22 Januari, 2014

PENGGAL 1 : ALAM SEKITAR MANUSIA

SUKATAN PELAJARAN ALAM SEKITAR MANUSIA PENGGAL 1











BAHAGIAN B:
GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA







1    Penduduk
30






      1.1   Konsep penduduk
2
Calon seharusnya dapat:





             1.1.1 Penduduk sebagai sumber

(a)   menyatakan konsep penduduk sebagai sumber manusia yang diukur secara
          (i)   kuantiti (bilangan/saiz);
         (ii)   umur dan jantina;
        (iii)   kualiti.        
Kualiti penduduk merujuk kepada taraf pendidikan, kemahiran, kesihatan, dan sikap





             1.1.2 Penduduk sebagai agen perubahan















(b)   menjelaskan peranan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti sosioekonomi
          (i)   perubahan sosioekonomi;
         (ii)   perubahan landskap fizikal dan empat sistem fizikal (geomorfologi, atmosfera, hidrologi, dan ekologi;
        (iii)   perubahan landskap budaya (petempatan, guna tanah, pengangkutan, dan lain-lain hasil gubahan manusia).
Kualiti penduduk menentukan tahap pembangunan sesebuah negara
Wilayah dunia merujuk kepada Asia, Afrika, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, dan Oceania






















Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan




      1.2  Taburan penduduk
6
Calon seharusnya dapat:





             1.2.1 Taburan penduduk dunia mengikut wilayah

(a)   mengenal pasti pola taburan dan kepadatan penduduk mengikut wilayah dunia dan negara Malaysia;
Penekanan kepada
ketakseimbangan taburan penduduk negara Malaysia




             1.2.2 Kemahiran amali

(b)   menerangkan faktor yang mempengaruhi ketakseimbangan taburan penduduk wilayah dunia dan negara Malaysia;
Penekanan kepada data taburan penduduk Malaysia


(c)   mengira kepadatan penduduk mengikut wilayah dunia, Asia Tenggara, dan negeri-negeri di Malaysia;



(d)   melukis, melabel, dan mempersembahkan data taburan penduduk dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta tematik;
Gambar rajah meliputi graf, carta, dan rajah


(e)   mentafsir peta dan menganalisis data taburan penduduk dari segi sebab dan kesan perbezaan taburan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan.
Peta tematik ialah peta koroplet/lorek dan peta titik




      1.3  Pertumbuhan penduduk
10
Calon seharusnya dapat:





             1.3.1 Pertumbuhan penduduk dunia

(a)   membandingkan trend pertumbuhan penduduk mengikut wilayah dunia dan negara Malaysia
          (i)        pertambahan/perubahan;
         (ii)   kadar pertumbuhan tahunan.
Perbandingan merujuk kepada persamaan dan perbezaan




Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(b)    menghitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk wilayah dunia dan negara Malaysia dengan formula berikut:
r = 1/n  Log e (Pn / Po´ 10;
(c)   menganggarkan dan meramalkan jumlah penduduk di sesebuah kawasan;
Membezakan konsep pertambahan/ perubahan dan pertumbuhan penduduk
r   =  Kadar    pertumbuhan
n  = Bilangan tahun
Pn =  Penduduk tahun
         semasa
Po =  Penduduk tahun asas




             1.3.2 Faktor pertumbuhan penduduk

(d)   menghuraikan bagaimana proses pertumbuhan penduduk berlaku, iaitu
         (i)  pertumbuhan semula jadi (kelahiran – kematian);
        (ii)  pertumbuhan penduduk (kelahiran – kematian + migrasi bersih).







(e)   menilaikan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk, iaitu
         (i)  kadar kelahiran;
        (ii)  kadar kematian;
        (iii)  migrasi.
Faktor yang mempengaruhi (sosial, ekonomi, dan dasar kerajaan)
Menilai faktor merujuk kepada kepentingan sesuatu faktor berbanding faktor yang lain




             1.3.3 Kemahiran amali

(f)    mengira, melukis, dan mempersembahkan data perubahan dan pertumbuhan penduduk dalam bentuk jadual dan gambar rajah
          (i)   kadar kelahiran;
         (ii)   kadar kematian;
        (iii)   kadar migrasi bersih;
        (iv)   kadar pertumbuhan penduduk.
Skala dunia, wilayah, dan negara
Gambar rajah meliputi graf, carta, dan rajah

Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(g)   mentafsir jadual dan gambar rajah berkenaan;
Mentafsir bermaksud menerangkan ciri, pola, dan trend yang ditunjukkan oleh data dalam jadual atau gambar rajah




             1.3.4 Kesan pertumbuhan penduduk

(h)   mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi;
Contoh negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, dan Sweden


(i)    membandingkan kesan pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi antara negara maju dengan negara sedang membangun;
Contoh negara sedang membangun seperti Malaysia, Brazil, dan India




(j)    menjelaskan proses penuaan penduduk dan kesannya terhadap ciri demografi serta status sosioekonomi sesebuah negara;
Ciri demografi ialah kadar kelahiran, kadar kematian, umur, jantina, jangka hayat, dan nisbah tanggungan

             1.3.5 Kemahiran amali

(k)   mentafsir ciri demografi dan sosioekonomi bagi ketiga-tiga bentuk piramid penduduk;
(l)    melukis pelbagai bentuk rajah piramid penduduk;
Bentuk piramid penduduk progresif, perantaraan, dan regresif




             1.3.6 Penduduk dan pembangunan

(m)  menerangkan model peralihan demografi;
Menerangkan konsep dan peringkat-peringkat peralihan dalam model peralihan demografi








Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan







          
(n)   menganalisis kaitan antara pertumbuhan penduduk dengan tahap pembangunan sosioekonomi antara wilayah dunia atau sesebuah negara.
Analisis bermaksud menjelaskan hubung kait antara pertumbuhan penduduk dengan tahap pembangunan sosioekonomi mengikut wilayah   dunia atau sesebuah negara




      1.4   Migrasi
6
Calon seharusnya dapat:

(a)    mengenal pasti jenis dan menghuraikan pola migrasi dalaman negara Malaysia serta migrasi antarabangsa semasa dari segi
           (i)   arah aliran (dari mana ke mana);
         (ii)   isi padu aliran (jumlah-banyak/sedikit);

Migrasi melibatkan migrasi kekal, sementara, dan bermusim

Arah aliran migrasi dalaman
•  desa – bandar
•  bandar – bandar
•  bandar – desa
•  desa – desa


        (iii)   komposisi aliran.
Komposisi aliran
•  jantina
•  umur
•  taraf pendidikan






(b)    menilai faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa semasa dari segi
           (i)   ekonomi;
          (ii)   sosial;
         (iii)   dasar kerajaan;
         (iv)   politik;
         (v)   bencana alam.
Menilai merujuk kepada kepentingan sesuatu faktor berbanding dengan faktor yang lain




              1.4.1 Kemahiran amali

(a)   mengira, melukis, dan mempersembahkan data migrasi dalaman serta migrasi antarabangsa dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta aliran;
(b)   mentafsirkan jadual, gambar rajah, dan peta aliran migrasi.
Gambar rajah termasuklah carta, graf, dan rajah
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan




      1.5  Penduduk dan sumber alam
6
Calon seharusnya dapat:





             1.5.1 Pengenalan umum komponen alam sekitar fizikal

(a)   menghuraikan konsep dan jenis sumber alam;
(b)   mengenal pasti komponen alam sekitar yang meliputi empat sistem, iaitu
          (i)   biosfera (sistem ekologi)

         (ii)   litosfera (sistem geomorfologi)
Alam sekitar fizikal ialah asas kepada sumber alam


Contoh: semua jenis flora dan fauna
Contoh: mineral dan tanah


        (iii)   hidrosfera (sistem hidrologi)                
Contoh: air permukaan dan marin


        (iv)   atmosfera (sistem atmosfera).
Contoh: udara dan angin




             1.5.2 Alam sekitar fizikal sebagai sumber alam

(c)   menghuraikan hubungkait antara manusia dengan sumber alam dari segi kepentingan sumber alam kepada manusia;
Manusia memerlukan sumber alam untuk kehidupan dan kemajuan sosioekonomi
Penerokaan sumber bagi memenuhi keperluan kehidupan dan pembangunan berterusan



             1.5.3 Daya tampung persekitaran fizikal

(d)   menghuraikan konsep daya tampung sumber alam dalam konteks keseimbangan ekosistem;




               

(e)   menjelaskan bagaimana keseimbangan ekosistem dapat  menjamin daya tampung sumber alam yang berterusan (kelestarian sumber);
(f)    mencadangkan pelbagai langkah perundangan dan bukan perundangan bagi mengurangkan masalah lebihan dan kurangan penduduk serta kekurangan bekalan sumber alam.
Keseimbangan ekosistem dapat dicapai melalui usaha pembangunan berterusan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam, penerokaan dan penggunaan sumber alam yang berhemah, serta pengurusan sumber yang berkesan




Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan




2    Transformasi Desa dan Pembandaran
30






      2.1   Transformasi desa
10
Calon seharusnya dapat:







(a)   mentakrifkan konsep transformasi desa;
(b)   menghuraikan strategi pembangunan desa yang meliputi
          (i)   pembangunan insitu;
         (ii)   Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP);
        (iii)   pembangunan wilayah;
        (iv)   perindustrian desa;
Transformasi desa merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa melalui proses pemodenan guna tanah, kemudahan asas, pengangkutan, komunikasi, kegiatan ekonomi, pendidikan, dan kesihatan


(c)   menjelaskan proses perubahan desa melalui
          (i)   saling kebergantungan            desa-bandar;
         (ii)   pembandaran desa;
        (iii)   perancangan desa (pusat pertumbuhan desa);
        (iv)   pemodenan sosioekonomi desa.





      2.2  Bandar dan pembandaran
20
Calon seharusnya dapat:





             2.2.1 Pengertian bandar dan pembandaran

(a)   mendefinisikan maksud bandar dan proses pembandaran;
(b)   menghuraikan jenis dan ciri bandar (bandar raya global, metropolis, bandar primat, dan bandar raya mega);
Klasifikasi bandar berdasarkan saiz di Malaysia: bandar kecil (≤ 30,000), bandar sederhana (30,000 – 500,000), bandar besar (500,000 – 1,000,000), dan bandar raya metropolitan
(≥ 1,000,000)


Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






(c)   memerihalkan pola pembandaran;
Pola pembandaran merujuk kepada perubahan saiz dan bilangan bandar, pertumbuhan penduduk bandar, dan perubahan sosioekonomi bandar


(d)   menilai faktor yang mempengaruhi proses pembandaran;
Faktor sejarah, ekonomi, dasar kerajaan, sosial, kemudahan asas, dan demografi




             2.2.2 Peranan bandar dalam pembangunan

(e)   mengenal pasti peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara, iaitu
          (i)   pusat pemasaran;
         (ii)   pusat pekerjaan;
        (iii)   pusat pemodenan;
        (iv)   kemudahan kesihatan;
         (v)   pembentukan golongan menengah;
        (vi)   pembauran inovasi;
Peranan bandar bergantung kepada jenis dan saiz bandar






(f)    membandingkan peranan bandar besar, bandar sederhana, dan bandar kecil   di Malaysia;





             2.2.3 Kesan transformasi desa dan pembandaran terhadap penduduk dan alam sekitar

(g)   menghuraikan kesan transformasi desa dan pembandaran terhadap guna tanah, penduduk, dan sosioekonomi dari segi
             (i)   kepadatan penduduk;
            (ii)   perubahan pekerjaan;
           (iii)   peningkatan taraf hidup;
           (iv)   perumahan;
            (v)   kemiskinan bandar;
           (vi)   migrasi desa-bandar;
          (vii)    kesesakan lalu lintas;
Skala negara Malaysia


Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan






         (viii)   masalah sosial;
           (ix)   perubahan guna tanah;



(h)   menjelaskan kesan transformasi desa dan pembandaran terhadap alam sekitar yang meliputi
             (i)   kemerosotan kualiti alam sekitar;
Peningkatan suhu setempat, hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus, banjir dan banjir kilat, ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat, dan   rantaian makanan


            (ii)   pencemaran alam sekitar;
Pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan pencemaran sisa toksik




              2.2.4  Kemahiran amali    

(i)    mengira dan mempersembahkan data transformasi desa dan pembandaran dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta;
(j)    mentafsir jadual, gambar rajah, dan peta;
(k)    mentafsir peta topografi dari aspek landskap budaya, iaitu
            (i)   guna tanah pertanian;
           (ii)   pola petempatan;
          (iii)   pengangkutan;
          (iv)  kemudahan sosial;
Gambar rajah termasuklah carta, graf, dan rajah


Pentafsiran mencakupi menentukan kedudukan tempat   berdasarkan grid dan mata angin, mengenal pasti simbol untuk menentukan aras ketinggian, pola, dan jenis






(l)    menjelaskan sebab dan kesan, pola, trend, dan arah alir daripada jadual, gambar rajah, dan peta yang dihasilkan.
Calon digalakkan melayari Internet seperti Google Earth sebagai pendedahan kepada konsep asas Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan penderiaan jauh



PENDUDUK

1.1    KONSEP PENDUDUK
Penduduk merupakan sekumpulan manusia yang mendiami / menetap di sesuatu kawasan dalam sesuatu tempoh masa tertentu.
Jumlah penduduk adalah dinamik (sentiasa berubah-ubah) dan tidak statik kesan dari faktor kelahiran dan kematian serta migrasi.

1.1.1        PENDUDUK SEBAGAI SUMBER
1 Penduduk merupakan sumber manusia yang penting dan berharga bagi sesebuah kawasan / negara.
1 Sumber manusia ini merujuk kepada :
                          i.         Sumber tenaga kerja.
                        ii.         Sumber pasaran.
                      iii.         Sumber keselamatan (tentera).
1 Sumber manusia di sesebuah negara boleh diukur dan dinilai dari segi;
                          i.         Kuantiti ( bilangan / saiz )
                        ii.         Umur & jantina).
                      iii.         Kualiti.

1 Dari segi kuantiti:
Manusia diukur dari sudut bilangan (saiz / jumlah penduduk.
Bilangan:
Penduduk yang ramai, jika diberi pendidikan dan dibekali kemahiran, berpotensi menjadi tenaga kerja yang baik. Jumlah penduduk yang ramai membantu menyediakan sumber tenaga yang mencukupi bagi sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian, perkhidmatan dll. Keadaan ini membantu memajukan sesebuah negara. Negara yang mempunyai jumlah penduduk yang banyak berkemampuan menjana pelbagai sektor ekonomi, meluaskan saiz pasaran, meningkatkan kutipan cukai dan memiliki ramai jumlah anggota keselamatan (tentera).
Contoh, Malaysia melaksanakan Dasar 70 Juta Orang Penduduk bagi memenuhi keperluan gunatenaga dalam pelbagai sektor ekonomi dan saiz pasaran bagi kemajuan negara.
1 Dari segi Struktur Umur dan Jantina:
Umur dan jantina penduduk boleh mempengaruhi corak guna tenaga yang ada di sesebuah kawasan atau negara.
Penduduk dewasa yang terlatih boleh menyumbang secara produktif kepada ekonomi negara. Sementara kehadiran ramai penduduk tua dan kanak-kanak selalunya dikaitkan dengan besarnya jumlah tanggungan keluarga dan negara.
Jantina pula boleh dikaitkan dengan jenis aktiviti ekonomi, misalnya sektor industri berat yang memerlukan kekuatan tenaga fizikal manusia lazimnya mengupah lebih ramai pekerja lelaki.
Contohnya kilang memasang kereta di Shah Alam (Selangor), membungkus baja dan kilang petrokimia di Kerteh (Terengganu). Manakala industri yang berintensif buruh yang memerlukan tahap ketekunan dan kehalusan yang tinggi pula lazimnya mengupah ramai pekerja wanita. Contohnya kilang produk barangan elektrik dan elektronik di Bayan Lepas (Pulau Pinang).

1 Dari Segi Kualiti:
Kualiti penduduk merujuk kepada :
i.        ciri-ciri fizikal,
ii.      taraf pendidikan,
iii.    kemahiran,
iv.    kesihatan, dan
v.      sikap.
Misalnya, penduduk sesebuah kawasan yang terdidik (lepasan universiti dan kolej), mahir dan berpengalaman mengendali peralatan kilang yang moden, sihat tubuh badan dan mempunyai sikap terbuka, boleh bekerjasama sebagai satu pasukan, lazimnya lebih berkualiti dan mampu menarik pelaburan. Jadi kualiti penduduk menentukan tahap pembanguan sesebuah negara atau kawasan.
Era globalisasi kini memerlukan penduduk yang berkualiti, dapat menguasai kemahiran teknologi dan maklumat (ICT) serta kemahiran berbahasa Inggeris untuk berdaya saing. Ini selaras dengan perkembangan sosioekonomi dunia berasaskan k-ekonomi. Pekerja yang berkemahiran dalam bidang ICT ini menggalakkan perkembangan dalam e-dagang, e-pelaburan, e-governan dsb.
Contohnya, di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Britain kualiti penduduknya adalah tinggi membantu memajukan negara. Manakala di negara seperti Somalia, Sudan dan Kenya kualiti penduduknya yang rendah mengakibatkan kemunduran negara tersebut.

1.1.2        PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Konsep ini memperlihatkan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti pembangunan sosioekonomi. Kegiatan penduduk boleh mengakibatkan berlakunya perubahan landskap fizikal, tahap kemajuan sosioekonomi (kualiti hidup), serta landskap budaya di sesebuah negara.

1   Perubahan Ruang Fizikal;
Perubahan ini boleh diperhatikan melalui aktiviti manusia ke atas alam sekitar fizikal bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Ini termasuk perkembangan kawasan petempatan, rumah kediaman, jalan perhubungan dan jaringan komunikasi. Kawasan yang berpotensi, dimajukan dengan pembangunan dan seterusnya mewujudkan perubahan yang besar kepada landskap semulajadi.
Tindakan manusia menarah, menebuk, meratakan bukit serta mengorek tanah menghasilkan pandang darat seperti lurah, bukit gondol, tasik dsb. Keadaan ini menggalakkan kejadian pencemaran, hakisan tanah & tanah runtuh, pemanasan mikro / setempat dsb.
Aktiviti manusia boleh mengakibatkan empat sistem fizikal berubah ;
o         Geomorfologi             : terhadap tanah, bukit, batuan
o         Atmosfera                  : terhadap udara, suhu, angin
o         Hidrologi                    : terhadap sumber air
o         Ekologi                       : terhadap haiwan & tumbuhan

Kegiatan penyahhutanan untuk kegiatan ekonomi seperti pertanian, kawasan perindustrian, kemudahan infrastruktur dan prasarana mengakibatkan kemusnahan ekologi hutan semulajadi yang membawa kepupusan sumber flora dan fauna, gangguan keseimbangan ekosistem dan gangguan kitaran hidrologi.
Cth, pembinaan empangan Kenyir (Terengganu) telah menengelamkan kawasan hutan seluas beratus-ratus hektar dan mewujudkan pandang darat baru di kawasan tersebut iaitu tasik buatan.


1   Perubahan Sosioekonomi;
Perubahan sosial dapat dilihat dari sudut pendidikan, kesihatan, dan telekomunikasi - Perubahan Pendidikan seperti penubuhan pusat bimbingan kanak-kanak, tusion, kolej, dan universiti. Selain itu, pusat-pusat latihan & kemahiran seperti Giat Mara. Perubahan Kesihatan seperti penaik tarafan klinik desa kepada klinik yang lebih moden, pertambahan klinik dan hospital, pusat rawatan alternatif dsb. Perubahan teknologi dilihat melalui perkembangan dalam bidang telekomunikasi seperti satelit, telefon selular, Sistem Penentuan Global (GPS), Sistem Informasi Geografi (GIS) dsb.
Kemajuan ekonomi boleh dikesan melalui perubahan pekerjaan, pendapatan, pemilikan harta benda. Indikator yang biasanya dirujuk adalah seperti pertumbuhan KDNK, peningkatan pendapatan perkapita, kuasa beli, dan taraf hidup serta perluasan saiz pasaran. Penduduk merupakan pemankin perubahan sektor ekonomi - tradisional  iaitu pertanian kepada sektor ekonomi yang lebih moden pada masa kini seperti perindustrian dan perkhidmatan. Kepelbagaian ekonomi juga dapat diwujudkan dengan perkembangan kualiti dan kuantiti penduduk seperti perkembangan bidang perdagangan, perniagaan, pelancongan, dll. Selain itu ia juga mempengaruhi luasnya permintaan dan penawaran pasaran.
Cth, peningkatan pengetahuan dan kemahiran serta teknologi di Malaysia telah merubah dan mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang wujud. Daripada ekonomi yang berasaskan pertanian dan perlombongan kepada ekonomi yang lebih moden seperti perindustrian dan perkhidmatan.

1   Perubahan Landskap Budaya;
Penduduk juga mempengaruhi perubahan yang pesat terhadap kewujudan landskap budaya seperti petempatan, pola guna tanah, pengangkutan dsb.
Perubahan landskap budaya berlaku kesan dari peningkatan kualiti hidup, budaya dan pemikiran masyarakat. Fenomena pembandaran yang berlaku pada masa kini telah merubah gaya dan cara hidup masyarakat setempat dan seterusnya mengubah landskap budaya setempat.
Perubahan petempatan – pembinaan rumah banglo, flat, kondominium, taman perumahan dsb.
Perubahan pola guna tanah – pertanian tradisional kepada pertanian moden, sektor pertanian kepada sektor industri & perkhidmatan, jenis tanaman kormesial, bangunan-bangunan, parking lot dsb.
Perubahan pengangkutan – pembesaran jalan-jalan perhubungan (lebuh raya, lebuh raya bertingkat, jambatan), pertambahan pengangkutan awam (bas, teksi, LRT, monorel dll) – darjah kertersampaian tinggi & mempengaruhi mobiliti penduduk.



PERTUMBUHAN PENDUDUK

Ø  Konsep :
o      Pertumbuhan penduduk biasanya merujuk kepada satu angka perubahan bilangan penduduk sesebuah negara / tempat pada satu-satu tahun tertentu.
o      Perubahan ini sama ada pesat, perlahan, statik ataupun berkurangan.
Ø  Pertumbuhan penduduk diperolehi dengan mengambil kira tiga perkara;
a.             Kadar Kelahiran Penduduk
b.            Kadar Kematian Penduduk
c.             Migrasi
Ø  Pertumbuhan penduduk boleh dibahagikan kepada 2 jenis :
1.            Pertumbuhan Semulajadi @ Pertumbuhan Penduduk Kasar (Kadar Kelahiran ditolak dengan Kadar Kematian).
2.            Pertumbuhan Bersih @ Pertumbuhan Penduduk (Pertumbuhan Semulajadi ditambah dengan Migrasi Bersih).
Ø  Secara umumnya Negara-negara Membangun mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi. Contohnya, India 2.4 % setahun, Brazil 3.0 %, Thailand 3.1 % dan Malaysia 2.5 %. Manakala Negara-negara Maju seperti di Eropah mencatatkan kadar pertumbuhan yang agak rendah iaitu hanya 0.8 % setahun.
Ø  Pertumbuhan penduduk diukur dalam unit peratus @ per 1000 orang.
Contohnya,
Kadar pertumbuhan Malaysia pada tahun 1990 adalah 2.5 %.
Per 1000 = 25 orang / 1000 (pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000 orang penduduk)


Ø 

Peratus Kadar Kelahiran – Peratus Kadar Kematian
 
Pertumbuhan Semulajadi dikira dengan menggunakan formula berikut:


Ø 

Kadar Pertumbuhan Semulajadi + Kadar Migrasi Bersih
 
Pertumbuhan Penduduk pula dikira dengan menggunakan formula berikut:




Ø  Contoh;
Jumlah Penduduk Malaysia (1990)           =          17 812 000 orang
Bilangan Kelahiran                                   =               534 360 orang
Bilangan Kematian                                   =                 89 060 orang

Ø  Cara Pengiraan;

Langkah 1
                    i.           

x   1000
 
Kadar Kelahiran Kasar     =          Bilangan Kelahiran
Jumlah Penduduk

x   1000
 
                                                            =              534 360
                                                                          17 812 000
                                                           
                  ii.           

x   1000
 
Kadar Kematian Kasar     =          Bilangan Kematian
Jumlah Penduduk

=          5 orang / 1000
 

x   1000
 
                                                            =                89 060

=          30 orang / 1000
 
                                                                          17 812 000
Langkah 2

                iii.           

x   100
 
Peratus Kadar Kelahiran   =             Kadar Kelahiran
        1000

=          3 %
 

x   100
 
                                                            =              30
                                                                          1000
                       
                iv.           

x   100
 
Peratus Kadar Kematian   =            Kadar Kematian
        1000

=          0.5 %
 

x   100
 
                                                            =               5
                                                                          1000
                                                           
Langkah 3

Ø  Peratus Pertumbuhan Penduduk Semulajadi
=          peratus kadar kelahiran  -  peratus kadar kematian
=          3  %  -  0.5  %
=          2.5 %

o   Oleh itu Kadar Pertumbuhan Semulajadi Malaysia pada tahun 1990 ialah 2.5 %.


Formula menghitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk :

r = 1/n Log e (Pn / Po) x 100

r : kadar pertumbuhan tahunan
n : bilangan tahun
Pn : penduduk tahun semasa
Po : penduduk tahun asas

Contoh:

1990 : bilangan penduduk  16 j
2000 : bilangan penduduk  24 j
N   =    2000 – 1990    =   10

r     =    1/10 Log e (24/16) x 100
      =    0.1 Log e (1.5) x 100
              Log e 1.5 = 0.4
       =   0.1 x 0.4 x 100
r     =    4%










Ø  Kadar Kelahiran
  • Konsep :
Jumlah kelahiran bayi berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang.
  • Faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran :
Peranan kerajaan, amalan perancangan keluarga, taraf kesihatan, status kerjaya dan umur berkahwin kaum wanita, taraf hidup dan sosioekonomi penduduk, faktor hayat, kemampuan ekonomi negara dll.
Ø  Kadar Kematian
  • Konsep :
Jumlah kematian berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang.
  • Faktor yang mempengaruhi kadar kematian :
Peperangan dan politik yang tidak stabil, bencana alam, penyakit, kebuluran, kemunduran ekonomi, kekurangan kemudahan kesihatan dan kemudahan asas dll.

Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk

1.      Taraf Kesihatan;
Ø  prasarana kesihatan yang baik seperti hospital dan klinik yang mencukupi serta sistem perubatan yang cekap dapat membantu mengurangkan kadar kematian.
Ø  amalan pemakanan dan cara hidup yang sihat serta kaedah penyelidikan perubatan juga dapat meningkatkan taraf kesihatan penduduk.
Ø  cth. penemuan ubatan kuining pada tahun 1970an telah berjaya menyelamatkan berjuta-juta penduduk Asia dari penyakit malaria.
2.      Amalan Perancang Keluarga;
Ø  suatu kaedah atau teknik moden atau tradisional bagi mencegah, mengurang atau menjarakkan kelahiran.
Ø  melalui kempen mengurang atau mencegah kelahiran, kaedah-kaedah seperti penggunaan pil perancang keluarga, kondom, teknik AUD.
Ø  cth. pada 1979, seramai 900 ribu wanita di dunia mengamalkan perancangan keluarga untuk mengurangkan saiz keluarga dan masalah kesihatan.


3.      Peranan / Dasar Kerajaan;
Ø  dasar atau polisi kerajaan boleh mempengaruhi pertambahan atau pengurangan penduduk melalui langkah menggalak atau menyekat kelahiran.
Ä Malaysia : Dasar 70 Juta Orang Penduduk.
1 untuk menambah jumlah penduduknya
1 langkah menggalakkan pertambahan kelahiran termasuklah memperkenalkan rebat cukai pendapatan, menambah cuti bersalin dan meningkatkan kemudahan rawatan.
Ä China : Dasar Satu Keluarga Satu Anak
1untuk mengurangkan jumlah penduduknya.
1mengenakan denda sebanyak AS$4000, cukai pendapatan yang tinggi, tidak memberi taraf kerakyatan, menarik kemudahan pendidikan dan kesihatan.
4.      Umur Berkahwin Kaum Wanita;
Ø  wanita berpendidikan tinggi lebih lambat berkahwin menyebabkan tempoh melahirkan anak bagi mereka adalah singkat. Ini kerana kadar kesuburan (fertiliti) wanita akan berkurangan apabila usia meningkat tua. Mereka juga cenderung memilih saiz keluarga kecil.
Ø  perkahwinan di awal usia 20an sering berlaku di negara-negara mundur dan membangun seperti Bangladesh, Indonesia, Filipina dll. Manakala penduduk negara-negara yang lebih maju seperti Britain, Amarika Syarikat, Singapura dll. lebih cenderung berkahwinan pada usia lewat 30an.
Ø  cth. Semenanjung Malaysia : jumlah perkahwinan pada usia 24 tahun menurun sebanyak 50% dari tahun 1931 hingga 1980 menyebabkan kadar kelahiran juga menurun.
5.      Kestabilan Politik dan Kemampuan Ekonomi Negara;
Ø  negara yang stabil memberi ruang kepada kerajaan merangka aspek demografi dalam jangkamasa panjang.
Ø  kemampuan ekonomi membolehkan program pembangunan penduduk dijalankan dan rakyat mampu menjalankan dasar saiz keluarga besar.
Ø  cth. Malaysia mampu melaksanakan Dasar 70 Juta Orang Penduduk menjelang tahun 2100 kerana kestabilan politik dan ekonomi negara.
6.      Bencana Alam dan Perperangan;
Ø  bencana alam seperti tsunami, banjir besar, gempa bumi, letusan gunung berapi dll. mengorbankan banyak jiwa.
Ø  peperangan-peperangan seperti Perang Dunia Pertama, Perang Iraq, Perang Pasifik dll.
Ø  selain itu wabak penyakit dan kebuluran di kawasan yang mengalami bencana alam juga mengakibatkan kematian.
Ø  cth. kejadian tsunami pada November 2004 mengakibatkan hampir 25 ribu penduduk Acheh terkorban.
7.      Faktor Migrasi;
Ø  kesan migrasi memperlihatkan pertumbuhan bersih di sesebuah negara sama ada positif ataupun negatif.
Ø  bagi negara yang mengalami imigrasi seperti Malaysia, pertumbuhan adalah positif kerana kemasukan ramai warga asing seperti Indonesia, Bangladesh dll.
Ø  emigrasi pula mengakibatkan pertumbuhan penduduk merosot.
Ø  cth. Pahang mengalami migrasi masuk yang tinggi pada tahun 1970an berikutan pembukaan tanah-tanah rancangan seperti Felda Jengka, Felda Teriang, Felda Bukit Goh dll.
8.      Kestabilan Politik dan Kemampuan Ekonomi Negara;
Ø  negara yang stabil memberi ruang kepada kerajaan merangka aspek demografi dalam jangkamasa panjang.
Ø  kemampuan ekonomi membolehkan program pembangunan penduduk dijalankan dan rakyat mampu menjalankan dasar saiz keluarga besar.
Ø  cth. Malaysia mampu melaksanakan Dasar 70 Juta Orang Penduduk menjelang tahun 2100 kerana kestabilan politik dan ekonomi negara.


Kesan Pertumbuhan Penduduk Kepada Sosioekonomi Negara

Pertumbuhan penduduk boleh memberi kesan sama ada positif atau negatif ke atas sesebuah negara bergantung kepada keadaan dan situasi negara berkenaan.
1 Kesan Positif :
1.      Sebagai Sumber Tenaga :
o  penduduk merupakan aset yang amat diperlukan dalam menjana pembangunan ekonomi.
o  pada masa kini Malaysia amat memerlukan tenaga kerja yang ramai dalam sektor perindustrian, pembinaan, pertanian dll.
o  juga diperlukan untuk pembangunan sumber seperti mineral, tanah, hutan, perikanan dll.
2.      Meluaskan Pasaran Domestik :
o  membantu memperluaskan saiz pasaran terutama pasaran domestik (tempatan) bagi barangan keluaran negara berkenaan.
o  cth. China mempunyai jumlah penduduk 1.3 bilion  merupakan kuasa pasaran yang paling besar di rantau Asia Pasifik. Keadaan ini memungkinkannya mendominasi ekonomi rantau Asia pada abad ke 21.
3.      Menguatkan Pertahanan Negara :
o  penduduk yang ramai dapat diserapkan ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan negara.
o  cth. Indonesia yang berpenduduk 250 juta orang mempunyai jumlah angkatan tentera yang terkuat dalam kalangan negara-negara membangun di rantau ASEAN.
4.      Menggalakkan Proses Urbanisasi (Pembandaran):
o  penduduk yang pesat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kawasan pinggir.
o  cth. pertumbuhan pesat penduduk Kuala Lumpur menggalakkan penyebaran pembangunan di pinggir bandar tersebut ke Segambut, Hulu Klang, Kepong dan Puchong.

