28 Oktober, 2017

SOALAN DAN JAWAPAN RAMALAN PENGGAL 1 2018

SKEMA JAWAPAN STPM PENGGAL 1
Bahagian A : Alam Sekitar Fizikal
[40 markah]

1   (a)  Apakah yang dimaksudkan dengan peredaran bumi ?

Merujuk kepada [bumi mengelilingi matahari] [dalam orbit] dengan mengambil masa [365¼ hari] [dari barat ke timur/lawan jam]
[mana-mana 3x1m = 3 markah]

(b)  Terangkan bagaimana kejadian berikut berlaku.
(i) Solstis musim sejuk.

Bi
·         Matahari berada tegak di atas kepala di garisan
jadi pada waktu tengah hari.
·         Berlaku pada 22 Disember.
·         Kesannya malam lebih panjang daripada siang.
 1m

1m
1m

                                                                                         3 markah.

 (ii) Solstis musim panas.

Bii
·         Matahari berada tegak di atas kepala di garisan
sartan pada waktu tengah hari.
·         Berlaku pada 21 Jun.
·         Kesannya siang lebih panjang daripada malam.
1m

1m
1m


3 markah







(c)  Jelaskan tiga kesan kejadian empat musim terhadap aktiviti manusia.


Fakta
Huraian
Markah
C1
Pertanian
Dijalankan mengikut musim tertentu , tidak sepanjang tahun. Contoh penanaman gandum dijalankan musim bunga dan dituai pada musim sejuk.
2m
C2
Peloncongan
Dijalankan pada musim sejuk. Pelancong bermain luncur air dan hoki ais
Terima jika nyatakan musim bunga.
2m
C3
Pertempatan/tempat tinggal
Musim sejuk tinggal dalam iglu.
Musim panas tinggal dalm tupik
2m
C4
Pembalakan
Dijalankan pada musim sejuk apabila getah pokok beku dan senang ditebang.
Tidak dijalankan sepanjang tahun
2m
C5
Ternakan
Musim panas dilepaskan meragut rumput di padang.
Musim sejuk dibiarkan dalam kandang dan diberi makan jerami dan oat.
2m
Mana-mana 3isi X 2m = 6 markah
Fakta Im + Huraian 1m..














2   (a)  Terangkan proses geomorfologi yang sering berlaku di Malaysia.


Fakta
Huraian
Markah
A1
Luluhawa Fizikal
Proses pemecahan batuan secara insitu oleh agen luluhawa seperti suhu dan hujan sehingga berlaku perubahan pada saiz batuan tersebut.
2m
A2
Luluhawa Kimia
Proses pemecahan batuan secara insitu oleh agen luluhbawa seperti suhu dan hujan sehingga berlaku perubahan kimia pada batuan tersebut,
2m
A3
Luluhawa Biologi
Proses pemecahan batuan secara in situ oleh agen luluhawa seperti tumbuhan dan haiwan.
2m
A4
Pergerakan Jisim
Melibatkan pergerakan regolit dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti dan air hujan sebagai pelicin.
2m
A5

Hakisan
Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen bergerak seperti air mengalir dan ombak
2m
A6
Pengangkutan
Proses pemindahan bahan-bahan terluluhawa atau terhakis oleh agen bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak.
2m
A7
Pemendapan
Proses yang berlaku apabila bahan muatan menjadi pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen seperti air mengalir dan ombak di sesuatu kawasan.
2m

Mana-mana 6 isi x 2m = 12 markah.
Fakta 1m + Huraian 1m




(b) Bincangkan aktiviti manusia yang sesuai dijalankan di kawasan tanah pamah di Malaysia.


