27 Oktober, 2015

IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA.

TEMA  :  IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA.

Fokus: 1. Kesan Interaksi Manusia terhadap Alam Sekitar.
            2. Pembangunan Lestari dan Pengurusan Alam Sekitar.
       3. Pembangunan Lestari Strategi Khusus dalam menyelesaikan masalah alam  
           Sekitar.


i)          kemerosotan kualiti alam sekitar 
- Hakisan
            - Tanah runtuh
            - Banjir
- Pencemaran air, tanih, udara, bunyi dan bau.

ii)         kemerosotan dan kepupusan sumber
- ancaman kepupusan sumber.
- kehabisan sumber.

KEMEROSOTAN KUALITI ALAM SEKITAR

A.  HAKISAN

-  faktor manusia dan semulajadi.
- berpunca dari aktiviti pembalakan, pertanian pindah dan pembangunan tanah (ladang, Felda, pertanian tradisional ).

B.  TANAH RUNTUH DAN KEGAGALAN CERUN

-  campurtangan manusia melalui aktiviti pembangunan keterlaluan dan tidak terkawal
telah menganggu dan melemahkan struktur batuan dan kestabilan cerun.
- gelongsoran tanah kerana aktiviti perlombongan, kuari, pembinaan bangunan
terutama di tanah tinggi.
-  pertanian di kawasan tanah tinggi -  sayur-sayuran di Cameron Highland
-  pembandaran dan pelancongan.

C.  BANJIR

hujan lebat yang berterusan untuk tempoh masa yang lama.
-  banjir kilat-  tempoh masa yang singkat disebabkan oleh air bertakung dan sukar dialirkan. Punca banjir adalah proses pembangunan dan pembandaran, penebangan pokok dan hutan, sistem infrastruktur yang tidak efisien.



D.  KEMARAU

-  hutan banyak pupus-kurang sejat peluhan-kurang wap air untuk membentuk awan – kurang hujan.

E.  TANAH TANDUS

-  Terdapat bahan kimia/tindakan fizikal seperti hakisan yang menyebabkan tanah hilang kesuburan. 
-  mikroorganisma tanah musnah- pereputan dan penghuraian organik kurang.
-  hakisan membawa humus ke tempat lain – tanah tidak subur untuk pertanian.

F.  PEMANASAN SETEMPAT DAN GLOBAL

-  Pemanasan global =  kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.
-  Pemanasan setempat =  akibat penebangan hutan.
-  di Bandar – bangunan konkrit, bilangan kenderaan, aktiviti perkilangan, kekurangan     tumbuhan hijau.

G.  PENCEMARAN

i)  Air -  apabila air tidak mengikut kriteria berikut:
1.      Bebas biologikal – tulen, bersih, bebas organisma seperti ESCHERICHIA Coli ( taun ).
2.      Bebas kimia organik – racun dan baja ( sisa pertanian), minyak, pewarna.
3.      Bebas kimia bukan organik – sisa kilang- raksa, plumbum.
4.      Mendapan tanih – akibat hakisan.
5.      Tidak berasid- boleh melarut dan tiada tindakbalas kimia.

-           PUNCA pencemaran air:

a)      pembuangan sisa industri.
b)      racun serangga dan baja kimia dalam pertanian,pelancongan ( rumput/baja padang golf )
c)      sisa domestik.
d)     najis haiwan.
e)      penjanaan elektrik – air panas daripada penyejukan generator di buang ke dalam sungai.
f)       tumpahan minyak.

ii) Tanih -  Terdapat bahan kimia/tindakan fizikal seperti hakisan yang menyebabkan tanah hilang subur.
-          Mikroorganisma tanah musnah-pereputan dan penghuraian organik kurang.
-          Hakisan pula membawa humus ke tempat lain – tanah tidak subur untuk pertanian.






PUNCA Pencemaran tanah:

           i.            pembakaran hutan dan ladang – organik teroksida – karbondioksida.
         ii.            sisa toksik kilang – buang / tanam dalam tanah – organisma mati.
       iii.            tempat pelupusan sampah – pelbagai bahan kimia larut –resap dalam tanah.
       iv.            air yang bertakung( paya ) – organisma mati.
         v.            hakisan tanah di kawasan tanah tinggi.

iii)  Udara -   terdapat bahan-bahan pencemar diudara seperti partikel-partikel halus, debu, asap dan gas-gas beracun atau gas rumah hijau.

PUNCA Pencemaran udara:

1.Kenderaan bermotor – asap, gas, hidrokarbon –penyakit manusia.
2. Sisa toksik kilang – gas, asap, partikel terampai – penyakit manusia dan jerebu.
3. CFC dan gas rumah hijau – pendingin hawa, peti sejuk, alat penyembur.
4. kuari – debu.
5. pembakaran terbuka – pelupusan sisa domestik, hutan, jerami padi.
6.kelemahan pengurusan dan penguatkuasaan-  JAS, kerajaan tempatan.

iv)  Bunyi dan Bau

BUNYI = daripada kilang, kawasan pembinaan, kenderaan bermotor, kuari ( letupan).
BAU= ternakan, kawasan pelupusan sampah, kilang k/sawit dan getah.

v)  Pencemaran sampah sarap
-     sisa pepejal domestik dan kilang.

vi)  sisa toksik dan bahan berbahaya.
-          kilang, tumpahan minyak.

KEMEROSOTAN DAN KEPUPUSAN SUMBER
a)  Ancaman kepupusan sumber
-           Flora dan fauna, mineral.

b) Kepelbagaian biologi.
-          Kepelbagaian tumbuhan kepada tanaman sejenis – kepupusan haiwan.

c) Kehabisan sumber.

Menjelaskan aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar:
i)       Penghutanan – pembalakan.
ii)   Perindustrian
iii)  Pengangkutan dan perhubungan
iv)  Pertanian dan penternakan
v)    Perikanan dan akuakultur.
vi)   Pembinaan( petempatan dan infrastruktur )
vii)  Perlombongan dan kuari.
viii) Pelancongan dan rekreasi.

IMPAK SOSIAL

1.      Kesihatan – pencemaran udara dan air. Cth- batuk, asma, taun, cirit-birit
2.      keselamatan – perubahan iklim, kesan rumah hijau – bumi makin panas, ais kutub cair, tanah rendah/pulau tenggelam ( Bangladesh), el-nino ( suhu tinggi )-pertanian terjejas, suhu air laut meningkat- terumbu karang pupus.
3.      kerosakan dan kemusnahan harta benda –banjir
4.      aktiviti ekonomi –pertanian terjejas
5.      aktiviti sosial – kesihatan terganggu.

PENGURUSAN ALAM SEKITAR

1. Pemeliharaan dan pemuliharaan
-      Pemeliharaan- mengekalkan keadaan semulajadi.
-      Pemuliharaan- membaikpulih alam sekitar yang telah rosak.
Langkah perundangan  - Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974(pindaan 1985).
Langkah bukan perundangan         - membangkitkan kesedaran melalui pendidikan dan kempen. (-peranan media massa, - peranan sekolah. )
2. Pembangunan Berterusan ( Lestari )
-Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang.

Lapan prinsip pembangunan Berterusan ( Lestari )
1)             Menjana/menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi.
2)             Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup.
3)             Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber.
4)             Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung.
5)             Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko.
6)             Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan.
7)             Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa.
8)             Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa.

Bentuk Kerjasama Antarabangsa dalam Konteks Pembangunan Berterusan( Lestari )
a.              Persidangan Stockholm – persekitaran manusia.
b.             Persidangan Rio – persekitaran dan pembangunan.
c.              Persidangan Johannesburg – pembangunan berterusan.
d.             Protokol Montreal – CFC dan lapisan ozon.
e.              Protokol Kyoto – gas rumah hijau ( karbon dioksida)
f.              Deklarasi Langkawi – pengurusan alam sekitar dalam kalangan Negara-negara Komenwel.

Kepentingan Kerjasama Antarabangsa:
o      Masalah kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi masalah global.
o      Penjagaan alam sekitar secara global.

o      Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pembangunan berterusan ( lestari )

SALING BERGANTUNG ANTARA SISTEM

Jawapan Tema 6          Saling Kebergantungan Sistem

Soalan 1

(a)          Interaksi antara sistem ialah saling kebergantungan antara satu sistem dengan satu sistem yang lain. Interaksi ini boleh mengganggu dan mengubah alam sekitar          fizikal dan alam sekitar manusia. Gangguan tersebut akan mendatangkan kesan            baik dan kesan buruk.                                                                                         (5m)
(b)         Dua contoh interaksi antara sistem ialah:
§  Antara sistem hidrologi dengan sistem geomorfologi:
            Melibatkan proses gondolan yang merangkumi proses luluhawa, proses                         pergerakan jisim dan  proses hakisan.
§  Antara sistem geomorfologi  dengan sistem atmosfera:
             Lihat pada beberapa kesan akibat kejadian letusan gunung berapi.            (8m)
(c)          Kesan interaksi antara sistem:
§  Kejadian hujan asid
§  Kenaikan suhu secara global
§  Kejadian musim sejuk tersejuk
§  Kejadian hakisan tanah
§  Kejadian tanah runtuh
Kejadian banjir musiman       

Soalan 2

(a)          Empat contoh berlakunya interaksi antara sistem hidrologi dengan sistem    geomorfologi:
§  Luluhawa pengoksidaan
§  Kejadian aliran lumpur
§  Kejadian banjir
§  Kejadian kesotan                                                                                          (4m)
(b)        Bagaimana interaksi tersebut berlaku:
§  Proses pengoksidaan amat berkesan di kawasan tropika dan menghasilkan pembentukan tanih laterit yang subur. Air hujan yang mengandungi H2O akan menyebabkan berlaku tindak balas pengoksidaan di mana mineral besi dalam tanah di kawasan tersebut akan dioksidakan menjadi besi oksida.
§  Tanah runtuh di cerun lebuh raya dan cerun bukit yang dibina petempatan kerap kali berlaku di Malaysia. Kejadian tanah runtuh biasanya berlaku  di kawasan cerun yang mengalami kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan dan akibat hujan lebat, sama ada semasa hujan lebat ataupun selepas hujan lebat.
§    Kejadian aliran lumpur berlaku apabila air hujan yang turun dengan banyaknya bercampur dengan tanah yang terdapat di cerun bukit tanpa litupan tumbuh-tumbuhan dialirkan menuruni cerun dengan laju dan deras serta mampu memusnahkan apa sahaja yang ditemui dan dilaluinya.
Proses kesotan tanih pula melibatkan cerun landai yang telah tepu dengan air hujan. Oleh kerana cerunnya yang landai, gerakannya agak perlahan dan berlaku dalam jangka masa yang lama. Lama kelamaan baru boleh dilihat 


§  dengan mata kasar apabila terdapat tiang dan pokok yang condong di cerun-cerun bukit yang landai.                                                                                  (12m)
(c)       Empat kesan interaksi antara sistem hidrologi dengan sistem  geomorfologi  terhadap  alam sekitar:
§  Kesuburan tanih meningkat
§  Kemusnahan harta benda dan nyawa manusia
§  Kemusnahan kemudahan asas dan awam
§  Sistem pengangkutan terputus                                                                (9m)

Soalan 3

(a)                      Sistem-sistem yang terganggu akibat kebakaran hutan dan contohnya:
§   Sistem atmosfera - kejadian jerebu
§   Sistem geomorfologi - peningkatan kadar hakisan tanah.
§   Sistem hidrologi - kejadian banjir.                                                         (6m)

(b)         Tiga contoh gangguan tersebut berlaku ialah:
§  Kejadian jerebu – ruang atmosfera dipenuhi partikal halus (debu) dan asap daripada kebakaran hutan menghalang penglihatan manusia dan pelepasan haba ke angkasa serta haba matahari ke bumi. Akibatnya, suhu      meningkat dan udara kering serta tercemar.
§  Peningkatan kadar hakisan tanah – permukaan tanah akan dihakis oleh air mengalir kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan disebabkan oleh kebakaran hutan. Akar-akar pokok tidak lagi dapat memegang tanah dan menghalangnya daripada terhakis.
§  Kejadian banjir – tanah yang dihakis akan mengalir bersama air hujan ke alur sungai. Alur sungai akan dipenuhi tanah dan semakin cetek. Kesannya, air akan melimpah keluar tebing kerana tidak dapat lagi mengalir di alur yang telah penuh dengan tanah tadi. Limpahan air ini akan mengakibatkan terbentuknya kejadian banjir.                              (7m)

(c)          Tiga kesan gangguan terhadap alam sekitar:
§    Gangguan kepada sistem pengangkutan  dan perhubungan. Keadaan ini mengganggu kegiatan harian manusia. Penduduk sukar untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang dikehendakinya, misalnya untuk ke tempat kerja, sekolah dan membeli belah.
§    Menjejaskan kegiatan ekonomi  negara di mana semua sektor ekonomi terpaksa ditutup buat sementara waktu, misalnya sektor perkilangan dan pembinaan. Keadaan ini akan menjejaskan dan mengurangkan produktiviti pengeluar. Keadaan bertambah teruk jika pihak kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan berlakunya kejadian jerebu.
§    Masalah dari segi kesihatan kepada penduduk. Golongan yang berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan ialah kanak-kanak dan warga emas. Antara penyakit yang kerap kali meningkat pada masa ini ialah lelah, sesak nafas,  radang paru-paru dan sakit mata yang berair.
    (6m)
   (d)    Tiga langkah mengurangkan gangguan:
§  Kuat kuasa  undang-undang
Akta Kualiti Alam  Sekeliling 1974 telah dipinda dan diwartakan pada
1 Julai 1998 ekoran daripada masalah  jerebu  yang berpunca daripada masalah kebakaran hutan.
§  Kerjasama sesama negara jiran
Kejadian jerebu di Malaysia, kesan daripada kebakaran hutan di Kalimatan dan Sumatera. Pasukan bomba dari Malaysia telah dihantar ke sana untuk memadam api atas semangat setiakawan dan hidup berjiran.
§  Kempen kesedaran dan pendidikan
Peranan ini boleh dimainkan oleh pihak media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar. Media massa boleh merayu, menyeru, dan mendidik masyarakat supaya  bersikap tanggung jawab demi memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terus tercemar.                                (6m)

Soalan 4

(a)          Banjir ialah satu kejadian di mana permukaan bumi dipenuhi air dalam jangka masa tertentu akibat daripada kejadian hujan lebat yang berpanjangan dan           limpahan air sungai. Keadaan tanih di sekitar kawasan tersebut pula telah tepu        dengan air.                                                                                                    (5m)
(b)         Punca berlakunya berlakunya banjir:       
§  Jumlah hujan yang lebat dan berpanjangan
§  Kekurangan kawasan tadahan air akibat kemusnahan hutan
§  Alur sungai cetek
§  Tanih yang tepu dengan air                                                                    (4m)
      (c)      Empat kesan berlakunya banjir terhadap alam sekitar:
§  Kemusnahan harta benda
§  Kehilangan nyawa
§  Sistem perhubungan dan pengangkutan terjejas
§  Kemusnahan kawasan pertanian                                                            (8m)
      (d)       Empat langkah bagi mengurangkan risiko akibat banjir:
§  Mewartakan taman negara dan hutan simpan
§  Mengorek dan mendalamkan sungai
§  Penyenggaraan sistem perparitan dan saliran
§  Perangkap sampah dipasang di hujung saluran longkang                       (8m)

Soalan 5
                  
(a)    Maksud konsep pemeliharaan dan pemuliharaan:
§  Pemeliharaan bermaksud usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk melindungi alam sekitar yang sedia ada daripada musnah supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
§  Pemuliharaan bermaksud usaha memulihkan  alam sekitar yang telah diterokai dan dicemari daripada terus musnah dan lenyap begitu sahaja tanpa boleh diwarisi oleh generasi akan datang.                                                                                                             (6m)
(b)        Tiga contoh bagi setiap konsep:
§   Contoh pemeliharaan:
-  Mewartakan taman negara
-  Mewartakan hutan simpan
-  Akta Perhutanan
§   Contoh pemuliharaan
 -  Projek ladang hutan
 -  Penebangan terpilih
 -  Penanaman semula                                                                              (6m)
(c)        Langkah perundangan dan bukan perundangan bagi mengurangkan masalah     alam sekitar
§   Langkah perundangan:
       - Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974)
       - Akta Jalan, Parit, dan Bangunan (1974)
                         - Akta Kerajaan Tempatan (1976)
§  Langkah bukan perundangan:
      - Kempen oleh badan kerajaan (NGO)
      - Kaedah  kejuruteraan
      - Usaha komuniti masyarakat