TEMA 5 :
SISTEM EKOLOGI
5.1 EKOLOGI DAN EKOSISTEM
Konsep
Ekologi
Ekologi merupakan satu kajian
tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitar. Terjadinya saling
kebergantungan di antara satu komuniti masing-masing dengan alam
persekitarannya.
Contohnya :
Mengkaji tentang hubungan manusia (komuniti
hidup) dengan alam seperti tanah untuk kediaman, air untuk minuman, udara untuk
pernafasan dan sebagainya.
Konsep
Ekosistem
Ekosistem merupakan satu sistem yang
melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa iaitu manusia, haiwan
dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang tidak bernyawa.
Komponen ekosistem
Terdiri daripada dua komponen utama iaitu :
1) Komponen Biotik (benda yang tidak bernyawa)
2) Komponen Abiotik (benda bernyawa)
KOMPONEN BIOTIK
Merangkumi benda-benda hidup yang
terdapat di dalam sesebuah ekosistem iaitu :
·
Manusia
·
Haiwan
·
Tumbuh-tumbuhan
·
Mikroorganisma
Komponen Biotik terbahagi kepada
Tiga Kumpulan Utama
1) Pengeluar
Pengeluar dikenali sebagai
tumbuh-tumbuhan. Ia mampu menghasilkan makanannya sendiri dengan bergantung
kepada alam persekitarannya yang tidak bernyawa seperti cahaya matahari,
nutrien dalam tanah, air dan lain-lain melalui proses fotosintesis.
2) Pengguna
Pengeluar merangkumi benda hidup selain
daripada tumbuh-tumbuhan iaitu manusia dan haiwan. Pengguna boleh dipecahkan
kepada 3 kumpulan iaitu :
i.
Pengguna Primer (Herbivor)
Pengguna primer merupakan pengguna yang
berada di tahap paling rendah / bawah biasanya merangkumi binatang yang hanya
memakan pengeluar iaitu tumbuh-tumbuhan. Contoh pengguna primer ialah ulat dan
belalang.
ii.
Pengguna Sekunder (Karnivor)
Pengguna sekunder merupakan haiwan yang
berada pada tahap kedua iaitu selepas pengguna primer. Ia biasanya akan
mendapat makanan dengan memakan pemgguna peringkat primer. Contoh : ayam
sebagai pengguna sekunder akan memakan ulat iaitu pengguna primer sebagai
makanannya.
iii.
Pengguna Tertier
Pengguna tertier merupakan pengguna
peringkat ketiga dan yang paling atas. Pengguna tertier akan menjadikan
pengguna sekunder sebagai makanannya. Contoh : burung helang akan memakan ayam
sebagai makanannya.
Pengguna juga bolah dikelaskan
kepada tiga kumpulan iaitu :
1.
Pengguna
Herbivor – merupakan binatang yang hanya akan memakan tumbuhan sahaja sebagai
makanannya. Contoh : ulat, belalang, kambing, lembu dan lain-lain.
2.
Pengguna
Karnivor – merupakan haiwan yang memakan daging sebagai makanannya. Contoh :
harimau, burung helang dan ular.
3.
Pengguna
Omnivor – merupakan haiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Contoh : manusia.
3) Pengurai
Pengurai merupakan agen saprofit iaitu
terdiri daripada bakteria, kulat dan cacing. Ia berperanan untuk mengurai
bahan-bahan organik seperti bangkai haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang
mana ia akan membebaskan nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen,
karbon, dan lain-lain. Nutrien-nutrien ini akan digunakan kembali oleh tumbuhan
bagi proses pembesarannya.
KOMPONEN ABIOTIK
Komponen abiotik terdiri daripada
benda-benda yang membentuk alam persekitaran di sekeliling seperti :
Cahaya matahari, air, udara dan mineral
dalam tanah. Kesemua unsur ini akan digunakan oleh kumpulan biotik dalam
pelbagai cara dan pelbagai keadaan.
Contohnya : hidupan air memerlukan air
untuk hidup dan udara dalam air diperlukan untuk bernafas.
