TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI
4.1 FASA AIR
Tiga
fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat:
a.cecair
(air)
b.gas
wap (air air)
c.pepejal
(ais)
Proses
sejatan/perwapanakan menukarkan
cecair kepada wap air (gas).
Pemejalwapan adalah proses menukarkan ais kepada bentuk
wap air.
Pencairan merupakan proses menukarkan ais kepada air.
Air
dalam bentuk wap dapat bertukar kepada keadaan cecair melalui proses pemeluwapan.
Proses
pembekuan akan menukarkan keadaan cecair kepada ais.
Wap
air dapat berubah kepada bentuk ais melalui proses pemejalwapan.
4.2 KITARAN
HIDROLOGI
Proses
Kitaran Hidrologi
Proses
mendatar kitaran hidrologi
i.
larian
air permukaan.
Larian
air permukaan adalah baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi setelah
ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan yang diguna oleh
tumbuhan. Larian air permukaan berlaku setelah semua liang pori tanah tepu
dengan air yang masuk ke dalam tanah. Air hujan tidak dapat lagi diserap
sebaliknya mengalir di permukaan bumi menuju ke sungai, tasik dan seterusnya ke
laut.
ii.
aliran
air bawah tanah.
Air
hujan yang menyerap ke dalam tanah akan disimpan di dalam tanah dalam satu
sistem takungan yang dikenali akuifer. Air yang terdapat dalam takungan ini
akan berfungsi sebagai aliran air bawah tanah menuju ke sungai, tasik, dan
seterusnya ke laut.
iii.
alir
lintang atmosfera
pergerakan
titisan air dari lautan ke daratan atau sebaliknya akibat ditiup oleh angin
yang berpunca daripada perbezaan tekanan udara antara dua kawasan.
Proses
menegak kitaran hidrologi
i.
sejatan.
Proses
penukaran air daripada cecair kepada bentuk wap. Proses sejatan berlaku apabila
tekanan wap di permukaan air lebih tinggi daripada tekanan wap dalam atmosfera
yang belum mencapai peringkat tepu. Tenaga haba yang cukup diperlukan untuk
sejatan di mana haba akan memanaskan air dipermukaan sungai, tasik, kolam, dan
juga laut. Tenaga haba yang cukup akan menyebabkan molekul- molekul air
bartukar kepada wap air .
ii.
sejatpeluhan.
Wap-wap air juga dibebaskan ke atmosfera
melalui proses perpeluhan.Ia berlaku melalui liang-liang stoma daun di mana
tekanan-tekanan wap pada permukaan sel-sel daun lebih tinggi berbanding dengan
tekanan udara pada atmosfera terutamanya pada waktu siang yang panas. Kombinasi
antara sejatan dari lembapan tanah dengan perpeluhan dinamakan sebagai sejat
peluhan.
iii.
kerpasan.
kerpasan ialah hujan, hujan batu dan
embun. Ia berlaku apabila bintik-bintik air atau ais di atmosfera turun ke
bumi. Terdapat tiga jenis hujan utama contohnya hujan perolakan, hujan bukit dan
hujan perenggan. Hujan perolakan berlaku apabila titisan air yang turun dari
jisim udara yang sudah tepu dengan wap-wap air (turun dari awan kumulonimbus).
iv.
aliran batang.
Air hujan yang turun meleleh mengikut
dahan dan batang pokok dikenali sebagai aliran batang.
v.
resapan/susupan.
Proses dimana air hujan menyusup
menerusi liang-liang pori tanah secara menegak. Kadar susupan bergantung kepada
peratus liang pori yang ada sesuatu jenis tanah. Contohnya tanah pasir alami
kadar susupan yang tinggi berbanding dengan tanah liat.
vi.
proses pemeluwapan.
Proses penukaran wap air kepada air (titisan air/hujan). Proses berlaku
akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam
atmosfera (semakin tinggi suhu, suhu semakin rendah) penyejukan adiabatik.
Apabila suhu di dalam jisim udara mencapai takat embun (0^celcius) akan
menyebabkan wap air bertukar kepada cecair (hujan).
Pengaruh
sejatan dan sejatpeluhan terhadap kandungan air di atmosfera (kelembapan).
Kelembapan merujuk kepada jumlah air
yang terkandung di dalam atmosfera pada satu masa tertentu. Proses penyejatan
dari permukaan air tanah, tanah-tanih dan sejat peluhan dari tumbuhan adalah
penting terhadap kandungan air di atmosfera. Ia akan memastikan lebih kurang 5%
daripada jumlah isipadu atmosfera dipenuhi oleh kelembapan. Proses sejatan dan
sejat peluhan akam memastikan kelembapan atmosfera atau kandungan air dunia
sentiasa dalam keadaan keseimbangan. Air dalam pelbagai bentuk sama ada wap
air, air hujan, air tanih, larian permukaan atau air lautan adalah sama pada
setiap masa.
i)
maksud sejatan:
Proses penukaran cecair kepada wap air/
penukaran air kepada gas.
ii)
maksud sejat peluhan:
Proses pembebasan wap air oleh tumbuhan
melalui liang stoma daun dan batang.
KEBERKESANAN
KERPASAN
Konsep
keberkesanan kerpasan/ kerpasan efektif.
Keberkesanan kerpasan merujuk kepada
jumlah hujan yang diserap/disusupkan oleh tanah-tanih yang terdapat digunakan
oleh tumbuh-tumbuhan atau tanaman bagi tujuan pembesarannya.
Faktor-faktor yang menentukan
keberkesanan kerpasan.
i.
intensiti hujan (kelebatan
curahan hujan mengikut masa).
Bagi hujan yang renyai dan sedikit
jumlahnya menyebabkan tanah tidak dapat menyerap air dengan banyak.Oleh itu
keberkesanan kerpasan adalah rendah dan tidak mencukupi untuk tumbuseran
tumbuh-tumbuhan dan tanaman (kawasan gurun). Manakala kawasan yang mengalami
turunan hujan lebat dan banyak akan mempengaruhi tanah menjadi cukup basah dan
nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi (kawasan khatulistiwa).
ii.
tempoh musim hujan.
Tempoh curahan hujan atau bilangan hari
hujan adalah tidak sekata sepanjang tahun.Pada musim hujan/ tengkujuh, bilangan
hari hujan dalam sebulan adalah lebih lama dan lebat curahannya berbanding
dengan musim kemarau/ musim kering.Oleh itu dalam tempoh musim hujan/
tengkujuh, nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi dan tumbuh-tumbuhan serta
tanaman dapat membesar dengan sempurna.Hal ini dapat dibuktikan di kawasan yang
mengalami iklim monsun tropika yang mempunyai satu musim hujan dan satu musim
kering yang nyata setiap tahun.Di kawasan khatulistiwapula mempunyai nilai
keberkesanan kerpasan yang tinggi kerana hujan lebat sepanjang tahun.
iii.
kecerunan permukaan bumi.
Di kawasan cerun curam, nilai keberkesan
adalah rendah kerana air hujan lebih banyak mengalir di permukaan dengan laju
dan tidak sempat meresap ke dalam tanah.Di kawasan cerun landau atau di kawasan
permukaan bumi yang hampir rata, halaju larian air di permukaan adalah
perlahan.Ini memberi peluang dan ruang kepada setiap titisan hujan untuk
meresap masukke dalam tanah.Oleh itu nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi.
iv.
ciri-ciri geologi sesuatu
kawasan.