Fakta
Huraian
Markah
B1
Pertanian
Tanah pamah yang rata dan subur dapat menakung air untuk penanaman padi.
Tanah pamah yang beralun dan bersaliran baik subur untuk getah dan kelapa sawit.
2m
B2
Petempatan.
Tanah pamah lebih mudah untuk dibina tapak kawasan perumahan, tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk meratakan tanah.
2m
B3
Pengangkutan
Jaringan pengangkutan lebih mudah dibina tanpa kos membinaan yang tinggi dan lebih selamat.
2m
B4
Perlombongan
Kawasan tanah pamah seperti kawasan lembah sungai kaya dengan sumber bijih timah dan kawasan tanah pamah yang beralun kaya dengan bauksit.
2m
B5
Perindustrian
Pembinaan tapak kilang di kawasan tanah pamah yang rata lebih mudah dan kos yang rendah.
2m
B6
Pelancongan
Kawasan  pinggir pantai sesuai untuk aktiviti pelancongan seperti kawasan pantai berpasir.
2m
Bx
Kesimpulan
1m

6 isi X 2m = 12m + 1m ( Kesimpulan) = 13 markah.
Fakta 1m + Huraian 1m.







3   (a)   (i)  Jelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi gunung berapi.

Fakta
Huraian/proses
Markah
Ai1
Gunung berapi lava bes
Lava bersifat cair dan lambat membeku menyebabkan ianya bergerak laju dan membentuk cerun landai dan membentuk mendapan yang luas
2m
Ai2
Gunung berapai lava asid.
Lava bersifat likat dan cepat membeku menyebabkan aliran lava tidak mengalir jauh dan membentuk cerun curam
2m
Ai3
Palam Gunung Berapi.
Lava yang agak pekat sebahagian kecilnya membeku di lohong gunung api, proses gondolan di kawasan gunung berapi mati akan menyebabkan terbentuk sebagai tiang tinggi di kawasan gunung berapi.
2m
Ai4
Dataran lava
Apabila lava yang sangat cair mengalir di celah rekahan batuan dan membeku di permukaan bumi.
2m
Ai5
Gunung Berapi Kon Abu
Terbentuk dari abu yang dikeluarkan semasa letusan gunung berapi. Biasanya gunung berapi ini kecil-kecil dan cerunnya agak curam.
2m
A6
Kaldera
Tekanan yang kuat semasa letusan menyebabkan bahagian puncak gunung berapi musnah dan membentuk kawah.
2m
Ai7
Geiser
Merupakan pancutan air panas hasil daripada pemanasan wap air oleh magma di dalam kerak bumi.
2m
Ai8
Gunung Berapi kon Komposit
Terbentuk apabila kon terbina dari abu dan debu yang berselang seli dengan lawa. Bahan yang membentuk kon bukan sahaja keluar dari bahagian tengah, tetapi pada sisi dan membentuk kon kecil.
2m

Mana-mana 6 isi x 2m =12 markah. Fakta 1m + Huraian 1m

            (ii) Bincangkan kesan positif bentuk muka bumi gunung berapi terhadap aktiviti manusia.


Fakta
Huraian
Markah
Aii1
Aktviti Pertanian
Di lereng-lereng gunung berapi lava bes yang subur sesuai untuk penanaman padi sawah dan sayur-sayuran serta buah-buahan
2m
Aii2
Aktiviti Penjanaan kuasa elektrik Geoterma
Pembinaan logi memproses wap air untuk dijadikan kuasa elektrik giat dijalankan di kawasan gunung berapi.
2m
Aii3
Aktiviti Pelancongan
Penghasilan bentuk muka bumi yang menarik hasil dari letusan gunung berapi menarik kedatangan pelancong seperti kaldera dan geiser
2m
Aii4
Aktiviti Perikanan
Tasik kawah yang terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi merupakan habitat yang sesuai untuk ikan air tawar dan telah dijadikan sebagai sumber pendapatan oleh nelayan
2m
Aii5
Aktiviti Perlombongan
Kawasan gunung berapai kaya dengan sumber mineral seperti batuan granit dalam aktiviti kuari dan juga terdapat sumber sulfur
2m
Aii6
Aktiviti Perubatan
Sulfur atau belereng dan lumpur gunung berapai merupakan sumber berubatan tradisional
2m
Aii7
Aktiviti Petempatan
Kawasan lereng gunung berapi yang subur dan  banyak peluang pekerjaan menggalakkan pembinaan pertempatan
2m
Aiix
Kesimpulan
1m

