KERPASAN
Konsep kerpasan
Kerpasan merupakan semua jenis lembapan
yang turun ke bumi dari atmosfera sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun
atau hujan batu.
Jenis-jenis kerpasan
i.
Hujan perolakan
ii. Hujan bukit
iii. Hujan perenggan
Hujan perolakan
Hujan perolakan terjadi apabila permukaan
bumi dipanaskan oleh pancaran matahari pada waktu pagi.Permukaan bumi yang
menyerap pancaran matahari juga mengeluarkan haba. Haba yang dikeluarkan akan
memanaskan udara yang berhampiran dengan permukaan bumi. Udara yang dipanaskan
ini akanmengembang dan naik secara perolakan kerana udara ini lebih ringan
daripada udara di sekelilingnya. Udara ini akan terus naik dan disejukkan
secara adiabatic (makin tinggi udara naik makin sejuk). Sehingga sampai takat
embun, udara akan terpeluwap membentuk titisan air dan berkumpul membentuk awan
kumulunimbus yang membawa hujan lebat pada waktu petang disertai kilat dan
petIR
Hujan bukit
Hujan ini terjadi di kawasan bukit yang
menghadap laut atau lautan.Kumpulan udara lembap dari bertiup ke darat terpaksa
naik ke atas kerana terdapat halangan gunung atau bukit.Semakin tinggi udara
itu naik, udara itu menjadi semakin sejuk. Apabila sampai takat embun iaitu
takat dimana udara tidak boleh disejukkan lagi, udara akan terpeluwap menjadi
titisan air. Titisan air ini akhirnya akan turun sebagai hujan. Hujan bukit
turun dengan lebat di kawasan cerun yang menghadap angin dan kawasan cerun yang
membelakangi angin dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.
Hujan perenggan
Ia terjadi apabila terdapat pertembungan
dua kumpulan udara iaitu udara sejuk dan udara panas. Pertembungan dua udara
ini biasanya terjadi di kawasan yang beriklim sederhana dan tropika. Udara
sejuk adalah lebih tumpat maka udara ini akan sentiasa berada hampir dengan
permukaan bumi.
Udara yang lebih panas ia ringan dan akan
bergerak naik di lapisan atas udara yang lebih sejuk. Semasa udara panas ini
naik, tekanan udaranya berkurangan dan udara tersebut mengembang dan menyejuk
sehingga mencapai takat embun. Akhirnya proses pemeluwapan berlaku dan diikuti
dengan hujan. Hujan ini juga dikenali sebagai Hujan Siklon.
Assalamualaikum..boleh terangkan tentang faktor pengawal yang mempengaruhi kerpasan?
BalasPadamAssalamualaikum..boleh terangkan tentang faktor pengawal yang mempengaruhi kerpasan?
BalasPadamMemang mengikut sukatan terkini but susunan topik adalah kelam-kabut. I harapla yg author ini dapat menyusun topik dgn sistematik.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBolehkah hujan perenggan berlaku di Tropika lembap?
BalasPadamNak tau kepentingan hujan bukit
BalasPadamProses pembentukan hujan
BalasPadamHi
BalasPadamHiii
Padam