Nilai keberkesanan kerpasan berbeza
bergantung kepada ciri-ciri geologi yang mendasari sesuatu kawasan.Batuan yang
poros seperti batu kapur dan pasir (kuartza) walaupun banyak meresapkan air
tetapi nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah.Ini disebabkan air tidak boleh
tersimpan lama dalam tanah tersebut untuk digunakan oleh tumbuhan dan tanaman,
sebaliknya air terus meresap ke dalam tanah dan membentuk aliran air bawah
tanah. Di kawasan yang mempunyai geologi yang keras dan tidak poros juga
mempunyai nilai keberkesanan kerpasan yang rendah kerana sifatnya tidak
membenarkan air meresap masuk ke dalam liang porenya. Nilai keberkesanan kerpasan
yang tinggi adalah di kawasan geologi yang mampu membenarkan air meresapinya
dan menyimpan air tersebut seperti di kawasan tanah laterit daripadabatuan
rioht, kawasan tanah alluvium dan tanah lava bes.
v.
tumbuh-tumbuhan litupan.
Di kawasan hutan yang berkanopi seperti
khatulistiwa, titisan air hujan akan turun perlahan akibat proses cegatan
silara tumbuh-tumbuhan berkenaan. Titisan air hujan dengan perlahan ini
mempunyai peluang dan masa yang banyak untuk meresap masuk ke dalam tanah dan
nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi.Berbeza dengan kawasan gondol atau
kawasan litupan tumbuhanyang kecil, dimana larian air permukaan adalah lebih
tinggi.Keadaan ini menyebabkan nilai keberkesanan kerpasan rendah kerana
sedikit sahaja air yang dapat digunakan untuk tumbesaran tumbuhan dan tanaman.
vi.suhu.
suhu yang tinggi amat mempengaruhi kadar
sejatan permukaan. Di kawasan suhu tinggi/ paras (kawasan gurun), nilai
keberkesanan kerpasan adalah rendah kerana kadar sejatan permukaan yang begitu
tinggi tidak memberi peluang untuk air meresap masuk ke dalam tanah dengan baik
walaupun hujan yang turun sekali-sekala adalah lebat. Di kawan suhu rendah
nilai keberkesanan kerpasan juga rendah kerana semua kerpasan yang turun
berbentuk salji dan membeku di permukaan. Keberkesanan kerpasan yang tinggi
berlaku di kawasan khatulistiwa (min suhu 27 ^C) kerana menerima hujan
sepanjang tahun
4.3 EDARAN AIR TANIH
Konsep edaran
air tanih.
Edaran air merujuk kepada semua bentuk
pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran,
sub-permukaan, susupan (infiltrasi) dan pergerakan secara mendatar dalam sistem
akuifer/ edaran air bawah tanah. Semua pergerakan ini dalam bentuk cecair.
Proses-proses
dalam edaran air tanih.
i.
larian air permukaan.
Air hujan yang turun sebahagiannya akan
meresap ke dalam tanahdan selepas daya resapan dipenuhi, air hujan yang lain
akan mengalir di atas permukaan bumi atau cerun. Ia boleh terbentuk apabila kelebatan hujan melebihi kadar resapan
tanah.
ii.
resapan/ infiltrasi/ susupan.
Pergerakan
air hujan yang berlaku secara menegak iaitu liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara yang ada dalam tanah. Tanah pasir
mempunyai kadar ketelusan yang tinggi kerana liang pori batuannya besar dan
banyak. Proses ini membekalkan air tanih.
iii)
aliran air bawah tanah.
Air mengalir secara perlahan melalui
liang dalam batuan di permukaan. Ia mengalir kerana terdapat perbezaan tekanan
dan kecerunan. Air dari bahagian atas zon tepu mengalir menuruni cerun aras
mata air dan akan sampaike lurah dan meresap keluar ke sungai, tasik atau paya.
iv)
simpanan air tanih.
Simpanan air tanih adalah yang terkumpul
di zon tepu dan zon tidak tepu. Air tanih di zon tepu ialah air yang wujud di
dalam semua rongga pori tanih yang terletak di bawah lapisan tanih yang mana menyumbang
kepada air perigi dan mata air. Manakala air yang tersimpan dizon pengudaraan
iaitu zon tidak tepu terletak berhampir dipermukaan bumi. Air tanih ini
tersimpan dalam tanih dan dipengaruhi oleh tegangan,dan air tanih ini
menentukan nilai kelembapan tanih.
v)
keporosan dan ketelapan.
