Memaparkan catatan dengan label SOALAN LATIHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOALAN LATIHAN. Papar semua catatan

28 Oktober, 2017

SOALAN RAMALAN PENGGAL 3 2017

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[20 markah]

1        a)      Nyatakan dua jenis ekosistem                                                                              [2]

a1      ekosistem daratan

a2      ekosistem ekuatik

Mana-mana 2 X 1m = 2m


b)      Huraikan dua fungsi sesebuah ekosistem kepada ekologi                                   [4]

b1     Fungsi aliran tenaga- iaitu perubahan bentuk tenaga dalam ekosistem yang berpunca daripada matahari

b2     Fungsi kitar nutrien – iaitu kitar oksigen, kitar nitrogen, kitar karbon dan
         kitar kalsium

Mana-mana 2 X 2m = 4m

c)       Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu ekosistem pertanian    [4]

c1      Aktiviti perindustrian – pengaliran sisa toksid – keasidan tanah dan air makin bertambah

c2      Aktiviti pertanian- penggunaan baja dan racun secara berlebihan

c3      Aktiviti penternakan – perkumuhan dan najis haiwan

c4      Penambakan- pembangunan kawasan pertanian

c5      Aktiviti perlombongan- pengaliran kelodak dan lumpur ke kawasan pertanian
                       
            Mana-mana 2 x 2m = 4m



2        a)       Apakah yang dimaksudkan dengan interaksi antara sistem                                [2]
Saling kebergantungan antara satu sistem dengan satu sistem yang lain yang boleh mengganggu dan mengubah alam sekitar fizikal dan manusia yang berlaku secara berterusan                     
                       

b)      Bagaimanakah aktiviti penyahhutanan memberi kesan  kepada fenomena cuaca dan iklim                                                                                    [4]
b1     Peningkatan suhu
b2     Pengurangan kelembapan udara
b3     Halaju angin permukaan semakin meningkat
b4     Jumlah hujan makin berkurangan
b5     Pembentukan litupan awan semakin berkurangan
b6     Tekanan udara semakin rendah
            Mana- mana 2 x 2m = 4m

c)       Jelaskan kaedah  pemuliharaan dalam mengekal hutan di Malaysia                    [4]
c1      Penanaman semula hutan
c2      Silvikultur – merawat pokok-pokok yang berpenyakit
c3      R & D -  penyelidikan hutan         
c4      Ladang hutan-  penanaman pokok dalam bentuk hutan kekal
c5      Pendidikan
c6      Kempen
Mana-mana 2 X 2m = 4m









BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
[20 markah]
Jawab semua soalan

3.             a)      Berikan maksud pencemaran udara merentas sempadan.                                      [2]
Pencemaran udara merentas sempadan bermaksud kehadiran bahan pencemar seperti gas, habuk, debu dan zarah   ( 1m ) yang melintasi sempadan sesebuah negara ( 1m ). Contohnya kejadian jerebu yang berpunca dari Indonesia tersebar sehingga ke Malaysia dan Singapura.

b)             Bagaimanakah aktiviti perindustrian telah memberikan kesan negatif kepada unsur-unsur cuaca dan  iklim bandar.                                                                                   [4]

Pernyataan
Huraian
b1         Mengeluarkan asap dan gas   
             beracun
·         Peningkatan suhu
·         hujan asid
·         kelembapan udara rendah
b2         Pembebasan haba
·         kekerapan hujan berlaku
·         suhu meningkat
·         tekanan udara rendah
·         kekerapan  angin kencang
b3        Mengeluarkan debu, habuk
·         suhu meningkat
·         kelembapan udara berkurang
1 Fakta + 1 huraian = 2m)
Mana-mana 2 X 2m = 4m



c)             Cadangkan dua langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengurang-kan kesan aktiviti perindustrian terhadap persekitaran fizikal bandar.                   [4]
c 1     Menempatkan industri ke kawasan luar bandar
c2      Mengawal pelepasan asap dengan menapis dan meninggikan serombong
c3      Mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum dan arang batu
c4      Menanam pokok untuk memerangkap habuk
c5      Kempen kesedaran – melalui media cetak dan elektronik – meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar
c6      Pendididkan Alam Sekitar – sekolah rendah dan menengah- mata pelajaran geografi, pendidikan moral, sains dan pendidikan sivik dan kenegaraan
Mana-mana 2 X 2m = 4m

