31 Januari, 2024

PANDUAN UNTUK ULANGKAJI SKEMA JAWAPAN SEMESTER 1 2024

 

SKEMA S1 2024

 

Bahagian A : Alam Sekitar Fizikal

( 40 markah)

 

Jawab semua soalan

1(a) Nyatakan tiga cara hakisan sungai               [3]

A1 tindakan hidraul

A2 geselan/lelasan

A3 lagaan

A4 larutan

Mana-mana 3 x 1markah = 3m

 

1(b) Jelaskan tiga faktor fizikal yang mempengaruhi proses hakisan sungai           [6]

Kod

Fakta (faktor fizikal)

Huraian

B1

Kecerunan

Cerun sungai curam halaju air bertambah/mengalir deras, meningkatkan kadar hakisan (lelasan dan lagaan)

B2

Bentuk alur

Alur lurus , hakisan menegak/mendalamkan alur, alur berliku – hakisan terhadap tebing- sungai menjadi semakin lebar.

B3

Isipadu air / halaju

Isipadu air banyak , tenaga keupayaan/kinetik tinggi , meningkatkan lagi hakisan (lagaan, lelasan).

B4

Jenis batuan

Batuan lembut mudah dihakis cth. batu kapur (hidraul larutan)

B5

Bahan muatan / beban

Banyak beban /muatan menyebabkan proses geselan dan perlanggaran beban giat meningkat kadar hakisan

B6

Tumbuhan

Tiada tumbuhan di tebing sungai menyebabkan tiada cengkaman akar memudahkan hakisan berlaku

Mana-mana 3 X 2 markah = 6m

 

1(c) Huraikan 3 kepentingan bentuk muka bumi hakisan sungai terhadap aktiviti manusia         [6] 

Kod

Fakta 

Huraian

C1

Air Terjun

pelancongan/ menjana kuasa elektrik hidraul

C2

Jeram

pelancongan/rekreasi

C3

Lubang periuk

pelancongan ( Telaga Tujuh di Langkawi)

C4

Gaung/ Lurah

pelancongan, sukan ekstrem dan rekreasi

C5

Lubuk

pelancongan

Mana-mana 3 x 2 markah = 6m

 

 (a) Sejauhmanakah faktor hujan mempengaruhi kejadian tanah runtuh di Malaysia?              [13]

Kod

Fakta

Huraian

FAKTOR HUJAN

A1

 Intensiti/keamatan/ jumlah

 Hujan lebat – tanah tepu dengan air – tanah menjadi berat/ tidak stabil - tanah runtuh giat berlaku.

Hujan renyai – tanah kurang tepu - tanah runtuh kurang giat berlaku

A2

 Kekerapan hujan

 Hujan yang kerap berlaku di sesuatu kawasan - tanah tepu dengan air – tanah menjadi berat/ tidak stabil - tanah runtuh  giat berlaku. Hujan yang jarang berlaku - tanah kurang tepu - tanah runtuh kurang giat berlaku

A3

 Jangkamasa/tempoh hujan

 Hujan turun dalam tempoh yang panjang – tanah tepu dengan air

– tanah menjadi berat/ tidak stabil tanah runtuh giat berlaku Hujan turun dalam tempoh yang singkat – tanah kurang tepu – tanah runtuh kurang giat berlaku 

 FAKTOR LAIN

A4

 Jenis batuan

Batuan lembut seperti batu kapur– mudah terluluhawa/terlarut menyebabkan tanah di cerun tidak stabil - tanah runtuh giat berlaku

Batuan keras seperti batu granit– sukar terluluhawa – tanah runtuh kurang berlaku

A5

 Kecerunan

Kecerunan yang curam meningkatkan daya tarikan graviti - berlaku tanah runtuh

Kecerunan landai – kurang daya tarikan graviti - cerun lebih stabil

- tanah runtuh kurang berlaku

A6

 Suhu

Suhu tinggi -sejatan meningkat menyebabkan tanah kering dan peroi terutama di kawasan cerun- tanah runtuh giat berlaku.

A7

 Litupan tumbuhan

Kurang litupan tumbuhan – cerun menjadi tidak stabil kerana ketiadaan akar untuk mencengkam tanah – struktur tanah longgar tanah runtuh giat berlaku.

Kawasan yang banyak litupan tumbuhan – akar pokok mencengkam tanah – menguatkan struktur tanah/ tanah kukuh – tanah runtuh kurang giat berlaku

A8

 Aktiviti manusia

Penebangan pokok yang giat berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembalakan/ pertanian/ pembinaan/ perlombongan dll di cerun /lereng bukit/tanah tinggi - tanah menjadi gondol – struktur tanah longgar – tanah runtuh giat berlaku

Mana-mana 6 isi x 2m = 12m + 1m penegasan = 13 m 

Sekurang-kurangnya 1 isi faktor hujan. Tiada faktor hujan, maksimum = 10m 

    (b) Huraikan langkah kejuruteraan bagi mengatasi kejadian tanah runtuh  di sesebuah     

         kawasan.                     [12]

 

Kod

Fakta

Huraian

Markah

Aii1

 Tembok

Tembok konkrit dibina di kawasan yang bercerun curam dan paip bagi saluran air dipasang di bahagian tembok supaya air yang bertakung di belakang tembok dapat dikeluarkan. Ini mengelakkan tanah tepu /longgar/tidak stabil dan ia mengurangkan kejadian tanah runtuh.

2

Aii2

 Gabion

Gabion dibina untuk mengurangkan pergerakan tanah dan menghalang tanah runtuh daripada memasuki kawasan utama seperti jalanraya di kawasan berbukit/ bercerun

2

Aii3

 Penyimenan

Lapisan simen dapat menghalang resapan air ke dalam tanah di kawasan bercerun bagi mengelakkan struktur tanah menjadi longgar/tidak stabil sehingga berlakunya kejadian tanah runtuh

2

Aii4

 Sistem perparitan

Air hujan yang turun akan memasuki sistem perparitan yang dibina di kawasan bercerun dan ini dapat mengelakkan air meresap ke dalam tanah dan menyebabkan struktur tanah longgar/ tidak stabil/ tanah tepu dengan air dan runtuh.

2

Aii5

 Peneresan

Teres dibina di cerun bukit bagi mengurangkan daya tarikan graviti terhadap lapisan tanah di kawasan cerun bukit/tanah tinggi - struktur tanah lebih kukuh – mengurangkan kejadian tanah runtuh

2

Aii6

 Sungkupan

plastik

Ia berfungsi menghalang air hujan daripada meresap masuk ke dalam tanah di kawasan bercerun. Apabila tanih kurang berat, daya tarikan graviti juga berkurangan dan ini dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh.

(Langkah ini bersifat sementara).

2

Markah 6 isi x 2m = 12m

 

3.(a) (i) Jelaskan jenis-jenis tenaga dalam sistem bumi.   [12]

 

Fakta

Huraian

a i

Tenaga kinetik

Terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad-semakin laju pergerakan sesuatu jasad, semakin laju tinggi tenaga kinetik. 

a ii

Tenaga keupayaan

Tenaga yang tersimpan/terpendam didalam sesuatu jasad dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 

a iii

Tenaga kimia

Tenaga yang tersimpan dalam bentuk atom atau molekul dalam badan haiwan dan tumbuhan. 

a iv

Tenaga geoterma

Tenaga yang berpunca daripada haba di bawah permukaan bumi.cth geiser/pancutan air panas 

a v

Tenaga haba/pendam

Tenaga yang diperolehi daripada matahari

a vi

Tenaga graviti

Terbentuk hasil daripada mampatan jisim dan pertambahan momentum sudut semasa pembentukkan planet

a vii

Tenaga radiogenik

Pencerakian nukleus atom

  Mana-mana 6 x 2 =12m

 

2  (a) (ii) Bincangkan aktiviti manusia yang dipengaruhi oleh bahangan suria. [13]

Kod

Fakta

Huraian

aii - 1

Pertanian

aktiviti menanam,membaja,membajak,meracun, menuai,pengeringan tanaman memerlukan bahangan suria.

