17 Disember, 2013

SISTEM ATMOSFERA : ANGIN


Angin dan tekanan udara
1.                   Zon-zon tekanan udara rendah atau tinggi dipengaruhi oleh jumlah penerimaan tenaga haba dari matahari.
2.                   Semasa musim sejuk, keadaan yang lampau sejuk menyebabkan terbentuknya zon-zon tekanan udara yang tinggi. Sebaliknya, zon-zon tekanan udara yang rendah terbentuk di kawasan yang menerima tenaga haba yang banyak seperti ketika musim panas.
3.                   Di kawasan Khatulistiwa juga terbentuk tekanan udara rendah sepanjang tahun yang dikenali sebagai doldrum. Daerah tekanan rendah dipanggil lekukan atau siklon, manakala daerah tekanan tinggi sebagai antisiklon.
4.                   Umumnya, perbezaan tekanan udara secara mendatar berupaya menggerakkan udara dari daerah tekanan tinggi ke arah daerah tekanan rendah. Apabila berlaku pergerakan udara, dikatakan tiupan angin berlaku.
5.                   Daya koriolis akibat putaran bumi pada paksinya juga boleh menyebabkan pemesongan terhadap pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi  ke tekanan rendah.
6.                   Kelajuan angin sangat dipengaruhi oleh darjah kecerunan tekanan udara. Jika tekanan udara semakin curam, angin bergerak dengan semakin laju.
7.                   Sebaliknya, tekanan udara yang semakin landai bermakna angin bergerak dengan semakin perlahan. Garis-garis isobar digunakan untuk menunjukkan kecerunan tekanan udara dan kelajuan angin yang berhubung dengannya.




Sistem angin dunia
1.                 Tekanan udara dan pergerakan angin memang berkait rapat. Udara yang bergerak dari zon tekanan udara tinggi ke zon tekanan udara rendah menghasilkan sistem angin dunia.







2.                 Pergerakan angin terbias ke kanan di hemisfera utara, manakala di hemisfera selatan pula pergerakan angin terbias ke kiri. Pembiasan angin ini disebabkan oleh daya koriolis.
3.                 Di hemisfera utara, pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi subtropika menuju ke doldrum (tropika) terbias ke kanan sebagai angin Timuran Utara.
4.                 Pergerakan angin yang menghala ke kawasan tekanan rendah subkutub pula terbias menjadi anginBaratan Utara. Angin dari kawasan tekanan tinggi kutub pula terbias menjadi angin Timuran Kutub.

5.                 Di hemisfera selatan, angin-angin terbias ke kiri menjadi angin Timuran Selatan, angin Baratan Selatan dan angin  Baratan Kutub. Angin-angin ini diberi nama mengikut punca arahnya, iaitu timur atau barat.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan