TRANSFORMASI
DESA DAN PEMBANDARAN
1. Maksud Transformasi Desa.
Proses perubahan
yg berlaku kepada kwsn luar bandar. Proses ini boleh dirancang dan dilaksanakan
secara bertujuan atau blh berlaku sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini
berlaku dr bebrp aspek. Kwsn desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan
kepadatan penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh berubah
dr hanya bergantung kpd pertanian kpd
melakukan kerja-kerja bukan tani di kwsn desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg
lbh baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan awam yg lbh
selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih digemari dan migrasi ke bandar berkurangan.
2.
Petunjuk /Indikator pembangunan yang dialami
oleh sesebuah desa.
i.
Peningkatan KDNK perkapita
penduduk.
- Pendapatan penduduk meningkat.
ii. Peningkatan % tenaga kerja dalam ekonomi
moden di desa.
-
Cth sektor perindustrian dan perkhidmatan
iii. Peningkatan kemudahan asas.
-
Bekalan elektrik, telekomunikasi/perhubungan
iv. Peningkatan kuasa beli, pemilikan barangan,
dan tabungan penduduk.
- pembelian barang-barang keperluan
v. Peningkatan kualiti pendidikan.
- berpendidikan tinggi/berkemahiran
vi. Peningkatan darjah
kesampaian.
-
Mudah dihubungi melalui jalanraya, perhubungan
vii. Peningkatan kemudahan dan
perkhidmatan sosial.
-
Kemudahan hospital/ klinik/rekreasi
3.
Faktor-faktor yang mempengaruhi
pembangunan sesebuah desa/Bagaimana sesebuah desa menjadi Bandar.
i. Potensi Sumber Alam
- Sumber
mineral cth KL, Ipoh, Seremban berkembang berasaskan sumber bijih timah
- Sumber alam
sekitar fizikal cth Langkawi mempunyai pantai, pulau dan air terjun yang menarik
ii. Perkembangan ekonomi moden
- Desa
berkembang kesan perkembangan sektor ekonomi moden seperti perniagaan,
perkhidmatan, perindustrian
- Cth bandar
Raub, Bentong Kuala Lipis, Kuala Lipis di Pahang berkembang kerana perniagaan
dan perkhidmatan
iii. Tapak yang strategik
- Desa
berkembang apabila lokasi dan kedudukannya sesuai dan strategik untuk aktiviti
perdagangan, pelabuhan dan persinggahan yang membuka banyak peluang ekonomi
-Cth pelabuhan
Pulau Pinang, pelabuhan Kelang. Bandar Gemas, Grik dan Johor Baharu untuk
persinggahan
iv. Tarikan fizikal yang
menarik
- Desa mempunyai
tarikan semulajadi yang menarik seperti Port Dickson, Bandar Kuah di
Langkawi, Bandar Goh Tong di Genting
Highland
-Tarikan
fizikal menjadi faktor utma pembangunan eko pelancongan
v. Polisi kerajaan
- Memajukan
kawasan Desa yang berpotensi sebagai pusat pertumbuhan sosio ekonomi sokongan kepada bandar sedia ada
-Membangunkan
bandar-bandar baru agar wilayah yang baru dibuka terus berkembang
4. Saling kebergantungan /interaksi .
(a) Desa – Bandar (Huraian dan contoh)
i. Wujudnya
rangkaian kedai runcit di desa yang mana barangannya dibekalkan oleh pembekal
dari bandar.
ii. Wujudnya sistem dan jaringan pengangkutan antara
bandar dan desa seperti jalan raya, jalan kereta api, jalan air dan lain-lain.
iii. Wujudnya pergerakan ulang-alik penduduk desa ke
bandar yang mungkin terdiri daripada pekerja.
iv. Wujudnya
rangkaian pasar malam dan pasar tani tempat memasarkan produk desa.
Wujudnya agensi perkhidmatan kepada penduduk desa seperti
pejabat daerah, pejabat tanah, mahkamah, pejabat agama, bank, pejabat pos dan
lain-lain.
5.
Dasar dan Strategi /program pembangunan
desa di Malaysia
i.
Pembangunan In Situ
Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada
Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih baka
baik, R & D biji benih sintetik oleh MARDI,klon getah.
Penternakan– baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi tinggi
ii.
Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)
Matlamat – menyatukan pertanian dan menambah baik kemudahan prasarana
Menggalakkan pertumbuhan baru ekonomi berkaitan pertanian baru, industri
asas tani dan sektor perkhidmatan. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
iii.
Pembangunan Wilayah
Dilaksanakan
akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosioekonomi antara kawasan
dalam negara dan meningkatkan sosioekonomi penduduk di wilayah mundur. Cth:
Pertanian berkelompok atau mini estet di Mulong, Kelantan.
iv.
Perindustrian desa
Tujuan –
mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang, mempelbagaikan peluang
pekerjaan, memajukan sepenuhnya tenaga rakyat terutama di kawasan pertanian
yang kurang maju dan berpenduduk padat. Cth; industri asas tani dan kraftangan.
6. Fungsi/sumbangan bandar kecil
kepada pembangunan sosioekonomi desa sekitar.
i.
Fungsi pentadbiran – pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka
ii.
Fungsi Perniagaan – rangkaian kedai runcit, Pasar Raya Sinaran Kota
iii.
Fungsi Kewangan – ada pelbagai jenis bank seperti BSN, Maybank dll
iv. Fungsi Industri – industri elektronik,
memproses getah, minyak sawit serta
IKS
v. Menyediakan kemudahan asas
7.
Pembandaran kawasan desa
i. Pembandaran desa bertujuan untuk membandarkan kawasan-kawasan desa.
ii. Yakni memodenkan dari aspek fasiliti dan
kemudahan-kemudahan asas.
iii. Bertujuan
untuk menyuntik ekonomi setempat dan mengembangkan sosio-ekonominya.
iv. Kesannya aktiviti pemprosesan dan perkilangan
dikembangkan
8.
Perancangan desa sebagai pusat pertumbuhan.
i. Penduduk
juga mampu menjalani kehidupan
bandar tanpa perlu ke bandar.
ii. Contoh,pelbagai kemudahan kesihatan, jalan raya,
pendidikan dan elektrik.
iii. Contoh, kawasan seperti Segi Tiga Jengka,
Kelantan Selatan, Pahang Tenggara dan
Terengganu Tengah.
iv.Selain aspek
infrastuktur, saiz dan fungsi
desa juga diambil kira.
v. Petempatan tertentu dirancang agar menjadi pusat pertumbuhan
wilayah yang lebih luas dan petempatan
kecil lain.
vi.Ia berfungsi sebagai “MULTI-FUNGSI” kepada
kawasan sekitar.
9. Pengertian Bandar dan Pembandaran:
a. Konsep :
Bandar :
petempatan yang mempunyai saiz
yang lebih besar, dan kepadatan penduduk yang lebih tinggi drpd luar bandar,
pola pekerjaan bukan
bercorak pertanian, mempunyai jaringan perhubungan yang
padat dan
sibuk, deretan bangunan yang tinggi.
Pembandaran:
proses perkembangan sesebuah pekan menjadi bandar dari segi
keluasan, jumlah penduduk, prasarana, pendapatan
pengurusan dan budaya penduduk
10. Mengenal Pasti Jenis Bandar Berdasarkan Jumlah
Penduduk:
i. Bandar kecil
Mempunyai
penduduk antara 2,500 – 25,000
ii. Bandar satelit
Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak
jauh dari bandar induk dan berada di bawah lingkungan pengaruh bandar induk.
Cth Petaling Jaya kpd K. Lumpur.
iii. Bandar Raya/metripolitan
Penduduk melebihi daripada satu juta
orang
v. Megalopolis
Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis dan
mempunyai penduduk melebihi 10 juta org.
11. Maksud proses urbanisasi/pembandaran.
“Satu proses
perubahan masyarakat, stuktur ekonomi & fizikal dalam
satu kawasan asalnya
bersifat desa kepada bandar”.
Proses
pembandaran mampu dikenal
pasti:
- Pertumbuhan/perkembangan bandar-pertambahan jumlah penduduk.
- Migrasi desa-bandar.
- Perluasan dan perkembangan guna tanah bandar.
- Kemudahan-kemudahan sosial dan kemudahan infrastuktur.
12.
Tahap perkembangan pembandaran di Malaysia.
a. Selepasmerdeka, trend pembandaran dinegara Malaysia semakin meningkat dan ini
dapat dilihat melalui pertambahan bandar
Tahun
|
JumlahPenduduk
|
% PendudukBandar
|
BilanganBandar
|
1970
|
8 810 000
|
28.7
|
49
|
1980
|
13 136 109
|
34.2
|
67
|
1991
|
17 563 420
|
50.7
|
129
|
2000
|
22 202 614
|
61.8
|
138
|
c. Contoh tumpuan utama
pembandaran dipantai baratS ’jungM’sia:
LembahKlang-PulauPinang -Johor
Bahru–Seremban-LembahKinta
d. Contoh tumpuan utama pembandaran dipantait
imur S’jung M’sia:
Kota Bharu–Kuantan–Kuala Terengganu
e. Contoh tumpuan utama pembandaran diSabah
& S’wak:
Lebihtertumpudiibunegeridanbandar-bandarutama
13.
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Bandar.
Terdapat
beberapa faktor mempengaruhi perkembangan bandar iaitu :
· Kemajuan
industri perkilangan
· Tumpuan
kerja sektor perkhidmatan
· Pemusatan
fungsi sosial
· Pertambahan
penduduk bandar secara semula jadi
· Kemajuan
teknologi pengangkutan
14.
Maksud Bandar primat.
Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di
Thailand dan
Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat
berganda-ganda besarnya (5
kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau
tidak dpt
ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini
menyebabkan
berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran,
kemudahan
sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses
pembandaran serta
migrasi bandar secara memusat ke bandar utama.
Kuliah : Tarikh:
15.
Kesan-kesan
akibat kewujudan bandar primat
kesan terhadap persekitaran manusia
dan fizikal .
1. Masalah pencemaran persekitaran seperti
pencemaran air,udara dan daratan akibat pembuangan sisa-sisa domestik, sisa
kilang dan kenderaan. Konurbasi akan melibatkan pertambahan penduduk,
pertambahan kilang dan sumber kenderaan. Justeru itu pelbagai bahan pencemar dilepaskan
khususnya ke atas sumber-sumber air dan udara. Sungai dan tasik tercemar,
udara diselaputi gas-gas seperti karbon monoksida, sulfur, hidrokarbon dan
partikel-partikel terampai yang lain.
2. Masalah tanah . Saiz tanah menjadi semakin
sempit, nilai hartanah menjadi semakin mahal akibat persaingan pelbagai guna
tanah di pinggir bandar untuk kediaman, industri, ruang niaga dan sebagainya.
Golongan berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah. Ini mendorong
kepada kewujudan petempatan-petempatan setinggan khususnya di kawasan
pinggir-pinggir bandar.
3. Masalah kesesakan. Penduduk bandar bertumpu
untuk tinggal di pinggir-pinggir bandar tetapi masih bekerja di pusat bandar.
Masalah kesesakan berlaku di jalan-jalan
masuk ke pusat bandar pada waktu pagi (pergi kerja) dan juga petang (pulang
dari kerja). Di Kuala Lumpur jalan-jalan menuju ke pusat bandar biasanya
adalah sesak pada waktu-waktu tersebut seperti di Jalan Kucing, Tol Sungai
Besi, Jalan Ampang, Jalan Cheras dan lain-lain lagi.
4. Masalah sosial. Seperti peningkatan
kadar jenayah serta merebaknya pelbagai jenis penyakit. Pertambahan penduduk,
persaingan pekerjaan dan pengganguran boleh mempercepatkan kadar jenayah
seperti merompak dan menyamun. Di kawasan setinggan pula pelbagai penyakit
berjangkit seperti denggi dan taun cepat merebak kerana persekitaran yang
kotor dan tidak terurus.
16.
Maksud Sub bandar, rebakan bandar, dan
konurbasi bandar.
17.
Faktor-faktor yang mempengaruhi proses konurbasi.
Terdapat
beberapa sebab fenomena konurbasi bandar berlaku di Asia Tenggara. Fenomena
tersebut melibatkan bandaraya utama (ibu negara) dengan bandar sekitar yang
berdekatan dengannya. Antara sebabnya ialah:
1. Faktor keletakan bandar yang berhampiran
antara satu sama lain. Jarak antara bandar yang dekat ini akan mempercepatkan
penggabungan sempadan apabila berlakunya rebakan di bandar-bandar yang
berhampiran itu. Misalnya Petaling Jaya adalah jiran kepada Kuala Lumpur
manakala Shah Alam pula adalah jiran kepada Petaling Jaya. Apabila
bandar-bandar ini berkembang maka tidak hairanlah jika ia mudah bercantum
kerana jaraknya yang begitu dekat dan mungkin hanya disempadani dengan jalan
raya atau lebuh raya sahaja.
2. Kewujudan sistem pengangkutan seperti lebuh
raya, jalan raya, jalan keretapi dan lain-lain menghubungkan antara
bandar-bandar tersebut yang akan memudahkan/memangkinkan lagi proses rebakan
dan limpahan pembandaran. Rangkaian pengangkutan yang baik jelas sekali
memainkan peranan utama mempercepatkan penggabungan kerana ia menghubungkan
pusat-pusat bandar berkenaan dengan cepat dan pantas. Ketersampaian menjadi
lebih mudah dan dekat. Pada lazimnya ke arah mana sistem pengangkutan
berkembang maka petempatan dan zon-zon guna tanah yang lain juga turut
berkembang selari dengan arah perkembangan jalan pengangkutan tersebut. Dengan
itu zon-zon pinggir bandar/sempadan semakin cepat bergabung.
3. Pembangunan perindustrian yang pesat di zon-zon
pinggir bandar/sub bandar yang menyebabkan proses pembandaran yang cepat pula
dialami oleh zon berkenaan sehingga ia boleh bercantum dengan pinggir bandar
yang lain. Zon-zon industri biasanya diletakkan di pinggir bandar. Apabila
masing-masing bandar melokasikan kawasan industrinya di pinggiran maka mudahlah
kawasan pinggiran tersebut berkembang dan bercantum.
4. Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat
sehingga ruang bandar padat dan tepubina. Justeru kawasan-kawasan kediaman
berkembang dengan cepat di pinggir-pinggir
bandar yang akan diikuti pula oleh perkembangan kemudahan
pembandaran/tumbuhnya sub-sub bandar. Di Selangor misalnya kawasan sekitar
bandaraya Kuala Lumpur seperti di Sri Kembangan, Ampang, Cheras begitu pantas
berkembang dengan kawasan perumahan sehingga ia menjadi sub-sub bandar yang
bergabung dan mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri.
5. Dasar kerajaan seperti untuk mengurangkan
kepadatan dan kesesakan di bandar-bandar utama, memajukan/menyebarkan
pembangunan ke pinggir bandar, mewujudkan bandar-bandar satelit, bandar-bandar
baru yang kelak akan berkembang dan bercantum dengan sempadan bandar lain.
Bandar-bandar baru diwujudkan dengan pelbagai sebab. Selain untuk mengurangkan
kesesakan penduduk di bandar utama ia juga disediakan sebagai bandar industri,
bandar pentadbiran,bandar pendidikan dan lain-lain lagi. Misalnya Petaling Jaya
dan Shah Alam sebagai bandar Industri dan petempatan manakala Putra Jaya
sebagai bandar pentadbiran. Zon-zon pinggiran bandar-bandar ini kelak akan
berkembang seterusnya boleh bergabung dengan bandar induknya.
|
Cikgu,dmana sy boleh dptkan pdf nota ni ya?
BalasPadamCikgu,dmana sy boleh dptkan pdf nota ni ya?
BalasPadamgood
BalasPadamsya nk cara memperkasakan perindustrian desa
BalasPadamGOOD
BalasPadamThanks you
BalasPadam