31 Oktober, 2019

SOALAN PRA STPM SEMESTER 3 2019


Bahagian A : Alam Sekitar Fizikal
[20 markah]

1.      (a)        Apakah yang dimaksudkan dengan rantaian makanan?                                 [2]
Skema permarkahan

Aliran pemindahan tenaga/makan dan dimakan secara sehala(1) dari organisme ke organisme yang lain/pengeluar-pengguna primer-pengguna sekunder -pengguna tertier(1)

(b)        Berdasarkan satu rantaian makanan dalam ekosistem hutan tanah pamah. Jelaskan proses yang berikut:                                                                       
Skema permarkahan                                                                                                           
i)          Pemindahan tenaga
proses makan/dimakan (1) yang melibatkan pengeluar kepada pengguna primer, pengguna sekunder, pengguna tertier. Contoh
(calon mesti sertakan contoh untuk 1m)
ii)         Kehilangan tenaga
haba metabolisme yang terlibat semasa proses perpeluhan melalui proses pergerakan, tumbesaran, pembiakan, pembuangan perkumuhan/ pembuangan najis.(Mesti sertakan contoh untuk 1m)

  (c)      Huraikan dua faktor mempengaruhi persaingan intraspesies dalam sesuatu ekosistem.                                                                                                       [4]
Skema permarkahan

i)                   Persaingan untuk mendapatkan ruang/habitat/tempat tinggal
ii)                 Persaingan mendapatkan makanan
iii)               Persaingan mendapatkan pasangan
iv)               Mendapatkan cahaya matahari
                                                                                               



2.      (a)        Apakah maksud sistem gunaan manusia?                                                       [2]
Skema permarkahan

Sistem gunaan manusia merujuk kepada penggunaan sistem fizikal
(atmosfera,biosfera, litosfera,hidrosfera)(1) untuk keperluan kehidupan manusia.(1)

(b)        Huraikan dua proses geomorfologi yang menpengaruhi aktiviti manusia?    [4]
Skema permarkahan

            i)          Luluhawa – pandang darat karst – pelancongan
            ii)         Hakisan – teluk dan tanjung - pelabuhan
iii)               Pemendapan – delta, dataran banjir, beting pasir – pertanian
iv)               Letusan gunung berapi – pertanian, pelancongan

            (c)        Jelaskan dua kesan  kejadian banjir terhadap sistem gunaan manusia.                                                                                                                                                         [4]
Skema permarkahan
                        i)          Pemendapan – menghasilkan tanah yang subur – pertanian
                        ii)         Pencemaran air – kekurangan air bersih -aktiviti domestik terjejas
iii)       Permukaan terhakis /runtuhan – ketidakstabilan cerun – aktiviti   manusia terjejas
iv)               Kehilangan kesuburan tanih – top soil terhakis - aktiviti pertanian terjejas
v)                  Tumbuhan terjejas – menjejas aktiviti pembalakan, pelancongan








Bahagian B : Alam Sekitar Manusia
[20 markah]
3.  (a)   Jelaskan tiga impak negatif aktiviti perlombongan bauksit terhadap kehidupan
            manusia.                                                                                                                      [6]
Skema Pemarkahan
a1        Penyakit – pencemaran udara – habuk dan debu – paru-paru, asma, penyakit mata
a2        Aktiviti ekonomi terjejas – habuk dan debu- perniagaan gerai makanan
a3        Aktiviti sosial terjejas – habuk dan debu – aktiviti riadah
a4        Meningkatkan kos – habuk dan debu-Mencuci kenderaan, rumah
a5        Kerosakan harta benda – banjir lumpur

     (b)    Cadangkan dua langkah perundangan bagi mengatasi impak negatif tersebut.      [4]
Skema Pemarkahan
b1        Akta – Akta Alam Sekeliling 1974
b2        Penguatkuasaan undang-undang –denda, penjara
b3        Pemantau – JAS, PBT
b4        Laporan Penilaian EIA









4.  (a)    Huraikan fokus pakatan kerjasama yang berikut : 
Skema Pemarkahan
(i)                 Persidangan Stockholm                                                                                  [2]
Persekitaran manusia(1) dan keperluan mewujudkan pembangunan lestari (1)
(ii)              Persidangan Kyoto                                                                                          [2]
Perubahan iklim (1) dan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau/mengurangkan pemanasan global (1)

    (b)   Jelaskan tiga kepentingan kerjasama antarabangsa untuk menangani isu alam sekitar.
                                                                                                                                                [6]
Skema Pemarkahan
b1     Perkongsian teknologi, kepakaran, kewangan dari negara maju ke negara sedang membangun

b2     Meningkatkan kesedaran sejagat pentingnya alam sekitar kepada semua negara anggota

b3     Menjamin sumber global yang ada berterusan untuk generasi akan datang

b4     Sebagai platform untuk menangani isu alam sekitar – pemanasan global merentas sempadan
                                                                                                                                   


FOKUS SEMESTER 1 STPM 2020


FOKUS STPM S1 2020

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)

SISTEM BUMI
1. SISTEM SURIA – KONSEP SISTEM SURIA, BIMA SAKTI, PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA

2. Punca Tenaga dan jenis-jenis tenaga -cara tenaga suria dipindahkan ke bumi

- Jenis-jenis tenaga yang terdapat di dalam sistem bumi

3. TENAGA ENDOGENIK DAN TENAGA EKSOGENIK



SISTEM GEOMORFOLOGI

1. STRUKTUR DAN KANDUNGAN LAPISAN BUMI

2. PROSES ENDOGENIK – LIPATAN DAN GELINCIRAN

3. PROSES-PROSES LULUHAWA KIMIA, FIZIKAL, BIOLOGI

4. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LULUHAWA

5. KESAN LULUHAWA TERHADAP PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI DAN AKTIVITI MANUSIA

6. PROSES HAKISAN SUNGAI

7. JENIS HAKISAN SUNGAI

8. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN SUNGAI

9. BENTUK MUKA BUMI HAKISAN SUNGAI – KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA

10. CARA PENGANGKUTAN SUNGAI

11. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI

12. CARA HAKISAN PANTAI

13. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PANTAI

14. BENTUK MUKA BUMI HAKISAN PANTAI

15. PENGANGKUTAN PINGGIR PANTAI

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
PENDUDUK

1. PERTUMBUHAN PENDUDUK – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

2. PIRAMID PENDUDUK – CIRI DEMOGRAFI DAN SOSIO EKONOMI BERDASARKAN PIRAMID PENDUDUK

3. MAKSUD KONSEP SUMBER ALAM -KOMPONEN SUMBER ALAM

4. DAYA TAMPUNG SUMBER ALAM DAN KESANNYA KEPADA KESEIMBANAGAN EKOSISTEM

TRANSFORMASI DAN PEMBANDARAN

1. PROSES PERUBAHAN DESA – PUSAT PERTUMBUHAN DESA/KESAN KEPADA PENDUDUK DESA

2. KESAN TRANSFORMASI DESA TERHADAP GUNA TANAH

3. BANDAR PRIMAT , METROPOLIS, BANDAR RAYA MEGA/MEGALOPOLIS -KONSEP, FAKTOR, KESAN.

4. POLA PEMBANDARAN –KAWASAN TUMPUAN – PANTAI BARAT, FAKTOR TUMPUAN PROSES PEMBANDARAN.