28 November, 2016

TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN

TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN

1.  Maksud  Transformasi Desa.

Proses perubahan yg berlaku kepada kwsn luar bandar. Proses ini boleh dirancang dan dilaksanakan secara bertujuan atau blh berlaku sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini berlaku dr bebrp aspek. Kwsn desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan kepadatan penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh berubah dr  hanya bergantung kpd pertanian kpd melakukan kerja-kerja bukan tani di kwsn desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg lbh baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan awam yg lbh selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih digemari  dan migrasi ke bandar berkurangan.

2. Petunjuk /Indikator pembangunan yang dialami  oleh  sesebuah  desa.

 i.  Peningkatan KDNK perkapita  penduduk. 
      - Pendapatan penduduk meningkat.

ii.  Peningkatan % tenaga kerja dalam ekonomi moden di desa.
-          Cth sektor perindustrian dan perkhidmatan
  
iii.  Peningkatan kemudahan asas.
-          Bekalan elektrik, telekomunikasi/perhubungan

iv.  Peningkatan kuasa beli, pemilikan barangan, dan tabungan penduduk.
      - pembelian barang-barang keperluan

v.  Peningkatan kualiti pendidikan.
    - berpendidikan tinggi/berkemahiran

vi. Peningkatan darjah kesampaian.
-          Mudah dihubungi melalui jalanraya, perhubungan

vii. Peningkatan kemudahan dan perkhidmatan sosial.
-          Kemudahan hospital/ klinik/rekreasi










3. Faktor-faktor  yang mempengaruhi pembangunan sesebuah desa/Bagaimana sesebuah desa menjadi Bandar.

i. Potensi Sumber Alam
    - Sumber mineral cth KL, Ipoh, Seremban berkembang berasaskan  sumber bijih timah
    - Sumber alam sekitar fizikal cth Langkawi mempunyai pantai, pulau dan air terjun  yang menarik

ii. Perkembangan ekonomi moden
     - Desa berkembang kesan perkembangan sektor ekonomi moden seperti perniagaan, perkhidmatan, perindustrian
     - Cth bandar Raub, Bentong Kuala Lipis, Kuala Lipis di Pahang berkembang kerana perniagaan dan perkhidmatan

iii. Tapak yang strategik
    - Desa berkembang apabila lokasi dan kedudukannya sesuai dan strategik untuk aktiviti perdagangan, pelabuhan dan persinggahan yang membuka banyak peluang ekonomi
     -Cth pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan Kelang. Bandar Gemas, Grik dan Johor Baharu untuk persinggahan

iv. Tarikan fizikal yang menarik
     - Desa mempunyai tarikan semulajadi yang menarik seperti Port Dickson, Bandar Kuah di Langkawi,  Bandar Goh Tong di Genting Highland
     -Tarikan fizikal menjadi faktor utma pembangunan eko pelancongan

v. Polisi kerajaan
 - Memajukan kawasan Desa yang berpotensi sebagai pusat pertumbuhan sosio ekonomi  sokongan kepada bandar sedia ada
 -Membangunkan bandar-bandar baru agar wilayah yang baru dibuka terus berkembang
















4. Saling kebergantungan /interaksi .
(a) Desa – Bandar (Huraian dan contoh)

i.  Wujudnya rangkaian kedai runcit di desa yang mana barangannya dibekalkan oleh pembekal dari bandar.

ii. Wujudnya sistem dan jaringan pengangkutan antara bandar dan desa seperti jalan raya, jalan kereta api, jalan air dan lain-lain.

iii. Wujudnya pergerakan ulang-alik penduduk desa ke bandar yang mungkin terdiri daripada pekerja.

iv.  Wujudnya rangkaian pasar malam dan pasar tani tempat memasarkan produk desa.

Wujudnya agensi perkhidmatan kepada penduduk desa seperti pejabat daerah, pejabat tanah, mahkamah, pejabat agama, bank, pejabat pos dan lain-lain.

