16 Disember, 2013

PENGGAL 2 : ALAM SEKITAR FIZIKAL

PENGGAL 2 
BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan




BAHAGIAN A:
GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL







1    Sistem Atmosfera
40






      3.1   Struktur dan kandungan atmosfera
2
Calon seharusnya dapat:

(a)   menyatakan struktur dan kandungan atmosfera;
(b)   menghuraikan ciri struktur dan kandungan atmosfera.





      3.2   Cuaca dan iklim
12
Calon seharusnya dapat:







(a)   menyatakan konsep cuaca dan iklim;



(b)   menghuraikan unsur cuaca dan iklim (bahangan suria, bahangan bumi, suhu, kerpasan, kelembapan, tekanan udara, angin, dan litupan awan);
Bahangan suria juga merujuk kepada bahangan matahari


(c)   menyatakan konsep imbangan bahangan;
Bahangan bumi juga merujuk kepada bahangan terestrial


(d)   menghuraikan proses pemindahan haba;


(e)   menghuraikan taburan suhu secara menegak dan mendatar;



(f)    menyatakan konsep kelembapan udara;
Kelembapan bandingan dan kelembapan mutlak

Proses adiabatik/ kestabilan udara
-  kadar tukaran adiabatik
-  kadar tukaran sekitaran


(g)   menghuraikan konsep kestabilan udara;


(h)   menghuraikan proses sejatan, pemeluwapan, pembentukan awan, dan kerpasan;


(i)    menghuraikan jenis kerpasan (hujan perolakan dan hujan orografik);





Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(j)    menghuraikan tekanan udara dan edaran umum atmosfera;
Angin wilayah dan angin tempatan
bayu darat dan            bayu laut, angin pergunungan, angin lintang, angin  monsun, dan badai selari (Angin Sumatera)


(k)   menghuraikan gangguan atmosfera.
Siklon tropika dan tornado




      3.3  Kaitan sistem atmosfera dengan manusia
6
Calon seharusnya dapat:

(a)   menjelaskan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia;


Pengaruh positif dan negatif iklim dan cuaca terhadap aktiviti manusia
Perbincangan pada skala dunia dan penekanan kepada skala tempatan


(b)   menghuraikan fenomena iklim (banjir, kemarau, siklon tropika, tornado, dan El Niño dan La Niña).
Kesan terhadap manusia
seperti kemusnahan infrastruktur, kemusnahan bentuk muka bumi, dan ekonomi
Siklon tropika terdiri daripada taufan dan hurikan




      3.4  Perubahan iklim
6
Calon seharusnya dapat:




(a)   menghuraikan konsep perubahan iklim;



(b)   menjelaskan punca dan kesan rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global;



(c)   menjelaskan punca dan kesan penipisan dan kebocoran lapisan ozon;




Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(d)   menjelaskan kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia.





      3.5   Mikro iklim bandar
6
Calon seharusnya dapat:




(a)   menghuraikan konsep mikro iklim bandar;
Merujuk kepada kajian kes seperti pulau haba bandar, pulau sejuk, pencemaran udara, jerebu, dan hujan asid


(b)   menjelaskan kesan perubahan mikro iklim bandar terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.




      3.6   Kemahiran amali sistem atmosfera
8
Calon seharusnya dapat:




(a)   mengira data, memplot, melukis, dan mentafsir peta garisan senilai, iaitu garisan sesuhu (isoterma), garisan sehujan (isohyet), dan garisan setekanan udara (isobar);



(b)   mengira data, melukis, dan mentafsir graf dan carta cuaca serta kaitannya dengan aktiviti manusia.
Carta cuaca merujuk kepada rajah tiupan angin, graf bulatan, graf garis, dan graf bar




2    Sistem Hidrologi
20






      4.1   Fasa air
2
Calon seharusnya dapat:




(a)   menyatakan tiga fasa perubahan air (cecair, gas, dan pepejal);
Gambar rajah perubahan fasa, proses, dan tenaga yang terlibat


(b)   menghuraikan tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat.




      4.2   Kitaran hidrologi
4
Calon seharusnya dapat:




(a)   menghuraikan konsep kitaran hidrologi;
Gambar rajah kitaran hidrologi


(b)   menghuraikan proses mendatar kitaran hidrologi (alir lintang atmosfera, larian air permukaan, dan aliran air bawah tanah);

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(c)   menjelaskan proses menegak kitaran hidrologi (sejatan, perpeluhan, sejatpeluhan, pemeluwapan, pemejalwapan, kerpasan, pintasan, aliran batang, dan resapan);



(d)   menghuraikan konsep keberkesanan kerpasan dan faktor yang mempengaruhinya (ciri keamatan, kekerapan, jangka masa, musim, dan liputan kawasan).
Keberkesanan kerpasan merujuk kepada perbezaan kerpasan dengan sejatan




      4.3  Edaran air tanih
2
Calon seharusnya dapat:




(a)   menyatakan dan menghuraikan proses edaran air tanih (larian air  permukaan, resapan, aliran air bawah tanah, simpanan air tanih, keporosan, ketelapan, dan akuifer);



(b)   menghuraikan faktor yang mempengaruhi edaran air tanih.





      4.4  Imbangan air
4
Calon seharusnya dapat:




(a)   menghuraikan konsep imbangan air (lebihan air dan kurangan air);



(b)   menjelaskan variasi imbangan air mengikut ruang dan masa;



(c)   menghuraikan faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air (ketinggian, aspek, hujan, topografi, tumbuhan, dan batuan).





      4.5  Kaitan sistem hidrologi dengan manusia
4
Calon seharusnya dapat:

(a)   menjelaskan kepentingan air (bekalan air domestik, pertanian, dan industri);


Gangguan imbangan air merujuk kepada perubahan simpanan air yang digambarkan oleh lebihan air (banjir) dan kurangan air (kemarau)

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(b)   menjelaskan gangguan imbangan air terhadap aktiviti manusia (kejadian kemarau, kejadian banjir monsun/musiman dan banjir kilat);



(c)   menjelaskan penyesuaian manusia terhadap kurangan air dan lebihan air (hujan tiruan, sistem pengairan, penghutanan, dan sumber air yang lain).
Penyesuaian manusia termasuk langkah pengurusan (catuan air, kempen penjimatan, dan tarif air) dan langkah kestrukturan (empangan, parit, terusan, dan tangki)




      4.6   Kemahiran amali sistem hidrologi
4
Calon seharusnya dapat:

(a)   mengira data, melukis, dan mentafsir graf dan carta hidrologi (kerpasan, sejatan, sejatpeluhan, dan imbangan air).


Carta hidrologi merujuk kepada graf garis, graf bar, dan rajah serakan



PENGGAL 2 : ALAM SEKITAR FIZIKAL TEMA 2 : SISTEM ATMOSFERA

SISTEM ATMOSFERA : STRUKTUR, KANDUNGAN, PERANAN, FAKTOR
KONSEP ATMOSFERA  

Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkanoleh tarikan daya graviti bumi.” 
STRUKTUR ATMOSFERA


(Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera)  
a. Termosfera/ionosfera


Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C.
Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen.  
Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen.  
Penting untuk telekomunikasi. 
b. Mesosfera
Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C. 
Di kawasan ini wujud awan noktilusen.  
Bahan meteor mula terbakar di sini 
c. Stratosfera
Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian.  
Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca.  
Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini. 
d. Troposfera 
Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi.  
Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap 1000m.
Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca

KANDUNGAN ATMOSFERA
1. Gas kekal 
Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%). 
2. Gas berubah
Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :
      a. Karbon dioksida : sentiasa bertambah; 
memasuki atmosfera melalui tindakan organisma hidupan lautan dan daratan. 
peningkatan penggunaan bahan api fosil oleh manusia
     b. Ozon : sentiasa berkurangan; 
melalui kitar fotokimia iaitu melibatkan percantuman semula dengan atom oksigenmenyebabkan kehilangan bersih oksigen ganjil
     c. Klorofluorokarbon (CFC) : sentiasa bertambah
punca: bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk (freom) , bahan pencuci danpenyaman udara 
terlerai dan membebaskan klorin yang juga terlibat dalam pemusnahan lapisanozon.
      d. Nitrogen Oksida (NOX): sentiasa bertambah
mekanisme biologi di lautan dan juga dalam tanah, pembakaran industri,kenderaan, biojisim, dan penggunaan baja kimia.
      e. Sulfur dioksida (SO2): sentiasa bertambah 
pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.
Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi : 
pencemaran udara 
peningkatan gas rumah hijau 
hujan asid 
Penipisan lapisan ozon 
pemanasan global
3. Juzuk bukan gas
Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galiandaripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi. 
Mengakibatkan fenomena jerebu
PERANAN ATMOSFERA
1. Kepada Biologi 
Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi. 
2. Mencorakkan kontur permukaan bumi 
Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air.  
Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpamengira masa dan tempat.
3. Kekayaan semula jadi
Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia airhujan ke dalam batuan. 
4. Perdagangan / rekreasi 
Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.
5. Membentuk dan mempengaruhi cuaca 
Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan.
Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahantersebut 

ATMOSFERA : UNSUR-UNSUR IKLIM DAN CUACA

KONSEP-KONSEP IKLIM DAN CUACA

UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM

Konsep Cuaca dan Iklim

Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang sentiasa berubah mengikut tempat dan
masa. Contohnya, cuaca tempat A mungkin tidak sama dengan tempat B walaupun
jaraknya hanya beberapa kilometer.
Iklim merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelembapan
udara dalam tempoh 35 tahun meliputi skala yang luas seperti sebuah negara atau
rantau/wilayah.

Unsur-unsur cuaca

1. Suhu

Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat. Darjah kepanasan datang dari sinaran
matahari atau bahangan matahari. Cthnya, sinar ultra unggu, sinar infra red, sinar
gamma, sinar X. Sinar infra red yg paling banyak membawa tenaga haba. Apabila
tenaga haba bertambah, maka udara akan menjadi panas dan indeks suhu akan
meningkat. Indeks suhu di ukur dalam unit darjah selsius menggunakan termometer
Six.

2. Kerpasan

Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku. Unsur yang paling penting
ialah hujan yang terjadi akibat proses pemeluwapan dan kondensasi. Akibat sejatan
wap air akan naik ke atmosfera dan bercantum antara satu sama lain dengan bantuan
nukleus kondensasi seperti garam galian dan bahan pencemar udara membentuk awan.
Turun dalam bentuk hujan apabila awan mencapai tahap tepu. Hujan disukat
menggunakan alat tolok hujan dan dinyatakan dalam unit milimeter.




3. Kelembapan udara

Merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara.
Terbahagi kepada dua:

a) Kelembapan mutlak – ialah kandungan wap air yang sebenarnya terdapat dalam
udara pada satu masa. Dinyatakan dalam unit gram semeter padu (gm/m3).

b) Kelembapan bandingan – ialah nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat
dalam udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara
berkenaan dlm keadaan suhu tertentu dinyatakan dlm bentuk peratus.

Diukur menggunakan alat higrometer putar yang mengandungi termometer bebuli kering
dan termometer bebuli basah.









4. Awan

Merupakan titisan air yang sangat halus yang berdiameter antara 0.02 mm hingga
0.06 mm serta terapung di udara. Terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat
beku yang menyebabkan air terpeluwap di atmosfera. Berdasarkan ketinggian dan
lokasi awan terbahagi kepada 4:
a) Awan tinggi – 6100 m – 12 000 m seperti awan sirus, sirostratus dan
sirokulumulus.
b) Awan Pertengahan – 1200 m – 6100 m seperti awan altostratus, altokumulus.
c) Awan rendah – 0 – 1200 m seperti awan stratokumulus, stratus, nimbostratus.
d) Awan tegak – had dasar 180 m seperti awan kumulus dan kumulonimbus.






5. Tekanan udara

Tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi. Pada paras laut
tekanan udara normal ialah kira- kira 1.03 kg/cm2 bagi setiap permukaan yang
terdedah kepadanya.
Berubah mengikut ketinggian. Udara semakin berkurangan apabila ketinggian
bertambah dan beratnya juga berkurangan. Disukat dgn menggunakan alat barometer
aneroid dlm unit milibar (mb). 1000 mb = 760 mm.

6. Angin

Adalah udara yang bergerak secara mendatar. Bertiup dari kws tekanan udara tinggi
ke kws tekanan udara rendah. Arah tiupan merujuk kepada arah dari mana angin itu
bertiup dan ditunjukkan oleh penunjuk arah angin. Halaju angin diukur menggunakan
alat anemometer. kesan halaju angin boleh dilihat dengan menggunakan skala angin
Beufort.




 PERANAN ATMOSFERA


1. Kepada Biologi

Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.

2. Mencorakkan kontur permukaan bumi

Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.

3. Kekayaan semula jadi

Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan.

4. Perdagangan / rekreasi

Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.

5. Membentuk dan menpengaruhi cuaca

Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.



SISTEM ATMOSFERA : HURAIAN UNSUR-UNSUR IKLIM

BAHANGAN


Konsep Imbangan bahangan
Jumlah bahangan yang diterima oleh bumi daripada matahari melalui gelombang-gelombang pendek sama dengan jumlah bahangan yang dibebaskan oleh bumi melalui gelombang-gelombang panjang.


a) Taburan suhu mendatar
Perbezaan suhu secara mendatar antara satu tempat dengan tempat yang lain di permukaan bumi.
b) Taburan suhu menegak
Perubahan suhu yang berlaku di atmosfera mengikut ketinggian dalam sesuatu bungkusan udara.

B) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENDATAR

1.Tumbuhan semulajadi
Kawasan yang banyak tumbuhan - suhu lebih rendah. Mengurangkan bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi.

2. Awan
Kawasan yang banyak dilitupi awan – suhu lebih rendah. Awan akan membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari.

3. Arus lautan
Arus lautan mempunyai kebolehan memindahkan haba – jenis arus akan mempengaruhi suhu pinggir pantai. Contohnya Arus Telukan membawa haba daripada kawasan tropika ke kawasan sederhana.

4.Perbezaan permukaan bumi
Albedo permukaan bumi menentukan jumlan bahangan yang diserap oleh bumi. Albedo yang tinggi akan menyebabkan suhu di kawasan itu rendah.

5.Ketinggian
Kawasan yang tinggi akan mengalami suhu yang semakin rendah.

C) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENEGAK

1. Tekanan udara

2. Suhu permukaan
Jika suhu permukaan bumi lebih sejuk berbanding suhu atmosfera ia akan menyejukkan bahagian atmosfera yang berhampiran dengan bumi. Kejadian olak suhu akan berlaku. Secara relatifnya semakin tinggi dalam atmosfera semakin tinggi suhunya.

3. Lapisan atmosfera
Di lapisan troposfera, taburan suhu menegaknya adalah semakin menurun mengikut ketinggian. Di lapisan stratosfera pula suhunya semakin meningkat mengikut ketinggian .

4. Kandungan atmosfera


D) LEMBAPAN ATMOSFERA

1.Lembapan atmosfera
Kandungan wap air yang terdapat di atmosfera.

2.Kelembapan mutlak
Jumlah wap air dalam sesuatu isipadu air. (g/m3)

3. Kelembapan tentu
Jisim wap air bagi setiap kilogram udara.

4. Kelembapan bandingan
Nisbah jumlah wap air yang sebenar terdapat di udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara tersebut pada suhu yang tertentu.

E) PROSES-PROSES LEMBAPAN ATMOSFERA

1.Sejatan
Proses cecair atau ais bertukar menjadi wap air. Ia adalah proses yang berlaku secara berterusan daripada permukaan air, tanah dan salji.

2. Pepeluhan/
Transpirasi
Air yang hilang daripada permukaan tanaman dan tumbuhan. Ia berlaku apabila tekanan wap dalam sel daun adalah lebih besar daripada tekanan wap atmosfera.

3. Sejatpeluhan

Air yang hilang ke atmosfera melalui pepeluhan tumbuhan dan sejatan dari tumbuhan dan tanah.


F) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJATAN

1. Tekanan wap
Tekanan wap yang tinggi di atmosfera akan menyebabkan kadar sejatan menjadi rendah.

2. Suhu permukaan
Suhu permukaan sejat yang tinggi akan meningkat kadar sejatan .

3. Angin
Angin yang kencang dapat membaurkan wap air dan meningkatkan sejatan.

4. Kandungan air
Kadar sejatan lebih tinggi bagi air bersih berbanding dengan air masin.

5. Luas permukaan
sejat
Sejatan lebih mudah berlaku di permukaan air yang terdedah berbanding permukaan air yang terlindung.


ATMOSFERA : KERPASAN

KERPASAN

Konsep kerpasan
Kerpasan merupakan semua jenis lembapan yang turun ke bumi dari atmosfera sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun atau hujan batu.

