KONSEP GLOBALISASI EKONOMI
Globalisasi Ekonomi bermaksud saling
kebergantungan antara negara pada bahan,modal,buruh,pasaran dan teknologi dalam
proses pengeluaran.Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu sama
lain untuk kepentingan tersebut melalui teknologi maklumat.Hubungan ini telah
mewujudkandunia tanpa sempadan,liberalisasi ekonomi dan penghapusan segala sekatan
dan perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.
ASPEK SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN
Saling kebergantungan antara kawasan merujuk
kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi terhadap aspek
berikut:
Pelaburan
Negara yang tidak cukup modal seperti negara
membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal
untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat pelaburan ke
Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi sumber alam spt
minyak,gas,hutan,perindustrian dan bekalan perkhidmatan.Pelaburan ini telah
menyediakan dana modal dan dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi.Peluang
pekerjaan dan taraf hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.
Teknologi
Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan
tenaga pakar menjadi halangan kepada negara membangun untuk maju dalam sektor
ekonomi moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan kepakaran
dari negara maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh penduduk tempatan
negara membangun.Kepakaran ini diguna unyuk membangunkan negara.Contoh
teknologi HITEC,teknologi reka bentuk
dll.
Pengeluaran
Globalisasi
membolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangan dan pembuatan berpindah dari negara maju ke
negara membangun.hal ini berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada
kos buruh yang rendah di negara membangun.Secara tak langsung mereka telah
membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara membangun seperti
Malaysia mengambil peluang ini dalam meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang
pekerjaan yang lebih banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang
menempatkan kilang-kilang elektronik dan elektrik di Malaysia.
1
Pasaran
Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada
kuasa-kuasa pasaran khususnya permintaan dan citarasa pengguna dalam urus niaga
barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran
barangan dan perkhidmatan ke negara lain.Misalnya barangan negara-negara Asia
Tengggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Begitu juga
negara Eropah dan Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling keuntungan
akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.
Bekalan Buruh
Kekurangan buruh sesebuah negara boleh
ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Sebagai contoh Malaysia amat
bergantung kepada buruh-buruh Indonesia
dalam sektor perladangan dan pembinaan.Aliran buruh ini dapat mengembangkan
sektor ekonomi di Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran
wang masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari negara
maju ke negara membangun.
Bahan Mentah & Sumber Tenaga
Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan
mentah dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan sektor
industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara –negara Teluk dan
Asia bagi memperoleh bekalan petroleum, negara Teluk bergantung kepada Malaysia
untuk mendapat minyak kelapa sawit.Malaysia bergantungkepada Thailand untuk
mendapat bekalan beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling
kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.
KESAN GLOBALISASI
Kesan Positif:
Perdagangan
Bebas yang dibawa oleh globalisasi ekonomi memberi
peluang kepada sesebuah negara membangun menyertai perdagangan antara bangsa
tanpa tarif dan kuota.Negara-negara bebas mengimport dan mengeksport barangan
tanpa banyak sekatan.
Perluasan
Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak
negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan
membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki
pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah.Kesan perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.
Pemindahan
Teknologi berlaku dari negara lebih maju seperti
Jepun,Jerman dll ke nagara membangun seperti Malaysia. Rakyat tempatanmenerima
pakai teknologi dari negara maju melalui latihan lanjutan, dalamasa yang sama
ia sedang mencipta teknologinya sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan
(R&D).
2
Aliran
Buruh menjadi semakin mudah dan berleluasa.Ramai
penduduk dari negara membangun yang miskin dan padat penduduk mengalir ke
negara lebih maju yang kurang
penduduk.Kemudahan pengangkutan dan teknologi maklumat membolehkan aliran buruh
berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika
Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
Menggalakkan
Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka
berlumba-lumba menghasilkan barangan dan perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan
di peringkat global.Negara yang berjaya mengurangkan kos pengluaran barangan
akan berjaya dalam persaingan ini.
Peningkatan
Kualiti Produk juga berlaku melalui persaingan supaya
barangannya menang dan mendapat tempat di pasaran global.Barangan berkualiti
dan berharga rendah lebih mendapat tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan
melalui penyelidikan dan pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.