Sifat sesuatu batuan yang mempunyai
liang atau ruang antara batuan yang boleh ditakungi oleh air bawah tanah.
Keporosan sesuatu tanah dipengaruhi oelh struktur susunan partikel tanah,
komposisi saiz partikel tanah, kandungan air di dalam tanah, ciri-ciri batuan
dan litupan tumbuh-tumbuhan.Sifat
keporosan dan ketelapan merupakan ciri penting dalam menentukan kemampuan batu
batan menakung dan memindahkan air.
vi)
akuifer.
Akuifer
ialah tempat batuan untuk menakung air. Air akan meresap
perlahan-lahan ke bawah tanah melalui liang-liang batuan dan resapan akan
terhenti apabila telah sampai ke batuan tidak telap air. Akuifer juga merupakan
tempat simpanan air bawah tanah dan juga nadi untuk pergerakan air bawah tanah.
Ia juga sebagai pengawal aliran semulajadi iaitu meresap air semasa hujan lebat
untuk mengurangkan kadar aliran air tanah yang terlalu cepat dan membekalkan
air kepada alur sungai pada masa kekurangan
air hujan atau musim kering.
KEPENTINGAN SUMBER AIR KE ATAS AKTIVITI MANUSIA.
i.
Kegunaan domestik
Air dapat digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan harian
seperti minuman, mencuci dan keperluan-keperluan lain. Sumber air yang utama
adalah dari sungai-sungai, contohnya Sungai Muda di Kedah, Sungai Pahang di
Pahang dan lain-lain.
ii.
Pertanian
Sektor pertanian merupakan sektor yang
paling banyak bergantung kepada sumber air. Empangan di bina untuk membekalkan dan mengawal input output air
kepada kawasan tanaman khususnya padi sawah. Ia dilaksanakan melalui
projek-projek perairan untuk pertanian khususnya untuk tanaman padi sawah.
Contohnya pengairan telah membantu meluaskan penanaman padi di Malaysia seperti
rancangan pengairan Muda di Kedah, Kemubu di Kelantan.
iii.
Perindustrian
Sumber air penting dalam industri
makanan, pakaian, besi dan keluli. Air digunakan dalam pelbagai cara
terutamanya sebagai pencuci dan
membersih produk-produk atau hasil perindustrian. Sektor perkilangan juga
memerlukan bekalan air bersih yang berterusan contohnya dalam industri pemprosesan
kertas dan petrokimia.
iv.
Sistem Pengangkutan Air
Sungai, selat, terusan digunakan untuk mengangkut barangan dan penduduk
khususnya di kawasan pedalaman. Sungai sebagai sistem pengangkutan air yang
murah dan mudah, tidak memerlukan kos yang tinggi. Juga sebagai pengangkutan
utama di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi jalan darat. Contohnya Sungai
Rajang di Sarawak dan Sungai
Kinabatangan di Sabah.
v.
Rekreasi, Eko Pelancongan dan
Sukan Air
Sumber air dapat menambahkan keindahan
tempat-tempat rekreasi dan tarikan pelancong seperti tasik dan air terjun.
Contohnya, air terjun kota Tinggi di Johor. Pembinaan chalet-chalet terapung,
resort dan rumah rehat, pusat sukan air seperti aktiviti berkayak, berkelah
dapat dijalankan di kawasan jeram dan air terjun.
4.4IMBANGAN
AIR
Konsep
imbangan air.
Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang
diterima dari atmosfera dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera. Jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi
dalam bentuk kerpasan seperti hujan, embun dan salji adalah sama banyaknya
dengan yang akan dibebaskan semula ke atmosfera menerusi proses sejatapeluhan,
sejatan akan mengalami larian permukaan dan juga yang disimpan di dalam tanah
sebagai storan.
Formulanya ialah: (P=ET + dST + S)
P
= Jumlah air yang diterima daripada kerpasan.