Jenis-jenis kerpasan

i.                     Hujan perolakan
ii.                    Hujan bukit
iii.                   Hujan perenggan

Hujan perolakan
Hujan perolakan terjadi apabila permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari pada waktu pagi.Permukaan bumi yang menyerap pancaran matahari juga mengeluarkan haba. Haba yang dikeluarkan akan memanaskan udara yang berhampiran dengan permukaan bumi. Udara yang dipanaskan ini akanmengembang dan naik secara perolakan kerana udara ini lebih ringan daripada udara di sekelilingnya. Udara ini akan terus naik dan disejukkan secara adiabatic (makin tinggi udara naik makin sejuk). Sehingga sampai takat embun, udara akan terpeluwap membentuk titisan air dan berkumpul membentuk awan kumulunimbus yang membawa hujan lebat pada waktu petang disertai kilat dan petIR




Hujan bukit
Hujan ini terjadi di kawasan bukit yang menghadap laut atau lautan.Kumpulan udara lembap dari bertiup ke darat terpaksa naik ke atas kerana terdapat halangan gunung atau bukit.Semakin tinggi udara itu naik, udara itu menjadi semakin sejuk. Apabila sampai takat embun iaitu takat dimana udara tidak boleh disejukkan lagi, udara akan terpeluwap menjadi titisan air. Titisan air ini akhirnya akan turun sebagai hujan. Hujan bukit turun dengan lebat di kawasan cerun yang menghadap angin dan kawasan cerun yang membelakangi angin dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.



Hujan perenggan
Ia terjadi apabila terdapat pertembungan dua kumpulan udara iaitu udara sejuk dan udara panas. Pertembungan dua udara ini biasanya terjadi di kawasan yang beriklim sederhana dan tropika. Udara sejuk adalah lebih tumpat maka udara ini akan sentiasa berada hampir dengan permukaan bumi.
Udara yang lebih panas ia ringan dan akan bergerak naik di lapisan atas udara yang lebih sejuk. Semasa udara panas ini naik, tekanan udaranya berkurangan dan udara tersebut mengembang dan menyejuk sehingga mencapai takat embun. Akhirnya proses pemeluwapan berlaku dan diikuti dengan hujan. Hujan ini juga dikenali sebagai Hujan Siklon.

SISTEM ATMOSFERA : ANGIN


Angin dan tekanan udara
1.                   Zon-zon tekanan udara rendah atau tinggi dipengaruhi oleh jumlah penerimaan tenaga haba dari matahari.
2.                   Semasa musim sejuk, keadaan yang lampau sejuk menyebabkan terbentuknya zon-zon tekanan udara yang tinggi. Sebaliknya, zon-zon tekanan udara yang rendah terbentuk di kawasan yang menerima tenaga haba yang banyak seperti ketika musim panas.
3.                   Di kawasan Khatulistiwa juga terbentuk tekanan udara rendah sepanjang tahun yang dikenali sebagai doldrum. Daerah tekanan rendah dipanggil lekukan atau siklon, manakala daerah tekanan tinggi sebagai antisiklon.
4.                   Umumnya, perbezaan tekanan udara secara mendatar berupaya menggerakkan udara dari daerah tekanan tinggi ke arah daerah tekanan rendah. Apabila berlaku pergerakan udara, dikatakan tiupan angin berlaku.
5.                   Daya koriolis akibat putaran bumi pada paksinya juga boleh menyebabkan pemesongan terhadap pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi  ke tekanan rendah.
6.                   Kelajuan angin sangat dipengaruhi oleh darjah kecerunan tekanan udara. Jika tekanan udara semakin curam, angin bergerak dengan semakin laju.
7.                   Sebaliknya, tekanan udara yang semakin landai bermakna angin bergerak dengan semakin perlahan. Garis-garis isobar digunakan untuk menunjukkan kecerunan tekanan udara dan kelajuan angin yang berhubung dengannya.




Sistem angin dunia
1.                 Tekanan udara dan pergerakan angin memang berkait rapat. Udara yang bergerak dari zon tekanan udara tinggi ke zon tekanan udara rendah menghasilkan sistem angin dunia.








2.                 Pergerakan angin terbias ke kanan di hemisfera utara, manakala di hemisfera selatan pula pergerakan angin terbias ke kiri. Pembiasan angin ini disebabkan oleh daya koriolis.
3.                 Di hemisfera utara, pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi subtropika menuju ke doldrum (tropika) terbias ke kanan sebagai angin Timuran Utara.
4.                 Pergerakan angin yang menghala ke kawasan tekanan rendah subkutub pula terbias menjadi anginBaratan Utara. Angin dari kawasan tekanan tinggi kutub pula terbias menjadi angin Timuran Kutub.


5.                 Di hemisfera selatan, angin-angin terbias ke kiri menjadi angin Timuran Selatan, angin Baratan Selatan dan angin  Baratan Kutub. Angin-angin ini diberi nama mengikut punca arahnya, iaitu timur atau barat.



Fizikal penggal 2 : sistem atmosfera :BAJET HABA

3.4 Bahangan Suria

1. Semua tenaga radiasi matahari yang dikeluarkan dalam bentuk gelombang
    elektromagnet dan tidak memerlukan perantara atau medium.
2. Tenaga elektromagnet dibahagikan kepada panjang gelombang.Setiap jenis 
    bahangan  mempunyai panjang gelombang. Panjang gelombang ialah jarak di
    antara dua puncak gelombang dan diukur dalam unit mikron.
3. Bahangan matahari mempunyai gelombang pendek yang berukuran 0.2 – 0.4
    mikron    disebabkan suhu matahari yang tinggi iaitu kira-kira 5000◦c.
4. Hanya sebahagian kecil sahaja bahangan matahari diserap oleh permukaan bumi.
5. Radiasi ialah proses pemancaran tenaga haba yang melibatkan pemindahan tenaga dari
    badan tenaga melalui udara.



6. Bahang matahari mengandungi tiga unsur penting iaitu:

    a. Sinar ultra unggu ( ultra violet 8% ) 0.01 – 0.4 mikrometer
    b. Cahaya nampak ( visible light 47% ) 0.4 – 0.7 mikrometer
    c. Pancaran infra merah ( Infra red45% ) 0.7 – 1000 mikrometer
7. Jumlah radiasi matahari yang diserap oleh permukaan bumi dikenali sebagai
     insolasi.
8. Jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer menyebabkan bumi hanya
     menerima    sebahagian kecil sahaja tenaga matahari.


Bahang Bumi

1. Permukaan bumi yang menyerap bahangan suria akan menjadi panas, bahan yang
     menyerap haba akan memancarkan bahangan dan termasuklah permukaan
     bumi.Haba yang dibebaskan oleh permukaan bumi dikenali sebagai radiasi bumi
     atau bahang terrestrial.
2. Bahang yang dipancarkan oleh permukaan bumi ke atmosfera adalah
     dalambentuk gelombang panjang 4 – 100 mikron kerana suhu permukaan bumi
     yang lebih rendah daripada matahari.
3.  Kebanyakan bahang bumi dikeluarkan pada waktu malam.


3.5 Imbangan Bahangan

1. Imbangan bahangan ialah jumlah bahangan matahari yang masuk
    kepermukaanbumi melalui pelbagai proses seperti penyerakan, pantulan dan    
    penyerapan adalah sama dengan Jumlah bahangan yang dibebaskan oleh
    permukaan bumi ke atmosfera.

Proses-proses yang menentukan bajet imbangan haba dunia

1. Proses-proses yang terlibat dalam menentukan bajet haba dunia ialah penyerakan
    (Scattering), proses penyerapan ( absorbtion ) dan proses pantulan ( deflection ).
2. Proses penyerakan berlaku apabila partikel-partikel halus seperti habuk, debu dan
    gas menyerakkan pancaran  matahari ke semua arah. Sejumlah gelombang cahaya
    dibalikkan ke atmosfera dan sebahagian lagi ke permukaan bumi.

3. Proses serakan sangat dipengaruhi oleh saiz partikel yang terdapat di atmosfera
    dan panjang gelombang.gelombang pendek lebih banyak diserakkan berbanding
    dengan gelombang panjang. Ini bermakna cahaya berspektrum biru lebih banyak
    dibalikkan.
4. Langit yang bewarna biru disebabkan terdapatnya sebaran  gelombang pendek
    matahari yang berukuran 0.45 mikron.Proses sebaran ini dikenali sebagai Sebaran
    Raleigh.

5. Proses kedua yang terlibat dalam menentukan bajet haba dunia ialah proses
    penyerapan.Proses penyerapan bahangan matahari dilakukan oleh gas-gas dan     
    partikel-partikel yang terdapat dalam atmosfera. Di samping itu lapisan ozon juga
    menyerap 3%daripada bahangan matahari.Lapisan awan dan partikel-partikel
    halus menyerap 19% daripada jumlah bahang matahari.

6. Secara amnya jumlah bahangan matahari yang diserap oleh lapisan atmosfera
    ialah 22% daripada  100 % bahangan matahari. Permukaan bumi juga akan menyerap
    sejumlah  bahang matahari. 


7. Kedua-dua proses iaitu proses penyerakkan dan proses penyerapan menyebabkan
    berlakunya kehilangan sebahagian daripada bahang matahari di atmosfera.

8.  Proses ketiga dalam menentukan bajet haba dunia ialah proses pantulan. Proses
     pantulan ialah dimana bahangan matahari dibalikkan secara menegak ke
     atmosfera.Pantulan dilakukan oleh  permukaan yang cerah seperti lapisan awan
     dan permukaan air yang beku yang terdapat di bumi. Unsur terpenting yang
     membalikkan bahang matahari ke atmosfera ialah lapisan awan  yang cerah.
9 . Permukaan bumi akan membalikkan secara terus sejumlah bahangan matahari ke
     atmosfera   Jumlah pembalikan bahang matahari oleh jenis-jenis permukaan bumi
     ke atmosfera di kenali   sebagai albedo.
10.Pembalikkan bahang matahari oleh lapisan awan sebanyak 25% dan oleh
     permukaan bumi  (albedo bumi ) sebanyak 8 % menjadikan keseluruhan bahang  
     matahari yang dipantul sebanyak  33%.Proses penyerakan, pantulan dan
     penyerapan menyebabkan berlaku kehilangan 55%    daripada 100% bahang
     maatahari. Permukaan bumi hanya menerima 45% sahaja bahang matahari.   
11. Semua benda yang mengandungi dan menyerap haba akan mengeluarkan
       bahang  elektromegnet dari permukaannya. Semakin rendah suhu semakin
       panjang gelombang yang   dikeluarkan.
12.  Permukaan daratan dan lautan yang mengandungi haba yang berasal dari
       matahari akan  membebaskan tenaga ini ke atmosfera sebanyak 15 %. Proses ini
       dikenali sebagai pengaliran haba bumi.
13.  Pembebasan haba oleh permukaan bumi ke atmosfera juga dilakukan melalui
       proses sejatan Sejatan terjadi apabila terdapatnya bahangan matahari ke atas
       permukaan air di bumi.Apabila sejatan terjadi air ditukarkan kepada wap air.
       Wap air yang naik ke atmosfera membawa  bersama haba dari bumi dalam
       bentuk haba pendam ( latent heat ). Haba pendam ialah haba yang tersimpan      
       dalam wap air dan dibebaskan apabila pemeluwapan berlaku.Haba ini akan     
       dibebaskan di atmosfera apabila wap air mengalami penyejukan dan seterusnya
       mengalami proses  pemeluwapan. Jumlah haba dari bumi yang dibebaskan
       melalui haba  pendam sebanyak 20%.

14.  Pembebasan haba oleh permukaan bumi ke atmosfera juga dilakukan melalui
       pengaliran haba bumi. Permukaan bumi seperti tanah akan menyerap bahang
       matahari ke dalam jisim tanah. Haba yang tersimpan dalam jisim tanah akan
       dialirkan keluar dan dikenali sebagai pengaliran   haba bumi sebanyak 10%.  


Faktor-faktor yang mempengaruhi keseimbangan bajet  haba dunia

1. Litupan awan yang tebal bertindak menghalang dan menyekat  kemasukan
     bahangan  matahari.Di samping itu lapisan awan juga bertindak menyelerak
     bahangan matahari. Proses  penyelerakkan ini mengurangkan jumlah bahangan
    matahari yang masuk ke permukaan bumi.

2. Penipisan lapisan ozon akibat penggunaan gas cfc oleh manusia di permukaan
    bumi telah menipiskan dan membocorkan lapisan ozon. Kebocoran lapisan ozon
    membenarkan lebih  banyak sinar ultra unggu yang masuk ke permukaan bumi
   dan meningkatkan suhu bumi.
   
3. Pembebasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrojen
    dioksida dan   metana menyebabkan lebih banyak bahangan matahari yang masuk
    ke permukaan bumi.  Gas- gas rumah hijau bertindak sebagai lutsinar kepada
    bahangan matahari dan bersifat legap  kepada bahangan bumi.   Gas-gas ini akan
     memantulkan balik bahang bumi dan memanaskan permukaan bumi.

4. Kejadian jerebu mengurangkan penerimaan bahangan matahari yang masuk ke
    permukaan bumi. Jerebu yang terdiri daripada partikel-partikel halus terampai di
    ruang udara bertindak  memantulkan dan menyebarkan bahangan matahari dan
    seterusnya mengurangkan bahangan  matahari yang masuk ke  permukaan bumi.

5. Albedo atau kadar pembalikan bahangan matahari oleh permukaan bumi juga
    mempengaruhi   keseimbangan bajet haba dunia.Permukaan bumi yang cerah
    memantulkan lebih banyak  bahangan matahari, contohnya permukaan salji
    memantulkan 75% bahangan balik ke    atmosfera. Permukaan bumi yang gelap
    menyerap lebih banyak bahangan matahari   menyebabkan nilai albedonya   rendah.


Alam Sekitar Fizikal Penggal 2 : Atmosfera : KELEMBAPAN UDARA


KELEMBAPAN UDARA

Konsep kelembapan udara
Kelembapan udara merujuk jumlah wap air yang terdapat dalam udara pada suhu tertentu dan waktu tertentu.

Jenis kelembapan:
i.                        Kelembapan Mutlak (KM) –merujuk jumlah wap air sebenar yang terdapat dalam jisim udara pada sesuatu suhu tertentu dalam gram meter padu (g/m3) udara pada masa yang tertentu.
ii.                        Kelembapan Bandingan – merujuk jumlah wap air sebenar yang terkandung di dalam udara dengan jumlah wap air yang mampu ditampung oleh udara pada suhu tertentu. Ukurannya dalam unit peratus (%). Kelembapan bandigan dianggap tepu apabila mencapai 100%. Alat Higrometer diguna mengukur kelembapan bandingan.

SEJATAN
Konsep sejatan
Sejatan ialah proses pertukaran daripada bentuk cecair dari badan air (laut, tasik, kolam, paya dan sebagainya) kepada bentuk wap ke atmosfera.
Proses sejatan
a.     Sejatan berlaku dari badan air seperti laut, tasik, kolam, paya dan sebagainya apabila tekanan wap pada permukaan adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap di dalam atmosfera yang belum sampai ke takat tepu.Sejatan mula apabila tenaga elektromagnet ditukar kepada tenaga haba yang memanaskan permukaan air. Air yang mengandungi molekul-molekul H2O akan menjadi panas.
b.     Molekul-molekul air yang panas akan bergerak dan tenaga haba tadi bertukar menjadi tenaga kinetik. Molekul-molekul air yang bergerak ini akan berlanggar antara satu sama lain dan apabila halaju menjadi tinggi akibat peningkatan suhu maka peluang bagi molekul air untuk terbebas ke atmosfera dalam bentuk wap air adalah cepat.
c.      Molekul-molekul yang dapat membebaskan diri dan naik ke atas atmosfera akan wujud di dalam bentuk wap air yang mengandungi tenaga haba pendam. Ekoran daripada itu, proses sejatan akan merendahkan suhu sesuatu permukaan air.

Faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan
a.     Kadar sejatan secara langsung dipengaruhi oleh suhu air. Apabila suhu air meningkat maka tekanan wap air atau keupayaan air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat dengan cepat. Oleh sebab itu air yang bersuhu tinggi (panas) lebih cepat tersejat berbanding dengan air sejuk.
b.     Tekanan wap pada permukaan air juga mempengaruhi sejatan. Proses sejatan meningkat apabila tekanan wap tepu di permukaan air tinggi berbanding dengan tekanan wap air sebenar di udara sekelilingnya. Oleh sebab itu sejatan berlaku dengan cepat ke udara kering berbanding dengan udara lembap.
c.      Angin/turbulens berupaya menukarkan udara lembap di permukaan air dengan udara yang lebih kering. Persekitaran udara kering akan menggalakkan proses sejatan permukaan air.
d.     Kadar kemasinan air boleh mempengaruhi proses sejatan. Proses sejatan berkadar songsang dengan kemasinan air. Bagi air laut yang masin, kadar sejatan adalah lebih lambat berbanding dengan air tawar yang bersih dan jernih.
e.     Nilai kelembapan bandingan turut mempengaruhi kadar sejatan. Semakin tinggi nilai kelembapan bandingan maka kadar sejatan menjadi semakin rendah kerana   tekanan wap dalam udara adalah lebih berbanding dengan tekanan wap di permukaan.

PEMELUWAPAN
Konsep pemeluwapan
Pemeluwapan ialah proses pertukaran wap air kepada cecair/ titisan-titisan air apabila suhu dalam jisim udara mencapai takat embun.

Proses pemeluwapan
Proses pemeluwapan boleh berlaku apabila suhu dalam jisim udara menurun kepada takat embun (0°C) pada ketinggian melebihi 1000 meter. Penurunan suhu berlaku disebabkan kadar pertukaran adiabatik. Semakin tinggi sesuatu tempat maka suhunya semakin menurun.
Apabila jisim udara tersebut sejuk, tenaga kinetik zarah-zarah (wap air) berkurangan. Zarah-zarah (wap air) bergerak dengan lebih perlahan dan ditarik antara satu sama lain dengan lebih kuat. Jadi zarah-zarah tersusun lebih rapat menyebabkannya bertukar kepada cecair. Pemeluwapan merupakan satu proses eksoterma, iaitu membebaskan tenaga haba pendam ke persekitaran.

Proses pemeluwapan melalui proses penyejukan
1.     Penyejukan air lintang
Proses ini berlaku apabila udara yang bersempadan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan panas ke kawasan yang sejuk. Hasilnya terbentuk kabus air lintang dan awan jenis stratus yang rendah.
2.     Penyejukan sinaran
Proses ini berlaku pada waktu malam dalam keadaan langit yang terang dan udara tenang. Bahangan bumi terus hilang ke angkasa lepas tanpa halangan.Kesannya jisim udara disejukkan menghasilkan embun dan kabus sinaran.
3.     Penyejukan adiabatic
Semakin tinggi jisim udara naik ke atmosfera maka suhu di dalamnya akan jatuh dan proses penyejukan boleh berlaku ke takat embun. Apabila jisim udara naik, maka isipadunya semakin mengembang dan suhu udara akan menurun akibat pembebasan tenaga semasa pengembangan tersebut kesannya udara mencapai takat embun (0^C ) seterusnya menghasilkan awan kumulunimbus.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemeluwapan
a.                 a. Kandungan wap air yang mencukupi dalam atmosfera
Kandungan wap air yang mencukupi dalam atmosfera amat penting untuk mewujudkan keadaan ketepuan.Kelembapan bandingannya mencapai 100%. Akan menggalakkan proses pemeluwapan berlaku iaitu penukaran wap air kepada cecair.
b.                b.  Takat embun
Proses pemeluwapan amat dipengaruhi apabila jisim udara terus menurun sehingga mencapai takat embun. Takat embun berkaitan dengan suhu 0^C di mana keadaan ini menggalakkan penukaran wap air kepada cecair.

c.                  c.   Nukleus higroskopik/ nukleus pemeluwapan
Nukleus higroskopik/ nukleus pemeluwapan dapat mempercepatkan proses pencantuman wap-wap air dalam udara untuk berupa cecair. Semakin besar nukleus pemeluwapan seperti natrium klorida semakin cepat proses pemeluwapan berlaku.

PEMBENTUKAN AWAN

Konsep awan
Awan ialah bintik air yang halus atau hablur-hablur ais yang amat halus yang terapung di dalam atmosfera pada ketinggian yang berlainan dari permukaan bumi.Ia terhasil daripada penyejukan udara lembap ke takat suhu yang lebih rendah daripada takat embun.

Jenis-jenis awan:
a.                 Awan tinggi (6100 m hingga 12000 m)
b.                 Awan pertengahan (1200 m hingga 6100 m)
c.                  Awan rendah (0 hingga 1200 m)
d.                 Awan tegak (had dasar 180 m)

Awan tinggi (6100 m hingga 12000 m)
1.                             Sirus
Awan ini berbentuk nipis, lembut berumbai-umbai.Ia menunjukkan cuaca agak cerah dan suasana senja waktu senja yang indah.



2.                          Sirostatus
Awan ini membentuk kepingan awan nipis yang menyelubungi langit.Ia kelihatan seperti tirai.

3.                             Sirokumulus
Awan ini seperti sisik ikan dan tersusun dalam kumpulan atau berderet-deret.

Awan pertengahan (1200 m hingga 6100 m)
1.                             Altostratus
Awan ini berwarna kelabu atau kebiruan dan berbentuk seperti sirosratus tebal.Ia padat berjurai-jurai atau calar-calar.

2.                             Altocumulus
Awan ini berupa lapisan kumpulan awan yang bertompok-tompok tidak rata dan berlapis-lapis tetapi tersusun rapat.
  
Awan rendah
1.                             Staratokumulus
Awan ini merupakan beberapa kelompok awan kelabu yang tersusun.

2.                             Stratus
Awan ini sangat rendah tetapi tidak mencecah permukaan bumi.Keadaannya tebal dan berwarna kelabu.Awan ini menyebabkan cuaca menjadi kelam dan disertai dengan gerimis.Ia menghablurkan penglihatan dan merbahaya kepada kapal terbang.
3.                             Nimbostratus
Awan ini tidak mempunyai bentuk yang tertentu tetapi tebal. Awan ini
gelap, mempunyai lapisan-lapisan yang jelas. Awan ini membawa hujan,
salji atau hujan beku.
Awan tegak
1.                 Kumulus
Awan ini tinggi menegak.Awan cumulus mempunyai dasar yang rata dan bentuknya seperti kubis bunga serta tebal.Awan ini menunjukkan cuaca yang baik.
2.                 Kumulonimbus
Mempunyai dasar yang rata berkembang secara menegak dan kelihatan seperti gunung. Awan ini  dikenali sebagai awan ribut yang membawa hujan perolakan yang disertai oleh kilat dan petir.

KERPASAN
Konsep kerpasan
Kerpasan merupakan semua jenis lembapan yang turun ke bumi dari atmosfera sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun atau hujan batu.

Jenis-jenis kerpasan
i.                     Hujan perolakan
ii.                     Hujan bukit
iii.                     Hujan perenggan

Hujan perolakan
Hujan perolakan terjadi apabila permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari pada waktu pagi.Permukaan bumi yang menyerap pancaran matahari juga mengeluarkan haba. Haba yang dikeluarkan akan memanaskan udara yang berhampiran dengan permukaan bumi. Udara yang dipanaskan ini akanmengembang dan naik secara perolakan kerana udara ini lebih ringan daripada udara di sekelilingnya. Udara ini akan terus naik dan disejukkan secara adiabatic (makin tinggi udara naik makin sejuk). Sehingga sampai takat embun, udara akan terpeluwap membentuk titisan air dan berkumpul membentuk awan kumulunimbus yang membawa hujan lebat pada waktu petang disertai kilat dan petir.


Hujan bukit
Hujan ini terjadi di kawasan bukit yang menghadap laut atau lautan.Kumpulan udara lembap dari bertiup ke darat terpaksa naik ke atas kerana terdapat halangan gunung atau bukit.Semakin tinggi udara itu naik, udara itu menjadi semakin sejuk. Apabila sampai takat embun iaitu takat dimana udara tidak boleh disejukkan lagi, udara akan terpeluwap menjadi titisan air. Titisan air ini akhirnya akan turun sebagai hujan. Hujan bukit turun dengan lebat di kawasan cerun yang menghadap angin dan kawasan cerun yang membelakangi angin dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.

Hujan perenggan
Ia terjadi apabila terdapat pertembungan dua kumpulan udara iaitu udara sejuk dan udara panas. Pertembungan dua udara ini biasanya terjadi di kawasan yang beriklim sederhana dan tropika. Udara sejuk adalah lebih tumpat maka udara ini akan sentiasa berada hampir dengan permukaan bumi.


Udara yang lebih panas ia ringan dan akan bergerak naik di lapisan atas udara yang lebih sejuk. Semasa udara panas ini naik, tekanan udaranya berkurangan dan udara tersebut mengembang dan menyejuk sehingga mencapai takat embun. Akhirnya proses pemeluwapan berlaku dan diikuti dengan hujan. Hujan ini juga dikenali sebagai Hujan Siklon.


3.11 Sistem Angin Dunia

Angin Monson Barat Daya ( Monson Musim Panas )

1. Pada bulan Mei – Sep, matahari tepat pada garisan sartan. Benua Asia menerima
    suhu yang tinggi menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah. Perbezaan
    suhu ini merupakan satu sebab terbentuknya angin monsoon.

2. Pada masa yang sama hemisfera selatan iaitu di Australia mengalami musim sejuk
    menyebabkan udaranya bertekanan tinggi.

3. Perbezaan tekanan di antara kedua-dua kawasan ini menghasilkan daya cerun
    tekanan dan pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi ( Australia ) ke
    kawasan tekanan rendah ( Asia )

4. Angin dari kawasan tekanan tinggi bergerak  keluar sebagai angin tenggara dan
    dibiaskan oleh daya korialis menjadi angin monson barat daya. Angin monson
    barat daya juga dikenali sebagai angin monson musim panas.

5. Angin monson barat daya merentasi kawasan lautan dan membawa hujan ke
    kawasan seperti  Asia selatan iaitu Bangladesh, Sri Lanka, India dan Pulau
    Sumatera Indonisia.
   
                                        
Angin Monson Timur Laut ( Monson Musim Basah )

1. Monson timur laut berlaku di antara bulan November hingga bulan Mac setiap
    tahun.

2. Tempoh November hingga Mac bahagian tengah benua Asia mengalami musim
    sejuk menyebabkan udaranya bertekanan tinggi. Contohnya di dataran Tingggi
   Tibet.

3. Dalam jangkamasa yang sama di Australia pula mengalami musim panas kerana
    matahari berada tegak pada garisan jadi.Suhu yang tinggi di benua Australia
    memyebabkan udaranya mempunyai tekanan yang rendah.

4. Perbezaan tekanan udara ini menghasilkan daya cerun tekanan. Angin dari
    kawasan tekanan  tinggi ( Asia ) akan bergerak ke kawasan tekanan rendah (
    Australia ).

5. Angin yang keluar dari pusat tekanan tinggi dalam arah barat laut dan
    dipesongkan ke kanan oleh daya korialis menjadi angin monson timur laut.

6. Angin monson timur laut membawa hujan yang lebat ke negara-negara seperti
    Vietnam dan  Malaysia.
                                              

Pengaruh Tiupan Angin Monson Kepada Aktiviti Manusia

1. Kegiatan pertanian seperti tembakau dapat dilaksanakan terutamanya di pantai
    timur Semenanjung semasa tempoh monson musim panas kerana keadaan yang
    lebih kering dan bebas daripada lebihan hujan ( monson timur laut ). Semasa
    tempoh monson musim   kegiatan pertanian tergendala apabila banyak kawasan
    pertanian ditenggelami air. Kegiatan menoreh getah juga tergendala semasa
    monson musim basah.
2. Kegiatan pelancongan dapat dijalankan dengan meluas semasa monson musim
    panasKerana keadaan cuaca yang baik berbanding dengan monson  musim basah
    yang membawa hujan lebat dan mengakibatkan banjir.

3. Dari segi aktiviti perikanan, lebih banyak hasil atau tangkapan yang diperolehi
    pada monson musim panas kerana keadaan laut yang tenang membolehkan
    nelayan turun ke laut. Semasa monson musim basah kegiatan perikanan
    tergendala kerana keadaan laut yang bergelora menyebabkan hasil tangkapan
    berkurangan dan nelayan terpaksa membuat kerja sampingan.

4. Kegiatan pembalakan juga dilakukan semasa monson musim panas kerana
    keadaan jalan   yang baik membolehkan pengangkutan kayu balak. Semasa
    monson musim basah kegiatan pembalakan tergendala kerana keadaan jalan yang
    licin dan masalah tanah runtuh.

5. Kegiatan industri kecil dan sederhana ( IKS )  seperti pengeringan batik dan ikan
    dapat dijalankan semasa monson musim panas kerana terdapat cahaya matahari
    yang mencukupi. semasa monson musim basah kegiatan ini terhenti kerana hujan
    lebat dan kurang mendapat cahaya matahari.

6. Kegiatan pengangkutan akan tergendala semasa monson musim basah. Banyak
    jalan terpaksa ditutup kerana ditenggelami air. Pengangkutan ke pulau-pulau juga
    tergendala kerana keadaan laut yang bergelora.       


3.12 Bayu Laut dan Bayu Darat

1. Pada waktu siang hari kadar pemanasan di antara lautan dan daratan berbeza.
    Pada waktu siang hari kawasan daratan lebih cepat menyerap haba berbanding
    dengan kawasan lautan.kadar pemanasan yang berbeza di antara daratan dan
    lautan pada waktu siang hari menghasilkan tekanan udara yang berbeza. Suhu
    yang panas di darat menyebabkan udaranya bertekanan rendah dan suhu yang
    sejuk di lautan menyebabkan udaranya bertekanan tinggi.
  
2. Perbezaan tekanan di antara lautan dan daratan menghasilkan daya cerun tekanan
    dan seterusnya menghasilkan pergerakan angin dari laut ke darat pada siang hari
    yang  dikenali sebagai bayu laut.

3. Pada waktu malam, permukaan daratan lebih cepat membebaskan haba
    berbanding dengan permukaan lautan. Pada waktu malam suhu di daratan lebih
    sejuk berbanding dengan suhu di  lautan. Suhu yang panas di laut pada waktu
    malam menyebabkan udaranya bertekanan rendah dan suhu yang sejuk di darat
    menyebabkan udaranya bertekanan tinggi.

4. Perbezaan tekanan di antara kawasan lautan dan daratan menghasilkan
    pergerakan angin dari darat ke laut pada waktu malam yang dikenali sebagai bayu
    darat.                                                  


3.13 Siklon Tropika

1. Nama siklon tropika berbeza-beza mengikut kawasan, di Amerika Utara dikenali
    sebagai  hurican, di Pasifik utara di kenali sebagai taufan dan di Australia dikenali
    sebagai siklon.
2. Siklon terbentuk di atas kawasan lautan yang mempunyai suhu laut 26º - 27ºc dan
    lapisan air panas yang cukup sehingga ke paras 70m dalam.
3. Pemanasan permukaan laut oleh matahari menyebabkan udara di permukaan
    lautan naik ke atas meninggalkan satu kawasan tekanan udara rendah di
    bawahnya. Kawasan tekanan  udara rendah ini meliputi kawasan seluas 5 – 50km
    yang dikenali sebagai mata ribut.
4. Daya korialis yang terdapat di permukaan bumi di sekitar kawasan 8º - 15º di
    Utara dan selatan bumi akan memutarkan angin siklon.
5. Pemanasan udara di permukaan laut menggalakkan proses sejatan air laut.
    Apabila berlaku proses pemeluwapan, haba pendam akan dibebaskan. Haba
    pendam akan menaikkan lagi suhu udara dan memaksa udara tersebut naik
    ke paras yang lebih tinggi. Proses pemeluwapan juga membentuk awan
    kumulus yang membawa hujan lebat.
6. Udara di luar kawasan mata ribut ( 5 – 50km ) adalah udara sejuk dan
    mempunyai  tekanan yang tinggi. Udara yang sejuk ini akan mengalir masuk ke
    dalam mata ribut dengan halaju   yang cukup tinggi  secara berpusar membentuk
    ribut tropika.
7  Siklon tropika lebih banyak terdapat di hemisfera selatan bumi kerana sebahagian
    besar lautan terdapat di hemisfera selatan bumi.

                                                  
Kesan-kesan Siklon Tropika Terhadap Manusia

1. Kehilangan nyawa – Siklon tropika yang berlaku di Teluk Benggala pada tahun
    1970 menyebabkan 3000 orang terkorban.

2. Kemusnahan harta benda seperti  meruntuhkan bangunan dan rumah
    kediaman.Contohnya Hurikan Agnes pada tahun 1972 menyebabkan
    kemusnahan harta bernilai US$ 3 juta.

3. Kehilangan mata pencarian – perikanan, pertanian dan penternakan

4. Wabak penyakit

3.14 Fenomena Cuaca Luar Biasa

El Nino

1. El Nino terjadi akibat pemanasan dan peningkatan suhu arus lautan Pasifik.
    Peningkatan suhu lautan Pasifik mengubah pola tiupan angina timuran.

2. El Nino ialah satu fenomena yang mengubah arus lautan dan cuaca di kedua-dua
    bahagian iaitu di barat dan timur Pasifik.
3. Kebiasaannya tekanan tinggi terdapat di barat Pasifik dan tekanan rendah terdapat
    di timurPasifik.

4. Angin timuran yang biasanya bertiup dari timur ke barat Pasifik semakin lemah
    dan digantikan dengan angin dari barat ke timur apabila suhu lautan pasifik
    semakin tinggi. Peningkatan suhu di lautan Pasifik menyebabkan menyebabkan
    tekanan udaranya rendah

5. Sebelum fenomena El Nino suhu permukaan air laut di pantai Amerika Selatan
    adalah sejuk kerana terdapatnya proses upwelling. Proses upwelling ialah pengaliran
    air sejuk dari bawah   permukaan laut ke atas yang membawa banyak nutrien
    untuk hidupan laut.
6. Semasa fenomena el nino arus lautan yang sejuk di bahagian bawah lautan di
    Amerika selatan bergerak ke Asia Tenggara untuk menggantikan arus panas yang
    bergerak ke pantai Amerika Selatan

6. Di Amerika Selatan  suhu permukaan laut di pantai Amerika selatan
    meningkat lebih daripada 27ºc akibat pengaliran air laut yang panas dari lautan
    Pasifik dan menggantikan air laut yang sejuk di pantai Amerika Selatan.Semasa
    kejadian El Nino banyak hidupan di pantai Amerika Selatan seperti di luar pantai
    Peru yang mati.
7.Di sampng itu  juga arus lautan yang panas menyebabkan berlakunya sejatan yang
    tinggi dan membawa hujan yang lebat di bahagioan pantai barat Amerika Selatan
    seperti di Equador dan Peru.

Semasa ketiadaan El Nino, tekanan permukaan di Pasifik barat biasanya rendah manakala di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi.  Di bawah keadaan ini, pada amnya Pasifik barat adalah lembap sementara Pasifik tengah dan timur adalah kering.

Corak tekanan permukaan  yang berselang-seli di kawasan tropika Lautan Pasifik, yang mana keadaan lautan bertukar dari El Nino ke normal dipanggil Ayunan Selatan (SO). Hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El-Nino ini dikenali sebagai El Nino-Ayunan Selatan (El-Nino Southern Oscillation, ENSO).  

                                                  

Kesan-kesan Fenomena El Nino

1. Fenomena El Nino telah menjejaskan sektor perikanan di pantai Amerika
    Selatan.Contohnya tangkapan ikan di pantai Peru menurun 12 juta tan pada tahun
    1980 kepada 0.5 juta tan  pada tahun 1983. Keadaan ini terjadi kerana suhu air
    laut yang panag menyebabkan banyak ikan yang mati.

2. Selain daripada burung-burung yang berhijrah tidak lagi terdapat sebagaimana
    tarikh dan  yang dijangkakan di pantai amerika selatan.

3. Berlakunya banjir di Negara-negara Amerika Selatan seperti Bolivia, Peru dan
    Equador kerana  sejatan yang tinggi akibat suhu air laut yang panas. Kadar sejatan
    yang tinggi membekalkan wap air yang banyak dan menghasilkan hujan lebat di
    negara-negara tersebut.

4. Di bahagian barat lautan Pasifik iaitu di Negara-negara Asia Tenggara berlakunya
    kemarau  panjang. Kemarau melanda Negara-negara di Asia Tenggara kerana
    fenomena El Nino  mengubah dan menghentikan tiupan angin timuran yang
    membawa hujan ke Negara-negara  Asia Tenggara. Sifat-sifat kemarau semasa
    fenomena el nino di Asia Tenggara adalah seperti berikut:

  

 a. Kekurangan kerpasan dalam jangkamasa yang panjang
    b. Kelembapan bandingan yang rendah
    c. Tekanan udara menjadi rendah
    d. Kadar sejatan yang tinggi
    e. Simpanan air tanih yang negatif
    f. Litupan awan yang kurang  

5. Fenomena kemarau juga menyebabkan berlakunya masalah jerebu di Negara-
    negara AsiaTenggara.Cuaca yang kering dan kemarau yang berpanjangan
    memudahkan partikulat terampai    di ruang udara.Partikuat dibebaskan oleh
    aktiviti manusia di permukaan bumi seperti   pembakaran hutan, pembebasan
    asap kenderaan dan kegiatan pembakaran terbuka.Ketiga- tiga aktiviti Kemarau
    panjang yang berlaku semasa fenomena El Nino juga  menyebabkan berlakunya
    kebakaran hutan secara semulajadi.Kebakaran hutan secara semulajadi
    membebaskan banyak asap dan debu ke atmosfera dan membentuk satu lapisan
    jerebu yang tebal .

6. Berlakunya masalah kekurangan sumber bekalan air apabila cuaca panas
    menyebabkan kadar sejatan air permukaan yang tinggi

3.15 Atmosfera dan Manusia

3.15.1 Kesan Rumah Hijau

1. Kesan rumah hijau ialah pemanasan permukaan bumi yang disebabkan oleh
    pertambahan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana,sulfur dioksida dan
    nitrojen dioksida. Gas-gas ini memerangkap lebih banyak bahangan matahari dan
    menghalang pembebasan keluar bahang bumi ke atmosfera.

Faktor-faktor Berlakunya Pemanasan Global

1. Penggunaan kenderaan bermotor membebaskan gas rumah hijau seperti karbon
    monoksida. karbon monoksida memeraangkap lebih banyak bahangan matahari
    yang masuk ke permukaan bumi. Gas ini terhasil melalui pembakaran bahan api
    fosil seperti petroleum   oleh kenderaan bermotor

2. Kegiatan pembakaran terbuka membebaskan gas karbon dioksida. Gas karbon
    dioksida juga merupakan salah satu gas rumah hijau yang boleh memerangkap
    bahang matahari masuk ke permukaan bumi.

3. Kegiatan pembalakan juga menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau. Kegiatan
    pembalakan menyebabkan proses fotosintesis tidak berlaku. Kekurangan proses
    fotosintesis menyebabkan berlakunya pertambahan gas karbon dioksida yang akan
    menyerap lebih banyak bahangan matahari masuk ke permukaan bumi.

4. Pereputan sisa-sisa pertanian seperti  padi membebaskan gas metana ke
    atmosfera. contohnya di India dan China. Gas metana seperti juga gas-gas rumah
    hijau yang lain mampu menyerap bahangan matahari dengan kadar yang lebih
    tinggi.

5. Sektor perindustrian juga membebaskan gas rumah hijau seperti nitrojen dioksida
    yang boleh memerangkap haba dan memanaskan permukaan bumi.

6. Letusan gunung berapi juga merupakan salah satu penyebab berlakunya kesan
    rumah hijau. Letusan gunung berapi membebaskan gas sulfur ke atmosfera yang
    boleh memerangkap lebih banyak bahangan matahari masuk ke permukaan bumi. 




3.15.2 Lapisan Ozon

1. Lapisan ozon terletak di ruang stratosfera bumi berfungsi untuk menyerap dan
    menapis sinar ultra unggu yang masuk ke permukaan bumi.

2. Kapal terbang super sonic yang terbang di lapisan stratosfera mengeluarkan gas
    nitrojen dioksida yang boleh menipiskan lapisan ozon dan membenarkan
    kemasukan lebih banyak kemasukan sinar ultra unggu ke permukaan bumi.

3. Pembebasan gas CFC ( Kloroflourokarbon) melalui penggunaan alat hawa dingin,
    pewangi dan semburan cat juga menyebabkan berlakunya penipisan lapisan
    ozon.Atom klorin yang terdapat dalam gas CFC memecahkan molekul oksigen
    yang membentuk lapisan ozon.

(Ozon adalah salah satu daripada gas-gas yang membentuk atmosfera. Molekul dwiatom oksigen (O2) yang kita bernafas membentuk hampir-hampir 20% atmosfera. Pembentukan ozon (O3), molekul triatom oksigen kurang banyak dalam atmosfera yang mana kandungannya hanya 1/3,000,000 daripada gas atmosfera. )

CFCs digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyak, dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.
Hayat bagi CFCs bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.
Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFCs bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 –25 km, kurang UV diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan UV, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini berupaya untuk memusnahkan ozon.




Kesan-kesan Pemanasan Gobal dan Kesan Rumah Hijau

1. Pemanasan global akibat pertambahan gas rumah hijau dan penipisan lapisan
    ozon menyebabkan meningkatnya proses luluhawa fizikal terutamanya di
    kawasan gurun panas. Proses luluhawa fizikal yang berkaitan dengan peningkatan
    suhu seperti proses kelupasan dan pemecahan bongkah.   

2. Proses penggurunan ( desertification ) akan berlaku dengan meluasnya di
    permukaan bumi.  Proses penggurunan berlaku apabila semakin luas kawasan di
    permukaan bumi menjadi  tandus dan kering.

3. Peningkatan suhu global kesan daripada pertambahan gas rumah hijau dan
    penipisan lapisan ozon menyebabkan peningkatan paras air laut di seluruh dunia.
    Peningkatan suhu  menyebabkan ais di kutub utara dan selatan menjadi cair dan
    menyebabkan berlakunya peningkatan paras air laut. Peningkatan paras air laut
    seterusnya memyebabkan berlakunya hakisan pantai.Banyak kawasan yang
    rendah seperti Bangladesh akan ditenggelami air.

4. Pemanasan global juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu.
    Suhu udara yang kering memudahkan partikulat-partikulat yang dibebaskan oleh
    manusia di permukaan bumi terampai di ruang udara yang membentuk jerebu.


5. Kebakaran hutan juga akan berlaku kesan daripada   pemanasan global. Suhu
    yang tinggi menyebabkan hutan terbakar secara semulajadi.



6. Pulau haba bandar juga merupakan salah satu kesan pemanasan global. Pulau
    haba ialah peningkatan suhu di kawasan bandar berbanding dengan kawasan
    disekitarnya.Suhu yang   tinggi disokong oleh faktor-faktor seperti morfologi
    bandar dan bahan binaanbandar  mempercepatkan pulau haba bandar.

7. Gangguan terhadap kitar hidrologi juga berlaku kesan daripada pemanasan
    global. Suhu yang  tinggi menyebabkan kadar sejatan air tinggi. Kadar sejatan air
    yang tinggi mengurangkan  air di permukaan di kawasan daratan.

8. Suhu yang tinggi menyebabkan kehilangan air dari badan manusia yang
    berlebihan. Kehilangan air dari badan mendedahkan manusia kepada beberapa
    wabak penyakit.

9. Penyebaran penyakit-penyakit tertentu seperti kanser kulit dan katarak akan
    berlaku kesan daripada pemanasan global.

10.Aktiviti pertanian yang dijalankan oleh manusia akan terganggu kesan daripada
    pemanasan. Pemanasan global menyebabkan tumbesaran tanaman terbantut dan
    mati.Keadaan ini menyebabkan produktiviti berkurangan dan masalah
    kekurangan makanan.


