17 April, 2019

SOALAN PERCUBAAN S2 STPM 2019 KELANTAN


1.         a.  ( i ) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan?                       [ 3 ]
Imbangan bahangan ialah jumlah bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi adalah sama dengan jumlah bahangan bumi yang keluar ke atmosfera.      
                                                                                          
             (ii) Nyatakan dua cara pemindahan haba dari atmosfera ke permukaan bumi
                                                                                                                                          [ 2 ]
             ai1  Bahangan
                        aii2  Gelombang elektromagnet
Mana-mana    2   x  1 m  = 2m
              (b)      Huraikan  dua faktor yang boleh mempengaruhi imbangan bahangan.[ 4 ]
                        b1 Penipisan lapisan ozon
                        b2  Litupan awan
                        b3  Kejadian jerebu
                        b4  Albedo bumi (jenis permukaan)
                        b5  Pertambahan gas rumah hijau
                        b6  Litupan tumbuhan
Mana-mana 2   x  2 m= 4 m
               (c) Jelaskan tiga kesan lebihan bahangan terhadap aktiviti manusia            [ 6 ]
                        c1 Pertanian
                        c2 Perikanan / akuakultur
                        c3  Perindustrian
                        c4  Pembinaan
                        c5  Pelancongan
                        c6  Perniagaan
                         c7  Aktiviti sosial                                       
     Mana-mana 3 x 2 m = 6m


2.(a) Huraikan perubahan unsur cuaca di Malaysia akibat fenomena La Nina.   [12]
a1-Suhu rendah-hujan tinggi
a2-Hujan lebat, intensiti tinggi, kerap, kelembapan tinggi, angin kencang
a3-Kelembapan udara tinggi-hujan lebat berreterusan
a4-Tekanan udara tinggi-suhu rendah, udara lembab
a5-Angin kencang daripada laut ke darat , bawa wap air
a6-Pembentukan awan kumulonimbus yang tebal
a7-Bahangan matahari sedikit
Mana-mana 6 X 2m = 12m

(b)Bincangkan bagaimana kesan fenomena La Nina terhadap aktiviti manusia di Malaysia                                                                                                            [13]

b1-Suhu rendah, hujan lebat , aktiviti terjejas
b2-Hujan lebat / banjir- pertanian terjejas, pokok padi ditenggelam air, bunga dan buah-buahan gugur,tidak dapat menoreh getah
b3-Angin kencang, laut bergelora aktiviti  perikanan terjejas
b4-Kelembapan udara tinggi, sejatan rendah pks terjejas
b5-Bahangan rendah, suhu rendah PKS terjejas
bx-Kesimpulan
Mana-mana  4 X 3m + 1m markah kesimpulan = 13m

3. (a)Huraikan enam faktor yang mempengaruhi sejatan.                             [12]

a1-Suhu - suhu tinggi / rendah , sejatan tinggi -rendah
a2-Keluasan badan air-sejatan tinggi
a3-Kelembapan udara tinggi, sejatan rendah
a4-Kemasinan air-air masin sejatan tinggi dan sebaliknya
a5-Tumbuhan tebal-sejatan rendah
a6-Angin terbulens- tukar udara lembab -kering
a7-Musim panas-sejatan tinggi
a8-Tekanan wap tinggi di atmosfera - sejatan rendah
Mana-mana 6 X 2m = 12m

(b) Bincangkan enam kesan sejatan  tinggi terhadap alam sekitar fizikal.    [13]

a1-Kelembapan udara rendah, udara kering, suhu tinggi
a2-Pembentukan awan tinggi- proses sejatan dan pemeluwapan tinggi,hujan lebat
a3-Tanah kering -air tanih tersejat
a4-Pengurangan air tanih-pengurunan-sejatan tinggi, tanah tandus, gurun makin luas
a5.Tekanan udara tinggi -kekerapan hujan, suhu rendah,kelembapan udara,
a6.Kerpasan tinggi, air larian permukaan tinggi, hakisan tanah
Mana-mana 6 X 2m +1m kesimpulan = 13m 
BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
 [40 markah]

Jawab semua soalan.