Kesan Negatif ;
Penguasaan
Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC).Syarikat
tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak
berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari
negara membangun.
Ancaman
kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama
negara membangun yang masih mempunyai
kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat
menarik pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan
perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil dan
sederhana penduduk tempatan.
Kesukaran
mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah
membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama negara membagun.
Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju telah
mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara
membangun tidak memerlukannya.
Penghakisan kedaulatan negara terutama
bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan
mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat
multinasional yang berpangkalan di
negara maju.
KERJASAMA SERANTAU
ASEAN
(PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGGARA)
Sebelum ASEAN, Malaysia,Indonesia dan Filipina menubuhkan ASA pada 31
julai 1961.Matlamatnya gagal, maka pada ogos 1963 ditubuhkan Maphilindo.Pakatan
ini juga gagal,maka pada 8 ogos 1967 ASEAN ditubuhkan yang terdiri daripada
Malaysia,Thailand,Indonesia,Filipina dan Singapura. Kini Asean terdiri daripada
10 negara apabila Brunei,Vietnam,Kampucheaa,Laos dan Myanmar menyertainya.
Tujuan penubuhan ASEAN ialah
1.Memajukan ekonomii,sosial dan kebudayaan di
rantau Asia Tenggara.
3
2.Meningkatkan kerjasama antara negara-negara
anggota demi meningkatkan taraf hidup rakyat.
3.Keamanan dan kestabilan politik di Asia
Tenggara.
4.Memberikan kerjasama dalam pelbagai bantuan
latihan dan penyelidikan.
KERJASAMA EKONOMI
Anggota ASEAN bekerjasama dan membantu satu
sama lain untuk memakmurkan ekonomi.jiran yang mewah akan menjadi rakan
perniagaan yang baik dan kurang memberi masalah /konflik.Dengan cara ini negara
ASEAN akan stabil pada peringkat dalaman
dan kurang terdedah kepada tekanan-tekanan luar daripada penentang ASEAN.
ASEAN juga mengadakan dialog dengan
negara-negara maju seperti Australia,New Zealand,Kanada,Jepun,Amerika Syarikat
dan Eropah.
Projek Perindustrian ASEAN diadakan dengan
mengagihkan kilang-kilang di kalangan negara anggota iaitu * projek baja urea ASEAN di Indonesia
*projek baja urea ASEAN di Malaysia
*projek vaksin hipatitis B ASEAN di Thailand
*projek fabrikasi tembaga ASEAN di
Filipina
*projek batuan abu soda ASEAN di Thailand
Sektor perkhidmatan juga menjadi fokus utama
untuk meluaskan tapak pertumbuhan
ekonomi ASEAN.Misalnya kerjasama industri melalui Skim Kerjasama Industri ASEAN
berasaskan rangka perjanjian yang dibuat.Cara ini boleh meyakinkan pelabur
asing.
Dasar ASEAN yang percayakan kepada memakmurkan
jiran boleh membantu antara satu sama lain kerana kemakmuran boleh mewujudkan
rakan perdagangan yang baik.
AFTA ialah salah satu bentuk kerjasama ekonomi
dalam ASEAN yang berasaskan liberalisasi perdagangan.AFTA menjadikan perdagangan
intra ASEAN meningkat dan barangan ASEAN lebih kompetitif di pasaran
antarabangsa.
Perancangan kerjasama ekonomi yang lebih khusus
adalah melalui jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1977 iaitu
Jawatankuasa perdagangan dan pelancongan
(COTT)
Jawatankuasa perindustrian ,tenaga dan galian (COIME)
Jawatankuasa
makanan,pertanian dan perhutanan (COFAF)
Jawatankuasa pengangkutan dan telekomunikasi (COTAC)
Jawatankuasa kewangan dan urusan bank
(COFAB)
4
AFTA
(KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN)
Ditubuhkan pada tahun 1992 melalui deklarasi
Singapura.Ia adalah sebuah pasaran serantau bersepadu apabila hampir kesemua
cukai atau tarif bagi barangan yang diniagkan diturunkan kepada tahap minimum
atau dihapuskan sepenuhnya dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh negara-negara
anggota.AFTA merupakan langkah pertama ke arah pembentukan pasaran bersama.
