07 Mei, 2017

SOALAN PERCUBAAN PENGGAL 2 2017

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
GEOGRAFI STPM PENGGAL 2 2017

1.a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan?                                                [ 3 ]                                                       

( Jumlah bahang matahari yang masuk ke permukaan bumi  )adalah ( sama ) dengan ( jumlah bahangan yang dibebaskan oleh permukaan bumi ke atmosfera ).

b)Jelaskan dua cara bumi membebaskan bahangan ke atmosfera.                                      [ 4 ]

b1  Bahang bumi dibebaskan melalui proses sejatan air -  air yang menyerap bahang matahari menjadi panas. Molekul air menjadi ringan dan bergetar seterusnya terbebas ke atmosfera sebagai wap. Wap air yang naik membawa haba yang terdapat dalam air  ke atmosfera yang dikenali sebagai haba pendam.

b2 Pembebasan bahang bumi melalui proses bahangan - Semua benda yang menyerap bahangan matahari di permukaan bumi akan mengeluarkan semula/membahang semula haba yang diserap ke ruang atomsfera bumi. Contoh permukaan bumi yang membahang atau membebaskan semula haba yang diterimanya seperti permukaan batuan, jalan raya, bangunan dan sebagainya.
b3 Pembebasan bahang bumi melalui proses perolakan - Dalam proses perolakan udara yang panas di permukaan bumi menjadi ringan dan naik ke atmosfera secara perolakan. Udara sejuk yang lebih tumpat akan menggantikan tempat udara panas. Proses perolakan udara memindahkan haba bumi ke ruang  atmosfera.
B4. Pembebasan haba bumi melalui proses pengaliran - Molekul udara yang panas di permukaan bumi menyebabkan molekul udara yang berhampiran/di atasnya dengannya menjadi aktif dan panas.
                                                                                                                                2  x  2 = 4 markah

c)     Huraikan dua faktor  yang mempengaruhi  ketidakseimbangan bahangan.                  [ 4 ]

c1 Penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon menyebabkan lebih banyak bahangan matahari masuk ke permukaan bumi. Lapisan ozon berperanan menapis dan menyerap sinar ultra unggu matahari.

c2 Litupan awan. Litupan awan yang tebal menyebabkan sedikit sedikit bahangan matahari yang masuk disebabkan proses pantulan yang dilakukan oleh awan.

c3 Albedo bumi. Permukaan bumi yang gelap menyerap lebih banyak bahang matahari. Permukaan bumi yang cerah akan memantulkan banyak bahangan matahari. Contohnya permukaan salji menyebabkan bahang yang diterima adalah rendah.

c4 Jerebu. Kejadian jerebu tebal mengurangkan kemasukan bahangan ke permukaan bumi.

c5 Aktiviti pengangkutan

c6  Pembalakan

c7 Perindustrian

c8 Pertanian
                                                                                                                                                                          
                                                                                                           2  x  2  = 4 markah


d.  Jelaskan dua kesan peningkatan bahangan terhadap alam sekitar fizikal .                      [ 4 ]

d1 Sistem geomorfologi. Peningkatan proses luluhawa , Pencairan ais / peningkatan aras laut dan hakisan pantai dan hakisan angin.
d2 Sistem atmosfera.  Kelembapan udara rendah, tekanan udara rendah, kekerapan kejadian ribut taufan dan litupan awan yang sedikit.
d3 Sistem hidrologi. Kadar sejatan meningkat, Proses perpeluhan meningkat dan  Kekurangan hujan dan pengurangan simpanan air tanih.
d4 Sistem ekologi. Kemusnahan habitat, Kepupusan spesis, gangguan terhadap rantaian dan siratan makanan.
                                                                                                                        2  x  2 = 4 markah

2 (a)  Jelaskan proses pembentukan angin monsun timur laut                                          [ 10 ]

a1 Berlaku di antara bulan November hinggan Mac.

a2 Bahagian tengan benua Asia seperti China dan Monggolia mengalami musim sejuk pada bulan November hingga Mac menyebabkan udaranya bertekanan tinggi.

a3 Pada masa  yang sama benua Australia mengalami musim panas menyebabkan udaranya bertekanaan rendah.

a4 Udara dari bahagian tengah benua Asia akan bergerak ke pusat tekanan rendah di benua Australia dalam arah barat laut.

a5 Angin yang bertiup dari arah barat laut dipesongkan oleh daya korialis menjadi monson timur laut. Angin monson timur laut membawa lembapan yang tinggi dan menghasilkan hujan lebat di Asia Tenggara seperti Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Vietnam, Filipina, Brunei dan Indonisia.

                                                                                                                          5 x  2 = 10 markah
















(b)  Bincangkan kesan tiupan angin monsun timur laut terhadap aktiviti manusia.        [ 15 ]

 b1 Kegiatan pertanian
b2  Kegiatan pelancongan
b3 Kegiatan perikanan
b4 Kegiatan pembalakan
b5 Kegiatan industri kecil dan sederhana ( IKS
b6 Kegiatan pengangkutan
b7 Penternakan
b8 Pembinaan
b9 Aktiviti harian
                                      5  x 3  = 15 markah ( Fakta = 1m, Proses = 1m , Kesan = 1m )
3(a)  Sejauhmanakah  faktor fizikal   menyebabkan  berlakunya masalah kekurangan bekalan  air.
                                                                                                                                                       [ 13 ]
Faktor fizikal

a1 Fenomena el nino / perubahan pola tiupan angin. Fenomena el nino melemah dan menghentikan angin timuran yang membawa hujan ke Asia Tenggara. Kesannya menyebabkan keadaan di Asia Tenggara menjadi panas dan kering dalam tempoh beberapa bulan.
a 2 Perubahan iklim. Perubahan iklim seperti peningkatan suhu dunia menyebabkan kelembapan                              bandingan udara menjadi rendah. Kelembapan udara yang rendah melambatkan  ketepuan  udara. Hujan berkurangan.
a 3 Sumber air permukaan  di daratan. Kekurangan sungai dan tasik yang besar menyeukarkan eksploitasi sumber air/ Isipadu berkurangan
 Faktor kemanusiaan

a4 Pertambahan penduduk yang pesat  meningkatkan permintaan terhadap air, terutamanya di bandar-bandar besar.

a5 Pembangunan ekonomi yang pesat meningkatkan permintaan terhadap air. Contohnya sektor perindustrian.  Pelancongan – taman tema dan perhotelan  – penggunaan air yang tinggi.

a6 Pembalakan memusnahkan kawasan tadahan air dan menguraangkan simpanan air bawah tanah.

a7 Masalah pengurusan  bekalan air – tidak cekap / kebocoran/ paip lama

ax  Penegasan
                                         6  x  2  = 12 markah  + Penegasan 1 markah = 13 markah


  (b)  Bincangkan langkah penyesuaian bagi mengurangkan impak  masalah kurangan bekalan air.                                                                                                                                                  [ 12 ]
                                                                                                                                                                   
b1 Mengeksploitasi sumber air bawah tanah. Air bawah tanah diperolehi melalui pembinaan telaga dan kaedah pam menggunakan enjin.
b2 Pembenihan awan. Menyembur larutan garam iodid ke dalam udara untuk memerangkap wap air dan mempercepatkan kejadian hujan.
 b3 Kitar semula air. Memproses air yang telah digunakan
b4 Catuan air. Membekalkan air kepada penduduk pada masa puncak sahaja disebabkan sumber air yang terhad semasa kemarau.
b5 Pemindahan air. Memindahkan air dari negeri yang banyak air ke negeri yang mengalami masalah kekurangan air.
b6 Kempen penjimatan air
                                                                                            6  x  2  = 12 markah

































BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]

Jawab semua soalan.

Soalan 4:

a)       Apakah yang dimaksudkan dengan bioteknologi pertanian?                                        [3]


Skema pemarkahan
Bioteknologi pertanian bermaksud [teknik atau proses saintifik]  dalam pertanian  yang menggunakan [genetik/DNA benda hidup] seperti mikro organisma, haiwan, atau tumbuhan untuk menyelesaikan masalah atau [menghasilkan produk pertanian baru] yang bermanfaat kepada manusia.
                                                                                                                                       

b)  Jelaskan tiga kepentingan bioteknologi pertanian dalam meningkatkan kemajuan sektor pertanian di Malaysia?                                                                                                                     [6]
Skema pemarkahan   
b1        Meningkatkan kuantiti/produktiviti/hasil produk pertanian dalam jangka masa yang singkat hasil kacukan dan klon benih yang bermutu.
b2        Meningkatkan kualiti – menghasilkan produk pertanian  tahan penyakit dan serangga perosak.
b3        Menghasilkan kepelbagaian jenis produk pertanian yang dapat memenuhi citarasa pengguna  
b4        Membantu memajukan sektor hiliran seperti industri biodisel dari minyak kelapa sawit, perubatan/farmasi dari tanaman herba   
b5        Menghasilkan produk pertanian yang bersih dan mesra alam  seperti tanaman hidroponik dan agrobio yang tidak memerlukan tanah.
b6        Produk yang berdaya tahan penyakit – penghasilan benih bermutu tinggi dan tahan penyakit seperti benih padi golden rice.
 ( 3isi  x 2 markah  = 6 markah )
              









c)   Huraikan tiga aktiviti pertanian yang menyebabkan pencemaran alam sekitar fizikal.                       [6]

Skema pemarkahan
c1.       Pembukaan kawasan ladang – penyahhutanan - pembakaran terbuka –  menyebabkan pencemaran udara
c2.       Penggunaan  baja kimia – hujan – larian air permukaan -  menyebabkan pencemaran air.
c3.       Penggunaan racun serangga – penyemburan - menyebabkan pencemaran udara.
c4.       Penggunaan plastik di tapak semaian – menyebabkan pencemaran sampah sarap.
c5.       Penternakan ayam / itik / kambing – najis haiwan – menyebabkan pencemaran bau / air.

( 3 isi x 2 markah  = 6 markah )




                                                                                                                                

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6.

5(a)    Jadual di bawah menunjukkan bilangan kemasukan pelancong domestik mengikut negeri pada tahun 2011.
                     


            Negeri
Jumlah
(juta orang)
Johor
9,716
Kedah
9,751
Kelantan
9,210
Melaka
7,485
Negeri Sembilan
7,019
Pahang
7,102
Pulau Pinang
9,601
Perak
9,142
Perlis
1,448
Selangor
15,739
Terengganu
7,094
Sabah
14,673
Sarawak
8,902
WP Kuala Lumpur
13,353
WP Labuan
311
WP Putrajaya
458

Jumlah

131,002
                                      
             
(i)      Berdasarkan jadual diatas, lukis sebuah graf bar bagi menunjukkan bilangan kemasukan pelancong domestik mengikut negeri pada tahun 2011.                                        [9]

ai1    Tajuk – 1m

ai2    skala – 1m

ai3    Petunjuk – 1m

ai4    Plotan – 6m
                        11 – 16 bar betul – 6m
                        6 – 10 bar betul             – 4m
                        1 – 5 bar betul    –  2m

(ii)     Huraikan kepentingan sektor pelancongan kepada pembangunan ekonomi Malaysia.     [8]
Skema pemarkahan
aii1      Mewujudkan peluang pekerjaan - Memajukan kawasan eko pelancongan. Bekerja sebagai pemandu pelancong, pengemas bilik, tukang masak dll - pendapatan perkapita penduduk bertambah dan pengganguran dikurangkan.

aii2      Pendapatan Negara. Pelancong asing ke Malaysia seperti Jepun, China, Eropah dll - perbelanjaan untuk penginapan, pengangkutan, makanan, cenderamata dll -  menambahkan pendapatan negara melalui tukaran matawang asing.

aii3      Memajukan ekonomi berkaitan – memajukan industri pengangkutan, makanan, kraftangan – perkembangan industri lain selari dengan perkembangan sektor pelancongan.
           
aii4      Menambah pelaburan – pelaburan dalam dan luar negara – pembinaan kawasan pelancongan baru dan hotel atau resort. Contoh hotel antarabangsa seperti Swiss Hotel, Residence Hotel dll

aii5      Menggalakkan pembangunan infrastruktur kawasan  – memajukan kawasan luar bandar berpotensi – dimajukan dengan infrastruktur, resort – menambah pendapatan penduduk luar bandar.