JENIS EKOSISTEM
i)
Peringkat
Mikro
·
Tasik
·
Kolam
·
Bandar
·
Tanah
lembap
·
Tanah
tinggi
ii)
Peringkat
Makro
·
Daratan
·
Lautan
5.2 ALIRAN TENAGA DALAM RANTAIAN MAKANAN DAN SIRATAN
MAKANAN
Konsep
Rantaian Makanan
Rantaian makanan merujuk kepada
pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada
satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang satu hala.
Contoh : tumbuhan ----------
belalang ---------- ayam
---------- burung helang
(pengeluar) (pengguan pertama)
(pengguna kedua) (pengguna ketiga)
Konsep
Siratan Makanan
Siratan makanan merujuk kepada pemindahan
tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu jaringan yang kompleks yang terdiri
daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan dan berinteraksi.
Matahari
sebagai Punca Tenaga
Matahari merupakan punca utama tenaga dalam
rantaian makanan dan siratan makanan. Ini kerana tumbuhan (pengeluar) mendapat
tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis bagi
membolehkan proses pembesaran dilakukan. Tanpa tenaga dari matahari tumbuhan
tidak dapat menjalankan aktiviti pembesaran walaupun mendapat bekalan iaitu
air, tanah dan nutrien dalam tanah.
Di dalam ekosistem ia wujud secara saling
berkaitan. Sekiranya salah satu daripada komponen di dalam ekosistem terjejas,
ia akan mempengaruhi komponen yang lain. Sekiranya tumbuhan tidak mendapat
cahaya matahari, ia tidak dapat melakukan pembesaran dan akan mati. Apabila
tumbuhan mati, ia akan mempengaruhi pengguna yang memakan tumbuhan kerana
ketiadaan makanan akan menyebabkan pengguna primer akan mati apabila pengguna
pertama telah pupus, maka ia akan mengancam pengguna sekunder yang bergantung
hidup kepadanya dan begitulah seterusnya.
Contoh :
Tumbuhan
- mati
kerana tidak boleh melakukan
(rumput) proses
fotosintesis.
Pengguna primer - juga akan pupus kerana kekurangan
(belalang) makanan.
Pengguna sekunder - juga menghadapi masalah makanan
(ayam)
kerana makanan pengguna primer pupus.
Pengguna tertier - juga akan pupus kerana kekurangan
(helang)
makanan.
Sekiranya matahari adalah sumber tenaga di
dalam rantaian dan siratan makanan kerana ia membantu kepada perkembangan
pertumbuhan.
Matahari merupakan punca tenaga bagi semua
kehidupan.
Pengeluar
(tumbuhan) akan menggunakan cahaya matahari untuk
melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan karbohidrat, protein bagi
membantu proses pembesaran dan pembiakan. Ini menunjukkan tenaga haba dan
cahaya dipindahkan dari cahaya matahari kepada tumbuhan. 90% tenaga itu
hilang melalui proses tumbesaran, pernafasan dan lain-lain. 10% disimpan
dalam tisu badan (daun, akar, batang dan lain-lain).
Tumbuhan dimakan oleh pengguna
primer (ulat/belalang) bagi
menambahkan tenaga supaya ulat/belalang dapat bergerak, membesar dan membiak
dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar
kepada pengguna primer. 90% dari tenaga itu digunakan untuk pembesaran dan
10% disimpan.
Pengguna
primer (ulat/belalang) dimakan oleh pengguna sekunder (ayam) bagi
menambahkan tenaga supaya pengguna sekunder dapat bergerak, membesar dan
membiak dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan
dari pengguna primer kepada pengguna sekunder. 90% dari tenaga itu digunakan
untuk proses pembesaran dan 10% disimpan.
Pengguna
sekunder (ayam) dimakan oleh pengguna tertier (helang). Helang makan
ayam untuk mendapatkan tenaga supaya ia dapat bergerak, membesar dan membiak
dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna
sekunder kepada pengguna tertier. 90% dari tenaga itu digunakan untuk proses
pembesaran dan 10% disimpan.
Apabila semua organisma hidup ini mati,
berlakulah proses penguraian diurai
oleh bakteria pengurai seperti bakteria, cacing dan kulat. Organisma
pengurai mendapat tenaga kimia daripada pengeluar dan pengguna yang mati.
Proses ini menambah nutrien ke dalam tanah dan seterusnya digunakan
oleh pengeluar semula.
