PENGGAL 3
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
BAHAGIAN
A:
GEOGRAFI
ALAM SEKITAR FIZIKAL
|
|||
5 Sistem ekologi
|
14
|
Calon seharusnya dapat:
|
|
5.1 Ekologi dan ekosistem
|
2
|
(a) menghuraikan konsep ekologi dan ekosistem;
|
Ekosistem meliputi konsep
habitat, populasi, komuniti, koloni, dan spesies
|
(b) menjelaskan
komponen asas ekosistem (biotik dan abiotik);
|
Biotik
merujuk kepada komponen hidupan seperti pengeluar, pengguna, dan pengurai
|
||
Abiotik
merujuk kepada komponen bukan hidupan seperti cahaya matahari, udara, tanah,
mineral, dan air
|
|||
(c) menghuraikan fungsi ekosistem, iaitu
(i) aliran tenaga;
(ii) kitar nutrien;
|
|||
(d) menyatakan jenis
dan menghuraikan ekosistem daratan dan akuatik.
|
Ekosistem daratan merujuk kepada hutan
tanah pamah, dan hutan tanah tinggi
Ekosistem
akuatik merujuk kepada tasik dan paya bakau
|
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
5.2 Konsep rantaian dan siratan makanan
|
2
|
Calon seharusnya dapat:
(a) menghuraikan
konsep rantaian dan siratan makanan;
(b) menjelaskan
proses rantaian makanan dan siratan makanan;
|
Gambar rajah aliran tenaga dalam rantaian makanan dan
siratan makanan
|
(c) menghuraikan
konsep aras trofik dan piramid tenaga;
|
Gambar rajah
piramid tenaga
|
||
(d) menjelaskan
proses pemindahan tenaga dan kehilangan tenaga dalam aras trofik;
|
|||
(e) menjelaskan persaingan antara spesies dan
sesama spesies mengikut peringkat penggunaan tenaga.
|
Spesies merujuk kepada flora dan fauna yang mempunyai
ciri pembiakan yang sama
|
||
5.3 Kitar nutrien dalam ekosistem
|
4
|
Calon seharusnya dapat:
|
|
(a) menerangkan
jenis kitar nutrien (kitar oksigen, kitar karbon, dan kitar nitrogen);
|
|||
(b) menghuraikan kepentingan
kitar nutrien dalam ekosistem daratan dan akuatik.
|
|||
5.4 Kaitan sistem ekologi dengan manusia
|
6
|
Calon seharusnya dapat:
(a) menghuraikan kepentingan sistem ekologi kepada manusia, iaitu
(i) kepentingan ekosistem daratan
● pembalakan;
● hasil hutan;
● perubatan;
● kepelbagaian biologi;
● perburuan;
● pelancongan dan rekreasi;
● pertanian pindah;
|
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
(ii) kepentingan ekosistem akuatik
● perikanan;
● hasil marin;
● perubatan;
● kepelbagaian biologi;
● pelancongan dan rekreasi;
● akuakultur;
|
|||
(b) mengenal
pasti gangguan ekosistem (fizikal dan manusia);
|
|||
(c) menghuraikan
gangguan ekosistem (fizikal dan manusia);
|
|||
(d) menghuraikan ekosistem buatan manusia;
|
Ekosistem
buatan manusia merujuk kepada ekosistem semula jadi yang telah diubah suai
oleh manusia seperti ekosistem tasik buatan, kawasan pertanian, dan kawasan
penghutanan semula
|
||
(e) mencadangkan langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan ekosistem.
|
|||
6 Saling Kebergantungan Sistem
|
10
|
||
6.1 Interaksi antara sistem
|
6
|
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan
saling kebergantungan antara sistem fizikal, iaitu
(i) sistem geomorfologi (litosfera);
(ii) sistem
atmosfera;
|
Saling
kebergantungan antara sistem fizikal seperti sistem hidrologi dengan sistem
geomorfologi
|
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
(iii) sistem
hidrologi (hidrosfera);
|
(Kitaran
hidrologi dengan proses penggondolan);
antara sistem geomorfologi
dengan sistem atmosfera (letusan gunung berapi dengan cuaca) dan lain-lain
|
||
(iv) sistem ekologi
(biosfera);
|
|||
(b) menjelaskan bagaimana gangguan dan
perubahan pada sesuatu sistem mempengaruhi sistem alam sekitar fizikal yang
lain;
|
Penyahutanan
menyebabkan pemanasan global yang boleh meningkatkan suhu dunia, pencairan
ais, kenaikan aras laut, dan peningkatan kadar hakisan di pinggir pantai
|
||
(c) menjelaskan bagaimana perubahan pada
sesuatu sistem mempengaruhi sistem yang lain dan impaknya terhadap manusia.
|
Kejadian
banjir menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa
|
||
Kejadian gempa bumi dasar laut yang menghasilkan
tsunami menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa
|
|||
6.2 Interaksi sistem fizikal dengan sistem
gunaan manusia
|
2
|
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan saling kebergantungan antara sistem fizikal dengan sistem
gunaan manusia yang menyebabkan kesan
(i) positif seperti penghasilan sumber alam;
|
Sistem gunaan
manusia merujuk kepada penggunaan sistem fizikal untuk keperluan kehidupan
manusia
|
Tajuk
|
Waktu Pengajaran
|
Hasil Pembelajaran
|
Catatan
|
(ii) negatif yang mengakibatkan gangguan dan
bencana alam.
|
Kitaran hidrologi
boleh mempengaruhi bekalan air, aktiviti pertanian, perikanan, penternakan,
pelancongan, dan perindustrian
|
||
6.3 Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
|
2
|
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan
konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal;
|
|
(b) menilai langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar fizikal (kaedah perundangan dan kaedah bukan
perundangan).
|
|||
TEMA 5 : SISTEM EKOLOGI
5.1 EKOLOGI DAN EKOSISTEM
Konsep Ekologi
Ekologi merupakan satu kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitar. Terjadinya saling kebergantungan di antara satu komuniti masing-masing dengan alam persekitarannya.
Contohnya :
Mengkaji tentang hubungan manusia (komuniti hidup) dengan alam seperti tanah untuk kediaman, air untuk minuman, udara untuk pernafasan dan sebagainya.
Konsep Ekosistem
Ekosistem merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang tidak bernyawa.
Komponen ekosistem
Terdiri daripada dua komponen utama iaitu :
1) Komponen Biotik (benda yang tidak bernyawa)
2) Komponen Abiotik (benda bernyawa)
KOMPONEN BIOTIK
Merangkumi benda-benda hidup yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem iaitu :
· Manusia
· Haiwan
· Tumbuh-tumbuhan
· Mikroorganisma
Komponen Biotik terbahagi kepada Tiga Kumpulan Utama
1) Pengeluar
Pengeluar dikenali sebagai tumbuh-tumbuhan. Ia mampu menghasilkan makanannya sendiri dengan bergantung kepada alam persekitarannya yang tidak bernyawa seperti cahaya matahari, nutrien dalam tanah, air dan lain-lain melalui proses fotosintesis.
2) Pengguna
Pengeluar merangkumi benda hidup selain daripada tumbuh-tumbuhan iaitu manusia dan haiwan. Pengguna boleh dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu :
i. Pengguna Primer (Herbivor)
Pengguna primer merupakan pengguna yang berada di tahap paling rendah / bawah biasanya merangkumi binatang yang hanya memakan pengeluar iaitu tumbuh-tumbuhan. Contoh pengguna primer ialah ulat dan belalang.
ii. Pengguna Sekunder (Karnivor)
Pengguna sekunder merupakan haiwan yang berada pada tahap kedua iaitu selepas pengguna primer. Ia biasanya akan mendapat makanan dengan memakan pemgguna peringkat primer. Contoh : ayam sebagai pengguna sekunder akan memakan ulat iaitu pengguna primer sebagai makanannya.
iii. Pengguna Tertier
Pengguna tertier merupakan pengguna peringkat ketiga dan yang paling atas. Pengguna tertier akan menjadikan pengguna sekunder sebagai makanannya. Contoh : burung helang akan memakan ayam sebagai makanannya.
Pengguna juga bolah dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu :
1. Pengguna Herbivor – merupakan binatang yang hanya akan memakan tumbuhan sahaja sebagai makanannya. Contoh : ulat, belalang, kambing, lembu dan lain-lain.
2. Pengguna Karnivor – merupakan haiwan yang memakan daging sebagai makanannya. Contoh : harimau, burung helang dan ular.
3. Pengguna Omnivor – merupakan haiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Contoh : manusia.
3) Pengurai
Pengurai merupakan agen saprofit iaitu terdiri daripada bakteria, kulat dan cacing. Ia berperanan untuk mengurai bahan-bahan organik seperti bangkai haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang mana ia akan membebaskan nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon, dan lain-lain. Nutrien-nutrien ini akan digunakan kembali oleh tumbuhan bagi proses pembesarannya.
KOMPONEN ABIOTIK
Komponen abiotik terdiri daripada benda-benda yang membentuk alam persekitaran di sekeliling seperti :
Cahaya matahari, air, udara dan mineral dalam tanah. Kesemua unsur ini akan digunakan oleh kumpulan biotik dalam pelbagai cara dan pelbagai keadaan.
Contohnya : hidupan air memerlukan air untuk hidup dan udara dalam air diperlukan untuk bernafas.
JENIS EKOSISTEM
i) Peringkat Mikro
· Tasik
· Kolam
· Bandar
· Tanah lembap
· Tanah tinggi
ii) Peringkat Makro
· Daratan
· Lautan
5.2 ALIRAN TENAGA DALAM RANTAIAN MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN
Konsep Rantaian Makanan
Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang satu hala.
Contoh : tumbuhan ---------- belalang ---------- ayam ---------- burung helang
(pengeluar) (pengguan pertama) (pengguna kedua) (pengguna ketiga)
Konsep Siratan Makanan
Siratan makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu jaringan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan dan berinteraksi.
Matahari sebagai Punca Tenaga
Matahari merupakan punca utama tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan. Ini kerana tumbuhan (pengeluar) mendapat tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis bagi membolehkan proses pembesaran dilakukan. Tanpa tenaga dari matahari tumbuhan tidak dapat menjalankan aktiviti pembesaran walaupun mendapat bekalan iaitu air, tanah dan nutrien dalam tanah.
Di dalam ekosistem ia wujud secara saling berkaitan. Sekiranya salah satu daripada komponen di dalam ekosistem terjejas, ia akan mempengaruhi komponen yang lain. Sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari, ia tidak dapat melakukan pembesaran dan akan mati. Apabila tumbuhan mati, ia akan mempengaruhi pengguna yang memakan tumbuhan kerana ketiadaan makanan akan menyebabkan pengguna primer akan mati apabila pengguna pertama telah pupus, maka ia akan mengancam pengguna sekunder yang bergantung hidup kepadanya dan begitulah seterusnya.
Contoh : Tumbuhan - mati kerana tidak boleh melakukan
(rumput) proses fotosintesis.
Pengguna primer - juga akan pupus kerana kekurangan
(belalang) makanan.
Pengguna sekunder - juga menghadapi masalah makanan
(ayam) kerana makanan pengguna primer pupus.
Pengguna tertier - juga akan pupus kerana kekurangan
(helang) makanan.
Sekiranya matahari adalah sumber tenaga di dalam rantaian dan siratan makanan kerana ia membantu kepada perkembangan pertumbuhan.
Matahari merupakan punca tenaga bagi semua kehidupan.
Pengeluar (tumbuhan) akan menggunakan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan karbohidrat, protein bagi membantu proses pembesaran dan pembiakan. Ini menunjukkan tenaga haba dan cahaya dipindahkan dari cahaya matahari kepada tumbuhan. 90% tenaga itu hilang melalui proses tumbesaran, pernafasan dan lain-lain. 10% disimpan dalam tisu badan (daun, akar, batang dan lain-lain).
Tumbuhan dimakan oleh pengguna primer (ulat/belalang) bagi menambahkan tenaga supaya ulat/belalang dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar kepada pengguna primer. 90% dari tenaga itu digunakan untuk pembesaran dan 10% disimpan.
Pengguna primer (ulat/belalang) dimakan oleh pengguna sekunder (ayam) bagi menambahkan tenaga supaya pengguna sekunder dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer kepada pengguna sekunder. 90% dari tenaga itu digunakan untuk proses pembesaran dan 10% disimpan.
Pengguna sekunder (ayam) dimakan oleh pengguna tertier (helang). Helang makan ayam untuk mendapatkan tenaga supaya ia dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna sekunder kepada pengguna tertier. 90% dari tenaga itu digunakan untuk proses pembesaran dan 10% disimpan.
Apabila semua organisma hidup ini mati, berlakulah proses penguraian diurai oleh bakteria pengurai seperti bakteria, cacing dan kulat. Organisma pengurai mendapat tenaga kimia daripada pengeluar dan pengguna yang mati. Proses ini menambah nutrien ke dalam tanah dan seterusnya digunakan oleh pengeluar semula.
ARAS TROFIK
Aras trofik merujuk kepada kedudukan organisma-organisma yang dihubungkaitkan oleh tenaga dalam rantaian makanan di mana pengeluar pada aras pertama, herbivor (pengguna primer) pada aras kedua, karnivor (pangguna sekunder) pada aras ketiga dan omnivor (pengguna tertier) pada aras keempat.
Piramid Aliran dan Kehilangan Tenaga.
Piramid aliran bermaksud peringkat-peringkat atau tahap-tahap di dalam rantaian makanan dengan bilangan organisma atau haiwan yang terlibat di dalam setiap peringkat.
Aliran tenaga dalam siratan makanan boleh dilihat di dalam bentuk piramid kerana bilangan di setiap peringkat adalah tidak sama. Bilangan pengeluar adalah bilangan yang paling banyak dan berada di peringkat paling bawah di dalam piramid kerana bilangan pengeluar ini tidak menggunakan tenaga yang terlalu banyak untuk terus hidup.
Selepas pengeluar, pengguna primer pula berada di lapisan kedua. Ini kerana bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar tetapi lebih berbanding dengan pengguna sekunder. Pengguna primer berada di atas pengeluar dalam piramid menunjukkan pengguna primer memerlukan tenaga yang lebih berbanding dengan pengeluar. Bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar juga penting untuk memastikan pengguna primer mendapat makanan yang secukupnya.
Pada peringkat ketiga piramid dihuni oleh pengguna sekunder. Bentuk piramid yang semakin mengecil menggambarka bilangan pengguna sekunder ini sedikit berbanding dengan pengguna primer. Pengguna sekunder berada di atas pengguna primer menggambarkan pengguna sekundermemerlukan tenaga yang banyak berbanding dengan pengguna primer. Bilangan penggunasekunder sedikit berbanding dengan pengguna primer penting untuk memastikan supaya pengguna sekunder mendapat makanan yang secukupnya.
Pada peringkat keempat atau puncak piramid dihuni oleh pengguna tertier. Ia berada di puncak menunjukkan tenaga yang diperlukan oleh pengguna tertier ini sangat banyak berbanding dengan pengguna-pengguna yang lain. Ruang yang kecil dan runcing menunjukkan bilangan pengguna ini adalah sangat sedikit penting untuk memastikan pngguna tertier ini mendapat makanan yang secukupnya.
Sebenarnya susunan di dalam piramid ini penting kerana bertujuan untuk memastikan berlakunya keseimbangan dan penerusan rantaian makanan di dalam satu-satu ekosistem.
Sekiranya bilangan pengguna sekunder dan pengguna tertier lebih besar daripada pengguna primer dan pengeluar maka akan berlaku ketakseimbangan di dalam sesebuah ekosistem
5.3 KITAR NUTRIEN
Konsep kitar nutrien
Kitaran bahan kimia / unsur kimia dalam biosfera / sesebuah ekosistem berlaku secara berterusan melalui tiga fasa dalam edaran yang lengkap (oksigen, karbon dan nitrogen)
a) Kitar Nitrogen (dalam ekosistem pertanian)
· Fasa atmosfera - nitrogen wujud di atmosfera sebagai gas yang tidak boleh digunakan secara langsung oleh kebanyakan organisma. Nitrogen di atmosfera muncul semasa kehadiran kilat, aktiviti perindustrian dan bakteria pengurai nitrogen dan juga pembakaran hutan.
· Fasa biosfera (manusia/ tumbuhan/ haiwan) - tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar dalam bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul organik (asid ammonia, protein dan lain-lain). Nitrat ke dalam tanah juga melalui bakteria pengikat nitrogen pada tumbuhan kekacang. Nitrat ini diserap oleh akar tumbuhan seterusnya tumbuhan dimakan oleh haiwan. Bahan kumuhan haiwan / manusia juga mengandungi ammonia.
· Fasa dalam tanah - organisma mati mengalami proses pereputan menghasilkan ammonia atau nitrat ke dalam tanah. Nitrat ke dalam tanah juga daripada bakteria pengikat nitrogen menghasilkan baja nitrat dan baja ini diserap oleh tumbuhan terutama dalam aktiviti pertanian.
Kitar oksigen
Oksigen yang terdapat dalam atmosfera / udara untuk pernafasan oleh haiwan dan manusia. Oksigen ini terhasil daripada proses fotosintesis oleh tumbuhan.
Menusia bernafas membebaskan karbon dioksida. Karbon dioksida juga terhasil dari proses pengaratan, proses pereputan dan proses pembakaran.
Karbon dioksida ini digunakan / diambil oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis. Melalui proses fotosintesis tumbuhan membebaskan oksigen ke atmosfera.
Kitar karbon
Karbon dalam atmosfera dalam bentuk gas karbon dioksida yang terhasil daripada aktiviti pembakaran terutama yang menggunakan bahan api fosil dan juga dari proses pereputan jisim organik yang telah mati.
Gas karbon dioksida ini digunakan tumbuhan untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan makanannya sendiri untuk proses pembesaran. Tumbuhan ini dimakan oleh organisma hidup iaitu haiwan.
Apabila semua organisma hidup ini telah mati, ia akan mengalami proses pereputan dan akan menghasilkan mendapan berkarbon minyak, arang batu, bahan gambut dan lain-lain dalam tanah dan bahan ini akan digunakan pula untuk aktiviti pembakaran yang akan menghasilkan gas karbon dioksida semula ke atmosfera.
5.4 KAITAN SISTEM EKOLOGI DENGAN MANUSIA
KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN
Kepentingan Ekosistem Hutan kepada Manusia
i. Sumber kayu kayan.
Ekosistem hutan menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan eksport yang merupakan hasil pendapatan Negara. Di Malaysia, terdapat 677 spesies pokok balak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan balau.
ii. Sumber makanan
Kepelbagaian spesies tumbuhan hutan kayu dengan sumber makanan kepada hidupan iaitu daripada daun, batang dan buahnya.
iii. Ekonomi tradisional
Orang-orang asli yang masih menjalankan pertanian pindah, mengutip dan berburu. Ekosistem hutan juga habitat atau tempat tinggal orang-orang asli disamping sumber hutan sebagai sumber makanannya. Sumber hutan juga sumber ekonomi orang-orang asli dengan menjual rotan, akar-akar kayu, damar dan lain-lain.
iv. Sektor pelancongan
Kepelbagaian spesies flora dan fauna mampu menarik aktiviti pelancongan dan seterusnya akan menambahkan pendapatan penduduk dan Negara. Kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang, Hutan Endau Rompin, Taman Negara Sepilok di Sabah dan lain-lain terkenal dengan destinasi pelancongan utama keindahan khazanah kepelbagaian biologi hutannya.
v. Kawasan tadahan air
Kawasan tadahan air bagi membekalkan air kepada empangan untuk keperluan manusia dan hidupan.
Kepentingan Ekosistem Hutan kepada Alam Sekitar
i. Habitat flora dan fauna
Contoh Hutan Amazon bagi satu hektar hutan terdapat 750 spesies haiwan dan 1 500 jenis spesies tumbuhan. Haiwan ini hidup membesar dan membiak dengan sempurna di dalam hutan.
ii. Elak hakisan tanah
Litupan tumbuhan melindungi tanah daripada hakisan percikan dan hempasan air hujan serta mengurangkan hakisan larian air permukaan melalui cenakaman akar.
iii. Menyederhanakan suhu sekitar
Ekosistem hutan berperanan menyederhanakan suhu sekitar. Kelembapan udara adalah tinggi di kawasan hutan tebal dapat mempengaruhi suhu persekitaran menjadi lebih sederhana. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora hidup, membesar dan membiak.
iv. Mengurangkan kelajuan angin
Di kawasan Hutan Hujan Tropika tiupan ini sentiasa tenag dan nyaman. Diriran pokok dan konopinya mampu mengurangkan halaju angin dengan berkesan.
v. Membekalkan oksigen
Tumbuhan melakukan proses fotosintesis dengan adanya sahaya matahari, air dan bahan-bahan mineral dalam tanah. Melalui proses tersebut, oksigen dapat dibebaskan.
Kepentingan Hutan Paya Bakau kepada Manusia
i. Sumber kayu arang, kayu api dan lain-lain kepada manusia.
ii. Bahan binaan. Cerucuk dan pancang kayu dalam pembinaan benteng, jambatan dan tiang rumah.
iii. Sumber perubatan. Ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahan muntah dari bakau perepat.
iv. Sumber makanan. Tangkapan pelbagai jenis ikan, ketam nipah, lokan, kerang, kepah dan lain-lain telah menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai.
v. Perternakan akuakultur. Kawasan hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan kerapu dan udang harimau.
vi. Eko-pelancongan. Sesetengah tempat hutan dikekalkan dalaam keadaan semulajadi sebagai satu tarikan pelancong dan ia berfungsi sebagai eko-pelancongan.
Kepentingan Hutan Paya Bakau kepada Alam Sekitar
i. Membekalkan oksigen
Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesis.
ii. Mengawal hakisan / menstabilkan muara sungai / persisir pantai
Pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat
mengurangkan pengaliran sedimen dan mencengkam struktur tanah di
kawasan pesisir pantai tersebut.
iii. Menghalang angin kencang
Hutan bakau sebagai zon penampang yang boleh menghalang tiupan angin
kencang dari laut ke kawasan pedalaman.
iv. Penapis bahan pencemar
Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian
nitrogen dan fosforus.
v. Habitat pelbagai jenis hidupan air
Ekosistem hutan paya bakau berfungsi sebagai tempat pembiakan dan
perlindungan pelbagai jenis udang, ketam,kepah, kerang dan lain-lain.
Kawasan ini sesuai untuk pembiakan kerana air yang tenang dan banyak
plankton sebagai sumber makanan.
KESEIMBANGAN EKOSISTEM
Keseimbangan ekosistem merupakan usaha mengekalkan keseimbangan sesuatu ekosistem dengan melibatkan pengekalan komponen biotik dan abiotik secara seimbang dari segi interaksi di antara satu dengan yang lain. Perubahan yang berlaku pada sesuatu komponen ekosistem boleh mencetuskan reaksi daripada komponen lain bagi penyesuaian satu keseimbangan ekosistem baru.
Faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah ekosistem terganggu
i. Faktor fizikal / semulajadi - serangan penyakit
ii. Faktor alam sekitar / bencana alam
· Kemarau
· Banjir
· Hakisan
· Tanah runtuh
· Ribut taufan
iii. Faktor aktiviti manusia
· Pertanian
· Pembalakan
· Pelancongan
· Perindustrian
· Tebusguna - perumahan
GANGGUAN EKOSISTEM
Gangguan Ekosistem Hutan
· Faktor semulajadi
i. Perubahan cuaca dan iklim
Kemarau mengakibatkan tumbuhan mati menyebabkan berlaku kepupusan terhadap pengeluar. Pengguna menghadapi ketidakcukupan makanan dan ini mengganggu proses rantaian makanan dan pengaliran tenaga seterusnya menyebabkan ekosistem tersebut terganggu.
ii. Fenomena kebakaran hutan akibat cuaca yang panas
Kebakaran hutan yang berlaku akibat cuaca panas menyebabkan tumbuhan semulajadi yang berfungsi sebagai pengeluar dan pelindung habitat akan musnah. Ini akan mengganggu bekalan makanan kepada herbivor, karnivor dan omnivor seterusnya pereput / pengurai.
iii. Gempa bumi dan pergerakan jisim
Kemusnahan ???? tumbuhan menyebabkan kepupusan kepada pengeluar dan gangguan kepada rantaian makanan dan tenaga. Gangguan ini memberi kesan kepada pengguna herbivor dan pengguna-pengguna lain.
· Faktor manusia
i. Pembinaan empangan hidroelektrik
Pembinaan empangan hidroelektrik melibatkan penebangan dan pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan juga penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan Hutan Hujan Tropika akan musnah dengan cepat.
ii. Pembalakan tanpa kawalan
Pembalakan tanpa kawalan menyebabkan kemusnahan spesies flora dan fauna secara besar-besaran. Kemusnahan rantaian makanan, kehilangan habitat menjejaskan ciri-ciri ekologi dan mengganggu ekosistem tersebut.
iii. Pemburuan dan pemungutan sumber alam
Aktiviti pemburuan dan pemungutan sumber hutan secara tidak terkawal akan menyebabkan kepupusan hidupan dan kepupusan kepelbagaian biologi. Unsur-unsur biotik dalam hutan tersebut pupus dan ini menjejaskan proses pengaliran makanan dalam rantaian dan jaringan makanan ekosistem tersebut.
iv. Aktiviti pertanian pindah
Aktiviti penebangan / pemusnahan hutan semulajadi dilakukan secara besar-besaran untuk dijadikan ladang-ladang pertanian. Pembakaran hutan akibat pertanian pindah boleh memusnahkan ekosistem hutan dan ini mengganggu pengaliran makanan dan tenaga.
v. Pembangunan Bandar di kawasan tanah tinggi
Pembinaan kawasan rumah-rumah mewah, bangunan-bangunan, infrastruktur dan lain-lain melibatkan penebangan hutan secara besar-besaran yang menyebabkan pengeluar mati dan musnah. Secara tidak langsung membawa kepada ketidakseimbangan ekosistem tersebut.
Gangguan Ekosistem Pertanian
i. Serangan penyakit
Penyakit terhadap pokok-pokok padi dan populasi dalam sawah padi menyebabkan kepupusan spesies pengeluar dan seterusnya pengguna pelbagai peringkat.
ii. Kemarau
Kekeringan kawasan pertanian menyebabkan tanaman pupus dan mati.
iii. Banjir
Air telah menenggelami kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati dan kepupusan hidupan.
iv. Ribut
Ribut memusnahkan tanaman di kawasan pertanian.
v. Penambakan
Penambakan untuk pembinaan kawasan perumahan, infrastuktur, industri pembandaran dan lain-lain menyebabkan kemusnahan kawasan pertanian.
vi. Penggunaan baja kimia dan racun serangga
Pengunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan yang membawa kepada kepupusan spesies pengeluar dan pengguna dalam ekosistem pertanian.
vii. haiwan
Yang membawa kepada kepupusan haiwan dalam kawasan tersebut.
viii. Industri
Pengaliran dan sisa toksid ke kawasan pertanian akan menambahkan keasidan tanah dan menyebabkan tanaman mati.
Gangguan Ekosistem Tasik / Kolam
i. Aktiviti penebusgunaan tasik
Tasik yang ada mungkin ditimbus untuk dijadikan pelbagai tapak binaan seperti kawasan perumahan, industri dan lain-lain. Ini memusnahkan semua hidupan ekosistem tersebut. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupan air akan mati.
ii. Pembangunan pertanian
Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan oleh air dan menuju ke tasik / sungai. Kemerosotan kualiti sumber air tasik ini menyebabkan hidupan air tersebut mati seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang lain dan ini juga menyebabkan rantaian makanan dalam tasik akan musnah.
iii. Aktiviti perindustrian
Berlakunya penyaluran dan pembuangan sisa toksid oleh sesetengah kilang memproses seperti kilang getah, kelapa sawit, kilang membuat cat dan lain-lain. Ini menyebabkan air tasik tercemar dan memusnahkan segala hidupan di dalam tasik tersebut sekaligus keseluruhan ekosistem tasik akan musnah.
iv. Aktiviti penternakan
Pembuangan najis binatang ternakan ke dalam tasik juga merosakkan kitaran ekosistem tasik. Contoh; najis khinzir yang dibuang di dalam tasik akan menjejaskan ekosistem tasik berkenaan. Air tasik akan berbau bususk dan berasid ini mematikan hidupan dalam tasik berkenaan.
v. Aktiviti pelancongan
Melibatkan penyaluran dan pembuangan sisa kumbahan dari hotal, resort, chalet ke kawasan tasik yang berdekatan. Ini menambahkan kandungan bakteria yang boleh menyebabkan kualiti air tasik kian merosot dan seetrusnya mematikan pelbagai sumber hidupan akuatik dalam tasik termasuklah zooplankton yang menjadi sumber makanan utama kepada hidupan dalam tasik.
vi. Pembangunan sektor pembandaran
Pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke tasik atau takungan air yang berhampiran termasuk juga pembuangan sisa makanan oleh peniaga kecil. Ini menyebabkan air tasik menjadi busuk dan seterusnya mengganggu keseimbangan ekosistem tasik berkenaan.
vii. Aktiviti perlombongan
Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan tasik apabila ia dialirkan / dibuang ke dalam tasik. Contohnya; perlombongan tembaga di Mamut, Sabah. Air tasik berkelodak dan tercemar akan menyebabkan terganggunya hidupan dalam tasik berkenaan.
KESAN KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
i. Gangguan terhadap kepelbagaian biologi
Spesies flora dan fauna diancam kepupusan sehingga ada diantaranya tidak sempat dijalankan pemuliharaan. Contoh; Hutan Hujan Amazon seluas 0.5 bilion hektar mempunyai berjuta spesies haiwan dan tumbuhan yang sekarang sudah terancam.
ii. Habitat semulajadi musnah
Apabila habitat musnah, haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru.
iii. Kerosakan ekosistem
Gangguan sesuatu ekosistem akan memusnahkan rantaian makanan, kitar tenaga dan lain-lain. Komponen biotik dan abiotik musnah menyebabkan gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku.
iv. Kesan terhadap cuaca – kemusnahan hutan boleh mengubah cuaca dunia.
Hutan berfungsi menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen dan ini juga boleh mengurangkan kesan rumah hijau. Kemusnahan hutan menyebabkan pelepasan karbon dioksida akan terus berlaku sehingga menyumbang kepada pemanasan global. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan suhu.
v. Pengurangan kelembapan udara
Gangguan ekosistem hutan menyebabkan kelembapan udara menjadi rendah. Ini terjadi kerana fungsi tumbuhan untuk membebaskan wap-wap air telah hilang dan menyebabkan wap air dalam udara berkurangan. Dalam suasana udara kering memudahkan lagi wujudnya partikel terampai dalam udara yang secara langsung memudahkan terjadinya fenomena jerebu.
vi. Tiupan angin yang lebih kencang
Angin kering menyebabkan tekanan udara rendah. Keadaan ini menambahkan halaju angin dengan ketiadaan tumbuhan sebagai penghalang menyebabkan tiupan angin lebih kencang.
vii. Kesan terhadap hidrologi
Ketiadaan tumbuhan menyebabkan kadar susupan air ke dalan tanah berkurangan. Ia akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air ke dalam sungai atau tasik. Disamping itu, ia akan mengurangkan jumlah hujan tempatan kerana kurangnya proses transpirasi. Sekiranya berlaku hujan di kawasan berkenaan, maka ia akan meningkatkan kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai.
Kesan terhadap manusia
i. Kekurangan sumber makanan - banyak spesies tumbuhan hutan sebagai sumber makanan kepada masyarakat orang asli yang banyak bergantung kepada aktiviti memungut hasil hutan dan memburu binatang.
ii. Mengurangkan sumber kayu balak - pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan lain-lain akan musnah. Ini akan mengganggu aktiviti ekonomi berasaskan sumber pembalakan seperti industri perabot,industri kayu dan lain-lain yang turut menjejaskan pendapatan penduduk dan Negara.
iii. Mengurangkan bekalan oksigen - kemusnahan ekosistem hutan menjejas proses penghasilan oksigen untuk keperluan pernafasan kepada benda hidup.
iv. Menjejaskan sumber air - simpanan air dalam tanah akan berkurangan yang akan mengurangkan bekalan air kepada sungai dan empangan. Kesannya manusia juga akan mengalami krisis bekalan air.
LANGKAH MENGAWAL KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA
Langkah Pemeliharaan
i. Mewartakan kawasan hutan simpan - kawasan hutan seperti ini dinamakan sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur.
ii. Penguatkuasaan undang-undang - Kerajaan telah meluluskan Akta Perhutanan Negara dan Akta Industri berasaskan kayu pada tahun 1984. Di bawah akta ini telah menggariskan beberapa larangan seperti memasuki kawasan hutan kekal, menebang, memotong dan lain-lain. Mereka yang melakukan kesalahan akan dibawa ke mahkamah dan didenda sehingga RM 50 000 atau 2 tahun penjara dan kedua-duanya sekali.
iii. Pendidikan - pendidikan tentang alam sekitar boleh dilaksanakan pada dua peringkat iaitu peringkat sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar dalam mata pelajaran Geografi secara tidak formal melalui pembacaan dan kempen kesedaran.
iv. Kempen kesedaran - biasanya dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan juga Sahabat Alam Sekitar (SAM). Kempen boleh dibuat melalui media massa seperti media cetak dan media elektronik untuk menyedarkan masyarakat tentang peripentingnya memelihara alam sekitar.
Langkah Pemuliharaan
i. Penanaman semula - menanam semula hutan di kawasan yang telah mengalami kepupusan. Dengan kaedah penanaman satu spesies atau pelbagai spesies.
ii. Silvikultur - iaitu cara pemulihan hutan yang melibatkan penubuhan ladang hutan.
Langkah / Usaha untuk mengekalkan Ekosistem Hutan Paya
i. Langkah perundangan - mengehadkan lesen penebangan hutan dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah. (denda ,tarik lesen dan penjara)
ii. Bukan perundangan - mengadakan projek tanam semula hutan (pemuliharaan)
iii. Mewartakan sebagai hutan simpan kependidikan - tentang pentingnya hutan pada masa depan.
Tubuh satu jawatankuasa untuk pemantauan kawasan hutan paya
sumber rujukan yang baik. tq
BalasPadam