ET
=Jumlah air yang hilang melalui proses sejata peluhan.
dST =Air yang diterima atau hilang dari
lapisan-lapisan tanah.
S
= Air yang berlebihan atau storan (simpanan air)
Konsep
lebihan air.
Lebihan air merupakan imbangan air
positif yang bermaksud jumlah kerpasan
melebihi sejatan.Apabila jumlah kerpasan terutama hujan yang turun ke bumi
melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera dalam tempoh yang panjang, ia
boleh menyebabkan fenomena banjir.
Konsep
kurangan air.
Kurangan air atau imbangan air air
negatif ditakrifkan sebagai kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan
dalam tempoh tertentu. Dalam hal ini, kadar sejatan yang melebihi daripada
kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan. Kesan daripada imbangan air
negatif yang dialamioleh sesebuah kawasan itu ialah berlakunya fenomena kemarau.
Faktor-faktor mempengaruhi variasi
imbangan air.
i.
topografi dan aspek.
Cerun-cerun di kawasan tanah tinggi dan
banjaran gunung yang menghadap angin akan mendapat lebih banyak hujan daripada
kawasan lindungan hujan. Contohnya di kawasan pantai barat Banjaran Rocky
mendapat lebih banyak hujan daripada kawasan lindungan di timur.Oleh itu di
bahagian timur terdapat kawasan Prairie yang lebih kering.
ii.
hujan.
Hujan yang lebat boleh membekalkan air
yang berlebihan sehingga tidak dapat ditampung oleh sistem saliran di permukaan
bumi.Kesannya boleh meningkatkan air di permukaan bumi sehingga berlaku banjir.
Manakala pengurangan imput hujan pula boleh mempengaruhi kepasiti storan air
tanih dan menyebabkan sungai yang mengalir tidak mempunyai bekalan air yang
mencukupi.
iii.
tumbuhan.
Litupan tumbuhan tebal seperti hutan
hujan khatulistiwa membantu kadar susupan yang tinggi dan meningkatkan jumlah
air dalam tanah kerana titisan air hujan cenderung untuk meresap masuk ke dalam
tanih daripada mengalir di permukaan. Tumbuhan juga boleh meningkatkan
kehilangan air melalui proses sejat peluhan dan menjamin kelembapan udara,
seterusnya membentuk awan yang boleh menurunkan hujan. Kekurangan tumbuhan
menyebabkan persekitaran menjadi kering, sejatan meningkat maka hujan akan
berkurangan, kurangan air akan berlaku.
iv.
ketelapan tanih dan ciri
batuan.
Tanah yang berstrukturlonggar dan
bertekstur kasar seperti batu pasir dan kerikil lebih cepat kehilangan air
berbanding tanah berstruktur padat dan bertekstur halus seperti tanah liat yang
menggalakkan air bertakung dan menyebabkan lebihan air.
v.
kehadiran badan air.
Kewujudan sumber-sumber air permukaan
seperti sungai, tasik, kolam dan lain-lain boleh menjadi pembekal utama kepada
sistem akuifer dan membantu meningkatkan sejatan dan kerpasan, seterusnya
mempengaruhi imbangan air.
vi.
tindakan manusia.
Pembangunan yang pesat yang melibatkan
penyahutanan untuk pembinaan petempatan, perindustrian dan lain-lain akan
menyebabkan kurangan air. Kekurangan hutan menyebabkan kurangnya simpanan air
tanih untuk dibekalkan secara tetap kepada sungai. Pembandaran yang pesat
menyebabkan permukaan bumi diturap, kadar susupan air berkurangan menyebabkan
simpanan air tanih berkurangan. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat
mudah berlaku apabila berlaku hujan.
4.5 KAITAN
SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA
Gangguan
imbangan air.
Gangguan terhadap kitar air boleh
menyebabkan berlakunya tidak ketidakseimbangan air sama ada ketidakseimbangan
positif (air berlebihan seperti banjir) atau ketidakseimbangan negatif
(berkurangan seperti kemarau).
a.
kejadian kemarau.