ARAS TROFIK
Aras
trofik merujuk kepada kedudukan organisma-organisma
yang dihubungkaitkan oleh tenaga dalam rantaian makanan di mana pengeluar pada
aras pertama, herbivor (pengguna primer) pada aras kedua, karnivor (pangguna
sekunder) pada aras ketiga dan omnivor (pengguna tertier) pada aras keempat.
Piramid
Aliran dan Kehilangan Tenaga.
Piramid
aliran bermaksud peringkat-peringkat atau tahap-tahap di dalam rantaian makanan dengan
bilangan organisma atau haiwan yang terlibat di dalam setiap peringkat.
Aliran tenaga dalam siratan makanan boleh
dilihat di dalam bentuk piramid kerana bilangan di setiap peringkat adalah
tidak sama. Bilangan pengeluar adalah
bilangan yang paling banyak dan berada di peringkat paling bawah di dalam piramid kerana bilangan pengeluar ini tidak
menggunakan tenaga yang terlalu banyak untuk terus hidup.
Selepas pengeluar, pengguna primer pula berada di lapisan kedua. Ini kerana bilangan
pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar tetapi lebih berbanding
dengan pengguna sekunder. Pengguna primer berada di atas pengeluar dalam
piramid menunjukkan pengguna primer memerlukan tenaga yang lebih berbanding
dengan pengeluar. Bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar
juga penting untuk memastikan pengguna primer mendapat makanan yang secukupnya.
Pada
peringkat ketiga piramid dihuni oleh pengguna sekunder. Bentuk piramid yang semakin mengecil
menggambarka bilangan pengguna sekunder ini sedikit berbanding dengan pengguna
primer. Pengguna sekunder berada di atas pengguna primer menggambarkan pengguna
sekundermemerlukan tenaga yang banyak berbanding dengan pengguna primer.
Bilangan penggunasekunder sedikit berbanding dengan pengguna primer penting untuk
memastikan supaya pengguna sekunder mendapat makanan yang secukupnya.
Pada
peringkat keempat atau puncak piramid dihuni oleh pengguna tertier. Ia berada di puncak menunjukkan tenaga yang diperlukan oleh
pengguna tertier ini sangat banyak berbanding dengan pengguna-pengguna yang
lain. Ruang yang kecil dan runcing menunjukkan bilangan pengguna ini adalah
sangat sedikit penting untuk memastikan pngguna tertier ini mendapat makanan
yang secukupnya.
Sebenarnya susunan di dalam piramid ini
penting kerana bertujuan untuk memastikan berlakunya keseimbangan dan penerusan
rantaian makanan di dalam satu-satu ekosistem.
Sekiranya bilangan pengguna sekunder dan
pengguna tertier lebih besar daripada pengguna primer dan pengeluar maka akan
berlaku ketakseimbangan di dalam sesebuah ekosistem
5.3
KITAR NUTRIEN
Konsep kitar nutrien
Kitaran bahan kimia / unsur kimia dalam
biosfera / sesebuah ekosistem berlaku secara berterusan melalui tiga fasa dalam
edaran yang lengkap (oksigen, karbon dan nitrogen)
a)
Kitar Nitrogen (dalam ekosistem pertanian)
·
Fasa atmosfera - nitrogen wujud di atmosfera sebagai gas yang
tidak boleh digunakan secara langsung oleh kebanyakan organisma. Nitrogen di
atmosfera muncul semasa kehadiran kilat, aktiviti perindustrian dan bakteria
pengurai nitrogen dan juga pembakaran hutan.
·
Fasa biosfera (manusia/ tumbuhan/ haiwan) - tumbuhan mendapat nitrogen
melalui akar dalam bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul
organik (asid ammonia, protein dan lain-lain). Nitrat ke dalam tanah juga
melalui bakteria pengikat nitrogen pada tumbuhan kekacang. Nitrat ini diserap
oleh akar tumbuhan seterusnya tumbuhan dimakan oleh haiwan. Bahan kumuhan haiwan
/ manusia juga mengandungi ammonia.
·
Fasa dalam
tanah - organisma mati
mengalami proses pereputan menghasilkan ammonia atau nitrat ke dalam tanah.
Nitrat ke dalam tanah juga daripada bakteria pengikat nitrogen menghasilkan
baja nitrat dan baja ini diserap oleh tumbuhan terutama dalam aktiviti
pertanian.
