16 Disember, 2013

SUKATAN PENGGAL 2 STPM GEOGRAFI BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan








BAHAGIAN B:
GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA







1    Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
30






      3.1   Sektor-sektor ekonomi
20
Calon seharusnya dapat:

(a)   mengenal pasti sektor ekonomi yang terbahagi kepada tiga, iaitu


Skala negara Malaysia


          (i)   primer;        
Pertanian, perikanan, perhutanan, dan perlombongan


         (ii)   sekunder;
Pemprosesan, pembuatan, dan pembinaan


























Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






        (iii)   tertier.
Pelancongan, pengangkutan dan perhubungan,
perdagangan dan perniagaan, kewangan,
perkhidmatan awam dan swasta, utiliti (elektrik, air, dan gas), teknologi maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan


(b)   menghuraikan ciri utama setiap sektor ekonomi negara Malaysia (taburan, skala, orientasi pengeluaran, penggunaan modal, buruh, dan teknologi);
Huraian berkaitan dengan ciri dan kepentingan boleh digabungjalinkan mengikut sektor ekonomi


(c)   menghuraikan kepentingan atau sumbangan setiap sektor kepada ekonomi negara (Keluaran Dalam Negara Kasar [KDNK], pekerjaan,   dan kesan pengganda);
Kesan pengganda merujuk kepada aktiviti hiliran dalam sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan


(d)   menjelaskan perkembangan semasa sektor ekonomi (primer, sekunder, dan tertier);
Perkembangan semasa sektor ekonomi meliputi kemajuan, inovasi, isu, masalah, dan cabaran


(e)   menghuraikan perkembangan bioteknologi terkini dalam bidang pertanian dan pembuatan;
Bioteknologi bermaksud penggunaan teknologi dalam perkembangan pertanian dan pembuatan seperti pembiakbakaan tisu, pengubahsuaian genetik, teknologi transgenik, dan teknologi nano



Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan




              3.1.1  Kemahiran amali

(f)    mengira, melukis, dan mempersembahkan data ekonomi semasa dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta;
Gambar rajah termasuklah carta, graf, dan rajah


(g)   mentafsir jadual, gambar rajah, foto, dan peta.
Peta meliputi peta topografi




      3.2  Proses pembangunan ekonomi
4
Calon seharusnya dapat:



(a)   mentakrifkan maksud pembangunan dan mengenal pasti penunjuk pembangunan (KDNK per kapita, peratus tenaga kerja dalam sektor ekonomi, ciri demografi, kemudahan asas, dan pemilikan barangan);



(b)   membezakan tahap pembangunan semasa antara kawasan dalam negara Malaysia;



(c)   menjelaskan ketakseimbangan pembangunan antara kawasan dalam negara Malaysia.
Tumpuan kepada isu ketakseimbangan pembangunan antara wilayah dalam negara dan strategi untuk mengatasinya (koridor pembangunan ekonomi utara, timur, selatan, Sabah dan Sarawak)




      3.3  Impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar
6
Calon seharusnya dapat:

(a)   menjelaskan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar, iaitu



          (i)   kemerosotan dan kepupusan sumber;



         (ii)   pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan sisa toksik);

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






        (iii)   kemerosotan kualiti alam sekitar (peningkatan suhu setempat, hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus, banjir dan kemarau, ancaman kepupusan kepelbagaian    biologi, kemusnahan habitat, dan rantaian makanan);
Sumber perhutanan, perikanan, dan perlombongan


(b)   merumuskan langkah mengurangkan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar dari aspek perundangan dan bukan perundangan.





2    Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
30






      4.1  Globalisasi ekonomi
6
Calon seharusnya dapat:




(a)   menghuraikan maksud globalisasi ekonomi;
Globalisasi ekonomi
bermaksud saling bergantung antara negara dari segi bahan mentah, modal, buruh, pasaran, dan teknologi dalam proses pengeluaran dan pemasaran yang dipermudahkan oleh kemajuan teknologi maklumat






(b)   menghuraikan aspek saling bergantung antara kawasan (pelaburan, teknologi, pengeluaran, pasaran, dan bekalan buruh);

Saling bergantung antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi



Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(c)   menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara kawasan (kecekapan, ekonomi, daya saing, pengkhususan, dan penyertaan dalam ekonomi dunia);



(d)   menilai kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara, iaitu
         (i)   kesan positif
                  perdagangan bebas;
                  peluasan pasaran;
                  pemindahan teknologi
                  aliran buruh;
                  menggalakkan persaingan;
                  peningkatan kualiti produk;



        (ii)   kesan negatif
                  penguasaan ekonomi negara oleh syarikat multinasional (MNC);
                  ancaman kepada barangan, perkhidmatan, dan budaya tempatan;
                  ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana tempatan;
                  kesukaran untuk mengawal aliran modal asing;
   penghakisan kedaulatan negara.









Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan




      4.2  Kerjasama serantau
14
Calon seharusnya dapat:





             4.2.1 Konsep kerjasama

(a)   mengenal pasti pakatan ekonomi serantau, iaitu
          (i)   Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN);
         (ii)   Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA);
        (iii)   Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC);
        (iv)   Kerjasama ekonomi antara negara Asia Timur;
         (v)   Kesatuan Eropah (EU);
           (vi)   Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA);



(b)   menghuraikan konsep kerjasama dan persaingan antara kawasan;





             4.2.2 Kepentingan dan halangan

(c)   menjelaskan kepentingan pakatan ekonomi serantau dari segi
           (i)   mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia;
          (ii)   pasaran bersama;
         (iii)   meningkatkan daya saing serantau;
         (iv)   menjaga kepentingan bersama serantau;
          (v)   keperluan guna tenaga buruh;
         (vi)   teknologi penyelidikan dan pembangunan;
Daya saing serantau merujuk kepada keupayaan mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan global pada kos yang kompetitif


(d)   menghuraikan halangan dalam kerjasama ekonomi serantau yang meliputi
          (i)   perbezaan ekonomi antara negara anggota;
         (ii)   konflik politik wilayah dalam negara anggota;





Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






        (iii)   keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau;
        (iv)   persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau;    
         (v)   pencemaran rentas sempadan;
           (vi)   keselamatan serantau;





             4.2.3 Kemahiran amali

(e)   mengira, melukis, dan mempersembahkan data ekonomi dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta;        



(f)    mentafsir jadual, gambar rajah, dan peta berkenaan.





      4.3  Segitiga pertumbuhan
8
Calon seharusnya dapat:



(a)   mendefinisikan konsep kawasan segitiga pertumbuhan;
Kawasan segitiga pertumbuhan merujuk kepada kerjasama memajukan subwilayah yang berjiran di dalam ASEAN


(b)   mengenal pasti kawasan segitiga pertumbuhan di dalam ASEAN, iaitu
          (i)   Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–
                 Singapura (IMS–GT);
         (ii)   Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–
                 Thailand (IMT–GT);
           (iii)   Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia–Filipina (BIMP–EAGA);

Fokus kerjasama:
IMS–GT – perindustrian
IMT–GT – sumber pertanian dan pelancongan
BIMP–EAGA – pelbagai aktiviti ekonomi


Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(c)   menjelaskan peranan segitiga  pertumbuhan dalam memajukan wilayah berkenaan (perdagangan, pelaburan, pelancongan, pengaliran buruh, penggunaan sumber, pengangkutan dan perhubungan, dan teknologi).





      4.4  Hubungan Malaysia dengan negara luar
2
Calon seharusnya dapat:



(a)   menyatakan dasar luar negara Malaysia;
Teras dasar luar negara Malaysia - Aman, Bebas, dan Berkecuali


(b)   menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau;
Prinsip memakmurkan jiran menjadi fokus utama kerjasama serantau


(c)   menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar.
Mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan



Tiada ulasan :

Catat Ulasan