Mana-mana 6 isi x 2m = 12m  + 1m ( kesimpulan ) =13 markah.
Fakta 1m + Huraian 1m


    (b)   (i)  Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi proses pemendapan sungai.


Fakta
Huraian
Markah
Bi1
Isipadu air sungai
Apabila isipadu air sungai berkurangan selepas banjir atau pada musim kemarau akan menyebabkan daya keupayaan pengangkutan sungai semakin berkurang. Keadaan ini menyebabkan banyak bahan muatan sungai dimendapkan di alur sungai
2m
Bi2
Halaju air
Halaju air akan berkurangan apabila kecerunan alur sungai semakin landai terutama di peringkat hilir. Kesannya sebahagian besar daripada bahan muatan sungai  akan dimendapkan di bahagian hilir apabila daya mengangkut semakin berkurangan.

2m
Bi3

Kecerunan
Kecerunan berkait rapat dengan halaju sungai. Kawasan sungai di peringkat hilir adalah lebih landai berbanding dengan kawasan di peringkat hulu, mengakibatkan halaju dan tenaga arus menjadi lemah. Keadaan ini akan menyebabkan beban muatan sungai di mendapkan.

2m
Bi4
Bentuk Alur
bentuk alur yang berliku terutama di bahagian likuan dalam memudahkan berlakunya pemendapan berbanding dengan bentuk alur yang lulus.
2m




Bi5
Jenis batuan
alur sungai yang  terdiri daripada batuan lembut seperti batu kapur dan batu pasir akan menghasilkan beban sideman yang banyak bagi membantu dalam meningkatkan proses pemendapan  berbanding alur  sungai yang batuanya terdiri daripada batuan keras seperti granit

2m
Bi6
Bahan Muatan
Bahan muatan yang pelbagai akan diangkut oleh arus sungai melalui cara yang berbeza. Pengurangan tenaga arus menyebabkan air sungai memendapkan beban yang dibawanya.

2m
Bi7
Halangan
Halangan yang terdapat di dalam alur sungai akan memperlahankan aliran air sungai. Keadaan ini  menyebabkan proses pemendapan akan berlaku dengan giat
2m

Mana-mana 6 isi x 2m =12 markah
Fakta 1m + Huraian 1m












           (ii)  Bincangkan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia.


Fakta
Huraian
Markah
Bii1
Pertanian + Dataran Banjir / Delta .
merupakan bentuk muka bumi yang kaya dengan tanih aluvium yang subur untuk penanaman padi dan bentuknya yang rata memudahkan air untuk bertakung. Padi memerlukan jumlah air yang banyak ketika proses pertumbuhannya supaya dapat menghasilkan buah padi yang banyak dan berkualiti.
2m
Bii2
Pengangkutan + Tetambak.
merupakan satu jaluran kawasan yang tinggi dan jauh daripada ancaman banjir. Keadaan semula jadinya yang sedemikan menyebabkan jalan raya yang merupakan salah satu daripada pengangkutan darat dapat dibina dengan mudah dan lebih selamat di atas tetambak tersebut.
2m
Bii3

Ternakan ikan air tawar/akuakultur + Tasik Ladam
merupakan tasik semulajadi yang dalam dan tenang. Keadaannya yang sedemikan telah menarik minat dan memudahkan pengusaha ikan air tawar untuk menternak ikan di tasik tersebut.

2m
Bii4

Pembinaan + Pulau Sungai.
salah satu bentuk muka bumi pemendapan sungai yang kaya dengan pasir yang diperlukan oleh sektor pembinaan. Pasir yang membentuk pulau sungai akan dikorek dan dijual kepada pengusaha yang terlibat dengan sektor pembinaan.
2m


Bii5
Pelancongan + Tasik Ladam.
merupakan tasik semula jadi yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara untuk menjalankan aktiviti riadah seperti memancing.
2m
Bii6

IKS /PKS + Tetambak
Kedudukanya yang tinggi dan jauh dari banjir serta rata sesuai untuk menjadi tempat menjemur hasil perikanan seperti menjemur ikan kering.
2m
Bii7
Pelombongan Sungai
Aktiviti pelombongan pasir dijalankan di kawasan pulau sungai yang kaya dengan pasir dengan cara mengorek kawasan sungai yang mempunyai pulau sungai yang terbentuk dari proses pemendapan.
2m
Biix
Kesimpulan
1m

Mana-manan 6 isi X 2m = 12 m +1m (kesimpulan) =13 markah
Fakta 1m + huraian 1m.
Jika tidak dinyatakan bentuk muka bumi 0 markah.
















Bahagian B : Alam Sekitar Manusia
[40 markah]
4  (a) Apakah yang dimaksudkan dengan taburan penduduk?
Taburan penduduk ialah agihan atau sebaran penduduk di atas ruang/permukaan bumi yang menghasilkan kepadatan mengikut kawasan sama ada padat, sederhana, atau jarang.
[1 x 3m = 3m]

     (b)   Huraikan tiga faktor yang menyebabkan bandar-bandar besar di Malaysia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.



Fakta
Huraian
Markah
B1
Sektor ekonomi moden
Perkembangan sektor perindustrian akan meningkatkan kemasukan migrasi dari kawasan luar bandar ke bandar.
2
B2
Proses Perbandaran /Urbanasasi
Penduduk tertumpu di bandar kerana kemudahan pendidikan tinggi, perubatan moden, pusat perniagaan,  kemudahan pengangkutan dan telekomunikasi canggih dan moden.
2
B3
Demografi /Kadar pertumbuhan penduduk semula jadi yang tinggi
Penduduk yang bermigrasi ke bandar merupakan golongan muda yang berada pada peringkat umur subur dan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Ini akan meningkatkan kadar kelahiran dan mampu mengurangkan kadar kematian bayi
2

B4
Peluang pekerjaan yang luas.
Penduduk tertumpu ke kawasan bandar kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan. Sektor perindustrian dan perkhidmatan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.
2
B5
Kemudahan infarsturktur
Kemudahan pengangkutan yang lengkap meningkatkan darjah ketersampaian ke bandar. Kemudahan telekomunikasi meningkatkan tahap perhubungan.
2
B6
Peluang pendidikan tinggi
Penduduk terutamanya golongan muda tertumpu ke bandar untuk menyambung pelajar ke peringkat yang lebih tinggi.
2

Mana-mana 3 isi x 2 Markah = 6 markah
Fakta 1m + Huraian 1m


Fakta
Huraian
Markah
C1
Persaingan guna tanah.
-          Persaingan guna tanah untuk kawasan petempatan, perindustrian, pengangkutan dan perniagaan yang meningkat.
-          Menyebabkan tekanan terhadap sumber tanah kerana saiz tanah semakin berkurangan.
3m
C2
Aktiviti domestik /penduduk
-          Aktiviti pembuangan sisa domestik/sisa kumbahan /enfluen industri / pertambahan bilangan kenderaan .
-           boleh menyebabkan pencemaran air/udara/bau

3m
C3
Pembinaan infrastruktur
-          Kepesatan sektor pembinaan petempatan dan infrastruktur menyebabkan banyak kawasan berbukit dan tanah tinggi di potong, ditarah dan diratakan.
-          menyebabkan kejadian tanah runtuh, tanah mendap dan banjir kilat.
3m

Mana-mana 2 isi x 3 markah = 6 markah
Fakta 1m + Huraian 1m + Kesan 1m

(c)  Bagaimanakah kepadatan penduduk yang tinggi di bandar-bandar besar boleh
menjejaskan sumber alam?     
                                                                                   













5  (a)  Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keseimbangan daya tampung sumber alam di Malaysia.