Kitar
oksigen
Oksigen
yang terdapat dalam atmosfera / udara untuk pernafasan oleh haiwan dan manusia.
Oksigen ini terhasil daripada proses fotosintesis oleh tumbuhan.
Menusia
bernafas membebaskan karbon dioksida. Karbon dioksida juga terhasil dari proses
pengaratan, proses pereputan dan proses pembakaran.
Karbon
dioksida ini digunakan / diambil oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis.
Melalui proses fotosintesis tumbuhan membebaskan oksigen ke atmosfera.
Kitar karbon
Karbon
dalam atmosfera dalam bentuk gas karbon dioksida yang terhasil daripada
aktiviti pembakaran terutama yang menggunakan bahan api fosil dan juga dari
proses pereputan jisim organik yang telah mati.
Gas
karbon dioksida ini digunakan tumbuhan untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan
makanannya sendiri untuk proses pembesaran. Tumbuhan ini dimakan oleh organisma
hidup iaitu haiwan.
Apabila
semua organisma hidup ini telah mati, ia akan mengalami proses pereputan dan
akan menghasilkan mendapan berkarbon minyak, arang batu, bahan gambut dan
lain-lain dalam tanah dan bahan ini akan digunakan pula untuk aktiviti
pembakaran yang akan menghasilkan gas karbon dioksida semula ke atmosfera.
5.4 KAITAN SISTEM EKOLOGI DENGAN MANUSIA
KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN
Kepentingan Ekosistem Hutan
kepada Manusia
i.
Sumber
kayu kayan.
Ekosistem hutan menghasilkan sumber kayu
dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan eksport yang merupakan hasil
pendapatan Negara. Di Malaysia, terdapat 677 spesies pokok balak yang mempunyai
nilai dagangan yang tinggi seperti cengal,
meranti, seraya, keruing dan balau.
ii.
Sumber
makanan
Kepelbagaian spesies tumbuhan hutan kayu
dengan sumber makanan kepada hidupan iaitu daripada daun, batang dan buahnya.
iii.
Ekonomi
tradisional
Orang-orang asli yang masih menjalankan
pertanian pindah, mengutip dan berburu.
Ekosistem hutan juga habitat atau tempat tinggal orang-orang asli
disamping sumber hutan sebagai sumber makanannya. Sumber hutan juga sumber
ekonomi orang-orang asli dengan menjual rotan, akar-akar kayu, damar dan
lain-lain.
iv.
Sektor
pelancongan
Kepelbagaian spesies flora dan fauna
mampu menarik aktiviti pelancongan dan seterusnya akan menambahkan pendapatan
penduduk dan Negara. Kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang, Hutan Endau
Rompin, Taman Negara Sepilok di Sabah dan lain-lain terkenal dengan destinasi
pelancongan utama keindahan khazanah kepelbagaian biologi hutannya.
v.
Kawasan
tadahan air
Kawasan tadahan air bagi membekalkan air
kepada empangan untuk keperluan manusia dan hidupan.
Kepentingan Ekosistem Hutan
kepada Alam Sekitar
i.
Habitat
flora dan fauna
Contoh Hutan Amazon bagi satu
hektar hutan terdapat 750 spesies haiwan dan 1 500 jenis spesies tumbuhan.
Haiwan ini hidup membesar dan membiak dengan sempurna di dalam hutan.
ii.
Elak
hakisan tanah
Litupan tumbuhan melindungi
tanah daripada hakisan percikan dan hempasan air hujan serta mengurangkan
hakisan larian air permukaan melalui cenakaman akar.
iii.
Menyederhanakan
suhu sekitar
Ekosistem hutan berperanan
menyederhanakan suhu sekitar. Kelembapan udara adalah tinggi di kawasan hutan
tebal dapat mempengaruhi suhu persekitaran menjadi lebih sederhana. Udara yang
nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagaian spesies fauna dan
flora hidup, membesar dan membiak.
iv.
Mengurangkan
kelajuan angin
Di kawasan Hutan Hujan Tropika
tiupan ini sentiasa tenag dan nyaman. Diriran pokok dan konopinya mampu
mengurangkan halaju angin dengan berkesan.
v.
Membekalkan
oksigen
Tumbuhan melakukan proses
fotosintesis dengan adanya sahaya matahari, air dan bahan-bahan mineral dalam
tanah. Melalui proses tersebut, oksigen dapat dibebaskan.
Kepentingan Hutan Paya Bakau
kepada Manusia
i.
Sumber kayu arang, kayu
api dan lain-lain kepada manusia.
ii.
Bahan binaan. Cerucuk dan
pancang kayu dalam pembinaan benteng, jambatan dan tiang rumah.
iii.
Sumber perubatan. Ubat
sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahan muntah dari bakau perepat.
iv.
Sumber
makanan. Tangkapan pelbagai jenis ikan, ketam nipah, lokan, kerang, kepah
dan lain-lain telah menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai.
v.
Perternakan akuakultur. Kawasan
hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti
ternakan ikan kerapu dan udang harimau.
vi.
Eko-pelancongan. Sesetengah
tempat hutan dikekalkan dalaam keadaan semulajadi sebagai satu tarikan
pelancong dan ia berfungsi sebagai eko-pelancongan.
Kepentingan
Hutan Paya Bakau kepada Alam Sekitar
i.
Membekalkan
oksigen
Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap
karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesis.
ii. Mengawal hakisan / menstabilkan muara sungai /
persisir pantai
Pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat
dapat
mengurangkan pengaliran sedimen dan mencengkam struktur tanah di
kawasan pesisir pantai tersebut.
iii. Menghalang angin kencang
Hutan bakau sebagai zon penampang yang boleh menghalang tiupan angin
kencang dari laut ke kawasan pedalaman.
iv. Penapis bahan pencemar
Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian
nitrogen dan fosforus.
v. Habitat pelbagai jenis hidupan air
Ekosistem hutan paya bakau berfungsi sebagai tempat pembiakan dan
perlindungan pelbagai jenis udang, ketam,kepah, kerang dan lain-lain.
Kawasan ini sesuai untuk pembiakan kerana air yang tenang dan banyak
plankton sebagai sumber makanan.
KESEIMBANGAN EKOSISTEM
Keseimbangan
ekosistem merupakan usaha
mengekalkan keseimbangan sesuatu ekosistem dengan melibatkan pengekalan
komponen biotik dan abiotik secara seimbang dari segi interaksi di antara satu
dengan yang lain. Perubahan yang berlaku pada sesuatu komponen ekosistem boleh
mencetuskan reaksi daripada komponen lain bagi penyesuaian satu keseimbangan
ekosistem baru.
Faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah ekosistem
terganggu
i.
Faktor
fizikal / semulajadi - serangan penyakit
ii.
Faktor
alam sekitar / bencana alam
·
Kemarau
·
Banjir
·
Hakisan
·
Tanah
runtuh
·
Ribut
taufan
iii.
Faktor
aktiviti manusia
·
Pertanian
·
Pembalakan
·
Pelancongan
·
Perindustrian
·
Tebusguna
- perumahan
GANGGUAN EKOSISTEM
Gangguan
Ekosistem Hutan
·
Faktor
semulajadi
i.
Perubahan cuaca dan iklim
Kemarau mengakibatkan tumbuhan mati
menyebabkan berlaku kepupusan terhadap pengeluar. Pengguna menghadapi
ketidakcukupan makanan dan ini mengganggu proses rantaian makanan dan
pengaliran tenaga seterusnya menyebabkan ekosistem tersebut terganggu.
ii. Fenomena kebakaran hutan akibat cuaca yang
panas
Kebakaran hutan yang berlaku akibat
cuaca panas menyebabkan tumbuhan semulajadi yang berfungsi sebagai pengeluar
dan pelindung habitat akan musnah. Ini akan mengganggu bekalan makanan kepada
herbivor, karnivor dan omnivor seterusnya pereput / pengurai.
iii. Gempa bumi dan pergerakan jisim
Kemusnahan ???? tumbuhan menyebabkan
kepupusan kepada pengeluar dan gangguan kepada rantaian makanan dan tenaga.
Gangguan ini memberi kesan kepada pengguna herbivor dan pengguna-pengguna lain.
·
Faktor
manusia
i.
Pembinaan
empangan hidroelektrik
Pembinaan empangan hidroelektrik
melibatkan penebangan dan pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan juga penenggelaman
kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan Hutan Hujan Tropika
akan musnah dengan cepat.
ii. Pembalakan tanpa kawalan
Pembalakan tanpa kawalan menyebabkan
kemusnahan spesies flora dan fauna secara besar-besaran. Kemusnahan rantaian
makanan, kehilangan habitat menjejaskan ciri-ciri ekologi dan mengganggu
ekosistem tersebut.
iii. Pemburuan dan pemungutan sumber alam
Aktiviti pemburuan dan pemungutan
sumber hutan secara tidak terkawal akan
menyebabkan kepupusan hidupan dan kepupusan kepelbagaian biologi. Unsur-unsur
biotik dalam hutan tersebut pupus dan ini menjejaskan proses pengaliran makanan
dalam rantaian dan jaringan makanan ekosistem tersebut.
iv. Aktiviti pertanian pindah
Aktiviti penebangan / pemusnahan hutan
semulajadi dilakukan secara besar-besaran untuk dijadikan ladang-ladang
pertanian. Pembakaran hutan akibat pertanian pindah boleh memusnahkan ekosistem
hutan dan ini mengganggu pengaliran makanan dan tenaga.
v. Pembangunan Bandar di kawasan tanah tinggi
Pembinaan kawasan rumah-rumah mewah,
bangunan-bangunan, infrastruktur dan lain-lain melibatkan penebangan hutan
secara besar-besaran yang menyebabkan pengeluar mati dan musnah. Secara tidak
langsung membawa kepada ketidakseimbangan ekosistem tersebut.
Gangguan Ekosistem Pertanian
i. Serangan penyakit
Penyakit terhadap pokok-pokok padi dan
populasi dalam sawah padi menyebabkan kepupusan spesies pengeluar dan
seterusnya pengguna pelbagai peringkat.
ii. Kemarau
Kekeringan kawasan pertanian
menyebabkan tanaman pupus dan mati.
iii. Banjir
Air telah menenggelami kawasan
pertanian menyebabkan tanaman mati dan kepupusan hidupan.
iv. Ribut
Ribut memusnahkan tanaman di kawasan
pertanian.
v. Penambakan
Penambakan untuk pembinaan kawasan
perumahan, infrastuktur, industri pembandaran dan lain-lain menyebabkan
kemusnahan kawasan pertanian.
vi. Penggunaan baja kimia dan racun serangga
Pengunaan baja kimia dan racun serangga secara
berlebihan yang membawa kepada kepupusan spesies pengeluar dan pengguna dalam
ekosistem pertanian.
vii. haiwan
Yang membawa kepada
kepupusan haiwan dalam kawasan tersebut.
viii. Industri
Pengaliran dan sisa toksid ke kawasan
pertanian akan menambahkan keasidan tanah dan menyebabkan tanaman mati.
Gangguan
Ekosistem Tasik / Kolam
i.
Aktiviti
penebusgunaan tasik
Tasik yang ada mungkin ditimbus untuk
dijadikan pelbagai tapak binaan seperti kawasan perumahan, industri dan
lain-lain. Ini memusnahkan semua hidupan ekosistem tersebut. Habitat tasik
berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupan air akan mati.
ii. Pembangunan pertanian
Penggunaan racun seperti DDT dan
penggunaan baja kimia menyebabkan sumber-sumber air tasik tercemar apabila
bahan kimia tersebut dilarutresapkan oleh air dan menuju ke tasik / sungai.
Kemerosotan kualiti sumber air tasik ini menyebabkan hidupan air tersebut mati
seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang lain dan ini juga menyebabkan
rantaian makanan dalam tasik akan musnah.
iii.
Aktiviti
perindustrian
Berlakunya penyaluran dan pembuangan
sisa toksid oleh sesetengah kilang memproses seperti kilang getah, kelapa
sawit, kilang membuat cat dan lain-lain. Ini menyebabkan air tasik tercemar dan
memusnahkan segala hidupan di dalam tasik tersebut sekaligus keseluruhan
ekosistem tasik akan musnah.
iv. Aktiviti penternakan
Pembuangan najis binatang ternakan ke dalam
tasik juga merosakkan kitaran ekosistem tasik. Contoh; najis khinzir yang
dibuang di dalam tasik akan menjejaskan ekosistem tasik berkenaan. Air tasik
akan berbau bususk dan berasid ini mematikan hidupan dalam tasik berkenaan.
v. Aktiviti pelancongan
Melibatkan penyaluran dan pembuangan sisa
kumbahan dari hotal, resort, chalet ke kawasan tasik yang berdekatan. Ini
menambahkan kandungan bakteria yang boleh menyebabkan kualiti air tasik kian
merosot dan seetrusnya mematikan pelbagai sumber hidupan akuatik dalam tasik
termasuklah zooplankton yang menjadi sumber makanan utama kepada hidupan dalam
tasik.
vi. Pembangunan sektor pembandaran
Pertambahan penduduk bandar, kewujudan
kawasan setinggan yang membuang sisa domestik seperti sampah sarap dan air
kumbahan ke tasik atau takungan air yang berhampiran termasuk juga pembuangan
sisa makanan oleh peniaga kecil. Ini menyebabkan air tasik menjadi busuk dan
seterusnya mengganggu keseimbangan ekosistem tasik berkenaan.
vii. Aktiviti perlombongan
Sisa perlombongan bijih timah,
emas dan tembaga mencemarkan tasik apabila ia dialirkan / dibuang ke dalam
tasik. Contohnya; perlombongan tembaga di Mamut, Sabah. Air tasik berkelodak dan
tercemar akan menyebabkan terganggunya hidupan dalam tasik berkenaan.
KESAN
KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA
Kesan
terhadap alam sekitar fizikal
i.
Gangguan terhadap kepelbagaian biologi
Spesies flora
dan fauna diancam kepupusan sehingga ada diantaranya tidak sempat dijalankan
pemuliharaan. Contoh; Hutan Hujan Amazon seluas 0.5 bilion hektar mempunyai
berjuta spesies haiwan dan tumbuhan yang sekarang sudah terancam.
ii. Habitat semulajadi musnah
Apabila habitat musnah, haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan
spesies untuk mencari habitat baru.
iii. Kerosakan ekosistem
Gangguan sesuatu ekosistem akan memusnahkan rantaian makanan, kitar
tenaga dan lain-lain. Komponen biotik dan abiotik musnah menyebabkan gangguan
ekologi secara menyeluruh akan berlaku.
iv. Kesan terhadap cuaca – kemusnahan hutan boleh
mengubah cuaca dunia.
Hutan berfungsi menyerap karbon dioksida
dan membebaskan oksigen dan ini juga boleh mengurangkan kesan rumah hijau.
Kemusnahan hutan menyebabkan pelepasan karbon dioksida akan terus berlaku
sehingga menyumbang kepada pemanasan global. Ini menyebabkan berlakunya
peningkatan suhu.
v. Pengurangan kelembapan udara
Gangguan ekosistem hutan menyebabkan
kelembapan udara menjadi rendah. Ini terjadi kerana fungsi tumbuhan untuk
membebaskan wap-wap air telah hilang dan menyebabkan wap air dalam udara
berkurangan. Dalam suasana udara kering memudahkan lagi wujudnya partikel
terampai dalam udara yang secara langsung memudahkan terjadinya fenomena
jerebu.
vi. Tiupan angin yang lebih kencang
Angin kering menyebabkan tekanan udara
rendah. Keadaan ini menambahkan halaju angin dengan ketiadaan tumbuhan sebagai
penghalang menyebabkan tiupan angin lebih kencang.
vii. Kesan terhadap hidrologi
Ketiadaan tumbuhan menyebabkan kadar
susupan air ke dalan tanah berkurangan. Ia akan menjejaskan kawasan tadahan air
dan bekalan air ke dalam sungai atau tasik. Disamping itu, ia akan mengurangkan
jumlah hujan tempatan kerana kurangnya proses transpirasi. Sekiranya berlaku
hujan di kawasan berkenaan, maka ia akan meningkatkan kadar larian air
permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai.
Kesan terhadap manusia
i.