4.   a)   Nyatakan tiga aktiviti perikanan utama yang dijalankan di Malaysia.                          [3]

Skema Jawapan
a1.       Perikanan laut dalam
a2.       Perikanan pinggir pantai
a3.       Perikanan akuakultur
(3 isi x 1 markah = 3 markah)
                                                                                                                                      
b)  Huraikan tiga kepentingan akuakultur kepada pembangunann negara.                         [6]
Skema Jawapan
b1.       Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk – meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran.
b2.       Meningkatkan KDNK negara – pengekspotan hasil akuakultur ke luar negara spt. udang harimau dll.
b3.       Sumber protein – sumber protein tambahan kepada penduduk selain hasil laut.
b4.       Kesan pengganda – memberi kesan pengganda kepada sektor lain spt. IKS iaitu makanan berasaskan ikan, udang, ketam dll. / akua-pelancongan.
b5.       Meningkatkan kemudahan infrastruktur – meningkatkan pembangunan infrastruktur spt. elektrik, air, jalan raya dll.
b6.       Pembangunan kawasan – membangunkan kawasan tanah terbiar spt. bekas lombong, tasik, tanah terbiar dll.
b7.       Mengurangkan kebergantungan kepada sumber laut / marin – sumber perikanan laut semakin berkurangan, pertambahan penduduk pesat, bekalan ikan tidak terganggu mengikut musim.
b8.       Memperkembangkan teknologi dan R&D - Teknologi pembiakbakaan dan pemakanan ternakan akuakultur berkembang pesat, Teknologi kawalan air dan rawatan air kolam, teknologi pengawetan dan pembungkusan.
 (mana-mana 3 isi x 2 markah = 6 markah)
     


c)   Jelaskan tiga masalah yang dihadapi dalam memajukan aktiviti akuakultur di Malaysia.      [6]

c1.       Masalah modal -  kemiskinan / tiada tabungan, sukar mendapat pinjaman, kekurangan bantuan.
c2.       Masalah pencemaran – masalah pencemaran air akibat sisa toksid merbahaya menyebabkan ternakan mati terutama di sungai.
c3.       Masalah kekurangan tempat – masalah kawasan penternakan yang menghadapi persaingan dengan sektor ekonomi lain - ketiadaan tempat yang sesuai – paya, tasik, bekas lombong.
c4.       Masalah pasaran – pasaran yang masih terhad, sama ada pasaran tempatan atau antarabangsa.
c5.       Masalah kurang teknologi dan penyelidikan (R&D) – teknologi akuakultur di Malaysia masih lagi rendah.
c6.       Masalah tenaga kerja dan kepakaran – kekurangan pekerja yang berminat / kekuranga buruh mahir, terpaksa mengimport buruh asing bagi akuakultur berskala besar.
c7.       Masalah ancaman fizikal / bencana alam – banjir, kemarau, angin kencang, ribut laut, pH air, kemasinan air.
c8.       Masalah penyakit / serangan perosak – penyakit ikan, serangan virus, reput insang, rintik putih, berkudis - memerang, burung hantu, burung bangau, biawak
 (mana-mana 3 isi x 2 markah = 6 markah)                                  
5  (a)  Bagaimanakah jaringan lebuhraya membantu dalam memajukan sosioekonomi di Malaysia?                                                                                                                                             [12]                                     
                                                                
a1        Meningkatkan darjah ketersampaian dan intraksi antara kawasan yang mundur dengan kawasan yang maju seperti dengan kawasan Bandar.
a2        Memudahkan dan mempercepatkan pengangkutan keluar hasil bahan mentah dari kawasan mundur untuk dipasarkan ke kawasan lain.
a3        Mempercepatkan pengedaran dan pemasaran barangan siap dan perkhidmatan kepada penduduk di kawasan mundur.
a4        Membantu mempercepatkan penyebaran maklumat, inovasi dan teknologi baru ke kawasan mundur.
a5        Menggalakkan penyelerakan industri dari kawasan bandar (maju) ke kawasan luar bandar (mundur).
a6        Memudahkan pergerakan/mobiliti penduduk – menjimatkan kos dan masa. 
a7        Mempercepatkan pembangunan utiliti -air, elektrik, bahan bakar.
a8        Pembangunan kawasan - pendidikan, kesihatan, komunikasi.
                 (mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah)