Perubahan Iklim-Impak kepada Dunia Bawah Laut


1.0 Pengenalan Mengenai Perubahan Iklim
Iklim ialah suatu ungkapan statistik jangka panjang yang dikira daripada cuaca jangka pendek. Iklim juga boleh didefinasikan sebagai ‘ramalan cuaca’. Oleh itu, apabila perubahan pada ramalan cuaca berlaku maka ia juga boleh dipanggil perubahan iklim di mana perubahan iklim ini akan memberi impak yang besar kepada manusia, ekosistem, bandar-bandar, dan juga penggunaan tenaga.
Kini, julat suhu global adalah 1.4 darjah lebih tinggi berbanding pada awal abad ke-20 dan suhu ini akan terus meningkat lebih kurang 1.1 darjah Fahrenheit (F) kira-kira 30 tahun akan datang. Merujuk kepada ‘Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)’, julat suhu global mungkin akan meningkat antara 2 hingga 11.5 darjah Fahrenheit pada tahun 2100.
Bagaimanakah iklim berubah? Iklim mempunyai kitaran jangka pendek dan jangka panjang sehingga mencapai ratus juta tahun yang lalu selagi perubahan itu mampu dikira. Sekitar tahun 2006 dan tahun 2007, IPCC melaporkan bahawa iklim bumi berubah dengan cepat dan aktiviti manusia adalah penyumbang utama kepada perubahan ini. Sebenarnya, banyak faktor lain yang menyebabkan perubahan iklim sejak awal lagi sehingga sekarang tetapi pada hari ini aktiviti manusia lebih banyak memberi kesan kepada perubahan iklim yang begitu cepat.
Kita telah banyak mendengar tentang kesan gas rumah hijau tetapi tahukah kita apakah sebenarnya yang dimaksudkan tentang kesan gas rumah hijau? Kenapakah gas-gas ini menimbulkan masalah kepada kita? Seperti yang diketahui, atmosfera kita ialah suatu lapisan yang berada disekeliling bumi dibantu oleh tarikan graviti serta mengandungi gas Nitrogen (78%), gas Oksigen (21%), wap-wap air, dan juga pelbagai gas lain. Gas-gas lain ini dipanggil gas surih termasuklah argon, karbon dioksida, neon, helium, metana, hidrogen, nitrus oksida dan ozon yang akan menimbulkan masalah kesan gas rumah hijau. Sebagai contoh, aktiviti manusia mengakibatkan pembebasan empat gas rumah hijau yang utama iaitu karbon dioksida, gas metana, nitrus oksida dan halokarbon (suatu kumpulan gas yang mengandungi florin, klorin, dan bromin). Gas-gas ini juga dikenali sebagai ‘Global Warming Potential’ (GWP) kerana kandungan gas-gas ini adalah lebih tinggi berbanding kandungan gas rumah hijau yang lain.
Para saintis menyedari bahawa gas surih ini telah meningkat semenjak beberapa ratus tahun yang lalu. Peningkatan kandungan gas surih ini sebenarnya berlaku sejak tahun Revolusi Industri lagi dimana bahan bakar mula dibakar dalam kuantiti yang banyak bagi menjana enjin berkuasa wap untuk perindustrian, menjana kuasa elektrik dan pemanasan haba di rumah-rumah.
Kita selalu memperkatakan tentang perubahan iklim, pemanasan global, peningkatan paras air laut, peningkatan suhu, atau pencairan ais serta beberapa langkah untuk mengurangkan kesan-kesan tersebut tetapi adakah kita memberi perhatian tentang hidupan di dalam lautan yang juga mendapat impak akibat daripada pemanasan bumi.
2.0 Kesan Perubahan Iklim kepada Lautan
Lautan mampu menyimpan kapasiti haba yang tinggi dan lautan juga bergerak lebih perlahan berbanding dengan atmosfera. Oleh hal yang demikian, walaupun sedikit sahaja perubahan berlaku pada iklim di sekeliling kita ia akan memberi kesan yang besar kepada lautan. Perubahan iklim memberi kesan bukan sahaja kepada lautan malah kawasan persisiran pantai turut terjejas disebabkan pertukaran pola cuaca, perubahan tindak balas kimia dalam air di lautan, dan kenaikan paras air laut.
2.1  Pertukaran Pola Cuaca
Lautan mempunyai kadar haba spesifik yang tinggi, jadi apabila suhu menaik maka jumlah haba yang dibawa oleh arus air laut juga menaik mengikut sesuatu masa. Dapat diringkaskan bahawa sedikit sahaja kenaikan suhu memberi penunjuk mengenai kekerapan dan keadaan cuaca yang akan berlaku sama ada teruk atau tidak contohnya, taufan atau hujan lebat berserta ribut yang kuat. Sejak kebelakangan abad ini, kekuatan tenaga taufan telah menaik sebanyak 70 peratus. Selain itu, para saintis juga meramalkan bahawa hasil daripada perubahan iklim akan mengganggu pola cuaca. Sebagai contoh, kekuatan taufan mungkin meningkat di sesetengah kawasan dan tempat tersebut akan menerima kadar hujan yang tinggi, manakala kawasan yang lain pula akan mengalami kemarau (IPCC 2007).
Keadaan angin serta ribut yang kuat akan menyebabkan kerosakan fizikal yang teruk di kawasan tebing laut dan komuniti-komuniti di kawasan air laut yang cetek termasuklah pantai, hutan paya bakau, komuniti rumput laut, terumbu karang, dan komuniti hidupan yang tinggal di kawasan cetek. Selain daripada itu, pertambahan air yang mengalir turun akan membawa bahan-bahan tercemar ke kawasan air pesisiran pantai mengakibatkan kualiti air terjejas serta terjadinya banjir.
2.2 Perubahan Tindak Balas Kimia dalam Air Laut
Karbon dioksida akan dibebaskan ke udara ketika pembakaran bahan-bahan api dan kemudian akan diserap oleh air laut. Oleh kerana kira-kira 50 peratus karbon dioksida dibebaskan dan diserap oleh lautan, maka peratus gas karbon dioksida di dalam lautan akan menaik. Tindak balas kimia di lautan boleh berubah apabila karbon dioksida dari atmosfera terlarut di dalam air dan membentuk asid karbonik. Kemudian, asid karbonik akan bercampur dengan ion karbonat untuk membentuk ion bikarbonat. Ion bikarbonat adalah penting untuk terumbu karang, plankton yang hidup di air masin, alga koralin, dan juga haiwan yang bercengkerang untuk pembinaan cengkerang serta tulang-tulang di dalam tubuh.
Walau bagaimanapun, keasidan air laut akan menaik jika terlalu banyak gas karbon dioksida di dalam lautan. Sejak Revolusi Industri lagi lautan sudah menjadi 30 peratus lebih berasid. Oleh hal yang demikian, tidak mustahil jika pada akhir abad ini lautan boleh menjadi 150 peratus lebih berasid berbanding sebelum ini. Keasidan air sangat mempengaruhi sistem biologi di lautan seperti memusnahkan berbagai-bagai organisma yang menggunakan kalsium karbonat untuk membina cengkerang mereka. Selain itu, keasidan air juga menurunkan keupayaan alga marin dan zooplankton untuk memelihara cengkerang mereka sekaligus mengurangkan kadar untuk hidup bagi spesis larva marin.
2.3 Kenaikan Paras Air Laut
Paras air laut bertambah disebabkan kenaikan suhu di lautan di mana mengakibatkan air laut menjadi lebih panas. Apabila air menjadi panas, ia akan mengembang dan isipadunya juga bertambah. Proses ini dipanggil ‘pengembangan terma atau haba’. Pemerhatian jangka panjang menunjukkan bahawa paras air laut telah naik di seluruh dunia akibat pemanasan suhu dan penambahan air daripada ‘inland glacier’, dimana pencairan berlaku di mana-mana sahaja dengan berkadar menaik. Pencairan juga banyak berlaku di gunung-gunung yang dilitupi oleh ais seperti di Greenland dan Barat Antartika. Kini, ramai saintis berpendapat bahawa paras air laut akan bertambah sekurang-kurangnya satu hingga dua kaki pada tahun 2100. Menurut Taksiran Laporan Kesan Iklim Artik (2005), perubahan iklim di kawasan berkutub dijangka memberi impak dari segi fizikal, ekologi, sosiologi dan ekonomi terutamanya di Artik, semenanjung Antartik dan Laut Selatan.  Pada setiap dekad, ais yang melitupi lautan Artik berkurangan sebanyak 7.8 peratus sejak tahun 1978 sehingga tahun 2004. Justeru, jika masalah ini berterusan maka ais laut pada penghujung musim panas mungkin tidak kelihatan lagi di Artik seawal tahun 2030.
Purata paras air laut global telah diramalkan akan bertambah sebanyak 7-23 inci pada abad yang berikutnya (IPCC 2007). Penambahan paras air laut mungkin meningkatkan risiko orang awam yang tinggal berhampiran kawasan persisiran pantai dengan kejadian banjir, ribut, dan hakisan tanah yang teruk. Oleh sebab kebanyakkan bandar utama di dunia juga terletak di sepanjang garisan pantai, penambahan air laut mengakibatkan kesan utama terhadap populasi tersebut di mana hakisan, banjir, kenaikan paras air bawah tanah akan membahayakan bangunan, jalan raya, sistem kereta api bawah tanah, serta keperluan penting yang lain. Dalam masa yang sama, penambahan paras air laut juga membawa kepada kehilangan habitat pesisir pantai yang penting seperti kawasan paya bakau dan kawasan tumpuan orang awam. Jadi, masalah ini akan memberi kesan ekonomi terhadap negara yang bergantung kepada kawasan persisiran pantai sebagai kawasan pelancongan. Kesan lain yang dapat dilihat daripada penambahan paras air laut ini adalah gangguan air masin. Hal ini terjadi apabila air laut mengalir atau berpindah ke sungai-sungai dan lalu diserap menjadi air bawah tanah. Akibatnya, air bawah tanah yang digunakan sebagai sumber minuman oleh manusia telah tercemar dan seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang teruk.
3.0 Perubahan Iklim Memberi Kesan Terhadap Ikan
Perubahan iklim boleh mempengaruhi ikan secara tidak langsung dengan mempengaruhi stok ikan sekaligus pembekalan ikan secara global untuk kegunaan semua atau juga secara tidak langsung seperti mempengaruhi harga ikan serta harga perkhidmatan yang diperlukan oleh nelayan-nelayan dan penjual ikan. Terdapat banyak kesan lain yang mempengaruhi ikan apabila iklim berubah contohnya perpindahan ikan-ikan, perubahan dalam jumlah dan taburan spesis, kemusnahan ikan disebabkan oleh kenaikan suhu air, perubahan tumbesaran ikan, impak terhadap perikanan marin, dan perubahan habitat.
3.1 Migrasi Ikan
Berdasarkan kepada peta yang ditunjukkan di atas, kawasan berwarna merah adalah kawasan yang dijangka mempunyai populasi ikan yang paling tinggi pada tahun 2050. Para saintis menyatakan bahawa iklim pendorong persekitaran berubah dan mampu mempengaruhi taburan lebih 1000 spesis ikan komersial dan kerang-kerangan di seluruh dunia. Suatu kajian yang terkini meramalkan bahawa pada tahun 2050, spesis marin dalam kuantiti yang banyak akan bergerak dari laut di kawasan tropikal menuju ke kawasan yang mempunyai air lebih sejuk terutamanya di Artik dan Laut Selatan dengan kadar purata 40 sehingga 45 kilometer dan kira-kira 25-28 batu pada setiap dekad. Migrasi ini mengakibatkan banyak spesis marin di luar kawasan Artik dan Antartika mengalami kepupusan.
Migrasi ikan-ikan ini berlaku apabila suhu menaik dan ikan-ikan tersebut bergerak menuju ke kawasan yang lebih sejuk atau bergerak ke kawasan yang lebih dalam sekaligus meninggalkan haiwan-haiwan lain yang bergantung kepada ikan-ikan ini sebagai sumber makanan. Sebagai contoh, ikan-ikan di Teluk Alaska berpindah ke kawasan air yang lebih dalam ketika suhu tinggi tetapi pada tahun 1993 hal ini telah menyebabkan 120 000 burung laut mati kerana burung laut menjadikan ikan-ikan sebagai sumber makanan mereka.
Selain itu juga, kehadiran populasi-populasi ikan yang tinggal di kawasan air yang bersuhu tinggi ke kawasan air yang lebih sejuk akan mengambil alih kawasan yang didiami oleh ikan di kawasan air tersebut. Anggaran menunjukkan bahawa lazimnya spesis ikan dari air panas 14 kali ganda lebih banyak daripada spesis ikan dari air sejuk jika suhu hanya naik sebanyak dua darjah Celsius. Keadaan ini menggambarkan bahawa spesis yang baru akan bersaing dengan spesis ikan yang asal bagi mendapatkan makanan dan ruang. Secara keseluruhannya, hal ini boleh menyebabkan kurangnya kepelbagaian dalam populasi ikan.
3.2 Perubahan dalam Jumlah dan Taburan Spesis
Perubahan iklim boleh mengubah taburan spesis. Di bahagian tropikal, spesis ikan seperti ikan tenggiri,snapper, dan sea bass akan menukar habitat mereka ke kawasan yang baru dan sekaligus mengubah jumlah spesis tersebut.
Bencana alam seperti ribut, gempa bumi, dan banjir yang menempa akibat perubahan iklim akan mempengaruhi ekosistem pesisir pantai dalam beberapa aspek. Contonhya, penambahan air saliran kesan daripada pemendakan yang sangat tinggi mampu mengurangkan kemasinan sepanjang pesisir pantai, membawa lebih banyak nutrien dalam air saliran dan menambah mendakan di dalam air. Perubahan ini akan mengubah hasil serta taburan spesis termasuklah mengubah haluan perpindahan ikan-ikan tersebut.
3.3 Kesan kepada Organisma “sessile”
Kehidupan organisma marin di pesisiran pantai lebih cepat dan banyak terkesan akibat perubahan iklim berbanding organisma laut dalam. Kebanyakan spesis tersebut tidak mampu untuk beradapatasi dengan perubahan cuaca serta agak mustahil untuk tinggal di kawasan baru. Bilangan spesis akan terhad atau terhapus jika kawasan yang sesuai tidak dibangunkan dan tiada dasar laut yang sesuai atau arus untuk membawa telur-telurnya.
3.4 Kesan kepada Perubahan Rantai Makanan
Perubahan iklim juga boleh membawa kepada perubahan rantai makanan dan ini akan memberi kesan kepada ikan. Bagaimana ia berlaku? Perubahan iklan akan mengubah habitat organisma marin dan ia mempengaruhi kelimpahan haiwan mangsa dan pemangsa. Contohnya, angin dan arus kuat boleh menyebabkan percampuran lapisan air. Mangsa yang berlapis-lapis  pada kedalaman tertentu menjadi lebih berselerak. Jadi, jumlah mangsa yang tersedia untuk pemangsa berkurangan. Akhirnya jumlah mangsa akan bertambah sedangkan bilangan pemangsa berkurangan.
3.5 Kemusnahan Ikan disebabkan Peningkatan Suhu Air
Pemanasan global hari ini telah menyebabkan suhu seluruh dunia meningkat termasuklah suhu air laut. Ini akan membawa kepada masalah pembiakan dan kadar tumbesaran ikan. Ikan di dalam air yang bersuhu tinggi lebih cepat mencapai kematangan seksual berbanding ikan dalam air yang sejuk. Namun, 90 peratus ikan di dalam air yang panas mempunyai badan yang kecil berbanding ikan di dalam air sejuk. Ini telah menyebabkan masalah pembiakan dan bilangan benih ikan yang rendah. Contohnya, ikan kap kurang berovulasi di dalam air yang bersuhu tinggi dan ikan gapi menghasilkan hanya sedikit anak ikan. Ikan salmon, keli dan sturgeon pula memerlukan suhu menurun pada aras tertentu supaya ia boleh bertelur. Selain itu, suhu tinggi juga merencatkan tumbesaran ikan. Apabila suhu meningkat, kadar metabolisma ikan juga bertambah tinggi sedangkan bekalan makanan yang ada tidak sepadan. Jadi, ini akan memperlahankan tahap tumbesarannya. Sesetengah spesis ikan tidak boleh bertolerasi dengan peningkatan suhu pada bahagian kitar hidupnya yang kritikal. Jadi, jumlahnya dijangka berkurangan. Contohnya, ikan Salmon Pasifik. Tambahan pula, peningkatan suhu air juga menyebabkan kehabisan oksigen. Ikan tidak memperolehi oksigen yang cukup untuk menampung keperluannya. Apabila suhu air terus meningkat, aras oksigen yang terlampau rendah akan menyebabkan ikan banyak mati.
3.6 Kesan kepada Perikanan Marin
Perubahan iklim memberikan kesan yang besar kepada perikanan marin seperti yang dilaporkan di dalam Jurnal Ikan dan Perikanan. Satu kumpulan yang diketuai oleh Wiliam Cheung daripada University of East Anglia’s School of Environmental Sciences telah membina sebuah model yang meramal kesan perubahan suhu dan arus kepada taburan lebih daripada seribu spesis ikan. Mereka mendapati secara julatnya, ikan akan beralih daripada taburannya lebih daripada 40 km (25 batu) per dekad. Peralihan ini akan menyebabkan kesan yang besar kepada perikanan global terutamanya di kawasan tropika dimana kehilangan yang besar dalam tangkapan akan berlaku. Sesetengah spesis akan pupus.
3.7 Perubahan Habitat
Bentuk kehidupan marin pada asasnya boleh beradaptasi dengan baik terhadap keadaan persekitaran yang mempunyai kepelbagaian semulajadi. Mereka boleh bertolerasi dengan situasi ekstrem pada tempoh masa tertentu. Walaubagaimanapun, perubahan iklim telah menyebabkan perubahan besar kepada sesetengah habitat sehingga memberikan tekanan yang hebat kepada kebanyakan spesis. Ini boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk iaitu kepupusan spesis. Contohnya, di dalam laut, ia boleh disebabkan oleh peningkatan pemendakan dan juga “algal bloom” yang menyebabkan kekurangan cahaya pada lapisan air yang dalam. Pada lokasi dan masa tertentu, suhu, cahaya dan pH boleh berada di luar julat optimum untuk organisma.
4.0 Kesan Perubahan Iklim kepada Organism Marin Yang Lain.
4.1 Pemutihan Batu Karang
“Pemutihan” menghuraikan mengenaikan kehilangan alga simbiotik oleh batu karang atau perumah lain. Alga-alga ini memberikan warna kepada batu karang. Tisu hidup batu karang tanpa alga adalah lut cahaya, putih dan luntur warnanya. Pemutihan adalah tindak balas tekanan umum yang boleh dirangsang samaada di luar atau di dalam makmal oleh suhu tinggi ataurendah, keamatan cahaya, perubahan saliniti, atau oleh tekanan fizikal dan kimia yang lain. Pemutihan adalah kes variasi semulajadi yang ekstrim dalam populasi alga yang berlaku dalam kebanyakan batu karang. Pertama, pemanasan laut mengurangkan perlindungan batu karang daripada pemutihan batu karang. Batu karang mempunyai Zooxanthellae yang hidup secara simbiotik di dalam tisunya. Zooxanthellae menyediakan makanan dan oksigen. Sebagai pulangan, ia menerima nutrisi, karbon dioksida dan perlindungan bebas musuh. Apabila suhu air semakin panas, hubungan simbiotik ini terputus. Zooxanthellae tersingkir dan ini mengakibatkan kematian batu karang. Fenomena ini dikenali sebagai “pemutihan batu karang” kerana batu karang menjadi putih selepas kehilangan zooxanthellae. Perubahan iklim juga mengurangkan nilai nutrisi alga. Mikro alga cepat membesar di bawah pengaruh perubahan iklim. Namun begitu, komposisi alga berubah, menyebabkan nilai nutrisinya kepada hidupan akutik menurun. Contohnya, alga yang dibiakkan pada kepekatan karbon dioksida yang tinggi mengandungi banyak karbon dan kurang fosforus. Ini bermaksud nilai nutrisi menurun, di mana ia memberi kesan kepada hidupan kecil yang mengambil alga sebagai makan seperti hama air. Ia kemudiannya menjadi makanan kepada ikan. Disebabkan mereka adalah rantaian pertama, paling atas bagi rantai makanan hidupan bawah air, alga akhirnya mempengaruhi keseluruhan ekosistem dan memberi kesan kepada hidupan bawah air.
4.2 Mamalia Marin
Perubahan iklim juga memberi kesan kepada mamalia marin. Bagaimana? Kesan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan pencairan bongkah air yang mengubah kuantiti air tawar di dalam laut, seterusnya mengubah kepekatan saliniti air. Jadi, ia memberi kesan kepada kitaran “thermohaline”. Kitaran “thermohaline” adalah penting untuk membawa naik air yang kaya nutrient daripada laut dalam ke atas melalui proses “upwelling”. Hal ini akan mempengaruhi suhu kawasan dan produktiviti utama. Lokasi yang mempunyai produktiviti utama yang tinggi akan berubah selaras dengan perubahan suhu. Ini akan mempengaruhi migrasi mamalia marin.
5.0 Kesan ke atas Industri Perikanan dan Pelancongan
5.1 Nelayan Hilang Sumber Pendapatan
Kesan perubahan iklim menyebabkan kemusnahan teruk kepada perikanan dunia. Ia menyebabkan ikan kehilangan habitat, kekurangan sumber makanan, dan kurang keupayaan adaptasi kepada perubahan baru dalam ekosistem dunia. Jadi, ia telah membawa kepada kepupusan spesis hidupan laut. Kesan perubahan iklim kepada perikanan adalah seperti kualiti air yang teruk dan kekurangan air yang memberi kesan kepada perusahaan komersial apabila ikan mula hilang daripada laut dan dunia. Selain itu, perubahan iklim mengubah taburan dan produktiviti spesis marin dan air tawar. Ia juga sudah mempengaruhi proses biologi dan mengubah jaringan makanan. Kita tahu, pendapatan nelayan adalah bergantung kepada penangkapan ikan. Jika populasi ikan mengecil disebabkan faktor-faktor di atas, penangkapan juga akan berkurang seterusnya pendapatan nelayan juga akan menurun. Permintaan tinggi terhadap produk perikanan tidak dapat dipenuhi disebabkan kekurangan sumber ikan. Eksport produk juga tidak dapat dijalankan. Tiada penukaran wang asing dan tiada pendapatan untuk ekonomi Negara. Hal ini akan memberi kesan kepada ekonomi seluruh dunia.
5.2 Kurang Sumber Makanan yang Penting untuk Manusia
Makanan laut merupakan sumber penting bagi diet manusia global. Ia mempunyai protein yang berkualiti tinggi serta semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan baikpulih tisu oto. Protein dalam ikan serta makanan laut yang lain menyediakan sumber protein lengkap kepada kebanyakan manusia seluruh dunia. Penurunan populasi ikan akan menyebabkan satu daripada sumber makanan penting manusia juga berkurang.
5.3 Industri Pelancongan
Setiap tahun, beratus-ratus ribu orang melawat pantai kita yang cantik dan terumbu karang untuk memancing, selam skuba dan sebagainya. Terumbu karang adalah asset kepada industri pelancongan yang mempromosikan Negara kita kepada dunia. Namun, dek kerana masalah perubahan iklim, segala-galanya telah berubah. Tahun lepas, taman marin kita di Tioman dan Redang serta bahagian pulau kita yang lain telah ditutup kerana berlakunya “pemutihan batu karang” disebabkan oleh pemanasan global. Terumbu karang, yang mana menarik hampir 500 000 pelancong setiap tahun, dilarang masuk kepada penyelam sehingga hujung Oktober 2010 dalam cubaan mengurangkan tekanan kepada ekosistem marin. Apakah kesannya? Bilangan pelancong akan menurun tahun demi tahun. Masalah ini berlaku di seluruh dunia. Seperti yang kita tahu, industri pelancongan telah menjana penukaran wang asing. Penurunan bilangan pelancong disebabkan oleh masalah perubahan iklim akan memberi kesan kepada industri pelancongan serta ekonomi Negara.
6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, perubahan iklam akan memberi banyak kesan terutamanya kepada ekonomi dunia. Ramai yang akan kehilangan sumber pendapatan. Kerajaan juga perlu membelanjakan banyak duit untuk mengurus dan memulihara semula laut. Bukan itu sahaja, perubahan iklim juga akan memberi kesan kepada organisma seluruh dunia termasuk manusia. Pemanasan bumi akan memusnahkan banyak benda hidup. Radiasi daripada matahari yang bertambah juga membawa masalah kesihatan kepada manusia seperti kanser. Ia sangat berbahaya. Sebenarnya, banyak kesan lain daripada perubahan iklim ini tetapi kadangkala kita tidak menyedarinya. Kita tidak mampu untuk mengelak tetapi kita harus berkerjasama dan bertanggungjawab kepada bumi kita. Sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kadar peningkatan suhu demi generasi kita seterusnya. Kempen kesedaran patut diadakan secara terus menerus di seluruh dunia untuk melindungi bumi kita.