5. Dasar dan  Strategi /program pembangunan desa di Malaysia

i.                    Pembangunan In Situ
Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada
Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih baka baik, R & D biji benih sintetik oleh MARDI,klon getah.
Penternakan– baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi tinggi

ii.                  Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)
Matlamat – menyatukan pertanian dan menambah baik kemudahan prasarana
Menggalakkan pertumbuhan baru ekonomi berkaitan pertanian baru, industri asas tani dan sektor perkhidmatan. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

iii.                Pembangunan Wilayah
Dilaksanakan akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosioekonomi antara kawasan dalam negara dan meningkatkan sosioekonomi penduduk di wilayah mundur. Cth: Pertanian berkelompok atau mini estet di Mulong, Kelantan.




             





iv.                      Perindustrian desa

Tujuan – mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang, mempelbagaikan peluang pekerjaan, memajukan sepenuhnya tenaga rakyat terutama di kawasan pertanian yang kurang maju dan berpenduduk padat. Cth; industri asas tani dan kraftangan.


6. Fungsi/sumbangan  bandar kecil  kepada pembangunan sosioekonomi desa sekitar.

i.                    Fungsi pentadbiran – pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka

ii.                  Fungsi Perniagaan – rangkaian kedai runcit, Pasar Raya Sinaran Kota

iii.                Fungsi Kewangan – ada pelbagai jenis bank seperti BSN, Maybank dll

      iv.        Fungsi Industri – industri elektronik, memproses getah, minyak sawit serta
                   IKS
      v.        Menyediakan kemudahan asas

7. Pembandaran kawasan  desa

i.  Pembandaran  desa bertujuan  untuk membandarkan kawasan-kawasan  desa.

ii. Yakni memodenkan dari aspek fasiliti dan kemudahan-kemudahan asas.

iii. Bertujuan  untuk  menyuntik ekonomi  setempat dan mengembangkan sosio-ekonominya.

iv. Kesannya aktiviti pemprosesan dan perkilangan dikembangkan

8. Perancangan desa  sebagai  pusat pertumbuhan.

i. Penduduk  juga mampu  menjalani kehidupan bandar tanpa perlu ke bandar.

ii. Contoh,pelbagai kemudahan kesihatan, jalan raya, pendidikan dan elektrik.

iii. Contoh, kawasan seperti Segi Tiga Jengka, Kelantan Selatan, Pahang Tenggara  dan Terengganu  Tengah.
iv.Selain aspek  infrastuktur, saiz  dan  fungsi  desa juga diambil kira.

v. Petempatan tertentu  dirancang agar menjadi pusat pertumbuhan wilayah yang lebih  luas dan petempatan kecil lain.
vi.Ia berfungsi sebagai “MULTI-FUNGSI” kepada kawasan sekitar.


9. Pengertian Bandar dan Pembandaran:
a.  Konsep :

Bandar :  petempatan   yang mempunyai saiz yang lebih besar,    dan kepadatan  penduduk yang lebih tinggi drpd luar bandar, pola pekerjaan bukan
bercorak pertanian, mempunyai jaringan perhubungan yang padat dan
sibuk, deretan bangunan yang tinggi.

Pembandaran:  proses perkembangan sesebuah pekan menjadi bandar dari segi
keluasan, jumlah penduduk, prasarana, pendapatan pengurusan dan budaya penduduk

10. Mengenal Pasti Jenis Bandar Berdasarkan Jumlah Penduduk:

i.     Bandar kecil                  
       Mempunyai penduduk  antara  2,500 – 25,000
 ii.  Bandar satelit
Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk dan          berada  di bawah lingkungan pengaruh bandar induk. Cth Petaling Jaya kpd K. Lumpur.
iii.   Bandar Raya/metripolitan       
Penduduk melebihi daripada  satu juta orang
v.    Megalopolis        
Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis  dan    mempunyai penduduk melebihi 10 juta org.

11. Maksud proses urbanisasi/pembandaran.

“Satu  proses  perubahan  masyarakat, stuktur  ekonomi & fizikal dalam satu  kawasan  asalnya  bersifat desa kepada bandar”.

Proses  pembandaran  mampu  dikenal  pasti:
  1. Pertumbuhan/perkembangan bandar-pertambahan jumlah penduduk.
  2. Migrasi  desa-bandar.
  3. Perluasan dan  perkembangan guna tanah bandar.
  4. Kemudahan-kemudahan sosial dan  kemudahan  infrastuktur.