( 4 isi x 2 markah = 8 markah )

(iii)    Jelaskan pengaruh alam sekitar fizikal terhadap kedatangan pelancong ke Malaysia.               [8]
Skema pemarkahan
aiii1     Tarikan Pulau dan Taman Laut - pulau-pulau yang cantik dan taman-taman maritim - Keindahan persekitaran fizikal pulau seperti laut yang cetek dan jernih, dikelilingi oleh terumbu karang  serta hidupan laut – menarik kedatangan pelancong.
aiii2     Pantai yang menarik – pantai yang bersih dan indah – terdapat teluk dan tanjung – menarik kedatangan pelancong.
aiii3     Tanah tinggi – kawasan tanah tinggi yang cantih dan suhu yang sejuk – sesuai untuk tanaman hawa sederhana – Tanah Tinggi Cameron Highland, Tanah Tinggi Kundasang – menarik kedatangan pelancong.
aiii4     Hutan Semulajadi / Hutan Lipur – tarikan kepelbagaian spesis flora dan fauna – bunga reflesia – udara yang nyaman – Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Belum, Tanah Tinggi Kundasang – menarik kedatangan pelancong.
aiii5     Iklim – suhu panas sepanjang tahun – sesuai untuk aktiviti berjemur – menarik kedatangan pelancong Eropah, AS dan lain-lain.
( 4 isi x 2 markah = 8 markah )     
     

ATAU
(b) (i)   Bincangkan potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secara bersama di kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN.                                                                                  [9]
Skema pemarkahan
bi1.     Sumber tanah/tanah yang subur dan luas – berpotensi untuk pertanian perladangan kelapa sawit dan getah dan  industri berasaskan hasil pertanian (agro based industry).
bi2.      Keindahan sumber alam (kepulauan dan pantai) – berpotensi untuk eko pelancongan.
bi3.     Sumber galian (petroleum dan gas asli) – berpotensi untuk perlombongan dan perindustrian berasaskan tenaga.
bi4.                  Sumber hutan – berpotensi untuk industri pembalakan dan industri berasaskan kayu.
bi5.     Sumber air – berpotensi untuk industri pengangkutan, tenaga, pelancongan dll.
bx.       Kesimpulan  - 1 markah
( 4 isi x  2 markah + 1 markah kesimpulan  = 9 markah)
      (ii)  Huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan Segitiga IMT-GT berbanding dengan pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang lain.                                                                              [8]
Skema pemarkahan
bii1.                 Kelebihan sumber alam – tanih yang subur, mineral, keindahan semulajadi (pantai dan pulau) dsb.
bii2.                 Kelebihan pasaran -  jumlah penduduk yang ramai -  kuasa beli penduduk / pendapatan perkapita penduduk.
bii3.                 Kelebihan  teknologi yang dimiliki – perkongsian teknologi, R&D dan inovasi.
bii4.                 Kelebihan modal yang dimiliki – keupayaan modal swasta dan kesediaannya untuk melabur.
bii5.    Kelebihan tenaga buruh dan kepakaran yang ada – Kuantiti dan kualiti buruh. Tenaga manusia yang ada berpendidikan, mudah dilatih dsb.
bii6.                 Kelebihan kemudahan asas - prasarana yang sedia ada seperti rangkaian pengangkutan dan perhubungan, bekalan air, elektrik dll.
( 4 isi x 2 markah  =  8 Markah)




      (iii) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi  di kawasan segitiga IMT-GT.                                                                             [8]
Skema pemarkahan
biii1.     Menjaga/mengawal keselamatan bersama khususnya di sempadan - Mewujudkan kestabilan wilayah/rantau dalam jangkamasa panjang sebagai tarikan untuk melabur.
biii2.     Menggalakkan pelaburan - lebih banyak penglibatan pihak swasta dengan tawaran pakej yang lebih menarik untuk menanam modal di kawasan terbabit.
biii3.    Menyediakan kemudahan asas yang cukup - pihak kerajaan mestilah menyediakan kemudahan asas terlebih dahulu seperti bekalan air dan tenaga, rangkaian pengangkutan dan perhubungan dll.
biii4.    Pengurusan yang cekap - mengurangkan karenah birokrasi, halangan perundangan dan tatacara/prosedur antara negara yang boleh menjejaskan kecekapan seperti prosedur imegresen -  untuk memudahkan mobiliti buruh, barangan dan perkhidmatan.
biii5.    Tenaga buruh mahir - menyediakan sumber tenaga manusia yang terlatih dengan cukup bagi menggerakkan kegiatan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan.
biii6.    Kemudahan pinjaman - menyediakan dana yang cukup – bantuan kerajaan kepada sektor swasta yang terlibat.
 ( 4 isi x  2 markah  =  8 Markah)
                                                                       
           
6  (a)  Namakan tiga kerjasama ekonomi serantau yang dianggotai oleh Malaysia.                     [3]
Skema pemarkahan
                               
a1        Pakatan segitiga pertumbuhan (IMT-GT, IMS-GT dan EAGA – BIMP)

a2        Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

a3        Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA)

a4        Kerjasama Ekonomi Asia Timur (EAEC)

( 3 x 1m = 3m )





    (b)  Jelaskan kepentingan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)  [ 10 ]
Skema pemarkahan
b1        Meningkat aliran perdagangan antara ASEAN – penghapusan sekatan perdagangan, cukai yang lebih rendah - kerjasama antara negara dan karenah birokrasi dalam perdagangan boleh diminimakan

b2        Memperbaiki defisit imbangan perdagangan antara negara ASEAN – imbangan import dan eksport antara negara – perdagangan secara adil.

b3        Perluasan pasaran bersama - AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta - Pasaran dalam negara ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan.

b4        Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi - mengurangkan monopoli terutama dari negara-negara maju - Kebergantungan kepada produk dari negara maju sahaja dapat dikurangkan.
b5        Mengelakkan persaingan barangan yang sama – kerjasama dalam pengeluaran – perkongsian teknologi dan kepakaran – pengkhususan pengeluaran.
b6        Penjimatan kos – penjimatan kos buruh, bahan mentah dan teknologi – harga barangan lebih rendah.
b7        Bekalan berterusan – barangan keperluan seperti makanan, pakaian, elekktrik dan elektronik – memenuhi citarasa pengguna.
( 5 x 2m = 10m )

    (c)  Huraikan kepentingan Malaysia menyertai AFTA.                                                [ 12 ]                                                           
Skema pemarkahan
c1        Meningkatkan aliran perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN - penghapusan sekatan perdagangan, dasar perlindungan dan cukai yang lebih rendah - menjimatkan kos pengeluaran.
c2        Perluasan pasaran - Saiz pasaran akan bertambah luas jika berada dalam sesuatu pakatan seperti AFTA kerana jumlah penduduk bertambah. Contohnya AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta. Pasaran dalam negara ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan.
c3        Meningkatkan kualiti produk – meningkatkan daya saing antara pengeluar – peningkatan R&D – menghasilkan produk berkualiti.
c4        Mengurangkan ancaman globalisasi - mengurangkan monopoli terutama dari negara-negara maju seperti USA, Eropah dan Jepun dalam pasaran negara. Pengguna boleh memilih produk dari negara serantau atau Malaysia yang murah dan berkualiti.
c5        Keperluan guna tenaga buruh - Keperluan buruh dalam negara boleh dipenuhi melalui kemasukan buruh import. Contohnya Malaysia dapat bekalan tenaga buruh dari Indonesia, Filipina, Vietnam untuk bekerja dalam sektor pembinaan, perkilangan dan perladangan.
c6        Harga barangan lebih rendah – pasaran bebas AFTA - penghapusan cukai – mengurangkan kos pengeluaran
c7        Menggalakkan pelaburan/modal - meningkatkan keupayaan modal dalam negara melalui konsep pelaburan silang dan pelaburan bersama syarikat swasta.
( 6 x 2m = 12m )




J

1 ulasan :

  1. PERMAINAN ONLINE TERBESAR DI INDONESIA

    Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 10 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    - Adu Q
    - Bandar Q
    - Bandar Sakong
    - Bandar Poker
    - Poker
    - Domino 99
    - Capsa Susun
    - BANDAR66
    - PERANG BACCARAT
    - PERANG DADU (Games Terbaru)
    Permainan Judi online yang menggunakan uang asli dan mendapatkan uang asli ^^

    * Minimal Deposit : 20.000
    * Minimal Withdraw : 20.000
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop ( Kecuali Bank offline / gangguan )
    * Bonus REFFERAL 15 % Seumur hidup tanpa syarata
    * Bonus ROLLINGAN 0.3 % Dibagikan 5 hari 1 kali
    * Proses Deposit & Withdraw PALING CEPAT
    * Sistem keamanan Terbaru & Terjamin
    * Poker Online Terpercayaa
    * Live chat yang Responsive
    * Mensupport semua jenis bank lokal dan tersedia deposit via OVO dan PULSA TELKOMSEL


    Contact Us
    Website SahabatQQ
    WA 1 : +855889110527
    WA 2 : +855972076840
    Telegram 1 :+85515769793
    Telegram 2 : +855972076840
    Line : SahabatQQWin
    FACEBOOK : SahabatQQ Reborn
    Agen Domino99

    BalasPadam