Fakta
Huraian
Markah
A1
Kuantiti dan kualiti sumber alam yang ada

-          Malaysia mempunyai sumber alam yang banyak – sumber tanah, sumber mineral dan sumber hutan.
-          Mampu menampung dan memenuhi keperluan penduduk.Sumber tanah yang luas dan subur sesuai untuk aktiviti pertanian untuk menampung keperluan makanan penduduk.
3m
A2
Tahap teknologi untuk penerokaan sumber
-          Teknologi yang tinggi membolehkan Malaysia meneroka stok sumber yang tersimpan untuk menampung keperluan ekonomi dan penduduk.
-          Teknologi juga berupaya untuk meneroka sumber-sumber baru atau mempelbagai sumber alam sedia ada.
3m
A3
Pengurusan sumber yang cekap melalui pemeliharaan dan pemuliharaan
-          Menitik beratkan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan dalam menguruskan sumber secara berkesan.Contohnya menguruskan sumber hutan secara lestari melalui projek perladangan hutan dan rawatan silvikultur.
-          Melalui langkah ini ia membolehkan sumber hutan dapat dikekalkan.






3m
A4
Kawalan jumlah penduduk
-          Memastikan sumber alam dapat memenuhi keperluan penduduk dan sumber dapat digunakan dengan optimum.
-          Ia boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah secara terkawal seperti menggalakkan kelahiran melalui rawatan percuma kepada ibu dan anak dsb.
3m
Ax
Kesimpulan
1m

4 isi x 3 m = 12m + 1m ( kesimpulan) = 13 markah.
Fakta 1m + Huraian 2m
           

(b)  Cadangkan langkah-langkah untuk mengawal kemusnahan alam sekitar fizikal akibat daripada penerokaan sumber alam.
                                   

Langkah
Huraian
Markah

Langkah perundangan
B1
Penguatkuasaan undang-undang
-          Menguatkuasakan Akta Alam Sekeliling, 1974 yang bertujuan untuk menghalang kemerosotan alam sekitar dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar.
2m
B2
Kawalan dan pemantauan
-          Kawalan dan pemantauan harus dilakananakan secara berkala dan berterusan.
2m
B3
Hukuman dan denda
-          Hukuman dan denda yang setimpal perlu dijalankan secara telus dan tanpa memilih kepentingan sesuatu pihak.
-          Supaya dapat menjadi pengajaran kepada individu atau pengusaha lain


2m
B4
Laporan EIA
-          Semua projek pembangunan perlu mengemukakan laporan EIA untuk dinilai oleh pihak berkuasa sebelum melaksanakan sesuatu projek.
-          Bertujuan untuk meminimumkan impak pembangunan terhadap alam sekitar
2m

Langkah bukan perundangan
B5
Melaksanakan pembinaan tembok/ gabion
-          untuk menstabilkan cerun.

2m
B6
Menanam tumbuhan tutup bumi
-          Menanam rumput di cerun bukit yang telah diteroka
2m
B7
Membina teres
-          Dapat mengurangkan larian  air permukaan/ hujan yang menyebabkan hakisan
-           
2m
B8
Penghutanan semula.
-          Menanam semula kawasan hutan yang telah ditebang.
2m
B9
Merawat sumber air
-          Memastikan sumber air yang tercemar dirawat terlebih dahulu sebelum dialirkan semula ke dalam sungai/sistem saliran
2m
B8
Memasang alat penapis asap
-          Alat tersebut dipasang di cerobong asap kilang untuk menapis asap yang dilepaskan oleh kilang.

2m
B9
Kempen
-          Melaksanakan kempen kesedaran melalui media masa dan kerjasama NGO
2m
B10
Pendidikan
-          Pendidikan alam sekitar diterapkan di sekolah sama ada secara formal atau tidak formal sejak diawal persekolahan.
2m

Mana-mana 6 isi x 2 m = 12 markah
Fakta 1m + Huraian 1m

6   Dengan merujuk kepada sesebuah kawasan desa yang sedang mengalami perubahan.
(a) terangkan bukti yang menunjukkan kawasan desa tersebut telah mengalami kemajuan


Isi utama
Huraian
Markah
Ax
Namakan lokasi
1
A1
Perubahan fizikal
-          Guna tanah, bangunan, landskap dan lain-lain kawasan desa berubah.
-          Contoh, bangunan rumah tradisional telah berubah kepada reka bentuk moden, kawasan terbiar dibina bangunan ternakan ayam telur/daging secara komersial.
2
A2
Perubahan ekonomi
-          Sudah wujud kepelbagaian ekonomi.
-          Penglibatan penduduk dalam ekonomi moden berjaya meningkatkan produktiviti dan mempelbagaikan peluang pekerjaan.
-          Mampu meningkatkan pendapatan, peningkatan pendapatan telah meningkatkan taraf hidup dan tabungan penduduk.
2
A3
Perubahan sosial
-          Penduduk berpeluang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
-          Tahap kesihatan dan pemakanan juga bertambah baik dan dapat dilihat melalui penurunan kadar kematian kanak-kanak dan bayi.
-          Selain itu, pemilikan kenderaan dalam kalangan penduduk semakin meningkat dan gaya hidup moden mulai diamalkan, khususnya dalam golongan orang muda.






2
A4
Perubahan teknologi
-          Pengenalan ekonomi moden mementingkan peningkatan produktiviti dan kecekapan pengeluaran.
-          Oleh itu, jentera moden. input moden dan teknik pengeluaran moden diperkenalkan di desa.
-          Contohnya, penggunaan jentera membajak dan menuai, baja kimia dan racun serangga dalam pertanian padi sawah.
2
A5
Perubahan infrastruktur dan kemudahan sosial
-          Projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan kini telah banyak memajukan kawasan desa.
-          Klinik kesihatan, sekolah rendah dan menengah, bekalan air paip dan elektrik sudah dilaksanakan.
2
A6
A6 – Pengangkutan dan komunikasi
-          Jalan desa telah dinaiktarafkan dari jalan tidak berturap kepada berturap bagi meningkatkan tahap ketersampaian desa dengan bandar, peluasan perkhidmatan jalur lebar dan ASTRO memberi kemudahan kepada penduduk desa berhubung dengan dunia luar

2

Mana-mana 3 isi x 2 m = 6 + im (lokasi) = 7 markah
Fakta 1m + Huraian 1m












(b) huraikan kesan transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal kawasan kajian


Isi utama
Huraian
Markah
B1
Pencemaran air
-          Berlaku akibat daripada pembuangan sisa dan najis ternakan ke dalam sungai yang menyebabkan air sungai tercemar dengan bakteria E-coli.
-          Pembuangan sisa industri IKS seperti sisa kilang pemprosesan dan pembuatan sos cili, kerepek pisang dan ubi kayu, mengecap batik.
-          Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan dalam aktiviti pertanian meningkatkan nilai keasidan  air sungai
2
B2
Pencemaran udara
-          berlaku akibat daripada pembakaran jerami padi selepas musim menuai dan pembakaran sampah secara terbuka yang sering dilakukan oleh penduduk desa.
2
B3
Pencemaran bau
-          berpunca dari sisa longgokan sampah dan air sampah kilang seperti kilang memproses dan membuat sos cili dan kerepak.
-          Najis  ternakan seperti ternakan ayam, lembu, kambing dan babi juga menyebabkan pencemaran bau berlaku.
2

B4
Pencemaran bunyi
-          Pencemaran bunyi bising pula berlaku dari jentera kilang yang beroperasi.
-           

B5
Hakisan tanih dan gerakan jisim
-          berpunca daripada aktiviti tanaman semula getah di kawasan cerun bukit tanpa tanaman tutup bumi menyebabkan hakisan larian air permukaan berlaku pada musim hujan.
-          Cerun bukit juga mengalami gerakan jisim kerana cerun bukit menjadi tidak stabil pada musim hujan.
2
B6
Gangguan ekologi kawasan desa
-          berlaku disebabkan, hutan di sekitar desa ditebang untuk meluaskan kawasan tanaman ubi kayu dan pisang.
-          Kepelbagaian spesies flora dan fauna turut terjejas dengan penebangan hutan ini apabila habitat musnah.
2
B7
Gangguan hidrologi setempat
-          Penebangan hutan akan mengurangkan susupan dan simpanan air tanih.
-          Berlaku peningkatan larian air permukaan.
-          Berlakunya kejadian banjir.
-          .
2

Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 markah



(c)  Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan desa tersebut.


Isi utama
Huraian
Markah
C1
Bentuk muka bumi
-          Tanah pamah yang rata dan beralun sesuai untuk pembinaan petempatan dan aktiviti ekonomi.
-          Bebas daripada bencana alam - banjir
2
C2
Berhampiran kawasan bandar
-          dapat meningkatkan interaksi desa-bandar melalui mobaliti penduduk, barangan dan perkhidmatan.
2
C3
Potensi sumber alam yang dimiliki
-          Sumber tanih yang subur sesuai untuk pertanian. Cthnya tanih aluvium sesuai untuk tanaman padi sawah dan tanah laterit sesuai untuk tanaman kelapa sawit.
-          Keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian biologi yang menggalakkan aktiviti ekopelancongan.
-           
2
C4
Dasar kerajaan/polisi governan
-          Rancangan pemodenan desa/pembangunan insitu.
-          Mewujudkan pusat pertumbuhan desa (PPD)
-          Penyelerakan industri ke kawasan luar bandar
2
C5
Kemajuan sistem pengangkutan
-          Wujudnya jaringan dan sistem pengangkutan yang baik seperti jalanraya dan landasan kereta api.
-          Memudahkan pengangkutan dan pemasaran barangan.
-          Darjah ketersampaian tinggi.
2
C6
Faktor kedinamikan/kesediaan penduduk
-          Mempunyai daya keusahawanan, minda terbuka yang dapat menyediakan tenaga kerja untuk memajukan sumber-sumber ekonomi desa.
-          Meluaskan saiz pasaran dan kuasa beli pengguna.
2
C7
Faktor teknologi
-          Teknologi moden dalam sektor pertanian seperti penggunaan jentera, teknik dan input moden yang dapat meningkatkan produktiviti pertanian desa.
-          Penggunaan teknologi dan peralatan moden dalam perusahaan kecil dan sederhana (IKS).
2
C8
Faktor modal
-          Keupayaan modal untuk mengerakkan sektor ekonomi desa khususnya PKS.
-          Penyediaan modal oleh pihak kerajaan dan institusi kewangan – skim kredit mikro di bawah PKS, pinjaman oleh AgroBank


2
C9
Kemudahan infrastruktur/kemudahan sosila
-          Kemudahan asas yang lengkap seperti jalan raya, bekalan elektrik, dan bekalan air.
-          Kemudahan sosial – sekolah, klinik kesihatan, rumah ibadat, tempat rekreasi dan pusat perniagaan.
2

Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah.


5 ulasan :

  1. Ada kemungkinan keluarkah soalan ni dlm stpm penggal 1 20217

    BalasPadam
  2. Adakah soalan ni ramalan untuk tahun ni??....mohon pencerahan

    BalasPadam