08 November, 2015

SOALAN RAMALAN BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL

SOALAN ESEI 

4(a) Bezakan maksud bahangan suria dengan bahangan terestrial.[ 4 Markah]

Bahangan Suria
Bahangan Terestrial
Markah
  • Dikenali sebagai bahangan matahari. Dipancarkan waktu siang.
  • Dikenali sebagai bahangan bumi. Dipantulkan waktu malam.
2
  • Dalam bentuk gelombang pendek
  • Dalam bentuk gelombang panjang
2
2 Markah
2 Markah
MAX 4

5(a) Jelaskan pengaruh bahangan suria terhadap proses fizikal di permukaan bumi

Judul isi Jawapan
Huraian dan Contoh
Markah

1. Proses Luluhawa fizikal.

  • Mempengaruhi luluhawa fizikal secara pengembangan dan pengecutan
  • Luluhawa fizikal secara beku-cair fros
  • Luluhawa fizikal secara penghabluran garam.



2

2. Proses luluhawa kimia.
  • Proses basah-kering batuan.
  • Sinaran/bahangan matahari meningkatkan suhu sekitar melebihi 10˚C.
  • Tindakbalas kimia akan berganda apabila suhu meningkat (prinsip Vant Hoff)


2
3. Proses Hakisan Glasier/pencairan ais.
  • Bahangan suria menyebabkan lapisan ais cair.
  • Mewujudkan sungai-sungai glasier.
  • Hakisan ragutan dan lelasan glasier meningkat.
  • Salji runtuh.


2
4. Proses hakisan layangan angin.
  • Sinaran/bahangan matahari yang terik menyebabkan kawasan gurun menjadi kering – kontang, tandus – gersang.
  • Hakisan layangan angin berlaku dengan cepat.
  • Proses penggurunan bertambah – saiz gurun membesar




2

5. Proses sejatan dan sejat-peluhan.
  • Bahangan suria membekalkan jumlah haba yang cukup untuk membolehkan sejatan berlaku.
  • Sejatan dari permukaan tasik, sungai, paya, kolam dan laut – wap air terbebas ke atmosfera.
  • Sejat peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih – wap air terbebas ke atmosfera.




2

6.  Proses Fotosistesis tumbuhan.
  • Bahangan suria membekalkan tenaga yang cukup untuk tumbuhan memproses makanannya sendiri melalui proses fotosistesis.
  • Tenaga suria bertukar kepada tenaga kimia dan disimpan di dalam daun serta buah.



2

7.  Proses pergerakan angin.
  • Bahangan suria menyebabkan perbezaan suhu antara dua tempat.
  • Suhu berbeza tekanan berbeza. (Suhu tinggi – tekanan rendah dan Suhu rendah – tekanan tinggi).
  • Tiupan angin bermula dari tekanan tinggi ke tekanan rendah.
  • Semakin besar perbezaan tekanan – semakin kencang angin bertiup.



2







(b)          Jelaskan tiga kesan  bahangan suria terhadap aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembab.                                 [ 6markah)


Judul Isi Jawapan
Huraian dan Contoh
Markah

1. Aktiviti pertanian
  • Bahangan suria yang cukup - Menjamin tumbesaran tanaman – proses fotosistesis sempurna.
  • Pengeluaran bunga dan buah.
  • Aktiviti pengeluaran hasil tanaman seperti penuaian padi, susu getah, tanaman tembakau, buahan dll dapat dikeluarkan dan dipasarkan dengan baik.



2


2. Aktiviti pelancongan.

  • Cuaca panas menggalakkan kedatangan pelancong asing.
  • Aktiviti berjemur ditepi pantai.
  • Aktiviti berkayak/berakit dll yang berkaitan dengan eko pelancongan.




2

3 Aktiviti Perikanan.

  • Sinaran matahari/cuaca cerah - Aktiviti nelayan berjalan dengan baik tanpa gangguan seperti pada musim tengkujuh.
  • Pertumbuhan plankton dan zoo plankton aktif – menjadi tumpuan pelbagai spesis ikan.
  • Aktiviti akuakultur dan marinkultur dapat dijalankan dengan baik.



2

4. Aktiviti  Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

  • Bahangan suria yang terik/cuaca panas – pengeringan batik dan aktiviti menjemur ikan kering dapat dilaksanakan.
  • Industri perabot dan perusahaan arang kayu beroperasi dengan sempurna.




2

5. Gangguan aktiviti riadah dan mengehadkan pergerakan penduduk.
  • Bahangan matahari terlalu terik/panas melampau – mengehadkan pergerakan penduduk.
  • Pelbagai penyakit cepat merebak melalui penularan virus.
  • Stroke haba – deman panas.
  • Meningkatkan kejadian jerebu.


2




Tiada ulasan :

Catat Komen