AFTA ialah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN yang
merupakan satu persetujuan di kalangan negara ASEAN untuk kemudahan memasarkan barangan keluaran
anggota menerusi kadar cukai yang rendah (kurang 5%) atau memansuhkAN LANGSUNG
DUTI import bagi membebaskan kemasukan barangan dari negara anggota ASEAN.
AFTA ialah sebuah pasaran bersepadu apabila
lebih daripada 96% tarif barangan import bagi 6 negara asal anggota ASEAN
(Malaysia,Indonesia,Filipina,Thai,Brunei dan Singapura) diturunkan ke tahap
minimum dan akan dihapuskan sepenuhnya menjelang tahun 2002.
Langkah ini diambil sebagai cara memulihkan
keyakinan perdagangan, disamping mempercepatkan pemulihan ekonomi dan
menggalakkan pertumbuhan ekonomi.4 anggota baru ASEAN pula diberi kelonggaran
melanjutkan penghapusan tarif antara tahun 2006
hingga 2010.
Katogari barangan yang diberi pengurangan
tarif ialah
1.barangan automatif
2.barangan pertanian yang telah diproses dan
beberapa produk pertanian lain
3.barangan yang dianggap sensitif seperti hasil pertanian yang belum diproses contohnya
beras
4.barangan yang berkaitan dengan keselamatan
negara,kehidupan dan kesihatan manusia serta haiwan dan tumbuhan serta barangan
yang mempunyai nilai estetika dari segi seni,sejarah dan arkeologi.
Objektif AFTA ialah membentuk satu pasaran
besar bagi menarik minat pelabur asing melalui penurunn tarif. Ini boleh
dicapai dengan cara mengembangkan perdagangan intra ASEAN yang memungkinkan
pengeluaran secara pengkhususan ekonomi mengikut skala.Objektif ini boleh
dicapai melalui kemasukan pelaburan langsung asing yang tertarik dengan adanya
satu pasaran ASEAN yang besar,bersepadu dan cekap.
Penghapusan sepenuhnya sekatan perdagangan
akan membawa faedah yang besar kepada penduduk di rantau ASEAN.Pengkhususan
bertambah baik keran setiap negara memberi perhatian kepada pengeluaran barangan
dan perkhidmatan mereka yang memberikan kecekapan yang tinggi dan barangan yang
lebih murah.
AFTA menyediakan peluang kepada usahawan atau
pelabur tempatan mempertingkatkan eks[port ke negara anggota Asean lain.
5
APEC
(KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK)
Dianggotai oleh 21 buah negara yang terdiri
daripada Amerika
Syarikat,Autralia,Brunei,Chile,China,Filipina,HongKong,Indonesia,Jepun,Kanada,Malaysia
,Mexico,Thailand,New Zealand,Papua New
Guinea,Peru,Rusia,Korea,Singapura,Taiwan,Vietnam .Ditubuhkan pada tahun 1989.
Merupakan satu kerjasama ekonomi terbesar yang
melibatkan hampir 50% penduduk dunia.
Objektif penubuhan ialah
# mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan
wilayah
#memenafaatkan keuntungan bagi tujuan kebaikan
ekonomi wilayah dan dunia
#membentuk sistem perdagangan pelbagai hala
#mengurangkan halangan dalam perdagangan
barangan,perkhidmatan dan pelaburan
Projek kerjasama yang digubal oleh
jawatankuasa kerja Apec 1991 ialah
@
projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh Jepun,Indonesia
dan Filipina
@projek pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Jepun,Korea
Selatan,Thailand,Indonesia,Kanada dan Malaysia
@projek
perikanan yang diketuai oleh NEW
Zealand,Thailand dan Jepun
@Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat
@projek pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat
Dalam persidangan di Bogor, Indonesia tahun
1994, APEC ingin mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka serta pelaburan di
rantau Asia Pasifik menjelang tahun 2010 bagi negara maju dan 2020 bagi negara
membangun. Ia bukan sahaja mengurangkan kos pengeluaran tetapi juga menurunkan
harga barangan dan perkhidmatan.
SEGITIGA
PERTUMBUHAN (STP)
Merupakan tambahan daripad kerjasama
ASEAN.Terdapat dua STP iaitu IMT dan
IMS.
STP-IMT terdiri daripada 1.Indonesia (Sumatera Utara)
2.Malaysia (Kedah,Perlis,P.Pinang,Perak ,Selangor)
3.Thailand
(Songkhla,Yla,Satu,,Patani,Narathiwat)
6
IMT melibatkan kawasan seluas 200 000 km
persegi.Kwasan ini kaya dengan pelbagai sumberAsli dan mempunyai penduduk
seramaai 21.1 juta orang.Ia bukan sahaja mempunyai pasaran yang besar tetapi
juga mempunyai tenaga buruh yang ramai.
Kerjasama ekonomi ini bertujuan membangunkan
sumber-sumber semulajadi, industri dan infrastruktur secara usaha sama.Ia boleh
memberi pelbagai peluang dalam pelaburab, perdagangan/perniagaan,eksport,perkapalan,pelancongan,perhutanan,pendidikan
dan rawatan kesihatan.
Faedah daripada IMT ialah
1.membolehkan negara-negara ASEAN terlibat
saling melengkapi untuk mewujudkan pengaliran modal,tenaga kerja dan teknologi
yang lebih bebas.
2.menambahkan lagi dorongan untuk meningkatkan
perdagangan intra ASEAN.
3.membesarkan lagi perkembangan ekonomi dan
perkembangan industri yang belum lagi dimajukan sepenuhnya seperti pelancongan dan
pengangkutan laut.
Kerjasam ini telah menggalakkan usahawan di
kalangan rakan kongsi dalam ASEAN.Berdasarkan MOU, pelaburan bernilai RM 10
689 bilion telah ditandatangani
1994-1996, dalam bidang infrastruktur dan kemudahan.
STP-IMS ialah kerjasama tiga hala terdiri daripada Singapura,Johor dan
Riau.Kini kawasannya lebih luas iaitu Pulau Bentan,Pulau Karimun dan selatan
Sumatera di Indonesia.Di Malaysia pula meliputi Batu Pahat, Muar
,Mersing,Gelang Patah dan Melaka.
IMS lebih berjaya berbanding IMT kerana
penglibatan Singapura dalam IMS yang mempunyai kelebihan dari segi
modal,teknologi dan kepakaran.Pealaburan dibawa ke Malaysia dan Indonesia
kerana Singapura kekurangan tanah sebagai tapak dan kos upah buruh yang tinggi.
Konsep STP-IMS baik bagi Malaysia kerana
Malaysia merupakan pengeluar terbesar minyak kelapa sawit memperoleh pasaran
yang lebih di kedua-dua buah negara jiran.Keuntungan juga daripada kemudahan
pelabuhan entreport Singapura yang terbaik di rantau ini. IMS akan dibangunkan
sepenuhnya oleh pihak swasta tetapi dengan sokongan kerajaan masing-masing.
PELABUR Singapura membekalkan infrastruktur
termasuk teknologi,kewangan,pengurusan dan selok belok pemasaran di Riau dan
Johor. Johor dan Riau pula membekalkan tanah dan tenaga kerja yang tidak dapat
dibekalkan oleh Singapura.Contohnya tahun 1990 hingga 1993,syarikat dari
Singapura telah melabur RM 1.5 bilion di Johor dan mewujudkan 37 000 peluang
pekerjaan.Di Riau pula S$500 juta dilaburkan dan peluang pekerjaan sebanyak 32
000.
apa definisi liberalisasi ekonomi?
BalasPadamLiberalisasi ekonomi merupakan suatu euforia yang muncul akibat pengaruh proses globalisasi yang mendorong banyak negara melakukan perdagangan yang bersifat internasional atau lintas negara.
PadamApakah sumbangan globalisasi ekonomi terhadap pembangunan ekonomi Malaysia?
BalasPadam