Kemarau di definasikan sebagai keadaan jumlah
sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh yang
lama atau panjang. Kemara juga mewujudkan keadaan imbangan air negatif
iaitu kekurangan air yang dialami oleh
sesebuah kawasan dalam yempoh tertentu. Dalam hal ini kadar sejatan melebihi
daripada kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan. Keadaan cuaca semasa
kemarau ialah panas, udara kering(% kelembapan udara rendah), hujan berkurangan
atau tiada langsung.
b.
kejadian banjir
Dalam tempoh yang panjang apabila jumlah
kerpasan terutama hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air
ke atmosfera, maka ia boleh menyebabkan fenomena banjir yang boleh ditakrifkan
sebagai satu keadaan limpahan air atau kenaikan paras air sehingga melebihi
daya tampung sesebuah saluran seperti sungai, tasik dan laut lalu mengalir
limpah ke kawasan sekitar khususnya di kawasan tanah rendah. Limpahan air ini
berlaku dalam tempoh tertentu dan bersifat sementara.
c.
banjir monsun/musiman
Banjir musiman ialah limpahan air secara
besar-besaran dan kompleks yang berlaku secara meluas pada musim-musim tertentu
dalam jangka masa yang lama akibat curahan hujan lebat yang berpanjangan.Hujan
tahunan atau musiman yang lebat dalam masa yang lebih panjang mengakibatkan
kejadian banjir yang lebih meluas, boleh meliputi seluruh legehnya.Hujan
maksimum yang berlaku dalam musim-musim/bulan-bulan tertentu dalam tempoh
setahun boleh menyebabkan banjir musiman.Di kawasa Asia Monsun, kejadian banjir
boleh dipengaruhi oleh ketibaan hujan yang sangat lebat dalam musim-musim
tiupan angin monsun Timur Laut dan Barat Daya.Tiupan angin monsun Timur Laut
merentasi Laut China Selatan mengumpulkan banyak kelembapan dan membawa hujan
yang sangat lebat.
d.
banjir kilat
Satu fenomena banjir berlaku dalam
tempoh yang singkat/beberapa jam sahaja. Akibat daripada curahan hujan yang
lebat walaupun jangka masanya singkat tetapi ia mampu menghasilkan aliran
permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat juga. Aliran permukaan
yang banyak ini tidak dapat menyusup ke dalam tanih yang mana liang porinya
telah tertutup dengan bitumen/tar/aspek lalu mengalir limpah sebagai air larian
permukaan. Banjir jenis ini banyak berlaku di bandar-bandar besar.
GANGGUAN IMBANGAN AIR TERHADAP
AKTIVITI MANUSIA
i.
pertanian
Imbangan air positif (banjir) boleh
mengganggu aktiviti pertanian iaitu boleh merosakkan tanaman contohnya penenggelaman kawasan sawah padi yang merosakkan pokok-pokok padi.Contohnya
sawah padi di Kelantan pada musim tengkujuh. Manakala imbangan air negatif
(kemarau) boleh menyebabkan bekalan air berkurangan, jumlah air sungai, tasik
dan empangan akan berkurangan. Hal ini menyebabkan tanaman yang bergantung
kepada sumber air akan mati dan menjejaskan pendapatan petani.
ii.
perikanan
Semasa lebihan air (banjir) kolam-kolam
akan ditenggelami air, sungai-sungai akan melimpahi tebing yang bolah
menyebabkan ikan-ikan ternak bebas ke luar. Arus-arus sungai yang deras boleh memusnahkan sangkar-sangkar ikan yang
dibina. Kekurangan air (kemarau) boleh menyebabkan sungai, tasik, dan
kolam-kolam ternakan kekeringan air. Benih-benih
ikan akan mati. Ini akan menjejaskan perternakan ikan dan udang samada di
kolam atau sangkar dalam sungai.
iii.
pembalakan
Lebihan air (banjir) boleh menggangu
aktiviti pembalakan jalan-jalan raya terputus, pengangkutan kayu balak dan pemasarannya akan terganggu. Kekurangan
air (kemarau) boleh mengakibatkan berlaku kebakaran
hutan yang boleh menjejaskan aktiviti pembalakan dan mengurangkan sumber
hasil kayu balak.
iv.
penternakan
Lebihan air (banjir) boleh menganggu
aktiviti penternakan dimana kawasan ragutan ternakan dan kandang ternakan ditenggelami air.Semasa banjir penternak sukar
untuk memindahkan ternakan. Keadaan ini boleh menyebabkan ternakan akan mati
dan kerugian kepada penternak. Kekurangan air (kemarau) boleh menyebabkan kekurangan kawasan ragut rumput untuk
ternakan lembu kambing.
Penyesuaian
manusia terhadap kurangan air dan lebihan air.
Kurangan
air/kemarau.
i.
pengunaan air bawah tanah.
Memajukan sumber air, contohnya
kekurangan sumber air boleh diatasidengan penggunaan air bawah tanah dengan
cara menggerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalirkan ke logi pembersihan
(perawatan) sebelum diagihkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan.
ii.
pembenihan awan.
Pembenihan awan boleh dilakukan bagi
menurunkan hujan tiruan di kawasan tadahan.Larutan garam (silver iodide)
disemburkan ke atas awan kumulunimbus.Larutan garam berfungsi sebagai ‘nukleus
kondesasi’ untuk menarik wap-wap air di dalam awan terkumpul dan bercantum ke
arahnya. Pembesaran bintik-bintik air akan berlaku dan mencapai tahap tepuyang
menyebabkan hujan akan turun.
iii.
membina laluan air/terowong
air.
Pembinaan laluan air adalah untuk memindahkan air antara lembangan.Contohnya
pembinaan terowong menghubungkan Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah iaitu
Terowong Saiong. Air dari Empangan Muda yang banyak dapat mengalir ke Empangan
Pedu apabila mencapai paras tertentu. Hal ini dapat menambahkan bekalan air
kepada penduduk.
iv.
pengunaan air tasik, kolam.
Bagi menambahkan sumber air, tasik
tinggalan perlombongan bijih timah akan dipam, dirawat, disalirkan dengan
menggunakan alat ULTRA SOURCE. Projek ini dapat menampung keperluan air kepada
penduduk contohnya di Lembah Klang.
Lebihan air
/ banjir.
i.
membina empangan besar.
Empangan besar dibina bagi menakung dan
menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebat. Di samping
mengawalbanjir ia dapat menyimpan air dan membekalkan air untuk penduduk.
ii.
mendalam dan meluruskan sungai.
Kerja-kerja mendalamkan dan meluruskan
alur-alur sungai boleh menyebabkan
sungai dapat mengalir dengan mudah dan tepat ke laut.Keadaan ini dapat
mengurangkan kejadian banjir.
iii.
membina benteng/tetambak.
Benteng dibina sepanjang sungai terutama
di kawasan yang rendah bagi mengawal air melimpahi tebing dan menyebabkan
banjir.
iv.
tindakan undang-undang.
Kawalan aktiviti pembalakan di kawasan
tadahan air bagi mengekalkan storan air.Aktiviti pembalakan haram harus
dikenakan, tindakan undang-undang bagi memastikan kawasan hutan tidak diceroboh
dan mengurangkan larian air permukaan yang mengakibatkan banjir.
BANJIR
KILAT
Konsep
banjir kilat
Satu fenemona banjir yang berlaku dalam
tempoh yang singkat/beberapa jam. Akibat daripada curahan hujan yang lebat
walaupun jangka masanya singkat tetapi ia mampu menghasilkan aliran permukaan
yang banyak dalam jangka masa yang singkat juga. Aliran permukaan yang banyak
ini tidak dapat menyusup masuk ke dalam tanih yang mana liang porenya telah
ditutup dengan bitumen/ tar/ aspalt lalu mengalir limpah sebagai air larian
permukaan. Oleh sebab itu, banjir jenis ini banyak berlaku di Bandar-bandar
besar.
