02 April, 2014

TEMA 4 : GLOBALISASI EKONOMI

KONSEP GLOBALISASI EKONOMI
Globalisasi Ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara pada bahan,modal,buruh,pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran.Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu sama lain untuk kepentingan tersebut melalui teknologi maklumat.Hubungan ini telah mewujudkandunia tanpa sempadan,liberalisasi ekonomi dan penghapusan segala sekatan dan perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.
ASPEK SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN
Saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi terhadap aspek berikut:
Pelaburan
Negara yang tidak cukup modal seperti negara membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat pelaburan ke Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi sumber alam spt minyak,gas,hutan,perindustrian dan bekalan perkhidmatan.Pelaburan ini telah menyediakan dana modal dan dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi.Peluang pekerjaan dan taraf hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.
Teknologi  
Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar menjadi halangan kepada negara membangun untuk maju dalam sektor ekonomi moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan kepakaran dari negara maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh penduduk tempatan negara membangun.Kepakaran ini diguna unyuk membangunkan negara.Contoh teknologi  HITEC,teknologi reka bentuk dll.
Pengeluaran
Globalisasi  membolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangan  dan pembuatan berpindah dari negara maju ke negara membangun.hal ini berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada kos buruh yang rendah di negara membangun.Secara tak langsung mereka telah membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara membangun seperti Malaysia mengambil peluang ini dalam meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang menempatkan kilang-kilang elektronik dan elektrik di Malaysia.

                                                                                      1
Pasaran
Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran khususnya permintaan dan citarasa pengguna dalam urus niaga barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke negara lain.Misalnya barangan negara-negara Asia Tengggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Begitu juga negara Eropah dan Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling keuntungan akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.
Bekalan Buruh
Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Sebagai contoh Malaysia amat bergantung kepada buruh-buruh  Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.Aliran buruh ini dapat mengembangkan sektor ekonomi di Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran wang masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari negara maju ke negara membangun.

Bahan Mentah & Sumber Tenaga
Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan sektor industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara –negara Teluk dan Asia bagi memperoleh bekalan petroleum, negara Teluk bergantung kepada Malaysia untuk mendapat minyak kelapa sawit.Malaysia bergantungkepada Thailand untuk mendapat bekalan beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.
KESAN GLOBALISASI
Kesan Positif:
Perdagangan Bebas yang dibawa oleh globalisasi ekonomi memberi peluang kepada sesebuah negara membangun menyertai perdagangan antara bangsa tanpa tarif dan kuota.Negara-negara bebas mengimport dan mengeksport barangan tanpa banyak sekatan.
Perluasan Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah.Kesan perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.
Pemindahan Teknologi berlaku dari negara lebih maju seperti Jepun,Jerman dll ke nagara membangun seperti Malaysia. Rakyat tempatanmenerima pakai teknologi dari negara maju melalui latihan lanjutan, dalamasa yang sama ia sedang mencipta teknologinya sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).

                                                                                                2
Aliran Buruh menjadi semakin mudah dan berleluasa.Ramai penduduk dari negara membangun yang miskin dan padat penduduk mengalir ke negara  lebih maju yang kurang penduduk.Kemudahan pengangkutan dan teknologi maklumat membolehkan aliran buruh berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
Menggalakkan Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka berlumba-lumba menghasilkan barangan dan perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di peringkat global.Negara yang berjaya mengurangkan kos pengluaran barangan akan berjaya dalam persaingan ini.
Peningkatan Kualiti Produk juga berlaku melalui persaingan supaya barangannya menang dan mendapat tempat di pasaran global.Barangan berkualiti dan berharga rendah lebih mendapat tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan melalui penyelidikan dan pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.
Kesan Negatif   ;
Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC).Syarikat tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari negara membangun.
Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama negara membangun yang masih mempunyai  kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat menarik pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil dan sederhana penduduk tempatan.
Kesukaran mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju   telah mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara membangun tidak memerlukannya.
Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional  yang berpangkalan di negara maju.
KERJASAMA SERANTAU                                                                                                        
ASEAN (PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGGARA)
Sebelum ASEAN, Malaysia,Indonesia dan Filipina menubuhkan ASA pada 31 julai 1961.Matlamatnya gagal, maka pada ogos 1963 ditubuhkan Maphilindo.Pakatan ini juga gagal,maka pada 8 ogos 1967 ASEAN ditubuhkan yang terdiri daripada Malaysia,Thailand,Indonesia,Filipina dan Singapura. Kini Asean terdiri daripada 10 negara apabila Brunei,Vietnam,Kampucheaa,Laos dan Myanmar menyertainya.
Tujuan penubuhan ASEAN ialah
1.Memajukan ekonomii,sosial dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
                                                                                      3
2.Meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota demi meningkatkan taraf hidup rakyat.
3.Keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara.
4.Memberikan kerjasama dalam pelbagai bantuan latihan dan penyelidikan.
KERJASAMA EKONOMI
Anggota ASEAN bekerjasama dan membantu satu sama lain untuk memakmurkan ekonomi.jiran yang mewah akan menjadi rakan perniagaan yang baik dan kurang memberi masalah /konflik.Dengan cara ini negara ASEAN akan stabil  pada peringkat dalaman dan kurang terdedah kepada tekanan-tekanan luar daripada penentang ASEAN.
ASEAN juga mengadakan dialog dengan negara-negara maju seperti Australia,New Zealand,Kanada,Jepun,Amerika Syarikat dan Eropah.
Projek Perindustrian ASEAN diadakan dengan mengagihkan kilang-kilang di kalangan negara anggota iaitu   * projek baja urea  ASEAN di Indonesia
           *projek baja urea ASEAN di Malaysia
           *projek vaksin hipatitis B ASEAN di Thailand
          *projek fabrikasi tembaga ASEAN di Filipina
          *projek batuan abu soda ASEAN di Thailand
Sektor perkhidmatan juga menjadi fokus utama untuk meluaskan tapak  pertumbuhan ekonomi ASEAN.Misalnya kerjasama industri melalui Skim Kerjasama Industri ASEAN berasaskan rangka perjanjian yang dibuat.Cara ini boleh meyakinkan pelabur asing.
Dasar ASEAN yang percayakan kepada memakmurkan jiran boleh membantu antara satu sama lain kerana kemakmuran boleh mewujudkan rakan perdagangan yang baik.
AFTA ialah salah satu bentuk kerjasama ekonomi dalam ASEAN yang berasaskan liberalisasi perdagangan.AFTA menjadikan perdagangan intra ASEAN meningkat dan barangan ASEAN lebih kompetitif di pasaran antarabangsa.           
Perancangan kerjasama ekonomi yang lebih khusus adalah melalui jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1977 iaitu Jawatankuasa  perdagangan dan pelancongan (COTT)
                                        Jawatankuasa perindustrian ,tenaga dan galian (COIME)
                                       Jawatankuasa makanan,pertanian dan perhutanan (COFAF)
                                       Jawatankuasa pengangkutan dan telekomunikasi (COTAC)
                                      Jawatankuasa kewangan dan urusan bank  (COFAB)

                                                                                             4     
AFTA (KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN)
Ditubuhkan pada tahun 1992 melalui deklarasi Singapura.Ia adalah sebuah pasaran serantau bersepadu apabila hampir kesemua cukai atau tarif bagi barangan yang diniagkan diturunkan kepada tahap minimum atau dihapuskan sepenuhnya dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh negara-negara anggota.AFTA merupakan langkah pertama ke arah pembentukan pasaran bersama.
AFTA ialah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN yang merupakan satu persetujuan di kalangan negara ASEAN  untuk kemudahan memasarkan barangan keluaran anggota menerusi kadar cukai yang rendah (kurang 5%) atau memansuhkAN LANGSUNG DUTI import bagi membebaskan kemasukan barangan dari negara anggota ASEAN.
AFTA ialah sebuah pasaran bersepadu apabila lebih daripada 96% tarif barangan import bagi 6 negara asal anggota ASEAN (Malaysia,Indonesia,Filipina,Thai,Brunei dan Singapura) diturunkan ke tahap minimum dan akan dihapuskan sepenuhnya menjelang tahun 2002.
Langkah ini diambil sebagai cara memulihkan keyakinan perdagangan, disamping mempercepatkan pemulihan ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.4 anggota baru ASEAN pula diberi kelonggaran melanjutkan penghapusan tarif antara tahun 2006  hingga 2010.
Katogari barangan yang diberi pengurangan tarif ialah
1.barangan automatif
2.barangan pertanian yang telah diproses dan beberapa produk pertanian lain
3.barangan yang dianggap sensitif seperti  hasil pertanian yang belum diproses contohnya beras
4.barangan yang berkaitan dengan keselamatan negara,kehidupan dan kesihatan manusia serta haiwan dan tumbuhan serta barangan yang mempunyai nilai estetika dari segi seni,sejarah dan arkeologi.
Objektif AFTA ialah membentuk satu pasaran besar bagi menarik minat pelabur asing melalui penurunn tarif. Ini boleh dicapai dengan cara mengembangkan perdagangan intra ASEAN yang memungkinkan pengeluaran secara pengkhususan ekonomi mengikut skala.Objektif ini boleh dicapai melalui kemasukan pelaburan langsung asing yang tertarik dengan adanya satu pasaran ASEAN yang besar,bersepadu dan cekap.
Penghapusan sepenuhnya sekatan perdagangan akan membawa faedah yang besar kepada penduduk di rantau ASEAN.Pengkhususan bertambah baik keran setiap negara memberi perhatian kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan mereka yang memberikan kecekapan yang tinggi dan barangan yang lebih murah.
AFTA menyediakan peluang kepada usahawan atau pelabur tempatan mempertingkatkan eks[port ke negara anggota Asean lain.