aii - 2

Pelancongan

aktiviti berjemur,riadah/rekreasi, mendaki gunung memerlukan tenaga suria( cuaca baik).

aii - 3

Perikanan

aktiviti penangkapan ikan.

aii - 4

PKS

tenaga suria perlu untuk aktiviti pengeringan ikan kering,batik,industri dobi dll.

aii - 5

Pembinaan

tenaga suria perlu untuk mengeringkan konkrit/simen-kerja pembinaan lebih mudah dan cepat jika cuaca panas

aii - 6

Pembalakan

cuaca panas- membolehkan aktiviti penebangan balak/pengangkutan balak dijalankan

aii - 7

Penternakan

membolehkan pertumbuhan rumput di Kawasan padang ragut

aii - 8

Perlombongan

bahangan suria mengalakkan proses luluhawa-aktiviti perlombongan mudah dijalankan.

( Mana-mana 6 X 2 =12m + 1 = 13m)

 

3 (b)(i)   Jelaskan  bagaimana cara pengangkutan sungai berlaku.                   [12]

 Kod

Fakta

Proses

Kesan

A1

Golekan/ gulingan

 

Bahan muatan yang kasar , berat dan berbentuk bulat akan diangkut melalui kaedah golekan dibantu oleh tenaga kinetik sungai.

Bahan muatan akan bergerak secara perlahan  dan sedikit demi sedikit di dalam alur sungai

A2

Loncatan/ lompatan/ lantunan

Berlaku terhadap bahan muatan yang bersaiz agak kecil serta bersegi-segi. Tindakan hidrolik di bahagian belakang menolak batuan tersebut dan menyebabkan batuan melompat-lompat.

Batuan atau bahan muatan  bergerak dalam satu siri lompatan dan digerakkan  ke tempat lain di dalam alur sungai.

A3

Ampaian

Bahan ringan dan halus membentuk kumin-kumin halus yang tidak tenggelam dalam dasar sungai oleh daya julangan hidrolik.

Bahan tersebut  akan terampai di sepanjang alur sungai dan dihanyutkan dengan mudah.

A4

Larutan

Batuan lembut  atau mineral yang mudah larut akan terlarut dalam air sungai . Contoh batu kapur dan natrium dioksida

Batuan / bahan muatan yang terlarut itu akan dibawa di sepanjang alur sungai, mungkin berlaku berubahan warna atau bau.

A5

Seretan/ heretan

Bahan muatan yang besar dan berat  akan diangkut melalui kaedah seretan/ heretan dibantu oleh tenaga kinetik arus sungai.

Bahan muatan akan bergerak secara perlahan-lahan  dan sedikit demi sedikit di dalam alur sungai

A6

Apungan 

Bahan ringan cth ranting kayu,daun

terapung di atas permukaan air

Mana-mana 4 fakta x 3m=12 markah.

  3 (b)(ii)   Bincangkan enam faktor yang boleh mempengaruhi proses pengangkutan sungai. [13]

 Kod

Fakta

 

Huraian

B1

Kecerunan

Cerun curam menyebabkan halaju tinggi -proses pengangkutan bahan muatan sungai giat.

 

 

Sebaliknya cerun landai menyebabkan tenaga berkurangan dan beban muatan mengalami daya geseran yang tinggi dan menghalang proses pengangkutan.

B2

Halangan

Alur sungai yang banyak halangan seperti batuan besar dan akar tumbuhan dan sungai berliku-proses pengangkutan perlahan

B3

Isipadu air

Isipadu air yang banyak menyebabkan tenaga kinetic meningkat - mengiatkan proses pengangkutan.

 

 

Berbanding dengan isipadu yang sedikit ketika musim kemarau, halaju akan berkurangan.

B4

Bahan muatan / beban muatan/ saiz bahan

 

 

Bahan ampaian yang ringan dan halus lebih mudah diangkut berbanding beban dasar yang besar dan berat.

Bahan muatan yang besar akan bergerak perlahan akan sukar diangkut dan bergerak secara melompat-lompat

B5

Bentuk Alur

Alur sungai yang lurus,  proses pengangkutan lebih giat/berkesan berbanding alur sungai berliku

B6

Aktiviti manusia

Aktiviti pertanian dan pembalakan menyebabkan hakisan permukaan giat.

 

 

Bahan sedimen daripada proses hakisan tersebut akan mengalir ke dalam sungai, proses pengangkutan akan menjadi giat.

B7

Litupan tumbuhan

Kurang / tiada litupan tumbuhan di tebing sungai menyebabkan tebing mudah dihakis dan menyediakan bahan sedimen untuk diangkut. Proses pengangkutan sungai menjadi sangat giat.

Mana-mana 6 fakta x 2m + 1m (kesimpulan) = 13 markah

 

4. (a) Nyatakan tiga faktor pertumbuhan penduduk                                                                          [3]

         ai Kadar kelahiran 

         aii Kadar kematian 

         aiii Migrasi bersih

 

(b)  Jelaskan tiga kesan positif pertambahan penduduk terhadap sosiekonomi sesebuah negara.  [6] 

Kod

Fakta

Huraian

b1

Tenaga buruh

menyediakan tenaga buruh yang mencukupi untuk sektor pekerjaan

b2

Peningkatan Infrastruktur/ kemudahan asas

pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan penduduk

b3

Perluasan pasaran domestik

penduduk yang ramai menyumbang kepada perluasan pasaran domestik bagi barangan dan perkhidmatan

b4

Pendapatan negara meningkat

penduduk bertambah – kutipan cukai

Mana-mana 3x2 markah =6m

 (c) Jelaskan bagaimana kualiti penduduk menentukan tahap pembanguan sesebuah negara.  [6]

Kod

Fakta

Huraian

Kesan

c1

Taraf pendidikan

pendidikan tinggi – ijazah/diploma/phd/sarjana

menyumbang idea ,meningkatkan tenaga profesional untuk pembangunan negara

yang maju/moden

b2

Tahap Kemahiran

kemahiran dan kepakaran dalam bidang tertentu – kejuruteraan,ICT/sains&tek nologi, teknik &vokasional dll 

meningkatkan daya cipta dan inovasi baru untuk memajukan negara

b3

Tahap Kesihatan

Kemudahan perubatan, kesihatan yang baik, akses kesihatan

daya tahan yang tinggi melahirkan tenaga kerja yang produktif 

b4

Sikap positif/insaniah

kepimpinan,integriti, kejujuran, amanah

keterbukaan minda, bermotivasi yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara

Mana-mana 3x2 markah =6m

  5.a)  Bincangkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat daripada transformasi           desa di Malaysia          [13m]

Kod

Fakta

Huraian

a1

Meningkatkan kejadian hakisan tanah.

-Pembukaan ladang / pembersihan hutan untuk aktiviti pertanian/pembinaan/perindustrian mendedahkan permukaan tanah kepada larian air

permukaan

a2

Meningkatkan kadar keasidan tanah/ ketandusan tanah

-Penggunaan baja kimia / racun makhluk perosak / racun rumpai dalam aktiviti pertanian

a3

Meningkatkan kemerosotan kualiti air / pencemaran air

-Penggunaan baja kimia / racun makhluk perosak / racun rumpai dalam aktiviti pertanian

-Perindustrian desa menyebabkan pembuangan sisa influen

/toksid /pepejal ke dlm sistem saliran

-Pembuangan sisa najis/kumbahan daripada aktiviti domestik/ penternakan

a4

Kepupusan flora dan fauna.

-Pembukaan ladang / penyahutanan untuk aktiviti pertanian/pembinaan/perindustrian akan memusnahkan spesies pokok dan hidupan liar

a5

Kemusnahan

habitat

Penyahutanan untuk aktiviti pertanian/pembinaan/perindustrian akan memusnahkan hutan yang menjadi tempat perlindungan dan pembiakan hidupan liar

a6

Menjejaskan ekosistem (daratan @ akuatik)

-Penyahutanan untuk aktiviti pertanian/pembinaan/perindustrian menjejaskan rantaian makanan/siratan makanan

-Pembinaan kolam ternakan / pembinaan sangkar ternakan ikan / penggunaan bahan pembasmi kulat / sisa makanan ternakan yang berlebihan menjejaskan rantaian makanan/siratan makanan

a7

Menjejaskan kualiti udara / pencemaran udara

Serbuk simen / serbuk kayu / pembakaran sisa-sisa binaan/ pelepasan asap kilang daripada perindustrian desa menghasilkan partikulat terampai seperti habuk dan debu

a8

Meningkatkan

hakisan pantai / hakisan tebing sungai

Pembinaan prasarana pelancongan seperti hotel / chalet /resort/jalan raya/jeti memusnahkan litupan tumbuh-tumbuhan yang berfungsi mencengkam tanah

a9

Peningkatan suhu mikro/pemanasan setempat

Penebangan pokok untuk aktiviti pertanian/pembinaan/perindustrian menyebabkan kurang/ketiadaan litupan tumbuhan

Mana-mana 6 isi x 2m +1m = 13m

 

 b) Cadangkan enam langkah untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan  bandar dan 

luar bandar  di Malaysia          [12m]

Kod

Fakta

Huraian

 

C1

Mempergiatkan program pembangunan

insitu

Menekankan pembangunan fizikal luar bandar / melengkapi petempatan desa dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, kemudahan jalan raya dll.

Menaiktaraf sistem pengangkutan / sistem pengairan untuk menjana pembangunan ekonomi .

Memperkenalkan konsep Projek Desa Wawasan/

Inap Desa .

 

C2

Memperkasakan Program pembangunan pertanian bersepadu

( IADP )

Pakej pembangunan bersepadu yang menyatupadukan sumber, tenaga, modal daripada pelbagai agensi kerajaan yang diurus oleh Kementerian Pembangunan luar bandar.

Agensi yang terlibat seperti MARDI, FAMA, RISDA, AGRO BANK, LPP, JKR, JPS bekerjasama untuk mentranformasikan sektor pertanian tradisional     kepada pertanian berasaskan

teknologi, inovasi dan kaedah pengurusan yang moden bagi meningkatkan hasil tanaman / meningkatkan taraf hidup petani.

 

C3

Meningkatkan

Perindustrian desa

( PKS )

Penyelerakan pelbagai sektor industri berasaskan pemprosesan, pembuatan dan ekonomi kitaran ke kawasan luar bandar berasaskan potensi tanaman utama

Kerajaan menyediakan prasarana / pinjaman dana/khidmat nasihat/bantuan pemasaran

 

C4

Mempergiatkan

Rancangan

Pembangunan

Wilayah (RPW)

Strategi membangunkan sumber alam seperti sumber galian/ tanah/ hutan dll sumber semula jadi yang diurus selia oleh FELDA / FELCRA bagi mewujudkan kawasan perladangan yang besar seperti JENGKA TIGA SEGI, KESEDAR, KEJORA, KETENGAH, PERDA, DARA, MADA dll.

Idea pembangunan wilayah terkini ialah pengenalan konsep

Koridor Pembangunan Wilayah seperti NCER, ECER,

SCORE, SDC dan WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR.

C5

Memperbanyakkan

Pembandaran desa

-Mewujudkan bandar-bandar baru di kawasan luar bandar. -Membandarkan pusat-pusat pertumbuhan desa di luar bandar yang berpotensi.

-Cth: Bandar Tun Abdul Razak, Bandar Tenggara,

Bandar Permaisuri, Bandar Muadzam Shah.

C6

Meningkatkan Program pembangunan sosial

-Penyelerakan IPTA seperti pembinaan UITM/ Politeknik

/Pusat Giat Mara/Pusat Latihan perindustrian, Institut Latihan Belia dll ke kawasan-kawasan luar bandar / pinggir bandar

-Cth : UiTM Dungun, UiTM Segamat, UiTM

Jengka, UNITEN Muadzam Shah .

C7

Memperbanyakkan

Pusat Tranformasi

Desa

(RTC)

-Pusat pengumpulan dan agihan bahan mentah/ pusat pertumbuhan desa .

-Pusat penyebaran maklumat / inovasi .

-Pusat perkhidmatan setempat .

-Cth : RTC Gopeng,  RTC Rembau .

 C8

Memperbanyakkan

Pusat Pertumbuhan

Desa (PPD)

-Kerajaan membangunkan kawasan desa yang berpotensi dengan ciri-ciri bandar.

- Kawasan desa ini akan dilengkapkan dengan kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial yang lengkap bagi kemudahan penduduk desa. -Ini boleh mengurangkan penghijrahan penduduk dari desa ke bandar.

 

Mana-mana 6 isi x 2m =  12 m

 6. (a) Sejauhmanakah faktor kemajuan kesihatan moden mempengaruhi kualiti sumber

           manusia di  sesebuah negara.                                                               [13] 

Kod

Fakta

Huraian

 

 

Faktor kemajuan kesihatan

a 1

Ubat-ubatan/  vaksin yang berkualiti/ baru

lebih berkesan - meningkatkan tahap kesihatan penduduk.

a 2

Kemudahan

hospital dan pusat rawatan 

yang banyak/ cukup untuk merawat pesakit.

a 3

Kepakaran

dalam pelbagai bidang perubatan/ jumlah doktor pakar yang ramai.

a 4

Teknologi dan alatan moden dalam bidang perubatan

mesin perubatan moden,CT Scan, MRI, Mesin Dialysis, Kimoterapi.

 

 

Faktor-faktor lain

a 5

Pendidikan

Kelulusan akademik, kadar celik huruf/ celik ICT tinggi – sumber manusia berkualiti.

a 6

Kemahiran

Kemahiran dalam bidang teknik dan vokasional dll

a 7

Kebolehkerjaan (fizikal dan mental)

Budaya kerja yang positif – menepati masa – mobiliti buruh – patuh arahan.

a 8

Sikap positif

Tahap kepimpinan yang tinggi dan berdaya tahan – kecekapan berkomunikasi – tahap integriti – keterbukaan minda

a 9

Dasar kerajaan

Kerajaan menubuhkan institusi latihan, kursus, insentif, biasiswa – akses pendidikan – galakan pendidikan – galakan R&D.

6 x 2m + 1m (penegasan) = 13m

    (b) Huraikan bagaimana aktiviti ekonomi penduduk di sesebuah kawasan boleh

          mempengaruhi perubahan  alam sekitar fizikalnya.                [12] 

 

Kod

Fakta

Huraian

Kesan

b 1

Pertanian

Mengubah bentuk muka bumi melalui penarahan, peneresan cerun, meratakan bukit, membajak, penyahutanan (tebang dan bakar), menggali, membaja, meracun, membina sistem pengairan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-pencemaran air

-pencemaran udara

-pencemaran tanih

-hakisan tanah

-gerakan jisim

-kepupusan sumber 

-kewujudan kolam/ tasik besar

kepupusan flora dan fauna - perubahan lanskap fizikal

kerosakan terumbu karang

-peningkatan suhu

pencemaran bau dan bunyi

b 2

Perlombongan

Tebuk, gerudi, gali letup 

b 3

Pembalakan

Tebang pokok secara besarbesaran, proses mengangkut hasil pembalakan– 

b 4

Perkilangan

Pembakaran bahan tenaga fosil dan pelepasan sisa , pemprosesan bahan

b 5

Pembinaan

Penerokaan tanah, perataan tanah, peneresan tanah – 

b 6

Perikanan

Memukat, menuba, mengebom, bina prasarana perikanan seperti jeti, pelantar, perikanan akuakultur

 

 

 

- hujan asid

-kemerosotan kesuburan tanah

-banjir

-pemendapan

b 7

Pengangkutan

Pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, pembakaran bahan api fosil – pelepasan asap – 

b 8

Pelancongan

Pembinaan infrastruktur, pembuangan sisa, pembinaan kawasan rekreasi. 

b 9

Pembangunan kawasan petempatan/ domestik

Pembuangan sisa, Pembuangan bahan kumbahan, pembakaran

terbuka – 

b 10

Penternakan

Proses pembinaan kandang, pembukaan kawasan ragutan- ragutan berlebihan ).

Mana-mana 4 X 3m = 12m

- TAMAT-

Tiada ulasan :

Catat Ulasan