Sumber :http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/perubahan-iklim-impak-kepada-dunia-bawah-laut/

Penipisan Ozon: Kesannya Terhadap Hidupan dan Persekitaran


Apa itu lapisan ozon?
Lapisan ozon adalah lapisan yang boleh dijumpai di atmosfera kita. Atmosfera dibahagi kepada 5 lapisan; troposfera, stratosfera, mesosfera, thermosfera dan exosfera. Lapisan ozon terletak di lapisan stratosfera. Lapisan ozon adalah bahagian atmosfera bumi yang mengandungi jumlah ozon (O₃) yang banyak. Lapisan ozon penting dalam kehidupan manusia. Ia mampu untuk menyerap radiasi ultra ungu yang bahaya dan menghalang menembusi ke permukaan bumi.

Kitaran ozon-oksigen dalam lapisan ozon

Atmosfera bumi dibahagi kepada lapisan dengan ciri-ciri berbeza. Sumber : NOAA Aeronomy Laboratory, 1998


















Apa itu penipisan lapisan ozon?
Penipisan lapisan ozon dengan kata lain bermaksud proses di mana lapisan ozon menjadi nipis. Fenomena ini berlaku adalah apabila jumlah molekul ozon di dalam lapisan menjadi sedikit dari hari demi hari. Impak daripada pengurangan molekul ozon penyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.
Kenapa lapisan ozon semakin berkurang?
Lapisan ozon dalam stratosfera musnah disebabkan dua faktor iaitu disebabkan aktiviti manusia dan juga sumber semula jadi.
Aktiviti manusia: Pembakaran terbuka, asap ekzos kapal terbang, asap dari perindustrian.
Sumber semula jadi: Letusan gunung berapi, gas metana dari ladang.

Sumber : NASA Earth Observatory (Ihsan ilustrasi Barbara Summey, SSAI)

Ozon dimusnahkan oleh tindak balas dengan gas klorin, bromine, nitrogen, hidrogen dan oksigen. Dua faktor di atas menyumbang kepada gas ini. Jadi, apabila gas ini dilepaskan ke atmosfera, semakin banyak ozon akan musnah.Contohnya, apabila gas klorin seperti kloroflorokarbon (CFCl₃) ada di lapisan ozon, ia akan menyerang molekul ozon (O₃) yang dibantu oleh sinaran ultra ungu (UV). Ini menyebabkan musnahnya lapisan ozon.
Apabila lapisan ozon menjadi nipis, lebih banyak radiasi UV boleh menembusi ke permukaan bumi. Peningkatan radiasi UV memberikan kesan kepada kita. Pertama, ia akan menyebabkan kematian fitoplankton dan zooplankton di lautan. Organisma ini adalah asas kepada rantaian makanan marin. Kemudian, penipisan ozon menyebabkan pemanasan global. Kenapa? Kerana pemanasan global berlaku apabila jumlah karbon dioksida (CO₂) dalam udara sangat tinggi. Fitoplakton boleh menggunakan CO₂ yang tenggelam dalam laut untuk menjalankan fotosintesis. Walaubagaimanapun, radiasi UV yang berlebihan menyebabkan berkurangnya populasi fitoplakton. Jadi, CO₂ akan menjadi semakin bertambah di dalam udara dan tidak digunakan. Selain itu, radiasi UV yang tinggi akan mengganggu bekalan nitrogen yang diperlukan oleh tumbuhan seperti padi di Malaysia. Radiasi UV memberi kesan kepada aktiviti penyerapan nitrogen oleh microorganisma. Tumbuhan akan menjadi lebih kecil dan pertumbuhan sangat lambat berbanding kebiasaannya. UV boleh merangsang pembentukan radikal yang reaktif dan kemudiannya membentuk bahan baru yang bahaya. Maka terbentuklah kabus tebal dan juga hujan asid. Akhir sekali, radiasi UV dalam jumlah yang kecil boleh dimangkinkan untuk menghasilkan vitamin D untuk kegunaan manusia. Tetapi, sebaliknya, jumlah UV yang banyak dan apabila bersentuhan dengan manusia akan menyebabkan penyakit kronik seperti kanser kulit, fotokeratitis, katarak dan menberi kesan terhadap sistem ketahanan manusia.
Cara-cara mengatasi penipisan lapisan ozon
1) Kurangkan penerbangan kapal terbang dan roket.
2) Menambahkan penanaman pokok.
3) Mengawal pembunangan sisa industri yang mengandungi bahan kimia dalam penipisan ozon dengan pengurusan sisa buangan yang lebih teratur.
4) Guna produk yang mesra alam dan mesra ozon dalam penggunaan penghawa dingin dan petrol.

http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/penipisan-ozon-kesannya-terhadap-hidupan-dan-persekitaran/


3.15.3 Pencemaran Udara dan Jerebu

1. Pencemaran udara ialah kehadiran sejumlah bahan pencemar  seperti gas karbon
    dioksida, sulfur dioksida, nitrojen dioksida, metana dan zarah-zarah bukan gas  
    seperti habuk dan debu   dalam udara yang akan mengubah kualiti dan komposisi
    udara.

2. Jerebu pula boleh ditakrifkan sebagai partikel-partikel halus yang terampai di
    ruang udara  akibat suhu yang tinngi.


Faktor-faktor Berlakunya Pencemaran Udara dan Jerebu

1. Fenomena El Nino atau kemarau panjang yang melanda Negara-negara Asia
    Tenggara  menyebabkaan berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi.   
    kebakaran hutan   membebaskan habuk dan asap ke atmosfera dan seterusnya
    menghasilkan kejadian jerebu.Contohnya fenomena El Nino yang melanda Asia
    Tenggara pada tahun 1997 menyebabkan sebahagian besar Asia Tenggara dilanda
    masalah jerebu.

2. Di samping itu letusan gunung berapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran
    udara dan jerebu. Letusan gunung berapi membebaskan gas pencemar seperti gas
    sulfur dan partikulat-partikulat terampai ke ruang udara.Contohnya letusan
    gunung berapi Pinatubo di Filipina menyebabkan berlakunya pencemaran udara.


3. Kejadian ribut debu juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara.Ribut debu
    menerbangkan debu halus ke ruang udara.
  

4. Pembebasan beberapa jenis gas dan asap melalui kegiatan perindustrian turut
    menyumbangkan kepada kejadian jerebu. Contoh-contoh gas yang dibebaskan  
    oleh kegiatan perindustrian seperti sulfur dioksida.

5. Asap-asap yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor juga menyumbangkan
    kepada kepada berlakunya masalah pencemaran udara dan jerebu. Pembakaran
    bahan api fosil oleh kenderaan bermotor membebaskan asap dan gas karbon
    monoksida. Sektor pengangkutan ini merupakan penyumbang kepada masalah
    pencemaran udara dan jerebu di bandar-bandar utama.

6. Pembakaran terbuka di tapak-tapak pelupusan sampah membebaskan asap dan
    gas karbon dioklsida yang turut menyumbangkan kepada masalah pencemaran
    udara dan jerebu. Contohnya pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan
    menyebabkan sebahagian besar negara-negara Asia Tenggara mengalami jerebu.




Kesan-kesan Pencemaran Udara dan Jerebu


1. Penyakit – gas pencemar udara seperti karbon monoksida menyebabkan sakit
    kepala dan mengurangkan prestasi fizikal dan nitrojen dioksida menyebabkan
    penyakit bronchitis.

2. Lapisan jerebu yang tebal mengurangkan jarak penglihatan seterusnya menganggu
    pengangkutan udara dan darat.

3. Banyak berlaku kemalangan jalan raya

4. Pertanian – kekurangan cahaya matahari mengurangkan proses fotosintisis dan
    menganggu tumbesaran tanaman

Langkah-langkah Mengatasi pencemaran Udara dan jerebu

1. Pembenihan awan – menyembur larutan garam iodide menggunakan pesawat ke
    dalam awan. larutan garam iodid dapat memerangkap wap air dengan cepat untuk
    mempercepatkan lagi kejadian hujan. Hujan berupaya menghapuskan jerebu yang
    terdapat di ruang udara.

2. Menanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan – tumbuh-tumbuhan dapat
    memerangkap bahan  pencemar udara seperti habuk dan debu. Disamping itu juga
    tumbuh-tumbuhan dapat  memerangkap gas karbon dioksida.

3. Memasang penapis pada cerobong asap kilang – pemasangan cerobong pada
    penapis asap kilang mengurangkan jumlah asap yang dikeluarkan dan seterusnya
    dapat mengawal kejadian jerebu terutamanya di bandar-bandar utama

4. Penggunaan kenderaan awam – penggunaan kenderaan awam oleh orang ramai
    dapat mengurangkan pembebasan asap dan gas karbon monoksida. Pengurangan
    pengeluaran asap oleh kenderaan bermotor dapat mengurangkan kejadian jerebu
    dan pengurangan kadar pembebasan gas karbon monoksida dapat mengurangkan
    pencemaran udara.

5. Kongsi kereta – matlamat kongsi kereta sama dengan penggunaan kenderaan
    awam, iaitu untuk mengurangkan jumlah pembebasan asap dan pembebasan gas
    karbon monoksida yang boleh menyumbangkan kepada kejadian jerebu dan
    pencemaran udara.

6. Kuatkuasa undang-undang oleh Jabatan Alam Sekitar ke atas kenderaan
    bermotor dan kilang industri yang membebaskan asap melebihi piawaian yang
    telah ditetapkan

HUJAN ASID

Kawasan perindustrian yang pesat dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai nilai keasidan air hujan yang tinggi disebabkan ruang udara yang mengandungi gas beracun.
Hujan asid terjadi akan apabila kandungan sulfur dioksida dan nitrogen oksida meningkat dalam udara.Pertambahan kedua-dua sebatian adalah diakibatkan oleh sumber-sumber pencemaran seperti asap industri dan bahan cemar kenderaan bermotor.

Kesan-kesannya
1. Tumbuh-tumbuhan
- menyebabkan perubahan komposisi bahan organik dalam tanah kerana kandungan nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan akan terhakis
- mengancam mikro organisma dalam tanah
- Jejaskan proses pereputan dan penguraian bangkai haiwan dan tumbuh-tumbuhan
- musnahkan tisu daun dan mereputkan akar tumbuh-tumbuhan
- menyebabkan kerosakan hutan dan hasil tanaman

2.Kerosakan bangunan
- hujan asid merosakkan bangunan lama. Cth: Tugu Peringatan dan artifak-artifak bersejarah
- Hujan asid yang menyerap ke dalam batu bata dan gangsa alami tindak balas kimia – batu jadi reput dan gangsa terurai.
- Menjejaskan kekuatan dan kekukuhan konkrit dan cat bangunan

3. Mengancam hidupan akuatik
- bila keasidan air meningkat, bahan-bahan logam akan larut dalam air. Cth: alimunium, zink dan raksa
- Pertambahan logam –logam beracun beracun ini mengurangkan aktiviti mikrobiologi seperti zooplankton dan fitoplankton. Akibatnya bekalan makanan untuk ikan terjejas
- Hujan asid juga akan merosakkan telur-telur ikan dan jejaskan perkembangan embrionya.

4. Mengancam Kesihatan manusia
- Bila hujan asid berlaku di kawasan sungai atau tasik, bahan logam dalam tanah akan bertindakbalas dengan air berasid untuk menghasilkan pelbagai logam dan sebatian asid bertoksik.
- minuman tercemar kerana mengandungi antimoni, stanum dan plumbum yang tinggi.
- penyakit yang boleh diakibatkan oleh pencemaran air hujan asid ialah leukemia.

Hujan asid boleh dielakkan sekira aktiviti manusia dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi dikurangkan. Semua pihak harus bertanggungjawab mengurangkan kesan hujan asid kerana implikasi kepada kehidupan akan memberi kesan yang berpanjangan.

3.15.4 Pemendapan Hujan Asid

1. Pemendapan hujan asid merupakan pemendapan asid yang turun ke permukaan
    bumi dalam bentuk hujan dan dalam bentuk partikulat yang mempunyai nilai PH kurang 7


2. Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum membebaskan gas
    sulfur dioksida ke atmosfera. Gas sulfur dioksida yang dibebaskan ke atmosfera
    ditukarkan kepada asid sulfurik. Pembebasan gas nitrojen dioksida pula
    menghasilkan asid nitrit. Kedua-dua asid ini  terbentuk apabila gas sulfur dioksida
    dan nitrojen dioksida bertindakbalas dengan air hujan.

3. Letusan gunung berapi juga penyebab kepada berlakunya hujan asid. Letusan
    gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida dan apabila bertindakbalas
    dengan air hujan membentuk asid sulfurik.

4. Kegiatan industri seperti industri kimia dan industri peleburan logam
    membebaskan nitrojen dioksida dan menghasilkan asid nitrit apabila
    bertindakbalas dengan air hujan.

5. Penggunaan kenderaan bermotor membebaskan gas karbon monoksida dan
    membentuk hujan asid apabila gas ini bertindakbalas dengan air hujan di ruang
    atmosfera bumi.

6. Pembakaran secara terbuka di tapak pelupusan sampah membebaskan gas sulfur
    dioksida  dan hirokarbon. Bahan-bahan ini bertindakbalas dengan air hujan dan
    membentuk asid sulfurik.

7.  Hujan asid menjejaskan kehidupan akuatik. Banyak spesis ikan akan mati
     apabila nilai PH air jatuh di bawah paras 4.5. Hujan asid yang turun juga
     membawa bahan-bahan kimia seperti aluminium ke dalam tasik melalui aliran air
     permukaan.

8.  Kemusnahan hutan – hujan asid memusnahkan daun-daun tumbuhan dan
     melemahkan  struktur pokok.

9.  Hujan asid juga menyebabkan kesuburan tanah semakin berkurangan.  Hujan    
     asid akan melarutkan beberapa nutrient yang penting dalam tanah seperti
     magnesium dan potassium.Di samping itu kemasukan asid nitrit ke dalam tanah
     menyebabkan berlakunya pertambahan nitrojen dan kekurangan nutrien yang lain
     dalam tanah.

10.Monumen dan bangunan juga terjejas disebabkan hujan asid. Hujan asid boleh
     Melunturkan cat banguanan  dan mereputkan bahan-bahan konkrit dalam
     jangkamasa yang lama.
   
11.Penyakit – pendedahan kepada hujan asid menyebabkan manusia terdedah
      kepada beberapa wabak penyakit seperti batuk dan penyakit kulit.



3.15.5 Mikro Iklim Bandar dan Pulau Haba Bandar

1. Mikroiklim Bandar ialah iklim yang terdapat di suatu kawasan kecil yang
    mempunyai cirinya sendiri dan sangat dipengaruhi oleh permukaan Bandar.
    mikroiklim Bandar boleh dibahagikan kepada dua iaitu pulau haba Bandar dan
    pulau sejuk Bandar.

2. Pulau haba ialah peningkatan suhu yang sangat tinggi di kawasan bandar
    berbanding  dengan kawasan luar bandar.

2. Kepadatan bangunan yang tinggi di kawasan bandar menyebabkan haba
    terperangkap di celah-celah bangunan dan sukar untuk dibebaskan kerana tiupan
    angin dihalang oleh bangunan-bangunan tinggi. Kesannya menyebabkan haba
    tersebut terperangkap di celah-celah bangunan dan memanaskan permukaan
    bandar.

3. Bahan-bahan binaan bangunan yang diperbuat daripada keluli dan konkrit
    mempunyai daya serap haba yang tinggi dan boleh memanaskan suhu di kawasan
    bandar.

4. Kekurangan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan bandar juga merupakan salah
    Satu faktor yang menyumbangkan kepada kejadian pulau haba bandar.
    Kekurangan tumbuh-tumbuhan  menyebabkan kurangnya proses
    perpeluhan.Kekurangan proses perpeluhan akan mengurangkan jumlah wap air
    dalam udara di bandar dan seterusnya menyebabkan suhunya
    meningkat berbanding dengan kawasan luar bandar yang mempunyai banyak
    litupan tumbuh-tumbuhan.


5. Penutupan permukaan bumi di bandar  dengan permukaan berturap juga
    menyumbangkan  kepada kejadian pulau haba. Permukaan berturap seperti tar
    yang bewarna gelap mempunyai daya serap haba dan meningkatkan suhu di
    kawasan bandar.

6. Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor membebaskan banyak gas
    karbon monoksida ke ruang udara di bandar. Gas karbon monoksida merupakan
    salah satu gas rumah hijau yang boleh menyerap bahang matahari dengan kadar
    yang tinggi dan menghalang pembebasan keluar bahang matahari dari permukaan
    bandar ke udara.

7. Aktiviti pembakaran secara terbuka di tapak pelupusan sampah membebaskan
    gas-gas  seperti sulfur dioksida yang boleh menyerap bahang matahari dan
    menyumbangkan kepada peningkatan suhu di kawasan bandar.

8. Jumlah penduduk bandar yang ramai menyebabkan lebih banyakm pembebasan
    haba  metabolik yang juga menyumbangkan kepada kejadian pulau haba bandar



Kesan-kesan Pulau Haba Bandar
  
1. Nilai kelembapan udara di kawasan bandar lebih rendan sebanyak 6%  
    berbanding dengan kelembapan udara di kawasan bandar. Keadaan ini berlaku  
    kerana suhu yang tinggi akan merendahkan nilai kelembapan bandingan di  
    bandar.

2. Suhu di kawasan bandar lebih tinggi berbanding dengan suhu di kawasan luar
    bandar.Suhu  di bandar lebih tinggi berbanding dengan kawasan pinggir bandar
    kerana di bandar mempunyai daya serap haba yang tinggi.

3. Partikulat-partikulat terampai juga lebih tinggi di kawasan bandar berbanding  
    dengan kawasan luar bandar. Partikulat – partikulat ini dibebaskan melalui
    pembakaran terbuka, perindustrian dan pengangkutan akan terampai di ruang
    udara kerana keadaan suhu yang panas.



4. Bahan-bahan pencemar udara di bandar juga membentuk nukleus higroskopik  
    yang boleh  memerangkap lebih banyak wap air melekat padanya. Apaabila saiz
    bintik air yang melekat  pada zarah higroskopik bertambah besar, maka bintik air
    tersebut akan jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan. Dengan itu kekerapan
    hujan adalah lebih tinggi di kawasan Bandar berbanding dengan kawasan luar
    bandar. 


Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pulau Haba Bandar 

1. Menanam lebih banyak pokok di kawasan bandar untuk meningkatkan proses
    sejatpeluhan. Peningkatan proses sejatpeluhan menyebabkan lebih banyak wap air
    yang dibebaskan ke ruang udara di kawasan bandar dan dapat merendahkan atau
    menurunkan suhunya.

2. Langkah seterusnya ialah mengadakan langkah kawalan penggunaan bahan api
    di kawasan bandar. Contohnya menggalakkan orang ramai berkongsi kereta dan
    menggunakan pengangkutan awam. Kedua-dua langkah ini bertujuan untuk
    mengurangkan pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan dan pembebasan gas
    karbon monoksida seterusnya merendahkan suhu di bandar.

3. Dari segi perancangan bandar, jarak di antara bangunan hendaklah dijauhkan
    supaya haba tidak terperangkap dan mudah dibebaskan.

4. Lokasi industri perlu dipindahkan ke kawasan pinggir atau ke luar bandar supaya
    gas-gas  yang dibebaskan tidak memanaskan permukaan bandar .

5. Penggunaan cermin pada bangunan harus dikurangkan kerana bangunan yang
    mempunyai  cermin yang banyak memyebabkan berlakunya pantulan cahaya ke 
    semua arah di kawasan bandar.

6. Suhu di kawasan Bandar juga dapat dikurangkan dengan meningkatkan lagi
    kelembapan udaranya. Kelambapan udara di kawasan Bandar dapat ditingkatkan
    dengan membina lebih pancutan air ( fountain ).


TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI

4.1 FASA AIR
Tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat:

a.cecair (air)
b.gas wap (air air)
c.pepejal (ais)

Proses sejatan/perwapanakan menukarkan cecair kepada wap air (gas).

Pemejalwapan adalah proses menukarkan ais kepada bentuk wap air.

Pencairan merupakan proses menukarkan ais kepada air.

Air dalam bentuk wap dapat bertukar kepada keadaan cecair melalui proses pemeluwapan.

 Proses pembekuan akan menukarkan keadaan cecair kepada ais.

Wap air dapat berubah kepada bentuk ais melalui proses pemejalwapan.







4.2 KITARAN HIDROLOGI

Proses Kitaran Hidrologi

Proses mendatar kitaran hidrologi

i.        larian air permukaan.
Larian air permukaan adalah baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan yang diguna oleh tumbuhan. Larian air permukaan berlaku setelah semua liang pori tanah tepu dengan air yang masuk ke dalam tanah. Air hujan tidak dapat lagi diserap sebaliknya mengalir di permukaan bumi menuju ke sungai, tasik dan seterusnya ke laut.

ii.      aliran air bawah tanah.
Air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan disimpan di dalam tanah dalam satu sistem takungan yang dikenali akuifer. Air yang terdapat dalam takungan ini akan berfungsi sebagai aliran air bawah tanah menuju ke sungai, tasik, dan seterusnya ke laut.

iii.                alir lintang atmosfera
pergerakan titisan air dari lautan ke daratan atau sebaliknya akibat ditiup oleh angin yang berpunca daripada perbezaan tekanan udara antara dua kawasan.


Proses menegak kitaran hidrologi
i.              sejatan.
Proses penukaran air daripada cecair kepada bentuk wap. Proses sejatan berlaku apabila tekanan wap di permukaan air lebih tinggi daripada tekanan wap dalam atmosfera yang belum mencapai peringkat tepu. Tenaga haba yang cukup diperlukan untuk sejatan di mana haba akan memanaskan air dipermukaan sungai, tasik, kolam, dan juga laut. Tenaga haba yang cukup akan menyebabkan molekul- molekul air bartukar kepada wap air .



ii.            sejatpeluhan.
Wap-wap air juga dibebaskan ke atmosfera melalui proses perpeluhan.Ia berlaku melalui liang-liang stoma daun di mana tekanan-tekanan wap pada permukaan sel-sel daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara pada atmosfera terutamanya pada waktu siang yang panas. Kombinasi antara sejatan dari lembapan tanah dengan perpeluhan dinamakan sebagai sejat peluhan.

iii.          kerpasan.
kerpasan ialah hujan, hujan batu dan embun. Ia berlaku apabila bintik-bintik air atau ais di atmosfera turun ke bumi. Terdapat tiga jenis hujan utama contohnya hujan perolakan, hujan bukit dan hujan perenggan. Hujan perolakan berlaku apabila titisan air yang turun dari jisim udara yang sudah tepu dengan wap-wap air (turun dari awan kumulonimbus).

iv.         aliran batang.
Air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok dikenali sebagai aliran batang.

v.           resapan/susupan.
Proses dimana air hujan menyusup menerusi liang-liang pori tanah secara menegak. Kadar susupan bergantung kepada peratus liang pori yang ada sesuatu jenis tanah. Contohnya tanah pasir alami kadar susupan yang tinggi berbanding dengan tanah liat.

vi.         proses pemeluwapan.
Proses penukaran wap air kepada air (titisan air/hujan). Proses berlaku akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera (semakin tinggi suhu, suhu semakin rendah) penyejukan adiabatik. Apabila suhu di dalam jisim udara mencapai takat embun (0^celcius) akan menyebabkan wap air bertukar kepada cecair (hujan).






Pengaruh sejatan dan sejatpeluhan terhadap kandungan air di atmosfera (kelembapan).
Kelembapan merujuk kepada jumlah air yang terkandung di dalam atmosfera pada satu masa tertentu. Proses penyejatan dari permukaan air tanah, tanah-tanih dan sejat peluhan dari tumbuhan adalah penting terhadap kandungan air di atmosfera. Ia akan memastikan lebih kurang 5% daripada jumlah isipadu atmosfera dipenuhi oleh kelembapan. Proses sejatan dan sejat peluhan akam memastikan kelembapan atmosfera atau kandungan air dunia sentiasa dalam keadaan keseimbangan. Air dalam pelbagai bentuk sama ada wap air, air hujan, air tanih, larian permukaan atau air lautan adalah sama pada setiap masa.

i)             maksud sejatan:
Proses penukaran cecair kepada wap air/ penukaran air kepada gas.

ii)           maksud sejat peluhan:
Proses pembebasan wap air oleh tumbuhan melalui liang stoma daun dan batang.

KEBERKESANAN KERPASAN

Konsep keberkesanan kerpasan/ kerpasan efektif.

Keberkesanan kerpasan merujuk kepada jumlah hujan yang diserap/disusupkan oleh tanah-tanih yang terdapat digunakan oleh tumbuh-tumbuhan atau tanaman bagi tujuan pembesarannya.

Faktor-faktor yang menentukan keberkesanan kerpasan.

i.              intensiti hujan (kelebatan curahan hujan mengikut masa).
Bagi hujan yang renyai dan sedikit jumlahnya menyebabkan tanah tidak dapat menyerap air dengan banyak.Oleh itu keberkesanan kerpasan adalah rendah dan tidak mencukupi untuk tumbuseran tumbuh-tumbuhan dan tanaman (kawasan gurun). Manakala kawasan yang mengalami turunan hujan lebat dan banyak akan mempengaruhi tanah menjadi cukup basah dan nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi (kawasan khatulistiwa).

ii.            tempoh musim hujan.
Tempoh curahan hujan atau bilangan hari hujan adalah tidak sekata sepanjang tahun.Pada musim hujan/ tengkujuh, bilangan hari hujan dalam sebulan adalah lebih lama dan lebat curahannya berbanding dengan musim kemarau/ musim kering.Oleh itu dalam tempoh musim hujan/ tengkujuh, nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi dan tumbuh-tumbuhan serta tanaman dapat membesar dengan sempurna.Hal ini dapat dibuktikan di kawasan yang mengalami iklim monsun tropika yang mempunyai satu musim hujan dan satu musim kering yang nyata setiap tahun.Di kawasan khatulistiwapula mempunyai nilai keberkesanan kerpasan yang tinggi kerana hujan lebat sepanjang tahun.

iii.          kecerunan permukaan bumi.
Di kawasan cerun curam, nilai keberkesan adalah rendah kerana air hujan lebih banyak mengalir di permukaan dengan laju dan tidak sempat meresap ke dalam tanah.Di kawasan cerun landau atau di kawasan permukaan bumi yang hampir rata, halaju larian air di permukaan adalah perlahan.Ini memberi peluang dan ruang kepada setiap titisan hujan untuk meresap masukke dalam tanah.Oleh itu nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi.

iv.         ciri-ciri geologi sesuatu kawasan.
Nilai keberkesanan kerpasan berbeza bergantung kepada ciri-ciri geologi yang mendasari sesuatu kawasan.Batuan yang poros seperti batu kapur dan pasir (kuartza) walaupun banyak meresapkan air tetapi nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah.Ini disebabkan air tidak boleh tersimpan lama dalam tanah tersebut untuk digunakan oleh tumbuhan dan tanaman, sebaliknya air terus meresap ke dalam tanah dan membentuk aliran air bawah tanah. Di kawasan yang mempunyai geologi yang keras dan tidak poros juga mempunyai nilai keberkesanan kerpasan yang rendah kerana sifatnya tidak membenarkan air meresap masuk ke dalam liang porenya. Nilai keberkesanan kerpasan yang tinggi adalah di kawasan geologi yang mampu membenarkan air meresapinya dan menyimpan air tersebut seperti di kawasan tanah laterit daripadabatuan rioht, kawasan tanah alluvium dan tanah lava bes.

v.           tumbuh-tumbuhan litupan.
Di kawasan hutan yang berkanopi seperti khatulistiwa, titisan air hujan akan turun perlahan akibat proses cegatan silara tumbuh-tumbuhan berkenaan. Titisan air hujan dengan perlahan ini mempunyai peluang dan masa yang banyak untuk meresap masuk ke dalam tanah dan nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi.Berbeza dengan kawasan gondol atau kawasan litupan tumbuhanyang kecil, dimana larian air permukaan adalah lebih tinggi.Keadaan ini menyebabkan nilai keberkesanan kerpasan rendah kerana sedikit sahaja air yang dapat digunakan untuk tumbesaran tumbuhan dan tanaman.

vi.suhu.
suhu yang tinggi amat mempengaruhi kadar sejatan permukaan. Di kawasan suhu tinggi/ paras (kawasan gurun), nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah kerana kadar sejatan permukaan yang begitu tinggi tidak memberi peluang untuk air meresap masuk ke dalam tanah dengan baik walaupun hujan yang turun sekali-sekala adalah lebat. Di kawan suhu rendah nilai keberkesanan kerpasan juga rendah kerana semua kerpasan yang turun berbentuk salji dan membeku di permukaan. Keberkesanan kerpasan yang tinggi berlaku di kawasan khatulistiwa (min suhu 27 ^C) kerana menerima hujan sepanjang tahun


4.3 EDARAN AIR TANIH

Konsep edaran air tanih.

Edaran air merujuk kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran, sub-permukaan, susupan (infiltrasi) dan pergerakan secara mendatar dalam sistem akuifer/ edaran air bawah tanah. Semua pergerakan ini dalam bentuk cecair.

Proses-proses dalam edaran air tanih.

i.              larian air permukaan.
Air hujan yang turun sebahagiannya akan meresap ke dalam tanahdan selepas daya resapan dipenuhi, air hujan yang lain akan mengalir di atas permukaan bumi atau cerun. Ia boleh terbentuk apabila kelebatan hujan melebihi kadar resapan tanah.

ii.            resapan/ infiltrasi/ susupan.
Pergerakan air hujan yang berlaku secara menegak iaitu liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara yang ada dalam tanah. Tanah pasir mempunyai kadar ketelusan yang tinggi kerana liang pori batuannya besar dan banyak. Proses ini membekalkan air tanih.

iii)         aliran air bawah tanah.
Air mengalir secara perlahan melalui liang dalam batuan di permukaan. Ia mengalir kerana terdapat perbezaan tekanan dan kecerunan. Air dari bahagian atas zon tepu mengalir menuruni cerun aras mata air dan akan sampaike lurah dan meresap keluar ke sungai, tasik atau paya.

iv)         simpanan air tanih.
Simpanan air tanih adalah yang terkumpul di zon tepu dan zon tidak tepu. Air tanih di zon tepu ialah air yang wujud di dalam semua rongga pori tanih yang terletak di bawah lapisan tanih yang mana menyumbang kepada air perigi dan mata air. Manakala air yang tersimpan dizon pengudaraan iaitu zon tidak tepu terletak berhampir dipermukaan bumi. Air tanih ini tersimpan dalam tanih dan dipengaruhi oleh tegangan,dan air tanih ini menentukan nilai kelembapan tanih.

v)           keporosan dan ketelapan.
Sifat sesuatu batuan yang mempunyai liang atau ruang antara batuan yang boleh ditakungi oleh air bawah tanah. Keporosan sesuatu tanah dipengaruhi oelh struktur susunan partikel tanah, komposisi saiz partikel tanah, kandungan air di dalam tanah, ciri-ciri batuan dan litupan tumbuh-tumbuhan.Sifat keporosan dan ketelapan merupakan ciri penting dalam menentukan kemampuan batu batan menakung dan memindahkan air.

vi)         akuifer.

Akuifer ialah tempat batuan untuk menakung air. Air akan meresap perlahan-lahan ke bawah tanah melalui liang-liang batuan dan resapan akan terhenti apabila telah sampai ke batuan tidak telap air. Akuifer juga merupakan tempat simpanan air bawah tanah dan juga nadi untuk pergerakan air bawah tanah. Ia juga sebagai pengawal aliran semulajadi iaitu meresap air semasa hujan lebat untuk mengurangkan kadar aliran air tanah yang terlalu cepat dan membekalkan air kepada alur sungai pada masa kekurangan  air hujan atau musim kering.



KEPENTINGAN SUMBER AIR KE ATAS AKTIVITI MANUSIA.

i.              Kegunaan domestik
Air dapat digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan harian seperti minuman, mencuci dan keperluan-keperluan lain. Sumber air yang utama adalah dari sungai-sungai, contohnya Sungai Muda di Kedah, Sungai Pahang di Pahang dan lain-lain.

ii.            Pertanian
Sektor pertanian merupakan sektor yang paling banyak bergantung kepada sumber air. Empangan di bina untuk membekalkan dan mengawal input output air kepada kawasan tanaman khususnya padi sawah. Ia dilaksanakan melalui projek-projek perairan untuk pertanian khususnya untuk tanaman padi sawah. Contohnya pengairan telah membantu meluaskan penanaman padi di Malaysia seperti rancangan pengairan Muda di Kedah, Kemubu di Kelantan.

iii.          Perindustrian
Sumber air penting dalam industri makanan, pakaian, besi dan keluli. Air digunakan dalam pelbagai cara terutamanya sebagai pencuci dan membersih produk-produk atau hasil perindustrian. Sektor perkilangan juga memerlukan bekalan air bersih yang berterusan contohnya dalam industri pemprosesan kertas dan  petrokimia.

iv.         Sistem Pengangkutan Air
Sungai, selat, terusan digunakan untuk mengangkut barangan dan penduduk khususnya di kawasan pedalaman. Sungai sebagai sistem pengangkutan air yang murah dan mudah, tidak memerlukan kos yang tinggi. Juga sebagai pengangkutan utama di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi jalan darat. Contohnya Sungai Rajang di Sarawak dan  Sungai Kinabatangan di Sabah. 

v.           Rekreasi, Eko Pelancongan dan Sukan Air
Sumber air dapat menambahkan keindahan tempat-tempat rekreasi dan tarikan pelancong seperti tasik dan air terjun. Contohnya, air terjun kota Tinggi di Johor. Pembinaan chalet-chalet terapung, resort dan rumah rehat, pusat sukan air seperti aktiviti berkayak, berkelah dapat dijalankan di kawasan jeram dan air terjun.   


4.4IMBANGAN AIR

Konsep imbangan air.

Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera.  Jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan seperti hujan, embun dan salji adalah sama banyaknya dengan yang akan dibebaskan semula ke atmosfera menerusi proses sejatapeluhan, sejatan akan mengalami larian permukaan dan juga yang disimpan di dalam tanah sebagai storan.

Formulanya ialah: (P=ET + dST + S)
P     = Jumlah air yang diterima daripada kerpasan.
ET   =Jumlah air yang hilang melalui proses sejata peluhan.
dST =Air yang diterima atau hilang dari lapisan-lapisan tanah.
S      = Air yang berlebihan atau storan (simpanan air)


Konsep lebihan air.

Lebihan air merupakan imbangan air positif yang bermaksud jumlah kerpasan melebihi sejatan.Apabila jumlah kerpasan terutama hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera dalam tempoh yang panjang, ia boleh menyebabkan fenomena banjir.

Konsep kurangan air.

Kurangan air atau imbangan air air negatif ditakrifkan sebagai kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh tertentu. Dalam hal ini, kadar sejatan yang melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan. Kesan daripada imbangan air negatif yang dialamioleh sesebuah kawasan itu ialah berlakunya fenomena kemarau.



VARIASI IMBANGAN AIR MENGIKUT RUANG DAN MASA.

Keterangan  :
Jumlah kerpasan dari lautan dan daratan (P)=(et) jumlah sejatan dari lautan dan daratan, iaitu seluruh sejatan ke lapisan atmosfera sepatutnya mesti turun semula sebagai kerpasan ke pemukaan bumi. Sejatan dari lautan adalah sebanyak 84%, tetapi yang menurun sebagai kerpasan di lautan ialah sebanyak 77%.Berlaku kehilangan kerpasan sebanyak 7%.Sementara di daratan, sejat peluhan ialah sebanyak 16%, tetapi kerpasan sebanyak 23%, iaitu lebihan kerpasan sebanyak 7%.Kehilangan 7% kerpasan di lautan telah ditiup ke daratan sebagai awan.Apabila sampai di daratan, awan ini menurun sebagai kerpasan lalu menyebabkan terdapatnya lebihan 7% kerpasan di daratan.Lebihan 7% kerpasan di daratan ini disalirkan sebagai air larian di permukaan daratan. Formula imbangan air akan menjadi seimbang, iaitu jumlah kerpasan dari lautan dan daratan (??% air larian) = jumlah sejatan dari lautan dan daratan (-7% wap air yang ditiup ke daratan). Oleh itu, elemen (4r) boleh diketepikan kerana tujuh peratus air larian di permukaan tanah datang dari kehilangan tujuh peratus kerpasan di lautan.

Oleh itu, p=et, iaitu jumlah kerpasan di daratan dan di lautan bersamaan dengan jumlah sejatan (termasuk sejat peluhan) dari lautan daratan.
77% + 23% (+7%) = 84% + 16% (-7%), iaitu 100% = 100%
Faktor-faktor mempengaruhi variasi imbangan air.
i.              topografi dan aspek.
Cerun-cerun di kawasan tanah tinggi dan banjaran gunung yang menghadap angin akan mendapat lebih banyak hujan daripada kawasan lindungan hujan. Contohnya di kawasan pantai barat Banjaran Rocky mendapat lebih banyak hujan daripada kawasan lindungan di timur.Oleh itu di bahagian timur terdapat kawasan Prairie yang lebih kering.

ii.            hujan.
Hujan yang lebat boleh membekalkan air yang berlebihan sehingga tidak dapat ditampung oleh sistem saliran di permukaan bumi.Kesannya boleh meningkatkan air di permukaan bumi sehingga berlaku banjir. Manakala pengurangan imput hujan pula boleh mempengaruhi kepasiti storan air tanih dan menyebabkan sungai yang mengalir tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi.

iii.          tumbuhan.
Litupan tumbuhan tebal seperti hutan hujan khatulistiwa membantu kadar susupan yang tinggi dan meningkatkan jumlah air dalam tanah kerana titisan air hujan cenderung untuk meresap masuk ke dalam tanih daripada mengalir di permukaan. Tumbuhan juga boleh meningkatkan kehilangan air melalui proses sejat peluhan dan menjamin kelembapan udara, seterusnya membentuk awan yang boleh menurunkan hujan. Kekurangan tumbuhan menyebabkan persekitaran menjadi kering, sejatan meningkat maka hujan akan berkurangan, kurangan air akan berlaku.

iv.         ketelapan tanih dan ciri batuan.
Tanah yang berstrukturlonggar dan bertekstur kasar seperti batu pasir dan kerikil lebih cepat kehilangan air berbanding tanah berstruktur padat dan bertekstur halus seperti tanah liat yang menggalakkan air bertakung dan menyebabkan lebihan air.

v.           kehadiran badan air.
Kewujudan sumber-sumber air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan lain-lain boleh menjadi pembekal utama kepada sistem akuifer dan membantu meningkatkan sejatan dan kerpasan, seterusnya mempengaruhi imbangan air.

vi.         tindakan manusia.
Pembangunan yang pesat yang melibatkan penyahutanan untuk pembinaan petempatan, perindustrian dan lain-lain akan menyebabkan kurangan air. Kekurangan hutan menyebabkan kurangnya simpanan air tanih untuk dibekalkan secara tetap kepada sungai. Pembandaran yang pesat menyebabkan permukaan bumi diturap, kadar susupan air berkurangan menyebabkan simpanan air tanih berkurangan. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat mudah berlaku apabila berlaku hujan.


Rumusan proses-proses yang melibatkan dalam sistem hidrologi.

Proses kitaran hidrologi

i.  proses mendatar
·        Larian air permukaan
·        Aliran air  bawah tanah
·        Alir lintang atmosfera


ii.   proses menegak
·        Sejatan
·        Sejatpeluhan
·        Kerpasan
·        Aliran batang
·        Resapan


4.5 KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA

Gangguan imbangan air.
Gangguan terhadap kitar air boleh menyebabkan berlakunya tidak ketidakseimbangan air sama ada ketidakseimbangan positif (air berlebihan seperti banjir) atau ketidakseimbangan negatif (berkurangan seperti kemarau).

a.     kejadian kemarau.
Kemarau di definasikan sebagai keadaan jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh yang lama atau panjang. Kemara juga mewujudkan keadaan imbangan air negatif iaitu  kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam yempoh tertentu. Dalam hal ini kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan. Keadaan cuaca semasa kemarau ialah panas, udara kering(% kelembapan udara rendah), hujan berkurangan atau tiada langsung.

b.     kejadian banjir
Dalam tempoh yang panjang apabila jumlah kerpasan terutama hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera, maka ia boleh menyebabkan fenomena banjir yang boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan limpahan air atau kenaikan paras air sehingga melebihi daya tampung sesebuah saluran seperti sungai, tasik dan laut lalu mengalir limpah ke kawasan sekitar khususnya di kawasan tanah rendah. Limpahan air ini berlaku dalam tempoh tertentu dan bersifat sementara.

c.      banjir monsun/musiman
Banjir musiman ialah limpahan air secara besar-besaran dan kompleks yang berlaku secara meluas pada musim-musim tertentu dalam jangka masa yang lama akibat curahan hujan lebat yang berpanjangan.Hujan tahunan atau musiman yang lebat dalam masa yang lebih panjang mengakibatkan kejadian banjir yang lebih meluas, boleh meliputi seluruh legehnya.Hujan maksimum yang berlaku dalam musim-musim/bulan-bulan tertentu dalam tempoh setahun boleh menyebabkan banjir musiman.Di kawasa Asia Monsun, kejadian banjir boleh dipengaruhi oleh ketibaan hujan yang sangat lebat dalam musim-musim tiupan angin monsun Timur Laut dan Barat Daya.Tiupan angin monsun Timur Laut merentasi Laut China Selatan mengumpulkan banyak kelembapan dan membawa hujan yang sangat lebat.
d.     banjir kilat
Satu fenomena banjir berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam sahaja. Akibat daripada curahan hujan yang lebat walaupun jangka masanya singkat tetapi ia mampu menghasilkan aliran permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat juga. Aliran permukaan yang banyak ini tidak dapat menyusup ke dalam tanih yang mana liang porinya telah tertutup dengan bitumen/tar/aspek lalu mengalir limpah sebagai air larian permukaan. Banjir jenis ini banyak berlaku di bandar-bandar besar.


GANGGUAN IMBANGAN AIR TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

i.              pertanian
Imbangan air positif (banjir) boleh mengganggu aktiviti pertanian iaitu boleh merosakkan tanaman contohnya penenggelaman kawasan sawah padi yang merosakkan pokok-pokok padi.Contohnya sawah padi di Kelantan pada musim tengkujuh. Manakala imbangan air negatif (kemarau) boleh menyebabkan bekalan air berkurangan, jumlah air sungai, tasik dan empangan akan berkurangan. Hal ini menyebabkan tanaman yang bergantung kepada sumber air akan mati dan menjejaskan pendapatan petani.

ii.            perikanan
Semasa lebihan air (banjir) kolam-kolam akan ditenggelami air, sungai-sungai akan melimpahi tebing yang bolah menyebabkan ikan-ikan ternak bebas ke luar. Arus-arus sungai yang deras boleh memusnahkan sangkar-sangkar ikan yang dibina. Kekurangan air (kemarau) boleh menyebabkan sungai, tasik, dan kolam-kolam ternakan kekeringan air. Benih-benih ikan akan mati. Ini akan menjejaskan perternakan ikan dan udang samada di kolam atau  sangkar dalam sungai.   

iii.          pembalakan
Lebihan air (banjir) boleh menggangu aktiviti pembalakan jalan-jalan raya terputus, pengangkutan kayu balak dan pemasarannya akan terganggu. Kekurangan air (kemarau) boleh mengakibatkan berlaku kebakaran hutan yang boleh menjejaskan aktiviti pembalakan dan mengurangkan sumber hasil kayu balak.

iv.         penternakan
Lebihan air (banjir) boleh menganggu aktiviti penternakan dimana kawasan ragutan ternakan dan kandang ternakan ditenggelami air.Semasa banjir penternak sukar untuk memindahkan ternakan. Keadaan ini boleh menyebabkan ternakan akan mati dan kerugian kepada penternak. Kekurangan air (kemarau) boleh menyebabkan kekurangan kawasan ragut rumput untuk ternakan lembu kambing. 



Penyesuaian manusia terhadap kurangan air dan lebihan air.

Kurangan air/kemarau.

i.              pengunaan air bawah tanah.
Memajukan sumber air, contohnya kekurangan sumber air boleh diatasidengan penggunaan air bawah tanah dengan cara menggerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalirkan ke logi pembersihan (perawatan) sebelum diagihkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan.

ii.            pembenihan awan.
Pembenihan awan boleh dilakukan bagi menurunkan hujan tiruan di kawasan tadahan.Larutan garam (silver iodide) disemburkan ke atas awan kumulunimbus.Larutan garam berfungsi sebagai ‘nukleus kondesasi’ untuk menarik wap-wap air di dalam awan terkumpul dan bercantum ke arahnya. Pembesaran bintik-bintik air akan berlaku dan mencapai tahap tepuyang menyebabkan hujan akan turun.

iii.          membina laluan air/terowong air.
Pembinaan laluan air adalah untuk memindahkan air antara lembangan.Contohnya pembinaan terowong menghubungkan Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah iaitu Terowong Saiong. Air dari Empangan Muda yang banyak dapat mengalir ke Empangan Pedu apabila mencapai paras tertentu. Hal ini dapat menambahkan bekalan air kepada penduduk.

iv.         pengunaan air tasik, kolam.
Bagi menambahkan sumber air, tasik tinggalan perlombongan bijih timah akan dipam, dirawat, disalirkan dengan menggunakan alat ULTRA SOURCE. Projek ini dapat menampung keperluan air kepada penduduk contohnya di Lembah Klang.


Lebihan air / banjir.

i.              membina empangan besar.
Empangan besar dibina bagi menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebat. Di samping mengawalbanjir ia dapat menyimpan air dan membekalkan air untuk penduduk.

ii.            mendalam dan meluruskan sungai.
Kerja-kerja mendalamkan dan meluruskan alur-alur sungai boleh menyebabkan sungai dapat mengalir dengan mudah dan tepat ke laut.Keadaan ini dapat mengurangkan kejadian banjir.

iii.          membina benteng/tetambak.
Benteng dibina sepanjang sungai terutama di kawasan yang rendah bagi mengawal air melimpahi tebing dan menyebabkan banjir.

iv.         tindakan undang-undang.
Kawalan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air bagi mengekalkan storan air.Aktiviti pembalakan haram harus dikenakan, tindakan undang-undang bagi memastikan kawasan hutan tidak diceroboh dan mengurangkan larian air permukaan yang mengakibatkan banjir.


BANJIR KILAT

Konsep banjir kilat

Satu fenemona banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam. Akibat daripada curahan hujan yang lebat walaupun jangka masanya singkat tetapi ia mampu menghasilkan aliran permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat juga. Aliran permukaan yang banyak ini tidak dapat menyusup masuk ke dalam tanih yang mana liang porenya telah ditutup dengan bitumen/ tar/ aspalt lalu mengalir limpah sebagai air larian permukaan. Oleh sebab itu, banjir jenis ini banyak berlaku di Bandar-bandar besar.

Faktor-faktor yang mempengaruhi banjir kilat.

i)             litupan permukaan tidak telap air.
Litupan permukaan tidak telap air seperti bitumen/ tar/ aspalt menyebabkan liang pori permukaan tanih ditutup. Permukaan tidak telap air menghalang penyusupan air ke dalam tanih.Keadaan ini menyebabkan larian air berlaku di permukaan dan peningkatan air secara mendadak semasa hujan lebat menggalakkan kejadian banjir kilat.

ii)           sistem peparitan tidak cekap.
Sistem perparitan tidak cekap seperti perparitan yang bersaiz kecil, jumlah sedikit, tersumbat dengan sampah-sarap tidak dapat menampung isipadu air semasa hujan lebat. Isipadu air hujan yang banyak akan melimpah keluar daripada parit dan longkang dan menyebabkan kejadian banjir kilat.

iii)         kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan.
Di kawasan bandar kurang kawasan hijau. Keadaan ini menyebabkan fungsi pokok dalam proses cegatan silara tidak berlaku dan air hujan yang turun menjadi larian air permukaan menggalakkan kejadian banjir kilat.

iv)         kepesatan pembangunan.
Kepesatan pembangunan khususnya di pinggir bandar akan memusnahkan kawasan tadahan yang luas. Pembangunan projek perumahan, pembandaran, tapak perindustrian menyebabkan kawasan tadahan dimusnahkan dan paya ditimbus. Sekiranya hujan lebat akan membanjiri kawasan bandar yang lebih rendah dengan cepat.
v)           sikap manusia yang tidak bertanggunngjawab.
Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah dalam parit, penduduk setinggan membuang sampah ke sungai dalam bandar.Apabila hujan lebat, air sungai cepat melimpah ke kawasan bandar menyebabkan kejadian banjir kilat.

Langkah-langkah mengatasi kejadian banjir.
i.              sistem perparitan yang lebih cekap dan sistematik.
Kerajaan tempatan mengadakan pelan induk sistem perparitan di kawasan baru dibuka.Perancangan bandar yang teliti dimana longkang dan parit dibesarkan, diperdalamkan supaya dapat tampung kuantiti air yang banyak ketika hujan lebat.Sistem perparitan diselenggaraan supaya sentiasa bersih dan tidak tersumbat.

ii.            penghijauan persekitaran kawasan bandar.
Langkah penghijauan kawasan bandar seperti menanam rumput dan pokok sebagai menggalakkan proses cegatan silara. Peranan pokok ini boleh mengurangkan larian air permukaan mengelakkan banjir kilat.

iii.          rizab sungai.
Penetapan rizab sungai iaitu 30 meter daripada sungai tidak boleh diterokai untuk pembangunan.Kawasan rizab sungai dapat menggalakkan penyusupan air sebelum ke dalam sungai. Sebagai langkah untuk memodenkan pengurusan meluruskan dan memperdalamkan sungai pada masa akan datang.

iv.         tindakan undang-undang
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah dalam konteks sisa pepejal ke dalam parit / longkang dan sungai. Diantara tindakan yang dikenakan termasuk didenda, penjara atau kedua-duanya sekali.

v.           kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar
kempen kesedaran melalui media massa (TV, radio, internet) & media cetak (surat khabar, majalah, risalah) dapat menyedarkan masyarakat dan generasi muda kepentingan menjaga kebersihan sungai, parit / longkang melalui projek gotong-royong membersihkan sampah-sarap dalam parit dan sungai. Pendidikan alam sekitar di sekolah melalui mata pelajaran Geografi juga memberi kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan untuk turut sama menjaga kebersihan sungai.




8 ulasan :

  1. assalamualaikum, boleh saya bertanya ? nota-II diatas adakah berdasarkan sukatan ?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. saya copy ya nota cikgu . tq atas panduan

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas nota yang diberikan. Ia sangat membantu. Ini barulah blog yang brguna bagi melahirkan modal insan yang bejaya. Like it!

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas nota yang diberikan. Ia sangat membantu. Ini barulah blog yang brguna bagi melahirkan modal insan yang bejaya. Like it!

    BalasPadam
  6. terima kasih. nota yang sangat membantu. :)

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas nota yang diberikan. Ia sangat membantu. Ini barulah blog yang brguna bagi melahirkan modal insan yang bejaya. Like it!

    BalasPadam