Faktor-faktor yang mempengaruhi
banjir kilat.
i)
litupan permukaan tidak telap
air.
Litupan permukaan tidak telap air
seperti bitumen/ tar/ aspalt menyebabkan liang pori permukaan tanih ditutup.
Permukaan tidak telap air menghalang penyusupan air ke dalam tanih.Keadaan ini
menyebabkan larian air berlaku di permukaan dan peningkatan air secara mendadak
semasa hujan lebat menggalakkan kejadian banjir kilat.
ii)
sistem peparitan tidak cekap.
Sistem perparitan tidak cekap seperti
perparitan yang bersaiz kecil, jumlah sedikit, tersumbat dengan sampah-sarap
tidak dapat menampung isipadu air semasa hujan lebat. Isipadu air hujan yang
banyak akan melimpah keluar daripada parit dan longkang dan menyebabkan
kejadian banjir kilat.
iii)
kekurangan litupan
tumbuh-tumbuhan.
Di kawasan bandar kurang kawasan hijau.
Keadaan ini menyebabkan fungsi pokok dalam proses cegatan silara tidak berlaku
dan air hujan yang turun menjadi larian air permukaan menggalakkan kejadian
banjir kilat.
iv)
kepesatan pembangunan.
Kepesatan pembangunan khususnya di
pinggir bandar akan memusnahkan kawasan tadahan yang luas. Pembangunan projek
perumahan, pembandaran, tapak perindustrian menyebabkan kawasan tadahan dimusnahkan
dan paya ditimbus. Sekiranya hujan lebat akan membanjiri kawasan bandar yang
lebih rendah dengan cepat.
v)
sikap manusia yang tidak
bertanggunngjawab.
Sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab seperti membuang sampah dalam parit, penduduk setinggan membuang
sampah ke sungai dalam bandar.Apabila hujan lebat, air sungai cepat melimpah ke
kawasan bandar menyebabkan kejadian banjir kilat.
Langkah-langkah
mengatasi kejadian banjir.
i.
sistem perparitan yang lebih
cekap dan sistematik.
Kerajaan tempatan mengadakan pelan induk
sistem perparitan di kawasan baru dibuka.Perancangan bandar yang teliti dimana
longkang dan parit dibesarkan, diperdalamkan supaya dapat tampung kuantiti air
yang banyak ketika hujan lebat.Sistem perparitan diselenggaraan supaya sentiasa
bersih dan tidak tersumbat.
ii.
penghijauan persekitaran
kawasan bandar.
Langkah penghijauan kawasan bandar
seperti menanam rumput dan pokok sebagai menggalakkan proses cegatan silara.
Peranan pokok ini boleh mengurangkan larian air permukaan mengelakkan banjir
kilat.
iii.
rizab sungai.
Penetapan rizab sungai iaitu 30 meter
daripada sungai tidak boleh diterokai untuk pembangunan.Kawasan rizab sungai
dapat menggalakkan penyusupan air sebelum ke dalam sungai. Sebagai langkah
untuk memodenkan pengurusan meluruskan dan memperdalamkan sungai pada masa akan
datang.
iv.
tindakan undang-undang
Tindakan undang-undang akan dikenakan
kepada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah dalam konteks
sisa pepejal ke dalam parit / longkang dan sungai. Diantara tindakan yang
dikenakan termasuk didenda, penjara atau kedua-duanya sekali.
v.
kempen kesedaran dan pendidikan
alam sekitar
kempen kesedaran melalui media massa
(TV, radio, internet) & media cetak (surat khabar, majalah, risalah) dapat
menyedarkan masyarakat dan generasi muda kepentingan menjaga kebersihan sungai,
parit / longkang melalui projek gotong-royong membersihkan sampah-sarap dalam
parit dan sungai. Pendidikan alam sekitar di sekolah melalui mata pelajaran
Geografi juga memberi kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan untuk turut
sama menjaga kebersihan sungai.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan