01 Mac, 2014

GEOGRAFI UMUM

Ribut Matahari : Suatu Fenomena atau Petanda Akhir Zaman ?


Ribut Matahari atau juga dikenali sebagai taufan magnetik ditakrifkan oleh Bates dan Jackson (1984) iaitu satu gangguan yang meluas oleh  medan magnet ke seluruh bumi dengan gelombang amplitud dari 50-200 gamma.Seorang lagi pakar,Constant Mike (1972) menerangkan bahawa satu nyalaan suria diiringi oleh satu kegagalan zarah-zarah bercas elektrik (ikon) dan radiasi yang dikeluarkan dari matahari pada kelajuan ribuan batu setiap jam disebabkan oleh taufan magnetik ini.Secara ringkasnya, ribut suria ialah satu letupan yang sangat kuat di dalam persekitaran matahari.
Fenomena ini pernah berlaku  pada akhir Mac dan  Disember  2006, tetapi  gelombang magnetik yang dihasilkan tidak begitu kuat dan tidak memberi impak pada keadaan bumi kita .Seterusnya, fenomena ini berulang kembali pada 24 Januari 2012 yang mencatatkan  ribut matahari terkuat dalam sejarah sepanjang 6 tahun.Hasil daripada gelombang magnetik ini telah menyebabkan terbentuknya  cahaya yang menakjubkan di hemisfera utara.
Fenomena ribut matahari ini berlaku akibat peningkatan suhu matahari dari kadar normal iaitu 15 juta darjah Celcius. Peningkatan suhu ini akan menyebabkan sebahagian besar gas matahari terbebas dan berlegar di ruang angkasa sehingga boleh memasuki lapisan atmosfera bumi. Fenomena ini akan mencetuskan gelombang radiasi sebentuk partikel dan membebaskan jisim bertenaga tinggi ke angkasa.  Partikel tersebut  akan tiba di ruang atmosphera  bumi dalam jangka masa 1-2 hari manakala radiasi elektromagnetik akan sampai ke bumi dalam masa 8 minit sahaja. Ribut ini boleh mencapai satu tahap yang mana boleh menyebabkan berlakunya pembiasan cahaya semulajadi yang cukup menarik.Pembiasan Cahaya

Namun begitu, ribut matahari ini sering disalah ertikan sebagai ramalan penamatnya riwayat bumi ini (kiamat). Sesungguhnya fenomena ini adalah sesuatu yang amat besar impaknya dan langkah persediaan hendaklah dilakukan kerana kita sukar untuk meramal kebarangkalian yang bakal berlaku di sistem suria kita.Pelbagai ramalan menyebut 2012 merupakan tahun berlakunya kiamat. Teori kemusnahan alam semesta kaum Maya telah dipopularkan menerusi filem 2012 hinggakan filem tahun 2009 itu meraih kutipan global sebanyak AS$769 juta (RM2.3 bilion).
Ahli fizik percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahupun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.Manakala dari segi teori fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia.
Kesimpulannya, adakah ianya petanda kiamat pada tahun 2012? Dalam kalender kaum maya, tahun 2012 adalah penghujung segala tahun dan mereka juga meramalkan bencana alam akan berlaku pada tahun 2012.Oleh kerana itu, apabila saintis menjangkakan fenomena ribut matahari terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013, mitos kiamat yang dicanangkan sebelum ini terasa bagaikan semakin hampir.
Firman Allah yang bermaksud :



Sumber :

http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2012/05/21/ribut-matahari-suatu-fenomena-atau-petanda-akhir-zaman


Hujan sebagai senjata


Hujan merupakan salah satu fenomena alam yang sangat penting bagi kehidupan manusia.Ianya penting untuk menyejukkan suhu bagi suatu kawasan dan juga melembapkan tanah. Kebanyakan kita sedar yang hujan terhasil daripada air yang tersejatdari permukaan bumi ke atmosfera dan kemudiannya berkumpul hingga ia dibebaskan kembali sebagai hujan. Tetapi sedarkah kita tentang faktor-faktor lain yang mempengaruhi proses pembentukan hujan ini? Faktor seperti angin, tekanan udara dan tahap kelembapan udara juga memainkan peranan dalam proses pembentukan hujan. Dengan memahami semua faktor ini, manusia telah mencipta teknologi untuk cuba menggalakkan pembentukan hujan dengan cara pembenihan hujan iaitu dengan menggunakan bahan-bahan kimia yang mampu merangsang pertumbuhan awan hujan. Kemampuan manusia untuk mempercepatkan proses pembentukan hujan ini membawa kepada soalan, mampukah kita memanipulasi kuasa alam (hujan) ini untuk dijadikan sebagai senjata?
Seperti yang kita tahu,  pembenihan awan dilakukan untuk mengurangkan jerebu disamping membaiki kualiti udara di ruang angkasa kita ini. Tetapi, sesetengah Negara menggunakan hujan sebagai satu medium untuk memulakan atau mencetuskan peperangan. Hujan yang  berlaku kerana campuran asap juga boleh menjadi senjata atau member kesan kepada sesebuah Negara tersebut. Bagaimana perkara ini berlaku? Seperti yang telah berlaku semasa peperangan di Vietnam pada tahun 1965, Amerika syarikat telah menggunakan pembenihan awan (silver iodide) supaya hujan lebat berlaku di pihak lawan. Ini menyukarkan pergerakan askar dan peperangan secara psikologi telah bermula. Amerika menggunakan teknologi ini untuk mengakibatkan, menambahkan atau membuat angin taufan, gempa bumi, kemarau dan banjir yang bertujuan membawa maut atau bencana yang teruk kepada sesebuah negara. Operasi ini dinamakan ‘Projek Popeye’ dimana menggunakan hujan yang sangat lebat untuk mengganggu atau memusnahkan bahan dan pembinaan denai atau tempat berjalan kaki di Ho Chi Minh. Teknologi ini digunakan dengan cara pembenihan awan dicampurkan silver iodide bertujuan menghasilkan monsoon yang lebih lama sebanyak 30% dari keadaan monsoon yang biasa. Penggunaan hujan ini juga bertujuan untuk melembutkan permukaan jalan, meyebabkan tanah runtuh disepanjang jalan, menghapuskan rentasan sungai dan memastikan keadaan tanah menjadi tepu lebih lama dari keadaan biasa. Dengan ini, tentera Vietnam tidak dapat mendapatkan sumber makanan, senjata dan peralatan lain. Banjir yang teruk juga telah menyukarkan tentera Vietnam untuk melakukan serangan.
Pembenihan awan dikawasan yang mempunyai banyak pencemaran adalah berisiko. Ini kerana pencemaran udara boleh menjadikan hujan yang berbahaya yang dikenali sebagai hujan asid. Natrium oksida (NOx), karbon monoksida (CO), sulphur dioksida(SO₂) apabila bercampur dengan partikel air di dalam udara akan menghasilkan satu campuran asidik yang akhirnya menghasilkan hujan asid. Hujan asid ini mempunyai sifat yang menghakis. Oleh itu, ianya boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kecederaan kepada manusia.
SO₂ + H₂O    –>  H2SO4 (+ pemangkin)
Hujan asid boleh menyebabkan kesan ekologi tetapi kesan kepada tasik, sungai, laut dan hidupan air lebih teruk. Apabila hujan asid meresap ke dalam tanah, ia akan bercampur dengan aluminium  seterusnya masuk ke system pengairan dan membahayakan sebahagian besar sepsis ikan dan hidupan air.
Kegunaan hujan dalam keadaan biasa dan peperangan
Keadaan BiasaPeperangan
Mencuci kereta
Menyiram tanaman
Mengepam tandas
Mencuci rumah
Penghasilan barang industri
Bekalan penjana tenaga elektrik
Hujan yang lebat menyebabkan banjir yang teruk, merosakkan tanaman, menyukarkan pembinaan denai.
Penggunaan teknik pembenihan awan mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Antara kesannya ialah berlakunya banjir kerana ketidakmampuan sistem pengaliran. Selain itu, pembenihan awan menyebabkan awan berkurangan selepas proses hujan selesai. Ini kerana partikel-partikal air telah bergabung secara paksa untuk menghasilkan hujan. Kesan daripada itu, terdapat negera yang akan mengalami masalah air dan musim kemarau yang luar biasa. Ini akan menyebabkan berlakunya perbalahan antara negara dan boleh mencetuskan peperangan secara tidak sengaja.
Konklusinya disini, hujan sebagai senjata mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Terserahlah kepada orang yang menggunakannya. Jika tangan yang menggunakannya secara betul, banyak manfaat yang boleh diperolehi. Jika tangan yang menggunakannya secara tidak betul, manusia sendiri yang akan menanggung akibatnya.
“ (Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kakimu “ ( Qs Al Anfal : 11 ).

