28 Oktober, 2017

SOALAN RAMALAN PENGGAL 3 2017

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[20 markah]

1        a)      Nyatakan dua jenis ekosistem                                                                              [2]

a1      ekosistem daratan

a2      ekosistem ekuatik

Mana-mana 2 X 1m = 2m


b)      Huraikan dua fungsi sesebuah ekosistem kepada ekologi                                   [4]

b1     Fungsi aliran tenaga- iaitu perubahan bentuk tenaga dalam ekosistem yang berpunca daripada matahari

b2     Fungsi kitar nutrien – iaitu kitar oksigen, kitar nitrogen, kitar karbon dan
         kitar kalsium

Mana-mana 2 X 2m = 4m

c)       Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu ekosistem pertanian    [4]

c1      Aktiviti perindustrian – pengaliran sisa toksid – keasidan tanah dan air makin bertambah

c2      Aktiviti pertanian- penggunaan baja dan racun secara berlebihan

c3      Aktiviti penternakan – perkumuhan dan najis haiwan

c4      Penambakan- pembangunan kawasan pertanian

c5      Aktiviti perlombongan- pengaliran kelodak dan lumpur ke kawasan pertanian
                       
            Mana-mana 2 x 2m = 4m



2        a)       Apakah yang dimaksudkan dengan interaksi antara sistem                                [2]
Saling kebergantungan antara satu sistem dengan satu sistem yang lain yang boleh mengganggu dan mengubah alam sekitar fizikal dan manusia yang berlaku secara berterusan                     
                       

b)      Bagaimanakah aktiviti penyahhutanan memberi kesan  kepada fenomena cuaca dan iklim                                                                                    [4]
b1     Peningkatan suhu
b2     Pengurangan kelembapan udara
b3     Halaju angin permukaan semakin meningkat
b4     Jumlah hujan makin berkurangan
b5     Pembentukan litupan awan semakin berkurangan
b6     Tekanan udara semakin rendah
            Mana- mana 2 x 2m = 4m

c)       Jelaskan kaedah  pemuliharaan dalam mengekal hutan di Malaysia                    [4]
c1      Penanaman semula hutan
c2      Silvikultur – merawat pokok-pokok yang berpenyakit
c3      R & D -  penyelidikan hutan         
c4      Ladang hutan-  penanaman pokok dalam bentuk hutan kekal
c5      Pendidikan
c6      Kempen
Mana-mana 2 X 2m = 4m









BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
[20 markah]
Jawab semua soalan

3.             a)      Berikan maksud pencemaran udara merentas sempadan.                                      [2]
Pencemaran udara merentas sempadan bermaksud kehadiran bahan pencemar seperti gas, habuk, debu dan zarah   ( 1m ) yang melintasi sempadan sesebuah negara ( 1m ). Contohnya kejadian jerebu yang berpunca dari Indonesia tersebar sehingga ke Malaysia dan Singapura.

b)             Bagaimanakah aktiviti perindustrian telah memberikan kesan negatif kepada unsur-unsur cuaca dan  iklim bandar.                                                                                   [4]

Pernyataan
Huraian
b1         Mengeluarkan asap dan gas   
             beracun
·         Peningkatan suhu
·         hujan asid
·         kelembapan udara rendah
b2         Pembebasan haba
·         kekerapan hujan berlaku
·         suhu meningkat
·         tekanan udara rendah
·         kekerapan  angin kencang
b3        Mengeluarkan debu, habuk
·         suhu meningkat
·         kelembapan udara berkurang
1 Fakta + 1 huraian = 2m)
Mana-mana 2 X 2m = 4m



c)             Cadangkan dua langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengurang-kan kesan aktiviti perindustrian terhadap persekitaran fizikal bandar.                   [4]
c 1     Menempatkan industri ke kawasan luar bandar
c2      Mengawal pelepasan asap dengan menapis dan meninggikan serombong
c3      Mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum dan arang batu
c4      Menanam pokok untuk memerangkap habuk
c5      Kempen kesedaran – melalui media cetak dan elektronik – meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar
c6      Pendididkan Alam Sekitar – sekolah rendah dan menengah- mata pelajaran geografi, pendidikan moral, sains dan pendidikan sivik dan kenegaraan
Mana-mana 2 X 2m = 4m

4      a)      Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar?                                  [3]
Pengurusan alam sekitar ialah usaha merancang dan mengawal selia alam sekitar melalui usaha pengenalpastian keupayaan menampung alam sekitar kea rah mencapai pembangunan berterusan.


b)             Jelaskan satu tema kerjasama antarabangsa dalam konteks pembangunan lestari. [3]

Isi Utama
Tema
Huraian
Persidangan Stockholm
Persekitaran Manusia
·        Kesepakatan melindungi kelestarian
·        Pendekatan global dalam penyelesaian isu kemerosotan alam sekitar
Persidangan Rio
Alam Sekitar & Pembangunan
·        Tindakan bersama demi menjamin kehidupan berkualiti.
·        Pembangunan yang mengambil kira alam sekitar & menyediakan hak yg sama utk generasi kini & akan datang
Persidangan Johanesburg
Pembangunan Berterusan
·        Ke arah keadilan sosial & persekitaran untuk semua golongan manusia
·        Meningkatkan usaha pembangunan lestari
·        Mengurangkan kerosakan alam sekitar
Protokol Montreal
Penipisan Lapisan Ozon
·        Melindungi alam sekitar daripada kesan penipisan lapisan ozon
·        Menghentikan penggunaan bahan CFC secara berperingkat
Protokol Kyoto
Pemanasan Global
·        Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang mengancam dunia
Deklarasi Langkawi
Pengurusan Alam Sekitar
·        Mengawal & mengatasi masalah pencemaran
·        Penglibatan organisasi antarabangsa untuk menyelaras strategi mengawal & mengatasi masalah pencemaran
Persidangan Bali
Persidangan Perubahan Iklim
·        Bantuan teknologi & kewangan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau
Mana-mana 1 X 3m = 3m

c)           Jelaskan dua kepentingan kerjasama antarabangsa untuk menangani isi-isu alam sekitar.                                                                                                                     [4]

Isi Utama
Huraian
Markah
c1- kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi masalah global
- kemerosotan alam sekitar bukan lagi isu tempatan
-perlu kerjasama setiap Negara


2
c2- penjagaan alam sekitar secara global
- penglibatan semua negara dalam    kerjasama
-penggunaan teknologi moden dan    mesra alam


2
c3- meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pembangunan berterusan
- program pembangunan PBB
- kempen kesedaran secara global


2


Mana-mana 2 X 2m = 4m

Tiada ulasan :

Catat Komen