    (b)  Jelaskan kesan pembinaan lebuhraya memberi kesan terhadap alam sekitar fizikal di Malaysa.                                                                                                                                           [13]
b1        Menggalakkan kejadian hakisan dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit akibat proses pemotongan, penarahan,peneresan dan penebukan bukit.
b2        Pergerakan jisim - tanah runtuh.
b3        Tanah mendap akibat penimbusan kawasan lembah seperti kawasan paya.
b4        Merosakkan kawasan tadahan air - akibat pemusnahan hutan semulajadi dan juga  kawasan tanah tinggi/bukit.
b5        Kerosakan ekosistem dan habitat akibat aktiviti penebangan hutan untuk dibina lebuh raya atau akibat penimbusan tanah lembah.
b6        Perubahan landskap – hutan primer bertukar kepada jaringan lebuhraya dan kesan gondolan.
b7        Mencemarkan sumber - sumber air sungai di sekitar khususnya di peringkat awal kerja-kerja pembinaan lebuh raya.
(mana-mana 6 isi x 2 markah + 1 markah kesimpulan = 13 markah)

6   (a) Bincangkan potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secara bersama di kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN.                                                                       [9]
a1.        Sumber tanah / tanah yang subur dan luas – berpotensi untuk pertanian perladangan kelapa sawit dan getah dan  industri berasaskan hasil pertanian (agro based industry).
a2.         Keindahan sumber alam (kepulauan, pantai, tanah tinggi) – berpotensi untuk eko pelancongan.
a3.        Sumber galian (petroleum dan gas asli) – berpotensi untuk perlombongan dan perindustrian berasaskan tenaga.
a4.        Sumber hutan – berpotensi untuk industri pembalakan dan industri berasaskan kayu.
a5.        Sumber air – berpotensi untuk industri pengangkutan, tenaga, pelancongan dll.
ax.       Kesimpulan  - 1 markah
(mana-mana 4 isi x  2 markah + 1 markah kesimpulan  = 9 markah)




(b)  Huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan Segitiga IMT-GT berbanding dengan pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang lain.                                                                               [8]
b1.        Kelebihan sumber alam – tanih yang subur, mineral, keindahan semulajadi (pantai dan pulau) dsb.
b2.        Kelebihan pasaran -  jumlah penduduk yang ramai -  kuasa beli penduduk / pendapatan perkapita penduduk.
b3.        Kelebihan  teknologi yang dimiliki – perkongsian teknologi, R&D dan inovasi.
b4.        Kelebihan modal yang dimiliki – keupayaan modal swasta dan kesediaannya untuk melabur.
b5.        Kelebihan tenaga buruh dan kepakaran yang ada – Kuantiti dan kualiti buruh. Tenaga manusia yang ada berpendidikan, mudah dilatih dsb.
b6.        Kelebihan kemudahan asas - prasarana yang sedia ada seperti rangkaian pengangkutan dan perhubungan, bekalan air, elektrik dll.
(mana-mana 4 isi x 2 markah  =  8 Markah)

(c)  Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi  di kawasan segitiga IMT-GT.                                                                                         [8]
c1.    Meningkatkan penjagaan/pengawalan keselamatan bersama khususnya di sempadan - Mewujudkan kestabilan wilayah/rantau dalam jangkamasa panjang sebagai tarikan untuk melabur.
c2.        Menggalakkan pelaburan - lebih banyak penglibatan pihak swasta dengan tawaran pakej yang lebih menarik untuk menanam modal di kawasan terbabit.
c3.       Menyediakan kemudahan asas yang cukup - pihak kerajaan mestilah menyediakan kemudahan asas terlebih dahulu seperti bekalan air dan tenaga, rangkaian pengangkutan dan perhubungan dll.
c4.        Pengurusan yang lebih cekap - mengurangkan karenah birokrasi, halangan perundangan dan tatacara/prosedur antara negara yang boleh menjejaskan kecekapan seperti prosedur imegresen -  untuk memudahkan mobiliti buruh, barangan dan perkhidmatan.
c5.       Tenaga buruh mahir - menyediakan sumber tenaga manusia yang terlatih dengan cukup bagi menggerakkan kegiatan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan.
c6.       Kemudahan pinjaman - menyediakan dana yang cukup – bantuan kerajaan kepada sektor swasta yang terlibat.
(mana-mana  4 isi x  2 markah  =  8 Markah)

-skema tamat-

2 ulasan :

  1. saya nak tanya, Malaysia ada fenomena La Nina kah? Bukan hanya fenomena El Nino sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Malaysia termasuk antara negara-negara Asia Tenggara. Jadi, Malaysia tidak terkecuali daripada berlakunya fenomena La Nina yang akan membawa hujan yang lebat dan kejadian banjir besar di Asia Tenggara

      Padam