Sumber : 
http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2012/05/21/hujan-sebagai-senjata/

SALJI


PENGENALAN
salji yang turun di Scarborough’s spa footbridge
Salji merupakan mineral yang boleh didapati dalam bentuk berlian yang seakan-akan garam
Kebanyakan masyarakat di Negara kita mengagumi dan tertanya-tanya akan keunikan salji memandangkan Negara kita tidak tergolong dalam Negara yang mempunyai empat musim. Bagi mereka yang tidak berpeluang ke Negara bersalji, mereka hanya melihat melalui drama,gambar dan melalui internet. Oleh kerana tidak biasa dengan salji, masyarakat kita memandang salji hanya sebagai ais.
APA ITU SALJI?
kepingan salji
Salji ialah bentuk Kristal ais cair yang mengandungi multitude kepingan salji. Kepingan salji terbentuk apabila wap air beku menjadi Kristal ais di dalam awan yang sejuk. Kristal ais akan menarik titisan air yang sejuk untuk menjadikannya dalam pelbagai bentuk..  kemudian ia akan memberat dan jatuh sebagai salji. Sekiranya udara sejuk, salji yang turun tidak akan mencair dengan serta merta. Sekiranya kawasan permukaan tanah membeku, kepingan salji akan melekat pada permukaan tersebut.
BAGAIMANA SALJI TERBENTUK
AMARAN!!
kebanyakan orang tidak sedar tentang bahayanya salji. Di sebalik putih dan halusnya salji, ia juga boleh bertukar menjadi satu bencana.
Kesan kepada harta benda
Salji juga boleh menyebabkan kerosakan yang teruk sekiranya ia berlarutan dalam tempoh yang panjang.
Kesan kepada alam sekitar
Antara kejadian yang pernah dilaporkan yang melibatkan salji ialah kerosakan terhadap pokok-pokok, sayuran serta tanaman.
Penyakit yang disebabkan oleh salji
‘Buta salji’ juga dikenali sebagai ultraviolet keratitis, photokeratitis atau niphablepsia yang merupakan sejenis penyakit yang melibatkan kecacatan pada mata disebabkan pendedahan secara terus kepada sinaran UV; di mana sinaran UV yang terkena pada salji atau ais akan terbias kepada mata.
KEUNIKAN SALJI
Sama tapi tak serupa…
Tahukah kita akan kepelbagaian bentuk kepingan salji?? Disebabkan bentuknya yang berlainan, kepingan salji sering dijadikan Kristal salji dalam  pelbagai jenis. Bentuk Kristal salji juga bergantung kepada suhu di mana ia terbentuk. Contohnya pada suhu 25 hingga 32 F, Kristal terbentuk seperti kepingan nipis. Pada suhu antara 20 dan 25 F, ia akan kelihatan seakan-akan jarum dan pada suhu 15-20 F menyerupai laluan kapilari. Kebiasaannya, semakin rendah suhu, semakin kecil saiz Kristal.
Seperti yang kita sedia maklum, Kristal akan jatuh daripada awan yang sejuk dan bertembung dengan Kristal yang lain dan akan membeku dan membentuk lebih banyak bentuk.
Ini merupakan salah satu sebab mengapa setiap kepingan salji kelihatan  seakan-akan sama antara satu sama lain walhal ia tidak sama. Sama tapi tak serupa!
Pernahkah kita terfikir mengapa salji berwarna putih walaupun ia sebenarnya hanyalah Kristal ais? Sebenarnya, kepingan salji mempunyai pelbagai jenis warna yang disebabkan oleh banyaknya cahaya yang terbias pada permukaannya.  Kemudian cahaya akan diserakkan kepada keseluruhan warna dan disebabkan itulah salji kelihatan putih.
Di sebalik putihnya salji, terdapat banyak keunikan dan sifat-sifat tersendiri yang diluar pengetahuan kita. Walaupun terdapat  fakta-fakta yang menarik di sebalik keunikan salji itu sendiri,  tidak dinafikan yang salji juga memberi kesan yang buruk. Walau apapun, salji merupakan perkara paling cantik apabila tibanya musim sejuk.

Sumber : http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/salji/









3 ulasan :

  1. thanks cikgu..untuk info ini,
    sangat membantu saya dalam membuat latihan :)

    BalasPadam
  2. assalam,ckgu saya nk tanya beberapa soalan
    1) subjek geografi stpm ni banyak x kerja kursus dia??
    2) sejarah dengan geo mana lagi senang?
    3) tip untk cemerlang geo stpm..sbb saya spm x ambil subjk geo dan x de base utk geo, jadi adakah cgu ak ajar dari base utk subjek geo di stpm..hrp balas

    BalasPadam
  3. pandangan saya sebagai guru geografi tingkatan enam selama 20 tahun sama ada pelajar mengambil geografi di peringkat spm atau tidak ia tidak memberi kesan yang besar. Ada pelajar yang tidak mengambil subjek geografi peringkat spm mendapat keputusan yang cemerlang dan ada yang mengambil subjek geografi peringkat spm gagal mendapat keputusan yang baik. Kesimpulannya bergantung kepada usaha dan minat semasa di peringkat stpm..sesiapa sahaja mampu mendapat keputusan yang cemerlang

    BalasPadam