              


12. Tahap perkembangan pembandaran di Malaysia.

a. Selepasmerdeka, trend pembandaran dinegara Malaysia     semakin meningkat dan ini
dapat dilihat melalui pertambahan bandar

Tahun
JumlahPenduduk
% PendudukBandar
BilanganBandar
1970
8 810 000
28.7
49
1980
13 136 109
34.2
67
1991
17 563 420
50.7
129
2000
22 202 614
61.8
138


c.  Contoh tumpuan utama pembandaran dipantai baratS ’jungM’sia:
       LembahKlang-PulauPinang -Johor Bahru–Seremban-LembahKinta

d.   Contoh tumpuan utama pembandaran dipantait imur S’jung M’sia:
      Kota Bharu–Kuantan–Kuala Terengganu

e.  Contoh tumpuan utama pembandaran diSabah & S’wak:
      Lebihtertumpudiibunegeridanbandar-bandarutama

13. Faktor-faktor  yang mempengaruhi  perkembangan Bandar.

Terdapat beberapa faktor mempengaruhi perkembangan bandar iaitu :

·   Kemajuan industri perkilangan
·   Tumpuan kerja sektor perkhidmatan
·   Pemusatan fungsi sosial
·   Pertambahan penduduk bandar secara semula jadi
·   Kemajuan teknologi pengangkutan

14. Maksud Bandar primat.

Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di Thailand dan
Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat berganda-ganda besarnya (5
kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau tidak dpt
ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini menyebabkan
berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran, kemudahan
sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses pembandaran serta
migrasi bandar secara memusat ke bandar utama.




                
Kuliah :                                           Tarikh:

15. Kesan-kesan  akibat kewujudan bandar primat   kesan terhadap persekitaran manusia  dan fizikal .


1.  Masalah pencemaran persekitaran seperti pencemaran air,udara dan daratan akibat pembuangan sisa-sisa domestik, sisa kilang dan kenderaan. Konurbasi akan melibatkan pertambahan penduduk, pertambahan kilang dan sumber kenderaan. Justeru itu  pelbagai bahan pencemar dilepaskan khususnya ke atas sumber-sumber air dan udara. Sungai dan tasik tercemar, udara diselaputi gas-gas seperti karbon monoksida, sulfur, hidrokarbon dan partikel-partikel terampai yang lain.

2.   Masalah tanah . Saiz tanah menjadi semakin sempit, nilai hartanah menjadi semakin mahal akibat persaingan pelbagai guna tanah di pinggir bandar untuk kediaman, industri, ruang niaga dan sebagainya. Golongan berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah. Ini mendorong kepada kewujudan petempatan-petempatan setinggan khususnya di kawasan pinggir-pinggir bandar.

3.   Masalah kesesakan. Penduduk bandar bertumpu untuk tinggal di pinggir-pinggir bandar tetapi masih bekerja di pusat bandar. Masalah kesesakan berlaku di jalan-jalan  masuk ke pusat bandar pada waktu pagi (pergi kerja) dan juga petang (pulang dari kerja). Di Kuala Lumpur jalan-jalan menuju ke pusat bandar biasanya adalah sesak pada waktu-waktu tersebut seperti di Jalan Kucing, Tol Sungai Besi, Jalan Ampang, Jalan Cheras dan lain-lain lagi.
4.     Masalah sosial. Seperti peningkatan kadar jenayah serta merebaknya pelbagai jenis penyakit. Pertambahan penduduk, persaingan pekerjaan dan pengganguran boleh mempercepatkan kadar jenayah seperti merompak dan menyamun. Di kawasan setinggan pula pelbagai penyakit berjangkit seperti denggi dan taun cepat merebak kerana persekitaran yang kotor dan tidak terurus.


16. Maksud Sub bandar, rebakan bandar,  dan konurbasi bandar. 


1. Subbandar
Merujuk kpd kws pinggir bandar yg menjadi penyokong kpd pusat bandar. Terdiri dari bandar-bandar baru pinggir bandar. Cth, Cheras, Gombak, Selayang, Ampang subbandar kpd K. Lumpur.

2. Rebakan Bandar
Satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dr kws pusat bdr ke pinggir bdr. Dikaitkan juga dgn istilah limpahan pembandaran.

3.Kornubasi bandar:
Proses penggabungan beberapa buah bandar berdekatan dalam sesuatu kawasan atau wilayah perbandaran yang besar seperti bandar Shah Alam Bercantum dgn Petaling Jaya.



17. Faktor-faktor yang mempengaruhi proses konurbasi.
                                                                                                                                              
Terdapat beberapa sebab fenomena konurbasi bandar berlaku di Asia Tenggara. Fenomena tersebut melibatkan bandaraya utama (ibu negara) dengan bandar sekitar yang berdekatan dengannya. Antara sebabnya ialah:

1.   Faktor keletakan bandar yang berhampiran antara satu sama lain. Jarak antara bandar yang dekat ini akan mempercepatkan penggabungan sempadan apabila berlakunya rebakan di bandar-bandar yang berhampiran itu. Misalnya Petaling Jaya adalah jiran kepada Kuala Lumpur manakala Shah Alam pula adalah jiran kepada Petaling Jaya. Apabila bandar-bandar ini berkembang maka tidak hairanlah jika ia mudah bercantum kerana jaraknya yang begitu dekat dan mungkin hanya disempadani dengan jalan raya atau lebuh raya sahaja.

2.  Kewujudan sistem pengangkutan seperti lebuh raya, jalan raya, jalan keretapi dan lain-lain menghubungkan antara bandar-bandar tersebut yang akan memudahkan/memangkinkan lagi proses rebakan dan limpahan pembandaran. Rangkaian pengangkutan yang baik jelas sekali memainkan peranan utama mempercepatkan penggabungan kerana ia menghubungkan pusat-pusat bandar berkenaan dengan cepat dan pantas. Ketersampaian menjadi lebih mudah dan dekat. Pada lazimnya ke arah mana sistem pengangkutan berkembang maka petempatan dan zon-zon guna tanah yang lain juga turut berkembang selari dengan arah perkembangan jalan pengangkutan tersebut. Dengan itu zon-zon pinggir bandar/sempadan semakin cepat bergabung.



           

3.  Pembangunan perindustrian yang pesat di zon-zon pinggir bandar/sub bandar yang menyebabkan proses pembandaran yang cepat pula dialami oleh zon berkenaan sehingga ia boleh bercantum dengan pinggir bandar yang lain. Zon-zon industri biasanya diletakkan di pinggir bandar. Apabila masing-masing bandar melokasikan kawasan industrinya di pinggiran maka mudahlah kawasan pinggiran tersebut berkembang dan bercantum.

4.  Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat sehingga ruang bandar padat dan tepubina. Justeru kawasan-kawasan kediaman berkembang dengan cepat di pinggir-pinggir  bandar yang akan diikuti pula oleh perkembangan kemudahan pembandaran/tumbuhnya sub-sub bandar. Di Selangor misalnya kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur seperti di Sri Kembangan, Ampang, Cheras begitu pantas berkembang dengan kawasan perumahan sehingga ia menjadi sub-sub bandar yang bergabung dan mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri.

5.  Dasar kerajaan seperti untuk mengurangkan kepadatan dan kesesakan di bandar-bandar utama, memajukan/menyebarkan pembangunan ke pinggir bandar, mewujudkan bandar-bandar satelit, bandar-bandar baru yang kelak akan berkembang dan bercantum dengan sempadan bandar lain. Bandar-bandar baru diwujudkan dengan pelbagai sebab. Selain untuk mengurangkan kesesakan penduduk di bandar utama ia juga disediakan sebagai bandar industri, bandar pentadbiran,bandar pendidikan dan lain-lain lagi. Misalnya Petaling Jaya dan Shah Alam sebagai bandar Industri dan petempatan manakala Putra Jaya sebagai bandar pentadbiran. Zon-zon pinggiran bandar-bandar ini kelak akan berkembang seterusnya boleh bergabung dengan bandar induknya.








3 ulasan :