                                                                                   5
APEC (KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK)
Dianggotai oleh 21 buah negara yang terdiri daripada Amerika Syarikat,Autralia,Brunei,Chile,China,Filipina,HongKong,Indonesia,Jepun,Kanada,Malaysia ,Mexico,Thailand,New Zealand,Papua New Guinea,Peru,Rusia,Korea,Singapura,Taiwan,Vietnam .Ditubuhkan pada tahun 1989.
Merupakan satu kerjasama ekonomi terbesar yang melibatkan hampir 50%  penduduk dunia.
Objektif penubuhan ialah
# mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan wilayah
#memenafaatkan keuntungan bagi tujuan kebaikan ekonomi wilayah dan dunia
#membentuk sistem perdagangan pelbagai hala
#mengurangkan halangan dalam perdagangan barangan,perkhidmatan dan pelaburan
Projek kerjasama yang digubal oleh jawatankuasa kerja Apec 1991 ialah
      @ projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh Jepun,Indonesia dan Filipina
      @projek pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Jepun,Korea Selatan,Thailand,Indonesia,Kanada dan Malaysia
      @projek perikanan yang diketuai oleh  NEW Zealand,Thailand dan Jepun
      @Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat
      @projek pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat 
Dalam persidangan di Bogor, Indonesia tahun 1994, APEC ingin mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka serta pelaburan di rantau Asia Pasifik menjelang tahun 2010 bagi negara maju dan 2020 bagi negara membangun. Ia bukan sahaja mengurangkan kos pengeluaran tetapi juga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.
SEGITIGA PERTUMBUHAN (STP)
Merupakan tambahan daripad kerjasama ASEAN.Terdapat  dua STP iaitu IMT dan IMS.
STP-IMT terdiri daripada 1.Indonesia  (Sumatera Utara)
                                            2.Malaysia (Kedah,Perlis,P.Pinang,Perak ,Selangor)
                                            3.Thailand (Songkhla,Yla,Satu,,Patani,Narathiwat)


                                                                                          6
IMT melibatkan kawasan seluas 200 000 km persegi.Kwasan ini kaya dengan pelbagai sumberAsli dan mempunyai penduduk seramaai 21.1 juta orang.Ia bukan sahaja mempunyai pasaran yang besar tetapi juga mempunyai tenaga buruh yang ramai.
Kerjasama ekonomi ini bertujuan membangunkan sumber-sumber semulajadi, industri dan infrastruktur secara usaha sama.Ia boleh memberi pelbagai peluang dalam pelaburab, perdagangan/perniagaan,eksport,perkapalan,pelancongan,perhutanan,pendidikan dan rawatan kesihatan.
Faedah daripada IMT ialah
1.membolehkan negara-negara ASEAN terlibat saling melengkapi untuk mewujudkan pengaliran modal,tenaga kerja dan teknologi yang lebih bebas.
2.menambahkan lagi dorongan untuk meningkatkan perdagangan intra ASEAN.
3.membesarkan lagi perkembangan ekonomi dan perkembangan industri yang belum lagi dimajukan sepenuhnya seperti pelancongan dan pengangkutan laut.
Kerjasam ini telah menggalakkan usahawan di kalangan rakan kongsi dalam ASEAN.Berdasarkan MOU, pelaburan bernilai RM 10 689  bilion telah ditandatangani 1994-1996, dalam bidang infrastruktur dan kemudahan.
                                                                                    
STP-IMS ialah kerjasama tiga hala terdiri daripada Singapura,Johor dan Riau.Kini kawasannya lebih luas iaitu Pulau Bentan,Pulau Karimun dan selatan Sumatera di Indonesia.Di Malaysia pula meliputi Batu Pahat, Muar ,Mersing,Gelang Patah dan Melaka.
IMS lebih berjaya berbanding IMT kerana penglibatan Singapura dalam IMS yang mempunyai kelebihan dari segi modal,teknologi dan kepakaran.Pealaburan dibawa ke Malaysia dan Indonesia kerana Singapura kekurangan tanah sebagai tapak dan kos upah buruh yang tinggi.
Konsep STP-IMS baik bagi Malaysia kerana Malaysia merupakan pengeluar terbesar minyak kelapa sawit memperoleh pasaran yang lebih di kedua-dua buah negara jiran.Keuntungan juga daripada kemudahan pelabuhan entreport Singapura yang terbaik di rantau ini. IMS akan dibangunkan sepenuhnya oleh pihak swasta tetapi dengan sokongan kerajaan masing-masing.
PELABUR Singapura membekalkan infrastruktur termasuk teknologi,kewangan,pengurusan dan selok belok pemasaran di Riau dan Johor. Johor dan Riau pula membekalkan tanah dan tenaga kerja yang tidak dapat dibekalkan oleh Singapura.Contohnya tahun 1990 hingga 1993,syarikat dari Singapura telah melabur RM 1.5 bilion di Johor dan mewujudkan 37 000 peluang pekerjaan.Di Riau pula S$500 juta dilaburkan dan peluang pekerjaan sebanyak 32 000.


1 ulasan :