27 Oktober, 2015

PENGGAL 3 : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
1.      Pengeluaran dan penggunaan sumber perlu diuruskan dengan bijaksana untuk menjamin bekalaan yang berterusan.
2.      Manusia bertanggangjawab memelihara sumber dengan bijak supaya bekalan sumber terus wujud hingga ke generasi akan datang.

  1. Secara umumnya, penggunaan sumber secara positif bermaksud sumber perlu digunakan secara bijak tanpa berlaku pembaziran.
  2. Antara cara menggunakan sumber secara positif ialah dengan cara:
a.       Penggunaan sumber secara terkawal. Contohnya, menggunakan air dan elektrik secara bijak dan tidak membazir.
b.      Merancang penggunaan sumber. Contohnya, penggunaan kertas hendaklah dilakukan dengan bijak agar sumber kayu balak dapat dikurangkan.
c.       Mengelakkan pembaziran bahan, wang, dan tenaga. Contohnya, bahan yang boleh digunakan semula tidak perlu dibuang seperti tin minuman dapat dikitar semula dan menjimatkan pembaziran sumber timah.

  1. Penghutanan semula bermaksud usaha menanam semula pokok hutan yang telah ditebang akibat kegiatan pembalakan.
  2. Penebangan pokok hutan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan:
a.       Kepupusan hidupan liar.
b.      Kekurangan sumber air.
c.       Kehabisan sumber perhutanan.
  1. Dasar Perhutanan Negara telah diwujudkan untuk menyelaraskan undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, pemeliharaan, dan pembangunan hutan.
  2. Institut Penyelidakan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ditugaskan untuk memelihara, memulihara, dan mengawal sumber hutan.
  3. Antara cara pemeliharaan dan pemuliharaan hutan ialah:
a.       Mewujudkan taman negara untuk melindungi flora dan fauna.
b.      Menanam semula kawasan hutan yang telah diterangkan.
c.       Menubuhkan kawasan hutan simpan.
d.      Mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan menjalankan penebangan terpilih.
e.       Mengharamkan kegiatan pemburuan dan pembalakan di kawasan hutan simpan dan taman negara.

1.      Tebus guna tanah merupakan satu cara menjadikan tanah yang tidak mempunyai nilai atau terbiar berguna kepada manusia dan mengelakkan daripada pembaziran sumber atau kawasan.
2.      Kawasan yang boleh ditebus guna ialah:
a.       Bekas lombong
b.      Tanah paya
c.       Pinggir laut
3.      Kawasan yang telah ditebus guna dijadikan:


Kawasan
Dijadikan
(a)
Bekas lombong
*      Kawasan pertanian. Contohnya, di Tambun (Perak).
*      Kawasan perniagaan dan petempatan. Contohnya di Bandar Tasik Selatan.
*      Kawasan penternakan ikan air tawar.
*      Kawasan rekreasi. Contohnya, tasik Titiwangsa, Tasik Perdana di Kuala Lumpur.
(b)
Tanah paya
*      Kawasan industri dan perumahan. Contohnya, Seberang Perai dan Pelabuhan Klang.
*      Kawasan pertanian. Contohnya penanaman padi di Sabak Bernam, Selangor.
(c)
Pinggir laut
*      Kawasan perniagaan dan petempatan. Contohnya, Stulang Laut (Johor Bahru) dan Bandar Hilir (Melaka).

1.      Pengurangan penggunaan merujuk kepada penggunaan sumber secara optimum tanpa berlaku pembaziran terutamanya bagi sumber yang tidak boleh diperbaharui.
2.      Pengurangan penggunaan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti:

(a)
Perlombongan
-mengehadkan pengeluaran lesen.
-mengawal kadar hasil pengeluaran.
-mempelbagaikan penggunaan agar tidak bergantung kepada sejenis bahan sahaja.
(b)
Pembalakan
-mengehadkan pengeluaran lesen.
-mengenakan denda terhadap syarikat yang menjalankan pembalakan secara haram.
-mewartakan hutan sebagai hutan simpan dan Taman Negara.
-menggunakan kayu secara optimum.

3.      Bagi memastikan penggunaan sumber tenaga dapat digunakan secara optimum, beberapa langkah bolah dilaksanakan seperti:
a)      Menaikkan kadar bayaran penggunaan tenaga.
b)      Menaikkan kadar cukai.
c)      Penggunaan teknologi moden.
d)      Mengadakan kempen kesedaran.

1.      Kitar dan guna semula merujuk kepada pemprosesan bahan-bahan terbuang yang tidak digunakan kepada penghasilan bentuk baru yang boleh dimanfaatkan.
2.      Tujuan kitar dan guna semula ialah:
a.       Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.
b.      Menjimatkan sumber alam dan mengelakkan pembaziran.
c.       Mengurangkan jumlah bahan buangan.
3.      Bahan buangan bolah dikitar semula menjadi:


Bahan buangan
Dikitar/ Diguna semula
(a)
 Plastik
*      Diguna semula.
*      Dikitar menjadi barang perhiasan.
(b)
 Getah
*      Diguna semula. Contohnya, tayar sebagai tukun tiruan atau alat perhiasan.
(c)
 Sisa makanan
*      Diguna semula sebagai makanan binatang.
*      Dikitar menjadi baja.
(d)
 Kertas
*      Dikitar menjadi tisu atau kertas.

4.      Kempen “Fikir Dahulu Sebelum Buang” telah menggalakkan orang ramai supaya mengelaskan bahan buangan sebelum dibuang supaya proses kitar semula mudah dilakukan.

1.      Salah satu cara untuk mengatasi masalah pencemaran ialah dengan merawat sisa buangan supaya tidak berbahaya. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana alat pembakar sisa industri akan membakar sisa pada suhu yang tinggi supaya kualiti sisa buangan dapat dikurangkan dan menukarkan sisa toksik kepada bahan yang kurang berbahaya.
2.      Tujuan rawatan sisa buangan ialah:
a.       Mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
b.      Memastikan sisa buangan tidak merosakkan sumber lain seperti sumber air.

c.       Menjamin keselamatan penduduk dan haiwan di darat, laut, dan udara.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan