PERTUMBUHAN
PENDUDUK
Ø
Konsep :
o
Pertumbuhan penduduk biasanya merujuk kepada
satu angka perubahan bilangan penduduk sesebuah negara / tempat pada satu-satu
tahun tertentu.
o
Perubahan ini sama ada pesat, perlahan, statik
ataupun berkurangan.
Ø
Pertumbuhan penduduk diperolehi dengan mengambil
kira tiga perkara;
a.
Kadar Kelahiran Penduduk
b.
Kadar Kematian Penduduk
c.
Migrasi
Ø
Pertumbuhan penduduk boleh dibahagikan kepada 2
jenis :
1.
Pertumbuhan Semulajadi @ Pertumbuhan Penduduk Kasar
(Kadar Kelahiran ditolak dengan Kadar Kematian).
2.
Pertumbuhan Bersih @ Pertumbuhan Penduduk (Pertumbuhan
Semulajadi ditambah dengan Migrasi Bersih).
Ø
Secara umumnya Negara-negara Membangun
mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi. Contohnya, India 2.4 % setahun,
Brazil 3.0 %, Thailand 3.1 % dan Malaysia 2.5 %. Manakala Negara-negara Maju
seperti di Eropah mencatatkan kadar pertumbuhan yang agak rendah iaitu hanya
0.8 % setahun.
Ø
Pertumbuhan penduduk diukur dalam unit peratus @
per 1000 orang.
Contohnya,
Kadar pertumbuhan Malaysia
pada tahun 1990 adalah 2.5 %.
Per 1000 = 25 orang / 1000 (pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000
orang penduduk)
Ø
|
Pertumbuhan
Semulajadi dikira dengan
menggunakan formula berikut:
Ø
|
Pertumbuhan Penduduk pula dikira dengan menggunakan
formula berikut:
Ø
Contoh;
Jumlah Penduduk Malaysia
(1990) = 17 812 000 orang
Bilangan Kelahiran =
534 360 orang
Bilangan Kematian =
89 060 orang
Ø
Cara Pengiraan;
Langkah 1
i.
|
Kadar Kelahiran Kasar = Bilangan Kelahiran
Jumlah Penduduk
|
=
534 360
17 812 000
ii.
|
Kadar Kematian Kasar = Bilangan
Kematian
Jumlah Penduduk
|
|
=
89 060
|
17 812 000
Langkah 2
iii.
|
Peratus Kadar Kelahiran = Kadar Kelahiran
1000
|
|
=
30
1000
iv.
|
Peratus Kadar Kematian = Kadar Kematian
1000
|
|
=
5
1000
Langkah 3
Ø
Peratus Pertumbuhan Penduduk Semulajadi
= peratus kadar kelahiran -
peratus kadar kematian
= 3 %
- 0.5 %
= 2.5 %
o
Oleh itu Kadar Pertumbuhan Semulajadi Malaysia
pada tahun 1990 ialah 2.5 %.
Formula
menghitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk :
r = 1/n Log e (Pn / Po )
x 100
r : kadar pertumbuhan tahunan
n : bilangan tahun
Pn : penduduk tahun semasa
Contoh:
1990 : bilangan penduduk 16 j
2000 : bilangan penduduk 24 j
N
= 2000 – 1990 = 10
r = 1/10
Log e (24/16) x 100
= 0.1
Log e (1.5) x 100
Log e 1.5 = 0.4
= 0.1 x 0.4 x 100
r = 4%
Ø
Kadar Kelahiran
- Konsep :
Jumlah
kelahiran bayi berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi
setiap 1000 orang.
- Faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran :
Peranan
kerajaan, amalan perancangan keluarga, taraf kesihatan, status kerjaya dan umur
berkahwin kaum wanita, taraf hidup dan sosioekonomi penduduk, faktor hayat, kemampuan
ekonomi negara dll.
Ø
Kadar Kematian
- Konsep :
Jumlah
kematian berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi
setiap 1000 orang.
- Faktor yang mempengaruhi kadar kematian :
Peperangan
dan politik yang tidak stabil, bencana alam, penyakit, kebuluran, kemunduran
ekonomi, kekurangan kemudahan kesihatan dan kemudahan asas dll.
Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Penduduk
1.
Taraf Kesihatan;
Ø
prasarana kesihatan yang baik seperti hospital
dan klinik yang mencukupi serta sistem perubatan yang cekap dapat membantu
mengurangkan kadar kematian.
Ø
amalan pemakanan dan cara hidup yang sihat serta
kaedah penyelidikan perubatan juga dapat meningkatkan taraf kesihatan penduduk.
Ø
cth. penemuan ubatan kuining pada tahun 1970an
telah berjaya menyelamatkan berjuta-juta penduduk Asia
dari penyakit malaria.
2.
Amalan Perancang Keluarga;
Ø
suatu kaedah atau teknik moden atau tradisional
bagi mencegah, mengurang atau menjarakkan kelahiran.
Ø
melalui kempen mengurang atau mencegah
kelahiran, kaedah-kaedah seperti penggunaan pil perancang keluarga, kondom,
teknik AUD.
Ø
cth. pada 1979, seramai 900 ribu wanita di dunia
mengamalkan perancangan keluarga untuk mengurangkan saiz keluarga dan masalah
kesihatan.
3.
Peranan / Dasar Kerajaan;
Ø
dasar atau polisi kerajaan boleh mempengaruhi
pertambahan atau pengurangan penduduk melalui langkah menggalak atau menyekat
kelahiran.
Ä Malaysia : Dasar 70 Juta Orang
Penduduk.
1
untuk menambah jumlah penduduknya
1
langkah menggalakkan pertambahan kelahiran
termasuklah memperkenalkan rebat cukai pendapatan, menambah cuti bersalin dan meningkatkan
kemudahan rawatan.
Ä China : Dasar Satu Keluarga Satu Anak
1untuk mengurangkan jumlah penduduknya.
1mengenakan denda sebanyak AS$4000, cukai pendapatan
yang tinggi, tidak memberi taraf kerakyatan, menarik kemudahan pendidikan dan
kesihatan.
4. Umur Berkahwin Kaum Wanita;
Ø
wanita berpendidikan tinggi lebih lambat
berkahwin menyebabkan tempoh melahirkan anak bagi mereka adalah singkat. Ini
kerana kadar kesuburan (fertiliti) wanita akan berkurangan apabila usia
meningkat tua. Mereka juga cenderung memilih saiz keluarga kecil.
Ø
perkahwinan di awal usia 20an sering berlaku di
negara-negara mundur dan membangun seperti Bangladesh ,
Indonesia ,
Filipina dll. Manakala penduduk negara-negara yang lebih maju seperti Britain ,
Amarika Syarikat, Singapura dll. lebih cenderung berkahwinan pada usia lewat
30an.
Ø
cth. Semenanjung Malaysia : jumlah perkahwinan
pada usia 24 tahun menurun sebanyak 50% dari tahun 1931 hingga 1980 menyebabkan
kadar kelahiran juga menurun.
5.
Kestabilan Politik dan Kemampuan Ekonomi Negara;
Ø
negara yang stabil memberi ruang kepada kerajaan
merangka aspek demografi dalam jangkamasa panjang.
Ø
kemampuan ekonomi membolehkan program
pembangunan penduduk dijalankan dan rakyat mampu menjalankan dasar saiz
keluarga besar.
Ø
cth. Malaysia mampu melaksanakan Dasar
70 Juta Orang Penduduk menjelang tahun 2100 kerana kestabilan politik dan
ekonomi negara.
6.
Bencana Alam dan Perperangan;
Ø
bencana alam seperti tsunami, banjir besar,
gempa bumi, letusan gunung berapi dll. mengorbankan banyak jiwa.
Ø
peperangan-peperangan seperti Perang Dunia
Pertama, Perang Iraq ,
Perang Pasifik dll.
Ø
selain itu wabak penyakit dan kebuluran di
kawasan yang mengalami bencana alam juga mengakibatkan kematian.
Ø
cth. kejadian tsunami pada November 2004
mengakibatkan hampir 25 ribu penduduk Acheh terkorban.
7.
Faktor Migrasi;
Ø
kesan migrasi memperlihatkan pertumbuhan bersih
di sesebuah negara sama ada positif ataupun negatif.
Ø
bagi negara yang mengalami imigrasi seperti Malaysia , pertumbuhan adalah positif kerana
kemasukan ramai warga asing seperti Indonesia ,
Bangladesh
dll.
Ø
emigrasi pula mengakibatkan pertumbuhan penduduk
merosot.
Ø
cth. Pahang mengalami migrasi masuk yang tinggi
pada tahun 1970an berikutan pembukaan tanah-tanah rancangan seperti Felda
Jengka, Felda Teriang, Felda Bukit Goh dll.
8.
Kestabilan Politik dan Kemampuan Ekonomi Negara;
Ø
negara yang stabil memberi ruang kepada kerajaan
merangka aspek demografi dalam jangkamasa panjang.
Ø
kemampuan ekonomi membolehkan program
pembangunan penduduk dijalankan dan rakyat mampu menjalankan dasar saiz
keluarga besar.
Ø
cth. Malaysia mampu melaksanakan Dasar
70 Juta Orang Penduduk menjelang tahun 2100 kerana kestabilan politik dan
ekonomi negara.
Kesan Pertumbuhan
Penduduk Kepada Sosioekonomi Negara
Pertumbuhan
penduduk boleh memberi kesan sama ada positif atau negatif ke atas sesebuah negara
bergantung kepada keadaan dan situasi negara berkenaan.
1
Kesan Positif :
1.
Sebagai Sumber Tenaga :
o penduduk
merupakan aset yang amat diperlukan dalam menjana pembangunan ekonomi.
o pada
masa kini Malaysia
amat memerlukan tenaga kerja yang ramai dalam sektor perindustrian, pembinaan,
pertanian dll.
o juga
diperlukan untuk pembangunan sumber seperti mineral, tanah, hutan, perikanan
dll.
2.
Meluaskan Pasaran Domestik :
o membantu
memperluaskan saiz pasaran terutama pasaran domestik (tempatan) bagi barangan
keluaran negara berkenaan.
o cth.
China
mempunyai jumlah penduduk 1.3 bilion
merupakan kuasa pasaran yang paling besar di rantau Asia Pasifik.
Keadaan ini memungkinkannya mendominasi ekonomi rantau Asia
pada abad ke 21.
3.
Menguatkan Pertahanan Negara :
o penduduk
yang ramai dapat diserapkan ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan
negara.
o cth.
Indonesia
yang berpenduduk 250 juta orang mempunyai jumlah angkatan tentera yang terkuat
dalam kalangan negara-negara membangun di rantau ASEAN.
4.
Menggalakkan Proses Urbanisasi (Pembandaran):
o penduduk
yang pesat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kawasan pinggir.
o cth.
pertumbuhan pesat penduduk Kuala
Lumpur menggalakkan penyebaran pembangunan di pinggir
bandar tersebut ke Segambut, Hulu Klang, Kepong dan Puchong.
1
Kesan Negatif :
Pertumbuhan penduduk yang
terlalu pesat boleh mengakibatkan kesan negatif. Contoh negara-negara tersebut
ialah negara China , India , Bangladesh ,
Indonesia
dll.
Pada 1987 jumlah penduduk Indonesia
adalah 178 juta orang. Meningkat kepada 203 juta orang pada tahun 2000 dengan
kadar pertumbuhan 3 % setahun. Kepadatan penduduknya juga tinggi iaitu 106
orang / km².
Antara kesan negatif akibat pertumbuhan penduduk yang pesat ialah :
1.
Kemiskinan dan Kemunduran :
o pertumbuhan
penduduk yang tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi mengakibatkan persaingan
bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad. Keadaan ini mewujudkan masalah
pengangguran dan kemiskinan yang tinggi.
o cth.
fenomena “kemiskinan bandar” akibat pengangguran dan kemiskinan penduduk yang
tinggal di bandar-bandar besar seperti Manila dan Jakarta kesan daripada pertumbuhan penduduk
yang pesat.
o pendapatan
per kapita penduduk Indonesia
adalah rendah iaitu sekitar AS$130.00 sahaja.
2.
Menggalakkan Migrasi Golongan Muda dan Profesional :
o kemiskinan,
pengangguran dan kekurangan sumber mengakibatkan penduduk mula berhijrah ke
kawasan atau negara lain.
o kesannya
negara asal akan kekurangan tenaga kerja yang produktif untuk pembangunan
negara. Kesan ini lebih ketara jika emigrasi ini dilakukan oleh golongan
profesional dan intelektual.
3.
Tekanan Ke Atas Sumber Alam :
o pertumbuhan
penduduk yang pesat menggalakkan penerokaan sumber alam dengan lebih giat
sebagai bahan mentah industri, bahan api, kawasan petempatan dsb.
o cth.
pertumbuhan penduduk yang pesat di China mengakibatkan banyak kawasan
pertanian terpaksa dikorbankan untuk dijadikan kawasan petempatan. Diramalkan
menjelang 2045 China
akan mengalami krisis makanan dan tempat tinggal jika kadar pertumbuhan ini
berterusan.
4.
Pencemaran Alam :
o pertumbuhan
penduduk yang pesat memungkinkan impak negatif ke atas alam sekitar terutamanya
terhadap sumber air, udara dan tanah.
o pencemaran
air : kesan dari pembuangan sampah sarap (sisa domestik) dan sisa industri.
o pencemaran
udara : terhasil dari asap kenderaan dan kilang-kilang industri.
o pencemaran
tanah : akibat pembuangan sampah sarap dan sisa pertanian, bahan kimia dll.
o cth.
pencemaran Sungai Klang dan Sungai Gombak akibat pembuangan sisa industri dan sisa
domestik.
5.
Kesan Sosial :
o penduduk
yang ramai mewujudkan persaingan yang tinggi terutama dari segi pendidikan,
pentempatan, kesihatan dll.
o pendidikan
: jumlah penduduk yang terlalu ramai tidak mampu ditanggung oleh pihak kerajaan
mengakibatkan berlakunya peningkatan kadar buta huruf. Cth. Indonesia kadar buta huruf yang
tinggi iaitu 24.8% - kesan : kurangnya tenaga kerja mahir dan pakar
dalam bidang ekonomi.
o petempatan
: kesesakan dan mewujudkan masalah setinggan terutama di sekitar bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur dan Jakarta .
o kesihatan
: pertambahan sampah sarap dan persekitaran yang kotor terutama di kawasan
setinggan menyukarkan kawalan penyakit seperti denggi dan taun.
o jenayah
: pertambahan kadar kemiskinan dan pengangguran di bandar-bandar mengakibatkan
peningkatan kadar jenayah seperti ragut, samun, pelacuran dll.