)   persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau;    
         (v)   pencemaran rentas sempadan;
           (vi)   keselamatan serantau;





             4.2.3 Kemahiran amali

(e)   mengira, melukis, dan mempersembahkan data ekonomi dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta;        



(f)    mentafsir jadual, gambar rajah, dan peta berkenaan.





      4.3  Segitiga pertumbuhan
8
Calon seharusnya dapat:



(a)   mendefinisikan konsep kawasan segitiga pertumbuhan;
Kawasan segitiga pertumbuhan merujuk kepada kerjasama memajukan subwilayah yang berjiran di dalam ASEAN


(b)   mengenal pasti kawasan segitiga pertumbuhan di dalam ASEAN, iaitu
          (i)   Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–
                 Singapura (IMS–GT);
         (ii)   Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–
                 Thailand (IMT–GT);
           (iii)   Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia–Filipina (BIMP–EAGA);

Fokus kerjasama:
IMS–GT – perindustrian
IMT–GT – sumber pertanian dan pelancongan
BIMP–EAGA – pelbagai aktiviti ekonomi
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(c)   menjelaskan peranan segitiga  pertumbuhan dalam memajukan wilayah berkenaan (perdagangan, pelaburan, pelancongan, pengaliran buruh, penggunaan sumber, pengangkutan dan perhubungan, dan teknologi).





      4.4  Hubungan Malaysia dengan negara luar
2
Calon seharusnya dapat:



(a)   menyatakan dasar luar negara Malaysia;
Teras dasar luar negara Malaysia -Aman, Bebas, dan Berkecuali


(b)   menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau;
Prinsip memakmurkan jiran menjadi fokus utama kerjasama serantau


(c)   menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar.
Mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan




PENGGAL 2 ALAM SEKITAR MANUSIA : PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK TERHADAP ALAM SEKITAR

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR

TOPIK 1 : Jenis Sektor Ekonomi :
  Ä  Primer :
  O  Pertanian  O  Perikanan
  O  Perhutanan  O  Perlombongan
  Ä  Sekunder :
  O  Perindustrian
  Ä  Tertier :
  O  Pelancongan  O  Pengangkutan
  O  Perdagangan & Perniagaan                O  Utiliti
  O  Awam & Swasta    O  ICT       O  R & D

1Ciri-ciri Sektor Ekonomi :
      Ä  Taburan :
           letakan lokasi – berhampiran sumber,
           kawasan bandar / luar bandar
      Ä  Skala :
           kecil / besar
      Ä  Orientasi Pengeluaran :
           kegunaan sendiri / tempatan / eksport
      Ä  Penggunaan Modal :
           kecil / besartempatan / asing
      Ä  Buruh :
           sedikit / ramaisepara mahir / mahir
      Ä  Teknologi :
           tradisional / moden

1 Faktor Perkembangan Sektor Ekonomi :
      Ä  Dasar Kerajaan : galakaninsentif, badan2 (agensi)
      Ä  Tenaga Buruh : kualitikuantiti
      Ä  Teknologi : R & D, moden (jenteraperalatankaedah)
      Ä  Modal : pinjaman (bank, tabung), PTA
      Ä  Kemudahan Asas : pengangkutan dll (ikut kesesuaian)
      Ä  Permintaan : dr dalam / luarindustri / domestik
   Ä   Faktor Fizikal – BMB, IklimSaliran : kesesuaian – tanah tinggi
  @ rendahkesuburan

1Kepentingan Sektor Ekonomi :
      Ä  Sumber Pendapatan Negara : eksport – ­ KDNK -
        pengaliran masuk wang asing
      Ä  Peluang Pekerjaan – bertambah & pelbagai :
        mengurangkan kadar pengangguran & kemiskinan
      Ä  Perkembangan Teknologi - R & D, pengaliran teknologi
        moden (jentera modenperalatankaedah baru)
      Ä  Kesan Pengganda – Pembangunan Sektor Perindustrian
        (sumber bahan mentah) & Rantaian ekonomi : pengangkutan
        pelancongan dll
      Ä  Pembangunan Kawasan – kemajuan insitu

1Masalah Yang Dihadapi Dalam Sektor Ekonomi :
      Ä  Tenaga Buruh : tidak mencukupikurang
     kemahirantidak minat
      Ä  Teknologi : rendahtradisionalkurang kualiti
  Tiada R & D -
      Ä  Kemudahan Asas : tidak mencukupitidak cekap
      Ä  Modal : sedikitfaktor kemiskinansukar mendapat
  pinjaman
      Ä  Pasaran : kecilpersainganharga tidak stabil,
           Provokasi : kempen memburuk² oleh negara maju
1 Usaha Memajukan Sektor Ekonomi :
      Ä  Pendidikan Tenaga Kerja : institusi kemahiran
      Ä  Tingkatkan Modal : pinjamangalakan pelaburan
      Ä  Kemudahan Asas : pengangkutan
      Ä  Pembangunan Teknologi : R & D
      Ä  Peluasan Pasaran : pasaran baru,
      Ä  Perkembangan Sektor Industri : sebagai bahan
           mentah

1Kesan / Impak / Dampak Alam Sekitar :
      Ä Pencemaran Udara : asap, gas karbon dioksidamonoksida
      Ä  Pencemaran Air : sisa toksidbahan kimiasampah
      Ä  Pencemaran Bau & Bunyi : enjin kenderaankilang
      Ä  Pencemaran Sampah Sarap : sisa domestik – tin, kertas dll
      Ä  Pemanasan Setempat : suhu meningkat – kaw gondol
  Ä  Hakisan & Tanah Runtuh : kurang tumbuhan litupan,
  Ä  Kerosakan Ekosistem : habitat musnahrantaian makanan
       terganggukepupusan biodiversiti
  Ä  Kerosakan Sistem Hidrologi : hilang kawasan tadahanbanjir,
       kadar susupan air berkurangan
  Ä  Kepupusan & Kemerosotan Sumber : galian ¯hutan ¯
  Ä  Perubahan Pandang Darat Fizikal : PDF ® PDB
1Langkah Mengurangkan Impak Alam Sekitar :
      Ä  Perundangan :
        O  Penubuhan Akta : Akta Alam Sekeliling 1974
        O  Penguatkuasaan Undang² : dendapenjarasita
           O  Agensi Pelaksana : JAS, PBT
       O   Langkah Prosedur EIA
      Ä  Amalan Pengurusan Strategik :
           O  Pengurusan Hutan : hutan simpansivilkultur dll
           O  Pengurusan Sisa Industri : rawatan sisapelupusan
                toksid berjadualsistem penapis asap,
           O  Pengurusan Sistem Saliran : rezab sungai, wet land
           O  Pengurusan Pertanian : Lestari - tanaman berteresorganik
           O  Kawalan Eksport / Kuota : mineral, hutan
       O  Usaha R & D : sumber alternatif
Ä  Kempen :
        O  Peranan Orang Awam : memantaumelapor
        O  Kempen Kesedaran : slogan, kemasyarakatan –
             gotong-royong.
           O  Peranan Media : media cetakelektronik – tv, radio,
            akhbar – TV3
       O  Peranan NGO & Pihak Swasta : SAM, dll
       O  Pendidikan Formal & Tidak Formal : sekolah rendah,
    menengahuniversiti - geografi

SEKTOR PERTANIAN

1Jenis Sektor Pertanian :
  Ä  Pertanian Pindah : berkonsep tebangbakartanam,
        pindah – suku kaum asli : NegritoJakunSenoi
  Ä  Pertanian Sara Diri Giat : secara giat di kawasan sempit –
        padi sawah & bukan padi sawah
  Ä  Pertanian Kebun Kecil : pertanian jualan secara kecilan
       (spara komersial) – tanaman kontang
  Ä  Pertanian Ladang : pertanian jualan secara besaran
       (komersial) – tanaman kontang secara khusus

PERTANIAN PINDAH                                                     PERTANIAN SARA DIRI -PADI
                                                 LADANG KELAPA SAWIT
                                                   
 KEBUN KECIL BUAH- BUAHAN

1Taburan Pertanian Di Malaysia :
  Ä Padi – Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan dll
  Ä Sayur-sayuran – T.T.CameronKundasan
  Ä Buah-buahan – Lojing, Fruit Valley Selangor
  Ä Kelapa – Bagan DatohSbrg PeraiPantai Timur Sabah
  Ä Kelapa sawit – JengkaKemahang, Kaw KESEDAR
  Ä Getah – Daerah Segamat, Muar, Selatan Perak, dll
  Ä Nenas – Pekan NenasSimpan RenggamPontian
  Ä Lada hitam – Sibu, Sri Aman, Sandakan, Samporna
  Ä Teh – T.T.Cameron
  Ä Tebu – Chuping
1 Kepentingan Sektor Pertanian :
Ä  Sumber Pendapatan Negara : eksport – ­ KDNK -
        pengaliran masuk wang asing – sayuran ke Singapura
      Ä  Peluang Pekerjaan – bertambah & pelbagai :
        mengurangkan kadar pengangguran – pekerja di ladang dll
      Ä  Perkembangan teknologi – pengaliran teknologi moden &
        RnD – JenteraPeralatanKaedahBioteknologi,
      Ä  Kesan Pengganda – Rantaian Ekonomi : industri,         
        pengangkutanpelancongan dll – Program Homestay
        Ulu Kusial K’ltn
        Pembangunan Sektor Perindustrian – sumber bahan 
           mentah – industri asas tani : sos, jus, tayar dll
      Ä  Pembangunan Kawasan – kemajuan insitu : jalan raya,
        sekolahkedai dll - Bandar Jengka

1Usaha Memajukan Sektor Pertanian :
      Ä  Pendidikan Tenaga Kerja : institusi kemahiran –
        sekolahuniversiti, skim latihan – Pusat Latihan Peladang
      Ä  Tingkatkan Modal : pinjamangalakan pelaburan – bank,
        koperasi – AgrobankKoperasi Peladang
      Ä  Kemudahan Asas : sistem pengairanpengangkutan – jalan
           rayakargokontena dll – Ranc Pengairan Kemubu
      Ä  Pembangunan Teknologi : jentera, R & D - Bioteknologi
      Ä  Peluasan Pasaran : pasaran baru – Amerika Selatan, Timur
        Tengah, China
      Ä  Perkembangan Sektor Industri : sebagai bahan mentah –
        industri asas tani – IKS : sos, jus, jem dll

1Masalah Yang Dihadapi Dalam Sektor Pertanian :
      Ä  Tenaga Buruh : tidak mencukupi – sektor perladangan
        memerlukan ramai buruh – ladang kelapa sawit
      Ä  Teknologi : penggunaan peralatan tradisional – petani
        miskinsikap petani x ingin berubah
      Ä  Kemudahan Asas : tidak mencukupitidak cekap – hasil
        cepat rosak
      Ä  Modal : sukar mdpt pinjamansedikit,
        faktor kemiskinan
      Ä  Pasaran : kecilpersainganharga di pasaran 
           antarabangsa tidak stabil – harga getah turun
        naik
           Provokasi : kempen memburuk² oleh negara maju – AS
        provokasi terhadap minyak kelapa sawit Malaysia

1Kesan / Impak / Dampak Alam Sekitar Sektor Pertanian:

      Ä  Pencemaran Udara : asap, gas karbon dioksidamonoksida –
        daripada pembakaran – jerami padi di Dataran Kedah-Perlis
      Ä  Pencemaran Air : sisa toksidbahan kimiasampah –
        penggunaan racun & baja kimia – racun rumpai DDT
      Ä  Pemanasan Setempat : suhu meningkat – kesan pembakaran
        terbukapenebangan hutan & pokok lama
  Ä  Hakisan & Tanah Runtuh : kurang tumbuhan litupan – struktur
       tanah longgar - hakisan cerun di T.T. Cameron
  Ä  Kepupusan Biodiversiti : ekosistem, habitat, rantaian makanan
  Ä  Kerosakan Sistem Hidrologi : hilang kawasan tadahanbanjir
  Ä  Perubahan Pandang Darat Fizikal : hutan jadi kawasan
       pertanian
1Langkah Mengurangkan Impak Alam Sekitar Sektor Pertanian:
      Ä  Perundangan :
        O  Penubuhan Akta : Akta Alam Sekeliling 1974
        O  Penguatkuasaan Undang² : dendapenjara
          
   Ä  Amalan Pengurusan Strategik :
           O  Kaedah Pertanian Campuran / Selingan / Giliran – kekal
     nutrien / kesuburan tanih
           O  Menanam Tanaman Tutup Bumi – cegah hakisan
        O  Pertanian Berteres / Sistem Perparitan – cegah hakisan
           O  Kaedah Kawalan Biotik – mengatasi masalah perosak
           O  Penggunaan Bioteknologi – penghasilan baja organik
ÄKempen :
  1 Kempen Kesedaran
  melalui media massa, slogan, NGO
  1 Pendidikan
  formal & tidak formal
  1 Peranan orang ramai
  sebagai pemerhati & pelaporgotong royong dll  




SEKTOR PERIKANAN

1  Jenis Sektor Perikanan :
   Ä  Perikanan Laut Dalam –
tangkapan di kaw. luar pantai hingga laut antarabangsa (melebihi 32 km)




Ä  Perikanan Pinggir Pantai –
tangkapan di sekitar pantai / di perairan negara (kurang dari 32 km)



Ä  Perikanan Air Tawar –
tangkapan di kaw. tasik, sungai, sawah dll



Ä  Perikanan Akuakultur –
penternakan hidupan akuatik dlm sangkar, kolam dll





1  Ciri-ciri Sektor Perikanan :
      Ä  Taburan & Jenis Tangkapan:
           letakan lokasi – laut, sungai, tasik, kolam
      Ä  Skala :  kecil / besar
      Ä  Orientasi Pengeluaran : sendiri / pasaran tempatan / eksport
      Ä  Penggunaan Modal : kecil / besar, tempatan / asing
      Ä  Buruh : sedikit / ramai, separa mahir / mahir
      Ä  Teknologi : tradisional / moden

1  Taburan Lokasi Tangkapan Ikan Di Malaysia :
Ä  Laut China Selatan   Ä  Selat Melaka
Ä  Laut Sulu                  Ä  Selat Terberau
Ä  Laut Hindi                Ä  Lautan Pasifik

1  Taburan Lokasi Pendaratan Ikan Di Malaysia :
Ä  Tok Bali                    Ä  Tumpat
Ä  Kuala Besut              Ä  Tlk Tempoyak
Ä  Batu Maung              Ä  Pulau Pangkor
Ä  Mersing                     Ä  Pulau Ketam

1  Faktor Perkembangan Sektor Perikanan :
Ä  BMB : berteluk, laut cetek 180m – perairan Terengganu
Ä  Dasar Kerajaan : galakan, insentif, subsidi, tubuh agensi pembangunan – subsidi bot & diesel

Ä  Tenaga Buruh : kualiti, kuantiti – UPM
Ä  Teknologi : moden, R & D – jentera, tukun, benih bermutu – kajian UPM menghasilkan ikan siakap air tawar
Ä  Modal : pinjaman bank, tabung, PTA – Agrobank, TIN, Koperasi Nelayan, dll
Ä  Kemudahan Asas : pengangkutan, kilang ais – pelabuhan Tok Bali
Ä  Permintaan : dr dalam / luar, industri / domestik – sumber makanan, tingkatkan eksport, kurangkan import

1  Kepentingan Sektor Perikanan :
Ä  Sumber Pendapatan Negara : eksport – ­ KDNK - pengaliran masuk wang asing – siakap ke Singapura
Ä  Peluang Pekerjaan – bertambah & pelbagai : mengurangkan kadar pengangguran – penternak dll
Ä  Perkembangan R & D – pengaliran teknologi moden & kepakaran – sonar, radar, bot fiber, tukun, dll
Ä  Pembangunan Sektor Perindustrian – sumber bahan mentah – Ikan dalam tin, minyak ikan, keropok dll
Ä  Kesan Pengganda – Rantaian Industri : pengangkutan, peniagaan, pelancongan dll – restoran, Tasik Kenyir
Ä  Pembangunan Kawasan – kemajuan insitu : jalan raya, sekolah, kedai dll – Tok Bali

1  Usaha Memajukan Sektor Perikanan :
Ä  Pendidikan Tenaga Kerja : institusi kemahiran – sekolah, universiti, skim latihan – Pusat Latihan Nelayan, UPM, UMT
Ä  Tingkatkan Modal : pinjaman, galakan pelaburan – bank, koperasi – Agrobank, Koperasi Nelayan (NEKMAT), TIN
Ä  Kemudahan Asas : sistem pengairan, pengangkutan – jalan raya, kargo, kontena dll – Komplek Pendaratan Ikan Tok Bali
Ä  Pembangunan Teknologi : peralatan, R & D – Kapal berteknologi tinggi, tukun bio seramik
Ä  Peluasan Pasaran : pasar tani, pasaran ikan tilapia ke Taiwan, Jepun, Hong Kong
Ä  Perkembangan Sektor Industri : sebagai bahan mentah – pengetinan, makanan ringan dll           

1  Masalah Yang Dihadapi Dalam Sektor Perikanan :
Ä  Tenaga Buruh : tidak mencukupi –
Ä  Teknologi : penggunaan peralatan tradisional – bot kecil
Ä  Kemudahan Asas : tidak mencukupi, tidak cekap – ikan cepat rosak – kilang air batu, pelabuhan
Ä  Modal : kecil, faktor kemiskinan
Ä  Pasaran : kecil, persaingan, harga di pasaran antarabangsa tidak stabil – musim tengkujuh harga mahal
Ä  Pencemaran : sisa toksid – memusnahkan hidupan akuatik
Ä  Bencana Alam : tsunami, pemanasan global – kepupusan
Ä  Lanun / Nelayan Asing : risiko keselamatan – Selat Melaka
Ä  Orang Tengah : membeli dgn harga murah


1  Langkah Mengatasi Masalah Sektor Perikanan :
Ä  Kawalan Pencemaran:
K/kuasa undang2, pemantauan - JAS & PBT
Ä  Kawalan Keselamatan:
polis marin & TLDM & prog SEKENAL
Ä  Bantuan Kewangan / Modal:
TIN, NEKMAT, AgroBank dll.
Ä  Penubuhan LKIM:
menentukan gred & kestabilan harga ikan - memasarkan ke luar negara.
Ä  Penubuhan Pusat Latihan Nelayan:
melatih para nelayan guna teknologi & kaedah moden.
Ä  Projek Penetasan Anak Ikan:
Sentuari Kelah di Taman Negara, pembiakan aruhan ikan temoleh oleh UPM.
Ä  Kawalan Habitat:
tukun tayar di perairan negara & tukun bio seramik dibina di perairan Terengganu.
Ä  Penternakan Akuakultur:
sumber perikanan - walaupun pd musim tengkujuh.
Ä  Penyediaan Kemudahan Perikanan:
loji ais, pelabuhan pendaratan perikanan, sistem pengangkutan dsb.- RM 60 juta di Tok Bali.
Ä  Pengistiharan ZEE:
dapat memperluaskan kawasan perikanan.
Ä  Mewartakan Sebagai Kawasan Taman Laut / Taman Marin:
pengwartaan Pulau Tioman, Pulau Kapas, Pulau Sipadan, Pulau Ligitan.

1  Kesan / Impak / Dampak Alam Sekitar Sektor Perikanan:
Ä  Pencemaran Air : buangan sisa perikanan
Ä  Pemanasan Setempat : penebangan tumbuhan untuk dijadikan kolam
Ä  Hakisan & Tanah Runtuh : penebangan pokok bakau untuk akuakultur
Ä  Kepupusan Biodiversiti : hutan bakau
Ä  Kerosakan Ekosistem : kawasan batu karang musnah
Ä  Perubahan Pandang Darat Fizikal : wujud kolam, sangkar dll

1  Langkah Mengurangkan Impak Alam Sekitar Sektor Perikanan:
Ä  Perundangan :
O  Penubuhan Akta : Akta Alam Sekeliling 1974
O  Penguatkuasaan Undang² : denda, penjara – TLDM, Polis Marin
 Ä  Bukan Perundangan :
O  Mewarta Sebagai Taman Laut – Pulau Tioman, Sipadan
O  Pengistiharan ZEE – 200 km dr pinggir pantai
O  Pembinaan Tukun Tiruan – tukun bio seramik di Pantai Terengganu
O  Projek Pembiakan / Penetasan – Sentuari Kelah di Taman Negara
O  Penternakan Akuakultur – tilapia merah di Semeling, Puchong, Tanjung 

PENGGAL 2 : ALAM SEKITAR MANUSIA 



SEKTOR PERHUTANAN

1 Meliputi aktiviti :
Pembalakan, Penyahhutanan, Pelancongan,
Penyelidikan dll

1 Jenis Hutan :
      Ä  Hutan Khatulistiwa
            (Hutan Hujan Tropika) : Pedalaman Pahang, Pdlman. Sabah, Pdlman. Serawak
Ä  Hutan Paya :
      - Air Masin (Bakau) : Kuala Selangor
      - Air Tawar : Tasik Chini, Tasik Bera
      Ä  Hutan Gunung : Gunung Kinabalu
      Ä  Hutan Pantai : sekitar pantai Mersing

1 Ciri-ciri Sektor Pembalakan :
      Ä  Taburan & Jenis Hutan:
           letakan lokasi
      Ä  Skala :
           kecil / besar
      Ä  Orientasi Pengeluaran :
           sendiri / pasaran tempatan / eksport
      Ä  Penggunaan Modal :
           kecil / besar, tempatan / asing
      Ä  Buruh :
           sedikit / ramai, separa mahir / mahir
      Ä  Teknologi :
           tradisional / moden

1 Taburan Hutan di Malaysia :
      Ä   Pedalaman Pahang      Ä  Pedalaman Sarawak
      Ä   Endau Rompin            Ä  Pedalaman Sabah
      Ä  Larut Matang 

1 Taburan Hutan Rekreasi di  Malaysia :
      Ä  Hutan Belum           Ä  Tmn Negara Malaysia
      Ä  H. Lipur Sekayu      Ä  Tmn Negara Kinabalu
      Ä  Tmn Negara Bako   Ä  H. Lipur Ayer Keroh Ä  Tmn Negara Mulu   Ä  H. Lipur Tasik Chini Ä  Tmn Negara Endau Rompin
Ä  H. Lipur Lata Tembakah

hutam semulajadi

1 Faktor Perkembangan Sektor Pehutanan :
Ä  Faktor Fizikal
      : BMB - kawasan tanah rendah – mudah
      : iklim khatulistiwa – pertumbuhan pokok
Ä  Dasar Kerajaan : galakan, insentif, subsidi, tubuh agensi pembangunan – Jabatan Perhutanan, FRIM
Ä  Tenaga Buruh : kualiti, kuantiti – kepakaran UPM, latihan oleh Jab Perhutanan
Ä  Teknologi : moden, R & D – benih pokok balak, jentera, gergaji       rantai, helikopter
Ä  Modal : pinjaman bank, PTA – Maybank,
Ä  Kemudahan Asas : pengangkutan, kilang memproses
Ä  Permintaan : dr dalam / luar, industri / domestik

1 Kepentingan Sektor Perhutanan :
Ä  Sumber Pendapatan Negara : eksport – ­ KDNK - pengaliran masuk wang asing – eksport papan lapis ke Jepun
Ä  Peluang Pekerjaan – bertambah & pelbagai : mengurangkan kadar pengangguran – cth pembalak, pekerja di kilang kayu, kilang perabut.
Ä  Perkembangan R & D – pengaliran teknologi moden & kepakaran – cth penyelidik di FRIM
Ä  Pembangunan Sektor Perindustrian – sumber bahan mentah – perabut, papan lapis – cth T Forest
Ä  Kesan Pengganda – Rantaian Industri : pengangkutan, peniagaan, pelancongan dll – cth Hutan Belum (Perak)
Ä  Pembangunan Kawasan – kemajuan insitu : jalan raya, sekolah, kedai dll – cth Bentong (Pahang)



Perabot
kaya balak


1 Usaha Memajukan Sektor Perhutanan :
Ä  Pendidikan Tenaga Kerja : institusi kemahiran – sekolah, universiti, skim latihan – UPM, Jab Perhutanan
Ä  Tingkatkan Modal : pinjaman, galakan pelaburan – bank, koperasi
Ä  Kemudahan Asas : sistem pengangkutan – jalan raya, kargo, kontena dll  
      Ä  Pembangunan Teknologi : peralatan, R & D – FRIM hasilkan benih balak
Ä  Peluasan Pasaran : mencari pasaran baru cth MITI
Ä  Perkembangan Sektor Industri : sebagai bahan mentah cth industri 
 perabut
           
Jentera moden  sektor pembalakan
Jentera menebang balak




1 Masalah Yang Dihadapi Dalam Sektor Perhutanan :
Ä  Tenaga Buruh : tidak mencukupi – kurang tenaga mahir
Ä  Teknologi : penggunaan peralatan tradisional –
Ä  Kemudahan Asas : tidak mencukupi, tidak cekap –
Ä  Modal : kecil, faktor kemiskinan
Ä  Pasaran : kecil, persaingan, harga di pasaran antarabangsa tidak stabil – provokasi dari negara² EU
Ä  Pencemaran : pengaruhi aktiviti ekopelancongan
 Ä  Bencana Alam : kebakaran semulajadi
             
1 Kesan / Impak / Dampak Alam Sekitar Sektor Perhutanan:
      Ä  Pencemaran Udara : debu, habuk
Ä  Pencemaran Air : tanah, ranting, daun
      Ä  Pemanasan Setempat : gondol, kebakaran
Ä  Hakisan & Tanah Runtuh : kaw. cerun
Ä  Kepupusan Biodiversiti : habitat, r/makanan
Ä  Kerosakan Sistem Hidrologi : kaw tadahan
Ä  Perubahan Pandang Darat Fizikal : gondal dll


1 Langkah Mengurangkan Impak Alam Sekitar Sektor Perhutanan:
      Ä  Perundangan :
O  Penubuhan Akta : Akta Alam Sekeliling 1974
O  Penguatkuasaan Undang² : denda, penjara, pemantauan
Ä  Bukan Perundangan :
O  Mewarta Sebagai Taman Negara : Tmn Negara Malaysia
O  Penanaman Semula : Jab Perhutanan, SAFODA
O  Sistem Penebangan Terancang : SMS, MUS
O  R & D – teknologi : pembalakan secara Skyline, benih baru
O  Sumber Alternatif : kayu getah, aluminium
O  Kempen : Cintailah Hutan Kita


AGENSI DALAM BIDANG PERHUTANAN
1 FRIM (Institut Penyelidikan Hutan Malaysia)
1 PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
1 SAFODA (Lembaga Pembangunan Perhutanan Sabah)
1 MTIB (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia)
1 Jabatan Perhutanan
1 Majlis Perhutanan Negara
1 Ranjer Hutan
1 UPM (Universiti Putra Malaysia)
1 JAS (Jabatan Alam Sekitar Malaysia)
1 Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia
1 SAM (Sahabat Alam Sekitar)

1 WWF ( Tabung Hidupan Liar Sedunia)



PERLOMBONGAN


    

Jenis Mineral

Lokasi PerlombonganUtama
Petroleum & Gas Asli
Luar pantai Terengganu, Luar Pantai Sarawak, Pantai Barat Sabah
Bijih Timah     
B/Timah Lanar – Lemb. Kinta, Lemb Kelang, Seremban & Kota Tinggi.
B/Timah Telerang – Sg. Lembing (Phg), Kaki Bukit (Perlis)
Bijih Besi
Semeling (Kedah), Kemaman (T’ganu), Kota Tinggi, Endau, Batu Pahat (Johor)
Bauksit
Teluk Ramunia & Seri Medan (Johor)
Tembaga (Kuprum)
Mamut & Ranau (Sabah)
Emas
Bau (S’wak), Raub (Phg), Lubuk Mandi (Terengganu)
Batu Marmar
Baling & Pulau Langkawi (Kedah)
Batu Kapur (Simen)
Tasik, Pulau Langkawi


FAKTOR PENGARUHI KEGIATAN PERLOMBONGAN

i.                    Faktor Geologi / Bentuk Muka Bumi :
Ø  galian / mineral yang terletak di kawasan yang landai memudahkan kerja-kerja perlombongan berbanding dengan perlombongan di kawasan tanah tinggi dan cerun.
Ø  eg. kebanyakan bijih timah di Malaysia adalah jenis bijih timah lanar yang terletak di lapisan permukaan, memudahkan kerja-kerja perlombongan dijalankan. Oleh itu kegiatan perlombongan boleh dijalankan berbagai cara seperti dengan cara mendulang, pam kelikir dan kapal korek.
ii.                  Stok / Simpanan Sumber :
Ø  stok simpanan yang sedia ada, dari segi kuantiti dan kualiti menentukan jangka masa operasi dan permintaan terhadap sumber.
Ø  eg. sumber petroleum di Malaysia berkeupayaan mengeluarkan 600 000 tong sehari dan dijangka dapat dilombong sehingga 50 tahun lagi.
Ø  eg. pada masa kini sedikit sahaja aktiviti perlombongan yang melibatkan bijih timah & bijih besi kerana stoknya yang semakin berkurangan.
iii.                Permintaan & Pasaran :
Ø  permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara sebahagian besarnya untuk kegunaan industri.
Ø  persaingan dari negara pengeluar yang lain & turun naik harga di pasaran antarabangsa juga mempengaruhi permintaan.
Ø  eg. pada Jun 2005 nilai petroleum telah mencatat harga yang tertinggi iaitu AS $ 60.95 setong. Harga ini meningkat mendadak berikutan daripada permintaan yang tinggi terhadap sumber bahan api tersebut.
Ø  eg. petroleum dari Malaysia yang bermutu tinggi mendapat permintaan yang tinggi dari negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura kerana kandungan sulfurnya yang rendah mengurangkan kadar pencemaran.
iv.                Kemudahan Infrastruktur & Prasarana :
Ø  kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, jalan kereta api dan jalan air yang baik memudahkan ketersampaian ke kawasan perlombongan.
Ø  manakala prasarana yang mencukupi seperti kemudahan pelabuhan, gudang penyimpanan dsb. membantu dalam urusan penyimpanan dan pemasaran hasil serta produk perlombongan.
Ø  eg. kemudahan jalankereta api di bina dari Taiping ke Port Weld pada suatu masa dahulu untuk mengangkut bijih besi yang dilombong ke perlabuhan bagi tujuan eksport.
Ø  eg. kini sistem paip dan kapal tangki telah digunakan di Malaysia untuk mengangkut petroleum dan gas asli dari tempat dilombong di luar pantai Terengganu ke kilang memproses di Kerteh.
v.                  Keupayaan Modal & Teknologi :
Ø  sumber modal mempengaruhi skala pengeluaran.
Ø  modal yang besar diperlukan bagi pengeluaran secara besar-besaran.
Ø  pada peringkat awal bergantung kepada pelaburan modal asing (syarikat-syarikat asing) dan pelaburan modal tempatan seperti dari sektor kerajaan dan swasta.
Ø  eg. Petronas menanam modal yang besar dalam perlombongan petroleum di Malaysia.
Ø  teknologi  yang tinggi diperlukan untuk kegiatan perlombongan secara besar-besaran.
Ø  eg. Malaysia mengimport teknologi daripada Britain, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun dalam kegiatan melombong petroleum.
Ø  eg. penggunaan teknologi moden seperti kapal korek meningkatkan pengeluaran dan perlombongan bijih timah.
vi.                Tenaga Kerja / Buruh :
Ø  bekalan pekerja mahir dan separuh mahir amat diperlukan untuk kerja-kerja perlombongan dan kerja-kerja berkaitan.
Ø  tenaga buruh mahir amat penting untuk kerja-kerja kejuruteraan, R & D, kawalan mutu dsb. Kekurangan buruh mahir ini biasanya diatasi dengan pengambilan tenaga mahir asing dan juga melalui skim latihan dan kursus jangka panjang untuk pekerja tempatan.
Ø  eg. sejak zaman penjajahan Inggeris tenaga kerja asing dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor perlombongan bijih timah di sekitar Selangor dan Perak.
Ø  eg. Petronas menghantar pekerjanya bagi mengikuti latihan kemahiran di luar negara seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jerman setiap tahun bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka.
vii.              Dasar / Polisi Kerajaan :
Ø  galakan kerajaan dapat mempertingkatkan pengeluaran.
Ø  berkaitan dengan pemberian permit, cukai, insentif, pelaburan modal, skim latihan dsb.
Ø  eg. galakan kerajaan di Malaysia dalam sektor perlombongan petroleum dapat dilihat melalui penubuhan Petronas bagi kerja-kerja meneroka dan memproses sumber petroleum di perairan negara.
viii.            Sejarah :
Ø  kegiatan perlombongan secara besar-besaran untuk eksploitasi serta memonopoli sumber bermula sejak zaman penjajahan Inggeris.
Ø  perlombongan bijih timah di Semenanjung Malaysia, dan minyak di Sarawak (Miri).
Ø  eg. penjajah Inggeris telah memajukan perlombongan bijih timah pada abad ke 19 di Malaysia dengan membawa masuk imigran Cina serta menyediakan pelbagai kemudahan seperti sistem pengangkutan, pelabuhan,petempatan dll.

SUMBANGAN KEGIATAN PERLOMBONGAN KEPADA SOSIO-EKONOMI NEGARA

i.                    Sumber Pendapatan Negara :
Ø  pada tahun 1990, hasil perlombongan menyumbangkan 20.7 % daripada jumlah eksport Malaysia
Ø  pada tahun 1960-an bijih timah merupakan penyumbang eksport utama negara.
Ø  kini, petroleum mentah merupakan sumber bagi menampung imbangan dagangan negara dan meningkatkan tukaran wang asing seperti Dollar US dan Yen Jepun.
Ø  hasil perlombongan utama yang dieksport termasuklah petroleum, gas asli cecair (LPG), bijih timah, tembaga dan bijih besi.
Ø  sebahagian besar dieksport ke negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
ii.                  Membuka Peluang Pekerjaan :
Ø  peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Ø  termasuk kerja-kerja pengeluar, pemprosesan, dan pengangkutan hasil-hasil perlombongan. Selain itu kerja-kerja yang berkaitan dengan penyelidikan, pentadbiran dan pengurusan.
Ø  kegiatan perlombongan menyediakan peluang pekerjaan kepada 100 000 orang (2 %) dari gunatenaga di Malaysia pada tahun 1990.
Ø  manakala industri perlombongan pula menyediakan kira-kira 600 000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
iii.                Menarik Pelabur Luar / Input Modal :
Ø  penemuan sumber asli yang menguntungkan ini menarik pelabur asing menanam modal di negara ini.
Ø  eg. penemuan petroleum dan gas asli telah menarik minat syarikat minyak asing dari Britain, Amerika Syarikat dll untuk melabur di Malaysia. Antara syarikat yang telah melabur di Malaysia termasuklah Shell, British Petroleum (BP), Esso dll.
iv.                Membantu Menggalakkan Pertumbuhan Industri :
Ø  memajukan kegiatan perindustrian seperti industri memproses dan industri berkaitan.
Ø  minyak mentah menghasilkan industri pembersihan petroleum, petrokimia (spt. polimer, plastik, tekstil tiruan) dan keluaran minyak.
Ø  logam seperti bijih timah, bijih besi, tembaga dan emas menggalakkan industri peleburan dan pengeluaran barang-barang termasuklah barangan perhiasan.
Ø  eg. industri memproses gas asli dan petrokimia di Kerteh (Terengganu)
o   industri baja urea di Bintulu (Sarawak)
o   industri besi & keluli – Sykt. Pewaja Steel, Teluk Kalong (Terengganu)
  Sykt. Malaysiawata, Prai (Pulau Pinang)
v.                  Menggalakkan Perpindahan Teknologi :
Ø  menggalakkan pengaliran teknologi dan kepakaran terutama dari negara-negara maju.
Ø  kemasukan teknologi membantu perkembangan R & D dalam bidang perlombongan.
Ø  eg. Petronas mengimport teknologi dari Amerika Syarikat, Britain, Jerman dll untuk membangunkan perlombongan petroleum dan industri asas petro di Malaysia.
vi.                Pembangunan Infrastruktur & Prasarana :
Ø  menggalakkan kemajuan infrastruktur dan prasarana yang diperlukan untuk kerja-kerja pengeluaran, pemasaran hasil dan pembangunan sumber disamping untuk kegunaan penduduk tempatan.
Ø  seperti jalan raya, jalan kereta api, kemudahan pelabuhan, kemudahan elektrik dll.
Ø  eg. kegiatan perlombongan bijih timah suatu masa dahulu telah mewujudkan jalan kereta api dari Taiping ke Port Weld. Jalan raya juga diwujudkan dari Batu Gajah – Kampar – Ipoh.
Ø  eg. pembangunan pelabuhan untuk mengeksport hasil-hasil perlombongan seperti Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Miri, Lutong dll.
vii.              Meningkatkan Proses Pembandaran :
Ø  menggalakkan pusat-pusat pertumbuhan baru seperti pekan, bandar, dan pelabuhan.
Ø  pusat tumpuan pekerja dan penduduk, penempatan dan dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan.
Ø  eg. Miri, Bintulu, Lutong dan Kerteh pembandaran hasil dari industri memproses gas asli dan sumber petroleum.



LANGKAH MENGATASI KESUSUTAN SUMBER MINERAL

i.                    Mengiatkan Usaha Pencarigalian :
Ø  bagi menampung kesusutan sumber pada masa kini, usaha-usaha pencarigalian giat dijalankan di kawasan-kawasan yang berpotensi dimajukan.
Ø  eg. Perbadanan Perlombongan Malaysia (MMC) ditubuhkan bagi meneroka kawasan baru yang mengandungai sumber untuk industri perlombongan.
Ø  eg. penerokaan sumber petroleum giat dijalankan hingga ke Alaska oleh syarikat minyak antarabangsa bagi mengatasi kekurangan bekalan petroleum pada masa kini.
ii.                  Mempelbagaikan Kegiatan Ekonomi :
Ø  bertujuan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber mineral sebagai pendapatan negara.
Ø  kegiatan ekonomi dipelbagaikan seperti dalam sektor perkhidmatan, pertanian, dll.
Ø  eg. Malaysia kini banyak menumpukan pembangunan dalam sektor perlancongan untuk meningkatkan pendapatan negara.
iii.                Penggunaan Teknologi Yang Lebih Moden :
Ø  teknologi moden yang digunakan dalam memproses hasil-hasil perlombongan dapat mengelakkan pembaziran sumber.
Ø  eg. penggunaan teknologi moden seperti penggunaan setelit dapat meningkatkan dan keberkesanan usaha-usaha pencarigalian sumber mineral dan galian.
Ø  eg. teknologi memproses yang lebih moden dapat memastikan sumber seperti bijih timah dapat diproses dengan lebih baik tanpa pembaziran.
iv.                Mengiatkan Kaedah Kitar / Guna Semula :
Ø  kempen mengitar semula dan menguna semula bahan terbuang diperkenalkan bagi mengatasi masalah kekurangan sumber galian.
Ø  bahan-bahan seperti besi, aluminium dan tembaga dikitar semula atau diguna semula bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tersebut yang masih ada di dalam bumi.
Ø  eg. bahan besi dikitar semula di kilang melebur besi seperti di Pewaja Steel (Teluk Kalong, Terengganu) bagi mengatasi masalah kesusutan sumber besi yang menyebabkan harga besi di pasaran dunia pada masa kini meningkat.
v.                  Mencari Sumber Alternatif / Gantian :
Ø  sumber alternatif dapat mengurangkan penggunaan sumber asli.
Ø  eg. sumber hidroelektrik dibangunkan bagi menggantikan kuasa elektrik terma yang dihasilkan melalui pembakaran petrol.
Ø  eg. bahan plastik digunakan bagi menggantikan tin aluminium.

KESAN NEGATIF PERLOMBONGAN KE ATAS ALAM SEKITAR

i.                    Perubahan Pandang Darat Fizikal Yang Ketara :
Ø  kegiatan perlombongan telah mewujudkan sebuah pandang darat yang berbeza dari keadaan sebelumnya (semulajadi).
Ø  di kawasan yang digali untuk kegiatan perlombongan, pandang darat seperti lekukan, lubang, kolam dan tasik sering kelihatan. Manakala di kawasan cerun bukit pula kesan-kesan pemotongan, penarahan, ketulan-ketulan tinggalan sering didapati.
Ø  eg. perlombongan bijih timah di sekitar Ipoh, Taiping, Larut dll telah mewujudkan pandang darat baru seperti kolam, lubang dan tasik.
Ø  eg. pelombongan kuari di sekitar Selangor (eg. Sg. Penchala, Bt. Cave dll) telah menghasilkan bukit gondol, batu tongkol dan batu sisa.
ii.                  Kehilangan Tanah Penutup (Top Soil) :
Ø  kesan penggondolan kawasan memudahkan hakisan tanah berlaku dan dengan itu tanah penutup yang subur dibawa bersama aliran air permukaan.
Ø  kesannya kawasan tersebut hanya tinggal satu lapisan kasap yang tidak subur dan tidak sesuai untuk kegiatan pertanian.
Ø  eg. lapisan pasir yang ditinggalkan hasil daripada aktiviti perlombongan bijih timah di beberapa kawasan sekitar Taiping, Ipoh, dan Kinta adalah tidak subur dan tidak sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Ini menjadikan kawasan tersebut tandus.
iii.                Menggalakkan Hakisan & Kerosakan Cerun Bukit :
Ø  penggondolan dan pendedahan kawasan mengakibatkkan struktur dan komposisi tanah musnah akibat aktiviti perlombongan yang dijalankan ke atasnya.
Ø  kejadian hakisan tanah, kesotan tanah dan tanah runtuh sering berlaku di kawasan perlombongan yang melibatkan kawasan tanah tinggi.
Ø  eg. perlombongan tembaga di Bukit Mamut (Sabah) menggalakkan kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah di kawasan tersebut. Kesan kejadian tersebut, Sungai Mamut dipenuhi oleh sadimen-sedimen dan mencetekkan sungai tersebut.
iv.                Kemusnahan Biodiversiti Semulajadi :
Ø  kegiatan perlombongan seringkali mengakibatkan kawasan yang luas diterokai.
Ø  penerokaan kawasan ini mengakibatkan kemusnahan habitat dan ekosistem semulajadi flora dan fauna. Ini secara tidak langsung mengakibatkan kepupusan sumber bermutu dari hutan yang tiada nilainya.
Ø  eg. perlombongan emas secara haram di Hutan Simpan Mersing pada Jun 2005 telah mengakibatkan kawasan hutan seluas 2 hektar dimusnahkan.
Ø  eg. perlombongan petroleum di dasar laut juga mengakibatkan kemusnahan kawasan karangan laut yang menjadi habitat kepada hidupan marin.
v.                  Pencemaran Udara :
Ø  perlombongan kuari melalui pemecahan batuan mengakibatkan partikal-partikal terampai (PM10) seperti habuk dan debu terapung di udara.
Ø  selain itu, asap-asap dari jentera dan kenderaan pengangkutan melombong juga menjadi penyumbang kepada pencemaran udara.
Ø  eg. aktiviti perlombongan kuari di Batu Cave dan Sungai Penchala di Selangor sering mengakibatkan habuk dan debu, serta menjadi punca kejadian jerebu.
Ø  eg. pelepasan asap dari kilang memproses gas asli di kawasan industri di Paka dan Kerteh mengakibatkan pencemaran udara.
vi.                Pencemaran Laut / Air :
Ø  aktiviti perlombongan yang dijalankan sama ada secara langsung atau tidak langsung boleh merosakkan ekosistem air semulajadi.
Ø  eg. kebocoran salur paip minyak atau risiko pelanggaran kapal tangki minyak (Selat Melaka) mengakibatkan pencemaran laut.
Ø  eg. penggunaan raksa dalam kegiatan pengasingan bijih timah mengakibatkan bahan kimia tersebut memasuki sistem hidrologi semulajadi dan menyebabkan pencemaran sungai.
vii.              Gangguan Sistem Hidrologi :
Ø  kegiatan  perlombongan di kawasan hutan seringkali mengakibatkan kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Ø  keadaan ini menyebabkan jumlah hujan berkurangan di kawasan tadahan dan seterusnya mengurangkan kapasiti air di dalam alur sungai (di kawasan hulu sungai).
Ø  seterusnya mengganggu punca air ke sungai-sungai utama dan juga sumber air empangan.
Ø  eg. kegiatan perlombongan yang dijalankan di Sokor, Tanah Merah (Kelantan) telah mengakibatkan kerosakan kawasan tadahan hujan yang menjadi punca air ke Empangan Pergau.
viii.            Pemanasan Setempat :
Ø  kegiatan perlombongan menggalakkan penggondolan kawasan tanpa litupan tumbuhan.
Ø  keadaan ini mengakibatkan kelembapan bandingan kawasan tersebut rendah dan meningkatkan suhu kawasan tersebut.
Ø  eg. kegiatan perlombongan kuari di sekitar Selangor dan bijih timah sekitar Taiping, Ipoh & Kinta mengakibatkan kawasan tersebut terdedah dengan bahang dan meningkatkan suhu setempat kawasan tersebut.
Ø  eg. aktiviti pembakaran terbuka gas asli di kawasan loji pemprosesan gas di Kerteh.

SEBAB PETROLEUM DAN GAS ASLI LEBIH PENTING BERBANDING SUMBER TENAGA LAIN

i.                    Stok / Simpanan Yang Banyak :
Ø  stok petroleum dan gas asli yang masih banyak tersimpan dalam perut bumi menyebabkan penerokaannya dijalankan secara meluas.
Ø  petroleum menyumbangkan kira-kira 3/5 daripada sumber tenaga dunia dengan pengeluaran sebanyak 257 juta tong.
Ø  antara kawasan yang mengeluarkan petroleum ialah Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Utara dan Selatan serta Alaska.
Ø  berbanding sumber tenaga lain seperti arang batu, pengeluarannya terhad kepada kawasan seperti Eropah (Jerman), China, Russia dan Amerika Syarikat.
ii.                  Bersifat Mudah Diangkut :
Ø  petroleum dan gas asli lebih mudah diangkut berbanding sumber tenaga lain seperti melalui saluran paip dan kapal tangki.
Ø  sumber lain seperti arang batu, kayu arang dll memerlukan lori, kereta api dsb bagi tujuan pengangkutannya sama ada ke kilang untuk diproses ataupun menggunakan kapal bagi tujuan pengekspotan.
Ø  eg. petroleum dan gas asli yang dilombong di luar pantai Terengganu disalurkan melalui paip di dasar laut ke Kerteh untuk diproses.
Ø  eg. pada masa kini Malaysia dalam proses menyiapkan saluran paip menerusi jalan darat ke negara Asia Timur spt. Jepun bagi memudahkan urusan mengangkut petroleum dan gas asli bagi tujuan eksport.
iii.                Banyak Kegunaannya :
Ø  petroleum dan gas asli mempunyai lebih banyak kegunaan berbanding sumber tenaga lain.
Ø  petroleum dapat digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan, kilang dan juga loji elektrik haba.
Ø  manakala sumber tenaga lain kegunaannya adalah terhad.
iv.                Kos / Harga Yang Lebih Murah :
Ø  petroleum dan gas asli mempunyai modal permulaan yang jauh lebih murah berbanding sesetengah sumber tenaga lain seperti tenaga nuklear dan tenaga solar.
Ø  penduduk mampu membayar kos / caj perkhidmatan / penggunaan petrol dan gas asli.
Ø  eg. penggunaan panel solar untuk pemanasan air yang dipasang di rumah pada masa kini memerlukan kos yang tinggi antara RM 10 – 20 ribu ringgit.
Ø  eg. rumah solar sepenuhnya yang dibina di Taman Bukit Cahaya Sri Alam, Selangor dikatakan memakan belanja sehingga RM ½ juta.
v.                  Risiko Yang Rendah :
Ø  ia juga mempunyai risiko yang rendah.
Ø  sumber tenaga ini memberi jaminan keselamatan kepada manusia dan alam sekitar berbanding sumber tenaga lain seperti nuklear.
Ø  eg. kejadian kebocoran reaktor nuklear di Chernoby (Russia) mengakibatkan kemusnahan dan kematian ribuan penduduk dan kesannya terasa dalam jangkamasa yang panjang.
vi.                Lebih Bersih :
Ø  sumber ini dikatakan lebih bersih berbanding sesetengah sumber tenaga lain seperti arang batu yang menghasilkan asap yang tebal dan mengotorkan udara.
Ø  eg. petroleum yang dilombong di Malaysia adalah bermutu tinggi kerana kandungan sulfurnya yang rendah mengurangkan pengeluaran asap.
vii.              Teknologi Lebih Rendah :
Ø  penggunaan teknologi untuk petroleum dan gas asli lebih rendah berbanding sesetengah sumber tenaga lain. Teknologi untuk sumber tenaga ini hanya di peringkat carigali & penapisan / pemprosesan.
Ø  manakala sumber tenaga lain yang masih dalam peringkat penyelidikan memerlukan penggunaan teknologi yang lebih tinggi -  eg. tenaga nuklear, hidro, solar dll.
viii.            Kapasiti Pengeluaran Yang Anjal :
Ø  sumber tenaga ini boleh dikawal pengeluarannya manakala sumber tenaga lain pengawalan / kuota sukar dilakukan.
eg. OPEC mengenakan had pengeluaran / kuota kepada anggotanya dalam mengeluarkan sumber petroleum ke pasaran antarabangsa bagi menstabilkan harga minyak di pasaran




PERINDUSTRIAN



DEFINISI

Merupakan kegiatan memproses, membuat atau menukarkan sesuatu barangan kepada   barangan lain (barang mentah kepada barang siap). 
Ia boleh di kelaskan kepada lima   jenis iaitu industri primer (peringkat pertama), industri sekunder (peringkat kedua),  industri tertier (peringkat ketiga), industri kuartener (peringkat keempat) dan industri kuiner  (peringkat kelima).

SECARA UMUM

Pada kebiasaannya perindustrian merupakan sektor yang mendapat perhatian yang cukup luas oleh kebanyakkan negara. Malah kemajuan sesebuah negara juga sering diukur dengan kepesatan pembangunan sektor perindustrian. Menyedari hakikat ini,kerajaan telah mula memikirkan tentang perindustrian sejak negara Malaysia merdeka. Antara tahun 1954 hingga 1972, kerajaan telah mengeksport getah, bijih timah, dan kayu-kayan memandangkan bahan tersebut banyak di Malaysia.

Usaha untuk memajukan industri berat di Malysia bermula pada tahun 1980-an iaitu lebih kurang 40 tahun selepas kejayaan ‘Keajaiban Industri’ yang berlaku di Jepun. Malaysia telah mengamalkan ‘Dasar Pandang ke Timur’ untuk mencontohi kejayaan Jepun dan Korea Selatan dalam bidang perindustrian. Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar menggalakkan industri perkilangan khususnya selepas mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1989, hasil kilang menyumbangkan 54.7 % daripada jumlah eksport negara dan melibatkan kira-kira 100 000 tenaga kerja.


JENIS-JENIS INDUSTRI

Industri Primer

Industri yang terlibat dengan pembuatan yang ada kaitan dengan     penghasilan, pengeluaran sumber semulajadi seperti perikanan, perlombongan, perhutanan, dan sebagainya.
Sebagai bahan mentah kepada keperluan industri lain dan sumber makanan. Contoh industri memproses susu getah,mengilang papan,memproses kelapa sawit, koko dan lada hitam.

Industri Sekunder

Industri pembuatan iaitu hasil industri primier di proses, dibuat atau ditukar menjadi pelbagai barangan kilang. Ianya terbahagi kepada dua:

a) Industri Ringan 

hasil barangan keperluan harian seperti industri pakaian,  makanan dan sebagainya.

b)    Industri Berat
melibatkan kerja-kerja kejuruteraan berat dan memerlukan  
                                    kepakaran dan teknologi. Contoh industri pembinaan kapal,
                                    pembuatan automobil, besi dan keluli.

Industri Tertier

Tidak menghasilkan barangan tetapi dalam bentuk menyediakan kepakaran dan teknologi yang tinggi dan memerlukan modal yang besar. Contohnya syarikat     pengangkutan , syarikat insuran, syarikat kewangan dsb.

Industri Kuartener

Melibatkan perkhidmatan dalam bentuk penyelidikan dan pendidikan. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi aktiviti penyelidikan. Ia berkait dengan penyelidikan kerana untuk menghasilkan inovasi baru. Contohnya pusat pengajian tinggi seperti universiti dan kolej.
Industri Kuiner
Melibatkan aktiviti telekomunikasi.


FAKTOR  MEMPENGARUHI PERLETAKAN INDUSTRI

Bahan Mentah

Sesebuah industri akan didirikan berdekatan dengan sumber bahan mentah,terutama jika bahan mentah merupakan bahan pukal bagi menjamin bekalan yang berterusan di samping merangkumi kos pengangkutan bahan pukal tersebut.
Contohnya kilang papan yang terletak di Raub, Sungai Petani dan Mentakab. 
Namun begitu ada juga kilang didirikan jauh dari kawasan bahan mentah dan biasanya terletak  berhampiran dengan pelabuhan untuk mengurangkan kos pengangkutan berbandingkan letakan pedalaman. 
Contohnya kilang besi dan keluli yang terletak berhampiran dengan pelabuhan Pulau Pinang bagi memudahkan pengimportan arang batu dan bijih besi.

Tenaga Buruh

Buruh mahir  dan terlatih merupakan kriteria penting dalam perletakan industri. Selalunya kilang didirikan di kawasan yang berpenduduk padat terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor dsb.
Setiap industri memerlukan tenaga buruh yang banyak. Contohnya industri elektrik dan elektronik di Bayan Lepas di Pulau Pinang, malahan Malaysia menjadi tarikan pengusaha kilang dari luar negeri kerana mempunyai ramai tenaga buruh yang berpotensi dan bersedia bekerja dalam sector perindustrian.

Keupayaan Modal

Kebanyakan penduduk di negara sedang membangun adalah miskin. Pihak kerajaan pula lebih banyak menumpukan perhatian kepada sektor pertanian.
Masalah ini mengakibatkan kemudahan infrastruktur tidak dimajukan dengan berkesan.

Taraf Teknologi

Kebanyakan pekerja negara sedang membangun adalah berpendidikan rendah dan kurang mahir. Kemahiran penduduk peribumi dalam bidang teknologi tinngi adalah sangat kurang.
Ini menyekat usaha-usaha mereka untuk menceburi sektor industri berat yang memerlukan kemajuan teknologi yang lebih tinggi.

Kemudahan Infrastruktur 

Kerana memerlukan modal yang besar untuk memajukan sector industri. Ini termasuklah pembinaan jalan raya, pengangkutan laut, landasan keretapi dan sistem komunikasi yang canggih.

Keadaan Politik 

Negara yang mengalami politik yang tidak stabil seperti Kemboja, Vietnam, Laos dan lain-lain boleh menjejaskan usaha-usaha kerajaan untuk memajukan sektor industri.
Ia juga menyebabkan pelabur asing tidak yakin untuk melabur atas dasar bimbangkan keselamatan pekerja mereka atau takut alami kerugian.

Kuasa Beli Penduduk

Negara sedang membangun mempunyai daya beli yang lemah walaupun penduduknya ramai. Ini kerana terapat lebih ramai penduduk yang miskin.
Contoh di Bangladesh dan beberapa buah negara di Afrika, penduduk yang miskin menyebabkan kuasa beli yang rendah untuk pasaran produk industri.

KEPENTINGAN PERINDUSTRIAN

Mempelbagaikan Ekonomi Negara :

Sektor perindustrian dapat membantu mempelbagaikan ekonomi negara melalui pelbagai sector industri yang dijalankan seperti industri pembuatan, industri pemprosesan, industri perkhidmatan dsb .
Dengan adanya kepelbagaian sector ekonomi ini maka negara akan mendapat keuntungan daripadanya. Contohnya IKS, kerajaan menggalakkan setiap kampung menghasilkan satu produk, mengusaha industri ringan secara meluas untuk  menambahkan pendapatan penduduk luar bandar terutamanya.
Dengan adanya kepelbagaian ekonomi negara tidak perlu bergantung kepada negera luar untuk mendapatkan barangan tertentu.

Menyediakan Peluang Pekerjaan 

Sektor industri memberi peluang pekerjaan kepada lebih satu juta orang setiap tahun di Malaysia. 
Kebiasaannya adalah dalam sector pembuatan seperti kilang elektronik. Ini secara langsung dapat mengatasi masalah pengangguran dalam sector-sektor lain.
Cth. sehingga November 2003 industri perkilangan menyediakan lebih 1,000,000 peluang pekerjaan.

Meningkatkan Keluaran Negara 

Perindustrian yang berasaskan eksport telah menambahkan  hasil-hasil pengeluaran negara, sekaligus telah  meningkatkan KDNK.
Sektor industri merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara kita. Contohnya terdapat juga  industri ringan  yang menghasilkan produk untuk di eksport ke luar negara seterusnaya meningkatkan pendapatan negara.
Cth. keluaran elektrik & elektronik menyumbang sebanyak 64.9 % kepada eksport barangan perkilangan negara.

Menambahkan Hasil Eksport Negara 

Industri berorientasikan pasaran luar negara seperti  elektrik elektronik, tekstil, kraf tangan dan kayu-kayan telah meningkatkan hasil eksport negara.
Ia menguntungkan negara dari aspek mengimbangkan perdagangan antarabangsa. Contohnya Syarikat Mitsushita di Lembah Klang merupakan antara pengeluar alat penghawa dingin yang terbesar di dunia.
Hal seumpama ini sudah semestinya dapat menambahkan hasil eksport @ pendapatan negara. Dalam hal ini kita mengharapkan imbangan perdagangan menjadi positif dan sekaligus mengimbangi pembayaran.
Cth, pada 2003 eksport sektor perkilangan menyumbangkan RM 300 bilion (78.5%) kepada jumlah eksport negara.

Membantu Kemajuan Infrastruktur

Sektor industri sering memajukan lagi infrastruktur di Malaysia. Ini kerana pelabur-pelabur akan mewujudkan jalinan perhubungan pengangkutan yang cekap untuk industri mereka.
Secara tidak langsung masyarakat sekeliling akan turut menikmati kemudahan tersebut. Buktinya kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia yang lebih banyak kegiatan industri pada zaman penjajah dahulu banyak kemudahan awam berbanding kawasan-kawasan lain. Dengan wujudnya kemudahan prasarana ini boleh menyokong sector industri dan kedua-duanya saling berkaitan .



Memperbaiki Taraf Hidup Penduduk

Sektor industri selalu dikaitkan dengan pertambahan peluang pekerjaan, pengangkutan, kemudahan awam dan pertambahan pendapatan.
Secara keseluruhannya sector ini akan membaiki taraf hidup masyarakat. Contohnya industri ringan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar  sama ada sebagai pekilang,pengusaha @ penjaja. Mereka akan menambahkan pendapatan dan meningkatkan taraf hidup.

Membantu Memperkembangkan Rantaian Ekonomi Lain.

Sektor industri dapat membantu memperkembangkan rantaian ekonomi lain khususnya industri yang berkaitan. Industri lain juga terlibat untuk menghasilkan barang-barang, contohnya industri pembuatan kereta memerlukan barang elektronik, tayar, cermin dan cat.
Dengan ini rantaian ekonomi lain juga mampu di perkembangkan seiring dengan industri-industri utama yang lain.

Menggalakkan Pemindahan Teknologi

Melalui kegiatan perindustrian kita akan dapat merasai pemindahan teknologi dari negara maju yang seterusnya dapat menguntungkan penduduk tempatan.
Melalui kegiatan industri ia akan membawa kepakaran dan kemahiran dari negara maju ke negara kita. Contohnya kilang membuat kereta mempunyai kepakaran dari luar dan kepakaran dari luar ini telah berjaya menghasilkan kereta Proton, Lotus dan motosikal seperti Honda, Suzuki dan banyak lagi kepentingan industri dalam konteks pemindahan teknologi.

USAHA MEMAJUKAN SEKTOR PERINDUSTRIAN 

Memajukan Sistem Jaringan Jalan Pengangkutan Dan Perhubungan

Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan industri di koridor ke-2. Contoh Lebuhraya Kuala Terengganu, Kuala Lumpur yang menghubungkan Kuala Lumpur - Karak yang sedang dibina.

Peranan Kerajaan Menyediakan Intensif & Modal

Menyediakan pelbagai intensif kepada pelabur. 
Pemberian pinjaman dan intensif kepada pengusaha industri kecil dan sederhana serta menurunkan duti import.
Taraf perintis bebas cukai dan penubuhan zon niaga bebas ( FTZ).
TIKS – Tabung Industri Kecil & Sederhana ditubuhkan bagi memberi pinjaman kepada pengusaha² IKS
Selain dari Skim Kredit Mikro yang disediakan oleh bank² tempatan seperti BSN, Bank Bumiputera Commerce, Bank Rakyat, Bank Islam dll.
Cth, pada 2004 kerajaan memperuntukkan dana sejumlah RM 28.7 bilion bagi pembangunan 1101 projek.

Pembangunan Sumber Manusia / Tenaga Kerja

Kerajaan menubuhkan institusi pengajian tinggi dan institusi yang berkaitan untuk melatih tenaga mahir sebagai sumber pembangunan sektor industri.
Contohnya pembinaan 14 buah institusi latihan perindustrian (electrical engineering )
TATI di Terengganu menyediakan latihan peringkat tinggi.

Pembangunan Sistem Pemasaran

Pembangunan sistem pemasaran supaya lebih cekap, teratur dan meluas.
Contohnya, kerajaan telah menubuhkan MIDA dan Pusat Perdagangan Eksport Malaysia (MEXPO) yang memberi maklumat tentang pasaran luar negara.
 Melancarkan MSC - Membolehkan Malaysia menghadapi cabaran dan persaingan perdagangan dan menjadi pusat IT di rantau ini.

Peningkatan Pembangunan dan Penyelidikan ( R&D )

Untuk meningkatkan kemajuan sumber manusia, perbelanjaan dalam R&D perlu dilihat sebagai komponen asas dalam pembentukan K-ekonomi.
Teknologi² moden dipertingkatkan – penggunaan jentera, robotik diperluaskan dalam IKS.

Kesan Ke Atas Alam Sekitar Fizikal

Pencemaran Air;

Pencemaran Udara;

Kemusnahan Ekosistem Akuatik & Daratan;

Hujan Asid;

Pulau Haba Bandar / Pemanasan Setempat;

SEKTOR PERKHIDMATAN

Konsep;
                Sektor yang tidak melibatkan pengeluaran barangan tetapi menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Contohnya;
                sektor pelancongan, pengangkutan, telekomunikasi, kewangan, perdagangan dsb.

JENIS² SEKTOR PERKHIDMATAN

Sektor Perlancongan;
Sektor Pengangkutan & Telekomunikasi;
Sektor Kewangan, Insuran, Hartanah & Perniagaan;
Sektor Utiliti – Elektrik, Air & Gas;
Sektor Kerajaan;

FAKTOR YANG MENGGALAKKAN

Faktor Fizikal

Bentuk Muka Bumi :

Kesesuaian bentuk muka bumi mempengaruhi perletakan.
Eg. Tanah rendah dan rata menggalakkan sektor pengangkutan
Ciri-ciri Semulajadi Yang Menarik :
Tarikan untuk sektor pelancongan.
Eg. Gunung (G.Kinabalu), Gua (G.Niah, G.Mulu), Pulau (Sipadan, Ligitan) dll.
Adanya Bahan Mentah :
Sumber ini menggalakkan sektor pengangkutan.
Eg. Getah (jalan kereta api dari Taiping ke Port Weld)

Faktor Kemanusiaan

Keupayaan Modal :

Modal yang besar dapat menyediakan segala kemudahan.
Eg. Malaysia memerlukan kos yang besar untuk membangunkan satelit (Measat 1, 2, Tiongsat) bagi kemajuan perkhidmatan telekomunikasi

Dasar dan Peranan Kerajaan :

Galakan yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui penubuhan agensi dan galakan pelaburan.
Eg. MSC (galakan untuk kemajuan bidang telekomunikasi)
Eg. TDC, Kem. Kebudayaan & Pelancongan ( bidang pelancongan)
Keadaan Pasaran :

Permintaan yang tinggi dari pengguna mempengaruhi pasaran.

Eg. Keperluan rakyat Singapura untuk rekreasi menggalakkan perkembangan industri pelancongan di Johor spt Desaru
Keupayaan Teknologi :

Teknologi moden menggalakkan pembinaan projek pembangunan sektor perkhidmatan.
Eg. Teknologi dari Eropah digunakan untuk membina kereta kabel yang terpanjang di Asia Tenggara di Pulau Langkawi (Bkt Mat Chincang ke Bkt Mat Raya)

Kepakaran dan Sumber Buruh :

Tenaga kerja mahir dan mencukupi dapat memajukan sektor perkhidmatan.
Tenaga buruh banyak, murah dan berkualiti di Malaysia.
Eg. Tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam sektor perhotelan.

Kemudahan Asas / Prasarana :

Kemudahan infrastruktur dan prasarana mempercepatkan pembangunan sektor perkhidmatan.
Eg. Pembinaan jalan raya, lebuh raya, jalan kereta api menggalakkan sektor pengangkutan spt Jalan raya Timur Barat menggalakkan kemasukan produk dari Pantai Barat ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Kemajuan Dalam Bidang R & D :

Bidang pembangunan dan penyelidikan meningkatkan sektor perkhidmatan.
Eg. R & D berjaya menghasilkan kereta api elektrik LRT dan Monorel bagi meningkatkan kemajuan sektor pengangkutan.

Kemajuan Sektor Perindustrian :

Sektor perkhidmatan berkembang seiringan dengan sektor perkilangan.
Eg. Pengangkutan, telekomunikasi, kewangan, dll


PERANAN / KEPENTINGAN / SUMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN KEPADA SOSIOEKONOMI NEGARA

Sumber Pendapatan  & KDNK Negara

pada era 90an, menjadi sektor ke2 pentingnya selepas perindustrian
mengubah status ekonomi tradisional kepada moden yang lebih berdaya saing.
cth, industri perlancongan menggalakkan pengaliran masuk wang asing ke dalam negara. Pertukaran wang asing ini memberi keuntungan terutamanya dari negara maju seperti negara-negara Eropah dan Jepun.

Meningkatkan Peluang Pekerjaan

mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang - dari peringkat bawahan hingga ke tahap profesional.
meningkat pendapatan per kapita & taraf hidup masyarakat.

mengurangkan kadar pengangguran.

cth, pekerjaan dapat diwujudkan dalam pelbagai bidang :
 perhotelan, katering, resort, menyewa peralatan rekreasi  dll (sektor perlancongan)
Memperluaskan Pasaran
dalam dan luar negara
cth, Malaysia ingin memasarkan perkhidmatan ICT dengan penubuhan MSC di rantau ini.

Perkembangan Sektor Ekonomi Lain

khususnya dalam sektor pertanian dan perindustrian
cth, perkhidmatan pengangkutan diperlukan dalam aktiviti pengangkutan dan pemasaran hasil pertanian dan perindustrian.

Mempelbagaikan Sektor Ekonomi

mengurangkan kebergantungan kepada sektor pertanian dan perindustrian.
cth, mewujudkan k-ekonomi ianti ekonomi berasaskan pengetahuan.

Meningkatkan Perpindahan Teknologi & Kepakaran

teknologi moden, latihan lanjutan , R & D dsb
cth, teknologi pembinaan jambatan - Jambatan Pulau Pinang dibina dengan menggunakan teknologi dan kepakaran dari Korea Selatan.

Menambah Keupayaan Modal

melalui PTA (pelaburan terus asing)
cth, 60 % dari pelaburan di MSC dimiliki oleh pelabur asing

KEPENTINGAN SEKTOR PENGANGKUTAN

Memudahkan Hubungan dan Interaksi Antara Kawasan :

Semakin tinggi darjah ketersampaian semakin mudah dimajukan.

Mempercepatkan Ketersampaian :

Sistem perhubungan yang baik mempercepatkan ketersampaian dan mobiliti penduduk.

Eg. Pembinaan jalan raya dari Gua Musang ke Tanah Tinggi Cameron menggalakkan kemasukan rakyat Kelantan ke destinasi pelancogan tersebut.

Menggalakkan Kemasukan Teknologi dan Inovasi :

Merevolusikan sesuatu kawasan dengan idea2 @ ino
vasi dan teknologi baru untuk pembangunan.
Eg. Suratkhabar.

Memudahkan Pemasaran :

Pemasaran hasil dan produk dapat dipertingkatkan dari kawasan bandar ke kawasan-kawasan luar bandar.
Eg. Pembinaan jalan raya Timur – Barat menggalakkan kemasukan peoduk dari Pantai Barat ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pemankin Pembangunan Sumber Alam :

Potensi sumber alam dapat dimajukan dengan adanya sektor pengangkutan.
Eg. Sumber tembaga di Mamut (pedalaman Sabah) dapat dimajukan dengan adanya system pengangkutan.
Eg. Jalan air mempengaruhi industri pelancongan di Taman Negara.
Eg. Jalan air memudahkan pengangkutan balak dari pedalaman Sabah dan Sarawak.


MASALAH YANG DIHADAPI UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERKHIDMATAN

Kekurangan Tenaga Kerja Mahir

Keupayaan Teknologi Yang Rendah

Kekurangan Modal

Kekurangan Kemudahan Infrastruktur dan Prasarana

Persaingan Dengan Negara Lain

Halangan Fizikal : Bentuk muka bumi


USAHA MENINGKATKAN @ MEMAJUKAN  SEKTOR PERKHIDMATAN

Meningkatkan Kemahiran / Tenaga Kerja :

bagi mencapai k-ekonomi kemahiran tenaga kerja perlu dipertingkatkan.
cth, UMM melahirkan tenaga kerja yang pakar dalam bidang IT

Meningkatkan Keupayaan Teknologi :

teknologi moden memajukan sektor perkhidmatan.
cth, MEASAT memajukan bidang telekomunikasi.

Menambah Keupayaan Modal :

menarik pelabur asing untuk menyuntik dana
cth, 60 % pelabur MSC adalah pelabur asing

Meningkat / Menambah Infrastruktur & Prasarana :

jaringan pengangkutan diperbaiki dan dipertingkatkan
cth, KL Senteral, LRT, KLIA

Polisi / Galakan Kerajaan :

kerajaan menyediakan kemudahan / insentif / kempen
menubuhkan agensi bagi memajukan sektor perkhidmatan
cth, Tahun Melawat Malaysia 1990 (sektor pelancongan)
 Projek MSC (sektor telekomunikasi)
Projek KL Senteral, LRT, Lebuhraya KL-Karak (sektor pengangkutan)

USAHA MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN

Membangunkan Tempat Peranginan :

Lokasi fizikal yang menarik dibangunkan sebagai pusat peranginan : air terjun, pulau, gua, gunung dll.
Pulau (Sipadan, Ligitan di Sabah), Air Terjun (Kota Tinggi di Johor)

Menyediakan Program dan Aturcara :

Prog Kesenian dan Kebudayaan : Tarian, Silat eg di Istana Budaya.
Acara Tradisional : Pertandingan Wau Antarabangsa (Johor)
Promosi Malaysia :

Menerusi media massa : Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007

Melalui agensi kerajaan : Kem Kesenian Kebudayaan & Pelancongan, TDC

Pemuliharaan Tempat Bersejarah :

Bangunan, kota, kubu lama : A Farmosa (Melaka)
Artifak bersejarah : Merbuk & Lembah Bujang (Kedah)

Membangunkan Tempat-tempat yang Menarik :
Taman Tema : Genting, Sunway Lagoon, Tasik Bukit Merah

Menawarkan Pelbagai Produk Perlancongan :
Agro Pelancongan : Prog Home Stay spt Kg Janda Baik (Pahang)
Eco Pelancongan : Tasik Bkt Merah (Perak), Kuala Selangor (Selangor)
Galakan @ Insentif Pihak Kerajaan :
Menerusi : pinjaman modal, khidmat nasihat, latihan dan bimbingan.
Eg. Pengusaha diberi bantuan menerusi Skim Industri Kecil Sederhana (IKS)


KESAN AKTIVITI PELANCONGAN KE ATAS ALAM SEKITAR

Pencemaran Sumber Alam :

Penyaliran kumbahan, sisa makanan & sampah sarap ke dalam sumber air.
Kualiti air terjejas : busuk, kandungan bekteria & BOD meningkat.
Eg. di pantai Port Dickson (N9), pantai Batu Feringghi (Pulau Pinang)

Hakisan dan Tanah Runtuh :

Pembinaan chalet, resort, hotel, padang golf dengan menarah bukit dan penebangan pokok menganggu kestabilan struktur tanah.
Eg. Tanah Tinggi Genting, Bkt Fraser (Pahang)

Gangguan Ke Atas Ekosistem :

Pembinaan menganggu ekosistem daratan dan akuatik (rantaian makanan terganggu)
Perubahan Iklim Mikro :
Penebangan tumbuhan dan pembinaan bangunan (pengondolan permukaan) meningkatkan suhu (kelembapan udara berkurangan).
Eg. Suhu Tanah Tinggi Genting meningkat 1 - 3˚ C

Kemusnahan Habitat dan Kehilangan Biodiversiti :

Penyahhutanan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna.
Musnah kayu-kayu & herba berharga : pokok bakau, dll
Kepupusan haiwan & serangga : spesies klip-klip, kumbang, dll

Produk / Jenis Pelancongan di Malaysia

Bil
Produk Pelancongan
Lokasi
1
BMB / Fizikal yang menarik
Pantai
Pulau
Gua
Tanah Tinggi
Tasik
Air Terjun / jeram

Desaru, Cherating, Rantau Abang, Port Dickson, PCB,
P.Langkawi, P.Sipadan, P.Tioman, P.Perhentian, P.Redang,
G.Niah, G.Mulu, Bt Cave,
TT.Cameron,TT.Genting, B.Bendera, G.Kinabalu,
T.Chini, T.Bera (S/jadi), T.Kenyir, (Buatan)
  -  Telaga Tujuh, Kota Tinggi, Sekayu, Jeram Linang,
2
Ekopelancongan
Sentuari Burung Kuala Gula (Perak),
Sentuari Kelah Taman Negara,
Sentuari Orang Utan Sepilok (Sabah),
Royal Belum (Perak),
Taman Negara Endau-Rompin dll
3
Agropelancongan
kawasan MADA – ladang pertanian
Bagan Lalang (Selangor) – homestay
Kg Janda Baik (Pahang) - homestay
4
Budaya / Warisan sejarah
rumah panjang orang Iban di Sarawak,
budaya orang Melayu, Cina, India, Portugis dll
arkeologi : Lembah Bujang, Lenggong
5
Sukan & Rekreasi
Litar F1 Sepang, Sukan Kommenwel, Sea, Golf dll
Kereta kabel Langkawi, Eyes of Malaysia,
Tasik Puterajaya, Zoo
6
Taman Bertema
Sunway Lagoon,
Bukit Merah dll
7
Bangunan
Kota A Farmosa, Staydust, Sultan Abd Samad,
KLCC, Menara KL
8
Pendidikan
Pusat Sains Negara,
Muzium Negara,
Pusat Pengajian Tinggi


Kesan Kepada Alam Sekitar Fizikal


Kesan
Sektor Pelancongan
Sektor Pengangkutan
1.   Pencemaran Air
- bahan kumbahan dari hotel, resort mengalir ke sungai, tasik, pantai.
- pembiakan bekteria E-Coli.
- minyak dari kenderaan di buang ke dalam sistem saliran.
- pada peringkat awal pembinaan mencemarkan sumber air.
2.   Pencemaran Udara
- asap kenderaan meningkatkan kandungan karbon monoksida, sulfur dioksida dalam atmosfera.
3.   Pencemaran Darat
- pembuangan sampah sarap oleh pelancong² serta dari restoran mengakibatkan kawasan tercemar.
-
4.   Kemusnahan Ekosistem
- pembinaan hotel, resort, padang golf menyebabkan tanah ditebus guna, hutan ditebang.
- spesies kehilangan habitat &  kepupusan biodiversiti setempat.
- pembinaan lebuhraya, landasan kapal terbang menyebabkan paya ditimbus, hutan ditebang.
- spesies kehilangan habitat & kepupusan biodiversiti setempat.
5.   Hakisan & Tanah Runtuh
- hakisan di kawasan tanah tinggi & pantai akibat pembinaan hotel, resort, padang golf dll
- pemotongan, penarahan, pe-neresan & penebukan kaki bukit untuk bina lebuh raya, terowong, jambatan dsb
7.   Pemanasan Setempat
- pembangunan pusat pelancongan meningkatkan suhu mikro kesan dari pemusnahan hutan.
- peningkatan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera
Gangguan Sistem
Hidrologi
- hutan dimusnah untuk pembinaan kawasan pelancongan & pengangkutan menyebabkan kawasan tadahan berkurangan.
Perubahan Pandang Darat
Fizikal
- kawasan semulajadi berubah kepada kawasan pelancongan seperti padang golf, hotel, resort dll.
- mewujudkan jalinan jalan raya, lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan dll


PROSES PERMBANGUNAN EKONOMI

A)  Konsep & Definisi :

Konsep Pembangunan :

Proses perubahan daripada rendah kepada tinggi sama ada dalam bidang ekonomi, sosial serta kemudahan² asas yang lain

Konsep Pembangunan Tidak Seimbang :

Aras pembangunan sosioekonomi yang tidak sama rata yang dicapai dalam sesebuah negara @ wilayah iaitu terdapatnya kawasan yang maju dan juga kawasan yang mundur.

B)  Petunjuk (Indikator) Pembangunan :

KDNK per kapita;

penduduk di negeri maju memiliki pendapatan per kapita yang tinggi. Cth. Selangor, KL, Pulau Pinang yang melebihi RM 10 000 sebulan.
penduduk di negeri mundur memiliki pendapatan per kapita yang rendah. Cth. Kelantan, Terengganu, Pahang sekitar RM 2 500 sebulan.

Peratus tenaga kerja dalam sektor ekonomi;

kadar pengangguran & kemiskinan yang rendah menggambarkan wujudnya kepelbagaian sektor ekonomi untuk menampung keperluan tenaga buruh. Cth. Selangor & Pulau Pinang.
manakala kadar pengangguran & kemiskinan yang tinggi menunjukkan sesebuah negeri itu mundur. Cth. Kelantan & Terengganu.

Faktor demografi;

kadar kelahiran, kematian, mortaliti bayi, jangka hayat & struktur umur penduduk.
negeri maju mempunyai ciri demografi yang lebih baik & berkualiti. Cth. Selangor & Pulau Pinang.

Kemudahan asas;

kemudahan elektrik, air bersih, kesihatan & pendidikan.
kesihatan : taraf kesihatan, nisbah doktor dengan pesakit, teknologi perubatan, bilangan hospital & klinik.
pendidikan : kadar buta huruf, kemahiran ICT, kolej, universiti dll.

Pemilikan barangan;

nilai tabungan & kuasa beli penduduk.

pemilikan barangan : kenderaan, pakaian, saham dll.


C)  Tahap Pembangunan di Malaysia:

Pembangunan Tidak Seimbang

Ketidakseimbangan pembangunan sektor ekonomi;

sektor ekonomi moden berbanding sektor ekonomi tradisi.
perindustri & perkhidmatan : pertanian & perikanan


Ketidakseimbangan pembangunan zon-zon wilayah;

pembahagian wilayah mengikut RMK 7 & RMK 8 dibangunkan tidak seimbang.
wilayah tengah lebih maju berbanding wilayah timur dan sabah serta Sarawak.

Ketidakseimbangan pembangunan kawasan;

pembangunan berbeza antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.
kemudahan asas lebih bertumpu di kawasan bandar & memajukan kawasan tersebut.

Ketidakseimbangan pembangunan antara kaum;

kaum bukan bumiputera lebih maju menguasai ekonomi, manakala kaum bumiputera mundur & ketinggalan.

Faktor Ketidakseimbangan Pembangunan :

Faktor fizikal;

meliputi bentuk muka bumi & kesuburan tanih.

BMB : kawasan tanah rendah, rata, datar & beralun mudah dimajukan berbanding kawasan bergunung ganang, berbukit-bukau, bercerun curam dll.
tanih yang subur memajukan aktiviti ekonomi iaitu pertanian.

Taburan sumber alam;

taburan sumber alam seperti sumber mineral, hutan, dll. menyebabkan penerokaannya giat dijalankan.
kawasan yang kaya & berpotensi akan giat dimajukan berbanding kawasan yang tiada @ kekurangan sumber.

Dasar kerajaan;

dasar @ rancangan pembangunan pihak kerajaan terutamanya pada awal kemerdekaan.
penumpuan pembangunan hanya di bandar² utama, kawasan perindustrian & pertanian sahaja.

Faktor ekonomi moden;

industri;
Kemudahan sosial;

kemudahan asas : pendidikan, kesihatan.

kemudahan infrastruktur : pengangkutan & perhubungan.

Faktor demografi;

Faktor sejarah;

kesan penjajahan


Langkah Menyeimbangkan Pembangunan :

Program pembangunan insitu;

Penyelerakan industri;

Program pembangunan wilayah;

Pembangunan infrastruktur & prasarana kawasan luar bandar;

Pembandaran;
bandar² baru
Pembangunan kawasan pertanian;



KERJASAMA SERANTAU

Definisi

Hubungan / kerjasama yang melibatkan sebuah negara dengan negara yang lain dalam bidang ekonomi, sosial, & politik bagi kepentingan bersama. Juga bagi mengatasi masalah² yang timbul dari sudut kemanusiaan & fizikal.




Pakatan Ekonomi Serantau

Pertubuhan Negara² Asia Tenggara (ASEAN).
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
Perundngan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
Segitiga Pertumbuhan ASEAN (IMT, IMS, BIMP)
Negara² Komeanwel (CHOGM)
Negara² Berkecuali (NAM)
Negara² Islam (OIC)
Negara² Membangun (G15)         dll

Jenis Kerjasama Yang Dijalankan

Pembangunan Perindustrian : Agro Based Industry – M’sia : T’land : I’sia
Kemajuan Pelancongan : Langkawi, Phuket, Acheh sbg “Pintu Masuk Pelancong ASEAN”
Kerjasama Perdagangan : Modal - Konsep Pelaburan Silang,, AFTA, APEC – Bandar Nusa Jaya di Johor – k/sama dgn S’pura
Pertukaran Kebudayaan & Telekomunikasi : siaran tv & radio ; RTM – TVRI – TVB
Pembangunan Infrastruktur : jln k/api Trans Borneo, Projek Link ke 2
Keselamatan & Keamanan : ZOPFAN, ZEE di Selat Melaka, bantuan gempa bumi di Acheh


Kepentingan Kerjasama Serantau

a.Meluaskan pasaran: pasaran bersama – eg ASEAN, AFTA.
b. Mengelak monopoli pasaran kewangan oleh negara maju : dollar AS – eg tubuh Bank ASEAN.
c. Meningkat aliran modal : Konsep Pelaburan Silang eg M’sia – S’pura.
c.Perkongsian teknologi, kepakaran & inovasi baru: konsep perkongsian pintar – eg M’sia – Thailand (bidang pertanian & perikanan l/dlm)
e. Perkongsian bahan mentah : petroleum, kelapa sawit, getah eg Singapura
f. Menjaga kepentingan bersama : perdagangan, pasaran, tarif – eg AFTA
g. Meningkatkan daya saing dng negara maju : perkongsian pintar, buruh, sumber – eg ASEAN, AFTA dll.




Halangan / Masalah Kepada Kerjasama Serantau

  1. Persaingan sesama negara pengeluar : komoditi yang sama – eg Kelapa Sawit (M’sia dng I’sia).
  2. Kuasa beli pasaran ASEAN : penduduk sedikit, pasaran kecil, kuasa beli rendah – M’sia 26j org.
  3. Penurunan nilai mata wang : tidak stabil, merugikan perdagangan – eg kejatuhan nilai Rupiah I’sia.
  4. Masalah politik antara negara : tuntutan bertindih, sempadan dll – eg isu pulau Bt Putih (M’sia – S’pura)
  5. Kekurangan teknologi & kepakaran : kebanyakan negara adalah sedang membangun -  eg I’sia, F’pin
  6. Jurang ekonomi yg ketara antara negara : Negara kaya mengambil kesempatan ke atas negara miskin – eg A/S, S’pura
  7. Amalan perdagangan unilateral : utamakan perdagangan dng Negara maju, bermotif keuntungan, kemasukan barangan import – eg S’pura, automotif dll

Usaha Mengurangkan Kebergantungan Ekonomi Yang Berat Sebelah Kepada Negara Maju

  1. Mendiversifikasikan ekonomi : terutama perindustrian, perkhidmatan & perdagangan.
  2. Menggalakkan kemajuan penyelidikan, teknologi & kepakaran sendiri : Proton, Petronas
  3. Menggalakkan pelaburan & pemilikan modal tempatan : kerajaan & swasta – eg FELDA, TNB, Petronas dll
  4. Mewujudkan perkongsian pintar / bijak : Proton – VW (automobil)
  5. Meluaskan pasaran / perdagangan : kerjasama Selatan –Selatan, Timur Tengah dll
  6. Mengukuhkan kerjasama serantau : ASEAN
  7. Mewujudkan dasar & program pembangunan ekonomi : M’sia laksana NCER, ECER dll

ASEAN

Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
 ditubuhkan pd thn 1967 melalui Deklarasi Bangkok 1967
 asalnya dianggotai oleh 5 buah negara :
            - Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura
 kemudian bertambah kepada 10 :
            - Brunei, Vietnam, Kampuchea, Laos, Myammar
 juga dikenali sebagai ASEAN 10
 kini termasuk Timor Timur ( 11 buah negara ASEAN )

Faktor / Kepentingan Kerjasama ASEAN

  1. Perdagangan sesama negara anggota
  2. Perluasan saiz pasaran
  3. Perkongsian pelaburan / modal
  4. Perkongsian teknologi, R & D, inovasi
  5. Perkongsian kepakaran & tenaga buruh
  6. Membekalkan bahan mentah
  7. Kerjasama keselamatan
  8. Penjagaan alam sekitar

Halangan kerjasama ASEAN

  1. Persaingan sesama negara pengeluar
  2. Kejatuhan nilai mata wang
  3. Kuasa beli pasaran yang rendah
  4. Konflik politik antara negara anggota
  5. Jurang ekonomi negara anggota
  6. Pentingkan perdagangan unileteral

SEGITIGA PERTUMBUHAN

Segi tiga pertumbuhan merujuk kepada kerjasama yang dilakukan pada kawasan yang lebih kecil di dalam wilayah ASEAN.
Melibatlan 3 – 4 buah negara berjiran
Teras kerjasama ini ialah bagi memperoleh keuntungan bersama, saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain

Rancangan pembangunan ekonomi di bawah segitiga pertumbuhan

  1. Sektor pelancongan – pintu masuk pelancong ke ASEAN – Langkawi, Phuket, Acheh – kaw bebas cukai
  2. Sektor pengangkutan – laluan darat, udara, air – Jln k/api Trans-Borneo, Projek Link Kedua, Feri Langkawi – Phuket
  3. Sektor Pembandaran – wujudkan bandar baru (pelaburan silang) – Projek bandar Nusa Jaya, bandar Tjg Pelepas
  4. Sektor Telekomunikasi – projek Internet Asean, program pertukaran siaran radio & tv
  5. Sektor Pertanian & Perikanan – perladangan k/sawit & getah (BIMP), pertanian makanan (IMT), perikanan laut dalam, akuakultur
  6.  Sektor Perhutanan – meliputi sumber² pembalakan (BIMP)
  7.  Sektor Industri – industri berasaskan pertanian & industri berintensif buruh


Bencana Alam Merentas Sempadan

Jerebu (pencemaran udara) eg M’sia – I’sia

Banjir eg Selatan Thai – Perlis & Kedah

Tsunami eg Acheh, Kuala Kedah, P.Pinang, Phuket.

Gempa bumi eg Sumatera – Pantai Barat S/M’sia.

Ribut tropika (taufan) eg Filipina – Sabah.

El Nino / La Nina (semua terlibat)

Usaha / Kaedah / Langkah Menghadapi Bencana Alam

  1. Perjanjian Persefahaman – plan tindakan
  2. Dana & Sumbangan
  3. Bantuan Kepakaran & Teknikal

GLOBALISASI EKONOMI


KONSEP GLOBALISASI EKONOMI

Globalisasi Ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara pada bahan,modal,buruh,pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran.Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu sama lain untuk kepentingan tersebut melalui teknologi maklumat.Hubungan ini telah mewujudkandunia tanpa sempadan,liberalisasi ekonomi dan penghapusan segala sekatan dan perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.
ASPEK SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN

Saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi terhadap aspek berikut:

Pelaburan

Negara yang tidak cukup modal seperti negara membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat pelaburan ke Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi sumber alam spt minyak,gas,hutan,perindustrian dan bekalan perkhidmatan.Pelaburan ini telah menyediakan dana modal dan dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi.Peluang pekerjaan dan taraf hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.

Teknologi  

Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar menjadi halangan kepada negara membangun untuk maju dalam sektor ekonomi moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan kepakaran dari negara maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh penduduk tempatan negara membangun.Kepakaran ini diguna unyuk membangunkan negara.Contoh teknologi  HITEC,teknologi reka bentuk dll.
Pengeluaran
Globalisasi  membolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangan  dan pembuatan berpindah dari negara maju ke negara membangun.hal ini berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada kos buruh yang rendah di negara membangun.Secara tak langsung mereka telah membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara membangun seperti Malaysia mengambil peluang ini dalam meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang menempatkan kilang-kilang elektronik dan elektrik di Malaysia.

                                                                                      1
Pasaran

Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran khususnya permintaan dan citarasa pengguna dalam urus niaga barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke negara lain.Misalnya barangan negara-negara Asia Tengggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Begitu juga negara Eropah dan Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling keuntungan akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.

Bekalan Buruh

Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Sebagai contoh Malaysia amat bergantung kepada buruh-buruh  Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.Aliran buruh ini dapat mengembangkan sektor ekonomi di Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran wang masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari negara maju ke negara membangun.

Bahan Mentah & Sumber Tenaga

Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan sektor industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara –negara Teluk dan Asia bagi memperoleh bekalan petroleum, negara Teluk bergantung kepada Malaysia untuk mendapat minyak kelapa sawit.Malaysia bergantungkepada Thailand untuk mendapat bekalan beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.

KESAN GLOBALISASI

Kesan Positif:

Perdagangan Bebas yang dibawa oleh globalisasi ekonomi memberi peluang kepada sesebuah negara membangun menyertai perdagangan antara bangsa tanpa tarif dan kuota.Negara-negara bebas mengimport dan mengeksport barangan tanpa banyak sekatan.

Perluasan Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah

.Kesan perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.

Pemindahan Teknologi berlaku dari negara lebih maju seperti Jepun,Jerman dll ke nagara membangun seperti Malaysia. Rakyat tempatanmenerima pakai teknologi dari negara maju melalui latihan lanjutan, dalamasa yang sama ia sedang mencipta teknologinya sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).

                                                                                                2
Aliran Buruh menjadi semakin mudah dan berleluasa.Ramai penduduk dari negara membangun yang miskin dan padat penduduk mengalir ke negara  lebih maju yang kurang penduduk.Kemudahan pengangkutan dan teknologi maklumat membolehkan aliran buruh berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Menggalakkan Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka berlumba-lumba menghasilkan barangan dan perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di peringkat global.Negara yang berjaya mengurangkan kos pengluaran barangan akan berjaya dalam persaingan ini.

Peningkatan Kualiti Produk juga berlaku melalui persaingan supaya barangannya menang dan mendapat tempat di pasaran global.Barangan berkualiti dan berharga rendah lebih mendapat tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan melalui penyelidikan dan pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.

Kesan Negatif   ;

Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC).Syarikat tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari negara membangun.

Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama negara membangun yang masih mempunyai  kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat menarik pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil dan sederhana penduduk tempatan.

Kesukaran mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju   telah mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara membangun tidak memerlukannya.
Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional  yang berpangkalan di negara maju.

KERJASAMA SERANTAU    
                                                                                                    
ASEAN (PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGGARA)

Sebelum ASEAN, Malaysia,Indonesia dan Filipina menubuhkan ASA pada 31 julai 1961.Matlamatnya gagal, maka pada ogos 1963 ditubuhkan Maphilindo.Pakatan ini juga gagal,maka pada 8 ogos 1967 ASEAN ditubuhkan yang terdiri daripada Malaysia,Thailand,Indonesia,Filipina dan Singapura. Kini Asean terdiri daripada 10 negara apabila Brunei,Vietnam,Kampucheaa,Laos dan Myanmar menyertainya.

Tujuan penubuhan ASEAN ialah

1.Memajukan ekonomii,sosial dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
                                                                                      3
2.Meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota demi meningkatkan taraf hidup rakyat.
3.Keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara.
4.Memberikan kerjasama dalam pelbagai bantuan latihan dan penyelidikan.
KERJASAMA EKONOMI
Anggota ASEAN bekerjasama dan membantu satu sama lain untuk memakmurkan ekonomi.jiran yang mewah akan menjadi rakan perniagaan yang baik dan kurang memberi masalah /konflik.Dengan cara ini negara ASEAN akan stabil  pada peringkat dalaman dan kurang terdedah kepada tekanan-tekanan luar daripada penentang ASEAN.
ASEAN juga mengadakan dialog dengan negara-negara maju seperti Australia,New Zealand,Kanada,Jepun,Amerika Syarikat dan Eropah.


Projek Perindustrian ASEAN diadakan dengan mengagihkan kilang-kilang di kalangan negara anggota iaitu   * projek baja urea  ASEAN di Indonesia
           *projek baja urea ASEAN di Malaysia
           *projek vaksin hipatitis B ASEAN di Thailand
          *projek fabrikasi tembaga ASEAN di Filipina
          *projek batuan abu soda ASEAN di Thailand

Sektor perkhidmatan juga menjadi fokus utama untuk meluaskan tapak  pertumbuhan ekonomi ASEAN.Misalnya kerjasama industri melalui Skim Kerjasama Industri ASEAN berasaskan rangka perjanjian yang dibuat.Cara ini boleh meyakinkan pelabur asing.

Dasar ASEAN yang percayakan kepada memakmurkan jiran boleh membantu antara satu sama lain kerana kemakmuran boleh mewujudkan rakan perdagangan yang baik.

AFTA ialah salah satu bentuk kerjasama ekonomi dalam ASEAN yang berasaskan liberalisasi perdagangan.AFTA menjadikan perdagangan intra ASEAN meningkat dan barangan ASEAN lebih kompetitif di pasaran antarabangsa.     
      
Perancangan kerjasama ekonomi yang lebih khusus adalah melalui jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1977 iaitu Jawatankuasa  perdagangan dan pelancongan (COTT)

                                        Jawatankuasa perindustrian ,tenaga dan galian (COIME)
                                       Jawatankuasa makanan,pertanian dan perhutanan (COFAF)
                                       Jawatankuasa pengangkutan dan telekomunikasi (COTAC)
                                      Jawatankuasa kewangan dan urusan bank  (COFAB)

                                                                                             4     
AFTA (KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN)

Ditubuhkan pada tahun 1992 melalui deklarasi Singapura.Ia adalah sebuah pasaran serantau bersepadu apabila hampir kesemua cukai atau tarif bagi barangan yang diniagkan diturunkan kepada tahap minimum atau dihapuskan sepenuhnya dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh negara-negara anggota.AFTA merupakan langkah pertama ke arah pembentukan pasaran bersama.

AFTA ialah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN yang merupakan satu persetujuan di kalangan negara ASEAN  untuk kemudahan memasarkan barangan keluaran anggota menerusi kadar cukai yang rendah (kurang 5%) atau memansuhkAN LANGSUNG DUTI import bagi membebaskan kemasukan barangan dari negara anggota ASEAN.

AFTA ialah sebuah pasaran bersepadu apabila lebih daripada 96% tarif barangan import bagi 6 negara asal anggota ASEAN (Malaysia,Indonesia,Filipina,Thai,Brunei dan Singapura) diturunkan ke tahap minimum dan akan dihapuskan sepenuhnya menjelang tahun 2002.

Langkah ini diambil sebagai cara memulihkan keyakinan perdagangan, disamping mempercepatkan pemulihan ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.4 anggota baru ASEAN pula diberi kelonggaran melanjutkan penghapusan tarif antara tahun 2006  hingga 2010.

Katogari barangan yang diberi pengurangan tarif ialah

1.barangan automatif
2.barangan pertanian yang telah diproses dan beberapa produk pertanian lain
3.barangan yang dianggap sensitif seperti  hasil pertanian yang belum diproses contohnya beras
4.barangan yang berkaitan dengan keselamatan negara,kehidupan dan kesihatan manusia serta haiwan dan tumbuhan serta barangan yang mempunyai nilai estetika dari segi seni,sejarah dan arkeologi.

Objektif AFTA ialah

 membentuk satu pasaran besar bagi menarik minat pelabur asing melalui penurunn tarif. Ini boleh dicapai dengan cara mengembangkan perdagangan intra ASEAN yang memungkinkan pengeluaran secara pengkhususan ekonomi mengikut skala.Objektif ini boleh dicapai melalui kemasukan pelaburan langsung asing yang tertarik dengan adanya satu pasaran ASEAN yang besar,bersepadu dan cekap.

Penghapusan sepenuhnya sekatan perdagangan akan membawa faedah yang besar kepada penduduk di rantau ASEAN.Pengkhususan bertambah baik keran setiap negara memberi perhatian kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan mereka yang memberikan kecekapan yang tinggi dan barangan yang lebih murah.
AFTA menyedia
kan peluang kepada usahawan atau pelabur tempatan mempertingkatkan eks[port ke negara anggota Asean lain.

                                                                                   5
APEC (KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK)

Dianggotai oleh 21 buah negara yang terdiri daripada Amerika Syarikat,Autralia,Brunei,Chile,China,Filipina,HongKong,Indonesia,Jepun,Kanada,Malaysia ,Mexico,Thailand,New Zealand,Papua New Guinea,Peru,Rusia,Korea,Singapura,Taiwan,Vietnam .Ditubuhkan pada tahun 1989.
Merupakan satu kerjasama ekonomi terbesar yang melibatkan hampir 50%  penduduk dunia.
Objektif penubuhan ialah
# mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan wilayah
#memenafaatkan keuntungan bagi tujuan kebaikan ekonomi wilayah dan dunia
#membentuk sistem perdagangan pelbagai hala
#mengurangkan halangan dalam perdagangan barangan,perkhidmatan dan pelaburan
Projek kerjasama yang digubal oleh jawatankuasa kerja Apec 1991 ialah
      @ projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh Jepun,Indonesia dan Filipina
      @projek pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Jepun,Korea Selatan,Thailand,Indonesia,Kanada dan Malaysia
      @projek perikanan yang diketuai oleh  NEW Zealand,Thailand dan Jepun
      @Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat
      @projek pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat 
Dalam persidangan di Bogor, Indonesia tahun 1994, APEC ingin mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka serta pelaburan di rantau Asia Pasifik menjelang tahun 2010 bagi negara maju dan 2020 bagi negara membangun. Ia bukan sahaja mengurangkan kos pengeluaran tetapi juga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

SEGITIGA PERTUMBUHAN (STP)

Merupakan tambahan daripad kerjasama ASEAN.Terdapat  dua STP iaitu IMT dan IMS.
STP-IMT terdiri daripada 1.Indonesia  (Sumatera Utara)
                                            2.Malaysia (Kedah,Perlis,P.Pinang,Perak ,Selangor)
                                            3.Thailand (Songkhla,Yla,Satu,,Patani,Narathiwat)


                                                                                          6
IMT melibatkan kawasan seluas 200 000 km persegi.Kwasan ini kaya dengan pelbagai sumberAsli dan mempunyai penduduk seramaai 21.1 juta orang.Ia bukan sahaja mempunyai pasaran yang besar tetapi juga mempunyai tenaga buruh yang ramai.

Kerjasama ekonomi ini bertujuan membangunkan sumber-sumber semulajadi, industri dan infrastruktur
 secara usaha sama.Ia boleh memberi pelbagai peluang dalam pelaburab, perdagangan/perniagaan,eksport,perkapalan,pelancongan,perhutanan,pendidikan dan rawatan kesihatan.

Faedah daripada IMT ialah

1.membolehkan negara-negara ASEAN terlibat saling melengkapi untuk mewujudkan pengaliran modal,tenaga kerja dan teknologi yang lebih bebas.

2.menambahkan lagi dorongan untuk meningkatkan perdagangan intra ASEAN.

3.membesarkan lagi perkembangan ekonomi dan perkembangan industri yang belum lagi dimajukan sepenuhnya seperti pelancongan dan pengangkutan laut.

Kerjasam ini telah menggalakkan usahawan di kalangan rakan kongsi dalam ASEAN.Berdasarkan MOU, pelaburan bernilai RM 10 689  bilion telah ditandatangani 1994-1996, dalam bidang infrastruktur dan kemudahan.

                                                                                    
STP-IMS ialah kerjasama tiga hala terdiri daripada Singapura,Johor dan Riau.Kini kawasannya lebih luas iaitu Pulau Bentan,Pulau Karimun dan selatan Sumatera di Indonesia.Di Malaysia pula meliputi Batu Pahat, Muar ,Mersing,Gelang Patah dan Melaka.

IMS lebih berjaya berbanding IMT kerana penglibatan Singapura dalam IMS yang mempunyai kelebihan dari segi modal,teknologi dan kepakaran.Pealaburan dibawa ke Malaysia dan Indonesia kerana Singapura kekurangan tanah sebagai tapak dan kos upah buruh yang tinggi.

Konsep STP-IMS baik bagi Malaysia kerana Malaysia merupakan pengeluar terbesar minyak kelapa sawit memperoleh pasaran yang lebih di kedua-dua buah negara jiran.Keuntungan juga daripada kemudahan pelabuhan entreport Singapura yang terbaik di rantau ini. IMS akan dibangunkan sepenuhnya oleh pihak swasta tetapi dengan sokongan kerajaan masing-masing.

PELABUR Singapura membekalkan infrastruktur termasuk teknologi,kewangan,pengurusan dan selok belok pemasaran di Riau dan Johor. Johor dan Riau pula membekalkan tanah dan tenaga kerja yang tidak dapat dibekalkan oleh Singapura.Contohnya tahun 1990 hingga 1993,syarikat dari Singapura telah melabur RM 1.5 bilion di Johor dan mewujudkan 37 000 peluang pekerjaan.Di Riau pula S$500 juta dilaburkan dan peluang pekerjaan sebanyak 32 000.























































































1 ulasan :

  1. pencari ilmuAhad, 11 Mei, 2014

    terima kasih cekgu...semoga Allah memberkati :)

    BalasPadam