Kekurangan
sumber makanan - banyak spesies tumbuhan hutan sebagai sumber
makanan kepada masyarakat orang asli yang banyak bergantung kepada aktiviti
memungut hasil hutan dan memburu binatang.
ii. Mengurangkan sumber kayu balak -
pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal, meranti, seraya, keruing
dan lain-lain akan musnah. Ini akan mengganggu aktiviti ekonomi berasaskan
sumber pembalakan seperti industri perabot,industri kayu dan lain-lain yang
turut menjejaskan pendapatan penduduk dan Negara.
iii. Mengurangkan bekalan oksigen -
kemusnahan ekosistem hutan menjejas proses penghasilan oksigen untuk
keperluan pernafasan kepada benda hidup.
iv. Menjejaskan sumber air -
simpanan air dalam tanah akan berkurangan yang akan mengurangkan bekalan
air kepada sungai dan empangan. Kesannya manusia juga akan mengalami krisis
bekalan air.
LANGKAH MENGAWAL KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN
TROPIKA
Langkah Pemeliharaan
i.
Mewartakan
kawasan hutan simpan - kawasan hutan seperti ini dinamakan sebagai
hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur.
ii. Penguatkuasaan undang-undang - Kerajaan telah meluluskan Akta Perhutanan
Negara dan Akta Industri berasaskan kayu pada tahun 1984. Di bawah akta ini
telah menggariskan beberapa larangan seperti memasuki kawasan hutan kekal,
menebang, memotong dan lain-lain. Mereka yang melakukan kesalahan akan dibawa
ke mahkamah dan didenda sehingga RM 50 000 atau 2 tahun penjara dan
kedua-duanya sekali.
iii. Pendidikan
- pendidikan tentang alam sekitar boleh
dilaksanakan pada dua peringkat iaitu peringkat sekolah sebagai kurikulum
formal yang diajar dalam mata pelajaran Geografi secara tidak formal melalui
pembacaan dan kempen kesedaran.
iv. Kempen kesedaran -
biasanya dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pencinta
Alam Sekitar Malaysia dan juga Sahabat Alam Sekitar (SAM). Kempen boleh dibuat
melalui media massa seperti media cetak dan media elektronik untuk menyedarkan
masyarakat tentang peripentingnya memelihara alam sekitar.
Langkah Pemuliharaan
i.
Penanaman
semula -
menanam semula hutan di kawasan yang telah mengalami kepupusan. Dengan
kaedah penanaman satu spesies atau pelbagai spesies.
ii. Silvikultur
- iaitu cara pemulihan hutan yang
melibatkan penubuhan ladang hutan.
Langkah
/ Usaha untuk mengekalkan Ekosistem Hutan Paya
i.
Langkah
perundangan - mengehadkan lesen penebangan hutan dan
mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah. (denda ,tarik lesen dan
penjara)
ii. Bukan perundangan - mengadakan
projek tanam semula hutan (pemuliharaan)
iii. Mewartakan sebagai hutan simpan
kependidikan - tentang pentingnya hutan pada masa depan.
Tubuh satu jawatankuasa
untuk pemantauan kawasan hutan paya
nota yg amat bermanfaat !!
BalasPadamthanks you
bapak ko
PadamXde adab ke?
Padamboleh fahamkn saya...
BalasPadamsy tak faham tnntg sistem geomoflogi, proses geomorfolorgi, alam sekitar fizikal dan kadang2 sistem geomorfologi ni merujuk kepada litosfera?
Litosfera dan geomorfolgi mempunyai maksud yang sama sahaja. Liyosfera = Geomorfologi. Maaf jika saya tersilap.
Padamkepala bapak kau la sama
PadamBapak kau balik..
PadamBetul laa . Litosfera = geomorfologi . Geomorfologi psl bidang yg brkaitan dgn tanah , dn istilah tanah dlm geo adalah litosfera.
PadamTq....maklumat yg sangat berguna
BalasPadammampus kau la!!!!
BalasPadambodoke bengong
PadamTerbaik....
BalasPadamTerima kasih..
BalasPadamtrrimssakij
BalasPadamBiotik tu benda hidup laa
BalasPadamAbiotik tak benyawa
Ya2 betul2
PadamIzin ambil untuk nota dan rujukan ye cikgu..terima kasih
BalasPadamAmat membantu. mohon share dengan student saya ye
BalasPadamApa langkah semulajadi bagi menghasilkan ekosistem paya bakau?
BalasPadampembetulan sedikit
BalasPadamBiotik : Benda bernyawa
Abiotik : Benda yang tidak bernyawa
asnel ismail
BalasPadamasnel ismail tajaq
BalasPadam