4      a)      Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar?                                  [3]
Pengurusan alam sekitar ialah usaha merancang dan mengawal selia alam sekitar melalui usaha pengenalpastian keupayaan menampung alam sekitar kea rah mencapai pembangunan berterusan.


b)             Jelaskan satu tema kerjasama antarabangsa dalam konteks pembangunan lestari. [3]

Isi Utama
Tema
Huraian
Persidangan Stockholm
Persekitaran Manusia
·        Kesepakatan melindungi kelestarian
·        Pendekatan global dalam penyelesaian isu kemerosotan alam sekitar
Persidangan Rio
Alam Sekitar & Pembangunan
·        Tindakan bersama demi menjamin kehidupan berkualiti.
·        Pembangunan yang mengambil kira alam sekitar & menyediakan hak yg sama utk generasi kini & akan datang
Persidangan Johanesburg
Pembangunan Berterusan
·        Ke arah keadilan sosial & persekitaran untuk semua golongan manusia
·        Meningkatkan usaha pembangunan lestari
·        Mengurangkan kerosakan alam sekitar
Protokol Montreal
Penipisan Lapisan Ozon
·        Melindungi alam sekitar daripada kesan penipisan lapisan ozon
·        Menghentikan penggunaan bahan CFC secara berperingkat
Protokol Kyoto
Pemanasan Global
·        Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang mengancam dunia
Deklarasi Langkawi
Pengurusan Alam Sekitar
·        Mengawal & mengatasi masalah pencemaran
·        Penglibatan organisasi antarabangsa untuk menyelaras strategi mengawal & mengatasi masalah pencemaran
Persidangan Bali
Persidangan Perubahan Iklim
·        Bantuan teknologi & kewangan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau
Mana-mana 1 X 3m = 3m

c)           Jelaskan dua kepentingan kerjasama antarabangsa untuk menangani isi-isu alam sekitar.                                                                                                                     [4]

Isi Utama
Huraian
Markah
c1- kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi masalah global
- kemerosotan alam sekitar bukan lagi isu tempatan
-perlu kerjasama setiap Negara


2
c2- penjagaan alam sekitar secara global
- penglibatan semua negara dalam    kerjasama
-penggunaan teknologi moden dan    mesra alam


2
c3- meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pembangunan berterusan
- program pembangunan PBB
- kempen kesedaran secara global


2


Mana-mana 2 X 2m = 4m

12 Januari, 2016

SOALAN -SOALAN TEMA ATMOSFERA

A. KONSEP. STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep atmosfera (3m)

2. Jelaskan perbezaan di antara lapisan troposfera dengan lapisan stratosfera (4m)

3. Mengapa lapisan troposfera penting kepada hidupan (4)

4. Jelaskan bagaimana manusia mengubah kandungan atmosfera (6)

5. Huraikan bagaimana lapisan mesosfera melindungi permukaan bumi (2)

6. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegarh peribaahan kandungan atmosfera yang disebabkan oleh aktiviti manusuia (6)

27 Oktober, 2015

SALING BERGANTUNG ANTARA SISTEM

Jawapan Tema 6          Saling Kebergantungan Sistem

Soalan 1

(a)          Interaksi antara sistem ialah saling kebergantungan antara satu sistem dengan satu sistem yang lain. Interaksi ini boleh mengganggu dan mengubah alam sekitar          fizikal dan alam sekitar manusia. Gangguan tersebut akan mendatangkan kesan            baik dan kesan buruk.                                                                                         (5m)
(b)         Dua contoh interaksi antara sistem ialah:
§  Antara sistem hidrologi dengan sistem geomorfologi:
            Melibatkan proses gondolan yang merangkumi proses luluhawa, proses                         pergerakan jisim dan  proses hakisan.
§  Antara sistem geomorfologi  dengan sistem atmosfera:
             Lihat pada beberapa kesan akibat kejadian letusan gunung berapi.            (8m)
(c)          Kesan interaksi antara sistem:
§  Kejadian hujan asid
§  Kenaikan suhu secara global
§  Kejadian musim sejuk tersejuk
§  Kejadian hakisan tanah
§  Kejadian tanah runtuh
Kejadian banjir musiman       

Soalan 2

(a)          Empat contoh berlakunya interaksi antara sistem hidrologi dengan sistem    geomorfologi:
§  Luluhawa pengoksidaan
§  Kejadian aliran lumpur
§  Kejadian banjir
§  Kejadian kesotan                                                                                          (4m)
(b)        Bagaimana interaksi tersebut berlaku:
§  Proses pengoksidaan amat berkesan di kawasan tropika dan menghasilkan pembentukan tanih laterit yang subur. Air hujan yang mengandungi H2O akan menyebabkan berlaku tindak balas pengoksidaan di mana mineral besi dalam tanah di kawasan tersebut akan dioksidakan menjadi besi oksida.
§  Tanah runtuh di cerun lebuh raya dan cerun bukit yang dibina petempatan kerap kali berlaku di Malaysia. Kejadian tanah runtuh biasanya berlaku  di kawasan cerun yang mengalami kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan dan akibat hujan lebat, sama ada semasa hujan lebat ataupun selepas hujan lebat.
§    Kejadian aliran lumpur berlaku apabila air hujan yang turun dengan banyaknya bercampur dengan tanah yang terdapat di cerun bukit tanpa litupan tumbuh-tumbuhan dialirkan menuruni cerun dengan laju dan deras serta mampu memusnahkan apa sahaja yang ditemui dan dilaluinya.
Proses kesotan tanih pula melibatkan cerun landai yang telah tepu dengan air hujan. Oleh kerana cerunnya yang landai, gerakannya agak perlahan dan berlaku dalam jangka masa yang lama. Lama kelamaan baru boleh dilihat 


§  dengan mata kasar apabila terdapat tiang dan pokok yang condong di cerun-cerun bukit yang landai.                                                                                  (12m)
(c)       Empat kesan interaksi antara sistem hidrologi dengan sistem  geomorfologi  terhadap  alam sekitar:
§  Kesuburan tanih meningkat
§  Kemusnahan harta benda dan nyawa manusia
§  Kemusnahan kemudahan asas dan awam
§  Sistem pengangkutan terputus                                                                (9m)

Soalan 3

(a)                      Sistem-sistem yang terganggu akibat kebakaran hutan dan contohnya:
§   Sistem atmosfera - kejadian jerebu
§   Sistem geomorfologi - peningkatan kadar hakisan tanah.
§   Sistem hidrologi - kejadian banjir.                                                         (6m)

(b)         Tiga contoh gangguan tersebut berlaku ialah:
§  Kejadian jerebu – ruang atmosfera dipenuhi partikal halus (debu) dan asap daripada kebakaran hutan menghalang penglihatan manusia dan pelepasan haba ke angkasa serta haba matahari ke bumi. Akibatnya, suhu      meningkat dan udara kering serta tercemar.
§  Peningkatan kadar hakisan tanah – permukaan tanah akan dihakis oleh air mengalir kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan disebabkan oleh kebakaran hutan. Akar-akar pokok tidak lagi dapat memegang tanah dan menghalangnya daripada terhakis.
§  Kejadian banjir – tanah yang dihakis akan mengalir bersama air hujan ke alur sungai. Alur sungai akan dipenuhi tanah dan semakin cetek. Kesannya, air akan melimpah keluar tebing kerana tidak dapat lagi mengalir di alur yang telah penuh dengan tanah tadi. Limpahan air ini akan mengakibatkan terbentuknya kejadian banjir.                              (7m)

(c)          Tiga kesan gangguan terhadap alam sekitar:
§    Gangguan kepada sistem pengangkutan  dan perhubungan. Keadaan ini mengganggu kegiatan harian manusia. Penduduk sukar untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang dikehendakinya, misalnya untuk ke tempat kerja, sekolah dan membeli belah.
§    Menjejaskan kegiatan ekonomi  negara di mana semua sektor ekonomi terpaksa ditutup buat sementara waktu, misalnya sektor perkilangan dan pembinaan. Keadaan ini akan menjejaskan dan mengurangkan produktiviti pengeluar. Keadaan bertambah teruk jika pihak kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan berlakunya kejadian jerebu.
§    Masalah dari segi kesihatan kepada penduduk. Golongan yang berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan ialah kanak-kanak dan warga emas. Antara penyakit yang kerap kali meningkat pada masa ini ialah lelah, sesak nafas,  radang paru-paru dan sakit mata yang berair.
    (6m)
   (d)    Tiga langkah mengurangkan gangguan:
§  Kuat kuasa  undang-undang
Akta Kualiti Alam  Sekeliling 1974 telah dipinda dan diwartakan pada
1 Julai 1998 ekoran daripada masalah  jerebu  yang berpunca daripada masalah kebakaran hutan.
§  Kerjasama sesama negara jiran
Kejadian jerebu di Malaysia, kesan daripada kebakaran hutan di Kalimatan dan Sumatera. Pasukan bomba dari Malaysia telah dihantar ke sana untuk memadam api atas semangat setiakawan dan hidup berjiran.
§  Kempen kesedaran dan pendidikan
Peranan ini boleh dimainkan oleh pihak media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar. Media massa boleh merayu, menyeru, dan mendidik masyarakat supaya  bersikap tanggung jawab demi memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terus tercemar.                                (6m)

Soalan 4

(a)          Banjir ialah satu kejadian di mana permukaan bumi dipenuhi air dalam jangka masa tertentu akibat daripada kejadian hujan lebat yang berpanjangan dan           limpahan air sungai. Keadaan tanih di sekitar kawasan tersebut pula telah tepu        dengan air.                                                                                                    (5m)
(b)         Punca berlakunya berlakunya banjir:       
§  Jumlah hujan yang lebat dan berpanjangan
§  Kekurangan kawasan tadahan air akibat kemusnahan hutan
§  Alur sungai cetek
§  Tanih yang tepu dengan air                                                                    (4m)
      (c)      Empat kesan berlakunya banjir terhadap alam sekitar:
§  Kemusnahan harta benda
§  Kehilangan nyawa
§  Sistem perhubungan dan pengangkutan terjejas
§  Kemusnahan kawasan pertanian                                                            (8m)
      (d)       Empat langkah bagi mengurangkan risiko akibat banjir:
§  Mewartakan taman negara dan hutan simpan
§  Mengorek dan mendalamkan sungai
§  Penyenggaraan sistem perparitan dan saliran
§  Perangkap sampah dipasang di hujung saluran longkang                       (8m)

Soalan 5
                  
(a)    Maksud konsep pemeliharaan dan pemuliharaan:
§  Pemeliharaan bermaksud usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk melindungi alam sekitar yang sedia ada daripada musnah supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
§  Pemuliharaan bermaksud usaha memulihkan  alam sekitar yang telah diterokai dan dicemari daripada terus musnah dan lenyap begitu sahaja tanpa boleh diwarisi oleh generasi akan datang.                                                                                                             (6m)
(b)        Tiga contoh bagi setiap konsep:
§   Contoh pemeliharaan:
-  Mewartakan taman negara
-  Mewartakan hutan simpan
-  Akta Perhutanan
§   Contoh pemuliharaan
 -  Projek ladang hutan
 -  Penebangan terpilih
 -  Penanaman semula                                                                              (6m)
(c)        Langkah perundangan dan bukan perundangan bagi mengurangkan masalah     alam sekitar
§   Langkah perundangan:
       - Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974)
       - Akta Jalan, Parit, dan Bangunan (1974)
                         - Akta Kerajaan Tempatan (1976)
§  Langkah bukan perundangan:
      - Kempen oleh badan kerajaan (NGO)
      - Kaedah  kejuruteraan
      - Usaha komuniti masyarakat