1 Kesan Negatif :
      Pertumbuhan penduduk yang terlalu pesat boleh mengakibatkan kesan negatif. Contoh negara-negara tersebut ialah negara China, India, Bangladesh, Indonesia dll.
      Pada 1987 jumlah penduduk Indonesia adalah 178 juta orang. Meningkat kepada 203 juta orang pada tahun 2000 dengan kadar pertumbuhan 3 % setahun. Kepadatan penduduknya juga tinggi iaitu 106 orang / km².
Antara kesan negatif akibat pertumbuhan penduduk yang pesat ialah :
1.      Kemiskinan dan Kemunduran :
o  pertumbuhan penduduk yang tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi mengakibatkan persaingan bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad. Keadaan ini mewujudkan masalah pengangguran dan kemiskinan yang tinggi.
o  cth. fenomena “kemiskinan bandar” akibat pengangguran dan kemiskinan penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Manila dan Jakarta kesan daripada pertumbuhan penduduk yang pesat.
o  pendapatan per kapita penduduk Indonesia adalah rendah iaitu sekitar AS$130.00 sahaja.
2.      Menggalakkan Migrasi Golongan Muda dan Profesional :
o  kemiskinan, pengangguran dan kekurangan sumber mengakibatkan penduduk mula berhijrah ke kawasan atau negara lain.
o  kesannya negara asal akan kekurangan tenaga kerja yang produktif untuk pembangunan negara. Kesan ini lebih ketara jika emigrasi ini dilakukan oleh golongan profesional dan intelektual.
3.      Tekanan Ke Atas Sumber Alam :
o  pertumbuhan penduduk yang pesat menggalakkan penerokaan sumber alam dengan lebih giat sebagai bahan mentah industri, bahan api, kawasan petempatan dsb.
o  cth. pertumbuhan penduduk yang pesat di China mengakibatkan banyak kawasan pertanian terpaksa dikorbankan untuk dijadikan kawasan petempatan. Diramalkan menjelang 2045 China akan mengalami krisis makanan dan tempat tinggal jika kadar pertumbuhan ini berterusan.
4.      Pencemaran Alam :
o  pertumbuhan penduduk yang pesat memungkinkan impak negatif ke atas alam sekitar terutamanya terhadap sumber air, udara dan tanah.
o  pencemaran air : kesan dari pembuangan sampah sarap (sisa domestik) dan sisa industri.
o  pencemaran udara : terhasil dari asap kenderaan dan kilang-kilang industri.
o  pencemaran tanah : akibat pembuangan sampah sarap dan sisa pertanian, bahan kimia dll.
o  cth. pencemaran Sungai Klang dan Sungai Gombak akibat pembuangan sisa industri dan sisa domestik.
5.      Kesan Sosial :
o  penduduk yang ramai mewujudkan persaingan yang tinggi terutama dari segi pendidikan, pentempatan, kesihatan dll.
o  pendidikan : jumlah penduduk yang terlalu ramai tidak mampu ditanggung oleh pihak kerajaan mengakibatkan berlakunya peningkatan kadar buta huruf. Cth. Indonesia kadar buta huruf yang tinggi iaitu 24.8% - kesan : kurangnya tenaga kerja mahir dan pakar dalam bidang ekonomi.
o  petempatan : kesesakan dan mewujudkan masalah setinggan terutama di sekitar bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Jakarta.
o  kesihatan : pertambahan sampah sarap dan persekitaran yang kotor terutama di kawasan setinggan menyukarkan kawalan penyakit seperti denggi dan taun.

o  jenayah : pertambahan kadar kemiskinan dan pengangguran di bandar-bandar mengakibatkan peningkatan kadar jenayah seperti ragut, samun, pelacuran dll.



TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN

1.  Maksud  Transformasi Desa.

Proses perubahan yg berlaku kepada kwsn luar bandar. Proses ini boleh dirancang dan dilaksanakan secara bertujuan atau blh berlaku sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini berlaku dr bebrp aspek. Kwsn desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan kepadatan penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh berubah dr  hanya bergantung kpd pertanian kpd melakukan kerja-kerja bukan tani di kwsn desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg lbh baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan awam yg lbh selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih digemari  dan migrasi ke bandar berkurangan.

2. Petunjuk /Indikator pembangunan yang dialami  oleh  sesebuah  desa.

 i.  Peningkatan KDNK perkapita  penduduk. 
      - Pendapatan penduduk meningkat.

ii.  Peningkatan % tenaga kerja dalam ekonomi moden di desa.
-          Cth sektor perindustrian dan perkhidmatan
  
iii.  Peningkatan kemudahan asas.
-          Bekalan elektrik, telekomunikasi/perhubungan

iv.  Peningkatan kuasa beli, pemilikan barangan, dan tabungan penduduk.
      - pembelian barang-barang keperluan

v.  Peningkatan kualiti pendidikan.
    - berpendidikan tinggi/berkemahiran

vi. Peningkatan darjah kesampaian.
-          Mudah dihubungi melalui jalanraya, perhubungan

vii. Peningkatan kemudahan dan perkhidmatan sosial.
-          Kemudahan hospital/ klinik/rekreasi










3. Faktor-faktor  yang mempengaruhi pembangunan sesebuah desa/Bagaimana sesebuah desa menjadi Bandar.

i. Potensi Sumber Alam
    - Sumber mineral cth KL, Ipoh, Seremban berkembang berasaskan  sumber bijih timah
    - Sumber alam sekitar fizikal cth Langkawi mempunyai pantai, pulau dan air terjun  yang menarik

ii. Perkembangan ekonomi moden
     - Desa berkembang kesan perkembangan sektor ekonomi moden seperti perniagaan, perkhidmatan, perindustrian
     - Cth bandar Raub, Bentong Kuala Lipis, Kuala Lipis di Pahang berkembang kerana perniagaan dan perkhidmatan

iii. Tapak yang strategik
    - Desa berkembang apabila lokasi dan kedudukannya sesuai dan strategik untuk aktiviti perdagangan, pelabuhan dan persinggahan yang membuka banyak peluang ekonomi
     -Cth pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan Kelang. Bandar Gemas, Grik dan Johor Baharu untuk persinggahan

iv. Tarikan fizikal yang menarik
     - Desa mempunyai tarikan semulajadi yang menarik seperti Port Dickson, Bandar Kuah di Langkawi,  Bandar Goh Tong di Genting Highland
     -Tarikan fizikal menjadi faktor utma pembangunan eko pelancongan

v. Polisi kerajaan
 - Memajukan kawasan Desa yang berpotensi sebagai pusat pertumbuhan sosio ekonomi  sokongan kepada bandar sedia ada
 -Membangunkan bandar-bandar baru agar wilayah yang baru dibuka terus berkembang
















4. Saling kebergantungan /interaksi .
(a) Desa – Bandar (Huraian dan contoh)

i.  Wujudnya rangkaian kedai runcit di desa yang mana barangannya dibekalkan oleh pembekal dari bandar.

ii. Wujudnya sistem dan jaringan pengangkutan antara bandar dan desa seperti jalan raya, jalan kereta api, jalan air dan lain-lain.

iii. Wujudnya pergerakan ulang-alik penduduk desa ke bandar yang mungkin terdiri daripada pekerja.

iv.  Wujudnya rangkaian pasar malam dan pasar tani tempat memasarkan produk desa.

Wujudnya agensi perkhidmatan kepada penduduk desa seperti pejabat daerah, pejabat tanah, mahkamah, pejabat agama, bank, pejabat pos dan lain-lain.

5. Dasar dan  Strategi /program pembangunan desa di Malaysia

i.                    Pembangunan In Situ
Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada
Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih baka baik, R & D biji benih sintetik oleh MARDI,klon getah.
Penternakan– baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi tinggi

ii.                  Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)
Matlamat – menyatukan pertanian dan menambah baik kemudahan prasarana
Menggalakkan pertumbuhan baru ekonomi berkaitan pertanian baru, industri asas tani dan sektor perkhidmatan. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

iii.                Pembangunan Wilayah
Dilaksanakan akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosioekonomi antara kawasan dalam negara dan meningkatkan sosioekonomi penduduk di wilayah mundur. Cth: Pertanian berkelompok atau mini estet di Mulong, Kelantan.




             





iv.                      Perindustrian desa

Tujuan – mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang, mempelbagaikan peluang pekerjaan, memajukan sepenuhnya tenaga rakyat terutama di kawasan pertanian yang kurang maju dan berpenduduk padat. Cth; industri asas tani dan kraftangan.


6. Fungsi/sumbangan  bandar kecil  kepada pembangunan sosioekonomi desa sekitar.

i.                    Fungsi pentadbiran – pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka

ii.                  Fungsi Perniagaan – rangkaian kedai runcit, Pasar Raya Sinaran Kota

iii.                Fungsi Kewangan – ada pelbagai jenis bank seperti BSN, Maybank dll

      iv.        Fungsi Industri – industri elektronik, memproses getah, minyak sawit serta
                   IKS
      v.        Menyediakan kemudahan asas

7. Pembandaran kawasan  desa

i.  Pembandaran  desa bertujuan  untuk membandarkan kawasan-kawasan  desa.

ii. Yakni memodenkan dari aspek fasiliti dan kemudahan-kemudahan asas.

iii. Bertujuan  untuk  menyuntik ekonomi  setempat dan mengembangkan sosio-ekonominya.

iv. Kesannya aktiviti pemprosesan dan perkilangan dikembangkan

8. Perancangan desa  sebagai  pusat pertumbuhan.

i. Penduduk  juga mampu  menjalani kehidupan bandar tanpa perlu ke bandar.

ii. Contoh,pelbagai kemudahan kesihatan, jalan raya, pendidikan dan elektrik.

iii. Contoh, kawasan seperti Segi Tiga Jengka, Kelantan Selatan, Pahang Tenggara  dan Terengganu  Tengah.
iv.Selain aspek  infrastuktur, saiz  dan  fungsi  desa juga diambil kira.

v. Petempatan tertentu  dirancang agar menjadi pusat pertumbuhan wilayah yang lebih  luas dan petempatan kecil lain.
vi.Ia berfungsi sebagai “MULTI-FUNGSI” kepada kawasan sekitar.


9. Pengertian Bandar dan Pembandaran:
a.  Konsep :

Bandar :  petempatan   yang mempunyai saiz yang lebih besar,    dan kepadatan  penduduk yang lebih tinggi drpd luar bandar, pola pekerjaan bukan
bercorak pertanian, mempunyai jaringan perhubungan yang padat dan
sibuk, deretan bangunan yang tinggi.

Pembandaran:  proses perkembangan sesebuah pekan menjadi bandar dari segi
keluasan, jumlah penduduk, prasarana, pendapatan pengurusan dan budaya penduduk

10. Mengenal Pasti Jenis Bandar Berdasarkan Jumlah Penduduk:

i.     Bandar kecil                  
       Mempunyai penduduk  antara  2,500 – 25,000
 ii.  Bandar satelit
Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk dan          berada  di bawah lingkungan pengaruh bandar induk. Cth Petaling Jaya kpd K. Lumpur.
iii.   Bandar Raya/metripolitan       
Penduduk melebihi daripada  satu juta orang
v.    Megalopolis        
Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis  dan    mempunyai penduduk melebihi 10 juta org.

11. Maksud proses urbanisasi/pembandaran.

“Satu  proses  perubahan  masyarakat, stuktur  ekonomi & fizikal dalam satu  kawasan  asalnya  bersifat desa kepada bandar”.

Proses  pembandaran  mampu  dikenal  pasti:
  1. Pertumbuhan/perkembangan bandar-pertambahan jumlah penduduk.
  2. Migrasi  desa-bandar.
  3. Perluasan dan  perkembangan guna tanah bandar.
  4. Kemudahan-kemudahan sosial dan  kemudahan  infrastuktur.







              


12. Tahap perkembangan pembandaran di Malaysia.

a. Selepasmerdeka, trend pembandaran dinegara Malaysia     semakin meningkat dan ini
dapat dilihat melalui pertambahan bandar

Tahun
JumlahPenduduk
% PendudukBandar
BilanganBandar
1970
8 810 000
28.7
49
1980
13 136 109
34.2
67
1991
17 563 420
50.7
129
2000
22 202 614
61.8
138


c.  Contoh tumpuan utama pembandaran dipantai baratS ’jungM’sia:
       LembahKlang-PulauPinang -Johor Bahru–Seremban-LembahKinta

d.   Contoh tumpuan utama pembandaran dipantait imur S’jung M’sia:
      Kota Bharu–Kuantan–Kuala Terengganu

e.  Contoh tumpuan utama pembandaran diSabah & S’wak:
      Lebihtertumpudiibunegeridanbandar-bandarutama

13. Faktor-faktor  yang mempengaruhi  perkembangan Bandar.

Terdapat beberapa faktor mempengaruhi perkembangan bandar iaitu :

·   Kemajuan industri perkilangan
·   Tumpuan kerja sektor perkhidmatan
·   Pemusatan fungsi sosial
·   Pertambahan penduduk bandar secara semula jadi
·   Kemajuan teknologi pengangkutan

14. Maksud Bandar primat.

Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di Thailand dan
Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat berganda-ganda besarnya (5
kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau tidak dpt
ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini menyebabkan
berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran, kemudahan
sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses pembandaran serta
migrasi bandar secara memusat ke bandar utama.




                
Kuliah :                                           Tarikh:

15. Kesan-kesan  akibat kewujudan bandar primat   kesan terhadap persekitaran manusia  dan fizikal .


1.  Masalah pencemaran persekitaran seperti pencemaran air,udara dan daratan akibat pembuangan sisa-sisa domestik, sisa kilang dan kenderaan. Konurbasi akan melibatkan pertambahan penduduk, pertambahan kilang dan sumber kenderaan. Justeru itu  pelbagai bahan pencemar dilepaskan khususnya ke atas sumber-sumber air dan udara. Sungai dan tasik tercemar, udara diselaputi gas-gas seperti karbon monoksida, sulfur, hidrokarbon dan partikel-partikel terampai yang lain.

2.   Masalah tanah . Saiz tanah menjadi semakin sempit, nilai hartanah menjadi semakin mahal akibat persaingan pelbagai guna tanah di pinggir bandar untuk kediaman, industri, ruang niaga dan sebagainya. Golongan berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah. Ini mendorong kepada kewujudan petempatan-petempatan setinggan khususnya di kawasan pinggir-pinggir bandar.

3.   Masalah kesesakan. Penduduk bandar bertumpu untuk tinggal di pinggir-pinggir bandar tetapi masih bekerja di pusat bandar. Masalah kesesakan berlaku di jalan-jalan  masuk ke pusat bandar pada waktu pagi (pergi kerja) dan juga petang (pulang dari kerja). Di Kuala Lumpur jalan-jalan menuju ke pusat bandar biasanya adalah sesak pada waktu-waktu tersebut seperti di Jalan Kucing, Tol Sungai Besi, Jalan Ampang, Jalan Cheras dan lain-lain lagi.

4.     Masalah sosial. Seperti peningkatan kadar jenayah serta merebaknya pelbagai jenis penyakit. Pertambahan penduduk, persaingan pekerjaan dan pengganguran boleh mempercepatkan kadar jenayah seperti merompak dan menyamun. Di kawasan setinggan pula pelbagai penyakit berjangkit seperti denggi dan taun cepat merebak kerana persekitaran yang kotor dan tidak terurus.

          
                                                                                                                                                              













16. Maksud Sub bandar, rebakan bandar,  dan konurbasi bandar.

1. Subbandar
Merujuk kpd kws pinggir bandar yg menjadi penyokong kpd pusat bandar. Terdiri dari bandar-bandar baru pinggir bandar. Cth, Cheras, Gombak, Selayang, Ampang subbandar kpd K. Lumpur.

2. Rebakan Bandar
Satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dr kws pusat bdr ke pinggir bdr. Dikaitkan juga dgn istilah limpahan pembandaran.

3.Kornubasi bandar:
Proses penggabungan beberapa buah bandar berdekatan dalam sesuatu kawasan atau wilayah perbandaran yang besar seperti bandar Shah Alam Bercantum dgn Petaling Jaya.



17. Faktor-faktor yang mempengaruhi proses konurbasi.
                                                                                                                                              

Terdapat beberapa sebab fenomena konurbasi bandar berlaku di Asia Tenggara. Fenomena tersebut melibatkan bandaraya utama (ibu negara) dengan bandar sekitar yang berdekatan dengannya. Antara sebabnya ialah:

1.   Faktor keletakan bandar yang berhampiran antara satu sama lain. Jarak antara bandar yang dekat ini akan mempercepatkan penggabungan sempadan apabila berlakunya rebakan di bandar-bandar yang berhampiran itu. Misalnya Petaling Jaya adalah jiran kepada Kuala Lumpur manakala Shah Alam pula adalah jiran kepada Petaling Jaya. Apabila bandar-bandar ini berkembang maka tidak hairanlah jika ia mudah bercantum kerana jaraknya yang begitu dekat dan mungkin hanya disempadani dengan jalan raya atau lebuh raya sahaja.

2.  Kewujudan sistem pengangkutan seperti lebuh raya, jalan raya, jalan keretapi dan lain-lain menghubungkan antara bandar-bandar tersebut yang akan memudahkan/memangkinkan lagi proses rebakan dan limpahan pembandaran. Rangkaian pengangkutan yang baik jelas sekali memainkan peranan utama mempercepatkan penggabungan kerana ia menghubungkan pusat-pusat bandar berkenaan dengan cepat dan pantas. Ketersampaian menjadi lebih mudah dan dekat. Pada lazimnya ke arah mana sistem pengangkutan berkembang maka petempatan dan zon-zon guna tanah yang lain juga turut berkembang selari dengan arah perkembangan jalan pengangkutan tersebut. Dengan itu zon-zon pinggir bandar/sempadan semakin cepat bergabung.



            

3.  Pembangunan perindustrian yang pesat di zon-zon pinggir bandar/sub bandar yang menyebabkan proses pembandaran yang cepat pula dialami oleh zon berkenaan sehingga ia boleh bercantum dengan pinggir bandar yang lain. Zon-zon industri biasanya diletakkan di pinggir bandar. Apabila masing-masing bandar melokasikan kawasan industrinya di pinggiran maka mudahlah kawasan pinggiran tersebut berkembang dan bercantum.

4.  Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat sehingga ruang bandar padat dan tepubina. Justeru kawasan-kawasan kediaman berkembang dengan cepat di pinggir-pinggir  bandar yang akan diikuti pula oleh perkembangan kemudahan pembandaran/tumbuhnya sub-sub bandar. Di Selangor misalnya kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur seperti di Sri Kembangan, Ampang, Cheras begitu pantas berkembang dengan kawasan perumahan sehingga ia menjadi sub-sub bandar yang bergabung dan mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri.

5.  Dasar kerajaan seperti untuk mengurangkan kepadatan dan kesesakan di bandar-bandar utama, memajukan/menyebarkan pembangunan ke pinggir bandar, mewujudkan bandar-bandar satelit, bandar-bandar baru yang kelak akan berkembang dan bercantum dengan sempadan bandar lain. Bandar-bandar baru diwujudkan dengan pelbagai sebab. Selain untuk mengurangkan kesesakan penduduk di bandar utama ia juga disediakan sebagai bandar industri, bandar pentadbiran,bandar pendidikan dan lain-lain lagi. Misalnya Petaling Jaya dan Shah Alam sebagai bandar Industri dan petempatan manakala Putra Jaya sebagai bandar pentadbiran. Zon-zon pinggiran bandar-bandar ini kelak akan berkembang seterusnya boleh bergabung dengan bandar induknya.